KOD KURSUS
:
QGJ3053
NAMA KURSUS
:
KURSUS SUKAN INDIVIDU
SEMESTER
:
2 SESI 2014/2015
KERTAS KERJA
KEPENTINGAN DAN FUNGSI ALAT PELINDUNG SUKAN UNTUK MENCEGAH
KECEDERAAN BAGI SUKAN TAEKWONDO, BOWLING DAN MEMANAH
NAMA
:
FARIDAH BINTI ABDUL MAJID
NO. MATRIK
:
D20121061614
FAIL TUGASAN
:
D20121061614_KRB3063
KEPENTINGAN DAN FUNGSI ALAT PELINDUNG SUKAN UNTUK MENCEGAH
KECEDERAAN BAGI SUKAN TAEKWONDO, BOWLING DAN MEMANAH
Daftar kandungan
Abstrak..................................3
1. Pengenalan
..................................3
1.1Pengenalan alat pelidung
..................................3
2. 4 peranan dan fungsi alat pelindung
..................................4
2.1Tujuan memakai alat pelindung semasa bersukan
..................................4
2.2Peranan penggunaan Alat Pelindung
..................................4
3. Spesifikasi alat pelindung bagi tiga jenis sukan
..................................6
3.1Sukan bowling
..................................7
3.2Sukan memanah
..................................8
3.3Sukan taekwondo
..................................9
4. Pemilihan alat pelindung yang tepat dan sesuai
(pembuatan)
................................11
5. Prosedur memakai semasa pertandingan
..................................13
6. Peraturan memakai semasa pertandingan
..................................18
7. Penutup
..................................18Rujukan..................................19
Abstrak
Kertas kerja ini akan menerangkan mengenai kepentingan dan
fungsi alat pelindung keselamatan dalam sukan khususnya bagi murid
sekolah. Tiga jenis alat pelindung sukan telah dipilih untuk
dihuraikan dengan lebih spesifik. Kertas kerja ini juga
dilengkapkan mengenai prosedur pemakaian semasa pertandingan sukan
itu dijalankan. Kecelakaan ini mungkin berlaku di mana-mana sahaja
termasuklah ketika bersukan. Konsep keselamatan alat pelindung
merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau
kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian
atau kecederaan
1. Pengenalan
Aspek keselamatan amat penting dititikberatkan semasa bersukan
bagi menjamin kejayaan sesuatu aktiviti sukan tersebut. Jika aspek
keselamatan tersebut diabaikan, kemalangan dan kecederaan
kemungkinan besar boleh berlaku. Oleh itu, mengambilkira
kepentingan alat pelindungan diri semasa bersukan boleh
mengurangkan risiko kecederaan yang mungkin boleh mengakibatkan
kecederaan kekal berlaku.
Kecederaan semasa bersukan boleh berlaku akibat pelbagai sebab.
Teknik latihan yang tidak betul, amalam harian yang kurang
sempurna, kecuaian dan insiden boleh menjadi penyebab kecederaan.
Sukan-sukan seperti hoki, ragbi, tinju, taekwondo dan bola sepak
mempunyai risiko tinggi untuk mendapatkan kecederaan. Oleh itu,
alat pelindung keselamatan seperti shin pad, pelindung perut
(abdominal guard), helmet (head gear) dan sarung tangan perlu
dipakai untuk melindungi bahagian-bahagian tertentu.
1.1Alat Pelindung
Alat pelindung adalah merujuk kepada alat yang berfungsi untuk
melindungi si pemakai daripada potensi bahaya samada dalam bidang
pekerjaan mahupun dalam bidang sukan. Alat pelindung berfungsi
sebagai pelindung kepada seseorang atlet semasa menjalankan
aktiviti sukan, latihan mahupun pertandingan. Memilih alat
pelindung yang sesuai semasa bersukan dapat mencegah terjadinya
risiko kecederaan seterusnya dapat memastikan keselamatan atlet
tersebut. Secara amnya dibahagikan kepada mengekalkan kepala, bahu,
pengawal tangan, siku, pergelangan tangan, pinggang, kaki, lutut,
buku lali, gabungan sukan cermin mata, sukan lain pakaian
perlindungan.
Pemain sukan adalah digalakkan untuk memakai alat pelindung yang
sesuai berdasarkan jenis sukan yang diwakili. Pihak pengurus
pasukan perlu memastikan setiap ahli sukan atau kontinjen
pasukannya memakai alat pelindung yang lengkap dan yang telah
diluluskan. Alat-alat tersebut haruslah memenuhi persyaratan asas
iaitu tidak mengganggu kualiti sukan, selesa dan memberikan
perlindungan efektif terhadap jenis risiko bahaya. Sebagai contoh,
atlet yang mengikuti sukan tennis, ping pong, badminton, skuasy dan
olahraga perlu memakai alat pelindung lutut, pergelangan kaki dan
siku.
2. 4 peranan dan fungsi alat pelindung
Risiko mengalami kecederaan semasa aktiviti lasak dan juga
aktiviti sukan sentiasa ada. Bak kata pepatah, malang tidak berbau.
Tujuan memakai alat pelindung mulut ialah untuk mengurangkan impak
jikalau berlaku kemalangan. Ianya boleh mengurangkan kecederaan
kepada tisu kegigian dan mengurangkan risiko kehilangan gigi akibat
kecederaan bersukan.
2.1Tujuan Penggunaan Alat Pelindung secara amnya boleh dilihat
sebagai berikut:
Melindungi pemain atau atlet semasa menjalankan latihan atau
pertandingan daripada kemalangan yang tidak dapat dijangka
Meningkatkan pretasi atau pencapaian ke tahap yang optimum
Mengurangi risiko akibat kecelakaan ke tahap yang minima.
Menjadikan gelanggang latihan atau pertandingan yang mempunyai
suasana yang aman dan selesa
Mengurangkan risiko kecederaan yang mungkin boleh mendatangkan
kecacatan kekal yang mengakibatkan kerugian kepada sumber keperluan
manusia dalam bidang sukan.
untuk melindungi seluruh atau sebagian tubuh badan seseorang
atlet atau pemain terhadap kemungkinan adanya potensi bahaya atau
kemalangan.
2.2Peranan penggunaan Alat Pelindung
Mengelakkan kecederaan
Perlindungan
Mengekalkan suhu badan
4 peranan penggunaan alat pelindung dalam sukan
Membantu peredaran darah yang betul
Rajah 1 : Peranan penggunaan alat pelindung sukan
1. Mengelakkan kecederaan
Kebanyakan sukan tidak terlepas daripada keganasan dan
kecederaan samada akibat kecuaian mahupun insiden. Kecederaan
semasa bersukan adalah pelbagai mengikut jenis sukan dan mekanisme
kecederaan tersebut.
Antara sebab-sebab berlaku kecederaan semasa bersukan
adalah:
Pertembungan di antara satu sama lain
Hentakkan secara langsung daripada pihak lawan atau peralatan
bersukan
Jatuh
Aktiviti sukan atau latihan yang berlebihan
Jenis-jenis kecederaan akibat daripada alasan yang telah
disebutkan di atas adalah:
JENIS KECEDERAAN
Luka-luka
Hentakan
Terkehel/
tergeliat
Ketegangan
Terseliuh
Patah tulang
Rajah 2 : Jenis kecederaan semasa bersukan
2. Edaran yang betul
Bagi sesetengah atlet, mempunyai kecederaan sebelum ini boleh
menyebabkan rencatan peredaran darah ke kawasan tertentu pada tubuh
mereka. Memakai alat pelindung seperti pelindung lengan mampatan
misalnya boleh membantu atlet mendapatkan peredaran darah ke
kawasan yang diberikan. Teknologi dalam lengan mampatan
menggalakkan aliran darah yang lebih baik ke kawasan yang pernah
cedera sebelum ini, boleh mengurangkan kemungkinan bengkak dan
menyediakan aliran edaran yang lebih baik untuk sendi dan anggota
badan atlet. Menggunakan alat pelindung amat penting untuk atlet
yang pernah mengalami kecederaan dan seterusnya dapat menghalang
kecederaan dari arah depan kepada atlet yang tidak mempunyai rekod
kemalangan olahraga.
3. Perlindungan
Memakai alat pelindung semasa bersukan dapat melindungi lapisan
kulit yang terdedah kepada cuaca dan kejadian semulajadi alam. Bagi
pemain pemandu lorong, pelari marathon, jogathon mahupun pemain
basikal lumba, sering terdedah kepada risiko kecederaan seperti
terkena pokok-pokok dan halangan lain di jalan kerana ia merupakan
sukan luar (outdoor sport). Oleh itu, memakai alat pelindung boleh
mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku kerana dalam bidang
sukan ini, calar kecil dan lebam boleh bertukar menjadi isu
besar.
4. Mengekalkan Suhu Badan
Menggunakan alat pelindung dapat mengekalkan suhu badan seperti
pemain rollerblade yang memerlukan helmet lebih daripada sekadar
perlindungan . Bagi pemain sukan dalaman yang melakukan aktiviti di
dalam dewan yang mempunyai pendingin hawa, memakai alat pelindung
amat penting bagi mengelakkan kesejukan yang boleh menjejaskan mutu
permainan. Begitu juga pada pemain sukan luar yang terdedah kepada
keadaan cuaca yang tidak menentu. Contohnya bagi pemain bola sepak.
Memakai stokin panjang dan alat pelindung betis boleh mengelakkan
kesejukan udara pada bahagian kaki sekaligus mengekalkan suhu
badan.
3. Spesifikasi alat pelindung bagi tiga jenis sukan
3 jenis sukan telah dipilih untuk dalam kertas konsep ini iaitu
:
Sukan Bowling
Sukan Memanah
Sukan Taekwondo
Rajah 3 : 3 Jenis sukan
3.1 Alat pelindung bagi sukan bowling
Boling tepin atau ten-pin boling adalah sejenis sukan kompetitif
dan riadah di mana seorang pemain diperlukan untuk menggolek bola
di atas lorong yang diperbuat daripada kayu atau sintetik
(polyurethane) dengan tujuan untuk mendapat mata secara menjatuhkan
sebanyak pin yang mungkin. Alat pelindung bagi sukan boling adalah
seperti berikut:
a. Boling wrist brace
b. Compression Arm Sleeve (Sarung lengan mampatan)
c. Bowling Glove (Sarung tangan boling)
3.1.1Fungsi dan tujuan memakai alat pelindung sukan boling
a. Boling Wrist Brace
Boling Wrist Brace atau pendakap pergelangan tangan berfungsi
untuk menghalang belakang tangan pemain daripada menjadi senget
atau bengkok sebelum menggolekkan bola boling.
Pada dasarnya, tujuan alat pelindung ini adalah untuk menyekat
pergerakan pergelangan tangan. Pergerakan pergelangan tangan terhad
berfungsi untuk mengawal hubungan ibu jari kita terkeluar bola
berbanding dengan jari boling kita yang bertindak untuk memberikan
putaran pada bola.
Tanpa penggunaan pendakap pergelangan tangan, pergelangan tangan
kita biasanya akan tergantung kembali sebelum pelepasan itu dan
menyebabkan jari untuk keluar dari bola pada masa yang sama atau
sebelum ibu jari. Pendakap Sokongan pergelangan tangan boleh
didapati dalam model boleh dilaras (adjustable) dan tidak boleh
laras (non-adjustable).
b. Compression Arm Sleeve (Sarung lengan mampatan)
Sarung lengan mampatan membantu menguatkan otot lengan dan amat
sesuai digunakan semasa permainan boling. Dengan memakai sarung
lengan mampatan, tekanan yang lebih tinggi berhampiran pergelangan
tangan dapat dikerahkan dengan lebih baik sekaligus dapat
memperbaiki mutu permainan. Ia juga membantu pelancaram darah dan
oksigen untuk beredar dengan lebih cepat.
c. Bowling Glove (Sarung tangan boling)
Sarung tangan boling memberi sokongan di bahagian depan tangan,
bahagian belakang tangan, dan juga di belakang pergelangan tangan.
Ia dapat memberi sokongan kepada pergelangan tangan yang lemah,
atau yang telah mengalami kecederaan untuk menjadikan pergelangan
tangan terbentuk lurus. Ia juga membantu melaksanakan dan
melepaskan bola dengan betul.
Terdapat banyak jenis sarung tangan boling namun yang sesuai
digunakan adalah yang mempunyai liputan di bahagian jari. Ia dapat
menyokong cengkaman dan memberi keselesaan kerana ia mewujudkan
geseran terhadap tangan pemain.
3.2 Alat Pelindung bagi sukan memanah
Memanah merupakan salah satu sukan yang telah dipilih oleh
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Sukan, Kementerian Pelajaran
Malaysia di dalam Program Pembangunan Sukan Prestasi Tinggi
Sekolah. Ini bersesuaian dengan matlamat negara yang ingin
menjadikan sukan memanah sebagai pemangkin kepada kecemerlangan
sukan di peringkat antarabangsa. Sukan memanah telah diletakkan
sebagai sukan elit di dalam takwim Majlis Sukan Sekolah-Sekolah
Malaysia.
Sukan ini mampu melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan
target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan keseimbangan
badan dan kestabilan emosi. Secara amnya, sukan ini merujuk kepada
melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya denga
menggunakan kekuatan fizikal. Oleh kerana memanah merupakan sukan
elit yang juga mempunyai risiko, maka alat pelindung bagi sukan
memanah adalah seperti berikut:
a. Pengawal Dada (Chest Guard)
b. Pelindung lengan
c. Pelindung jari
3.2.1 Fungsi dan tujuan memakai alat pelindung sukan memanah
a. Pengawal Dada (Chest Guard)
Pengawal dada digunakan untuk mencegah kecederaan kepada dada
ahli sukan pemanaha terutama bagi pemanah wanita. Pengulangan
berpanjangan dan tekanan daripada alat memanah (bowstring) boleh
membawa kepada pembentukan ketulan dalam tisu lemak , yang secara
klinikal dapat menyebabkan kanser.
b. Pelindung lengan
Pelindung lengan berfungsi untuk melindungi lengan daripada
bowstring kerana ia bergerak ke hadapan selepas pelepasan anak
panah dilakukan. Ia diperkukuhkan oleh bahan daripada kulit atau
pengawal pelindung plastik yang dipakai di bahagian dalam lengan
pemanah.
c. Pelindung jari
Tab jari digunakan untuk melindungi jari semasa pemanah
melepaskan tali panah. Tab jari kebanyakan dibuat daripada kulit
dengan mempunyai beberapa lapisan bahan untuk perlindungan
tambahan. Ia bjuga berfungsi untuk membantu menjaga keselamatan
kulit pada bahagian jari agar tidak melecet. Saiz tab jari tidak
boleh lebih panjang daripada hujung jari.
3.3 Alat Pelindung sukan taekwondo
Secara ringkasnya, taekwondo merupakan antara seni tempur Korea
yang paling bersistematik dan mempunyai elemen saintifik yang
tinggi. Taekwondo bukan sahaja mengajar ahlinya tentang kemahiran
tempur secara fizikal malah juga nilai disiplin yang membentuk jati
diri pengamalnya. Hari ini Taekwondo telah muncul sebagai badan
sukan global yang mendapat reputasi antarabangsa dan berdiri
bersama sukan-sukan rasmi Olimpik lain. Pemakaian alat pelindung
semasa berlatih dan bertanding dalam sukan ini amat dititikberatkan
memandangkan ia adalah sukan berisiko tinggi. Berikut adalah alat
pelindung diri yang wajib dipakai oleh ahli sukan:
Pelindung kepala
Pelindung kaki
Cawat pelindung
ALAT PELINDUNG DIRI DALAM SUKAN TAEKWANDO
Pelindung badan
Pelindung tangan
Rajah 4 : Pelindung badan bagi sukan taekwondo
3.3.1 Fungsi dan tujuan pemakaian alat pelindung semasa sukan
taekwondo
a. Body Protector taekwondo/ Pelindung badan
Body Protector/Pelindung badan berfungsi untuk melindungi badan
di dalam berlatih taekwondo khususnya semasa kyorugi/ pertarungan.
Ia wajib dipakai dalam setiap kejuaraan taekwondo.
b. Pelindung kepala (head gear/helmet)
Pelindung kepala/ head guard digunakan semasa berlatih dan
bertanding. Ia berfungsi untuk melindungi kepala dan juga sebagai
penilaian markah. Helmet ini bersifat ringan dan mempunyai ruang
peredaran udara yang tinggi sesuai dengan peningkatan suhu badan
dan proses penyejukan bahagian kepala untuk mengelak pitam. Ia
mempunyai daya perlindungan kepala yang kuat sekiranya berlaku
kemalangan.
c. Pelindung tangan / dekker tangan
Pelindung tangan/dekker tangan atau biasa dikenal dengan hand
protector ini wajib digunakan ketika bertanding taekwondo di
kategori kyorugi. Ia berfungsi untuk mengurangi kecederaan ketika
bertanding dan seterusnya dapat menangkis serangan.
d. Pelindung kaki taekwondo/ Shin Guard
Berfungsi untuk melindungi kaki dan mengurangkan kecederaan
ketika berlatih karena fungsinya adalah untuk melindungi tulang
kering kaki.
3.3.2 Kepentingan
4. Pemilihan alat pelindung yang tepat dan sesuai
(pembuatan)
Alat pelindung seharusnya berfungsi secara optimum dan efektif
kepada atlet. Oleh itu, setiap alat pelindung yang digunakan perlu
menepati kriteria-kriteria berikut:
KRITERIA ALAT PELINDUNG SUKAN
Selasa dan mudah dipakai
Tidak mengganggu proses aktiviti sukan.
Memberikan perlindungan yang optimum.
Memenuhi syarat-syarat yang diwajibkan dalam bidang sukan.
4.1Pemilihan alat pelindung dalam sukan boling
Alat pelindung tangan bagi sukan boling boleh didapati dalam
pelbagai bentuk bergantung kepada tahap pemain, tujuan dan
pengalaman. Alat pelindung bagi pemain yang mempunyai sejarah
kecederaan berbeza dengan pemain yang tidak pernah mengalami
kecederaan. Begitu juga bagi pemain baru dan professional. Apa yang
pasti, penggunaan alat pelindung tangan adalah untuk memberi
sokongan kepada pergelangan tangan dan memberi keselesaan kepada
pemain. Sokongan sarung tangan yang betul akan membantu pemain
melepaskan bola dengan lebih baik sekaligus meningkatkan mutu
permainan.
Memilih alat pelindung yang tepat dan betul semasa sukan boling
amat penting bagi mengelakkan risiko kecederaan. Dalam memilih alat
pelindung yang sesuai, material bahan perlu dititikberatkan. Perlu
difahami, terdapat banyak pilihan material untuk alat pelindung
seperti sarung tangan dan sarung lengan di pasaran. Namun, alat
pelindung yang paling sesuai ialah yang tidak ketat dan cukup
longgar serta tidak menyebabkan penyekatan darah serta oksigen
dalam badan.
Pemain menggunakan sarung tangan bowling dan sarung pergelangan
tangan untuk beberapa sebab. Antara sebab utama adalah sarung
tangan bowling menyediakan sokongan yang diperlukan bagi mencegah
kecederaan, serta menawarkan kawalan yang lebih besar ke atas bola
bowling. Kebanyakan pemain baru menggunakan sarung lengan untuk
menyokong panduan lontaran mereka serta menguatkan pergelangan
sekaligus mengelakkan rasa sakit dan tidak selesa. Bagi pemain
professional, terdapat sarung tangan yang menawarkan cengkaman
tambahan dan kawalan yang diperlukan bagi mengekalkan bentuk yang
konsisten dari satu permainan ke hadapan.
Jenama kelengkapan perlindungan sukan terkemuka seperti
Pointique atau LP Support (LP) yang semakin popular di kalangan
ahli sukan amatur dan profesional sering menjadi pilihan kerana ia
dibangunkan dengan teknologi sukan berketepatan tinggi. Ia memenuhi
keperluan setiap atlet dengan memberi perlindungan dan daya
prestasi setiap atlet hingga ke tahap maksimum. Produk ini
dipertingkatkan dengan jahitan (kait) tiga dimensi (3D) untuk
membolehkan pergerakan yang lebih fleksibel. Kehebatan X-tremus
datang dari binaan komplek yang memanfaatkan tiga teknologi terbaru
iaitu pita kuasa ajaib, struktur kontur stabil dan binaan lebih
tahan dan kemas. Selain itu, cengkaman yang dipertingkatkan melalui
jahitan 3D, balutan elastik X-tremus berupaya menyerap dan
melepaskan semula tenaga setiap kali pergerakan sendi dilakukan.
Kelebihan yang memberikan atlet lebih prestasi. Selain itu, jahitan
berkualiti pada permukaan memberi lebih kekemasan otot, sekaligus
mengemaskan setiap pergerakan.
Penggunaan bahan seperti neoprone, coolprene yang tidak
memerangkap peluh manakala teknologi Coolmax berupaya menyelesaikan
masalah pemerangkapan haba. Secara umumnya, pemakaian X-tremus
membantu meningkatkan beberapa kapasiti atlet untuk bergerak lebih
laju dan mendapatkan postur yang lebih stabil.
4.2Pemilihan alat pelindung dalam sukan memanah
Pelindung jari bagi sukan memanah lazimnya diperbuat daripada
kulit atau daripada bahan sintetik Ia digunakan untuk melindungi
jari pemanah dari sebarang kecederaan dan juga memberikan permukaan
yang licin untuk tali panah mengelungsur. Tekanan yang berulang
semasa sesi latihan boleh menyebabkan kesakitan pada jari.
Pelindung jari atau tab jari mempunyai gelung yang sesuai ke atas
jari tengah dan ini biasanya digunakan oleh pemanah untuk membuat
titik rujukan semasa melepaskan busur.
Pengawal lengan tradisional dibuat daripada kulit Terdapat juga
pelindung lengan yang diperbuat daripada plastik yang dipakai di
sebelah dalam lengan yang memegang busar (bow arm). Ianya di pakai
untuk mengelakkan kecederaan lengan pemanah. Apabila bowstring itu
telah dikeluarkan, geseran yang terjadi boleh menyebabkan kesakitan
kepada pemanah. Kini pengawal lengan memanah boleh didapati dalam
bahan-bahan yang berbeza, seperti keluli tahan karat, plastik dan
vinil. Atlet perlu memilih bahan yang ringan agar dapat memberikan
keselesaan dan perlindungan secara optimum kepada lengan.
Pengawal lengan yang melekat pada lengan biasanya menggunakan
tali Velcro atau Buckles kerana ia lebih elastik, selesa dan boleh
dilaraskan mengikut saiz pemain. Bagi pemanah baru, dinasihatkan
agar memakai pengawal lengan tambahan yang empuk pada peringkat
permulaan.
Pelindung dada yang digunakan untuk mengelakkan kecederaan pada
bahagian dada terutamanya bagi pemanah wanita diperbuat daripada
nilon ataupun plastik, termasuk nilon mesh dan kulit. Pelindung
dada hampir menyamai separuh daripada jaket atau weskot berkancing
. Ianya dipakai pada sebelah dada yang digunakan oleh pemanah yang
memegang panah. Daya tekanan yang dilepaskan oleh bowstring yang
kuat boleh menyebabkan kerosakan pada kawasan dada pemanah. Oleh
itu, adalah amat penting memakai pelindung dada untuk membantu
mengurangkan kecederaan. Pelindung dada ini dipasang dengan
menggunakan butang, tali dan kancing . Ia adalah sesuai bagi semua
pemanah kompetitif terutamanya pemanah wanita kerana ia dapat
melindungi payudara.
4.3Pemilihan alat pelindung dalam sukan taekwondo
5. Prosedur memakai semasa pertandingan
5.1Prosedur memakai alat pelindung bagi sukan bowling
Gambar 1 : Pendakap pergelangan tangan boleh dilaras
Gambar 2 : Cara memakai pendakap tangan
Gambar 3: Cara memakai pendakap pergelangan tangan tidak boleh
dilaras
Gambar 4: Cara memakai sarung lengan
Gambar 5: Cara memakai sarung tangan dengan ciri keselamaran
jari
5.2Prosedur memakai alat pelindung bagi sukan memanah
Secara amnya, prosedur pemakaian alat pelindung bagi sukan
memanah adalah seperti berikut:
Pelindung dada/
Chest guard
Pelindung jari
Pelindung lengan
Gambar 6 : Alat pelindung lengkap untuk sukan memanah
5.2.1Pelindung dada
Gambar 7: Cara memakai pelindung dada
5.2.2Pelindung lengan
Gambar 8: Cara memakai pad lengan
5.2.3Pelindung jari/Finger tab
Gambar 9: Cara memakai tab pelindung jari
5.3Prosedur memakai alat pelindung bagi sukan taekwondo
Prosedur dan set lengkap bagi pemakaian alat pelindung sukan
taekwando yang perlu dipatuhi semasa latihan dan pertandingan
adalah seperti berikut:
Gambar 10: Alat pelindung lengkap untuk sukan memanah
a. Pelindung Kepala / Head Guard
b. Body Protector Taekwondo/ Pelindung Badan
c. Pelindung Tangan Taekwondo/ Hand Protector
d. Pelindung Kaki Taekwondo/ Shin Guard taekwondo
6. Peraturan memakai alat perlindungan semasa pertandingan
Penganjur pertandingan haruslah mengutamakan keselamatan
terutamanya dalam menyediakan peraturan sesuatu pertandingan.
Peraturan-peraturan permainan yang telah ditetapkan oleh
badan-badan sukan wajib dipatuhi agar tidak berlaku perkara yang
tidak diingini. Seharusnya penganjur sesuatu kejohanan atau
pertandingan merujuk peraturan yang telah disediakan dan diedarkan
kepada semua yang terlibat sebagai panduan.
7. Penutup
Kelengkapan perlindungan diri semasa bersukan memainkan peranan
penting dalam mengekalkan keselamatan atlet. Penggunaan dan
pembangunan gear pelindung sukan telah berkembang melalui masa, dan
terus maju dari masa ke masa. Pemakaian alat pelindung diri perlu
dititikberatkan agar risiko kecederaan dapat dikurangkan samada
dalam sukan professional mahupun amatur.
Rujukan
Archery Basic Arrows and Equipment blogpot.
http://www.dundeesportsmansclub.com/dundee%20pic/dscinc.archery.basic.arrows.and.equipment.htm
Kenali Sukan Bowling .blogspot
http://rusdi-hitamputih.blogspot.com/2010/04/kenali-sukan-boling_19.html
TAEKWONDO.Info Taekwondo blogspot
http://taekwondo-center.blogspot.com/2013/02/nama-alat-alat-taekwondo.html
6 Must-Have Protective Gear for Archers
http://www.ebay.com/gds/6-Must-Have-Protective-Gear-for-Archers-/10000000177635882/g.html
3