Kerjaya Dalam Bidang Sains Teknologi Sains Botani untuk yang
prihatin masalah sejagatSEPERTI yang diterangkan dalam rencana
fokus di muka surat 6 dan 7, bidang botani mempunyai lebih daripada
17 cabang.Justeru mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang ini
sebenarnya mempunyai peluang kerjaya yang pelbagai.Ditambah dengan
pelbagai isu masyarakat dan persekitaran yang berlaku kini,
keperluan kepada mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang ini
semakin meningkat.Sebagai contoh, peningkatan populasi penduduk
mempunyai kaitan rapat dengan masalah alam sekitar dan juga bekalan
makanan yang mencukupi.Masalah-masalah ini memerlukan mereka yang
berkelulusan Sains Botani untuk mencari pendekatan terbaik bagi
memastikan isu-isu sebegini dapat diselesaikan dengan baik.Dalam
berhadapan dengan isu-isu bekalan makanan contohnya, kita
memerlukan saintis yang mahir dalam penyakit-penyakit
tumbuh-tumbuhan dan penghasilan baka-baka baru, yang mana ia juga
adalah antara cabang Sains Botani.Selain itu, antara kerjaya yang
boleh diceburi oleh lulusan sains botani ialah ahli ekologi, ahli
taksonomi, ahli biologi tumbuhan, pakar pemuliharaan alam sekitar
dan sebagainya.Hampir semua universiti yang mempunyai
program-program pengajian dalam bidang sains menawarkan kursus
Sains Botani.Bagaimanapun, secara umumnya universiti yang
menawarkan program pengajian dalam Sains Botani akan membahagikan
jabatan atau fakulti masing-masing kepada beberapa bidang
pengkhususan seperti agronomi (tanaman ladang), holtikultur
(pokok-pokok hiasan, buah-buahan dan sayur-sayuran) mikrobiologi
(mikrob seperti bakteria dan fungus) serta patalogi tumbuhan
(penyakit-penyakit tumbuhan).Universiti Putra Malaysia (UPM) adalah
antara universiti terbaik yang menawarkan program Sains
Botani.Selain itu ialah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM).Mereka
yang berminat dalam bidang ini mestilah mempunyai kelulusan baik
dalam subjek sains di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
ataupun Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Kerjaya dalam
bidang polimerMALAYSIA sebagai sebuah negara industri tidak mahu
ketinggalan bersaing di peringkat antarabangsa untuk menghasilkan
teknologi bagi mengeluarkan produk-produk berkualiti tinggi
daripada bahan-bahan asas yang digunakan dalam kehidupan
seharian.Terkini, teknologi kejuruteraan polimer antara bidang yang
mula diterokai di negara ini.Ramai tidak tahu apa itu bidang
kejuruteraan polimer. Mengapa ia perlu diterokai dan apa
keuntungannya kepada pelajar yang menceburi bidang
berkenaan.Perkataan polimer mungkin asing bagi sesetengah pelajar
khususnya bagi yang mengikuti aliran sastera.Poly dalam bahasa
Greek bermaksud banyak manakala perkataan `mer bermaksud
bahagian.Dalam bahasa saintifik, ia adalah satu cabang ilmu yang
mengkhususkan kajian tentang bahan kimia iaitu pencantuman ikatan
karbon yang lebih panjang untuk membentuk polimer. Polimer dalam
bahasa mudah ialah kajian mengenai pembuatan produk berkaitan getah
dan plastik.Di kebanyakan negara maju, bidang kejuruteraan polimer
kini semakin berkembang.Selain menyediakan prospek luas dalam
kerjaya profesional, bidang berkenaan juga mampu menjana ekonomi
negara menerusi penghasilan pembuatan produk getah dan plastik
berkualiti. Dari segi peluang kerja, lulusan bidang kejuruteraan
polimer tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana
tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama ada di sektor awam dan
swasta.Antara jawatan yang boleh disandang termasuklah jurutera
kawalan mutu, penyelidik, pegawai kawalan, perunding dan pegawai
sains di syarikat perindustrian.Pelajar yang berminat dalam bidang
ini mestilah lulus cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dengan kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Sains dan
Matematik.Bagi lulusan SPM mereka perlu mengikuti program
Matrikulasi atau diploma selama satu hingga tiga tahun sebelum
diterima masuk ke program peringkat sarjana muda.Bagi lulusan Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula mereka boleh terus
memasuki tahun pertama dengan kelulusan yang baik dalam mata
pelajaran Matematik dan juga subjek-subjek Sains yang berkaitan.
Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan
Universiti Teknologi MARA antara institusi pengajian tinggi awam
yang menawarkan pengajian dalam bidang ini. Ganjaran lumayan untuk
lulusan fizikPADA masa ini Malaysia merupakan pengeksport terbesar
dan pembuat ketiga terbesar peranti semikonduktor di dunia. Tetapi
penglibatan Malaysia dalam industri semikonduktor adalah terhad
kepada aktiviti-aktiviti pengujian dan pemasangan sahaja.Ini kerana
Malaysia kekurangan tenaga profesional dalam bidang-bidang seperti
reka bentuk, analisis dan pembuatan litar-litar bersepadu
(Integrated circuits) serta pengendalian sistem fabrikasi wafer dan
yang berkaitan; dan amnya dalam bidang kejuruteraan elektronik dan
komputer. Bagi menampung keperluan tersebut, kursus mikroelektronik
diadakan, antara lain menggabungkan bidang-bidang kejuruteraan
elektronik, fizik semikonduktor dan kejuruteraan komputer.Di negara
kita kursus-kursus berkaitan dengan bidang ini ditawarkan di
universiti awam dan juga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS)
yang menawarkan bidang pengajian Fizik dan juga
Kejuruteraan.Sepanjang kursus, pelajar akan didedahkan dengan
pelbagai ilmu berkaitan reka bentuk, reka bentuk berbantukan
komputer (CAD), analisis dan pengujian, pengendalian dan pembuatan
litar bersepadu. Selain itu, pelajar juga akan diperkenalkan dengan
dunia-dunia fizik merangkumi mikropemproses, fizik semikonduktor,
elektronik digit, kejuruteraan komputer, analisis kegagalan, CAD
dan sebagainya. Seperti yang diketahui, mereka yang berminat
menceburi bidang ini mestilah mempunyai kelulusan yang baik dalam
bidang sains dan matematik.Ini kerana seperti mana yang diketahui,
fizik adalah satu bidang bagaimana kita menggunakan sains dan
matematik dalam menyelesaikan masalah seharian.Secara khusus,
mereka mestilah mempunyai penguasaan yang baik dalam Matematik
Tambahan dan Fizik.Graduan dalam bidang ini sesuai untuk bekerja di
mana-mana syarikat dan fasiliti elektronik termasuk fasiliti
fabrikasi wafer dan litar bersepadu (IC). Para graduan kursus ini
secara amnya boleh mendapat pekerjaan sebagai jurutera di
industri-industri antaranya seperti berikut:Firma-firma pembuatan
dan pemasangan kenderaan; pembuatan peralatan rumah seperti mesin
basuh, TV, radio dan periuk elektrik; pembuatan barangan elektronik
seperti kamera dan mesin pendua; pembuatan Robot & sistem
automasi; teknologi tinggi; perunding; kejuruteraan &
pembangun-an produk; badan-badan penyelidikan & pembangunan
seperti institusi pengajian tinggi, SIRIM dan MCRIA.Kerjaya sebagai
jurutera bukan sahaja menawarkan ganjaran lumayan, malahan memberi
peluang kepada mereka mendapat status Jurutera Profesional (P.Eng).
Kerjaya luas dalam bidang sains nuklearSAINS nuklear adalah satu
cabang ilmu yang mengkhususkan kajian untuk memanfaatkan sinaran
yang terbit daripada nukleas radioaktif dan juga sinaran lain
seperti sinar x dan alur elektron.Pendidikan sains nuklear memberi
tumpuan kepada aspek teknologi dan gunaan di samping memperkukuhkan
ilmu sains tulen. Ia bertujuan melengkapkan pelajar dengan ilmu
yang berkaitan dengan penggunaan teknik-teknik nuklear dalam
bidang-bidang pertanian, perubatan, industri, alam sekitar dan
sains asas.Bagi membolehkan pelajar mempraktikkan ilmu yang
dipelajari, program latihan industri diatur untuk setiap pelajar
semasa cuti semester di sektor industri yang berkaitan, institusi
penyelidikan dan hospital.Dari segi peluang kerjaya, lulusan bidang
ini tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana
tenaga dan kepakaran mereka diperlukan sama ada disektor awam dan
swasta.Antara jawatan yang boleh disandang termasuklah jurutera
kawalan mutu, penyelidik, pegawai kawalan alam sekitar, perunding,
pegawai ujian tanpa musnah (NDT) pegawai saintis serta
pegawai-pegawai di syarikat perindustrian.Mereka juga boleh
berkhidmat di bidang industri rawatan sisa radioaktif, radiografi,
perubatan serta institusi pengajian tinggi yang masih memerlukan
tenaga mahir di bidang yang berkaitan teknologi sinaran.Pelajar
yang berminat dalam bidang ini mestilah lulus cemerlang dalam Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kelulusan yang baik dalam mata
pelajaran-mata pelajaran Sains dan Matematik.Bagi lulusan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) mereka perlu mengikuti program Matrikulasi
selama satu hingga satu setengah tahun sebelum diterima masuk ke
program peringkat sarjana muda.Bagi lulusan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) pula mereka boleh terus memasuki tahun
pertama dengan kelulusan yang baik dalam mata pelajaran Matematik
dan juga subjek-subjek Sains yang berkaitan. Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) adalah satu-satunya universiti menawarkan pengajian
dalam bidang ini. Sains Marin bukan sekadar di lautROHANA MANTIDAK
ramai di kalangan pelajar tahu mengenai prospek kerjaya dalam
bidang sains marin. Mungkin kerana bidang itu masih baru di negara
ini maka prospek kerjayanya hanya dikaitkan dengan dunia
laut.Hakikat sebenarnya ialah sains marin turut menjanjikan peluang
kerjaya yang cukup luas meliputi pelbagai jenis pekerjaan.Prospek
ini menjadi luas kerana para graduannya ketika masih di kampus
institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang meneroka bidang selain
sains marin seperti seperti pentadbiran; pengurusan; perniagaan;
ekonomi atau komputer.Jadi tidak hairanlah apabila terdapat graduan
sains marin kini menjadi pengurus Bata Holding, pegawai bank dan
wartawan.Peluang itu terbuka luas apabila mereka mengikuti program
ijazah sarjana dalam bidang pentadbiran perniagaan (MBA) sebaik
sahaja berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Marin.Menurut
pensyarah Institut Oceanografi, Kolej Universiti Sains dan
Teknologi Malaysia (Kustem), Kuala Terengganu, Terengganu, Prof.
Dr. Faizah Shaharom, skop kerjaya sains marin adalah luas dan para
graduannya tidak perlu berasa risau tentang peluang
pekerjaan.Katanya, kerjaya sebagai penyelidik di institusi
penyelidikan yang mengkaji mengenai hidupan laut seperti ikan, batu
karang dan lain-lain adalah biasa bagi graduan sains marin.Begitu
juga kerjaya sebagai renjer taman laut; pegawai perikanan; pegawai
di Jabatan Laut; juru laut fizikal dan pegawai
akuakultur.Penyelidikan sains marin meliputi tiga bidang teras
utama iaitu biologi; ekologi dan pengurusan sumber marin perikanan
dan akuakultur bioteknologi marin.Selain kerjaya yang dinyatakan
itu, graduan sains marin turut mempunyai masa depan yang cerah
dalam bidang ketenteraan.Ini kerana Tentera Laut Diraja Malaysia
(TLDM) turut membuka peluang kerjaya kepada graduan sains marin
untuk menjadi pegawai TLDM. Dr. Faizah juga berkata, terdapat bekas
anak muridnya kini menjadi pegawai penyelidik perubatan atau ahli
teknologi perubatan.Peluang graduan sains marin katanya turut
terbuka luas dalam bidang pendidikan iaitu menjadi pensyarah di
mana-mana IPT.Ini bermakna mereka perlu mengikuti program ijazah
sarjana dan doktor falsafah (Ph.D) sebelum layak menjadi pensyarah
universiti. Peluang kerjaya lulusan aeroangkasaBIDANG aeroangkasa
di negara ini kini semakin berkembang pesat. Buktinya, Malaysia
sudahpun mampu mengeluarkan pesawat ringannya sendiri yang dikenali
sebagai Eagle ARV.Bidang ini memerlukan ramai tenaga mahir dalam
bidang kejuruteraan, pengurusan penerbangan, kawalan trafik udara
dan juruterbang.Pelajar yang berminat dalam bidang ini mestilah
mempunyai kelulusan baik dalam subjek-subjek sains terutamanya
Sains dan Matematik, selain minat mendalam dalam
teknologi-teknologi penerbangan dan angkasa.Salah sebuah universiti
tempatan yang menjadi perintis dalam menawarkan kursus seumpama ini
ialah Universiti Teknologi Malaysia (UTM).Pada mulanya, ia
dikelolakan secara bersama oleh UTM dan Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM). TUDM masih memerlukan tenaga manusia untuk
mengendali, menyelenggara, membaikpulih, mengawas serta mengurus
pesawat terbang. Manakala Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sentiasa
memerlukan tenaga mahir untuk menyelia aktiviti penerbangan di
Malaysia. Oleh itu pembantu teknik dan jurutera aeronautik juga
boleh bekerja di Jabatan Penerbangan Awam. Organisasi-organisasi
lain yang mengambil lulusan UTM termasuklah Penerbangan Malaysia
(MAS), AIROD, Malaysian Helicopter Services (MHS) serta Police
Wing. Di samping itu beberapa buah syarikat membuka banyak peluang
pekerjaan di dalam industri penerbangan. Siswazah-siswazah dalam
bidang kejuruteraan aeronautik ini juga boleh bekerja di dalam
bidang kejuruteraan mekanikal. Kepada mereka yang berminat dalam
bidang akademik dan penyelidikan, peluang terbuka untuk mereka
menjadi tutor/pensyarah di mana-mana institusi yang menjalankan
kursus bidang aeronautik. Beberapa universiti dan institusi lain
seperti Malaysia Airline Academy telah memulakan kursus bidang
aeronautik. Universiti Putra Malaysia juga telah memulakan kursus
dalam bidang aeronautik yang di beri nama aeroangkasa. Oleh kerana
perkembangan industri penerbangan semakin pesat, banyak syarikat
penerbangan, kelab penerbangan dan syarikat yang sedia melibatkan
diri secara aktif di dalam industri penerbangan negara dengan
membuka banyak peluang kerja kepada mereka yang mempunyai kelulusan
dalam bidang ini. Ahli mikrobiologi kenali 'makhluk halus' secara
saintifikBIDANG mikrobiologi adalah salah satu cabang dalam sains
kaji hayat. Bidang mikrobiologi merangkumi makhluk halus dan seni
seperti bakteria, virus, protozoa dan yis. Ia adalah satu ilmu
untuk memberi manusia kefahaman tentang agen hayat yang tidak boleh
dilihat dengan mata kasar.Lulusan di bidang ini tidak menghadapi
masalah untuk mendapatkan pekerjaan kerana permintaan sumber
manusia di bidang ini sangat memberangsangkan.Malah, peluang
kerjaya bidang ini banyak terdapat di negara ini. Misalnya, anda
boleh bertugas sebagai ahli kaji kuman di hospital-hospital atau
pusat-pusat perubatan, sebagai penyelidik dalam bidang perlindungan
tumbuh-tumbuhan dan mikrobiologi industri.
Selain itu ialah sebagai juru runding dalam industri rawatan air
buangan, pengawal kualiti industri makanan serta dalam industri
farmaseutikal.Lulusan ini juga boleh bekerja di bidang pendidikan
seperti guru dan pensyarah universiti. Pada masa ini beberapa
universiti tempatan menawarkan kursus ini di peringkat sarjana muda
iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM),
Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Putra Malaysia
(UPM).Di UKM, bidang ini ditawarkan oleh Fakulti Sains Hayat; UM di
Fakulti Sains; USM di Pusat Pengajian Sains Kajihayat dan UPM di
bawah Program Bacelor Sains. Daripada segi syarat kemasukan,
terdapat beberapa cara yang boleh diikuti.Cara pertama: Selepas
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), anda boleh memohon mengikuti
program diploma sains atau yang berkaitan di universiti tempatan
yang disebut di atas selama tiga tahun.Anda perlu mendapat
keputusan SPM yang baik serta mendapat sekurang-kurangnya lima
kepujian termasuk bahasa Melayu, matematik dan satu mata pelajaran
sains.Tempoh pengajian di peringkat diploma mengambil masa tiga
tahun. Selepas itu, anda boleh memohon untuk melanjutkan pengajian
ke peringkat sarjana muda di universiti seperti yang disebutkan di
atas. Tempohnya di antara dua hingga tiga tahun.Cara kedua: Anda
juga boleh melanjutkan pengajian terus ke peringkat sarjana muda
sekiranya anda mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia (STPM). Anda perlu lulus STPM dengan mendapat prinsipal
dalam pengajian am, biologi dan kimia. Anda juga perlu lulus SPM
dan kepujian bahasa Melayu. Tempoh pengajian di peringkat sarjana
muda ialah tiga tahun. Untuk menjadi seorang saintis dalam bidang
ini, anda perlu memperoleh ijazah sarjana muda di bidang
mikrobiologi serta perlu membuat banyak penyelidikan dan memberi
sumbangan dalam bidang ini sebelum boleh diiktiraf sebagai saintis
mikrobiologi. Kerjaya untuk penggemar makananJIKA anda seorang
penggemar makanan dan dalam masa yang sama meminati subjek-subjek
sains di sekolah, mungkin kerjaya yang paling sesuai untuk anda
fikirkan ialah saintis makanan atau ahli teknologi makanan.Tugas
utama seorang saintis atau ahli teknologi makanan adalah untuk
mencari cara terbaik untuk memilih, menyimpan, memproses,
membungkus dan mengedarkan hasil keluaran makanan.Selain itu,
seorang saintis dan ahli teknologi makanan juga bertanggungjawab
untuk memastikan bahan-bahan yang akan digunakan dalam makanan yang
dihasilkan.Bersesuaian dengan kerjanya, seorang saintis dan ahli
teknologi makanan perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam
mengenai sifat-sifat semulajadi dan komposisi sesuatu
makanan.Sebagai contoh, mereka perlu tahu apa akan terjadi kepada
rasa, warna dan juga kandungan zatnya apabila sesuatu makanan itu
dimasak atau disimpan.Untuk mendapatkan kemahiran-kemahiran ini,
mereka yang berhajat untuk menjadi ahli teknologi atau saintis
makanan perlu mendalami bidang-bidang sains seperti biologi,
mikrobiologi, kimia dan kejuruteraan.Pengetahuan dalam bidang ini
akan memastikan makanan yang diperoleh pengguna adalah selamat dan
berkualiti tinggi.Justeru, bagi yang berminat untuk mendalami
bidang ini, mereka perlulah memilih aliran sains di peringkat
sekolah dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke
universiti-universiti yang menawarkan bidang ini sama ada di
peringkat diploma atau ijazah pertama.Antara universiti tempatan
yang menawarkan bidang pengajian yang akan melayakkan seseorang itu
menjadi ahli teknologi atau saintis makanan ialah Universiti Sains
Malaysia (USM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti
Malaya (UM).Gaya hidup masyarakat kini yang semakin gemarkan kepada
makanan-makanan yang diproses dan ditambah dengan perkembangan
pesat industri makanan, masa depan mereka yang memiliki kelulusan
dalam bidang ini sangat cerah.
Ahli farmasi pastikan bidang perubatan lancarRAMAI daripada kita
hanya biasa dengan profesion doktor apabila bidang perubatan di
bincangkan. Sebenarnya, selain doktor, satu lagi bidang yang sangat
penting ialah farmasi. Farmasi atau bidang pengurusan serta
penggunaan ubatan-ubatan penting dalam memastikan bidang perubatan
berjalan lancar.Seorang ahli farmasi mempunyai peranan penting
dalam menentukan ubat-ubatan digunakan secara rasional dan
berkesan.Seorang ahli farmasi boleh bekerjasama sama ada di
hospital, kedai, farmasi, komuniti, industri farmaseutikal, unit
penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan,
universiti atau bahagian Farmasi di Kementerian Kesihatan.Seorang
ahli farmasi bertanggungjawab membekal dan menguruskan semua aspek
yang berkaitan penggunaan ubat bagi pesakit dalam wad dan juga
pesakit luar.Selain itu, seorang ahli farmasi juga perlu memberikan
kaunseling kepada pesakit semasa memberikan ubat kepada pesakit.
Dalam industri farmaseutikal pula, ahli farmasi memainkan peranan
yang sangat penting dalam bidang penyelidikan dan pembangunan,
pengilangan dan jaminan mutu serta pendaftaran ubat serta
permohonan.Sesungguhnya, bidang farmasi mempunyai cabang pekerjaan
yang pelbagai kerana ia melibatkan banyak cabang sains. Mereka yang
berminat dalam bidang ini perlu mempunyai kefahaman dan kelulusan
yang baik dalam bidang sains.Pelajar mempunyai dua saluran untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang ini iaitu sama ada menggunakan
kelulusan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil
Tinggi Persekolahan Malaysia (SPTM).Bagi lulusan SPM, pelajar perlu
menduduki program Matrikulasi atau A Level manakala lulusan STPM
(aliran sains) boleh terus memohon untuk mengikuti ijazah pertama
di universiti-universiti yang menawarkan program ini.Antara
universiti-universiti tempatan yang menawarkan pengajian dalam
bidang farmasi ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti
Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Arkitek untuk yang kreatifKERJAYA arkitek telah wujud sejak
sekian lama. Dahulu, ia dikenali sebagai tukang rumah. Tukang rumah
ketika itu membina rumah mengikut kemahiran tanpa menggunakan pelan
khusus. Sekarang ia menjadi suatu kerjaya profesional yang
memerlukan kelayakan tertentu.Untuk menjadi arkitek berjaya,
seseorang itu perlu mempunyai pencapaian cemerlang dalam bidang
pendidikan. Kemahiran asas yang diperlukan ialah penguasaan mata
pelajaran Fizik, Matematik, Lukisan dan Lukisan Teknik. Siapa tidak
berbangga apabila bangunan tersergam indah di ibu kota mendapat
pujian dan pengiktirafan oleh masyarakat? Sebagai contoh, Malaysia
boleh berbangga dengan pencapaian anak tempatan seperti Hijjaz
Kasturi iaitu salah seorang arkitek terbilang di negara
ini.Bangunan-bangunan seperti Menara Maybank, Tabung Haji,
Suruhanjaya Sekuriti dan Menara Telekom (berbentuk rebung)
merupakan hasil kerja seni bina Hijjaz. Kerjaya profesional
tersebut merupakan amanah besar selain memikul tanggungjawab atas
kepercayaan masyarakat ke atas keselamatan nyawa dan juga harta
mereka.Penghormatan yang diberikan masyarakat bersandarkan kepada
sembilan ciri yang meletakkan hak kepada profesionalisme itu
sendiri. Kesemua sembilan ciri yang perlu dipenuhi ialah kawalan,
pendidikan asas dan lanjutan, etika, peraturan dan piawaian,
tindakan disiplin, pengekalan profesion, kesaksamaan praktis,
kebebasan serta kepimpinan.Arkitek sekurang-kurangnya perlu
memiliki segulung Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni bina.
Kemudian graduan terbabit perlu menimba terlebih dahulu pengalaman
kerja dalam firma seni bina sekurang-kurangnya selama lima hingga
10 tahun. Graduan arkitek sebelum diterima untuk didaftarkan
sebagai Arkitek Berdaftar perlu melalui satu tempoh pendidikan
formal di universiti yang diiktiraf sama ada di dalam atau di luar
negara.Arkitek diiktiraf pendaftarannya hanya apabila lulus
peperiksaan Bahagian 3 yang diselenggarakan oleh Lembaga Arkitek
Malaysia selain daripada keperluan lulus peperiksaan itu arkitek
perlu melalui inisiatif peribadinya untuk berterusan mendalami
pengetahuan yang berkaitan dengan kerjayanya.Pendidikan berterusan
melalui program yang dipanggil Continued Profesional Development
(CDP) yang dianjurkan oleh badan profesional serta diiktiraf adalah
satu cara konsep pendidikan berterusan dapat dimanfaatkan.Sementara
itu, rangkuman tugas-tugas arkitek ialah perancangan, reka bentuk
bangunan, reka bentuk landskap, reka bentuk bandar, reka bentuk
dalaman, mengetuai dan menyelaraskan kerja-kerja, memberi kelulusan
dan pensijilan serta mengawasi kerja-kerja pembinaan.Individu yang
paling layak menjadi arkitek ialah mereka yang mencintai kesenian,
menghargai ruang serta reka bentuk dan menghargai warisan tradisi.
Selain kreativiti, kerjaya ini menuntut kesabaran dan keazaman
individu yang sangat tinggi bagi menyerlahkan bakat seorang arkitek
berkaliber.
Prospek kerjaya sains alam sekitar Oleh: ROHANA MANTIDAK ramai
pelajar mengetahui kerjaya di dalam bidang sains alam sekitar.
Prospek kerjaya dalam bidang itu adalah luas terutama dalam mencari
penyelesaian kepada masalah alam sekitar yang semakin banyak pada
masa kini. Antara masalah alam sekitar yang pernah berlaku di
negara kita ialah jerebu dan tanah runtuh.Sehubungan itu, bidang
ini memerlukan banyak tenaga kerja bagi menjamin persekitaran alam
yang lebih selesa untuk didiami.Banyak kursus sains alam sekitar
ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta
(IPTS) termasuk universiti di luar negara.Pensyarah kanan Jabatan
Sains Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Pengajian Sains Alam Sekitar,
Universiti Putra Malaysia (UPM), Rosta Harun berkata, peluang
kerjaya di bidang sains alam sekitar adalah luas.Di sektor awam,
Jabatan Alam Sekitar memerlukan pegawai berkelulusan ijazah dalam
bidang alam sekitar untuk melakukan kerja-kerja
lapangan.Kerja-kerja itu melibatkan projek yang memerlukan
kelulusan Kesan Penilaian Alam Sekitar (EIA).Contohnya ialah
menyediakan laporan EIA bagi projek Bakun di Sarawak, projek
pembangunan Bandar Baru Pauh di Perlis dan projek Jalan Lingkaran
Luar Pulau Pinang.Pegawai berkenaan perlu membuat tinjauan, kajian
dan pemerhatian di tapak-tapak berkenaan untuk menyediakan laporan
EIA sebelum kelulusan boleh diberi kepada pihak pemaju.Di sektor
swasta pula, kebanyakan syarikat memerlukan pegawai alam sekitar
untuk memantau operasi yang sedang dijalankan.Misalnya syarikat
pengeluaran makanan dan pembinaan termasuk projek-projek perumahan
yang memerlukan pemantauan dari segi kesesuaian tapak.Ada juga
lulusan alam sekitar memilih untuk bekerja di pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) yang mempunyai bidang tugasan berkaitan alam
sekitar.Sementara itu, bahagian sains alam sekitar turut memberi
fokus kepada proses memahami isu penting berkaitan persekitaran
bumi dan sistem ekologi.Kakitangan di bahagian itu menjalankan
penyelidikan mengenai asas saintifik untuk mengenal pasti masalah
alam sekitar, panduan membuat dasar dan polisi serta menilai
kejayaan sesuatu pendekatan yang telah digunakan.Mereka juga
melakukan kajian untuk meneroka dan mewujudkan sumber alternatif
tenaga.Selain itu, mereka turut mengetuai kajian mengenai sains
alam sekitar yang mempunyai kaitan dengan bidang biokimia,
persekitaran bioteknologi,kimia,pengajian ekosistem, geosains,
hidrologi, penilaian alam sekitar, ekonomi dan analisis
polisi.Mereka juga turut mengetuai kajian dalam bidang sains dan
ekologi mikrobiologi, fungsi genomik dan proteomik, sistem kompleks
biologikal dan bioteknologi. Kerjaya untuk graduan lulusan remote
sensingApakah bidang kerjaya yang boleh diceburi oleh mereka yang
mempunyai kelulusan dalam bidang 'remote sensing' dan universiti
manakah yang menawarkan program pengajian ini?Bidang remote sensing
semakin penting kini. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) adalah
antara universiti terunggul di negara ini yang menawarkan pengajian
dalam bidang ini.Graduan hasil daripada program ini dijangkakan
akan dapat berperanan sebagai Profesional Remote Sensing dan boleh
menjawat jawatan-jawatan berikut di agensi kerajaan atau pun
swasta:* Pengurus Remote SensingPengurus remote sensing adalah
ketua satu kumpulan yang menggunakan teknologi remote sensing dan
teknologi berkaitan di dalam sesuatu organisasi. Seorang pengurus
remote sensing mestilah seorang yang fa-ham tentang bagaimana
remote sensing dan teknologi berkaitan dapat digunakan untuk
memberikan faedah yang besar kepada organisasi tersebut. * Saintis
Remote SensingSaintis Remote Sensing adalah kumpulan pengguna
remote sensing yang khusus, boleh mengguna pakai remote sensing
dalam pelbagai bidang. Kepelbagaian guna pakai remote sensing dalam
disiplin-disiplin yang meluas, memerlukan graduan yang
berpengetahuan dan kemahiran dalam teknologi remote sensing.
Saintis remote sensing akan bekerja seiring dengan profesional
lain, dan beliau bertanggungjawab memberikan/menggerakkan aktiviti
remote sensing dalam organisasi tertentu.* Penganalisa sistem imej
berasaskan informasiPemprosesan imej berdigit dan keluaran maklumat
daripada sistem pemprosesan imej ini memerlukan peralatan-peralatan
dan sistem yang berkesan. Juruanalisa sistem ini bertanggungjawab
mengurus dan menyelenggara sistem, di samping membuat pe-rancangan
penggunaan secara menyeluruh dalam sesuatu organisasi. Juruanalisa
sistem juga bertanggungjawab pada spesifikasi keluaran maklumat.*
Pegawai PenyelidikPenggunaan remote sensing dalam aktiviti-aktiviti
penyelidikan pelbagai bidang memerlukan graduan yang mempunyai
pengetahuan mendalam bagaimana teknologi remote sensing boleh
dimanfaat dalam sesuatu bidang. Kepekaan pada pembangunan semasa
teknologi remote sensing, dan penyalurannya kepada operasi melalui
penyelidikan adalah menjadi tanggungjawab pegawai penyelidik remote
sensing.
Kerjaya dalam bidang biologiApakah peluang kerjayayang boleh
diceburi oleh mereka yang berminat dalam bidang biologi?Sebenarnya,
mereka yang mempunyai kelulusan dalam bidang biologi boleh
menceburi pelbagai bidang kerjaya, bergantung kepada pengkhususan
masing-masing.Selain menjadi penyelidik di universiti, ahli biologi
juga mempunyai peluang kerjaya yang cerah di sektor-sektor swasta
yang membuat penyelidikan dalam bidang pembangunan ubat-ubatan dan
juga pemerosesan makanan.Ada juga ahli biologi yang menjalankan
penyelidikan dengan badan-badan berkanun atau badan kerajaan bagi
menjaga alam sekitar, menghasilkan benih-benih tanaman yang lebih
baik, mengawal penyakit manusia dan binatang, menilai makanan dan
keberkesanan ubat-ubatan.Bagi anda yang tidak gemarkan kerja-kerja
penyelidikan dalam makmal seperti yang disebutkan di atas, terdapat
juga kerjaya ahli biologi diluar pejabat seperti pakar hortikultur
(kebun) yang bertanggungjawab membangunkan pelbagai jenis
tumbuh-tumbuhan baru.Ahli biologi dalam bidang perikanan pula
berpeluang bekerja dengan syarikat-syarikat akuakultur.Tidak terhad
kepada bidang penyelidikan semata-mata, kini, mereka yang
berkelulusan dalam bidang biologi juga telah berani untuk
menggabungkan bidang itu dengan bidang-bidang lain yang
berlainan.Sebagai contoh anda boleh menggabungkan bidang biologi
dengan kewartawanan untuk menjadi penulis rencana-rencana sains
yang berjaya.Begitu juga dengan kerjaya peguam. Anda pastinya
menjadi peguam yang berjaya memperjuangkan isu-isu alam sekitar
sekiranya anda mempunyai asas yang kukuh dalam bidang sains,
terutamanya biologi.Untuk menceburi bidang ini, anda perlu mendapat
keputusan yang baik dalam mata pelajaran sains terutamanya Biologi
dan juga Matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM).Keputusan ini adalah asas penting yang akan melayakkan anda
memohon ke institusi pengajian tinggi (IPT) lain dalam bidang
sains.Hampir semua universiti tempatan yang menawarkan kursus sains
menawarkan pengajian dalam bidang biologi.Antaranya ialah
Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM), Universiti
Putra Malaysia (UPM) dan Universiti
Menjadi seorang jurutera aeroangkasaSEJAK kanak-kanak, saya
begitu kagum melihat kapal terbang di langit atau menonton kapal
angkasa di televisyen. Saya bertanya-tanya bagaimana kapal itu
dibuat, dan kerjaya yang berkaitan dengannya.
Noor Fairuz ImranBalik Pulau
Anda dapat memenuhi impian zaman kecil itu dengan menjadi
seorang jurutera aeroangkasa.
Kerjaya ini sangat menarik dan mencabar kerana ia memerlukan
pengetahuan yang tinggi dalam bidang teknologi.Jurutera aeroangkasa
mempunyai kaitan rapat dengan industri aeroangkasa dan mereka
mengaplikasikan kemahiran dalam penyelidikan, penyelenggaraan
udara, pembuatan, juga isu awam dan ketenteraan.
Mereka bertanggungjawab dalam hal ehwal sesuatu penerbangan,
reka bentuk kapal terbang, kuasa dan pengawalannya agar berada
dalam keadaan selamat.
Dalam kejuruteraan aeroangkasa, ia turut meliputi pengajian
berkaitan sistem satelit dan angkasa.Pelajar yang ingin menjurusi
bidang ini perlu menyemai minat yang tinggi dalam bidang
penerbangan dan kejuruteraan sendiri.
Mereka harus memiliki pengetahuan dalam matematik dan fizik.
Ini akan memudahkan mereka untuk menguasai mata pelajaran teras
aeroangkasa seperti pengkomputeran, matematik, keupayaan
penerbangan, aerodinamik di samping mempunyai pengetahuan dalam
komunikasi, industri dan ekonomi.Pengajian dalam kejuruteraan
aeroangkasa ditawarkan di universiti awam tempatan seperti
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia
(USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Fakulti
Kejuruteraan masing-masing.
Pengajian dalam bidang ini bukan sahaja menarik dan mencabar
tetapi juga melahirkan jurutera yang mempunyai pelbagai latar
belakang dengan pengkhususan dalam aeroangkasa.
Apakah sebenarnya tugas seorang ahli geologiTUGAS utama ahli
geologi ialah menyiasat struktur dalam bumi. Secara ringkas,
geologi adalah satu bidang ilmu berkaitan sains bumi yang mengkaji
kejadian, perkembangan dan kandungan bum
Antara yang menjadi kajian ialah tanah runtuh, tanah jerlus dan
tanah atau jalan raya mendap. Ahli geologi akan mengkaji dan
meneliti punca kejadian serta menyiasat dan menilai struktur bahan,
kekuatan tanah dan keadaan bawah permukaan tanah. Aspek
persekitaran yang terdapat di kawasan kejadian juga dikaji untuk
mencari jawapan punca kejadian.
Selain itu, ahli geologi mengkaji mengenai evolusi kehidupan di
planet bumi serta yang terkini, mereka turut membuat kajian
mengenai cakerawala lain seperti planet dan satelit. Untuk menjadi
ahli geologi, seseorang itu perlu mempunyai Ijazah Sarjana Muda
Geologi yang ditawarkan di universiti awam antaranya Universiti
Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti
Malaysia Sabah (UMS). Beberapa universiti luar negara seperti di
Amerika Syarikat, New Zealand, Kanada dan United Kingdom turut
menawarkan program biologi.
Meminati profesion ini dan berminat melakukan penyelidikan,
sanggup bekerja di lapangan tanpa mengira tempat dan masa merupakan
antara syarat yang perlu ada pada seseorang untuk menjadi ahli
geologi. Kerjaya ini menjanjikan pendapatan lumayan iaitu gaji
permulaan antara RM2,000 dan RM3,000 sebulan. Syarikat petroleum
dan cari gali petroleum seperti Petronas memerlukan ahli geologi.
Sektor lain yang menjadi laluan kerjaya ini ialah kejuruteraan
awam, perlombongan, pengkuarian dan geteknik.
Di sektor ini, ahli geologi akan terlibat dalam projek lebuh
raya, lapangan terbang, empangan dan bangunan tinggi. Kita boleh
membuka syarikat perunding sendiri jika tidak berminat bekerja
dengan orang lain atau bekerja di muzium dan makmal penyelidikan,
Di sektor awam pula, ahli geologi boleh berkhidmat dengan Jabatan
Kajibumi atau sebagai pensyarah. Menjadi seorang juruteraSAYA kagum
dengan kerja-kerja yang dilakukan oleh jurutera. Bapa pula memberi
sokongan kepada saya untuk menjadi seorang jurutera. Saya ingin
tahu lebih lanjut bidang kejuruteraan dan apakah kelulusan yang
perlu saya miliki untuk menjadi jurutera.
KEJURUTERAAN merupakan satu bidang yang sangat luas dan
merangkumi berbagai skop ilmu. Dalam perkembangan sains dan
teknologi terkini beberapa cabang baru dalam bidang kejuruteraan
telah mula diperkenalkan seperti Kejuruteraan Genetik dan
lain-lain.
Bidang ini sangat mencabar serta memerlukan seseorang yang tahan
lasak serta mampu membuat kerja-kerja luar pejabat serta di dalam
makmal. Antara bidang kejuruteraan yang sangat diminati dan sudah
mantap dari segi kerjaya ialah kejuruteraan awam, elektrik, kimia,
mekanik, aeronautikal, petroleum, CAD/CAM, telekomunikasi, bahan,
pembuatan, alam sekitar, senibina, ukur (bahan), ukur (bangunan),
ukur (pengurusan hartanah) dan sains kejuruteraan.
Boleh dikatakan semua institusi pengajian tinggi tempatan
menawarkan kursus kejuruteraan. Mengikut perangkaan menjelang tahun
2020 Malaysia memerlukan lebih ramai jurutera bagi menampung
keperluan negara yang sedang menuju ke arah sebuah negara maju.
Mata pelajaran yang pelajar perlu di beri tumpuan untuk
mengikuti kursus ini di universiti adalah semua mata pelajaran
sains dan matematik.
Bidang kejuruteraan semakin hari semakin mencabar dan justeru
itu ia memerlukan kepakaran yang tinggi untuk mengaplikasikan
teknologi kejuruteraan yang canggih serta menjimatkan masa, tenaga
dan kos. Bidang-bidang baru dalam kejuruteraan pada masa kini ialah
kejuruteraan genetik dan teknologi maklumat.
Ia merupakan cabang baru dalam dunia sains yang memerlukan
kepakaran pada masa kini.
Lulusan bioteknologi kini laku di pasaranSAYA berminat dalam
bidang bioteknologi. Apakah karier yang boleh saya ceburi nanti
jika mempunyai kelulusan dalam bidang berkenaan.
Terdapat banyak peluang kerjaya dalam bidang bioteknologi iaitu
dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pendidikan di
universiti dan pengurusan kerajaan. Dalam sektor swasta pula,
peluang kerjaya terbuka luas di syarikat-syarikat tempatan dan
multi nasional, pertubuhan antarabangsa, pengurusan hartanah
intelektual dan menubuhkan syarikat sendiri.
Pasaran kerja untuk graduan bioteknologi kini amat luas malah
ada syarikat yang menanti-nantikan pelajar bioteknologi untuk
menghabiskan pengajian mereka. Menurut satu laporan dari St. Louis
Post-Dispatch pada 1 Januari tahun ini, enam tahun lalu,
majikan-majikan tidak berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada
graduan dari kursus juruteknik makmal bioteknologi. Tetapi kini
mereka sendiri sibuk menghubungi pelajar berkenaan dan memerlukan
beratus-ratus orang dalam bidang tersebut. Pasaran global yang
berasaskan bioteknologi juga berkembang luas. Pada tahun 2000
barangan berkenaan di pasaran dunia bernilai RM221.16 billion
dengan 27 peratus dari bidang kuasa, makanan (20 peratus), kimia
(17 peratus), perkhidmatan kesihatan (15 peratus), pertanian (14
peratus) dan besi (7 peratus). Bioteknologi membantu dunia dengan
kewujudan pelbagai teknologi baru seperti dalam perkhidmatan
sokongan. Antaranya ialah instrumentasi iaitu pembangunan peralatan
baru, reka bentuk perubatan yang rasional dengan menggabungkan
farmaseutikal konvensional dan pembangunan ubat-ubatan berasaskan
protein. Sementara dalam pembangunan produk pula ia menghasilkan
terapeutik manusia dan vaksin seperti vaksin Hepatitis B.Ia
menghasilkan benih baru untuk pertanian seperti kacang soya,
produk-produk teknologi tinggi dan bawahan seperti klon kultur tisu
pisang dan lain-lain. Manakala disiplin daripada bidang
bioteknologi ialah molekular biologi iaitu keupayaan memanipulasi
kod genetik.Selain itu ialah kimia protein iaitu memahami
tugas-tugas protein dan penapaian iaitu menggunakan sel untuk
menghasilkan produk pengkomersialan. Antara yang paling menonjol
dalam bidang bioteknologi sekarang ialah penjujukan genom dan
beras.Beras mempunyai genom paling kecil dalam pertanian bijirin
dunia. Pemahaman lokasi dan struktur satu gen dalam genom beras
boleh membantu kita mencari gen yang sama dalam hasil pertanian
yang lain.
Kerjaya pegawai kadet TLDMSYARAT-SYARAT KEMASUKAN
UMUM- Warganegara Malaysia- Berumur antara 18 hingga 20 tahun
(lelaki) dan 18 hingga 25 tahun (wanita) bagi calon-calon awam dan
tidak melebihi 28 tahun bagi calon-calon askar-lasykar pada tarikh
tutup permohonan- Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna- Tinggi /
Berat Minimum : Lelaki - 157 cm/47.5kg Wanita - 147 cm /40.5kg-
Bujang- Body Mass Index (BMI) - 17.9 hingga 27.9
TARAF KESIHATANSihat tubuh badan, tidak cacat anggota,
penglihatan dan tidak rabun warna. Calon-calon akan melalui proses
pemeriksaan kesihatan mengikut piawaian kesihatan yang ditetapkan
oleh ATM.
TARAF PERKAHWINANCalon Awam : BujangCalon Askar Laskar :
Bujang/Berkahwin
SYARAT KELAYAKAN AKADEMIK
Syarat Am :Lulus SPM/SPMV atau kelayakan setaraf yang diiktiraf
oleh kerajaan dengan mendapat Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu (Lulus Ujian Lisan), Bahasa Inggeris, Matematik dan DUA (2)
KEPUJIAN tambahan dalam mana-mana mata pelajaran berikut:- Prinsip
Perakaunan- Ekonomi Asas- Perdagangan- Matematik Tambahan- Biologi-
Sains Tambahan atau Sains- Fizik- Kimia- Teknologi Maklumat atau
Reka Cipta- Geografi atau Sejarah- Teknologi Kejuruteraan atau
Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau
Teknologi Automatif atau Teknologi Kimpalan & Fabrikasi Logam
atau Teknologi Penyejukan & Penyaman Udara atau Teknologi
Elektrik- Lukisan Kejuruteraan atau Lukisan Geometri &
Automotif atau Geometri & Binaan Bangunan atau Lukisan Geometri
& Fabrikasi Logam atau Lukisan Geometri & Elektronik atau
Lukisan Geometri & Mesin atau Lukisan Geometri & Penyaman
Udara atau Lukisan Geometri & Elektrik- Bahasa Inggeris atau
English for Science & Technology- Pendidikan Seni atau
Pendidikan Syariah Islamiah atau Tasawwur Islam atau Pendidikan
Al-Quran & As-Sunnah atau Pendidikan Islam atau Pendidikan
Moral