Kerja Semalaman Untuk Pelencongan Saluran Paip Air 600mm: Gangguan Bekalan Air Berjadual 12 Jam Di Kawasan Jalan Kulim, Seberang Prai Tengah (SPT) / Page 1 of 2 15.7.2019 KENYATAAN MEDIA oleh Dato’ Ir. Jaseni Maidinsa, Ketua Pegawai Eksekutif, PBA Holdings Bhd (PBAHB) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) KERJA SEMALAMAN UNTUK PELENCONGAN SALURAN PAIP AIR 600MM: GANGGUAN BEKALAN AIR BERJADUAL 12 JAM DI KAWASAN JALAN KULIM, SEBERANG PRAI TENGAH (SPT) Butiran penting: Gangguan bekalan air berjadual semalaman 12 jam Masa/Hari/Tarikh Dari 10.00 malam, Jumaat, 19.7.2019 hingga 10.00 pagi, Sabtu, 20.7.2019. Sebab Pelencongan saluran paip 600mm MS sedia ada dari tapak kerja saliran baru. Bil. pengguna yang terjejas Hampir 6,900 penduduk di Jalan Kulim, SPT, dan kawasan berhampiran. PULAU PINANG, Isnin (15.7.2019): Perkhidmatan bekalan air untuk kira- kira 6,900 orang di Jalan Kulim, Seberang Prai Tengah (SPT), dan kawasan berdekatan akan terganggu selama 12 jam semalaman, dari 10.00 malam pada 19.7.2019. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) terpaksa menghenti tugas saluran paip 600mm MS (keluli lembut) sedia ada untuk sementara selama 12 jam. Henti tugas saluran paip ini akan menyebabkan gangguan bekalan air berjadual yang perlu untuk melaksanakan kerja pelencongan paip. Kerja pembinaan hartanah sedang dijalankan di Lot 632, 633, 634, 635, 672, 673 dan 674, Seksyen 6, Jalan Kulim. Saluran paip air 600mm sedia ada perlu dialihkan dengan selamat, jauh dari tapak kerja-kerja saliran baru bagi melindungi bekalan air untuk ribuan pengguna di kawasan itu. Ini adalah langkah pencegahan untuk mengelakkan kejadian seperti paip pecah berikutan kerja pengorekan yang boleh membawa kepada gangguan bekalan air tidak berjadual.