SOALAN 1 : Pilih salah satu subjek dalam pengajaran anda di sekolah. Bina dua (2) soalan aneka pilihan bagi setiap aras dalam taksonomi objektif Bloom. Jawapan Terdapat enam aras dalam taksonomi Bloom. Subjek yang di pilih ialah Sains Tahun Enam 1. Aras Pengetahuan 1) Siapakah orang yang pertama menjejakkan kaki di bulan? A. Neil Armstrong B. Ayah Pin C. Yuri Gagarin D. Alfonso De Alburque 2)Ikan dan berudu mempunyai _______________ untuk membolehkannya bernafas di dalam air . A. sirip B. ekor C. insang D. bulu hidung 2. Aras Kefahaman 1) Buah kelapa mempunyai lapisan (sabut) untuk ……………. A. dijadikan kayu api
50
Embed
Kerja kursus pengukuran dan penilaian dalam pendidikan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
SOALAN 1 :
Pilih salah satu subjek dalam pengajaran anda di sekolah. Bina dua (2) soalan aneka
pilihan bagi setiap aras dalam taksonomi objektif Bloom.
Jawapan
Terdapat enam aras dalam taksonomi Bloom. Subjek yang di pilih ialah Sains Tahun Enam
1. Aras Pengetahuan
1) Siapakah orang yang pertama menjejakkan kaki di bulan?
A. Neil Armstrong B. Ayah Pin
C. Yuri Gagarin D. Alfonso De Alburque
2)Ikan dan berudu mempunyai _______________ untuk membolehkannya bernafas di dalam air.
A. sirip B. ekor
C. insang D. bulu hidung
2. Aras Kefahaman
1) Buah kelapa mempunyai lapisan (sabut) untuk …………….
A. dijadikan kayu api
B. melindungi biji benih dari rosak sewaktu jatuh dari pokoknya
C. menyebarkan biji benih jauh dari pokok induk
D. memastikan buahnya digemari oleh ramai orang
2) Ali sedang duduk di bawah sebatang pokok kelapa. Tiba-tiba sebiji buah kelapa jatuh ke
bawah dan menimpa kepala Ali. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?
A. Buah kelapa jatuh ke bawah kerana daya tarikan graviti.
B. Buah kelapa jatuh ke bawah kerana Ali bernasib malang
C. Buah kelapa jatuh ke bawah kerana Ali tidak memakai topi keledar
D. Buah kelapa jatuh ke bawah kerana Ali berniat ingin mencuri kelapa
3. Aras Aplikasi
Antara haiwan berikut, yang manakah terlibat di dalam proses metamorfosis di atas?
A. Ulat gonggok B. Katak
C. Ayam Katik D. Lalat
2) Sehelai tuala mampu menyerap 30 sentimeter padu air..Berapa helai tuala yang perlu
digunakan untuk menyerap 75 sentimeter padu air.
1. 2 helai tuala B) 2 ½ helai tuala
C) 3 helai tuala D) 4 helai tuala
4. Aras Analisis
1) Rajah di bawah menunjukkan haiwan yang dikelaskan kepada dua kumpulan.
Antara berikut, yang manakah mewakili X dan Y dengan betul?
X Y
A. ayam SeladangB. Singa RusaC. Rusa SingaD. Seladang Ayam
2) Sebuah kapal berlabuh di pelabuhan ketika air surut. Jarak tangga tali yang tergantung
dari kapal dengan aras permukaan air ialah 10 sentimeter. Manakala kadar perbezaan air
pasang surut ialah 10 meter. Berapakah jarak tangga tali dengan aras permukaan air laut
sewaktu air laut pasang.
A. 9 meter 90 sentimeter B. 10 meter 10 sentimeter
C. 10 meter D. 10 sentimeter
5. Aras Sintesis
1) Faktor yang menyebabkan persaingan antara tumbuhan………..
I. Cahaya matahari II. Air
III. Ruang IV. Makanan
A. I dan II B. II , III dan IV
C. II dan III D. I, II dan III
2)
Susunkan kelajuan di atas mengikut urutan dari kelajuan tinggi kepada kelajuan perlahan.
A. Z, X, U, Y B. Y, Z, X, U
C. Z, U, X, Y D. Y, X, U, Z
6. Aras Penilaian
1) Antara alatan berikut yang manakah menggunakan prinsip tuas kelas satu ?
I. Penyepit makanan III. Playar
II. Kereta Sorong IV. Papan Jonkang-Jongket
A. I dan II B. II dan IV
C. I dan III D. III dan IV
2) Rajah di bawah menunjukkan ciri proses rxz .
A. Respirasi B. Metamofisis
C. Fotosintisis D. Heomodialisis
Soalan 2
Dengan menggunakan salah satu daripada mana-mana ujian (30 soalan aneka pilihan) yang
telah ditadbir dalam salah satu kelas anda di sekolah anda, sediakan matriks respon seperti
contoh berikut:
Contoh untuk mengisi jadual:
Item no.l : Kunci (B) - Pelajar : (Amin), Jawapan : (D) - Pelajar : (Suria),
Jawapan : (B)
Nama
No.item
1 2 3 30
Kunci B Amin D
Suria B
Kemudian, bagi skor ujian, berikan markah 1 kepada jawapan yang betul, dan 0 kepada jawapan
yang salah atau tidak dijawab dan masukkan dalam jadual seperti di bawah:
Nama
No.item
1 2 3 30 JUMLAH
Kunci B Amin 0
Suria 1
JAWAPAN
Jadual Skor Respoden
1= Jawapan Betul 0= Jawapan Salah Atau Tiada Jawapan
Kumpulan Pelajar Berpencapaian Sederhana = 46% pelajar
= 11.5 pelajar (11 pelajar)
Kumpulan Pelajar Berpencapaian Tinggi = 27% pencapaian tertinggi dari semua
= 6.75 pelajar (7 pelajar)
Senarai Pelajar Perpencapaian Tinggi
Bil Nama Pencapaian1 Sallehuddin 93%2 Farhan 90%3 Anuar 87%4 Husam 83%5 Abdullah 80%6 Hadi 80%7 Aziz 77%
Analisa Jawapan Yang Pelajar Berikan Berdasarkan Kategori Pelajar
Kategori pelajar A *B C D Jumlah
RendahI
3
II
2
II
27
Sederhana
Tinggi IIIIII
6
I
17
Jumlah 3 8 3 14
*jawapan sebenar
RUMUS INDEKS DISKRIMINASI = ( d )
( d ) = (RU-RL)
(1/2 T )
RU = Bilangan Pelajar Yang Menjawab Dengan Betul Di Kalangan Pelajar
Berpencapaian
Tinggi.
RL = Bilangan Pelajar Yang Menjawab Dengan Betul Di Kalangan Pelajar
Berpencapaian
Rendah.
T = Jumlah Keseluruhan Pelajar Berpencapaian Rendah Dan Berpencapaian Tinggi.
( d ) = (6 -2)
½ (7+7)
= 4/7
= 0.571
Kesimpulan daripada pengiraan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi
terhadap 2 item.
Indeks Kesukaran
Untuk membuat kesimpulan hasil pengiraan indeks kesukaran bagi 2 item di atas, kita
mestilah menggunakan Jadual Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item di bawah untuk di
jadikan panduan
bagi menilai indeks yang diperoleh.
Nilai (p) Pengkelasan item0.00 – 0.20 Terlalu sukar0.21 – 0.40 Sukar0.41 – 0.60 Sederhana sukar0.61 – 0.80 Mudah0.81 – 1.00 Terlalu mudah
Jadual Aras kesukaran dan pengkelasan item
Kadar kesukaran soalan di tentukan oleh nilai (p) indeks yang diperoleh. Semakin kecil
nilai(p) indeks, semakin sukar soalan tersebut. Apabila nilai p > 0.85, maka soalan itu
dikatakan terlalu mudah dan apabila p < 0.15 maka soalan itu adalah amat mudah. Oleh
itu julat p perlu terletak di antara 0.16 minimum dan 0.85 maksimum untuk menentukan
soalan yang di bina itu berkualiti.Sebenar nilai indeks (p) dapat menggambarkan
peratusan pelajar yang menjawab sesuatu item dengan betul (Wood,1960)
Hasil dari pengiraan yang di buat nilai indeks kesukaran(p) item 1 (soalan 7) ialah 0.12
manakala item 2 (soalan 18) ialah 0.80. Ini membuktikan item 1 mempunyai aras
kesukaran yang tinggi. Hanya 3 pelajar dari 30 orang calon mampu menjawab dengan
tepat soalan ini.Ini adalah kerana soalan yang diberikan mengandungi pilihan jawapan
yang agak mengelirukan pelajar untuk membuat keputusan yang tepat.
Manakala item 2(soalan 18) pula adalah soalan yang mudah. Ini di buktikan oleh nilai
indeks kesukaran yang lebih besar di bandingkan dengan item 1. Seramai 20 orang
pelajar mampu menjawab dengan tepat.
Gambar rajah yang diberikan sebagai pilihan jawapan adalah terang dan jelas. Pengacau
jawapan tidak berfungsi dengan baik untuk mengelirukan atau menguji kefahaman
pelajar.
Kesimpulannya , kedua item yang di pilih adalah soalan yang tidak berkualiti kerana
kedua-duanya tidak terletak dalam julat indeks kesukaran yang sesuai. Soalan yang
terlalu senang atau terlalu susah tidak dapat mencerminkan keupayaan sebenar para
pelajar. Ini adalah kerana kewujudan soalan sebegini menyebabkan semua pelajar boleh
menjawab dengan betul untuk soalan yang mudah dan begitulah sebaliknya untuk soalan
yang terlalu sukar. Namun begitu berdasarkan perbandingan antara dua item di atas maka
di dapati item2 adalah lebih baik dari item 1.
Indeks Diskriminasi Item
Indeks Diskriminasi Item digunakan untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar.
Nilai aras diskriminasi item yang di ringkaskan adalah berdasarkan jadual di bawah.
Nilai Indeks Diskriminasi
Item (d)
Penerangan
-1
Bilangan Pelajar Berpencapaian Tinggi Menjawab Soalan Dengan Tepat
Kurang Daripada
Bilangan Pelajar Berpencapaian Rendah Menjawab SoalanDengan Tepat
0
Bilangan Pelajar Berpencapaian Tinggi Menjawab Soalan Dengan Tepat
Sama Dengan
Bilangan Pelajar Berpencapaian Rendah Menjawab Soalan Dengan Tepat
+1
Bilangan Pelajar Berpencapaian Tinggi Menjawab Soalan Dengan Tepat
Lebih Daripada
Bilangan Pelajar Berpencapaian Rendah Menjawab Soalan Dengan Tepat
Berdasarkan jadual di atas secara amnya dapat dikatakan bawah nilai indeks diskrimansi
item yang terletak di antara julat 0 hingga +1 adalah lebih baik di bandingkan dengan
nilai yang terletak pada julat 0 hingga -1. Ini adalah kerana nilai julat di antara 0 hingga 1
menunjukkan bahawa item soalan yang dikemukakan telah menunjukkan bahawa
bilangan pelajar berpencapaian tinggi menjawab soalan dengan tepat lebih daripada
bilangan pelajar berpencapaian rendah menjawab soalan dengan tepat. Dengan kata lain
nilai indeks diskriminasi yang menghampiri nilai 1 menunjukkan bahawa soalan tersebut
adalah soalan yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma(PRN) kerana ia dapat
membezakan pelajar berpencapaian tinggi daripada pelajar berpencapaian rendah. Untuk
menerangkan lagi huraian tadi rujukan boleh di buat pada jadual berikut.
Nilai d Pengkelasan item0.00 – 0.10 Tidak baik0.11 – 0.20 Kurang baik0.21 – 0.30 Sederhana baik0.31 – 0.40 Baik0.41 – 1.00 Sangat baik
Jadual Aras Diskriminasi Dan Pengkelasan Item
Pengiraan Indeks Diskriminasi Item yang telah dibuat untuk item 1 (soalan 7) dan item 2
(soalan 18) adalah berdasarkan langkah-langkah Mehrens & Lehhmann(1991). Hasil
yang di dapati ialah item 1 (soalan 7) nilai indeks diskriminasi nya bernilai 0.289.
Manakala item 2 (soalan 18) pula nilainya ialah 0.571.
Berdasarkan huraian dan pengiraan yang telah di buat, kesimpulan yang diperolehi item 2
(soalan 18) adalah lebih baik daripada item 1 (soalan 7). Ini di buktikan dengan nilai
indeks diskriminasi item 2 yang terletak dalam julat 0.41 hingga 1.00 dan ini
membolehkan ia di kelaskan sebagai sangat baik. Item 2 ini adalah amat sesuai untuk
Penilaian Perbandingan Norma. Manakala Item 1 (soalan 7) pula terletak dalam kelas
sederhana baik berdasarkan nilai indeks diskriminasi item yang dimilikinya. Item 1
(soalan 7) ini masih lagi boleh digunapakai untuk Penilaian Perbandingan Norma.
Untuk perbandingan sepenuhnya rujukan adalah di buat berdasarkan jadual berikut:
Indeks Kesukaran Item
(p)
Indeks Diskriminasi Item
(d)
Item 1
0.289
(Soalan 7)
0.12
Item 2
(Soalan 18)
0.80
0.571
Berdasarkan jadual di atas di dapati semakin tinggi nilai indeks kesukaran item maka semakin tinggi juga nilai indeks diskriminasi. Ini membuktikan semakin susah soalan maka semakin baik soalan itu untuk digunakan untuk penilaian rujukan norma (PNR). Justeru oleh itu berdasarkan rajah maka di dapati bahawa item 2 adalah lebih baik dari item satu. Penilaian ini di buat atas penelitian yang telah di analisa berdasarkan indeks kesukaran item dan indek diskriminasi item.
Rujukan
Bhasah Abu Bakar. 2007. Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bhasah Abu Bakar. 2003. Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim: Quantum Books.
Mokhtar Ismail. 1995. Penilaian Di Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka