MAKTAB RENDAH SAINS MARA KOTA KINABALU, SABAH
KERJA KURSUS GEOGRAFI 2012
EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU DI HUTAN SIMPAN BATU PUNGGUL, NABAWAN,
SABAH
NAMA TINGKATAN NO MAKTAB NAMA GURU
: EMELTY PAULUS : 3 DELIMA : 10026 : ENCIK MUSSIMAR BIN
BERTO
......... T. Tangan Pelajar
T. Tangan Guru
ISI KANDUNGAN TAJUK Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian
Kawasan Kajian Kaedah Kajian Hasil Kajian Rumusan Lampiran Rujukan
MUKA SURAT
PENGHARGAAN Syukur kepada Tuhan dengan limpahnya saya dapat
menyiapkan Kerja Kursus Geografi ini dengan jayanya tanpa
menghadapi sebarang masalah yang boleh mengendalakan perjalanan
ketika menyiapkan kerja kursus ini. Terlebih dahulu, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya iaitu
Cikgu Mussimar Berto atas tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam
menjalankan kajian ini. Selain itu, tidak lupa juga saya
mengucapkan perhargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah,
terutamanya, Ayahanda Pengetua MRSM Kota Kinabalu, Tn.Hj Ibrahim
bin Othman kerana membenarkan saya menjalankan kajian ini. Ucapan
terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah memberikan
banyak sokongan moral, kewangan, dan dorongan semasa saya
menjalankan kajian ini. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada rakan sekelas saya kerana sudi berkongsi
maklumat dan menghulurkan bantuan dalam menyiapkan kerja kursus
ini. Akhir sekali, terima kasih kepada pihak luar dan
responden-responden yang sudi memberikan maklumat secara langsung
dan tidak langsung.
PENDAHULUAN Saya Emelty Paulus, pelajar Tingkatan 3 diarahkan
oleh guru untuk membuat kajian geografi iaitu Kerja Kursus Geografi
(KKG). Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan oleh semua pelajar
Tingkatan 3 kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian
Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu
Ekosistem Hutan Terganggu Di Kawasan Kajian (Tugasan 1) dan
Perniagaan Runcit (Tugasan 2). Saya telah memilih ekosistem hutan
terganggu di kawasan daerah Nabawan, Sabah. Saya memilih kawasan
tersebut kerana ia berdekatan dengan tempat tinggal saya dan ia
memudahkan saya untuk menjalankan kajian tersebut. Masa yang
diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan
April sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar
perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah
dijalankan. Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan
mendatangkan manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan amnya
kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.
OBJEKTIF KAJIAN Mentakrif konsep ekosistem hutan Mengenalpasti
kepentingan ekosistem hutan Menemukakan faktor-faktor yang
menyebabkan ekosistem hutan terganggu Menyatakan dan menghuraikan
kesan ekosistem hutan terganggu Mencadangkan langkah-langkah untuk
mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu Menyatakan rasa syukur
dan bangga dengan ekosistem hutan
KAWASAN KAJIAN Ke wujudan Nabawan sebagai salah sebuah daerah di
Pedalaman bermula dibawah status Pejabat Daerah Kecil pada tahun
1920 dimana pusat pentadbirannya pada masa itu berpusat di
Pensiangan yang dianggarkan sejauh 114 kilometer daripada Nabawan
(Pusat Pentadbiran pada masa ini). Perhubungan utama ke Pensiangan
pada masa itu ialah melalui sungai dan berjalan kaki manakala
Pegawai Daerah yang bertugas di Pensiangan pada masa itu dibekalkan
kuda sebagai "Kenderaan" untuk berulang alik diantara Keningau
(Pejabat Residen pada masa itu) dan Pensiangan. Penolong Pegawai
Daerah yang pertama bertugas di Pensiangan ialah Mr. I.C. Peck.
Pusat pentadbiran daerah ini berpindah ke Nabawan pada tahun 1974
berikutan dengan penubuhan skim Nabawan yang diujudkan khas oleh
kerajaan USNO untuk menempatkan orangorang kampung dan para petani
yang mengamalkan Pertanian pindah-randah (Shifting Cultivation)
terutama sekali mereka yang tinggal di kawasan Pensiangan pada masa
itu ke satu kawasan yang lengkap dengan kemudahan-kemudahan yang
diperlukan dan membolehkan orang-orang kampung ini tinggal menetap
satu kawasan. Dengan pemindahan yang dirancang untuk melibat
orang-orang yang dipindah ke kawasan skim ini dengan kegiatan
pertanian terancang seperti tanaman pada bermusim; tanaman kopi dan
sebagainya sebenarnya gagal mencapai matalamatnya. Kawasan skim
yang diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Pertanian dan
Perikanan masih kekal dengan status Skim. Berdasarkan sejarah
ringkas tersebut diatas inilah sebabnya daerah ini satu masa dulu
lebih dikenali dengan nama Pensiangan sehinggalah sekarang ini nama
Pensiangan masih juga digunakan selepas Nabawan -
Nabawan,Pensiangan, Majlis Daerah masih menggunakan nama daerah
Pensiangan. Untuk makluman bahawa mengikut sejarah bahawa nama
Pensiangan adalah merupakan nama daerah ini dan nama Nabawan adalah
yang baru berikutan pemindahan setesen pentadbiran. Dan
kesimpulannya, Nabawan adalah pusat pekan dan pentadbiran, manakala
Pensiangan adalah nama daerah.
Kedudukan Nabawan, Pensiangan adalah dikelilingi oleh sempadan
dengan daerah Tawau dan Kinabatangan di sebelah Timurnya; sempadan
daerah-daerah Keningau dan Tenom di sebelah baratnya manakala di
sebelah selatanya pula berkongsi sempadan antarabangsa dengan
Kalimantan Indonesia. Keluasan daerah ialah 6089 km persegi -
608,909 hektar / 1,504,675.03 ekar, keluasan Hutan Simpan 486,441.6
hektar, keluasan Tanah Kerajaan 121,150.2 hektar, keluasan tanah
yang ada hakmilik 1,317.2 hektar. Keadaan Topografi adalah berbukit
bukau. Sebahagian besar daripada kawasan tanah rata yang terdapat
didaerah ini terkandung dalam kawasan Hutan Simpan. Keluasan
kawasan yang sesuai untuk pertanian yang terkandung dalam tanah
kerajaan ialah 30,000 hektar.
Daerah kajian Batu Punggul
Peta 1: Peta Daerah Batu Punggul, Nabawan
Peta 2: Peta lakaran kawasan kajian Batu Punggul
KAEDAH KAJIAN Soal selidik Instrumen soal selidik membantu
menambahkan info yang diperlukan bagi menyelesaikan kerja kursus
subjek ini. Borang soal selidik diedarkan kepada responden untuk
menjawab soalan berkenaan tugasan kerja kursus. Antara soalan yang
terdapat dalam borang soal selidik tersebut ialah mengenai kesan
ekosistem hutan terganggu di Batu Punggul.
Rujukan Pelbagai maklumat dapat diperoleh apabila melayari
internet. Bagi menyelesaikan tugasan ini, saya mencari maklumat
tambahan mengenai latar belakang serta ciri-ciri kawasan kajian.
Melalui kemudahan internet yang disediakan, segala maklumat yang
diperlukan dapat diakses dengan segera.
Pemerhatian Saya menjalankan pemerhatian tentang perletakan
kawasan kajian saya dari segi pandang darat fizikal dalam tempoh
satu jam. Saya juga turut membuat pemerhatian tentang faktor
ekosistem terganggu dan juga kesannya. Apa yang
t e l a h diperhatikan saya telah catitkan ke dalam buku
catatan.
HASIL KAJIAN Konsep ekosistem hutan Ekosistem merupakan
interaksi dan hubung kait antara benda hidup (biotik ) dengan benda
bukan hidup ( abiotik) dalam alam semula jadi. Komponen biotik
termasuklah semua jenis makhluk yang hidup seperti manusia, haiwan,
tumbuhan, dan micro organisma. Manakala komponen abiotik meliputi
komponen tidak hidup seperti tanah, air, angin, udara, cahaya
matahari dan sebagainya. Sementara ekosistem hutan pula adalah
hubungan antara kumpulan beberapa populasi sama ada flora dan fauna
yang hidup dalam lapisan dan di permukaan tanah dan terletak pada
suatu kawasan serta membentuk suatu kesatuan ekosistem. Ekosistem
hutan terganggu apabila terdapatnya aktiviti manusia yang
sewenang-
wenangnya meneroka kawasan hutan semula jadi untuk tujuan
pembangunan.
Kepentingan ekosistem hutan Kawasan hutan menjadi habitat atau
tempat tinggal berbagai-bagai jenis hidupan liar
seperti burung, ular, ulat beluncas dan lain-lain lagi. Hal ini
kerana tumbuh-tumbuhan yang terdapat seperti pokok senduduk, pokok
kapal terbang dan lain-lain menjadi sumber makanan haiwan-haiwan
tersebut. Pokok-pokok hutan menyediakan sumber makanan kepada
hidupan fauna dan flora. Tanpa habitat yang seimbang dan
terpelihara, proses tumbesaran pastinya akan terjejas. Hutan dapat
menyederhanakan suhu melalui proses pernafasan dan fotosintesis.
Oleh itu kita mesti mengekalkan sumber hutan semulajadi supaya
dapat mengekalkan kelembapan udara. Pokok-pokok yang hidup seperti
pokok senduduk, lalang, pokok-pokok renek dan sebagainya akan
membekalkan oksigen melalui proses fotosintesis. Kita sepatutnya
bekerjasama dan menghargai sumber alam dalam kehidupan kita supaya
generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yang lebih baik.
Faktor yang menyebabkan ekosistem terganggu Melalui pemerhatian
yang telah saya lakukan, saya dapati kawasan hutan di kawasan
Batu
Punggul ini telah banyak dimusnahkan untuk membina kawasan
petempatan. Peningkatan permintaan rumah menyebabkan hutan yang
tinggal sedikit dimusnahkan. Ini menyebabkan ekosistem hutan
semakin pupus. Pembinaan jalan raya merupakan satu faktor
menyebabkan ekosistem hutan terganggu. pembinaan jalan raya telah
menggunakan peralatan moden iaitu jentera-jentera berat telah
membersihkan dan menebang kawasan hutan. Pelbagai spesis
tumbuh-tumbuhan ditebang. Oleh itu, hidupan liar pun hilang
habitnya. Bertambahnya kawasan pertanian telah menyebabkan banyak
kawasan hutan dicerobohi. Ini secara tidak langsung akan
menyebabkan ekosistem hutan turut akan musnah. Pengusaha tanah
pertanian ini tamak membuka ladang-ladang pertanian tanpa
memikirkan tentang kesan kepada alam ini dan seterusnya kepada
ekosistem yang sedia ada. Pembinaan sistem perparitan juga
menganggu ekosistem hutan di kawasan Batu Punggul. Banyak longkang
atau parit konkrit dibina di kawasan hutan. Sebenarnya pembinaan
sistem perparitan adalah untuk mengelakkan kejadian banjir kilat
daripada berlaku tetapi pembinaan ini menyebabkan ekosistem hutan
yang berdekatan terganggu. Sebagai penduduk, kita perlu ada rasa
bertanggungjawab dalam memastikan ekosistem kawasan tempat tinggal
kita terpelihara.
Kesan ekosistem hutan terganggu Kemusnahan hutan menyebabkan
perubahan cuaca dunia. Suhu sekitar meningkat kerana
ketiadaan pelindung yang menghalang pancaran matahari, dan
lebihan gas karbon dioksida dalam atmosfera. Hal ini akan
mengurangkan hujan atau mengubah corak hujan sehingga menwujudkan
fenomena kemarau. Kemusnahan hutan turut menyebabkan fenomena kesan
rumah hijau berlaku. Akibatnya manusia akan berada dalam keadaan
tidak selesa kerana kepanasan. Rantaian makanan yang musnah akan
mengurangkan bekalan bahan organik untuk proses pereputan dan
penguraian oleh organisma pereput dan pengurai. Penghasilan humus
yang berkurangan akan menyebabkan tanah tidak subur tanah yang
kering, tandus, dan gersang akan menjejaskan aktiviti pertanian
penduduk seperti pertanian perladangan. Hal ini akan menyebabkan
berlakunya krisis makanan alam kehidupan sumber manusia. Makanan
daripada hutan amat penting kepada manusia. Contohnya kawasan
masyarakat orang asli sememangnya bergantung kepada sumber makanan
dari hutan. Kemusnahan ini menyebabkan mereka tidak boleh
mendapatkan sumber makanan. Selain itu, kemusnahan hutan
menyebabkan kerap berlakunya bencana alam yang menjejaskan kualiti
hidup manusia. Apabila hujan lebat turun, tanah boleh runtuh kerana
struktur tanah yang longgar akibat terdedah kepada hakisan. Tanah
runtuh akan memusnahkan kawasan pertanian dan kawasan petempatan
manusia. Hakisan pada tanahu hutan berbukit yang diterokai juga
akan menjejaskan aliran sungai akibat keladak dan banjir lumpur.
Keadaan ini akan membunuh haiwan akuatik dan ini akan menjejaskan
bekalan protein kepada manusia. Kesimpulannya, hutan semula jadi
perlu dipelihara untuk mengekalkan keharmonian alam dan kualiti
hidup manusia.
Cadangan mengurangkan ekosistem hutan terganggu
Hutan simpan diwujudkan bagi melindungi dan mengekalkan keadaan
ekologi semula jadinya. Hutansimpan dilindungi sepenuhnya oleh
Jabatan Perhutanan dan menjadi kesalahan bagi individumemasuki
kawasan itu tanpa permit yang sah. Kita haruslah bersyukur dan
menghargai alam sekeliling.
Antara usaha pemuliharaan hutan termasuklah memperkenalkan dan
menguatkuasakan AktaPerhutanan Negara, 1984. Manakala bagi hidupan
liar pula melalui Akta Perlindungan Hidupan Liar. Perhutanan perlu
memainkan peranannya bagi mengatasai masalah ini termasuk
pembalakan haram di Batu Punggul.
Kempen juga dibuat bagi memberi kesedaran kepada masyarakat
betapa pentingnya ekosistem hutan. Jabatan hutan dan PERHILITAN
perlu bekerjasama dengan agensi-agensi swasta bagi memastikan
kempen ini berjaya. Selain itu, kempen ini juga membolehkan
penduduk Batu Punggul lebih mengetahui fungsi dan peranan hutan
dalam sekitar kita perlulah sentiasa bersedia bekerjasama supaya
keseimbangan ekosistem di Batu Punggul dapat dikekalkan.
Bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem hutan kita haruslah
melaksanakan langkah untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan
supaya hutan kita akan menjadi lebih baik.
Bahan grafik
RUMUSAN Mengekalkan ekosistem hutan ini merupakan satu amalan
yang harus dipupuk dan disemai dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sekiranya kita mengekalkan ekosistem hutan, banyak hutan dapat
diselamatkan daripada ditebang dan sebagainya. Alam sekitar pula
dapat dipelihara daripada sebarang ancaman dan bahaya. Sikap
bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu ada dalam setiap diri
rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk mengekalkan ekosistem
hutan mendapat sokongan daripada segenap lapisan masyarakat.
Lampiran 1
Gambar 1: Pembinaan Penempatan
Gambar 2: Hakisan Tanah
Gambar 3: Pembinaan Jalan Raya
Gambar 4: Perubahan Lanskap Hutan
Gambar 5: Kempen Alam Sekitar
Lampiran 2
BORANG SOAL SELIDIK
RUJUKAN Buku Teks
Abd Rahim Md Nor Buku Teks Geografi Tingkatan 3 Cerdik
Publications, 2004 KBSM
Internet http://www.sabah.gov.my/pd.nbw/dcm/profil.html
http://geografiperak.blogspot.com/2012/02/pembentangan-kkg-pmr-2012.html
Orang Sumber