Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2013 dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan. Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Encik Misli Bin Rosbadi dan guru pembimbing saya iaitu Puan Vijaya Kumari A/P Ganapathi kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya iaitu bonda Puan Hazlin Binti Hussein yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Syukur Alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dengan berkat dan keizinan dariNya, maka saya telah dapat menyiapkan tugasan Kerja Kursus Geografi PMR 2013 dengan jayanya. Insyaallah, tugasan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian dan di masa hadapan.
Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Pengetua iaitu Encik Misli Bin Rosbadi dan guru pembimbing saya iaitu Puan Vijaya Kumari A/P Ganapathi kerana tidak jemu-jemu memberi bimbingan, dorongan, dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut membantu menyemak data, laporan dan membuat teguran agar memperoleh hasil kajian dengan cemerlang.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu saya iaitu bonda Puan Hazlin Binti Hussein yang turut membantu untuk menyiapkan kerja-kerja ini. Tanpa sokongan mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan kerja-kerja seperti ini. Ini kerana kerja-kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini memerlukan motivasi, usaha, buah fikiran dan wang ringgit.
Terima kasih juga diucapkan kepada adik saya serta rakan-rakan saya yang sangat setia dengan kerja-kerja yang diberikan dan mempunyai semangat setia kawan yang utuh
Bagi memenuhi sukatan pembelajaran tingkatan tiga,saya dan pelajar-pelajar tingkatan tiga telah diarahkan untuk melakukan satu kerja kursus yang bertajuk Pengangkutan Awam Dan Penternakan di suatu kawasan kajian.
Saya mamilih tajuk Pengangkutan Awam kerana ia mudah untuk disiapkan. Selain itu,saya dapat melihat betapa pentingnya pengangkutan awam di Kampung Istana, Batu Pahat,Johor. Masa yang diberikan oleh guru geografi saya untuk menyiapkan kerja kursus geografi tingkatan tiga ialah selama dua bulan,dari bulan Februari hingga April.Tempoh masa yang diberikan cukup panjang dan saya telah mengunakan tempoh masa tersebut dengan sepenuhnya.
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk:
A. Mengkaji jenis-jenis pengangkutan awam di Parit Yaani, Johor.
B. Untuk mengetahui dengan lebih jelas kepentingan perkembangan pengangkutan di
Kampung Istana, Batu Pahat , Johor.
C. Mengenal pasti masalah pengangkutan awam di Kampung Istana, Batu Pahat, Johor.
D. Mencadangkan langkah-langkah mengatasi masalah pengangkutan awam di Kampung
Istana, Batu Pahat, Johor.
E. Mengetahui konsep pengangkutan awam bas di Kampung Istana, Batu Pahat, Johor.
Saya berasa bersyukur dan berbangga kerana dapat menjalankan kajian tentang
pengangkutan awam di Kampung Istana, Batu Pahat, Johor.
Saya telah memilih kawasan Kapung Istana, Batu Pahat sebagai kawasan kajian kerana saya
tidak perlu mengeluarkan kos untuk pergi ke kawasan kajian.Kampung Istana, batu pahat ini
berjarak lebih kurang 5 KM di timur laut Bandar Batu Pahat. Kampung Istana berdekatan dengan
BP Mall iaitu pusat membeli belah yang terbesar di Batu Pahat . Di sini kemudahan lain seperti
sekolah,surau dan pondok menunggu bas mudah untuk dijumpai.
Jika menaiki bas dari bandar Batu Pahat masa yang diambil untuk sampai ke bandar hanya
mengambil masa lebih kurang 10 minit jika menaiki bas Johore Motor ,tambang yang dikenakan
bagi seorang penumpang hanya RM 0.60.
Saya amat bersyukur kerana memilih kawasan Kampung Istana, Batu Pahat. sebagai kawasan
kajian kerana semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk kawasan Kampung Istana,
Batu Pahat ini sangat baik.
Semasa saya menjalankan kajian ini,saya telah menggunakan beberapa kaedah.
Antara kaedah yang saya guna ialah:
1)Kaedah Pemerhatian
Saya telah mengunakan kaedah ini kerana ia mudah dilakukan. Saya memerhatikan
nama bas tersebut dan operasi bas ini mengangkut penumpang bermula dan
berakhir.
2)Kaedah Temu Bual
Saya telah menyediakan sebuah borang yang mengandungi beberapa soalan
mengenai kepentingan bas di kawasan Kampung Istana seramai 20 orang.
(lihat lampiran)
3)Kaedah Rujukan
Saya menggunakan kaedah ini untuk memahami lebih mendalam mengenangi
konsep pengangkutan awam melalui bahan bacaan,internet dan orang sumber.
KONSEP PENGANGKUTAN AWAM BAS
Menurut http://ms.wikipedia.org/wiki/Pengangkutan_awamPengangkutan awam atau transit
awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak
menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap
sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas, definasi yang lebih luas boleh merangkumi
perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dsb. — mana-mana sistem yang mengangkut
orang awam. Satu lagi batasan lanjut yang kadang-kadang dikenakan adalah bahawa
pengangkutan itu sepatutnya dijalankan dalam kenderaan yang sentiasa dikongsi, maka
terkecualinya teksi yang bukan kongsi tumpang.
Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi
untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan
penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan