Page 1
Page 1
Perkara: Halaman:
Tajuk 1
Senarai Kandungan 2 - 3
Penghargaan 4
Pendahuluan 5
Objektif Kajian 6
Kawasan Kajian 7
Peta kajian 8 - 11
Peta daerah
Peta yang dibandingkan
Peta lakaran
Kaedah Kajian 12
Dapatan Kajian 13 - 16
Jenis dan pola petempatan
Faktor yang mempengaruhi petempatan
Page 2
Fungsi petempatan
Masalah petempatan
Langkah mengurangkan masalah petempatan
Bahan Grafik 17 – 18
Rumusan 19
Lampiran 20 - 25
Rujukan 26
Page 3
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana ia telah
mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyiapkan projek ini dengan sempurnanya.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan berterima kasih kepada
guru yang mengajar saya dalam mata pelajaran Geografi iaitu En. Annamalai kerana ia telah
membimbing dan memberi keyakinan kepada saya bagi menjayakan kajian ini.
Selain itu, ibu bapa saya juga selalu memberi nasihat supaya belajar dengan bersungguh-
sungguh kerana usaha itu adalah tangga kejayaan. Ibu bapa saya juga telah banyak
menyumbangkan wang untuk membeli buku-buku kerana ia mahu saya belajar dengan
bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam hidup. Saya berjanji untuk berjaya kerana ibu bapa
saya telah membantu saya terlalu banyak. Kini, tiba masanya untuk membalas budi mereka.
Tidak lupa juga kepada kawan-kawan saya, Muhd. Sazmin, Muhd. Hanafi dan Zul
Amin yang banyak membantu saya untuk menyiapkan kerja khusus ini. Mereka akan menolong
saya sekiranya saya ketandusan idea untuk membuat kerja. Akhir sekali saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih sekali lagi untuk kepada pihak yang telah membantu saya.
Page 4
Saya Muhammad Hafiz Azri Bin Mohd. Fouzi murid tingkatan tiga di SMK Saujana
Indah. Saya telah menjalankan kajian ini bagi memenuhi keperluan kerja khusus Geografi PMR
pada tahun 2009. Saya telah memilih tema penempatan dan perkembangannya. Tajuk kajian saya
ialah petempatan di Kampung Sungai Kechil dan perbandingannya dengan negara Bangkok,
Thailand . Kawasan kajian saya ialah Kampung Sungai Kechil ,Pulau Pinang manakala negara
yang dibandingkan ialah Thailand, Bangkok.
Saya telah menjalankan kajian bersama rakan-rakan saya, Muhd. Sazmin, Muhd. Hanafi
dan Zul Haikal di kawasan Kampung Sungai Kechil. Saya mengkaji kawasan tersebut kerana ia
dekat dengan kediaman saya. Walaupun kami membuat kerja khusus ini dengan secara
berkumpulan tetapi maklumat dan data yang kami peroleh untuk menulis laporan lengkap adalah
dengan secara individu.
Oleh kerana itu, saya membuat kajian tentang kawasan Kampung Sungai Kechil dengan
pergi ke sana malah Bangkok pula saya menggunakan internet untuk mencari maklumat
tentangnya. Saya menjalankan kajian ini selama 4 bulan bersama-sama kawan-kawan saya.
Page 5
Saya telah menjalankan kerja khusus Geografi untuk memenuhi objektif berikut:
Jenis dan pola petempatan
Faktor yang mempengaruhi petempatan
Fungsi petempatan
Masalah petempatan
Langkah mengurangkan masalah petempatan
Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian.
Page 6
Saya telah memilih Kampung Sungai Kechil sebagai kawasan kajian saya. Kampung
Sungai Kechil terletak di dalam daerah Pulau Pinang. Kampung ini terbahagi kepada dua iaitu
Kampung Sungai Kechil dan Kampung Sungai Kechil Ilir.
Kawasan ini terletak satu jambatan yang menghubungkan Bandar Parit Buntar dan
Kerian. Terdapat beberapa buah kilang di kawasan ini. Antaranya ialah Kilang NTPM iaitu
kilang membuat tisu ‘Premium’.
Keluasan kajian saya ini meliputi lebih kurang 6.7 km persegi. Kampung Sungai
Kechil,Nibong Tebal terletak 6 kilometer dari Bandar Parit Buntar. Bilangan penduduk di
kampung itu lebih kurang 400 orang.
Terdapat pelbagai infrastuktur yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk penduduk
kampung ini. Antara kemudahan yang disediakan di sana ialah sekolah, bekalan elektrik,
perpustakaan awam, pondok telefon dan macam-macam lagi.
PETA DAERAH
Page 7
KAMPUNG SUNGAI KECHIL KAMPUNG NANAS, NIBONG TEBAL
PETA YANG DIBANDINGKAN
Bangkok ,Thailand
Page 8
PETA LAKARAN KAWASAN KAJIAN
Page 9
Saya telah membuat pemerhatian di seluruh kawasan kajian saya dan membuat catatan perkara
yang saya perhatikan ialah petempatan di kawasan kajian dan perbandingannya dengan negara
lain iaitu Kampung Sungai Kechil, Nibong Tebal dan Bangkok.
Saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada 5 orang responden yang menetap di
Kampung Sungai Kechil untuk mendapatkan maklumat tentang aktiviti penduduk di sana.
Saya merujuk pada buku-buku dan risalah di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat
tambahan yang berdekatan. Di samping itu, saya juga membuat rujukan internet melalui
komputer di rumah.
Page 10
Jenis petempatan yang terdapat di kawasan saya ialah Kampung Sungai Kechil manakala
pola petempatan ialah pola petempatan berjajar. Jenis petempatan dan pola berpusat terdapat di
negara yang diperbandingkan iaitu bandaraya Bangkok,Thailand. Saya berterima kasih kepada
kerajaan negeri kerana menyediakan kemudahan infrastruktur yang selesa dan selamat digunakn
buat diri saya, masyarakat dan negara. Kemudahan yang sama juga terdapat di Bandaraya
Bangkok dan menyediakan infrastruktur yang selesa bagi penduduk di Bangkok,Thailand.
BENTUK MUKA BUMI
Bentuk muka bumi yang terdapat di petempatan saya adalah tanah pamah. Petempatan
yang terdapat di kawasan kajian di negara bandingan saya iaitu bandaraya Bangkok juga
merupakan tanah pamah. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri
kerana menyediakan kemudahan asas seperti sekolah, klinik, surau, kuil kedai dan sebagai
nya yang sesuai dengan bentuk muka bumi yang terdapat di petempatan saya. Kemudahan ini
juga boleh didapati di bandaraya Bangkok.
DARJAH KETERSAMPAIAN
Page 11
Petempatan Kampung Sungai Kechil telah mempengaruhi tahap ketersampaian sama ada
mudah ataupun sukar untuk sampai ke sesuatu tempat. Kebanyakkan penduduk tinggal di
kawasan yang rata dan tanah pamah mempuyai kemudahan jalan raya, jalan keretapi,
jambatan dan sebagainya untuk memudahkan penduduk di kawasan saya berhubung ke
kawasan lain seperti Parit Buntar,Perak, Kuala Lumpur dan Bandar Bharu,Kedah.
Petempatan bandar juga tertumpu di sepanjang jalan yang menyediakan kemudahan
pengangkutan dan perhubungan. Begitu juga di Bangkok, di mana kemudahan asas telah
mampu menghubungkan Bangkok dengan daerah terdekat seperti Chonm Thong, Din
Daeng dan Bang Khun.
Sumbangan industri Kampung Sungai Kechil
Meningkatkan Ekonomi Negara
Peluang pekerjaan
Kemajuan infrastruktur
Meningkatkan taraf hidup
Kebajikan sosial
Fungsi petempatan yang terdapat di kawasan petempatan saya ialah ia boleh dijadikan
sebagai sebuah perniagaan dan perdagangan yang berjaya kepada diri sendiri, keluarga,
Page 12
masyarakat dan negara. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai pusat pengangkutan dan
perhubungan yang berteknologi tinggi dan senang didapati di mana-mana sahaja.
Selain itu, pendidikan merupakan asas penting dalam kehidupan seharian kita. Lantas,
pusat pentadbiran juga terdapat di sekitar daerah Nibong Tebal untuk memantau kegiatan yang
dilakukan oleh penduduk setempat di daerah itu.
Fungsi petempatan ini juga seperti perniagaan dan perdagangan, pengangkutan dan
perhubungan, pendidikan serta pusat pendidikan juga terdapat di bandaraya Bangkok. Saya amat
bersyukur kerana kawasan saya dikenali sebagai segitiga ilmu kerana kedudukannya yang
bersempadan dengan 3 buah negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah manakala Bangkok
terkenal dengan pusat pentadbirannya bagi Thailand.
Page 13
Kesan industri Kampung Sungai Kechil terhadap alam sekitar.
Pencemaran udara Pencemaran bunyi Banjir Jerebu
Masalah petempatan yang terdapat di petempatan saya ialah pencemaran udara dan
pencemaran bunyi.Pencemaran udara ini terjadi kerana banyak kenderaan yang digunakan oleh
penduduk di Kampung Sungai Kechil mengeluarkan asap eksos dari kenderaan bermotor mereka
seperti kereta dan motorsikal. Manakala pencemaran bunyi pun boleh terjadi apabila
pembagunan sedang dijalankan untuk membina tempat kediaman untuk mengatasi masalah
setinggan. Selain itu, pembakaran terbuka sering berlaku di mana- mana sahaja . Hal ini juga
boleh terjadinya jerebu dan boleh menimbulkan penipisan ozon di bumi . Pelbagai usaha yang
dilakukan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah yang berlaku di setiap negeri dan daerah dari
segi jerebu dan pencemaran udara seperti menanam semula tumbuhan hijau di sepanjang jalan.
Selain itu , banjir juga sering terjadi apabila hujan turun dengan lebatnya.Hal ini juga
terjadi di Bandaraya Bangkok, Thailand. Pelbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk
mengatasi masalah yang berlaku di setiap negeri dan daerah dari segi Bandar mahupun luar
Bandar seperti menyediakan penyaliran air yang bersesuaian dengan kawasan petempatan,
menguatkuasa undang- undang mengenai pembuangan sampah merata – rata dan memastikan
semua saliran dan parit – parit bersih dari sampah
Page 14
Langkah mengatasi masalah pencemaran di Kampung Sungai Kechil:
Mengubah suai enjin supaya mesra alam Kitar semula Berkongsi kenderaan Menggunakan sumber yang mesra alam Kempen Menguatkuasakan undang-undang
Masalah yang berlaku di petempatan saya telah menimbulkan kesan negatif sama ada dari
segi petempatan ataupun pengangkutan. Hal ini menyebabkan saya telah mencadangkan
beberapa langkah untuk mengatasi masalah yang berlaku di petempatan saya, antaranya kerajaan
perlulah menguatkuasakan undang-undang, mengadakan kempen, kitar semula ataupun
perhutanan semula. Selain itu, kita perlulah menggunakan sumber yang mesra alam dari segi
enjin ataupun berkongsi kenderaan. Ini kerana asap yang keluar dari kenderaan yang bermotor
telah memberi kesan kepada alam sekitar atau petempatan.
Melalui kajian yang saya jalankan ini, saya menyedari bahawa kegiatan ekonomi yang
giat dijalankan turut memberi kesan terhadap alam sekitar. Saya kini lebih prihatin terhadap isu
alam sekitar yang berlaku di kawasan bukit menampakkan usaha dengan melaksanakan beberapa
langkah bagi alam sekitar.
Page 15
JUMLAH PENDUDUK DI KAMPUNG SUNGAI KECHIL:
KAUM BILANGAN PERATUS
Melayu 250 80
India 15 8
Cina 25 12
Jumlah 290 100
Sumber : ketua kampung dan dapatan soal selidik
Page 16
JUMLAH PENDUDUK DI KAMPUNG SUNGAI KECHIL:
MelayuIndiaCina
Page 17
JUMLAH PENDUDUK DI KAMPUNG SUNGAI KECHIL:
Melayu India Cina0
50
100
150
200
250
300
Jumlah penduduk
Page 18
Kampung Sungai Kechil merupakan sebuah kampung yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan jantina. Kebanyakan pekerjaan mereka ialah kilang, guru, berniaga, dan banyak lagi.
Faktor yang mempengaruhi jenis pekerjaan penduduk bandar ini ialah faktor fizikal, latar
belakang keluarga dan taraf pendidikan.
Cadangan saya ialah untuk meningkatkan taraf hidup penduduk kampung ini ialah
menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan, meningkatkan taraf pendidikan, kemudahan
prasarana yang banyak.
Kampung ini mempunyai pelbagai keistimewaan. Ini menyebabkan saya mencintai
kampung ini. Penduduk ini sentiasa saling bantu-membantu dalam masyarakat supaya kampung
ini akan menjadi harmoni dan aman. Mereka juga mempunyai semangat kecintaan terhadap alam
sekitar seperti mereka menjaga kebersihan kampung mereka sendiri.
Page 19
Page 20
INTERNET: http://images.search.yahoo.com/search/images?p=bangkok+map
BUKU ILMIAH : Khaw Ah Seng ,Buku Teks Geografi Tingkatan 3 KBSM ,PTS Publications
Sdn. Bhd. ,Pahang ,2004
: Abdul Rahman ,Geogarfi Tingkatan Tiga ,Sasbadi Sdn. Bhd. ,2003
: Shafiee Zakaria ,Tutor Geografi PMR ,Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. ,Johor
,2003
Page 21