KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat 1. The Sun Daily – MACC nabs bank Chairman (Updated). Isnin / 29 Ogos 2016 Online 2. Sarawak Tribune – Warrior Fund Campaign to be launched in Sibu this Saturday. Selasa / 30 Ogos 2016 Online 3. Kosmo – Kerusi roda pulihkan semangat Abdul Rahim. Selasa / 30 Ogos 2016 Online 4. Harian Metro – ‗Lima kilometre lagi‘. Selasa / 30 Ogos 2016 Online 5. Sarawak Tribune – MBVA memorial plaque unveiled. Selasa / 30 Ogos 2016 Online 6. The Star – Memorial plaque to honour MBVA H.eroes Selasa / 30 Ogos 2016 Online 7. The Malaysian Times – Memories of killing Communists haunt ex-soldier. Selasa / 30 Ogos 2016 Online 8. Berita Harian – PERHEBAT tuntut janji Kerajaan. Selasa / 30 Ogos 2016 Online 9. Bernama – Remaja 16 tahun raikan Bekas Tentera dan Polis Sempena Sambutan Hari Kebangsaan. Selasa / 30 Ogos 2016 Online 10. Malaysian Digest.com – Terkenang laungan Tuanku Abdul Rahman di Stadium Merdeka. Selasa / 30 Ogos 2016 Online 11. Borneo Post – Veteran perang mengingati Deklarasi Gencatan Sejata akhiri Konfrontasi Malaysia – Indonesia. Selasa / 30 Ogos 2016 Online 12. Berita Harian – Bekas tentera catat terjunan peribadi ke 7,000. Rabu / 31 Ogos 2016 Online
40
Embed
KERATAN AKHBAR 29 hingga 31 Ogos 2016 Bil Akhbar Hari/Tarikh ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KERATAN AKHBAR
29 hingga 31 Ogos 2016
Bil Akhbar Hari/Tarikh Muka Surat
1. The Sun Daily – MACC nabs bank
Chairman (Updated). Isnin / 29 Ogos 2016 Online
2.
Sarawak Tribune – Warrior Fund Campaign to be launched in Sibu this Saturday.
Selasa / 30 Ogos
2016 Online
3. Kosmo – Kerusi roda pulihkan
semangat Abdul Rahim. Selasa / 30 Ogos
2016 Online
4. Harian Metro – ‗Lima kilometre lagi‘. Selasa / 30 Ogos
2016 Online
5. Sarawak Tribune – MBVA memorial
plaque unveiled. Selasa / 30 Ogos
2016 Online
6. The Star – Memorial plaque to honour
MBVA H.eroes Selasa / 30 Ogos
2016 Online
7. The Malaysian Times – Memories of
killing Communists haunt ex-soldier. Selasa / 30 Ogos
2016 Online
8. Berita Harian – PERHEBAT tuntut
janji Kerajaan. Selasa / 30 Ogos
2016 Online
9.
Bernama – Remaja 16 tahun raikan
Bekas Tentera dan Polis Sempena
Sambutan Hari Kebangsaan.
Selasa / 30 Ogos
2016 Online
10.
Malaysian Digest.com – Terkenang
laungan Tuanku Abdul Rahman di
Stadium Merdeka.
Selasa / 30 Ogos
2016 Online
11.
Borneo Post – Veteran perang
mengingati Deklarasi Gencatan Sejata
akhiri Konfrontasi Malaysia –
Indonesia.
Selasa / 30 Ogos
2016 Online
12. Berita Harian – Bekas tentera catat
terjunan peribadi ke 7,000. Rabu / 31 Ogos 2016 Online
13. Utusan Sarawak – Kekalkan
keamanan dan keharmonian. Rabu / 31 Ogos 2016 Online
14. Sinar Harian – ‗Masih ingat detik
berbalas tembakan‘. Rabu / 31 Ogos 2016 Online
15.
MStar – Pahit maung
mempertahankan kemerdekaan –
Veteran Askar Melayu. Rabu / 31 Ogos 2016 Online
16. Utusan Malaysia – Pesara tentera
tamatkan larian merdeka 500km. Rabu / 31 Ogos 2016 Online
17. Kosmo – Pesawat TUDM pertama
jaga kedaulatan Negara. Rabu / 31 Ogos 2016 Online
18. FMT NEWS – Veteran vecalls fight to
maintain country‘s Independence. Rabu / 31 Ogos 2016 Online
19. Utusan Online – Warga emas
tamatkan larian 500km. Rabu / 31 Ogos 2016 Online
.
MACC nabs bank chairman (Updated)
PETALING JAYA: A Tan Sri, who is also the chairman of a local bank was arrested
by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) today for alleged abuse of
power and graft.
MACC investigation director Datuk Azam Baki told theSun that the 65-year-old man
was called to the Kuala Lumpur MACC office before he was brought to the Putrajaya
office.
"The Tan Sri, also a former army general was earlier questioned by MACC officers,"
he said today.
It is learnt that his bank account with almost RM1 million was also frozen.
It was earlier reported that a third banker was sought after by the MACC over a
multi-million ringgit book publishing contract and a project to upgrade the bank
system.
Last Thursday, theSun reported that the MACC is investigating allegations of
corruption involving a contract for a book deal on a statesman through a tender
system said to be worth RM15 million that was awarded to a city-based publisher.
However, the book reportedly never went to print.
The commission arrested eight people last week to help with investigations, including
a "Datuk" bank executive, another executive of the same bank, the publishing
company's managing director and one of its employees. They are currently held
under a three-day remand order.
The remaining four suspects – two female lawyers, a writer and the wife of a bank
―Kami berlatih kawad di Stadium Merdeka tiga hari sebelum berlangsungnya
upacara itu. Sekarang, setiap kali menjelang Hari Kebangsaan, saya mesti pasang
bendera di rumah kerana seluruh jiwa saya terasa bergetar apabila terkenangkan
peristiwa itu.
―Detik bersejarah itu tidak akan luput dalam ingatan saya dan menjadi pendorong
untuk terus memelihara kedaulatan negara dengan cara sendiri selepas bersara
daripada perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),‖ katanya.
Bukan saja semangat patriotik dalam diri masih menebal, pasangan itu bersama-
sama menggantung Jalur Gemilang bagi memperingati tarikh pernikahan mereka
yang jatuh pada 31 Ogos 1995.
Abdul Aziz berkahwin buat kali kedua dengan Puteh selepas isteri pertama,
Allahyarhamah Che Non Bidin meninggal dunia beberapa tahun sebelum itu. Suami
Puteh pula, arwah Karim Mat Yassin meninggal dunia pada 1991.
Pasangan itu merentangkan Jalur Gemilang bersaiz kecil dari anjung sehingga ke
pagar rumah selain memasangnya pada motosikal dan kereta.
―Setiap kali Jalur Gemilang berkibar di halaman rumah, sebagai pesara tentera, saya
bangga kerana berpeluang mempamerkan semangat patriotik,‖ katanya.
Sementara itu, Puteh berkata, suaminya turut mengeluarkan wang simpanan untuk
membeli Jalur Gemilang bagi menghias perkarangan surau yang terletak kira-kira 80
meter dari rumah mereka.
Veteran perang peringati Deklarasi Gencatan Senjata akhiri Konfrontasi Malaysia-Indonesia
MEMPERINGATI: Para jemputan yang terdiri daripada veteran MBVA Australia, veteran Sarawak daripada Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan wakil-wakil Divisyen Pertama Infantri
Malaysia serta STF
KUCHING: Perajurit Veteran Australia daripada Persatuan Veteran Malaya-Borneo
(MBVA) berkumpul semalam untuk sambutan Ulang Tahun Ke-50 Memperingati
Deklarasi Gencatan Senjata bagi mengakhiri Konfrontasi Indonesia dengan Malaysia
dengan meletakkan Plak Memorial MBVA di Makam Pahlawan, Taman Budaya di
sini semalam.
Plak memorial itu merupakan simbol dan maruah MBVA Borneo, kata Setiausaha
Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datu Ik Pahon Joyik
dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Kehormat Persekutuan
Pelancongan Sarawak (STF) Audry Wan Ulok disini.
―Kita mengharapkan ia akan menjadi pembuka mata kepada generasi muda untuk
mempelajari dan mengamati nilai kemerdekaan dan keamanan ini dengan rasa
tanggungjawab sebagai mengingati jasa hero dan nenek moyang kita yang telah
terkorban dahulu,‖ katanya pada majlis itu.
Ik Pahon berkata beliau gembira melihat perjumpaan itu telah membina kerjasama
yang bermakna di antara MBVA dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Ia turut dilihat sebagai perangsang inspirasi kepada pakatan strategik antara
angkatan tentera dengan pihak STF, apabila Bahagian Pertama Infantri Malaysia
memasang tiang bendera pada Perang Dunia II di Makam Pahlawan ini.
―Kita akan sentiasa ingat ketaatan yang tidak mementingkan diri sendiri dan
pengorbanan anggota Angkatan Tentera Komanwel yang banyak datang dari
Australia, United Kingdom dan New Zealand.
Mereka telah banyak memberi sokongan dari segi ketenteraan yang kuat untuk
mengembalikan keamanan di Sarawak dan lahirnya negara Malaysia,‖ kata Ik
Pahon.
Terdahulu, Presiden MBVA Brian Selby turut berkongsi peristiwa-peristiwa yang
membawa kepada konfrontasi Indonesia, menunjukkan bahawa kedua-dua
konfrontasi semasa waktu kecemasan perang di Malaya yang mungkin sudah
dilupakan.
―Anda akan mencari sedikit rujukan kepada perang-perang yang tidak diisytiharkan
dalam kronikal sejarah ketenteraan kita.
―Pengetahuan umum ini tidak wujud. Apabila rujukan diterbitkan atau dibincangkan
dalam beberapa forum mengenai jawatan penglibatan tentera Perang Dunia Kedua
Australia, ini adalah jarang, jika pernah, dimasukkan,‖ katanya.
Peperangan yang tidak diisytiharkan ini juga unik kepada konflik Perang Dunia
Kedua yang lain yang melibatkan Australia kerana ia merupakan kemenangan
mutlak.
―Tidak satu inci wilayah kalah kepada penceroboh konfrontasi dan tidak ada garis
pemisah dilukis pada peta,‖ katanya menjelaskan kepada pengunjung yang hadir
semalam.
Turut hadir Ahli Majlis Kehormat Australia Datuk Dr Phillip Ting, Leftenan Kolonel
Jim Ryan daripada pengajar Maktab Turus Angkatan Tentera dan Komander
Divisyen Infantri Pertama Mejar Jeneral Datuk Stephen Mundaw.
Turut hadir veteran Australia daripada MBVA, veteran Sarawak daripada Persatuan
Veteran Angkatan Tentera Malaysia dan wakil-wakil Divisyen Infantri Pertama dan
STF.
Bekas tentera catat terjunan peribadi ke-7,000
PENGERUSI Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor, Datuk 'Zulkurnain Kamisan (tengah) bergambar bersama peserta pada majlis Perasmian Sambutan Hari Kebangsaan
Peringkat Daerah Segamat Kali Ke-59 Tahun 2016 di Dataran Segamat. - Foto Ahmad Ismail
SEGAMAT: Seorang bekas tentera dari Unit Komando Pasukan Khas Udara
(PASKAU) melakar sejarah untuk dirinya apabila melakukan terjunan bebas payung
terjun peribadi kali ke-7,000 sempena Sambutan Hari Merdeka Peringat Daerah
Segamat di sini, hari ini. Misi terjunan terbabit disempurnakan Staf Sarjan (B) Karim
Salleh, 66, bersama dua lagi rakannya, Jhosua Sri, 45, dan Idris Yusof, 45, dengan
melakukan terjunan pada ketinggian kira-kira 3,000 kaki dari udara. Jurulatih
Terjunan Kelab Sky Dive yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu dibantu juruterbang
pesawat Cessna 172, Kapten Aziz Ahmad, sekali gus membolehkan misi itu dapat
dicapai jam 9 pagi. Karim yang ditemui mengakui terharu di sebalik sumbangan kecil
sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-59. Datuk kepada empat cucu itu
bersyukur kerana berjaya membuktikan keupayaannya merealisasikan terjunan itu
bersama dua lagi rakannya. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan,
Kebudayaan dan Warisan Negeri negeri, Datuk Zulkurnain Kamisan; Pegawai
Daerah Segamat, Mohd Haffiz Ahmad; Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan
Mohd KamilSukarmi; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Nurshida
Ibrahim. Katanya, premis bangunan yang rapat, jalan raya, pokok besar, kenderaan
selain ribuan pengunjung menjadi cabaran kepada penerjun sepertinya. "Itu antara
cabaran sebaik keluar dari perut pesawat namun ia hanya asam garam harus dilalui
demi menjayakan sambutan kemerdekaan," katanya.
'Masih ingat detik berbalas tembakan'
Gambar hiasan - Foto Bernama
SHAH ALAM - Bagi veteran Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Abidin Mat, 80,
dahulu, rakyat berjuang berhabis-habisan untuk membebaskan Tanah Melayu
daripada dibelenggu cengkaman Inggeris dan komunis sehingga berjaya mencapai
kemerdekaan.
Kini, beliau berkata, sambutan kemerdekaan lebih kepada penghayatan jasa-jasa
orang lama yang membolehkan Malaysia kini ditadbir tanpa pengaruh kuasa luar.
Menceritakan pengalaman semasa bertugas dalam RAMD selama 11 tahun dari
1958 sehingga 1979, Abidin masih ingat bagaimana payahnya untuk mengekalkan
kemerdekaan yang berjaya dicapai pada tahun 1957.
Menurutnya, selepas 1957, masih terdapat saki baki komunis di Tanah Melayu yang
tidak berputus asa untuk menawan dan merampas kuasa pentadbiran pada waktu
itu.
"Antara pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah semasa operasi
menangkap komunis di Gubir, Kedah, waktu itu seramai 30 anggota RAMD dikerah
untuk menyerang hendap lubuk komunis itu.
"Namun, pihak komunis yang sudah siap sedia dengan serangan itu telah terlebih
dahulu memasang perangkap samar bagi mematahkan serangan RAMD.
"Dalam pertempuran itu, dua rakan saya terkena perangkap samar tersebut dan
dihantar ke Hospital Alor Setar... Alhamdulillah saya bagaimanapun tidak mengalami
sebarang kecederaan," katanya kepada Bernama.
Tambah Abidin, walaupun sepanjang berkhidmat dalam RAMD beliau tidak pernah
mengalami sebarang kecederaan parah semasa menjalankan operasi, namun beliau
tetap berasa sedih dan terkilan kerana banyak kali melihat kematian rakan
seperjuangan di depan mata sendiri.
"Saya masih ingat detik-detik cemas semasa Konfrontasi Malaysia-Indonesia pada
tahun 1963, di mana RAMD saling berbalas tembakan dengan askar Indonesia.
"Dalam operasi itu, seramai enam rakan sepasukan terkorban di depan mata saya,"
katanya yang mengalami kecederaan ringan ketika operasi itu.
Bagi Abidin, kejayaan terbesar yang dikecapi sepanjang berkhidmat dalam RAMD
apabila dikurniakan pingat Perkhidmatan Setia oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu
atas jasa beliau menyertai misi keamanan dalam Pasukan Khas Malaya di Congo
pada tahun 1960 hingga 1963 dan Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) pada tahun
1997.
Abidin yang bersara dengan jawatan terakhir sebagai pegawai waran pada 1979 kini
menjalankan perniagaan perubatan tradisional di rumahnya di Serdang.
Ditanya harapannya mengenai Hari Kebangsaan, beliau berharap Malaysia akan
terus meningkat maju dan dapat membina kehidupan masyarakat yang lebih baik
serta memberikan pendidikan terbaik kepada generasi muda.
Abidin turut menasihati golongan muda supaya mementingkan pendidikan dan
agama kerana ia adalah asas kepada kemajuan diri dan negara.
"Anak muda mestilah mempunyai pendidikan, berdisiplin dan taat pada perintah
yang diberikan sama ada dari segi agama, negara ataupun ketua di tempat kerja,"
katanya. - Bernama
Pahit Maung Mempertahankan Kemerdekaan - Veteran Askar Melayu
Pesara tentera Abidin Mat, mengimbau kembali saat beliau dikurniakan Pingat Pangkuan Negara
oleh Sultan Kelantan, Almarhum Sultan Ismail Petra pada 1979. Abidin berkhidmat selama 21 tahun
dalam Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dari tahun 1958 hingga 1979. SHAH ALAM: Bagi veteran Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Abidin Mat, 80,
dahulu, rakyat berjuang berhabis-habisan untuk membebaskan Tanah Melayu
daripada dibelenggu cengkaman Inggeris dan komunis sehingga berjaya mencapai
kemerdekaan.
Kini, beliau berkata, sambutan kemerdekaan lebih kepada penghayatan jasa-jasa
orang lama yang membolehkan Malaysia kini ditadbir tanpa pengaruh kuasa luar.
Menceritakan pengalaman semasa bertugas dalam RAMD selama 11 tahun dari
1958 sehingga 1979, Abidin masih ingat bagaimana payahnya untuk mengekalkan
kemerdekaan yang berjaya dicapai pada tahun 1957.
Menurutnya, selepas 1957, masih terdapat saki baki komunis di Tanah Melayu yang
tidak berputus asa untuk menawan dan merampas kuasa pentadbiran pada waktu
itu.
"Antara pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan ialah semasa operasi
menangkap komunis di Gubir, Kedah, waktu itu seramai 30 anggota RAMD dikerah
untuk menyerang hendap lubuk komunis itu.
"Namun, pihak komunis yang sudah siap sedia dengan serangan itu telah terlebih
dahulu memasang perangkap samar bagi mematahkan serangan RAMD.
"Dalam pertempuran itu, dua rakan saya terkena perangkap samar tersebut dan
dihantar ke Hospital Alor Setar... Alhamdulillah saya bagaimanapun tidak mengalami
sebarang kecederaan," katanya kepada Bernama.
Tambah Abidin, walaupun sepanjang berkhidmat dalam RAMD beliau tidak pernah
mengalami sebarang kecederaan parah semasa menjalankan operasi, namun beliau
tetap berasa sedih dan terkilan kerana banyak kali melihat kematian rakan
seperjuangan di depan mata sendiri.
"Saya masih ingat detik-detik cemas semasa Konfrontasi Malaysia-Indonesia pada
tahun 1963, di mana RAMD saling berbalas tembakan dengan askar Indonesia.
"Dalam operasi itu, seramai enam rakan sepasukan terkorban di depan mata saya,"
katanya yang mengalami kecederaan ringan ketika operasi itu.
Bagi Abidin, kejayaan terbesar yang dikecapi sepanjang berkhidmat dalam RAMD
apabila dikurniakan pingat Perkhidmatan Setia oleh Persatuan Bangsa-Bangsa
Bersatu atas jasa beliau menyertai misi keamanan dalam Pasukan Khas Malaya di
Congo pada tahun 1960 hingga 1963 dan Pingat Pangkuan Negara (P.P.N) pada
tahun 1997.
Abidin yang bersara dengan jawatan terakhir sebagai pegawai waran pada 1979 kini
menjalankan perniagaan perubatan tradisional di rumahnya di Serdang.
Ditanya harapannya mengenai Hari Kebangsaan, beliau berharap Malaysia akan
terus meningkat maju dan dapat membina kehidupan masyarakat yang lebih baik
serta memberikan pendidikan terbaik kepada generasi muda.
Abidin turut menasihati golongan muda supaya mementingkan pendidikan dan
agama kerana ia adalah asas kepada kemajuan diri dan negara.
"Anak muda mestilah mempunyai pendidikan, berdisiplin dan taat pada perintah
yang diberikan sama ada dari segi agama, negara ataupun ketua di tempat kerja,"
katanya.—Bernama
Pesara tentera tamatkan Larian Merdeka 500km
NASIR ABBAS sambil membawa Jalur Gemilang menamatkan larian solo yang mengambil masa hampir 10 hari dari Alor Setar dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam semalam.
UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR
KUALA LUMPUR 31 Ogos – Walaupun berusia 61 tahun, faktor umur tidak menjadi
penghalang kepada seorang pesara tentera untuk menamatkan Larian Merdeka
sejauh 500 kilometer yang bermula dari Alor Star, Kedah dan tamat di Dataran
Merdeka di sini malam tadi.
Pesara berkenaan, Nasir Abbas berkata, larian yang mengambil masa hampir 10
hari itu bertujuan merasai kesusahan dan keperitan yang dilalui pejuang dan
pemimpin terdahulu dalam usaha mendapatkan kemerdekaan untuk negara tercinta
ini.
Beliau berharap generasi muda lebih bersikap patriotik dalam usaha mengekalkan
kemerdekaan yang dimiliki kerana bukan mudah pemimpin terdahulu berusaha
untuk memerdekakan tanah air.
―Apa yang saya lakukan ini hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan jasa pejuang
terdahulu, pengorbanan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan mungkin lebih
daripada apa yang saya rasa,‖ katanya kepada pemberita.
Ketibaan Nasir di Dataran Merdeka disambut meriah oleh Timbalan Menteri
Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum; Panglima Tentera Darat, Jeneral
Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan barisan pegawai kanan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan orang ramai.
Ketika ditanya mengenai kenangan terindah sepanjang larian, Nassir berkata, dia
pernah terserempak seorang wanita mengandung yang kemudiannya menemaninya
seketika membuat larian sebagai tanda sokongan.
Sementara itu, Mohd. Johari berkata, semangat waja yang ditunjukkan oleh Nasir
perlu menjadi contoh dan teladan kepada generasi muda agar lebih menghayati
pengorbanan pejuang dan pemimpin terdahulu.
―Saya bagi pihak ATM kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh beliau (Nasir)
dan saya berharap golongan muda perlu tahu kemerdekaan yang kita kecapi pada
hari ini tidak datang bergolek, sebaliknya menuntutkan pengorbanan.
―Bukan setakat Hari Kebangsaan, malah Hari Pahlawan juga wajar disambut meriah
oleh seluruh warga Malaysia bagi menghargai pengorbanan nenek moyang kita
dahulu,‖ jelasnya.
Raja Mohamed Affandi pula berkata, Nasir wajar dijadikan ikon dalam kalangan
generasi muda dan golongan tentera sendiri berikutan kekentalan semangatnya.
―Dengan usia yang sudah mencecah 61 tahun, namun beliau berjaya menamatkan
larian sejauh 500 kilometer itu, sekali gus membuktikan beliau mempunyai jiwa dan
semangat kental yang patut dicontohi semua pihak,‖ ujarnya.
Pesawat TUDM pertama jaga kedaulatan negara
Majlis penyerahan pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer kepada kerajaan Malaysia yang diadakan
di Preswitch Port, Scotland pada tahun 1958.
SELEPAS enam tahun bertugas di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia
(TUDM) Labuan, Sabah sebagai juruteknik pesawat Charlie C-130 H dan helikopter
Sikorsky S-61A-4 Nuri, Mohamad Mohhadir Rahmin, 39, kemudiannya diarahkan
untuk memulakan tugas baharu sebagai Pegawai Waran Udara II di Muzium TUDM,
Kuala Lumpur.
Sebaik menjejakkan kami di Muzium TUDM untuk memulakan tugas pada Januari
2007, pandangan Mohamad Mohhadir terarah kepada sebuah pesawat yang
diletakkan di deretan pesawat lama milik TUDM.
Fikirannya mula terawang-awang mengingat semula kenangan sewaktu pertama kali
menjejakkan kaki ke muzium berkenaan bersama rakan sepelatih ketika dia
mengikuti latihan rekrut untuk mengganggotai TUDM pada Mac 1997.
―Sewaktu sesi lawatan tersebut, saya dan rakan-rakan diberitahu bahawa pesawat
Scottish Avation Twin Pioneer atau dikenali sebagai Lang Rajawali merupakan
pesawat pertama yang dibeli oleh Tentera Udara Diraja Persekutuan (kini dikenali
sebagai TUDM).
―Ketika itu saya begitu kagum dengan sejarah yang terpahat padanya selain jasa
yang telah dicurahkan sepanjang pesawat berkenaan berkhidmat dengan TUDM.
―Saya tidak menyangka kini, saya salah seorang yang telah diberi tanggungjawab
untuk menjaga pesawat yang mempunyai nilai yang tinggi kepada negara,‖ katanya.
Mohamad Mohhadir yang telah berkhidmat selama 19 tahun bersama TUDM
berkata, dia sangat kagum dengan pesawat berkenaan kerana mampu melakukan
pelbagai tugas. Terutamanya dalam operasi ketenteraan terutama sewaktu negara
baru sahaja mencapai kemerdekaan dan masih menerima ancaman pelbagai anasir
luar.
Berdasarkan sejarah, pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer pertama kali dibina
pada tahun 1955 oleh syarikat Scottish Aviation Limited yang berpangkalan di
Prestwick Airport, Scotland sebagai sebuah pesawat awam berkapasiti 16 tempat
duduk. Ketika itu ia dianggap sebagai pengangkutan udara versi enjin berkembar
yang terbaik pernah dibina.
Pada Ogos 1957, pihak Scottish Aviation Limited telah melakukan pengubahsuaian
dengan mengeluarkan versi tentera. Pesawat berkenaan telah dibeli oleh kerajaan
pada harga RM420,000.
Ketibaan pesawat berkenaan di negara ini pada 17 April 1958 telah disambut oleh
Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Abdul Razak Hussein dengan diiringi orang
kenamaan negara dan pegawai Tentera Udara Diraja British (RAF) di pangkalan
RAF Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Tidak lama selepas itu, pada 24 April 1958, Perdana Menteri Malaysia yang
pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kemudiannya telah menamakan
pesawat tersebut sebagai Lang Rajawali. Ia diletakkan di bawah kendalian No.1
Skuadron Tentera Udara Diraja Persekutuan yang ditubuhkan pada Ogos 1958,
sesuai dengan kelulusan Ordinan Tentera Udara oleh Parlimen Persekutuan, sekali
gus menandakan tertubuhnya Tentera Udara Diraja Persekutuan.
Fasa pertama
Pesawat
Scottish
Aviation
Twin
Pioneer
terlebih
dahulu
digunakan
oleh RAF
untuk misi
ketenteraan
.
Sepanjang fasa pertama operasinya, Lang Rajawali diterbangkan oleh Ketua
Skuadron RAF, Leftenan Udara George C. Charles dan terlibat dalam melakukan
pelbagai tugas termasuklah penerbangan perhubungan, mengangkut anggota
tentera, tugas pengeboman terhad, pengintipan foto, pengawal pantai, siaran radio
dari udara, penerbangan kecemasan dan penerbangan membawa orang kenamaan
termasuk Tunku Abdul Rahman.
Lang Rajawali yang merupakan sejenis pesawat yang berkemampuan berlepas dan
melakukan pendaratan jarak pendek juga banyak terlibat dalam operasi
penerbangan di kawasan pergunungan dan hutan.
Lang Rajawali sememangnya telah banyak menyumbang jasa kepada negara
termasuk digunakan dalam misi bantuan untuk menangani ancaman darurat yang
diisytiharkan tamat pada tahun 1960.
Terlibat operasi
Pada 29 Februari 1960, pesawat berkenaan yang mempunyai nombor pengenalan
FM 1001 telah digunakan untuk menggugurkan makanan di kawasan operasi di
Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan untuk pasukan keselamatan yang terlibat
dengan operasi melawan pengganas komunis.
Malah, pesawat berkenaan juga terlibat dalam tugas keselamatan di sempadan
Thai. Selain itu ia juga terlibat dengan tugas menggugurkan risalah perang saraf di
pangkalan hadapan Indonesia semasa zaman Konfrantasi Indonesia-Malaysia pada
tahun 1963-1965 dan operasi menggugurkan risalah bagi meminta pihak komunis
menyerah diri.
Selepas 12 tahun berkhidmat dalam TUDM dengan merekodkan 2,500 jam
penerbangan dan 5,300 kali pendaratan, Lang Rajawali akhirnya dihentikan
perkhidmatannya pada 20 November 1969 dengan Ketua Turus Tentera Udara
ketika itu, Datuk (kini Tan Sri) Sulaiman Sujak telah diberi penghormatan untuk
menerbangkan Lang Rajawali buat kali terakhir.
Tugas Lang Rajawali dalam memperkukuhkan bidang ketenteraan di negara ini
kemudiannya diambil alih oleh pesawat DHC-4 Caribou.
Dalam pada itu, Sulaiman ketika bercerita mengenai Lang Rajawali turut mengakui,
kehadiran pesawat berkenaan sangat penting terutama dalam fasa mengukuhkan
kuasa ketenteraan selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957.
Katanya lagi, walaupun Lang Rajawali hanya tiba di negara ini kira-kira lapan bulan
selepas negara mencapai kemerdekaan, namun tugas yang dipikul oleh pesawat
berkenaan terlalu berat.
―Sebelum Tanah Melayu merdeka, kita memang tidak memiliki sebarang pesawat
udara dan ketika itu, RAF telah memainkan peranan yang besar dalam membantu
kita menyekat ancaman musuh.
―Namun, selepas kerajaan membeli Lang Rajawali, ia telah mengubah landskap
ketenteraan negara terutama selepas tertubuhnya No.1 Skuadron,‖ katanya yang
merupakan anak tempatan pertama dilantik menjadi Panglima Tentera Udara TUDM
pada November 1967 sebelum bersara pada Disember 1976.
Aset
Sulaiman mengakui Lang Rajawali mempunyai jasa yang besar kepada negara.
Malah, Lang Rajawali telah memberi peluang kepada pasukan tentera kita pada
masa itu untuk mempelajari selok-belok berkaitan penguasaan ruang udara selain
berpeluang melibatkan diri dengan pasukan ketenteraan negara-negara Komanwel.
Jelas Sulaiman lagi, Lang Rajawali juga telah merintis kepada pemilikan pelbagai
aset TUDM yang lain termasuk pembelian pesawat tempur pertama, Canadair CL-
41G Tebuan pada tahun 1966 untuk mengukuhkan pertahanan negara.
Menyedari jasa besar yang telah ditabur oleh pesawat berkenaan, Penolong
Pengarah Muzium TUDM, Mejar P.K. Sukumaran berkata, sudah seharusnya Lang
Rajawali diangkat sebagai sebuah bahan sejarah yang mempunyai nilai tinggi.
―Bagi pihak Muzium TUDM, kita sememangnya menjaga baik pesawat berkenaan
walaupun ia telah dihentikan operasinya sejak hampir 50 tahun lalu.
―Malah, sempena sambutan Ulang Tahun Muzium TUDM Ke-30 pada Februari lalu,
kita juga telah membaik pulih pesawat berkenaan pada bahagian luar dan dalam
supaya ia kelihatan menyamai keadaan asalnya,‖ katanya.
Tambahnya lagi, pihaknya juga bercadang untuk menempatkan Lang Rajawali di
satu kawasan khas di Muzium TUDM baharu yang akan dibuka berhampiran
kawasan tapak lama muzium berkenaan sebagai menghargai jasa besar yang telah
ditabur oleh pesawat itu kepada negara ini.
Sehingga kini, hanya ada tiga buah pesawat Scottish Aviation Twin Pioneer yang
masih ada di negara ini iaitu masing-masing ditempatkan di Muzium TUDM, Institut
Latihan Tentera Udara di Ipoh, Perak dan di Muzium Melaka.
Veteran recalls fight to maintain country’s Independence
Abidin Mat remembers his time as member of the Royal Malay regiment saying efforts to maintain Independence for the country were equally hard as the efforts to obtain it.
SHAH ALAM: More than 60 years ago, Abidin Mat was probably just a teenager, but
he had witnessed how the country‘s freedom fighters fought against communist and
British imperialism before the independent Federation of Malaya came into being on
Aug 31, 1957.
In fact, he was among the many young men who signed up as members of the Royal
Malay Regiment (RAMD) after Independence when the country was still flushing out
communist remnants.
Relating his experience in serving the country under the RAMD from 1958 to 1978,
Abidin, now 80, said the efforts to maintain Independence for the country were
equally hard as the efforts to obtain it.
―One of my unforgettable experiences was during the operation to combat
communist guerrillas in Gubir, Kedah. A total of 30 RAMD members including myself
were deployed for the operation. Little did we know that the guerrillas were ready for
us, they had even set up booby traps to foil our operation.
―Two of my comrades were injured by those booby traps and were rushed to
hospital. I was lucky to have escaped unhurt,‖ the veteran told Bernama.
Nevertheless, Abidin said certain operations had indeed claimed the lives of his
comrades.
―I can still remember the harrowing experience during the Malaysia-Indonesia
Confrontation in 1963, in which the RAMD members were involved in a shootout with
the Indonesian army.
―Six of my comrades were killed in front of my eyes during the shootout,‖ said the
veteran who retired as Warrant Officer in 1979.
For his service and participation in the peacekeeping mission in Congo from 1960 to
1963, Abidin was conferred the Loyal Service Medal by the United Nations, as well
as the Pingat Pangkuan Negara (PPN) medal.
In conjunction with the 59th National Day celebrations today, the veteran expressed
hope that Malaysia would continue to progress and prosper for the benefit of future
generations.
At the same time, he said the young generation should not take everything for
granted, but observe, appreciate and strive to maintain the country‘s Independence
that they enjoyed today.
Warga emas tamatkan larian 500Km
Nasir Abas, (bertopi) disambut meriah sejurus tiba di Dataran Merdeka, malam tadi. - Gambar
facebook/NasirAbasSoloRun
KUALA LUMPUR 30 Ogos - Walaupun umur mencecah 61 tahun, namun itu tidak
menjadi penghalang kepada seorang pesara tentera untuk menamatkan larian
Merdeka sejauh 500KM yang bermula dari Alor Star dan tiba di Dataran Merdeka
malam tadi.
Pesara tentera berkenaan, Nasir Abbas, memberitahu larian yang dilakukan
olehnya yang memakan masa hampir 10 hari bertujuan untuk merasai kesusahan
dan keperitan pejuang dan pemimpin terdahulu dalam usaha mendapatkan
kemerdekaan kepada tercinta.
―Apa yang dilakukan oleh saya ini hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan
pejuang terdahulu, penat mereka sepanjang usaha mendapatkan kemerdekaan
mungkin lebih dari apa yang saya rasa.
―Malah, sepanjang perjalanan ke Dataran Merdeka, saya sempat bertemu dengan
seorang perempuan yang sedang mengandung berhenti dan turut menemani saya
berlari buat seketika sebagai tanda sokongannya kepada saya,‖ katanya sebak
dalam sidang akhbar khas di Jalan Kuching, di sini malam tadi.
Ketibaan beliau di Dataran Merdeka juga disambut meriah oleh Panglima Tentera
Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Timbalan
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd. Johari Baharum, anggota beruniform yang
lain, dan orang ramai yang berkunjung ke sini. - UTUSAN ONLINE