Kerajaan Turki Uthmaniyah.Latar Belakang:Terbentuk daripada
kerajaan kecil semasawujud kelemahan dalam kerajaan
Abbasiyah.Pembentukan Kerajaan.1.Daripada Uthman bin Erturgul bin
Sulaiman Shah suku Qayi Amir Saljuk bagi kawasan barat
Anatolia.2.Bersempada dengan Byzantine@Rom Timur.3.1301 berjaya
mengalahkan Byzantine menyebabkan ghazi@pahlawan bersatu dibawah
Uthman.4.Meninggal dunia 1326 gantinya Orhan 1.5.1336-1354 Orhan 1
menguasaiMarwara dan Pantai Aegean, Ankara, Galliph. Murad 1 dan
Bayezid 1 kuasai Balkan Selatan, Utara Bulgaria, Philippopolis,
Sofia, Salonia, Kosovo, Utara Albania dan Wallachia.6.Mehmed 11
menawan Istanbul ( Constantinople) ibu negeri Roma
Timur.7.Pengukuhan empayar bermula dengan penaklukan Istanbul. 1453
1566 sehingga kematian Suleiman 1.Faktor Kemerosotan
Uthmaniyah.1.Pemimpin yang lemah2.Keruntuhan sistem pungutan
cukai3.Pertambahan penduduk sangat pesat dan sukar
dikawal.Sumbangan Kerajaan Uthmaniyah.1.Empayar Islam yang
mewujudkan kesatuan bagi umat Islam selama 600 tahun. Menjadikan
Istanbul pusat pentadbiran dunia Islam. Sultan Selim 1 digelar
Pelindung Dua Bandar Suci.2.Sistem Perundangan.- Dikenali sebagai
Kanun Suleiman.a.Suleiman 1 mempertahankan dan membela nyawa,
harta,kehormatan setiap individu. Perkenalkan Kanun
Suleiman3.Sistem organisasi dan pentadbiran perundangan
Islam.a.Jawatan kadi, mufti, Sheikhul Islam - Ketua Ulama keluarkan
fatwa. Fatwa sebagai sumbangan utama kepada agama dan sains
undang-undang.4.Sektor ekonomi jalinan perdagangan Timur dan Barat
/ Dunia Islam dan Bukan.a.Meliputi Laut Tengah, Laut Merah, Laut
Hindi dan Mediterranean.b.Membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam
berpusat di Istanbul.5.Di Balkan perkenalkan sistem yang
menggalakkan kecemerlangan individu wujud mobiliti sosial. Sebelum
Islam . Sebelum Islam sistem berasaskan keturunan dan susun lapis
masyarakat.6.Perkembangan Ilmu pengetahuan,pendidikan,budaya,
penerbitan, penterjemahan.a.Pendidikan Sistem madrasah ,sekolah
pengetahuan akedemik, sekolahsastera, maktab tentera, maktab teknik
dan kolej perubatan.b.Penulisan ensiklopedia sains Islam
Penulis:i.Mehmed al-Fanariii.Mofla Luftiiii.Katib
Clebic.Kepentingan perpustakaan wujud di masjid, hospital dan
rumah.7.Seni Bina Minar Sinan 1490 1588 menghasilkan Masjid Sultan
Ahmad ( Masjid Biru).Faktor Penyebaran Islam Ke Eropah1.Semangat
Ketenteraan Ghazi.a.Tidak gentar untuk berjuang bagi penyebaran
agama.2.Penaklukan kawasan Sicily, Selatan Sepanyol, - Zaman
Umaiyah. Zaman Uthmaniyah takluk Constantinople ( Kejatuhan
Kerajaan Byzantine) sebarkan ke kawasan Balkan dan Eropah
Timur.3.Pegangan Aqidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi.4.Sistem
ketenteraan tersusun serta penggunaan peralatan modena. meriam
besarb.tentera berkuda / infantric.kumpulan janisari elit dan
terlatih 5400 orang.d.Tentera laut 300 buah kapal kawal laut
Mediteranean.5.Keadaan politik Eropah yang tidak
stabil.a.Pertelingkahan dan peperangan, kerajaan kecil bantu
kerajaan Islamb.Tentera Islamke Eropah atas jemputan Maharaja John
VI Cantacuzens.untuk dapatkan bantuan Uthmaniah ( Orhan ) bagi
dapatkan Kerajaan Byzantine.6.Kelemahan dan Kejatuhan Kerajaan
Byzantine.7.Kejatuhan institusi gereja, pergaduhan pemimpin dan
kekurangan wang.8.Aspek politik dan keagamaan.a.Dasar diplomasi,
tiada paksaanuntuk pelukIslam.b.Penganut Kristian bebas amal agama
, urus sendri gereja, Islam tidak campur tangan.9.Tertarik dengan
dasar sosial Islam.a.Berasaskan kecemerlangan individu, bukannya
keturunan.b.Membina sekolah, rumah sakit, dan kawasan
perdagangan.10.Penghijrahan orang Turki ke Balkan dan usaha
dakwah.a.Terutama ke Thrace, Lembah Maritsa, Utara Bulgaria,
Albania pd abad 14 dan 15Mb.Bina petempatan yang didiami mubaligh
dan ahli sufi menekankan tolenransi dan assimilasi,
Kesannya:i.Islam tersebar ke Utara Albania, Montenegero, dan
Selatan / Barat Macedonia serta Crete.Pertembungan Tamadun Islam
dengan Tamadun LainCara pertembungan:1.Perdagangan dan
perniagaana.Zaman Nabi pertembungan dengan Syamb.Penguasaan Islam
di Teluk Parsi,Laut Merah dan Timur Mediteranean pertembungan
dengan Tamadun Rom dan Yunanic.Orang Islam menetap dan berdagang di
Canton Cina .2.Hubungan diplomatika.Penghantaran kumpulan peneroka
ke Gibraltar, Selatan Sepanyol.b.Bertemu dengan orang bukan Islam
di Cardova, Valencia, dan Rhonda dan berjaya buat hubungan
diplomatik. Boleh memahami cara hidup, pandangan politik,keagamaan,
ekonomi dan pentadbiran.3.Penaklukan dan
ketenteraana.Kerajaan-kerajaan Islam membentuk ekpedisi
ketenteraan.Menguasai Iraq dan Iran. Bertembung dengan Tamadun
Parsi.b.Penaklukan Mesir dan Afrika Utara bertembung dengan Tamadun
Eropah.4.Kebudayaana.Kemasukan Islam ke Sepanyol wujud kebudayaan
baru. Bahasa Arab menjadi bahasa utama.berpusat di Cardova.b.Lahir
golongan Mozarab orang Kristian yang ambik kebudayaan Islam dan
Berbahasa Arab.5.Intelektuala.Berlaku antara ahli fikir Islam dan
bukan Islam.b.Ilmuan islam berjaya mendalami ilmu dan keilmuan
Eropah.Kesan Pertembungan1.Dapat dilihat melalui sumbangan tamadun
Islam kepada peradaban dunia.a.Keagamaan sendiri.- satu nilai
akidah percaya kepada Allah swt. Sediakan sistem perundangan
berdasarkan Quran dan Hadis. Berasakan syariah dan akidah mudah
diterima kerana sarwajagatnya. Islam tidak menghapuskan amalan,
cara hidup dan adat setempat.2.Perluasan kawasan penyebaran
Islama.Melahirkan bentuk kerajaan dan masyarakat spti.Kerajaan
Delhi Mughalii.Cina wujud masyarakat islamiii.Umaiyah, Abbasiyah
dan Uthmaniah wujud kerajaan pusat yang kuat.b.Memboleh orang Islam
menguasai ekonomi. Dengan ememastikan keselamatan laluan
perdagangan. Dibuat dengan carai.Uthmaniah mempunyai Armada laut
yang kuat .Menguasai Laut Merah, Mediteranean dan Teluk
Parsi.c.Pedagang Islam berjaya berdagang hingga ke India,Ceylon,
Kepulauan Melayu, Cina, Sepanyol, Selatan Perancis, Armenia, dan
selatan gurun Sahara.d.Menguasai Istanbul pusat pertembungan dunia
timur dan barat.3.Mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi
sosiala.Mempengaruhi penyelarasan undang-undang yang saksama cth di
Balkan Zaman Uthmaniyah.b.Kebudayaandan Intelektuali.Perkembangan
pendidikan agama dan bukan agama spt Matematik,Sains dan Teknologi.
Zaman Abasiyah pelajar diwajbkan belajar - Ilmu Mantik ( Logik ),
Geografi, Sejarah, Sains Fizikal dan Biologi.ii.Tatatertib
berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik. Zaman
Uthmaniyah , Sepanyol orang bukan Islam mengamalkan cara hidup
Islam.1.Betutur dalam bahasa Arab, berpakaian Islam, tatasusila
kehidupan. dilakukan sehingga zaman Renaissance2.Peranan penting
dimainkan oleh golongan Mudejar orang Islam setempat yang menetap
di kawasan majoriti Kristian.4.Pertukaran pendapat antara
cendikiawan.a.Peringkat awal cendikiawan Islam mengumpul maklumat
dan teks penulisan.b.Diterjemahkandaripada penulis Greek spt
Aritotle, Plato, Galen dan Hipocrates.c.Proses penterjemahan
wujudkan perpustakaan Baituhikmah, Zaman Abbasiyahd.Wujudkan budaya
keilmuandan intelektual yang tinggi.e.Ahli fikir Islam yang terawal
menjalankan penyelidikanialah:-i.Abu al-Aswad al- Duali 7Mii.Hunayn
bin Ishaq 873M terjemah karya Greekiii.Al-Fazari terjemahan hasil
karya Tamadun India.5.Perkembangan penterjemahan dan
intelektual.a.Zaman kemuncak antara 8M- 1258M , mula runtuh
Kerajaan Abbasiyah.b.Lahirkan cendikiawan Islam spt:-i.Zakaria
al-Razi ( 865 -925M) Perubatan Kepentingan klinikal, Hasilkan 20
karya spt Al-Hawi( Ensiklopedia perubatan) Terjemahkan hasil
Galen-ahli perubatan Greekii.Al-Zahrawi ( 936-1013M) Kajian
Perubatan dan Farmasiiii.Al-Khawarizmi Matematik dan
Astronomi.iv.Al-Battani Matematik dan Astronomiv.Abu Ishaq -
Matematik dan Astronomivi.Al-Biruqi Matematik dan
Astronomivii.Al-Bitruni - Matematik dan Astronomiviii.Al-Farabi
Pemikiran politik dan Undang-undangix.Al-Miskawayh Pemikiran
politik dan Undang-undangx.Al-Mawardi - Pemikiran politik dan
Undang-undangxi.Ibn-Sina Ilmu Mantik dan falsafahxii.AL-Kindi Ilmu
Mantik dan falsafahxiii.Fakhr al-Din Ilmu Mantik dan
falsafahxiv.Al-Razi Ilmu Mantik dan falsafahxv.Ibn al-Arabi Ilmu
Mantik dan falsafahxvi.Ibn Rushd Ilmu Mantik dan falsafahxvii.Imam
Ghazali - Ilmu Mantik dan falsafah
PENGENALANApabila kita bercerita tentang empayar Turki
Uthmaniyyah, pastinya minda kita akan teringat dengan detik-detik
kegemilangan empayar tersebut yang dikatakan penyambung
kegemilangan Islam selepas tumbangnya institusi Khulafa
Ar-Rasyidin. Empayar Turki Uthmaniyyah telah diasaskan pada tahun
1299 dan dirombak pada tahun 1924 yang membawa kepada kelahiran
Turki moden berorientasikan sekularisme.Jika kita selusuri rentetan
perjalanan empayar tersebut, era kegemilangannya telah dicetuskan
oleh Sultan Muhammad II Al-Fateh yang telah menawan Kota
Constatinople pada tahun 1453. Kejayaannya menawan kota suci dan
markas utama golongan Kristian Ortodoks ini telah menjadi pemacu
kepada keagungan empayar Turki Uthmaniyyah. Momentum ini diteruskan
seterusnya oleh cucunya iaitu Sultan Salim 1 yang telah mencatatkan
rekod dalam sejarah empayar Turki Uthmaniyyah sebagai khalifah
pertama di samping menjadi pelindung Kota Mekah dan Madinah. Hal
ini berikutan kejayaannya menakluki kerajaan Mamluk di Mesir yang
ketika itu mempunyai keturunan khalifah-khalifah Bani Abbas setelah
kejatuhan Baghdad, iaitu Khalifah Muttawakkil.Kedua-dua tokoh
inilah telah memartabatkan keagungan empayar Turki Uthmaniyyah
melalui sumbangan mereka terutamanya dalam bidang ketenteraan dan
perluasan empayar. Dengan karisma yang tersendiri di samping
ketokohan dalam memainkan peranan sebagai negarawan, kedua-dua
tokoh ini turut mempunyai kredibiliti sendiri menjalankan
pentadbiran dan berjaya menjalankan sistem ekonomi dan sosial
secara mapan berteraskan kepada ajaran Islam. Tidak hairanlah
kedua-duanya diiktiraf sebagai Penakluk, Pembuka, Khalifah dan
Pelindung kerana sudah terang lagi bersuluh kejayaan mereka adalah
berorientasikan perluasan empayar dan pengurusan pentadbiran negara
yang cekap meliputi ekonomi dan sosial.LATAR BELAKANGUmum
mengetahui bahawa keagungan setiap tokoh seperti di dalam
kegemilangan empayar Turki Uthmaniyyah iaitu Sultan Muhammad II
Al-Fateh dan Sultan Salim 1 yang kemudiannya digelar sebagai
Khalifah semestinya telah melalui pelbagai peristiwa dan pengalaman
yang telah membentuk keperibadian mereka. Ketokohan dan
keistimewaan kedua-duanya akan dikupas secara terperinci bagi
membuktikan keagungan mereka sebagai pemerintah empayar Turki
Uthmaniyyah.SULTAN MUHAMMAD II AL- FATEH Muhammad Al-Fateh
merupakan seorang tokoh Islam terkemuka zaman Uthmaniyyah yang
banyak menyumbang kepada usaha mendaulatkan Islam. Baginda diberi
gelaran Al-Fateh kerana kejayaan baginda menakluki kawasan-kawasan
baru di Eropah Timur dan sebahagian besar Asia terutamanya Kota
Constantinople. Baginda merupakan seorang sultan yang sangat
berkarisma dan berwawasan tinggi. Sultan Muhammad Al-Fateh
dilahirkan pada 29 Mac 1432 di Edirne dan semasa kelahirannya,
ayahanda baginda iaitu Sultan Murad II sedang membaca Al-Quran pada
surah Al-Fath ayat satu. Surah Al-Fath ayat satu membawa maksud
sesungguhnya kami telah memberikan padamu kemenangan yang nyata.
Hal ini merupakan sebuah karamah yang diberikan Allah S.W.T kepada
baginda dan peristiwa ini memberi petanda bahawa baginda merupakan
adalah pemimpin yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam sebagaimana
yang disebutkan dalam hadis nabi. Kekuatan diri Sultan Mehmed
Al-Fateh terletak pada kekuatan peribadi baginda. Baginda mempunyai
personaliti yang mantap dan memiliki karisma pemimpin yang unggul.
Keperibadian baginda yang mulia terserlah melalui didikan teguh dan
berterusan sejak dari usia yang masih muda. Baginda telah dididik
dengan baik oleh murabbinya dan ayah baginda iaitu Sultan Murad II
telah melantik ulama-ulama terbaik ketika itu untuk mendidik Sultan
Muhammad II Al-Fateh dalam usaha membentuk baginda menjadi insan
yang berkeperibadian unggul dan mulia. Asy-Syeikh Muhammad bin
Ismail Al-Kurani merupakan antara ulama yang terulung yang dilantik
oleh Sultan Murad II untuk mendidik baginda. Asy-Syeikh Muhammad
bin Ismail Al-Kurani ini menjadi murabbi baginda dan sebagai guru
Asy- Syeikh Muhammad banyak memberi penekanan terhadap pembinaan
spiritual, mental dan fizikal Sultan Muhammad Al- Fateh sehingga
menjadi individu yang sangat baik. Sultan Muhammad Al-Fateh
bersikap dingin dan sinis terhadap guru-guru baginda sebelum
Asy-Syeikh Muhammad, namun kebenaran yang diberikan oleh Sultan
Murad II kepada beliau untuk memukul Sultan Muhammad Al-Fateh telah
menimbulkan kesedaran di dalam diri Sultan Muhammad Al-Fateh untuk
belajar dengan bersungguh-sungguh. . Selepas itu, kerana didikan
yang diberikan oleh Asy-Syeikh Muhammad bin Ismail Al-Kurani
membolehkan baginda menghafal Al-Quran dalam masa yang singkat Pada
usia 19 tahun Sultan Muhammad Al-Fateh telah menaik takhta
menggantikan ayahnya. Sebaik sahaja menaik takhta baginda memulakan
persiapan untuk menjalankan usaha penaklukan khususnya penaklukan
ke atas Kota Constantinople. Keperibadian baginda juga terserlah
melalui usahanya untuk mendidik tentera dan rakyatnya agar menjadi
orang-orang yang bertaqwa. Seluruh tentera dan rakyatnya dididik
agar sanggup bangun malam dan merintih munajat pada Allah S.W.T.
Sebaliknya di siang hari mereka ibarat singa-singa yang berjuang di
jalan Allah. Di samping memiliki keperibadian yang tinggi baginda
juga pakar dalam bidang ketenteraan, sains, matematik dan menguasai
enam bahasa iaitu bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan
Latin ketika berumur 21 tahun. Kelebihan-kelebihan yang dimiliki
oleh Sultan Muhmmad Al-Fateh menjadikannya sebagai seorang pemimpin
yang cukup berkaliber sehinggakan digelar sebagai pemimpin agung
oleh sarjana Barat dan adalah tidak menghairankan jika baginda
dianggap sebagai tunggak kemajuan Empayar Turki Uthmaniyyah. SULTAN
SALIM 1Dengan berakhirnya era pemerintahan yang serba lembut hati
oleh Sultan Bayazid II, telah bermulalah satu zaman kebangkitan
semula di mana pemerintahan Turki Utmaniyyah mula menunjukkan
belangnya kepada seantero dunia terutama kepada kerajaan-kerajaan
di Asia Tengah. Pemulanya ialah Sultan Salim 1 yang merupakan
pemerintah ke-9 dalam sejarah pemerintahan empayar Turki
Uthmaniyyah. Selepas kematian ayahnya, Sultan Salim 1 mulai
menjalankan proses pemerintahan antara tahun 918-926 H ( 1512-1520M
). Tarikh ini sebenarnya menyamai tarikh penubuhan Daulah
al-Safawiyyah di Iran dan tarikh ini juga merupakan penanda kepada
bermulanya pertarungan panjang melibatkan kedua-dua buah negara.
Salim 1 dikenali ataupun popular sebagai The Grim atau Yavuz kerana
ketegasan baginda dalam menjalankan tugas sebagai pemerintah dalam
kerajaan Turki Uthmaniyyah. Baginda merupakan anak kepada Sultan
Bayezid II dan telah dilahirkan pada tahun 1460 di Amasya. Baginda
telah menaiki takhta pada tahun 1512 dan menjadi Sultan selama 8
tahun.Pada permulaan baginda menaiki takhta, baginda telah
menghadapi konflik dalaman dan luaran yang menentang kekuasaannya.
Konflik dalaman yang tercetus ialah apabila baginda mendapat
tentangan daripada saudaranya sendiri iaitu Ahmed dan Korkhand.
Pada masa yang sama, Ahmed telah menduduki kawasan yang dikenali
sebagai Brusa dan Salim 1 telah mengambil inisiatif untuk menentang
Ahmed di Brusa. Akhirnya beliau memenangi peperangan tersebut dan
Brusa berada di dalam genggamannya. Perang saudara seperti ini
sudah menjadi perkara rutin dalam pemerintahan kerajaan Turki
Uthmaniyyah. Ahmed telah melarikan dirinya untuk membina semula
asas kekuatannya bagi menentang Salim 1. Salim 1 seorang yang agak
luar biasa sifatnya kerana boleh mengetahui dan mengesyaki sesuatu
yang agak pelik berkenaan dengan para pegawai pentadbirannya.
Beliau mendapati terdapat sebilangan daripada pegawainya yang telah
melakukan pengkhianatan terhadapnya. Disebabkan memiliki ketegasan
tinggi dalam menjalankan pemerintahan di samping menerima jolokan
sebagai The Grim yang bererti ketegasan, berdarah perang, ganas dan
keberanian yang nyata beliau telah mengenakan hukuman mati ke atas
mereka yang terlibat dalam konspirasi tersebut. Beliau juga pernah
dikatakan akan membunuh sesiapa sahaja asalkan ada perasaan curiga
terhadap individu tersebut. Dengan sifat yang luar biasa ini,
nescaya para pembesar dan rakyatnya akan takut untuk memberontak
dan inilah sebenarnya menjamin keamanan dan kesejahteraan empayar
Turki Uthmaniyyah. Selain itu, Salim 1 merupakan perintis kepada
penggunaan gelaran sultan Turki Uthmaniyyah yang pertama
menggunakan gelaran Khalifah. Sultan Salim 1 telah menyatakan
bahawa beliau berasakan sebagai sebuah kerajaan Islam yang
berstatus empayar, tidak lengkap sekiranya tidak menjadi pelindung
kepada kedua-dua buah kota suci umat Islam iaitu Kota Mekah dan
Madinah. Akhirnya gelaran ini dianugerahkan kepada baginda setelah
baginda menakluki kerajaan Mamluk yang mempunyai kuasa dan simbol
kepada pemegang amanah ke atas kedua-dua kota suci tersebut. Di
Mesir terdapat keturunan khalifah-khalifah yang sebelumnya yang
telah menetap di sana setelah berakhirnya kegemilangan kerajaan
Khalifah Bani Abbasiyyah. Khalifah yang terakhir iaitu
Al-Mutawakkil Alallah dikatakan memiliki beberapa alat kebesaran
khalifah iaitu bendera Nabi, burdah Nabi serta pedang yang
digunakan oleh Nabi semasa menyertai peperangan. Kejayaan baginda
ini dalam meluaskan empayar seterusnya menjadi pelindung kepada
kedua-dua kota suci tersebut merupakan kejayaan besar dalam empayar
Turki Uthmaniyyah dan perintis Khalifah kepada sesebuah kerajaan di
mana sultan-sultan seterusnya selepas baginda juga mendukung dan
membawa gelaran khalifah atas kejayaan baginda ini.Sesungguhnya
kejayaan baginda bukanlah hanya dalam meluaskan empayar sahaja
tetapi dalam merencanakan prinsip atau ketegasan kerajaan Turki
Uthmaniyyah terhadap tanggungjawab dalam mengamalkan ajaran agama
Islam yang benar iaitu berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Sultan
Salim 1 merupakan pejuang Islam yang menggunakan Al-Quran dan
As-Sunnah sebagai asas kepada pemerintahan baginda dan inilah yang
menyebabkan baginda berperang dengan Shah Ismail di Iran yang
bermazhab Syiah dan kerajaan Mamluk di Mesir. Kita sedia maklum
bahawa Nabi Muhammad S.A.W pernah menyampaikan pesanan terakhir
baginda di dalan Haji Wida terakhir di Mekah sebelum kewafatannya.
Baginda telah menegaskan bahawa sekiranya umat Islam tetap
berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah, maka mereka tidak akan
sesat selamanya. Oleh sebab Sultan Salim 1 seorang pengamal Islam
yang mengamalkan prinsip tersebut, baginda tidak berkompromi dengan
mana-mana pihak yang bertindak di luar batasan agama serta tidak
mengamalkan Islam seperti mana seruan Nabi Muhammad S.A.W dan
seterusnya berkonspirasi dengan pihak yang beragama lain bagi
mengancam keselamatan empayar baginda dan ini telah ditunjukkan
dengan penyerangan ke atas Kerajaan Mamluk yang memberi bantuan
kepada Shah Ismail.
KETOKOHAN SERTA PERANAN MUHAMMAD AL-FATEH DAN SALIM 1 DALAM
MEMPERTAHANKAN KEGEMILANGAN TURKI UTHMANIYYAH.Dalam menjana
kemajuan dan kepesatan empayar Turki Uthmaniyyah, keperibadian atau
ketokohan seseorang pemimpin menjadi pemacu dan penggerak kepada
pembangunan serta kegemilangan empayar tersebut. Muhammad Al-Fateh
dan Salim 1 ternyata tidak dapat lagi disangkal kerana
masing-masing mempunyai ketokohan yang tersendiri dan disebabkan
kecemerlangan mereka inilah menjadikan empayar Turki gah di mata
dunia.KETENTERAAN DAN PENAKLUKANJika kita mengimbau ke zaman semasa
pemerintahan Turki Uthmaniyyah di bawah Muhammad Al-Fateh dan Salim
1, masing-masing kita dapati mempunyai gaya atau stail tersendiri
dalam menjalankan kegiatan ketenteraan dan penaklukan. Namun mereka
mempunyai kesamaan dari konteks mempertahankan kota suci. Muhammad
Al-Fateh yang kita kenali sebagai pembuka dan penakluk telah
menunjukkan ketokohannya dalam corak ketenteraan dengan menawan dan
membuka lembaran baru dalam sejarah setelah menakluki kota
Constantinople yang merupakan pusat utama golongan Kristian
Ortodoks. Setelah penaklukan ke atas kota tersebut, beliau telah
menukarnya kepada Istanbul dan menjadikan kota suci tersebut
sebagai pusat umat Islam. Muhammad Al-Fateh telah banyak melakukan
transformasi dalam struktur ketenteraan Turki Uthmaniyyah dan
inilah faktor utama yang menjadikan empayar tersebut berjaya
menawan kota suci Constatinople.Muhammad Al-Fateh telah
memperkenalkan penggunaan meriam bersaiz gergasi yang mampu
melontarkan peluru seberat 1400 paun. Baginda juga merupakan
seorang yang bijak dalam mencanai taktik peperangan sehingga
berupaya menakluki kota Constantinople yang merupakan pusat
Kristian Ortodoks ketika itu. Selain itu, Muhammad Al-Fateh telah
menyelamatkan seorang jurutera berketurunan yunani iaitu Urban dari
tahanan Constantinople untuk merealisasikan binaan arltileri yang
tiada tolok bandingnya pada ketika itu. Meriam gergasi tersebut
diberi nama Meriam Urban sempena nama jurutera yang
mengilhamkannya. Teknologi ini seterusnya digunakannya dalam
meneruskan proses perluasan kuasa ke wilayah-wilayah lain. Kejayaan
inilah merupakan perintis kepada kejayaan Salim 1 kerana
pembaharuan yang dilakukan dalam bidang ketenteraan oleh baginda
telah menyumbang kepada kekuatan, keamanan dan kestabilan kerajaan
Turki Uthmaniyyah. Salim 1 pula tidak kurang hebatnya dalam
ketenteraan. Baginda yang digelar Yavuz kerana sikapnya yang tegas
dan ini menyumbang kepada perluasan empayar Turki Uthmaniyyah.
Lebih-lebih lagi baginda telah berjaya menjadi pelindung kepada
kota suci umat Islam iaitu Kota Mekah dan Kota Madinah. Selain itu,
keluasan empayar kerajaan Turki Uthmaniyyah juga bertambah luas
dari 2.500.000 km kepada 6.500.000 km. Kedua-dua tokoh ini juga
mempunyai persamaan dalam mencongak strategi dan taktik perang.
Sebagai contoh, penelitian yang terperinci akan sebelum
mengisytiharkan perang ke atas sesebuah kerajaan iaitu dengan
mengadakan perjanjian damai dengan sebelah pihak sebelum berperang
dengan pihak yang lain. Kita dapat menilai bahawa Muhammad Al-Fateh
dan Salim 1 mempunyai alternatif dan inisiatif tersendiri dalam
menghadapi peperangan yang besar. Hal ini dapat dibuktikan dengan
Muhammad Al-Fateh telah membuat perjanjian damai dan memuaskan hati
Prince-prince, Raja Maghyar, Bosnia dan Republik Venesia. Dalam
perjanjian tersebut kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak
serang-menyerang selama tiga tahun. Perjanjian damai tersebut
membolehkan Muhammad Al-Fateh menumpukan perhatiannya ke atas usaha
untuk menakluki Kota Constantinople. Begitu juga dengan Salim 1,
baginda telah membuat perjanjian damai dengan Kerajaan Mamluk di
Mesir. Baginda berbuat demikian kerana ingin memerangi kerajaan
Shafawid yang diterajui oleh Shah Ismail terlebih dahulu. Setelah
mengadakan perjanjian damai, kedua-dua Sultan ini akan bertindak
untuk menyerang kerajaan yang menjadi sasarannya. Muhammad Al-Fateh
menyerang Kota Constantinople manakala Salim 1 menyerang kerajaan
Syafawid. Keberkesanan perjanjian damai ini dapat dilihat apabila
kedua-dua Sultan ini berjaya dalam ekspedisi perang mereka.
Berdasarkan kenyataan tersebut, kita dapat melihat bahawa kedua-dua
tokoh ini mempunyai kebijaksanaan yang dikagumi ramai kerana mereka
sanggup membuat perjanjian damai meskipun ramai para pembesar tidak
menyetujuinya kerana faktor kemegahan. Namun Muhammad Al-Fateh dan
Salim 1 berjaya mengembalikan nostalgia semasa zaman Nabi Muhammad
ketika membentuk perjanjian damai dengan kafir Quraisy dalam
perjanjian Hudaibiyah. Pada mulanya ramai sahabat baginda tidak
menyetujuinya namun natijahnya umat Islam akhirnya berjaya.
Peristiwa inilah menjadi ikutan kedua-dua tokoh ini dan percaya
setiap tindakan Nabi ini ada hikmahnya. Lalu mereka menterjemahkan
kejayaan tersebut ke dalam strategi mereka untuk menawan
Constatinople dan Syafawid. Muhammad Al-Fateh berjaya menakluki
Kota Constantinople dan Salim 1 berjaya mengalahkan kerajaan
Syafawid dan pemerintahnya Shah Islmail dibunuh. Kejayaan Salim 1
ini belum lagi dapat menyamai kejayaan Muhammad Al-Fateh kerana
beliau berjaya menakluki kota suci orang Kristian yang dikawal
dengan baik oleh orang Kristian pada ketika itu di samping mendapat
bantuan daripada Pope Vatican. Walaupun begitu, baginda akhirnya
menyamai pencapaian datuknya iaitu Muhammad Al-Fateh apabila
baginda berjaya menakluki kerajaan Mamluk di Mesir yang merupakan
penaung kepada kota suci umat Islam dan akhirnya menjadi pelindung
kepada kota suci umat Islam. Perkara ini merupakan persamaan yang
ketara bagi kedua-dua tokoh ini kerana telah menakluki kota suci
yang memberikan impak yang besar kepada kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Kedua-dua tokoh ini juga mempunyai perbezaan dalam prinsip
peperangan mereka. Sasaran Muhammad Al-Fateh lebih menjurus kepada
Eropah iaitu Orang Kristian dengan menggunakan Semangat Ghazi yang
berasaskan bangsa Turki manakala Salim 1 lebih menjurus kepada
Mazhab Syiah dan menekankan tanggungjawab orang Islam terhadap
dunia umat Islam yang berbahasa Arab. Perbezaan prinsip ini telah
membawa kepada perbezaan sasaran kerajaan yang hendak diperangi
oleh Muhammad Al-Fateh dan Salim 1. Muhammad Al-Fateh lebih
menjurus kepada memerangi orang Kristian dan ini terbukti apabila
baginda menakluki Kota Constantinople yang merupakan pusat Kristian
Ortodoks ketika itu manakala Salim 1 lebih menjurus kepada kerajaan
Syafawid yang berteraskan Mazhab Syiah. Mazhab Syiah ini merupakan
ajaran yang berbeza dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah ketika itu
kerana kerajaan Turki Uthmaniyyah mengamalkan ajaran Al-Quran dan
As-sunnah.Umum mengetahui bahawa Muhammad Al-Fateh merupakan
pemimpin yang telah dijanjikan kemenangannya. Hal ini dapat kita
lihat sewaktu baginda dilahirkan, ayahnya Sultan Murad II sedang
membaca Al-Quran dan tepat membaca Surah Al-Fath ayat pertama yang
membawa maksud sesungguhnya kami memberikan kemenangan yang nyata
kepada kamu. Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa
rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat
mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering
mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan
tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman.
Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana.
Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Selain kejayaan dalam
bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Muhammad al-Fateh juga
berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui
akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk
Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu
apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota
Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu,
menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman
mereka. Manakala Salim 1 pula menghadapi perkara yang sama namun
dalam keadaan yang berbeza iaitu sebelum baginda menghembuskan
nafas terakhir baginda telah membaca Surah Yassin dengan sahabatnya
iaitu Hasan Jan dan ketika baginda menghembuskan nafas yang
terakhir baginda dan Hasan Jan sedang membaca surah Yassin ayat
ke-58 yang membawa maksud aman. Hal ini menandakan baginda telah
mangkat dalam keadaan aman. Persamaan ini menandakan kedua-dua
sultan ini mempunyai keberkatan daripada Allah S.W.T. dalam
menjalankan tugasnya sebagai sultan dan juga sebagai simbol bahawa
mereka menjalankan tugas mengikut ajaran Allah S.W.T. yang
sebenarnya sama ada dalam pentadbiran, ketenteraan ekonomi dan juga
sosial. Salim 1 juga memiliki karismanya yang tersendiri dalam
mengekalkan kemerdekaan empayar Turki Uthmaniyyah di mana beliau
telah menggubal undang-undang yang digelar Qanun Nammah Mesir di
Mesir bagi mengelakkan orang Yahudi menjalankan kegiatan penjajahan
mereka ke atas orang Islam di Palestin. SOSIAL DAN EKONOMIMuhammad
Al-Fateh dan Salim 1 merupakan pentadbir yang tidak mengetepikan
bidang ekonomi dan melalui perluasan wilayah telah menjana ekonomi
Turki Uthmaniyyah. Dengan penguasaan terhadap Constatinople,
empayar Turki Uthmaniyyah berjaya menguasai jalinan perdagangan
antara Timur dan Barat yang mana seluruh pedagang datang dari Timur
seperti India, China, dan dari Barat iaitu Perancis, Britain, dan
sebagainya. Selain itu, penguasaan terhadap Laut Merah, Laut
Mediteranean dan juga Laut Hindi juga membuka peluang kepada
kerajaan Turki Uthmaniyyah dalam urusan perdagangan dan pengutipan
cukai daripada perdagangan yang dijalankan di kawasan-kawasan
tersebut dan pelaksanaan kutipan cukai ini dijalankan oleh
leftenan-leftenan. Dalam aspek sosial pula, kedua-dua tokoh ini
telah banyak membuat pembaharuan. Langkah pertama Muhammad Al-Fateh
lakukan ialah menukarkan status gereja Ayasofya kepada masjid yang
diberi nama Masjid Ayasofya. beliau telah membina 11 buah lagi
masjid yang mana salah satu masjid tersebut diberi atas nama beliau
iaitu Masjid Al-Fateh. Selain itu, bagi menjamin kesejahteraan
rakyat, beliau telah membina banyak bangunan seperti tempat mandi
awam, tempat mandi mayat, perpustakaan dan sebagainya. Salim 1 juga
membina kemudahan-kemudahan kepada rakyatnya contohnya hospital,
masjid dan sekolah. Di samping mempunyai masa singkat, dan sibuk
dengan ekspedisi perang, baginda turut tidak mengabaikan keperluan
rakyatnya. Salim 1 pernah menyumbangkan wang kepada rakyatnya bagi
menampung keperluan mereka. Dapat kita lihat bahawa pemerintahan
kedua-duanya amat mementingkan kebajikan rakyatnya sekali gus
menjurus kepada pengekalan kemajuan empayar Turki Uthmaniyah.
KESIMPULANSudah nyata kepada kita bahawa peranan serta ketokohan
Muhammad Al-Fateh II dan Salim 1 telah mencetuskan era kegemilangan
empayar Turki Uthmaniyyah. Kejayaan Muhammad Al-Fateh menawan
Constatinople melalui strategi dan taktik ketenteraan yang luar
biasa di samping mengaplikasikan kepentingan ajaran Islam dalam
peperangan berjaya mengangkat martabat empayar tersebut.
Kegemilangan tersebut diwarisi oleh Salim 1 yang berjaya menjadi
pelindung kepada Mekah dan Madinah melalui pegangan sebagaimana
datuknya. Inilah persamaan kedua-dua tokoh ini walaupun
masing-masing mempunyai matlamat peperangan yang agak berbeza dari
segi kerajaan yang hendak diperangi.Dengan penguasaan sepenuhnya
terhadap Constatinople, Muhammad Al-Fateh sesuai menerima jolokan
pembuka dan penakluk kerana berjaya membuka kota yang sebelumnya
pusat umat Kristian Ortodoks dengan penaklukan ke atasnya. Kejayaan
Salim 1 merobohkan kerajaan Mamluk di Mesir telah menjadikannya
pelindung kepada Mekah dan Madinah. Implikasinya beliau digelar
sebagai pelindung kota suci Islam dan mengukir sejarah sebagai
khalifah pertama dalam empayar Turki Uthmaniyyah.Konklusinya
kedua-dua tokoh inilah merupakan pemangkin kepada era kegemilangan
empayar Turki Uthmaniyyah melalui dasar-dasar pemerintahan yang
berorientasikan kepada perluasan empayar di samping memiliki
ketokohan yang hebat. Walau sehebat mana kegiatan penaklukan yang
dijalankan, tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat tetap
dititikberatkan oleh Muhammad Al-Fateh II dan Salim 1. Sewajarnya
para pemimpin haruslah menjadikan kedua-dua tokoh Islam ini sebagai
panduan dalam menguruskan pemerintahan sesebuah kerajaan mahupun
empayar.BIBLIOGRAFIAbdul Karim Abdullah dan Hamidah Samsudin,
Sejarah Dunia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian
Pelajaran Malaysia, 1976.Al-Hikmah, Al-Quran dan Terjemahan,
Bandung; Penerbit Diponegoro, 2005.Dr. Shafiq A.Mughni, Sejarah
Kebudayaan Islam di Turki, Jakarta: Logos Wacana Ilmu, 1997.Hamka,
Sejarah Umat Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1997.Hasanuddin
Ahmed, A brief History of Islam, New Delhi: Goodword Private Ltd,
2004.John L. Espito, The Islamic Threat Myth Or Reality, New York:
Oxford University Press, 1992.Lois A. Aroian, Richard P. Mitchel
(diterjemahkan oleh Mohammad Redzuan Othman), Timur Tengah dan
Africa Utara Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1991.Masudul Hasal, History of Islam (Revise Edition) Vol. II
(Classic Period 1206-1906 C.E), New Delhi: Hanes Publication.
2006.Mehmet Maksudoglu, Osmanli History 1289-1922, Malaysia:
International Islamic University, 1999.Muhammad Yusoff Khandalawi,
Muntakhab Ahadith, Kuala Lumpur: Klang Book, 2004.Norman Itzkowitz,
The World Of Islam, London; Thames And Hudson Ltd, 1976.
Sultan Selim The Excellent (1470 - 1520 ),
http://www.ottomanonline.net/sultans/9.html, 10. Mac 2009.Posted by
Mustakim Bin Suhaili
Tokoh
Suleiman I(November 1494 - 5/6/7 September 1566) adalah sultan
Turki Uthmaniyyah ke-10, yang berkuasa dari tahun 1520 hingga 1566.
Ia dikenali sebagaiSuleiman yang Luar Biasadi Barat, dan pemberi
undang-undangdi Timur kerana pencapaiannya dalam menyusun kembali
sistem undang-undang Uthmaniyah. Ia merupakan tokoh penting pada
Eropah pada abad ke-16. Suleiman memimpin tentera Uthmaniyah
menaklukan Belgrade, Rhodes, dan sebahagian besar Hungary sebelum
berhasil dipukul mundur dalam Pengepungan Vienna tahun 1529. Ia
menganeksasi sebahagian besar Timur Tengah dan Afrika Utara (hingga
sejauh Algeria di barat). Di bawah kekuasaannya, armada Utsmaniyah
menguasai laut Tengah, Merah, dan teluk Parsi.Dalam usahanya untuk
mengukuhkan Uthmaniyah, Suleiman melancarkan reformasi
undang-undang yang berkaitan dengan masyarakat, pendidikan,
perpajakan, dan hukum jenayah. Hukum kanoniknya (atau Kanun)
memperbaiki bentuk empayar selama berabad-abad selepas kematiannya.
Selain merupakan penyair dan tukang emas, ia juga menjadi pelindung
budaya yang besar, hingga Uthmaniyah mencapai masa keemasan dalam
bidang artistik, sastera, dan arsitektur.Suleiman mampu menuturkan
lima bahasa: Bahasa Turki Utsmaniyah, Arab, Serbia, Chagatai
(dialek bahasa Turki dan berkaitan dengan Uighur), Parsi, dan
Urdu.
Sumbangan-sumbanganya
Penubuhan Dasar Undang-Undang
Suleiman dikenali sebagai Kanun Suleiman atau "pemberi
undang-undang" di Utsmaniyah. Sejarawan Lord Kinross mencatat
bahawa "Ia tidak hanya merupakan pemimpin kempen tentera yang
besar, manusia dari pedang, seperti ayah dan datuknya. Ia berbeza
dari mereka kerana juga merupakan manusia dari pena. Ia merupakan
legislator ulung, berdiri di depan mata rakyatnya sebagai penguasa
berjiwa besar dan eksponen keadilan yang murah hati ". Hukum utama
empayar adalah Shari'ah. Sultan tidak kuasa mengubah hukum Islam
tersebut. Undang-undang lain yang dikenali sebagai Kanuns
(undang-undang kanonik) bergantung pada kehendal Suleiman sendiri,
dan meliputi bidang jenayah, pemilikan tanah, dan percukaian. Ia
mengumpulkan semua keputusan yang dikeluarkan oleh sembilan sultan
Utsmaniyah sebelumnya. Setelah menghilangkan duplikasi dan memilih
antara kenyataan yang bertentangan, Suleiman mengeluarkan
undang-undang, yang disusun secara hati-hati agar tidak melanggar
undang-undang dasar Islam. Suleiman, disokong oleh Mufti Agung
Ebussuud, berupaya mereformasi undang-undang agar dapat disesuaikan
dengan perubahan cepat dalam empayar. Ketika undang-undang Kanun
mencapai bentuk akhirnya, undang-undang tersebut dikenali sebagai
kanun-i Osmani, atau "undang-undang Utsmaniyah". Undang-undang
Suleiman diterapkan selama lebih dari tiga ratus tahun.
Ia memberikan perhatian khusus pada keadaan rayah, orang
Kristian yang mengerjakan tanah-tanah kaum Sipahi. Kanune Kingdom,
atau "Undang-undang Raya", menetapkan retribusi dan cukai untuk
dibayar oleh raya, dan menaikkan status mereka ke atas perhambaan
sehingga hamba Kristian banyak pindah ke wilayah Turki untuk
mengambil keuntungan dari reformasi. Sultan Suleiman juga memainkan
peranan penting dalam melindungi orang Yahudi di empayarnya. Pada
akhir 1553 atau 1554, atas usul doktor kegemarannya, Moses Hamon,
Suleiman mengisytiharkan dekret yang secara rasmi melarang blood
libel terhadap orang Yahudi. Lebih jauh lagi, ia menetapkan
undang-undang jenayah dan polis baru, dan juga menggunakan denda
atau hukuman . Dalam bidang perpajakan, cukai ditetapkan terhadap
pelbagai barang, seperti haiwan, tambang, dan barang
eksport-import. Selain cukai, pegawai yang jatuh pada nama buruk
akan disita tanah dan milikannya oleh Sultan.
Pendidikan Pendidikan merupakan bidang lain yang penting bagi
sultan. Sekolah digabung dengan masjid dan dibiayai oleh yayasan
agama, sehingga memberikan pendidikan percuma bagi anak-anak
Muslim. Di ibukotanya, Suleiman meningkatkan jumlah sekolah dasar
menjadi empat belas, serta mengajarkan anak-anak baca tulis, dan
juga prinsip- prinsip Islam. Anak yang ingin mendapat pendidikan
lebih lanjut dapat meneruskan pendidikannya ke salah satu daripada
lapan madrasah. Pembelajaran yang sedia adalah tata bahasa,
metafizik, falsafah, astronomi, dan astrologi. Madrasah tinggi
memberikan pendidikan tingkat universiti, dan lulusannya menjadi
imam atau pengajar. Pusat-pusat pendidikan merupakan salah satu
dari bangunan yang mengelilingi lapangan masjid, dengan
bangunan-bangunan lain adalah perpustakaan, bilik makan, air
pancut, dapur sup, dan rumah sakit untuk kepentingan umum.
Budaya Di bawah kekuasaan Suleiman, Kesultanan Utsmaniyah
memasuki masa keemasan dalam hal perkembangan budaya.Utsmaniyah
mempunyai ratusan kumpulan artistik Kesultanan (disebut sebagai
ehl-i HiRef, "komuniti bagi mereka yang berbakat") yang
dikendalikan secara langsung oleh istana.Proses magang wajib
dijalani bagi mereka yang ingin menjadi seniman dan
pengrajin.Setelah magang mereka boleh mendapatkan gaji dan jawatan
yang lebih tinggi.Dokumen-dokumen penggajian yang ditemui
menunjukkan betapa Suleiman sangat menghargai dan menyokong
pekerjaan seniman.Sebuah dokumen yang dibuat tahun 1526 menunjukkan
senarai 40 kumpulan seniman dengan lebih daripada 600 ahli.Ehl-i
HiRef mampu menarik sebahagian besar seniman berbakat, baik dari
dunia Islam maupun dari wilayah jajahan di Eropah, untuk bekerja di
istana sultan.Hal ini membolehkan terjadinya pencampuran kebudayaan
Islam, Turki, dan Eropa.Seniman yang bekerja di istana antara lain
pelukis, penjilid buku, penjahit pakaian dari bulu, pengrajin
perhiasan, dan penempa emas.
Bila penguasa sebelumnya lebih terpengaruh oleh kebudayaan Parsi
(ayah Suleiman, sebagai contoh, senang menulis puisi dalam bahasa
Parsi), Suleiman berjaya mencipta gaya seni berbeza yang menjadi
warisan artistik yang khas.Suleiman sendiri adalah seorang penyair
yang handal, karyanya ditulis dalam bahasa Parsi dan Turki dengan
nama samaran muhibbi (Pecinta).Beberapa kalimat dalam puisi
Suleiman dijadikan peribahasa Turki, salah satunya yang terkenal
adalah: "Semua orang ingin menyampaikan maksud yang sama, tetapi
ada banyak versi ceritanya."Ketika anak Suleiman, Mehmed, meninggal
pada tahun 1543, ia membuat sebuah kronogram untuk memperingati
kematiannya: Pangeran yang tiada taranya, Sultan Mehmed-ku.Selain
Suleiman, banyak seniman lain yang juga memberikan sumbangan besar
terhadap perkembangan sastera Utsmaniyah, termasuk di antaranya
Fuzuli danBaki.Sejarawan Sastera E.J.W.Gibb mengamati bahawa "tidak
pernah ada dalam sejarah dunia dorongan yang sedemikian besar
terhadap perkembangan puisi kecuali pada masa kekuasaan Sultan yang
satu ini."
Suleiman juga terkenal kerana membiayai beberapa arsitektur
monumental dikesultanannya.Sang Sultan bercita-cita menjadikan
Konstatinopel sebagai pusat peradaban Islam melalui pembangunan
pelbagai objek termasuk jambatan, masjid, istana, dan
lain-lain.Beberapa yang paling termahsyur dibuat oleh arkitek
kepala Utsmaniyah, Mimar Sinan.Sinan bertanggung jawab membina tiga
ratus monumen di seluruh kesultanan, termasuk dua mahakarya masjid
Sleymaniye dan Selimiye-yang disebutkan terkini dibina di Edirne
pada masa kekuasaan anak Suleiman, Selim II.Suleiman juga melakukan
pemulihan terhadap Kubah As-Sakhrah dan tembok bandar di
Baitulmuqaddis (yang kini menjadi tembok Kota Tua Jerusalem),
mengubahsuai Ka'bah di Mekah, dan membuat sebuah kompleks di
Damsyik.
Politik dan Ekonomi Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam
politik dapat dilihat dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran.
Dalam sistem pentadbiran , terdapat 4 aspek utama. Yang pertama
ialah sitem khalifah iaitu pelantikan khalifah sbg ketua pemerintah
mengganti nabi Muhammad. Yang ke2 sistem wazarah , pelantikan wazir
utk mengetuai sistem pentadbiran negara di kerajaan pusat,
sementara gabenor dilantik utk mengetuai pentadbiran wilayah. Yg
ke3 sistem urusetia yg membahagikan urusan pentadbiran kpd beberapa
bahagian iaitu bahagian surat menyurat, cukai, ketenteraan,dan
bahagian polis dan kehakiman. Yg ke4, sistem hijabah. Seorang
pegawai ditugaskan memeriksa orang yang mahu menemui khalifah,
mengawal keselamatan khalifah, dan pemegang amanah. Sistem
pentadbiran dikukuhkan lagi dgn penubuhan 4 buah jabatan iaitu
Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan am dan
Jabatan urusan Cap Mohor Pemerintah.
Dalam sistem pemerintahan, Diwanul Jundi [Jabatan Ketenteraan]
ditubuhkan utk pertahanan negara. Diikuti dgn angkatan laut dan
angkatan tentera darat. Dalam aspek ekonomi sememangnya Bani
Umaiyah mangutamakan hal kewangan. Mereka telah menubuhkan
Baitulmal dan mewujudkan sistem kewangan untuk mengimbangkan
pendapatan dan perbelanjaan negara . Sumber pendapatan kerajaan
ialah kharaj [cukai tanah] , jizyah [cukai perlindungan] , zakat,
usyur [cukai 1\10 hasil tani tuan tanah].dan ghanimah [harta
rampasan perang].Pusat kegiatan ekonomi dilakukan di Cordova.
Kegiatan ekonomi telah mengembangkan kemahiran membuat barangan
tembikar serta perhiasan emas dan perak serta perusahaan kulit dan
senjata. Pertanian menyumbangkan sedikit kemajuan kepada mereka
yang mana penyelidikan dilakukan untuk benih yang bermutu dan
pembinaan sistem saliran untuk menyuburkan tanah.
Bidang Sosial Antara sumbangan kerajaan Bani Umaiyah dalam
bidang sosial ialah pusat pengajaran dan penyebaran ilmu iaitu Kota
Basrah. Selain itu beberapa orang ilmuwan telah dilahirkan seperti
Khalil Ibn Ahmad (pakar bahasa dan filologi Arab) dan Sibawayhi
(ahli nahu Arab) serta sasterwan seperti al-Farzdaq, Jarir, Umar
ibn Abi Rabiah dan Jamil al-Uzri. Tambahan pula, Bahasa Arab
dijadikan sebagai bahasa rasmi negara. Sumbangan Bani Umaiyah juga
ialah tanda bunyi atau baris telah diperkenalkan pada tulisan
al-Quran yang memberi faedah kepada orang bukan Arab. Perkembangan
ilmu agama pada zaman Khalifah Umar ibn Abdul Aziz telah melahirkan
tokoh seperti Urwah bin al-Zubayr dan Ibn Zihat al-Zuhri(hadis),
Ibn Jarih (tafsir al-Quran) serta Hasan al-Basri dan Wasil ibn Ata
(usuluddin). Selain itu juga, sumbangan Bani Umaiyah dalam bidang
sosial melibatkan pembinaan hospital pertama di Damsyik oleh
Khalifah al-Walid bin Abdul Malik. Hospital penyakit kusta telah
dibina oleh Khalifah Umar ibn Abdul Aziz.
Tambahan pula, buku rujukan pelbagai bidang ilmu telah
diterjemahkan dalam bahasa Arab. Ibn al-Nafis telah menghasilkan
buku al-Shamill fis Sinaah al-Tabibiyah (kajian Umum Profesion
Kedoktoran) yang membicarakan teknik pembedahan dan rawatan selepas
pembedahan. Selain itu, perkembangan ilmu dalam bidang kimia dan
astronomi juga telah berkembang.
Dalam sistem perundangan, hukuman berdasarkan ijtihad dengan
berpandukan al-Quran, sunnah atau jimak. Hakim tidak boleh
mempengaruhi mana-mana pihak, bebas, tidak cenderung ke mana-mana
aliran politik pemerintah. Seseorang hakim mesti adil dalam
penghakimannnya tanpa mengira pengaruh atau latar belakang orang
yang diadili itu.
Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi atau dikenali sebagai
Rhazes di dunia barat merupakan salah seorang pakar sains Iran yang
hidup antara tahun 864 930. Beliau lahir di Rayy, Teheran pada
tahun 251 H./865 dan wafat pada tahun 313 H/925. Di awal
kehidupannya, al-Razi begitu tertarik dalam bidang seni musik.
Namun al-Razi juga tertarik dengan banyak ilmu pengetahuan lainnya
sehingga kebanyakan masa hidupnya dihabiskan untuk mengkaji
ilmu-ilmu seperti kimia, filsafat, logika, matematika dan
fisika.
Walaupun pada akhirnya beliau dikenal sebagai ahli pengobatan
seperti Ibnu Sina, pada awalnya al-Razi adalah seorang ahli kimia.?
Menurut sebuah riwayat yang dikutip oleh Nasr (1968), al-Razi
meninggalkan dunia kimia karena penglihatannya mulai kabur akibat
ekperimen-eksperimen kimia yang meletihkannya dan dengan bekal ilmu
kimianya yang luas lalu menekuni dunia medis-kedokteran, yang
rupanya menarik minatnya pada waktu mudanya.? Beliau mengatakan
bahwa seorang pasien yang telah sembuh dari penyakitnya adalah
disebabkan oleh respon reaksi kimia yang terdapat di dalam tubuh
pasien tersebut. Dalam waktu yang relatif cepat, ia mendirikan
rumah sakit di Rayy, salah satu rumah sakit yang terkenal sebagai
pusat penelitian dan pendidikan medis.? Selang beberapa waktu
kemudian, ia juga dipercaya untuk memimpin rumah sakit di
Baghdad..
Beberapa ilmuwan barat berpendapat bahwa beliau juga merupakan
penggagas ilmu kimia modern. Hal ini dibuktikan dengan hasil karya
tulis maupun hasil penemuan eksperimennya.
Al-Razi berhasil memberikan informasi lengkap dari beberapa
reaksi kimia serta deskripsi dan desain lebih dari dua puluh
instrument untuk analisis kimia. Al-Razi dapat memberikan
deskripsiilmu kimia secara sederhana dan rasional. Sebagai seorang
kimiawan, beliau adalah orang yang pertama mampu menghasilkan asam
sulfat serta beberapa asam lainnya serta penggunaan alkohol untuk
fermentasi zat yang manis.
Beberapa karya tulis ilmiahnya dalam bidang ilmu kimia
yaitu:
* Kitab al Asrar, yang membahas tentang teknik penanganan
zat-zat kimia dan manfaatnya.* Liber Experimentorum, Ar-Razi
membahas pembagian zat kedalam hewan, tumbuhan dan mineral, yang
menjadi cikal bakal kimia organik dan kimia non-organik.* Sirr
al-Asrar:o lmu dan pencarian obat-obatan daripada sumber tumbuhan,
hewan, dan galian, serta simbolnya dan jenis terbaik bagi setiap
satu untuk digunakan dalam rawatan.o Ilmu dan peralatan yang
penting bagi kimia serta apotek.o Ilmu dan tujuh tata cara serta
teknik kimia yang melibatkan pemrosesan raksa, belerang (sulfur),
arsenik, serta logam-logam lain seperti emas, perak, tembaga,
timbal, dan besi.
Menurut H.G Wells (sarjana Barat terkenal), para ilmuwan muslim
merupakan golongan pertama yang mengasas ilmu kimia. Jadi tidak
heran jika sekiranya mereka telah mengembangkan ilmu kimia selama
sembilan abad bermula dari abad kedelapan maseh
Referensi :
-
http://mgmpkimia.wordpress.com/tokoh-kimia/al-razi-865-925/
Nama Asli dari al-Khawarizmi ialah Muhammad Ibn Musa
al-khawarizmi. Selain itu beliau dikenali sebagai Abu Abdullah
Muhammad bin Ahmad bin Yusoff. Al-Khawarizmi dikenal di Barat
sebagai al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-Ahawizmi, al-Karismi,
al-Goritmi, al-Gorismi dan beberapa cara ejaan lagi. Beliau
dilahirkan di Bukhara.Tahun 780-850M adalah zaman kegemilangan
al-Khawarizmi. al-Khawarizmi telah wafat antara tahun 220 dan 230M.
Ada yang mengatakan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan
abad ke-9M. Sumber lain menegaskan beliau hidup di Khawarism,
Usbekistan pada tahun 194H/780M dan meninggal tahun 266H/850M di
Baghdad.
Dalam pendidikan telah dibuktikan bahawa al-Khawarizmi adalah
seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas. Pengetahuan dan
keahliannya bukan hanya dalam bidang syariat tapi di dalam bidang
falsafah, logika, aritmatika, geometri, musik, ilmu hitung, sejarah
Islam dan kimia.
Al-Khawarizmi sebagai guru aljabar di Eropa
Beliau telah menciptakan pemakaian Secans dan Tangen dalam
penyelidikan trigonometri dan astronomi. Dalam usia muda beliau
bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Mamun, bekerja di Bayt
al-Hikmah di Baghdad. Beliau bekerja dalam sebuah observatory yaitu
tempat belajar matematika dan astronomi. Al-Khawarizmi juga
dipercaya untuk memimpin perpustakaan khalifah. Beliau pernah
memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India
pada dunia Islam. Beliau juga merupakan seorang penulis
Ensiklopedia dalam berbagai disiplin. Al-Khawarizmi adalah seorang
tokoh yang pertama kali memperkenalkan aljabar dan hisab. Banyak
lagi ilmu pengetahuan yang beliau pelajari dalam bidang matematika
dan menghasilkan konsep-konsep matematika yang begitu populer yang
masih digunakan sampai sekarang.
PERANAN DAN SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI
Sumbangsihnya dalam bentuk hasil karya diantaranya ialah :
1. Al-Jabr wal Muqabalah : beliau telah mencipta pemakaian
secans dan tangens dalam penyelidikan trigonometri dan
astronomi.
2.Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah : Beliautelah mengajukan
contoh-contoh persoalan matematika dan mengemukakan 800 buah
masalah yang sebagian besar merupakan persoalan yang dikemukakan
oleh Neo. Babylian dalam bentuk dugaan yang telah dibuktikan
kebenarannya oleh al-Khawarizmi.
3.Sistem Nomor : Beliau telah memperkenalkan konsep sifat dan ia
penting dalam sistem Nomor pada zaman sekarang. Karyanya yang satu
ini memuat Cos, Sin dan Tan dalam penyelesaian persamaan
trigonometri , teorema segitiga sama kaki dan perhitungan luas
segitiga, segi empat dan lingkaran dalam geometri.
Banyak lagi konsep dalam matematika yang telah diperkenalkan
al-khawarizmi . Bidang astronomi juga membuat al-Khawarizmi
terkenal. Astronomi dapat diartikan sebagai ilmu falaq [pengetahuan
tentang bintang-bintang yang melibatkan kajian tentang kedudukan,
pergerakan, dan pemikiran serta tafsiran yang berkaitan dengan
bintang].
Pribadi al-Khawarizmi
Kepribadian al-Khawarizmi telah diakui oleh orang Islam maupun
dunia Barat. Ini dapat dibuktikan bahawa G.Sarton mengatakan
bahwapencapaian-pencapaian yang tertinggi telah diperoleh oleh
orang-orang Timur. Dalam hal ini Al-Khawarizmi. Tokoh lain,
Wiedmann berkata." al-Khawarizmi mempunyai kepribadian yang teguh
dan seorang yang mengabdikan hidupnya untuk dunia sains".
Beberapa cabang ilmu dalam Matematika yang diperkenalkan oleh
al-Khawarizmi seperti: geometri, aljabar, aritmatika dan lain-lain.
Geometri merupakan cabang kedua dalam matematika. Isi kandungan
yang diperbincangkan dalam cabang kedua ini ialah asal-usul
geometri dan rujukan utamanya ialah Kitab al-Ustugusat[The
Elements] hasil karya Euklid : geometri dari segi bahasa berasal
daripada perkataan yunani iaitu geo yang berarti bumi dan metri
berarti pengukuran. Dari segi ilmu, geometri adalah ilmu yang
mengkaji hal yang berhubungan dengan magnitud dan sifat-sifat
ruang. Geometri ini dipelajari sejak zaman firaun [2000SM].
Kemudian Thales Miletus memperkenalkan geometri Mesir kepada Yunani
sebagai satu sains dalam kurun abad ke 6 SM. Seterusnya sarjana
Islam telah menyempurnakan kaidah pendidikan sains ini terutama
pada abad ke9M.
Algebra/aljabar merupakan nadi matematika. Karya Al-Khawarizmi
telah diterjemahkan oleh Gerhard of Gremano dan Robert of Chaster
ke dalam bahasa Eropa pada abad ke-12. sebelum munculnya karya yang
berjudul Hisab al-Jibra wa al Muqabalah yang ditulis oleh
al-Khawarizmi pada tahun 820M. Sebelum ini tak ada istilah
aljabar.
Cendekiawan Islam: Al-Battani AhliAstronomi Leave a comment
Al-BattaniBeliau ialah Abu Abdullah Mohd b. Jabir b. Sinan Al
Harrani. Menurut sumber sejarah beliau dilahirkan pada 858 Masihi
di Negeri Harran dan menurut sumber lain tempat kelahirannya adalah
di Battan, salah satu negeri di Harran. Al-Battani mendapat
pendidikan awal daripada bapanya sendiri Jabir Ibn Sanan yang juga
merupakan seorang Saintis yang terkenal ketika di zamannya.Beliau
kemudiannya berhijrah ke Raqqa yang terletak di tebing Sungai
Euphrates dan mendapat pendidikan lanjut dan mendapat kesarjanaan
dalam bidang tersebut. Pada abad ke 9, beliau berhijrah pula ke
Samarra dan bekerja di sana sehinggalah ke akhir hayat beliau iaitu
pada 929 Masihi. Pada asalnya beliau ialah seorang Sabian
(penyembah Bintang) dan kemudiannya memeluk agama Islam.Al-Battani
merupakan seorang Astronomi yang terkenal serta seorang yang mahir
dalam bidang Matematik. Beliau merupakan seorang Ahli Astronomi
yang begitu masyhur yang bertanggungjawab meneroka pelbagai
penemuan dan kajian dalam bidang Astronomi. Diriwayatkan bahawa
beliau memulakan kajiannya di Bittan, Iraq, kemudian di Antokiah,
Syria.Kajian-kajian beliau bermula sejak usia beliau masih lagi
muda belia dan usaha kerasnya ini bermula ketika beliau di Raqqa
dan kajiannya menjangkau selama lebih 42 tahun. Beliau telah
menggariskan dengan cukup teliti mengenai pusingan tahun dan musim,
kadar peredaran matahari dan menggariskan miring buruj di garisan
khatulistiwa. Beliau juga mempunyai penyelidikan yang teliti dalam
gerhana matahari, bulan dan pergerakanya. Penemuan beliau ini telah
menghasilkan kiraan kadar pengiraan pusingan tahun iaitu 365 hari 5
jam 46 minit dan 24 saat.Beliau merupakan orang pertama menggunakan
kosain dan garis sendeng dalam segitiga dan sudut juga penggunaan
lambang dan trigonometri ke barat.Kebanyakan hasil penemuan dan
kajian beliau telah dibukukan dan diterjemah ke dalam pelbagai
bahasa. Antaranya termasuklah karya penulisan ilmiah beliau dalam
bidang Astronomi dan juga Trigonometri. Buku beliau yang begitu
terkenal ialah karya beliau dalam bidang astronomi yang telah
diterjemah ke dalam bahasa Latin pada kurun ke-12 yang diterbitkan
sebagai De Scienta Stellerum-De Numeris Stellerum Et
Motibus.Karya-karya beliau dalam bidang Astronomi amatlah
mempengearuhi dunia ilmuan Barat sehinggalah muncul zaman
Renaissance. Al-Battani telah berjaya membetulkan hasil Batlimous
dalam bukunya Al Zaiju al Sabik. Bukunya terdiri dari muqaddimah
dan 57 bahagian tentang cara-cara pengiraan, sifat buruj, kadar
miring, bintang dan permasalahan nya, berjenis-jenis taqwim, ukuran
masa dan tempoh tahunan, alat-alat astronomi dan cara membuatnya.
Buku tersebut diterjemah ke dalam Bahasa Latin oleh Aplaton Al
Tipoli pada kurun 18 Masihi dan terjemahan ini telah berjaya
memberi kesan terhadap perkembangan astronomi di Eropah dan sebagai
contoh yang nyata ialah tentang kajian Copernicus terhadap
penghasilan beliau.Antara karangan beliau yang lain ialah Zaiju al
Ralqani yang mengandungi hasil kajian beliau, Syarah Arbauu Maqolat
Li Batlimous, Kitab Ta dil Kawakib dan Kitab Marifatul Matoliu al
Buruj fima Baina Arbai al Falak. Beliau juga mempunyai beberapa
rencana dalam bidang Geografi.Lantaran kehebatan dan kegeniusan
beliau dalam pelbagai bidang ilmu ini menyebabkan beliau turut
digelar Batlimous Arab. Al-Battani yang turut digelar Al Bategnius
memiliki kemampuan yang luar biasa sehinggakan beliau berjaya
menyatukan antara ketelitian kajian dan kemampuan mengembangkan
teori Astronomi. Sesungguhnya jasa dan kehebatan beliau sememang
tidak boleh disangkal lagi..s e l i t j o k e r
Al-Farabi merupakan seorang ahli falsafah islam yang amat
terkenal pada zamannya. Nama sebenarnya ialah Abu Nasr Muhammad
ibnu Muhammad ibnu Tarkhan ibnu Uzlaq Al-Farabi. Beliau dilahirkan
di Transoxia yang terletak dalam wilayah Wasji di Turki pada tahun
874M (260H). Al-Farabi menamatkan pendidikan awalnya di Farab dan
Bukhara. Beliau berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pendidikan
tingginya. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah pimpinan
Ali Abu Bakar Muhammad ibnu Al Sariy. Selepas beberapa waktu,
beliau berpindah ke Damsyik sebelum meneruskan perjalanan ke Halab.
Semasa di sana, beliau telah berkhimat di istana Saif Al-Daulah
dengan gaji 4Dirham sehari. Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah
menjadikan beliau seorang yang sederhana, tidak memandang harta dan
cinta akan dunia. Beliau lebih menumpukan perhatian untuk mencari
ilmu daripada kekayaan duniawi. Walaupun Al-Farabi seorang yang
zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli Sufi. Al-Farabi telah
menghembuskan nafas terakhir pada tahun 950M (339H).Al-Farabi
merupakan seorang ilmuan yang terkenal kerana hasil kerja dan
penulisannya. Beliau berkemampuan menguasai pelbagai bahasa dan
cabang ilmu pengetahuan. Beliau terkemuka dalam bidang falsafah,
logik, dan sosiologi. Beliau turut memiliki ilmu pengetahuan yang
mendalam dalam bidang perubatan, sains, matematik dan sejarah.
Beliau juga seorang pemuzik yang handal. Beliau telah mencipta
peralatan muzik seperti gambus, selain menyumbang kepada ilmu nota
muzik.Sebagai seorang ilmuan, Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan
hasil kerjanya dalam bentuk buku seperti buku Al-musiqa (bidang
muzik), buku Ara ahl Al-madina al Fadila (bidang sosiologi), Fusus
al- Hikam (bidang falsafah) dan buku lain dalam pelbagai bidang
termasuk etika, metafizik, dan perubatan.EPISTEMOLOGI
AL-FARABIAl-Farabi sebagai pemikir falsafah islam banyak
dipengaruhi oleh tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan
Aristotle. Sebagai ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai
`Neoplanonist` yang juga menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan
Aristotle. Kehebatan dalam falsafah menyebabkan beliau digelar
Aristotle kedua. Beliau banyak menulis komentar mengenai falsafah
Aristotle mengenai fizik, meteorologi, logic dan sebagainya.
Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates,
Plato dan Aristotle dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta
konsep kebahagiaan. Beliau juga menulis mengenai ilmu logik Yunani
secara teratur dalam bahasa Arab. Beliau telah memudahkan logik
melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu idea
(takhayyul) dan bukti (thubut).Al-Farabi turut memperlihatkan
kecenderungan menghasilkan beberapa kajian dalam perubatan. Beliau
mengatakan bahawa betapa jantung lebih penting berbanding otak
dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan
kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan
kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh badan. Saya
menyokong pendapat Al-Farabi ini. Sememangnya jantung menjadi nadi
kepada jasad manusia. Jantung memberikan nyawa kepada manusia.
Sebaliknya, otak hanya berfungsi jika jantung masih lagi berdengup
dan berfungsi. Jika jantung terhenti maka terhentilah juga otak
manusia.FALSAFAH AL-FARABIAl-Farabi mendefinisikan falsafah adalah
suatu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang ada
ini. Pendapatnya ini sebagaimana pendapat Plato yang menegaskan
Falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara
disebalik sifat luarannya, iaitu apa sebenarnya menjadi asas dan
intipati pembentukan sesuatu benda atau perkara itu, apa asasnya,
apa esensi, apa zatnya .Al-Farabi sependapat dengan pemikiran Plato
bahawa alam ini baru, yang terjadi dari tidak ada. Idea Plato
tentang alam pula mirip kepada suatu pengertian alam akhirat dalam
dunia islam. Al-Farabi berjaya meletakkan dasar-dasar falsafah ke
dalam ajaran islam. Beliau juga berpendapat bahawa tidak ada
pertentangan antara falsafah Plato dan Aristotle yang berlainan
pemikirannya tetapi hakikatnya mereka bersatu dalam
tujuannya.Pendapat Al-Farabi tentang falsafah ini disokong, yakni
sebagaimana takrifan falsafah dalam bidang kajiannya. Ilmu
pengetahuan yang diperolehi melalui kewujudan ini membawa manusia
kepada kebijaksanaan dan kebenaran. Ini berupaya untuk manusia
mengawal setiap tindak tanduk perlakuannya. Setiap tindak tanduk
yang baik memberikan maanfaat kepada manusia. Maanfaat yang
dihasilkan mampu menjaga hubungan baik antara manusia dengan
manusia, manusia dengan penciptanya, dan manusia dan alam
semesta.FALSAFAH POLITIK AL-FARABIAl-Farabi berpendapat bahawa ilmu
politik adalah ilmu yang meneliti berbagai-bagai bentuk tindakan,
cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan
dapat diteliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat manusia
dapat melakukan seperti itu dan bagaimana yang mengatur memelihara
tindakan dengan cara yang baik dapat diteliti. Kebahagian manusia
diperoleh kerana perbuatan atau tindakan dan cara hidup yang
dijalankan. Bagi Al-Farabi, kebahagian adalah dicapai melalui
pandangan akal dan perbahasan dan bertemu dengan tuhan dalam
hubungan akal.Al-Farabi berpendapat bahawa kebahagian hakiki
(sebenar) tidak mungkin dapat diperoleh sekarang (di dunia ini),
tetapi sesudah kehidupan sekarang iaitu akhirat. Namun sekarang ini
juga ada kebahagian yang nisbi seperti kehormatan, kekayaan, dan
kesenangan yang dapat dilihat dan dijadikan pendoman hidup.
Kebahagiaan sejati sentiasa dengan suatu tindakan yang mulia,
kebajikan dan keutamaan. Maka, untuk menuju ke arah itu melalui
kepimpinan yang tegak dan benar. Kepimpinan tumbuh dari keahlian
dan pembawaan manusia. Hal ini dapat mengarahkan manusia dalam
menegakkan nilai-nilai utama dan tindakan bakal memelihara sebagai
kemantapan keahlian yang disebut pemerintahan dan raja.Al-Farabi
menyatakan bahawa masalah dalam politik dapat dibahagikan kepada
dua iaitu:1. Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan
tindakan yang sedar, cara hidup. Dasar ini dapat dijadikan upaya
untuk memperolehi kebahagiaan. Pemerintahan atas dasar ini disebut
pemerintahan utama, dimana sebagai ciri kota-kota dan bangsa-
bangsanya tunduk terhadap pemerintahan.2. Pemerintahan atas dasar
penegakan terhadap tindakan-tindakan dan watak-watak dan rangka
mencapai sesuatu yang dianggap mendapat suatu kebahagian. Maka,
muncul beraneka ragam bentuk pemerintah. Apabila yang dikejar
adalah kejayaan semata dapat dianggap sebagai pemerintah yang
rendah. Jika mengejar kehormataan, pemerintahan akan bergantung
kepada apa yang menjadi tujuannya.Dipandang dari kemampuan suatu
pemerintahan ilmu politik terbahagi menjadi dua:1. Kemampuan dalam
melahirkan peraturan-peraturan yang bersifat universal2. Kemampuan
yang disebabkan oleh adanya ketekunan dalam aktiviti politik,
dengan harapan boleh menjadi kebijaksanaan Sebagai ringkasan
pemerintahan dapat menjadi baik, jika ada teoritis dan praktis bagi
pengelolaannya. Dalam membicarakan teori politiknya, beliau
berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang
padu.Al-Farabi menjelaskan bahawa roh dan amalan saja tidak akan
mampu untuk mensucikan seseorang dan mengangkatnya ke arah
kesempurnaan tetapi juga memerlukan fikiran dan amalan renungan.
Sebarang percubaan dan usaha untuk memisahkan elemen-elemen ini
akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang
kacau bilau. Oleh itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar
kepada pembinaan sesebuah negara yang kuat, stabil dan
makmur.Meskipun pemikiran falsafah Al-Farabi banyak dipengaruhi
oleh falsafah Yunani tetapi beliau menetang pendapat Plato yang
menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia. Menurutnya,
seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada
sains dan politik. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk
menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna. Tanpa sains, seorang
ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk
diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang
ahli falsafah tidak akan merasai perbezaan diantaranya dengan
pemerintah yang tertinggi kerana kedua-duanya merupakan komponen
yang saling melengkapi. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-segalanya dan
para ilmuan harus diletakkan pada kedudukan dalam pemerintahan
sesebuah negara.Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai
persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan
golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam
sistem sosial sesebuah negara. Pemikiran, idea dan pandangan
Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang
berjudul Madinah al-Fadhilah. Perbicaraan mengenai ilmu falsafah
zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristotle telah disentuh
dalam karya Ihsa al-Ulum dan kitab al-Jam.KESIMPULANSesungguhnya
Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang sangat ulung dan
ilmuwan yang hebat. Banyak pemikirannya masih relevan dengan
perkembangan kehidupan manusia hari ini. Pemikirannya mengenai
politik dan negara banyak dikaji sebagai panduan dalam pentadbiran
dan pemerintahan. Selain itu hasil kerja dan penulisannya masih
lagi digunakan dan menjadi rujukan di pusat-pusat pembelajaran dan
institusi pendidikan. Sumbangan Al-Farabi memberikan pengaruh besar
dalam bidang sains, falsafah, dan ilmu pengetahuan berkurun
lamanya.Siapa sebenarnya AL-FARABI? Apa sumbangannya terhadap
tamadun islam dan dunia? teruskan membacaAL-FARABI atau nama
penuhnya Abu Nasr Mohammad Ibn Al Farakh al-Farabi dilahirkan di
sebuah kampung kecil yang dinamakan Wasij berdekatan Farab di
Turkistan pada tahun 870. Beliau merupakan seorang lagi saintis
terkemuka Islam dan termashyur kerana hasil kerja dan penulisannya
terutamanya dalam bidang falsafah, logik dan sosiologi.Ilmu
pengetahuan yang dimilikinya tidak terhad kepada tiga bidang itu
sahaja kerana beliau juga banyak memberikan sumbangan dalam
bidang-bidang lain meliputi sains, perubatan, matematik dan
muzik.Sebagai seorang ahli falsafah, beliau dikelaskan sebagai
`Neoplanonist yang cuba menggabungkan falsafah pemikiran Plato dan
Aristotle.Selain buku-buku tulisan sendiri, beliau banyak menulis
komentar mengenai falsafah Aristotle mengenai fizik, meteorologi,
logik dan sebagainya.Kehebatannya dalam bidang falsafah menyebabkan
beliau digelar guru kedua (al-Mouallim al-Thani) iaitu selepas guru
pertama dalam bidang falasafah iaitu Aristotle.Al-Farabi menamatkan
pendidikan awalnya di Farab dan Bukhara, tetapi selepas itu dia
berhijrah ke Baghdad untuk meneruskan pendidikan tingginya. Di
sinilah beliau belajar dan bekerja iaitu dari tahun 901 hingga 942.
Sepanjang tempoh ini beliau berjaya menguasai beberapa jenis bahasa
dan juga pelbagai cabang ilmu pengetahuan dan teknologi. Sebagai
seorang ahli falsafah dan saintis, beliau menguasai pelbagai cabang
ilmu pengetahuan.Beliau juga terkenal kerana kemampuannya menguasai
pelbagai jenis bahasa.Beliau banyak mengembara dan membuat kajian
terutamanya di Damsyik dan Mesir. Salah satu daripada sumbangan
utama Farabi ialah membuat kajian mengenai logik dengan
memudahkannya melalui cara membahagikan kepada dua kategori iaitu
idea (Takhayyul) dan bukti (Thubut).Dalam bidang sosiologi, beliau
menulis buku bertajuk Ara Ahl al-Madina al-Fadila yang merupakan
sebuah buku yang terkenal. Beliau juga menulis buku mengenai muzik
yang dikenali sebagai Kita al-Musiqa.Tumpuan Al-Farabi bukan sahaja
dalam bidang falsafah dan sosiologi semata-mata.Sebaliknya, beliau
merupakan pakar dalam kesenian dan sains muzik. Sangat menakjubkan
apabila Al-Farabi juga telah merekacipta beberapa peralatan muzik,
selain menyumbang kepada ilmu notamuzik.Dalambidang fizik pula,
beliau menunjukkan kewujudan konsep kekosongan.
Kitab Fusus Al-Hikam - Karangan Al-FarabiSebagai seorang ilmuan,
Al-Farabi banyak mencurahkan ilmu dan hasil kerjayanya dalam bentuk
buku.Sayangnya, banyak buku-buku tersebut telah hilang. Hanya 117
buah buku hasil tulisan Al-Farabi yang dapat dikenal pasti.
Daripada jumlah itu, 43 buah adalah buku mengenai logik, 11 buah
(metafizik), tujuh buah (etika), tujuh buah (sains politik), 17
buah (muzik, perubatan dan sosiologi) manakala 11 buah lagi adalah
dalam bentuk komentar.Beberapa buah bukunya termasuk Fusus al-Hikam
telah menjadi buku teks falsafah selama berkurun lamanya di
pusat-pusat pembelajaran dan sehingga kini masih digunakan di
beberapa buah isntitusi di Timur. Sumbangan Farabi memberikan
pengaruh besar dalam bidang sains dan ilmu pengetahuan selama
berkurun lamanya.
Al-Razi
Karyanya menjadi rujukan dunia Eropah.Al-Razi merupakan seorang
tokoh falsafah Islam yang banyak menimbulkankontroversi dalam
bidang ilmu falsafah. Sikap dan pemikirannya dikatakan cenderung
kepada pemikiran dan teori ahli falsafah Yunani kuno seperti Plato.
Oleh sebab itu, ramai dalam kalangan ahli falsafah muslim yang
mengecamnya, mereka tidak setuju dengan sebahagian pendapatnya yang
pro-platonisme.
Walau bagaimanapun, al-Razi tetap diletakkan dalam senarai ahli
falsafah muslim yang terkemuka sehingga ke hari ini. Sumbangannya
yang besar dalam bidang perubatan dan kimia sangat berharga kepada
generasi selepasnya. Manakala dalam bidang falsafah, al-Razi
memberi sumbangan besar dalam menghuraikan falsafah logik,
metafizik, moral, dan kenabian dengan cara rasional dan harmoni.
Oleh sebab itulah al-Razi terkenal sebagai seorang ahli falsafah
yang rasional dan murni.Al-Razi atau nama sebenarnya Abu Bakar
Muhammad bin Zakaria al-Razi, lahir pada tahun 236H bersamaan 850M.
Sesetengah pendapat mengatakan yang beliau lahir pada 1 Sya'ban
251H bersamaan 865M. Beliau anak kelahiran bum! Iran iaitu di Ray
dekat Tehran merupakan seorang tokoh falsafah yang masyhur pada
kurun ke-3 Hijrah.Beliau pada zaman mudanya menjadi pemain gambus
(rebab, rebana) sambil menyanyi, kemudian dia meninggalkan
pekerjaan itu dan mempelajari bidang perubatan dan falsafah. Beliau
belajar ilmu kedoktoran dengan Ali ibn Rabban al-Thabari (192 -
240H bersamaan 808-855M) dan belajar ilmu falsafah dengan
al-Balkhi. Dalam masa yang sama beliau juga belajar matematik,
astronomi, sastera, dan kimia.Semasa Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn
Asad menjadi Gabenor Ray, al-Razi diberi kepercayaan memimpin rumah
sakit (hospital) selama enam tahun (290-296H bersamaan 902 - 908M).
Pada masa ini juga al-Razi menulis buku al-Thibb al-Mansuri yang
dipersembahkan kepada Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad. Kemudian al-Razi
berpindah ke Baghdad atas permintaan Khalifah al-Muktafi (289 -
295H bersamaan 901 - 908M), yang berkuasa pada waktu itu.Dalam
menjalankan kerjaya kedoktoran, beliau dikenal sebagai seorang yang
pemurah, sayang kepada pesakit-pesakitnya, dermawan kepada
orang-orang miskin dan memberi rawatan kepada mereka secara
percuma. Hitti menyifatkan al-Razi sebagai seorang doktor yang
paling agung dalam kalangan doktor Muslim dan juga seorang penulis
yang produktif.Kemasyhuran al-Razi sebagai doktor bukan sahaja di
dunia timur, tetapi juga di barat; sehinggakan beliau telah digelar
The Arabic Galen. Setelah Khalifah al-Muktafi wafat, al-Razi
kembali ke Ray, dan meninggal dunia pada 5 Syaaban 313H (Oktober
925M).Para sarjana berpendapat bahawa al-Razi mengalami sakit mata
dan kemudiannya buta pada penghujung hayat-nya. Al-Razi menderita
akibat ketekunannya menulis dan membaca yang terlalu banyak.Dalam
dunia keilmuan, tradisi pro dan kontra tidak pernah luput sejak
zaman dahulu bahkan sehinggalah ke hari ini. Demikianlah pada zaman
al-Razi, beliau tidak terlepas daripada ditentang oleh para ilmuwan
sezamannya.Penentang al-Razi yang dapat dikenal pasti oleh para
sarjana dan ilmuwan Islam ialah Abu Qasim al-Balkhi. Beliau banyak
menulis penolakan terhadap buku-buku al-Razi, terutama buku 'Ilm
al'Ilahi. Begitu juga dengan Syuhaid ibn al-Husain al-Balkhi,
beliau mempunyai banyak perbezaan dengannya al-Razi terutama
tentang teori kesenangan. Teorinya tentang kesenangan itudijelaskan
dalam kitabnya Tafdhil Ladzdzat al-Na^s, yang ditulis kembali oleh
Abu Sulaiman al-Mantiqi al-Sajistani dalam Siwan
al-Hikmah.Karya-karya dan sumbanganAl-Razi merupakan antara tokoh
yang produktif dalam lapangan penulisan. Hal ini terbukti dengan
banyak hasil karya beliau ditemui termasuk yang telah hilang. Tidak
kurang daripada 200 buah karangan termasuk buku, makalah, dan
surat-surat telah dihasilkan oleh al-Razi dicatatkan para pengkaji.
Karya-karya beliau banyak membincangkan persoalan falsafah,
perubatan, sains, ketuhanan, al-Quran, ilmu kalam, bahasa Arab,
fiqh dan usul fiqh, geometri, dan sejarah.Kemasyhuran al-Razi bukan
sahaja menjadi kebanggaan kepada dunia Islam malah ketokohan dan
kepakaran beliau turut diakui oleh dunia barat. Hal ini terbukti
dengan banyak karya-karya beliau telah menjadi rujukan dan panduan
dunia barat terutamanya dalam bidang perubatan. Sehingga kini
karya-karya al-Razi masih diguna.Kitab al-Hawi (Liber Contines)
merupakan sebuah ensiklopedia amalan perubatan terapeutik yang
dihasilkan olehnya menjadi rujukan dunia Eropah. Minat yang
mendalam dunia Eropah kepada karya agung yang seberat 10kg ini
terbukti dengan penerbitannya beberapa kali sejak abad ke-12M lagi
sehingga abad ke-17M.Penemuan al-Razi berkenaan sakit campak cacar
tulen (smallpox) dan campak biasa (measal) turut menjadi bahan
rujukan perubatan di dunia Barat malah turut diulangi penerbitannya
beberapa kali sehingga abad ke-18M. Kedua-dua karya ini juga
merupakan sumber kurikulum tradisional di kalangan para pengamal
perubatan Islam.Kitab al-Mansur (Liber medicinalis ad al Mansorem)
juga karya agung al-Razi dalam dunia perubatan. Al-Razi telah
menghasilkan buku ini ketika beliau di Khurasan di bawah
pemerintahan Gabenor al-Mansur Ibnu Ishaq. Dalam buku ini
terkandung 10 penemuan berkaitan tentang amalan sent dan sains
perubatan. Buku ini dianggap satu karya beliau yang tulen dan
mencerminkan kematangan dan kepakaran beliau dalam amalan perubatan
moden.Dalam buku ini juga beliau menekankan betapa pentingnya cara
pemeriksaan yang teliti sebelum membuat sesuatu kesimpulan tentang
sesuatu penyakit. Satu falsafah yang terpenting dalam karya al-Razi
ini ialah kebenaran dalam ilmu perubatan merupakan suatu yang amat
sukar diperoleh dan walaupun banyak tersedia rujukan namun kurang
juga nilainya sekiranya dibandingkan dengan amalan seorang doktor
yang sentiasa menggunakan kuasa pemikiran dan logiknya.Al-Razi
menentang sekeras-kerasnya amalan penipuan dan penyelewengan dalam
amalan perubatan. Padanya penyakit jasmani tidak boleh dipisahkan
dengan penyakit rohani. Oleh sebab itu, dalam merawatnya kedua-dua
pendekatan iaitu rohani dan jasmani terus digemblengkan.Al-Razi
turut memberi sumbangan yang besar dalam bidang kimia dengan
terhasilnya Kitab al-Asrar (The Book of Secrets). Buku ini telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan merupakan sumber utama
maklumat bahan kimia sehingga abad ke-14M. Antara lain kejayaan
al-Razi dalam dunia perubatan ialah penemuan rawatan kepada
penyakit cacar dan pengasingan alkohol dalam penghasilan
antiseptik.Sumbangan al-Razi dalam bidang falsafah tidak kurang
hebatnya, dengan terhasilnya banyak karya tentang falsafah sudah
cukup untuk membuktikan minat yang mendalam al-Razi dalam bidang
falsafah. Karya beliau dalam bidang falsafah yang berjudul Al'Thib
al-Ruhani merupakan karya teragung beliau dalam bidang falsafah.
Karya ini berkisar tentang cara pengubatan penyakit jiwa dan
pengubatan fizik yang menyembuhkan tubuh badan.Antara karya utama
yang membincangkan persoalan falsafah ialah al-Sirah
al'Falsafiyyah, Amarah al-lqbal aI'Dawlah, Kitab al-Ladzdzah, Kitab
al-llmi al-Ilahi, Maqalah fi ma baid al'Thabiiyah, dan al-Syukuk
'ala Proclus.Alt Sami al-Nasysyar telah mengesan sebanyak 97 buah
buku yang telah dihasilkan oleh al-Razi yang merangkumi
bidang-bidang al-Quran (tafsir) lima buah, Ilmu kalam 40 buah,
Falsafah 26 buah, Bahasa Arab tujuh buah, Fiqh dan Usul Fiqh lima
buah, Perubatan tujuh buah, Geometri lima buah, dan Sejarah dua
buah.Brockelman seorang pengkaji biografi orientalis pula
membahagikan penulisan tokoh ini kepada 13 bidang dengan hanya
menemui 38 buah karya sahaja, antaranya History dua buah, Fiqh tiga
buah, Quran tiga buah, Dogmatics 13 buah, Philosophy lapan buah,
Astrology satu buah, Cheiromancy satu buah, Rhetoric satu buah,
Encyclopedia satu buah, Medicine satu buah, Physionomy dua buah,
Alchemy satu buah, dan Mineralogy satu buah.
Nama sebenar beliau ialah Sinanuddin Yusuf bin Abdullah. Beliau
telah dilahirkan di kampung Agirnes, berdekatan dengan Qaysariyyah
di Anatolia pada 15 April 1489. Ibu bapanya berketurunan Yunani
Kristian atau Armenia. beliau merupakan seorang tukang kayu atau
bina. Sinan juga mempunyai anak murid sendiri seperti Daud Aga,
Ahmad Aga, Kamal al-Din, Yatim Baba Ali dan Yusuf. Beliau meninggal
dunia pada 17 Julai 1578 ketika usianya hampir 100 tahun.
Pendidikan terawal Sinan adalah menerusi penyertaannya dalam The
School of The Acemi Oglanlar (kadet) di Istanbul, kemudian
berkhidmat sebagai jurutera tentera janissary dalam ekspedisi
Belgrade (1521M) dan ekspedisi Rhodes (1522M). Melalui keberanian
yang ditonjolkan dalam kedua ekspedisi ini, beliau dianugerahkan
jawatan sebagai zenberekdji bashi (chief firework-operator) atau
ketua operasi kejuruteraan.Antara peperangan atau ekspedisi
ketenteraan lain yang disertai beliau ialah Mohacs (1526M), Jerman
(1529M), Baghdad dan Basrah (1534M).
Sepanjang penglibatan beliau dalam seni bina Islam, sebanyak 477
buah monumen telah dibina di seluruh empayar Uthmaniyah. 336 buah
monumen dibina di Istanbul dan kawasan sekitarnya. 141 buah monumen
bertaburan di seluruh pelosok empayar termasuklan Greece, Bulgaria,
Hungary, Makkah, Madinah, Jerusalem, Damsyiq, Aleppo, Basrah dan
Baghdad.
Monumen-monumen tersebut dibine berdasarkan kategori-kategori
seperti berikut:
- masjid jami' (cami)- masjid (mescit)- sekolah (medrese)- kolej
menengah dan rendah- ma'ahad tahfiz (darul qura)- istana (saray)-
makam dan batu nisan; kawasan perkuburan sultan (turbe, kumbed)-
hospital (dar us-syifa', timarhane)- saluran air (sukemeri)-
jambatan (koprii)- restoran (imaret)- gudang (han)- rumah rehat
(caravanserais, tabhane)- tempat permandian awam (hammam)
Binaan pertama yang didirikan Sinan ialah pembinaan jambatan
untuk Coban Mustafa Pasha (1528-1529M) di Svilengrad, Bulgaria.
Masjid pertama yang dibina beliau ialah Uc Baz Mescit (1530-1531M)
di Istanbul. Menurut O'Kane, terdapat tiga projek mega Sinan iaitu
masjid sehzade; diklasifikasikan sebagai hasil kerja seorang
perantis. Kedua ialah masjid Suleyman; hasil unik seorang
penjelajah yang mencapai tahap kematangan. Ketiga, masjid Selimiye;
hasil seni bina agung oleh seorang arkitek genius. Sinan
sememangnya mempunyai kepakaran dalam konsep the Organisation of
space and dome construction.
MASJID SULAIMAN
General view of the interior, filled with light
The breathtaking interior of Suleiman Mosque
Exterior view of Suleimaniye Mosque
MASJID SEHZADE
MASJID SELIMIYE
Kesimpulannya, seni bina Uthmaniyyah mencapai tahap kematanganya
apabila Sinan berjaya membina monumen 'empayar' yang dianggap
sebagai masterpiecenya yang terakhir iaitu masjid Selimiye. Ramai
arkitek Uthmaniyyah selepasnya mengadaptasi gaya Sinan dalam rekaan
monumen mereka. Ketokohan Sinan terserlah melalui kemampuannya
menyiapkan keseluruhan projek monumen dawlah dalam masa yang begitu
singkat.