Page 1
1
1.0 PENGENALAN
Sultan Muhammad II atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad al-Fateh merupakan
salah seorang pejuang Islam. Beliau merupakan seorang pemerintah yang menerajui umat
Islam melalui Empayar Uthmaniah yang berpusat di Turki. Beliau juga merupakan salah
seorang pemerintah yang seangkatan dengan Salahuddin al-Ayubi dan Sultan Saifuddin
Muzaffar al-Qutuz. Gelaran al-Fateh yang digunakan oleh Sultan Muhammad II
membawa maksud kemenangan beliau menakluki Konstantinopel yang dikenali sebagai
Istanbul pada 20 Jamadil Akhir tahun 857 Hijrah bersamaan 29 Mei 1435 Masihi
(Abd.Latip, 2010: 5).
Kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh telah dinyatakan oleh baginda Rasulullah
s.a.w di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad.
تفتحن القسطنطينية، ولنعم األمير أميرها، ولنعم الجيش
ذلك الجيش
Maksudnya:
“Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya adalah
sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah pemerintahannya adalah
sebaik-baik pasukan”(Rujukan hadis Imam Ahmad bin Hanbal al-Musnad 4/335).
Berdasarkan daripada maklumat yang diperolehi, penaklukan Kota Konstantinopel
yang sangat terkenal dengan keutuhan tembok berlapisnya telah lama dimulakan
semenjak zaman sahabat baginda Rasulullah s.a.w iaitu Saidina Ali pada tahun 34 Hijrah
diikuti oleh Muawiyah bin Abi Sufian pada tahun 84 Hijrah. Manakala, Sultan Sulaiman
pada tahun 91 Hijrah, Khalifah Harun al-Rasyid pada tahun 165 Hijrah dan Sultan
Beyazid pada tahun 1391,1397 serta 1400 tetapi kesemua usaha-usaha yang dijalankan
menemui kegagalan (Enan, 1939: 33).
Page 2
2
Tujuan usaha penaklukan yang dilakukan oleh golongan selepas daripada baginda
adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah kerana Kota Konstantinopel
merupakan kota daripada tujuh bukit. Hal ini menjadi kelebihan kepada kota tersebut
kerana mendapat perlindungan semula jadi daripada kedudukan di celah bukit. Selain itu,
bentuk Kota Konstantinopel yang unik kerana mempunyai bentuk tiga segi di samping
dua per tiga sempadan kota ini adalah laut. Kota Kostantinopel juga mempunyai
kedudukan yang sangat istimewa kerana dua bahagiannya menghadap ke laut iaitu Selat
Bosphorus dan Laut Marmara. Ini secara tidak langsung, menjadi perlindungan
semulajadi kepada Kota Konstantinopel. Selain itu, terdapat juga parit besar yang
berukuran 10 meter dan keluasan selebar 60 meter mengelilinginya malah terdapat
tembok pada bahagian luar setinggi 25 kaki dan setebal 10 meter. Bahagian dalam pula
40 kaki tinggi dan 15 meter tebal. Kekukuhan di bahagian laut pula tidak kurang hebatnya
kerana terdapat rintangan rantai besi sebesar pemeluk yang mempunyai 300-400 mata
rantai dan di jaga rapi oleh 25 buah kapal. Maharaja Konstantinople juga turut
mengarahkan seluruh jambatan menghala ke Konstantinople dibakar dan semua pintu
masuknya ditutup.
Oleh yang demikian, kejayaan menakluki Konstantinopel memerlukan seorang
pemimpin yang mempunyai keterampilan dalam pelbagai aspek. Ini menunjukkan
bahawa ciri-ciri kepimpinan yang dibawa oleh Sultan Muhammad al-Fateh merupakan
ciri-ciri kepimpinan yang di maksudkan oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w walaupun
Baginda Nabi s.a.w tidak menyatakan siapa yang akan membawa kejayaan menakluki
Kota Konstantinopel. Walaupun terdapat beberapa siri kegagalan yang dihadapi sebelum
kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh menakluki Kota Konstantinopel, ianya tidak
menunjukkan mereka tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang di maksudkan oleh
Baginda Rasulullah s.a.w.
Page 3
3
2.0 RIWAYAT HIDUP SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH
Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 27 rejab 833 Hijrah bersamaan 20 April 1429
Masihi di Edirne iaitu ibu kota kerajaan Uthmaniah. Beliau merupakan anak kepada
Sultan Murad II. Sultan Muhammad al-Fateh merupakan seorang pemimpin kerajaan
Uthmaniah yang ketujuh dan perlantikan beliau adalah melalui majlis ‘ahl al-hil al ‘aqd
pada 16 Muharram 855 Hijrah bersamaan 18 Febuari 1451 Masihi. Selepas
pelantikannya, beliau telah memerintah kerajaan Uthmaniyah selama 30 tahun dan
sepanjang pemerintahannya beliau telah membuat kebaikan dan mengangkat kemuliaan
umat Islam ( Abd.Salam, 1984: 30-31 & Ab.Hamid 2011: 85).
2.1 Zaman Kanak-kanak
Ibu bapa Sultan Muhammad al-Fateh sangat mementingkan pendidikan yang
seimbang di antara pendidikan fizikal dan mental terhadap beliau. Selain itu,
beliau dididik untuk hidup dalam keadaan sederhana dan dibiarkan berkawan
dengan rakan-rakan yang sebaya dengannya akan tetapi Sultan Muhammad al-
Fateh pada peringkat awal kanak-kanaknya lebih suka bermain daripada menuntut
ilmu.
Pada usia lima tahun beliau telah dipukul oleh Syeikh al-Kurani dan
akhirnya beliau berazam untuk belajar bersungguh-sungguh. Ayat al-Quran
pertama yang beliau hafaz ialah surah al- Fatihah serta beberapa surah pendek
yang lain. Di samping itu, Sultan Muhammad al-Fateh telah menguasai pelbagai
cabang ilmu seperti agama, politik, strategi dan teknik pertempuran dan lain-lain.
Beliau juga berkebolehan bertutur serta memahami dengan baik dalam tujuh
bahasa iaitu bahasa Arab, Turki, Greek, Hebrew, Parsi, Latin dan Serbia. Beliau
juga terkenal sebagai seorang yang hebat, gigih, cergas, kuat hafalan, menguasai
ilmu Nahu dan Balaghah serta mahir dalam bidang Fiqh (Abd. Salam, 1948: 33).
Oleh yang demikian, Sultan Muhammad al-Fateh muncul sebagai seorang
yang alim dan faqih sehingga diberi pengiktirafan yang tinggi oleh para ulama
Page 4
4
pada zamannya sehingga beliau di gelar sebagai Abu Hanifah pada zamannya
kerana kelebihan yang terdapat pada diri beliau (Abd. Hamid, 2010: 86).
2.2 Zaman Remaja
Pada peringkat awal remaja, Sultan Muhammad al-Fateh telah dihantar oleh
bapanya Sultan Murad II ke Adrionaple sebagai gabenor bagi pemerintahan
Uthmaniayyah setelah kerajaan Uthmaniah mencapai kemenangan dalam satu
peperangan dengan Eropah di Varna pada 19 Rajab 848H bersamaan dengan 10
November 1444 Masihi. Tujuan Sultan Murad II menghantar Sultan Muhammad
al-Fateh ke sana adalah untuk memberi pendedahan kepada beliau supaya
mengetahui selok-belok pemerintahan sesebuah negara. Kemudian, beliau telah
dihantar ke Manisa bagi menyelesaikan masalah pemberontakan dalaman yang
dicetuskan oleh tentera Jenisseri. Pemerintahan di bawah Sultan Muhammad al-
Fateh dibantu oleh dua orang menteri bagi memberikan tunjuk ajar, dorongan,
semangat untuk menawan Kota Konstantinopel.
Pada tahun 854H/1450M Sultan Muhammad al-Fateh telah berkahwin
dengan puteri Sulayman Bay iaitu gabenor dalam kerajaan Dhu al-Ghadir . Majlis
perkahwinan tersebut telah berjalan dengan begitu meriah. Namun, kegembiraan
itu tidak lama apabila ayahandanya iaitu Sultan Murad II telah mangkat. Ketika
usia sultan Muhammad al- Fateh 22 tahun, beliau telah ditabalkan dan
diisytiharkan menjadi Sultan Uthmaniah pada 16 muharram 885H/18 Februari
1451H. Selain itu, beliau banyak menghabiskan masanya mengkaji sejarah
pembukaan dan kepahlawanan duhulu kala yang antaranya kehidupan raja-raja
silam seperti Augustus, Constantine, Theodeosius (I) serta mengagumi
kepimpinan Raja Iskandar Agung. Oleh yang demikian, ketika awal
pemerintahannya beliau telah berjaya menguasai Kaffa, Crimea, Moldavia, Crotia.
Baginda juga sentiasa memikirkan dan mengkaji strategi peperangan yang
paling berkesan untuk menawan Kota Konstantinopel. Masa beliau banyak
dihabiskan dengan mempelajari teknik peperangan, mengkaji kelemahan dan
kelebihan Kota Konstantinopel, menambahkan ilmu pengetahuan, menyemai dan
Page 5
5
menanamkan semangat jihad dalam kalangan tentera dan melakukan persiapan
yang teliti serta rapi bagi membebaskan Kota Konstantinopel (Ab.Hamid, 2011:
86 -87 & Abdul Latip 2010:31).
2.3 Kemangkatan
Sultan Muhammad al-Fateh berada di puncak kegemilangan selepas berjaya
menawan Kota Konstantinopel. Baginda meluaskan pemerintahan Kerajaan
Uthmaniah hingga meliputi 40 buah negara termasuk negara Eropah Timur seperti
Bulgaria, Yugoslavia, Czecholoslovakia, Poland dan negara-negara arab termasuk
Mesir, Hijaz, Yaman, Iraq, Palestin, Tunisia, Maghiribi dan Libya (Abdul Latip,
2008: 315).
Namun, setiap yang hidup pasti akan menemui saat kematian. Sultan
Muhammad al-Fateh telah meninggal dunia pada bulan Mei 1481M/4 Rabiulawal
886H ketika berusia 52 tahun. Beliau dikatakan telah di racun menurut doktor
peribadi baginda iaitu Yakop Pasya Sultan Muhammad al –Fateh dimakamkan di
masjid Faith, sekitar tanduk emas di Istanbul atau Konstantinopel (Abdul Latip,
2010: 326 & Ab.Hamid 2011: 91).
3.0 SUMBANGAN DALAM DUNIA ISLAM
Sultan Muhammad al-Fateh merupakan seorang pemimpin yang mempunyai kehebatan
dan keistimewaan tersendiri selain merupakan seorang yang sangat bijaksana. Oleh yang
demikian, dalam pemerintahan beliau terdapat beberapa sumbangan yang menjadikan
pemerintahan di bawah beliau semakin teguh dalam aspek politik, ekonomi, pentadbiran,
pendidikan, perundangan dan ketenteraan.
3.1 Penaklukan Kota Konstantinopel
Penaklukan Kota Konstantinopel merupakan sumbangan terbesar Sultan
Muhammad al-Fateh di dalam dunia Islam. Hal ini adalah kerana Konstantinopel
merupakan sebuah kota yang menjadi kebanggaan kerajaan Rom kerana
Page 6
6
kedudukannya yang strategik antara Eropah dan Asia di samping mempunyai
pertahanan tembok yang sangat kuat. Kehebatan Kota Konstantinopel tidak dapat
di sangkal lagi sehinggga Napoleon Bonaparte pernah berkata, “sekiranya aku
menguasai Konstantinopel maka mudahlah aku menguasai dunia”. Ekoran
daripada kedudukannya yang strategik serta menjadi tumpuan pedagang, ia
menjadi rebutan kebanyakan negara untuk menaklukinya termasuklah negara-
negara Islam.
Selama 800 tahun umat Islam berjuang untuk cuba menakluk kota ini,
akhirnya ia dibuktikan dengan kejayaan Sultan Muhammad Al Fateh berhasil
menakluknya pada waktu pagi 30 Mei 1453. Selepas 53 hari pertempuran dan
menyebabkan ramai yang syahid, akhirnya Kota Konstantinopel menjadi milik
orang Islam. Hal ini adalah kerana berkat kesungguhan tentera-tentera Islam yang
berpegang teguh dengan ajaran Islam di samping pemimpin yang taat dan patuh
pada perintah Allah yang mempunyai ketajaman akal dalam segenap aspek (Abdul
Latip, 2012 :283).
Tempoh pertempuran selama 53 hari bukanlah suatu perkara yang mudah
bagi tentera-tentera umat Islam. Ini kerana banyak nyawa, harta dan masa yang
perlu dikorbankan demi mencari redha Ilahi serta mencapai matlamat Nabi
Muhammad s.a.w. Dalam usaha penaklukan Kota Konstantinopel berdasarkan
kajian sejarah, menunjukkan seramai 250000 tentera Islam yang terlibat telah
gugur syahid. Ketika peperangan ini berlangsung, pelbagai perkara yang tidak
terjangkau oleh akal manusia pada zaman ini terjadi antaranya ialah penciptaan
menara bergerak dan juga pengalihan kapal melalui jalan darat. Semua ini adalah
anugerah yang diberikan oleh Allah kepada hamba-Nya yang patuh dan taat
(Muhammad Syaari, 2011:27).
Maka terbuktilah janji Allah bahawa Allah akan menolong orang-orang
yang berjuang dijalan-Nya berdasarkan al-Qur’an surah al-Fath ayat 1-3:
Page 7
7
Maksudnya:
Dan dengan sebabnya Allah memberikanmu pertolongan (untuk mencapai
kejayaan) Dengan sepenuh-penuh dan sehandal-handal pertolongan (yang tidak
ada bandingannya).
3.2 Aspek Keagamaan
Selain daripada sumbangan terbesar Sultan Muhammad al-Fateh iaitu penaklukan
Kota Konstantinopel, sumbangan beliau yang lain dapat di lihat dalam aspek
keagamaan. Sumbangan dalam aspek keagamaan dilihat apabila sultan
Muhammad al-Fateh mewujudkan dasar keadilan dan toleransi agama di bawah
pemerintahannya. Dasar ini bertujuan bagi meneruskan kesinambungan warisan
peradaban-peradaban Greek, Rom dan Byzantine yang menjadi tanggungjawab
beliau (Ab.Hamid, 2011: 135).
Polisi pemerintahan Sultan Muhammad al-Fateh di bawah dasar keadilan
dan toleransi agama ialah mewujudkan pengampunan, melaksanakan perdamaian
dalam kalangan penduduknya serta memberikan layanan yang sama rata dengan
penuh rasa hormat walaupun perbezaan dari segi agama yang dianuti oleh
rakyatnya. Selain itu, Sultan Muhammad al-Fateh telah memerintahkan kepada
para tenteranya supaya memberikan layanan yang baik terhadap tawanan perang
bahkan Sultan Muhammad al-Fateh sendiri telah menebus sejumlah tawanan
perang yang kebanyakannya dari kalangan bangsawan yang berasal dari Greek
dan para pemimpin agama Kristian dengan menggunakan hartanya sendiri
(Abd.Salam, 1948: 141).
Dasar polisi Sultan Muhammad al-Fateh juga ialah memberi peluang
kepada penganut Kristian Ortodoks yang melarikan diri supaya kembali semula ke
Istanbul dan memberikan perlindungan sepenuhnya kepada agama tersebut. Di
samping itu, beliau memberikan kuasa civil kepada Patriach Gennadius Scholarius
sebagai autoriti keagamaan kepada penduduk Konstantinopel bagi menguruskan
urusan penganut Yahudi selain memberikan kedudukan yang sama dengan
Page 8
8
menteri-menteri kepada Patriach Gennadius Scholarius sendiri dalam kerajaan
Sultan Muhammad al-Fateh (Anon, 2009: 39).
Berdasarkan bebarapa polisi yang telah dibuat menunjukkan bahawa
Sultan Muhammad al-Fateh tidak berlaku zalim dengan penganut daripada agama
selain daripada Islam. Hal ini dapat di lihat dalam sejarah Sultan Muhammad al-
Fateh sendiri memberikan sokongan ke atas pembaikpulihan gereja-gereja,
walaupun gereja utama iaitu Aya Sophea telah dijadikan masjid. Polisi tersebut
juga dapat menghakis perasaan takut penganut Kristian terhadap pemerintahan
Islam. Bahkan, mereka kagum dengan polisi yang telah dibuat oleh Sultan
Muhammad al-Fateh (A.H.M Jones, 1962: 194-199).
Oleh hal demikian, apabila pelaksanaan polisi daripada dasar keadilan dan
toleransi agama terlaksana, perspektif masyarakat yang bukan beragama Islam
terhadap pemerintahan umat Islam berubah secara keseluruhan bahkan mereka
sangat kagum dengan sistem keadilan yang di jalankan oleh Sultan Muhammad
al-Fateh.
3.3 Aspek ekonomi
Sumbangan Sultan Muhammad al-Fateh juga dapat dilihat dalam aspek ekonomi. Hal
ini adalah kerana semasa pemerintahannya, beliau telah melakukan beberapa
perubahan sebagai usaha untuk mengukuhkan tampuk pemerintahannya. Oleh yang
demikian, beliau telah merangka beberapa dasar ekonomi yang dapat membantu
menjana ekonomi negara.
Dasar pertama yang telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah
dasar kewangan atau monetary policy yang bermaksud penghasilan pencetakan wang
baru sebagai simbol kekuatan bagi kerajaan yang berautoriti. Walaubagaimanapun,
pada peringkat awal, dasar yang telah di buat oleh Sultan Muhammad al-Fateh ini
mendapat tentangan daripada beberapa pihak terutamanya saudagar-saudagar yang
menjalankan perniagaan di Kota Konstantinopel kerana telah mengubah standard of
silver led yang telah diguna pakai sebelum ini. Akan tetapi tujuan utama dasar
Page 9
9
kewangan yang di buat oleh Sultan Muhamamd al-Fateh adalah mengambil kira kesan
jangka panjang di samping untuk membina kedaulatan kesatuan politik serantau yang
stabil serta memiliki sistem mata wang sendiri dalam setiap urusan ekonomi. Hal ini
secara tidak langsung meletakkan tampuk pemeritahan Sultan Muhammad al-Fateh
sebagai satu pemegang kuasa ekonomi terulung.
Di samping itu juga di dalam aspek ekonomi, Sultan Muhammad al-Fateh telah
merangka satu dasar lain iaitu dasar monopoli. Tujuan dasar ini di buat adalah untuk
menghalang penguasaan individu terhadap produk barangan keperluan utama negara
seperti garam gandum dan sebagainya. Kesan daripada perlaksanaan dasar monopoli
ini telah mengurangkan sumber pendapatan individu yang berlebihan pada ketika itu
serta secara tidak langsung menyumbangkan pendapatan yang banyak kepada negara
bagi tujuan-tujuan berfaedah yang dapat di manfaatkan seluruh masyarakat di bawah
tampuk pemerintahannya.
Dasar ketiga yang telah dilaksanakan oleh Sultan Muhammad al-Fateh di dalam
aspek ekonomi ialah beliau telah menguatkuasakan undang-undang wakaf dan harta
persendirian. Tujuan pelaksanaan dasar ketiga ini adalah untuk mengehadkan
pemilikan harta bagi setiap individu. Hal ini kerana sebelum pemerintahan Sultan
Muhammad al-Fateh setiap warga negara boleh memiliki harta pemilikan tanpa had
yang akan memberikan kesan kepada negara dan individu lain. Walaupun pada
peringkat awal perlaksanaan dasar ini mendapat tentangan daripada masyarakat, akan
tetapi ia diterima pakai setelah memberi kesan yang sangat positif kepada masyarakat
itu sendiri serta penambahan ekonomi dan pendapatan negara.
Sultan Muhammad al-Fateh juga telah membuat satu dasar Muqata’ah iaitu dasar
percukaian. Tujuan dasar ini di rangka adalah bertujuan mengenakan cukai terhadap
individu yang mempunyai lebihan nilai harta bagi membaikpulihkan sistem
pemerintahan negara setelah berlaku peperangan dan kemusnahan yang teruk. Oleh
demikian, pihak kerajaan telah menetapkan tiga peringkat bagi mengenakan cukai
terhadap individu yang mempunyai nilai lebihan harta. Peringkat pertama ialah al-
Muqata’ah al-Saghirah dikenakan bagi individu yang mempunyai pendapatan lebih
Page 10
10
daripada 20.000 Aqajat. Manakala al-Muqata’ah al-Mutawassitah dikenakan
terhadap individu yang mempunyai nilai pendapatan yang tidak lebih daripada
100.000 Aqajat serta al-Muqata’ah al-Kabirah dikenakan bagi individu yang
mempunyai nilai pendapat yang melebihi daripada 100,000 Aqajat.
Dasar yang seterusnya ialah dasar perdagangan dan industri. Tujuan dasar ini
dirangka adalah bertujuan melengkapkan prasarana dan infrastruktur bagi memberi
ruang yang cukup kepada rakyat dibawah pemerintahannya meneroka bidang tersebut.
Bandar Nicea contohnya sebagai jalan perdagangan melalui jalan laut dan darat telah
dibangunkan dengan pelbagai kemudahan untuk membantu rakyat menjalankan
perniagaan dan mengembangkan perniagaan masing-masing (Abd Salam, 1984: 153-
154 & (Ab.Hamid, 2011: 137-140).
3.4 Aspek Pembangunan dan Sosial
Sumbangan Sultan Muhammad al-Fateh melalui aspek pembangunan dan sosial
beliau telah merangka dua dasar iaitu pertama dasar pembangunan. Tujuan dasar ini
dirangka oleh Sultan Muhammad al-Fateh bertujuan untuk merangka struktur
pembinaan di Kota Kostantinopal seperti masjid, sekolah, istana, hospital dan tempat
perniagaan bagi rakyatnya. Selain itu, Sultan Muhammad al-Fateh memberi galakan
kepada hartawan dan golongan bangsawan untuk sama-sama melabur untuk
membangunkan semula Kota Konstantinopel yang rosak akibat peperangan yang
berlaku. Kesan daripada pembangunan yang berlaku, Kota Konstantinopel yang telah
ditukar namanya kepada Kota Istanbul serta telah menjadi sebuah kota yang sangat
indah di dunia di samping berfungsi sebagai pusat ilmu dan budaya.
Dasar kedua yang telah dirangka oleh Sultan Muhammad al-Fateh ialah dasar
sosial. Tujuan dasar ini di rangka adalah untuk memberikan perhatian yang khusus
terhadap masalah sosial yang berlaku bagi menjamin kehidupan sosial yang
sempurna. Selain itu, dalam dasar ini, Sultan Muhammad al-Fateh telah membuat
dasar penempatan semula bagi penduduk Kota Konstantinopel yang bertujuan untuk
menyusun semula penduduknya dengan diberikan tanah dan rumah kepada mereka
yang tidak mempunyai penempatan yang tetap. Sultan Muhammad al-Fateh juga telah
Page 11
11
membentuk satu undang-undang bagi menjamin dan menjaga stuktur pembinaan
yang lama seperti contoh istana-istana purba di samping beliau telah membina Istana
Topkapi dan Masjid yang diberi nama Sultan Muhammad al-Fateh (Ab Hamid, 2011:
141-145).
3.5 Aspek Pendidikan
Sumbangan Sultan Muhammad al-Fateh dalam aspek pendidikan ialah beliau telah
merangka satu langkah untuk mempertingkatkan taraf pendidikan bagi rakyat di
bawah pemerintahannya. Situasi ini dapat dilihat berdasarkan sumber sejarah iaitu
pembinaan sekolah dan institusi keilmuan dalam setiap wilayah. Selain itu, juga
Sultan Muhammad al-Fateh juga telah membuat perubahan dalam sistem pengajaran
dan kurikulum di samping menyeragamkan sehingga ke kawasan pendalaman.
Perubahan-perubahan lain dalam aspek pendidikan yang telah dibuat oleh Sultan
Muhammad al-Fateh seperti memberi galakan kepada guru-guru dan pada ibu bapa
supaya memberikan didikan bermula daripada peringkat kanak-kanak, menyediakan
biasiswa kepada mereka yang tidak mempunyai kemampuan untuk meneruskan
pembelajaran di samping menetapkan mata pelajaran bagi semua sekolah secara
sistematik (Ab Hamid, 2011: 145-148).
Sumbangan Sultan Muhammad al-Fateh yang terbesar di dalam aspek pendidikan
yang dapat meninggalkan kesan sehingga sekarang ialah terjemahan buku-buku dalam
pelbagai jurusan kepada beberapa bahasa yang berlainan. Bagi memastikan
kelancaran aktiviti penterjemahan, beliau telah menyediakan sebuah perpustakaan
sebagai penghubung ilmu pengetahuan antara timur dan barat. Walaupun aktiviti
penterjemahan dalam pelbagai bahasa diperkenalkan, akan tetapi Sultan Muhammad
al-Fateh lebih mengutamakan aktiviti perterjemahan di dalam bahasa arab sebagai
bahasa utama dalam kerajaan (Muhammad Syaari, 2011: 146-149).
Oleh yang demikian apabila melihat secara keseluruhan bagi aspek pendidikan, ini
jelas menunjukkan bahawa keprihatinan beliau terhadap masyarakat Kota
Kostantinopel serta menjaga khazanah yang ditinggalkan oleh tampuk pemerintahan
Page 12
12
yang terdahulu sebagai bahan sejarah yang perlu di titikberatkan sebagai rujukan di
masa akan datang.
3.6 Aspek Undang-undang Negara
Sumbangan Sultan Muhammad al-Fateh dalam aspek undang-undang negara juga
tidak boleh diketepikan. Hal ini adalah kerana beliau telah membentuk satu dasar iaitu
dasar pertadbiran dan undang-undang yang mengubah sistem undang-undang di Kota
Konstantinopel. Langkah yang telah diambil berdasarkan kepada dasar yang telah
dirangka bertujuan menerapkan undang-undang syariah sepenuhnya.
Walaubagimanapun, penerapan undang-undang syariah tidak dibuat secara
keseluruhan dalam satu-satu masa akan tetapi dibuat secara berperingkat. Pada
peringkat pertama Sultan Muhammad al-Fateh telah membentuk badan yang dikenali
sebagai Qanun Namah bertujuan membentuk struktur perlaksanaan undang-undang
syariah secara sistematik yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Jabatan Kerajaan,
Adat Istiadat serta Hukuman dan Denda (Ab Hamid, 2011: 149).
Tujuan pelaksanaan dasar pentadbiran undang-undang yang berlandaskan syariah
selain merupakan tuntutan Allah s.w.t, ia bertujuan untuk membuktikan bahawa
pentadbiran yang berada di bawah tampuk pemerintahan Sultan Muhammad al-Fateh
iaitu kerajaan Uthmaniyyah adalah sebuah kerajaan Islam yang meletakkan Islam
sebagai asas utama tanpa mengira bangsa dan keturunan. Di samping itu, ia juga
menunjukkan bahawa pemerintahan yang berada di bawah tampuk pemerintahan yang
berlandaskan syariah dapat menjamin serta memastikan kesejahteraan kerukunan
antara masyarakat berbilang kaum, bangsa, dan adat yang berbeza.
3.7 Aspek Ketenteraan dan Hubungan Diplomatik
Berdasarkan kepada aspek ini, Sultan Muhammad al-Fateh telah membentuk dua
dasar iaitu dasar ketenteraan dan dasar hubungan diplomatik. Dasar ketenteraan yang
telah dirangka oleh Sultan Muhammad al-Fateh telah berjaya membentuk satu
angkatan laut yang kuat di kawasan Mediterranean serta mampu mengawal
keselamatan tempatnya. Di samping itu, berdasarkan kepada dasar ketenteraan yang
Page 13
13
telah dirangka Sultan Muhammad al-Fateh telah berjaya memperluas kekuasaaan
tampuk pemerintahannya sehingga ke Laut Hitam dalam satu jangka masa yang
singkat.
Sumbangan Sultan Muhammad al-Fateh juga dapat dilihat dengan penciptaan
alatan peperangan yang sangat canggih pada ketika itu seperti contoh penciptaan
meriam yang diguna pakai sewaktu peperangan. Meriam yang dicipta pada ketika itu
di namakan sebagai Urban bersempena dengan nama penciptanya iaitu Urban yang
merupakan rakyat asal Kota Konstantinopel. Ketika berlaku peperangan, meriam
urban yang direka untuk menembak dalam jarak jauh digunakan dan ternyata
keberhasilannya apabila dapat meruntuhkan kubu pertahanan Konstantinopel.
Walaupun tidak semua kubu dapat dirobohkan, ianya mampu menakutkan pihak
musuh (Abdul Latip, 2012 : 270).
Dasar hubungan diplomatik yang telah dirangka oleh beliau telah berjaya
mengekploitasi dengan baik taraf kedudukan Kota Konstantinopel. Ini dapat dilihat di
dalam catatan sejarah iaitu kemunculan Kota Konstantinopel sebagai peneraju dunia
dalam setiap bidang. Antaranya ialah kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh
memberikan peluang yang sama rata antara tiga suku agama iaitu Greek Orthodox
Patriarch, Armenian Patriarch dan Jewis chief Rabbi ( M.A.Enan, 1939: 43)
Di samping itu, Sultan Muhammad al-Fateh sendiri telah menjadikan dirinya
sebagai prototaip terhadap kepimpinan kerajaan yang lain dengan cara
menggabungkan pelbagai tradisi dalam satu kerajaan. Oleh demikian cara ini secara
tidak langsung telah menghidupkan semula empayar Byzantine di bawah
pemerintahan beliau. Seperti contoh yang diambil daripada buku-buku sejarah iaitu
kejayaan Sultan Muhammad al-Fateh menjadikan kawasan Balkan dan utara Danube
di bawah pemerintahan secara langsung iaitu direct rule dengan mengambil alih
semua pemerintahan lokal iaitu local dynasty (Ab.Hamid:2011: 149-154 &
Muhammad Syaari 2011: 134).
Berdasarkan kepada sumbangan-sumbangan Sultan Muhammad al-Fateh yang
telah dinyatakan di atas menunjukkan bahawa beliau mempunyai ciri-ciri
Page 14
14
keperibadian unik yang mampu menakluk dan memerintah tampuk pemerintahannya
dengan membawa satu perubahan berdasarkan syariat Islam dalam usia yang sangat
muda serta memberi kesan dan impak yang sangat besar dalam dunia Islam.
4.0 KONSEP KEPIMPINAN YANG DIGUNAKAN
Sultan Muhamad al- Fateh merupakan contoh pemimpin terbaik yang pernah dilahirkan.
Beliau merupakan kebanggaan kepada dunia umat Islam. Kejayaan menawan Kota
Konstantinopel menjadi bukti keberkesanan kepimpinan yang diterapkan dan
diaplikasikan. Konstantinopel yang terkenal dengan kubu terkuat kerajaan Byzantine
yang telah bertahan selama 1100 tahun akhirnya berada di bawah kepimpinan umat Islam
yang di terajui oleh sultan Muhammad al- Fateh.
4.1 Kepimpinan Berasaskan Amanah dan Taqwa
Sultan Muhammad al-Fateh merupakan pemimpin yang mempunyai jiwa dan sifat
kebergantungan kepada Allah yang sangat kuat. Perkara ini boleh dilihat ketika
serangan menawan Kota Konstantinopel. Setiap kali serangan akan dilakukan, beliau
akan memberikan khutbah sebagai peringatan tujuan sebenar peperangan dan
menyatakan kelebihan jihad dan keutamaannya disisi Islam. Beliau turut membacakan
hadis Rasullah tentang kepastian umat Islam akan membuka Kota Konstantinopel
(Ab.Hamid 2011: 108).
Motivasi yang telah diberikan oleh Sultan Muhammad al-Fateh mampu
memberikan suntikan semangat yang berkobar-kobar kepada para tentera. Beliau dan
bersama tenteranya juga akan mengadakan solat tahajud setiap kali sebelum dan
selepas peperangan untuk meminta pertolongan kepada Allah agar memberi petunjuk
dan kemenangan kepada umat Islam. Ketika pemilihan untuk menjadi imam di masjid
Aya Sophia buat kali pertama, apabila ditanya siapakah yang tidak meninggalkan
tahajud ketika penawanan Kota Konstantinopel selama 53 hari. Semua tentera duduk
kecuali Sultan Muhammad al-Fateh dan beliau akhirnya menjadi imam.
Page 15
15
Sultan Muhammad al-Fateh juga begitu mengambil berat aspek hubungan
tenteranya dan Allah s.w.t. Hal ini bagi memastikan psikologi angkatan tenteranya
tidak terganggu dan hubungan sesama mereka dalam kerja berpasukan tidak terjejas.
Selain itu, para ulama juga tidak ketinggalan dalam meniupkan semangat jihad dan
sentiasa syahid di jalan Allah. Ini berbeza dengan maharaja Byzantine yang hanya
memanggil golongan paderi mereka untuk meminta bantuan apabila keadaan sangat
terdesak dan mereka hanya diperlukan untuk upacara keagamaan semata-mata.
4.2 Kepimpinan dalam Kerja Berpasukan
Memimpin dalam 20 buah negara dan lebih 200,000 tentera bukanlah suatu yang
mudah namun mampu dilaksanakan oleh Sultan Muhammad al-Fateh dengan
berkesan. Resepi kepimpinan yang diterapkan dalam pentadbirannya adalah displin
yang tinggi. Contohnya, beliau memecat Sulaiman Basha Palta Oglu, ketua tentera
laut Turki mengundurkan kapal-kapal laut Uthmaniah selepas tidak tahan dengan
asakan hebat empat buah kapal Genose utusan pope. Ini merupakan tindakan tegas
yang di ambil oleh sultan Muhammad al-Fateh untuk menjaga motivasi dan semangat
tentera lain (Muhammad Syaari 2011: 64).
Beliau juga turut mengenalpasti potensi dan kelebihan angkatan tentera beliau
agar dapat meletakkan mereka di posisi yang terbaik. Contohnya, Mahmud Basya
dilantik sebagai pegawai diplomatik dan merupakan pakar negosiasi bagi kerajaan
Uthmaniah. Sulaiman Palta Oglu pula dilantik sebagai pengurus pembinaan menara
tinggi bergerak dan mengetuai misi memanjat dinding benteng. Tidak ketinggalan,
Hamzah Basya yang merupakan pengganti Palta Oglu yang dilihat berwibawa untuk
mengembalikan semangat tentera Uthmaniah. Ketelitian dan penyaringan dalam
memilih tentera yang berkemampuan sesuatu yang amat ditiberatkan oleh beliau.
Di samping itu, ketika peperangan berlaku untuk menawan Kota Konstantinopel,
Sultan Muhammad al-Fateh memastikan komitmen yang tinggi, kekuatan jiwa dan
semangat berpasukan terus teguh tersemat didada para tentera melalui pendekatan
mengambil berat masalah para tenteranya. Di samping itu, sultan Muhammad al-
Page 16
16
Fateh juga diberi gelaran The Grand Signaeur iaitu sang penakluk (Ab.Hamid, 2011:
120).
4.3 Kepimpinan Melalui Sahsiah
Memiliki sahsiah yang baik merupakan perkara yang dituntut dalam diri pemimpin
sebagai contoh dan ikutan kepada golongan yang dipimpin. Elemen ini menjadi faktor
yang penting dalam teori memilih seorang pemimpin. Pemimpin perlulah mengetahui
siapakah dirinya sendiri, apakah kekuatan dan kelemahan dirinya, apakah perkara
yang perlu di ketahui dan apakah yang perlu dilakukan dalam perkara yang kurang
mahir (Pusat Pengajian Umum, 2011: 73).
Sultan Muhammad al-Fateh memiliki kuasa IQ yang tinggi dalam kepimpinan.
Beliau memang dikenali sebagai seorang yang genius dan mempunyai pemikiran yang
hebat dan mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan inovatif dalam penjanaan idea.
Contohnya, Sultan Muhammad al-Fateh telah memindahkan sebanyak 70 buah kapal
dari daratan sejauh lima kilometer dari selat Busporus masuk ke perairan Tanduk
Emas dengan cara melicinkan batang-batang kayu dengan minyak. Idea yang
digunakan oleh Sultan Muhammad al-Fateh juga diperakui dengan menyatakan
bahawa idea tersebut ialah idea yang terhebat pernah digunakan (Abdul Salam, 1948:
79).
Emosi juga memainkan peranan dalam membuat keputusan yang betul dan tepat.
Pemimpin seharusnya sentiasa bersemangat dan mampu memberikan motivasi kepada
orang lain. Pengurusan emosi yang baik dapat membantu untuk kekal bertahan dalam
mengharungi segala cabaran, mehnah dan tribulasi yang di lontarkan. Contohnya,
walaupun diprovokasi oleh Khalil Basha, Perdana Menteri Uthmaniah agar tidak
meneruskan misi menawan Kota Konstantinopel, kesukaran menawan kubu Kota
Konstantinopel yang terkuat 1100 tahun lamanya dan kematian ayahnya bukanlah
satu penghalang malah menjadi penguat semangat yang luar biasa kepada Sultan
Muhammad al-Fateh. Selain itu, pengkhianatan Dracula terhadap beliau dengan
membunuh tentera dan orang Islam secara zalim tidak menggangu gugat emosi beliau
Page 17
17
kerana kepercayaan yang telah diberikan kepada Dracula (Muhammad Syaari,
2012:186).
Tambahan pula, semua ini tidak akan dapat di kecapi sekiranya spiritual diri atau
kekuatan rohani hanyalah senipis kulit bawang. Aspek inilah yang paling
dititikberatkan oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Contohnya, beliau menyayangi dan
mendampingi ulama serta sentiasa melapangkan masa menghadiri majlis ilmu di
samping menjadikan ulama sebagai tulang belakang kepada keutuhan sistem
pentadbiran Kota Konstantinopel dengan melantik mereka dalam Qanun Namah
(Muhammad Syaari, 2012:187).
4.4 Kepimpinan dalam Pengurusan Negara
Kepimpinan ini merujuk kepada kompetensi yang diperlukan untuk melaksanakan
tujuan dan matlamat organisasi melalui perancangan, mengorganisasi kerja,
memberikan tugasan mengikut kesesuaian pekerja dan menyelaras aktiviti kerja
(Pusat Pengajian Umum 2011:83).
Sultan Muhammad al-Fateh telah menggubal beberapa undang-undang dan
peraturan yang adil. Ini dimulakan dengan menjalankan beberapa polisi selepas
peperangan melalui memberikan pengampunan dan melaksanakan perdamaian
toleransi agama dengan menggalakkan penganut kristian Ortodoks yang melarikan
diri kembali ke Istanbul dan akan di beri perlindungan. Kesannya, ia mampu
mengekalkan kedamaian dalam sesebuah negara walaupun terdapat berbilang
pegangan agama.
Sultan Muhammad al-Fateh juga menerapkan undang-undang berteraskan syariah
sepenuhnya dalam bidang pentadbiran Negara. Ini bagi memastikan kemakmuran dan
penyebaran Islam dapat tersebar dengan luas dan dapat dilaksanakan sepenuhnya di
Kota Konstantinopel yang dahulunya di bawah kezaliman pemerintahan Maharaja
Byzantine. Bagi memastikan kelancaran dan kelicinan pentadbiran, beliau telah
memindahkan pusat pentadbiran daripada Andrianople ke Aya Sophia. Beliau turut
memastikan aspek kemajuan ekonomi, pembangunan sosial, ketenteraan dan
Page 18
18
pendidikan selari dengan pembangunan dan kehebatan Kota Konstantinopel.
Contohnya, dalam bidang ketenteraan beliau telah membentuk pasukan tentera yang
kuat dan mampu menguasai hingga ke Laut Hitam serta menjadi asas kepada siri
ketenteraan (Ab.Hamid, 2011: 151).
4.5 Kepimpinan dalam Institusi Keluarga
Sultan Muhammad al-Fateh meninggalkan wasiat kepada anaknya yang bernama
Beyazid sebelum menjelang kematian beliau. Isi kandungan wasiat tersebut
merupakan nasihat dan peringatan kepada anaknya sesudah ketiadaanya kelak. Beliau
menuntut anaknya menjadi pemimpin yang adil dan soleh. Memberi keadilan kepada
rakyat tanpa memilih taraf perbezaan. Selain itu, Sultan Muhammad al-Fateh
menyatakan supaya meneruskan penyebaran agama Islam di atas muka bumi kerana
penyebaran agama Islam menjadi kewajipan kepada pemerintah untuk memastikan
Islam disebar di seluruh dunia dengan sempurna. Beliau juga menyatakan supaya
pemerintah sentiasa menghormati ulama dan jangan sesekali membelakangi atau
menyisihkan mereka. Sultan Muhammad al-Fateh juga turut menasihati anaknya agar
tidak memilih orang yang tidak beragama menjadi pembantunya di samping supaya
tidak melantik orang yang sering mengulangi dosa besar dalam jawatan-jawatan
terpenting negara (Abdul Latip, 2010: 328).
Daripada sumber lain, ada yang menyatakan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh
menyatakan di dalam suratnya supaya menjauhi perkara-perkara yang dilarang dalam
Islam. Ini kerana agama merupakan panduan dalam kehidupan. Selain itu, beliau
menyatakan bahawa segala kemenangan yang dikecapi atau bakal dikecapi adalah
kerana agama. Beliau juga memberikan peringatan bahawa sebagai pemimpin perlu
bersedia untuk mengorbankan harta jiwa dan raga untuk Islam kerana kemakmuran
sesebuah negara dapat dilihat melalui pentadbiran yang baik dan telus dan secara
tidak langsung akan dirahmati oleh Allah s.w.t (Abdul salam, 1948: 181).
5.0 PENUTUP
Page 19
19
Berdasarkan daripada sejarah hidup Sultan Muhammad Al-Fateh, dapat disimpulkan
bahawa beliau merupakan seorang pemimpin yang layak dicontohi berdasarkan
sumbangan dan jasa yang telah beliau tinggalkan buat umat Islam khususnya umat Islam
di Istanbul. Penaklukan yang dilakukan oleh beliau dan umat Islam di Kota
Konstantinopel membawa seribu keberkatan dan rahmat bukan sahaja kepada umat Islam
akan tetapi bagi orang bukan Islam juga. Keadilan yang ditonjolkan dalam pimpinannya
mampu menjadikan peradaban Islam sebagai tamadun yang terkenal selepas kewafatan
Nabi Muhammad s.a.w. Di samping itu, beliau juga telah membuka banyak hati golongan
bukan Islam untuk memeluk agama Islam keranan beliau mampu menonjolkan Islam
sebuah agama yang saling kasih mengasihani dan menghormati antara satu sama lain
tanpa ada penindasan.
Oleh yang demikian, sebagai seorang umat Islam, sewajarnya kita mencontohi dan
menjadikan cara kepimpinan beliau sabagai panduan dalam semua aspek untuk
memimpin dan menjadikan Islam pada masa kini semegah peradaban Islam pada masa
lampau.
RUJUKAN
Page 20
20
Al-Qur’an
A.H.M Jones.1972. Constantine and the Conversion of Europe. Australia: Pelican Books
Ab. Hamid. 2011. Detik-detik Constantinopel dan Ibrah buat Eropah. Kuala Lumpur:
PTS Publication Sdn.Bhd
Abdul Latip Talib. 2008. Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Konstantinopel. Kuala
Lumpur: Millennia Sdn.Bhd
Abdul Latip Talib. 2012. Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Konstantinopel. Kuala
Lumpur: Millennia Sdn.Bhd
Abdul Salam Abul Aziz Fahmi. 1984. Sultan Muhammad Al-Fateh Fatihul Al-
Qonstantinopel. Damsyiq: Darul Falah
Anon. 2009. Sirah Sultan Muhammad al-Fateh. http://papisma.org/index/?
p=201(1 Oktober 2012)
Hasrizal Abdul Jamil. T.Th. Sultan Muhammad Al-Fateh dan Pembukaan
Istanbul http://syukran.wordpress.com/usrah/tokoh/sultan-muhammad-al-fateh-
dan-pembukaan-istanbul-1453m/.(1 Oktober 2012)
M.A.Enan. 1939. Decisive Moments in The History of Islam. Tpt
Pusat Pengajian Umum. 2011. Modul Pembangunan Diri. 2011. Bangi: UKM
Muhammad Syaari Abdul Rahman.