KEPERLUAN KURSUS KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) BUMIPUTERA SABAH HASMA BT BEDDU HALIKE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KEPERLUAN KURSUS KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) BUMIPUTERA SABAH
HASMA BT BEDDU HALIKE
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2008/2009
Saya HASMA BINTI BEDDU HALIKE
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan Oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
√ TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap :
Tarikh: Tarikh:
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
KEPERLUAN KURSUS KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN
USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS)
BUMIPUTERA SABAH
(HURUF BESAR)
ENCIK SHAHRIN BIN HASHIM
KG GETAH WDT 131 91209 KUNAK SABAH
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : …………………………………….
Nama Penyelia : Encik Shahrin Bin Hashim
Tarikh : …………………………………….
KEPERLUAN KURSUS KEUSAHAWANAN DALAM KALANGAN USAHAWAN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA (IKS) BUMIPUTERA SABAH
HASMA BINTI BEDDU HALIKE
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penulis : Hasma Bt Beddu Halike
Tarikh : April 2009
i
DEDIKASI
Teristimewa Buat
Ayahanda dan Bonda yang tercinta
(Beddu Halike Bin Tahire dan Bungatang Bin Padjakai)
Terima Kasih atas segala kepayahan mendidikku
Sehingga anakmu kini berada di Menara Gading
Saudara kandung yang ku sayangi
Kirana, Johani, Hamsia
Hasrina dan Hase
Sahabat-sahabat yang sentiasa berada dalam ingatan
Nursiah, Siti Noresha, Siraini, Ros, Nurhafizah,
Aimi Yasmin, Diyana, Lynda
Melissa, Noorshafina, Priscilla dan Zawani
Sesungguhnya Kejayaan ini milik kita………
ii
PENGHARGAAN
Penyelidik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pensyarah
pembimbing, Encik Shahrin bin Hashim di atas bimbingan, perbincangan dan nasihat
yang diberikan sepanjang tempoh kajian ini dijalankan. Tidak lupa juga ucapan
penghargaan ini ditujukan kepada Pejabat Pendaftar Perniagaan Daerah Kunak atas
kerjasama dan maklumat yang disampaikan.
Jutaan terima kasih juga kepada usahawan-usahawan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) Bumiputera Sabah daerah Kunak atas kerjasama dan bantuan yang
diberikan semasa proses pengumpulan data bagi mejayakan kajian ini. Penghargaan juga
ditujukan kepada semua pihak yang terlibat samaada secara langsung atau tidak
langsung di dalam menjayakan projek penyelidikan ini.
Akhir sekali, penyelidik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan seperjuangan yang turut membantu dalam menyaipkan projek ini dengan jayanya.
Semoga Allah memberkati kita semua dan memberi kebaikan daripada tugasan ini serta
melindungi segala keburukan yang terdapat di dalamnya. Sesungguhnya segala sesuatu
itu atas kehendaknya.
Sekian, terima kasih.
iii
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenalpasti keperluan kursus keusahawanan dalam
kalangan Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera Sabah. Objektif
kajian ini adalah untuk mengenalpasti kursus yang paling diperlukan berkaitan
pengurusan perniagaan, pengurusan pemasaran, pengurusan kewangan dan pengurusan
operasi. Seramai 50 orang usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Bumiputera
Sabah telah diambil sebagai responden. Dapatan kajian diproses menggunakan SPSS
versi 16 untuk mendapatkan kekerapan, peratus dan min. Soal selidik digunakan
sebagai instrumen kajian. Hasil kajian ini mendapati usahawan IKS Bumiputera Sabah
memerlukan kursus berkaitan keusahawanan bagi memajukan lagi perniagaan mereka
pada masa hadapan. Kursus yang paling diperlukan oleh usahawan adalah berkaitan
dengan pengurusan operasi dengan min 4.15, diikuti dengan kursus pengurusan
perniagaan dan pengurusan pemasaran 4.10, dan pengurusan kewangan 4.07.
iv
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the needed of the entrepreneur course for
Bumiputera entrepreneur Sabah in Small and Medium Industries. The objectives of this
study are to identify the needed course for business management, marketing
management, financial management and operation management. There are 50
entrepreneur of Bumiputera Sabah in Small and Medium Industries involve in this
research. The data were analyzed using SPSS Version 16 software and findings were
presented in the form of frequency, percentage and mean. The questionnaire was used as
research instruments. The findings indicates that respondent need the entrepreneur
course for develop their business in the future. The most needed course was operation
management course with mean 4.15, followed by business management course and
marketing management course with 4.10, and lastly financial management course with
4.07.
v
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK (BAHASA MELAYU)
ABSTRACT ( BAHASA INGGERIS)
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
x
xii
xiii
xiv
I PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
vi
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 9
1.9 Definisi Terminologi 10
1.9.1 Keperluan
1.9.2 Usahawan Bumiputera
1.9.3 Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
1.9.4 Kursus Pengurusan Perniagaan
1.9.5 Kursus Pengurusan Pemasaran
1.9.6 Kursus Pengurusan Kewangan
1.9.7 Kursus Pengurusan Operasi
10
10
10
11
11
11
12
1.10 Penutup 13
II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 14
2.2 Keusahawanan 15
2.2.1 Teori-teori dan Model Keusahawanan 15
2.3 Usahawan 18
2.4 Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
2.4.1 Definisi
2.4.2 Kepentingan IKS
2.4.3 Perkembangan IKS di Malaysia
20
21
22
2.5 Agensi dan Badan Yang Terlibat Dalam Memberi
Latihan kepada Usahawan
24
vii
2.5.1 Kementerian Pembangunan Usahawan
(KPUn)
2.5.2 Majlis Amanah Rakyat (MARA)
2.5.3 Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
(PKEN)
2.5.4 Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan
Sederhana (SMIDEC)
24
25
26
26
2.6 Pengurusan Perniagaan 27
2.7 Pengurusan Pemasaran 28
2.8 Pengurusan Kewangan 29
2.9 Pengurusan Operasi 31
2.10 Kajian Terdahulu 32
2.11 Penutup 33
III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Rekabentuk Kajian 34
3.3 Lokasi Kajian 36
3.4 Subjek Kajian
3.4.1 Populasi dan Sampel Kajian
36
36
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Soal Selidik
37
37
3.6 Cara Pemarkatan 39
3.7 Kajian Rintis 40
3.8 Kajian Sebenar 41
3.9 Prosedur Kajian 42
3.10 Analisis Data 43
viii
3.11 Penutup 44
IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 45
Dapatan Kajian 45
Analisis Latar Belakang Responden (Bahagian A) 46
Analisis Persoalan Kajian (Bahagian B)
4.4.1 Kursus Berkaitan Pengurusan Perniagaan
4.4.2 Kursus Berkaitan pengurusan Pemasaran
4.4.3 Kursus Berkaitan Pengurusan Kewangan
4.4.4 Kursus Berkaitan Pengurusan Operasi
50
52
55
58
61
4.5 Penutup 62
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Perbincangan
5.2.1 Berkaitan Kursus Pengurusan Perniagaan
5.2.2 Berkaitan Kursus Pengurusan Pemasaran
5.2.3 Berkaitan Kursus Pengurusan Kewangan
5.2.4 Berkaitan Kursus Pengurusan Operasi
63
64
66
69
72
5.3 Rumusan 74
5.4 Cadangan 74
5.5 Cadangan Lanjutan 75
BIBLIOGRAFI 76
LAMPIRAN 80
x
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Sumbangan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam 3
sektor perkilangan antara tahun 1975 hingga 1994
2.1 Saiz industri mengikut guna tenaga 21
2.2 Program latihan anjuran KPUn 25
3.1 Jumlah item bahagian 38
3.2 Skala pemeringkatan likert dan cara pemarkatan 38
3.3 Contoh item positif 39
3.4 Contoh item negatif 39
3.5 Analisis keputusan kebolehpercayaan kajian rintis 40
3.6 Data soal selidik yang diedar 41
3.7 Tahap penilaian responden berdasarkarkan min 44
4.1 Taburan responden mengikut jantina 47
4.2 Taburan responden mengikut status 48
4.3 Taburan responden mengikut pendidikan tertinggi 48
4.4 Taburan responden mengikut umur 48
4.5 Taburan responden pernah mengikuti kursus 49
xi
4.6 Taburan responden mengikut tempoh perniagaan 49
4.7 Taburan responden mengikut bidang perniagaan 50
4.8 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan 52
min bagi mengenal pasti kursus berkaitan pengurusan
perniagaan yang diperlukan oleh usahawan
Bumiputera Sabah
4.9 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan 55
min bagi mengenal pasti kursus berkaitan pengurusan
pemasaran yang diperlukan oleh usahawan
Bumiputera Sabah
4.10 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan 58
min bagi mengenal pasti kursus berkaitan pengurusan
kewangan yang diperlukan oleh usahawan
Bumiputera Sabah
4.11 Taburan responden mengikut kekerapan, peratus dan 61
min bagi mengenal pasti kursus berkaitan pengurusan
operasi yang diperlukan oleh usahawan
Bumiputera Sabah
xii
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Saiz IKS tahun 2003 23
2.2 Taburan IKS mengikut industri tahun 2003 23
3.1 Pembolehubah bersandar dan tidak bersandar 35
3.2 Skor min 44
xiii
SENARAI SINGKATAN
BLK - Bahagian Latihan Keusahawanan
DEB - Dasar Ekonomi Baru
IKS - Industri Kecil dan Sederhana
KPUn - Kementerian Pembangunan Usahawan
KPA - Kemeterian Perusahaan Awam
MARA - Majlis Amanah Rakyat
MEDEC - Kementerian Pembangunan Usahawan
MPPB - Masyarakat Perindustrian dan Perdagangan Bumiputera
PKEN - Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri
RMK-7 - Rancangan Malaysia Ke-Tujuh
SMIDEC - Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang soal selidik 80
B Keputusan kajian rintis 88
C Surat pengesahan soal selidik 90
D Surat memohon kebenaran 92
E Surat pengenalan penyelidik 95
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Tiga atau empat dekad yang lalu, kerjaya sebagai usahawan bukan
merupakan pilihan bagi kebanyakan orang. Ini kerana peluang-peluang perniagaan
tidak begitu menyerlah dan banyak pekerjaan lain yang lebih mudah didapati.
Kebanyakan berpendapat bahawa keusahawanan adalah sesuatu yang sukar dan
ianya merupakan satu kerjaya yang tidak terjamin berbanding jika bekerja makan
gaji, lebih-lebih lagi bekerja dengan Kerajaan. Malahan tidak salah jika dikatakan
bahawa golongan bumiputera yang menceburi diri dalam bidang keusahawanan
adalah kerana terpaksa disebabkan oleh kegagalan mereka untuk mendapatkan
pekerjaan yang lain. Mereka yang menjadi ‘usahawan terpaksa’ ini selalunya tidak
begitu bersedia dari segi kemahiran terutamanya untuk mengharungi cabaran dan
dugaan dunia perniagaan.
Namun pada masa kini kesedaran pelbagai pihak tentang keperluan dalam
melahirkan usahawan yang berkemampuan dan bertaraf antarabangsa serta pekerja
mahir adalah tinggi. Dalam pembangunan pesat ekonomi sekarang, keperluan dalam
meningkatkan penyertaan bumiputera dalam kegiatan perindustrian dan perdagangan
2
di samping memenuhi hasrat dan objektif pembangunan negara serta merealisasikan
wawasan 2020 juga telah menjadi satu kesedaran umum.
Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun
1970 telah memberi kesedaran dan peluang kepada golongan bumiputera khususnya
untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu kerjaya. Oleh itu, berbagai langkah
telah diperkenalkan untuk menggalakkan keusahawanan kepada golongan
bumiputera. Penekanan oleh Kerajaan dalam pembangunan usahawan menjadi lebih
ketara dengan tertubuhnya Kementerian Pembangunan Usahawan pada 8 Mei 1995.
Wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 juga
menjurus kepada dasar-dasar Kerajaan untuk terus menggerakkan negara ke arah
perindustrian dan perdagangan. Dasar-dasar ini dengan secara langsung telah
meningkatkan lagi peluang-peluang keusahawanan dan melahirkan ramai usahawan
dari pelbagai kaum.
Selaras dengan itu juga, pelbagai pihak telah mula menyedari bahawa salah
satu langkah penting dalam mencapai hasrat ini ialah melalui bantuan dan sokongan
kepada pembangunan IKS. Kadar pembangunan ekonomi negara semakin pesat,
pertumbuhan sektor perkilangan yang meyakinkan dan wawasan negara ke arah
negara perindustrian 2020, ternyata memerlukan sokongan dan sumbangan IKS yang
lebih besar dan bermakna.
Secara umumnya, IKS membuka banyak peluang pekerjaan, sumbangan
dalam meningkatkan jumlah simpanan negara dan menjimatkan tukaran wang asing,
mewujudkan agihan pendapatan yang lebih baik, membantu dalam melahir dan
meningkatkan kemahiran di kalangan tenaga kerja terlibat baik di peringkat pekerja
mahupun pada peringkat pengurusan dan membantu dalam meningkatkan arus
pemindahan teknologi asing.
3
Jadual 1.1: Sumbangan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam sektor perkilangan
antara tahun 1975 hingga 1994
Peratusan Sumbangan 1975 1985 1992 1994 1
Jumlah Pertubuhan
0 - 49 (Industri Kecil)
50 - 199 (Industri Sederhana)
200 dan ke atas (Industri Besar)
0 - 199 (IKS)
69.1
23.3
7.6
92.4
64.0
28.1
7.8
92.1
56.8
30.1
13.1
86.9
50.2
33.9
14.9
84.1
Jumlah Pekerjaan
0 - 49 (Industri Kecil)
50 - 199 (Industri Sederhana)
200 dan ke atas (Industri Besar)
0 - 199 (IKS)
18.5
29.5
51.9
48.0
16.5
32.9
50.6
49.4
9.3
35.8
54.9
45.1
8.1
36.1
55.8
44.2
Jumlah Nilai Keluaran
0 - 49 (Industri Kecil)
50 - 199 (Industri Sederhana)
200 dan ke atas (Industri Besar)
0 - 199 (IKS)
15.4
32.3
52.3
47.7
9.1
37.6
53.3
46.7
6.9
41.2
51.9
48.1
6.5
42.4
50.1
48.9
Jumlah Nilai Harta Tetap
0 - 49 (Industri Kecil)
50 - 199 (Industri Sederhana)
200 dan ke atas (Industri Besar)
0 - 199 (IKS)
10.6
28.9
60.5
39.5
7.8
23.6
68.6
31.4
5.8
25.4
68.8
31.2
5.6
26.1
68.3
31.7
Sumber: Banci Industri dan Sektor Perkilangan (pelbagai isu), Jabatan Statistik
Nota: 1=Jangkaan
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Perubahan dan kemajuan dalam pembangunan ekonomi negara, terutamanya
pada dua dekad kebelakangan ini telah melahirkan banyak peluang-peluang
perniagaan. Pusat-pusat pengajian tinggi juga mula menawarkan kursus-kursus yang
berkaitan dengan pengurusan perniagaan. Perkembangan sebegini menyebabkan
lebih ramai orang, terutamanya kaum Bumiputera yang mula memahami dan
meminati bidang perniagaan dan keusahawanan. Dengan itu kita dapati bahawa lebih
ramai yang secara sedar dan sukarela memilih keusahawanan sebagai kerjaya
mereka. Mereka mula melihat keusahawanan sebagai sumber rezeki yang lebih
meyakinkan. Bumiputera biasanya lebih cenderung menceburi Industri Kecil dan
Sederhana kerana modal yang diperlukan adalah kurang berbanding industri-industri
yang lain.
Clapham (1985) dalam MEDEC (1992) menyatakan Walaupun IKS lebih
kecil sifatnya berbanding dengan industri besar, ia bukan bermakna bahawa sektor
kecil ini tidak mempunyai sebarang keistimewaan. Penglibatan yang meluas dalam
pelbagai sektor, termasuklah dalam sektor perkhidmatan pembinaan, pengangkutan,
dan pembuatan menjadikan IKS paling berpotensi untuk dibangunkan
Oleh itu, tidak hairanlah jika terdapat ahli-ahli ekonomi dan kerajaan yang
berkeyakinan penuh terhadap keupayaan IKS, mereka yakin jika sektor itu diberi
peluang sewajarnya , ia tidak mustahil akan muncul sebagai pemangkin dalam
kegiatan perindustrian. Sifat lebih kecil IKS berbanding dengan industri besar
memberi peluang yang baik kepadanya untuk merangsangkan kegiatan
keusahawanan. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut mengakui
hakikat ini. Dalam kertas ucapan “ Malaysia: The Way Forward”, beliau yakin
bahawa IKS boleh menjadi medan asas kepada kelahiran usahawan-usahawan pada
masa hadapan.
5
Persoalannya, adakah ilmu asas untuk memulakan perniagaan ada pada setiap
Usahawan kecil sederhana Bumiputera tersebut?. Seseorang individu yang ingin
menguruskan sebuah perniagaan, mereka memerlukan pengetahuan berkenaan asas
pengurusan, pemasaran, kewangan, teknologi maklumat, pengurusan operasi dan
sebagainya. Pemahaman mendalam berkenaan perkara ini membantu individu
menjayakan perniagaan yang diceburi.
Pada masa kini tahap daya saing usahawan Industri Kecil dan Sederhana
(IKS) khususnya Bumiputera boleh dikatakan masih rendah berbanding kaum-kaum
lain di Negara ini. Golongan ini bukan sahaja dibelenggu masalah-masalah modal
dan teknologi tetapi juga isu-isu pemprosesan, kualiti produk, pembungkusan yang
memenuhi standard antarabangsa serta pemasaran. Pengusaha IKS juga menjalankan
perniagaan mereka dalam keadaan serba kekurangan. Hasil yang diperolehi boleh
dikatakan tidak setimpal dengan usaha yang dicurahkan. Peluang untuk meningkat
maju agak sukar.
Perkara utama yang sering ditimbulkan sebagai masalah serius punca
kegagalan bumiputera IKS dalam perniagaan ialah kurangnya pengetahuan dan
latihan yang mencukupi dalam bidang pengurusan. Ramai usahawan bumiputera IKS
yang masih memandang latihan pengurusan adalah tidak penting. Bagi mereka, kerja
kuat, amanah dan jujur sudah cukup untuk mencapai kejayaan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa keperluan pendidikan serta latihan
perlu kepada seorang usahawan menambahkan pengetahuan dan sekaligus
mengetahui hala tuju mereka untuk menjadi seorang yang berjaya. Mc
Clelland(1965) dalam MEDEC (1992) menyatakan bahawa bagi memperolehi
pengetahuan seseorang itu perlulah menghadiri kursus, seminar dan sebagainya
kerana ianya boleh mempertingkatkan daya pencapaian seseorang usahawan
6
Pengetahuan tentang perniagaan dan jenis perniagaan yang bakal diusahakan
juga amat penting untuk mengelakkan kegagalan. Selain itu, sikap memandang
rendah kepada keupayaan golongan Bumiputera perlulah dikikis.
Oleh itu, usahawan perlulah cuba menimba ilmu pengetahuan sebanyak yang
mungkin kerana pengetahuan ini merupakan pemangkin kepada perkembangan
proses pemikiran, keupayaan membuat keputusan, berfikir secara analisis dan
mengarah kepada pembentukan hipotesis. Usaha-usaha ini penting bagi mengelakkan
usahawan yang berpotensi dari gulung tikar.
1.3 Penyataan Masalah
Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti keperluan kursus
keusahawanan dalam kalangan usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
Bumiputera Sabah yang meliputi kursus berkaitan pengurusan perniagaan,
pengurusan pemasaran, pengurusan kewangan dan pengurusan operasi.
1.4 Objektif Kajian
Berikut merupakan objektif kajian ini dilakukan:
1.4.1 Mengenal pasti kursus yang paling diperlukan oleh usahawan IKS
Bumiputera Sabah dalam bidang pengurusan perniagaan.
7
1.4.2 Mengenal pasti kursus yang paling diperlukan oleh usahawan IKS
Bumiputera Sabah dalam bidang pengurusan pemasaran.
1.4.3 Mengenal pasti kursus yang paling diperlukan oleh usahawan IKS
Bumiputera Sabah dalam bidang pengurusan kewangan.
1.4.4 Mengenal pasti kursus yang paling diperlukan oleh usahawan IKS
Bumiputera Sabah dalam bidang pengurusan operasi.
1.5 Persoalan Kajian
Berikut merupakan persoalan kajian:
1.5.1 Apakah kursus yang paling diperlukan oleh usahawan IKS Bumiputera
Sabah dalam bidang pengurusan perniagaan?
1.5.2 Apakah kursus yang paling diperlukan oleh usahawan IKS Bumiputera
Sabah dalam bidang pengurusan pemasaran?
1.5.3 Apakah kursus yang paling diperlukan oleh usahawan IKS Bumiputera
Sabah dalam bidang pengurusan kewangan?
1.5.4 Apakah kursus yang paling diperlukan oleh usahawan IKS Bumiputera
Sabah dalam bidang pengurusan operasi?