Top Banner
ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA MUKA SURAT 01. PENGENALAN 2 02. KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN 3 MANUSIA 03. EMPAT CIRI KEISTIMEWAAN SYARIAH ISLAM 8 04. EMPAT KEBERKESANAN PEMANTAPAN SYARIAH 11 DI MALAYSIA 05. KESIMPULAN 16 06. RUJUKAN 17 1
26

KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

Apr 28, 2023

Download

Documents

Mehdi Salimi
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

01. PENGENALAN 2

02. KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN 3

MANUSIA

03. EMPAT CIRI KEISTIMEWAAN SYARIAH ISLAM 8

04. EMPAT KEBERKESANAN PEMANTAPAN SYARIAH 11

DI MALAYSIA

05. KESIMPULAN 16

06. RUJUKAN 17

1

Page 2: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

1. PENGENALAN

Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk mengeluarkan

manusia dari kegelapan kepada nur. Manusia dilantik menjadi

khalifah dan tanggungjawab melaksanakan segala perintah Allah

adalah merupakan satu perjanjian yang telah dimeterai diantara

manusia dan Allah s.w.t. seperti mana dalam firmanNya:

ا ... هدن�� لى ش� وا ن�� ال� م ق�� ك ن�� ست� ب��ر ل� ... ا!

Maksudnya: ... "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua

menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi

saksi"...

[Al-A'raf: 172]

Maka Dengan itu, kita selaku umat Islam yang sebenar,

kita dituntut untuk mempelajari Fardhu Ain iaitu panduan dalam

membantu kita mempraktikkan ibadah teras asas yang telah

diwajibkan ke atas diri seorang muslim.Ini adalah syariat

Islam yang telah ditetapkan oleh panduan wahyu iaitu Al-Quran2

Page 3: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

dan As-Sunnah. Apa Itu Syariah? Syariah itu adalah hukum Allah

yang telah disampaikan oleh nabi muhammad keatas manusia s.a.w

melalui kitab Al-quran dan As-Sunnah.

1)      Takrif syariah:

ح�كام  اده م�ن' الأ! رعه ال�له ل�عب� م�ا ش “Segala perkara yang Allah syariatkan kepada hambaNya,

daripada hukum hakam.”

Ada di antaranya suruhan dan ada pula larangan. Ada di

antaranya yang berkaitan dengan ( ه� ال�عمل ي:::9 ف� cara beramal’ dan‘ ( ك�ي9dinamakan sebagai ( ه� ه� وع�ملي:::::9 �رع�ي:::::9 cabang dan amalan.’ Ilmu yang‘ ( ف�berkaitan dengannya dinamakan sebagai ilmu fiqh, syariah dan

hukum. Dan ada pula yang berkaitan dengan ( ل ال�عمل ص::::� dasar‘ ( ا!amalan’ dan dinamakan sebagai ( ه� ادي�9 ق� ه� واع�ي� ص�لي9 ’.usul dan pegangan‘ ( ا!Ilmu yang berkiatan dengannya dinamakan sebagai ilmu kalam,

tauhid atau aqidah

 2)      Syariah dan agama:

 

Jika berdasarkan takrif di atas, syariah itu sendiri adalah

agama. Namun sebahagian ulama membezakan antara penggunaan

kalimah syariah kepada maksud yang lebih khusus, iaitulah

hukum hakam fiqh.Sebagaimana di al-Azhar dinamakan kuliah yang

menumpukan pengajian fiqh sebagai kuliah syariah, dan kuliah

yang mengaji akidah dinamakan kuliah usuluddin. Syeikh Mahmud

3

Page 4: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

Syaltut, Syeikuhul Azhar pernah mengarang sebuah kitab

bertajuk “Islam itu Aqidah dan Syariah.”

2. KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Firman Allah taala:

سط  ال�ف� اس ن�� وم ال�ب� ق� ان' ل�ي9 ر� اب� وال�مي9 ا م�عهم ال�كب� ل�ب� Vر ب�� اب� وا! ب� Wي ال�ب� ا ن�� ا رس�لب� ل�ب� Vر ب�� د ا! ل�ق�

ور لماب� الى ال�ن� اس م�ن' ال�ظ` خ�رج' ال�ب� كg ل�ت� اه ال�ب9 ل�ب� Vر ب�� اب� ا! ك�ب�

Allah taala maha kaya daripada hambaNya, Dia tidak berhajat

kepada sesuatu daripada hambaNya. Di dalam ayat pertama

disebut: “Agar manusia menegakkan keadilan,” ayat  kedua

“Mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya.”

 Secara ringkasnya, syariah adalah:

  ن' وار� م وال�ن� وي�9 ق� ال�ق� 9kي اه� الى ال�طر ى9 ال�حب9 اس ف� هدى ال�ب� ك�ل م�ا ي�9 Setiap perkara yang menyusun kehidupan dan memandu kepada

jalan yang lurus dan sistematik, itulah tugasan syariah, agar

mereka mendapat kebaikan di dunia, dan di akhirat.

4

Page 5: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

Pada dasarnya syariat Islam dilaksanakan hanya untuk

membawa kebaikan kepada manusia daripada sebarang keburukan

atau malapetaka, pada masa sekarang atau akan datang, di dunia

mahupun di akhirat. Islam adalah satu-satunya agama yang

diiktiraf oleh Allah dan diturunkan kepada manusia bagi

mengatur kehidupan mereka. Al-Quran merupakan sumber hukum

Islam yang utama, asli dan abadi. Ia merupakan sebuah kitab

yang lengkap, yang menjadi panduan kepada semua umat manusia.

Kandungannya merangkumi pelbagai hukum dan peraturan hidup

untuk manusia dalam segala aspek kehidupan  Setiap perundangan

hukum dalam syariah Islamiyah adalah bertujuan untuk

melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta,

nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia. Islam adalah

agama yang syumul ( sempurna), setiap garis panduan yang telah

ditetapkan dalam Islam adalah bersesuaian mengikut tempat,

bangsa dan zaman. Sebagaimana firman Allah s.w.t dalam surah

Al-Jathiah ayat 18 yang bermaksud :

“Pada kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad s.a.w

dan utuskan engkau) menjalankan satu jalan yang cukup lengkap

dan hukum-hukum agama ; Maka turutlah akan jalan itu dan

jangan engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak

mengetahui (perkara yang benar.”)

Bagi ummat Islam, Syariat Islam adalah merupakan panduan

hidup yang integral/menyeluruh dan sempurna bagi seluruh

permasalahan hidup manusia dan kehidupan dunia ini. Setiap

5

Page 6: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

permasalahan yang melibatkan agama harus dirujuk kembali

kepada syariah Islam agar setiap apa pun yang dilakukan tidak

bertentangan dengan ajaran Islam. Berikut adalah kepentingan

syariah dalam kehidupan manusia:

1.      Untuk mendidik manusia- Hakikatnya kehidupan manusia

tidak terlepas dari  ujian  dan dugaan sebagaimana dalam

firman Allah dalam surah Surah Al-Ankabut ayat 2-3 yang

bermaksud:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja

mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak

diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang

sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang

yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang

dusta.”

Setiap ujian dan dugaan yang menimpa manusia adalah

datang daripada Allah dan tujuannya adalah untuk mendidik

manusia agar lebih kuat dan menjadi insan yang lebih bertakwa.

Syariat diturunkan bagi mendidik manusia menghadapi segala

ujian dan cubaan tersebut. Syariah menanamkan keimanan dan

nilai-nilai amanah dan kebenaran dalam jiwa seseorang itu.

Sebahagaian dari program pendidikan dalam Islam ialah melalui

ibadah. Amalan ibadah yang disyariatkan oleh Allah ini

memainkan peranan mendidik manusia supaya menjadi ahli

masyarakat yang berguna dan memberi manfaat kepada yang lain.

6

Page 7: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

Sebagaimana firman Allah yang mensyariatkan hambanya agar

menunaikan solat  didalam Al-quran yang bermaksud:

“Dan dirikanlah shalat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa

saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat

pahala nya pada sisi Allah. Sesungguhnya Alah Maha Melihat

apa-apa yang kamu kerjakan”

(Surah Al Baqoroh : 110)

“Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu ,

sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”  (Surah Al Baqoroh : 153)

“Dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); Sesungguhnya sembahyang itu

mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar.”  (Al-Ankabut: 45)

     

2.      Syariah sebagai perisian Problem

Solving ( Penyelesaian Masalah) dalam kehidupan- Syariat Islam

merupakan satu peraturan yang bersifat universal dan global

(Syumuliyyah). la merangkumi seluruh bidang keperluan manusia

yang meliputi aspek hubungan antara manusia dengan tuhan, 

hubungan sesama manusia dan alam sekitar. Syariah memelihara

lima tunjang yang menjadi pokok dan asas utama dalam

memelihara keamanan dan kesejahteraan seluruh umat manusia

iaitu menjaga agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Lima

perkara tersebut dipanggil sebagai maqasid Syariah. Setiap

7

Page 8: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

permasalahan yang melibatkan kelima perkara ini akan

diselesaikan berdasarkan syariat Islam dengan menjadikan wahyu

Illahi, hadis dan sunnah sebagai sumber rujukan utama. Syariat

Islam digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu perkara itu 

wajib, harus, sunat, makruh atau pun haram dilakukan.

Tujuannya adalah untuk menjernihkan kekeliruan yang melibatkan

bab-bab agama agar setiap perkara yang dilakukan mendapat

keredhaan Allah dan demi kemaslahatan manusia.

Penghayatan yang kedua ini juga amat berkaitan dengan

perhubungan masyarakat terutamanya dalam hubungan menjaga hak

asasi manusia dan tidak mencerobohinya. Jika berlaku

pencerobohan maka hukuman tertentu menantinya.Hukuman yang

ditetapkan oleh syarak bukan semata-mata bertujuan untuk

menghukum si penjenayah tetapi membendung masyarakat dari

melakukan jenayah tersebut. Bagi mencapai matlamat inilah

disyariatkan agar melaksanakan undang-undang jenayah Islam

seperti hudud,qisas dan takzir. Sebagaimana firman Allah dalam

Al-quran yang bermaksud:

“Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu

mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka

itulah orang-orang yang zalim”

(Surah al-Baqarah:229)

8

Page 9: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

   Garis panduan yang telah ditetapkan dalam syariat Islam

adalah untuk membawa kepada kebaikan sebanyak yang mampu

kepada manusia dan bukannya kemudharatan, membuka jalan ke

arah yang lebih jernih agar manusia tidak terus berada dalam

kejahilan.

3.      Sebagai Penegak Keadilan- “Demi sesungguhnya! Kami telah

mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas

nyata dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan

keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan

keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi

kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi

dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu

dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah

tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan

mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan

baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha

Kuasa”  (Surah Al-hadid : 25).

Berdasarkan daripada ayat diatas, jelas menunjukkan bahawa

Islam adalah agama yang adil dan seimbang. Tidak terlalu

memberatkan malah memudahkan. Sepertimana dalam firman Allah

yang bermaksud :

“Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan”.  (Al-

Hajj:78)

9

Page 10: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

Syariat islam adalah untuk memperjelaskan lagi segala

garis panduan yang telah termaktub didalam kitab suci Al-

quran. Tujuannya adalah bagi memudahkan ummat manusia untuk

memahami dengan lebih mendalam mengenai hukum-hukum syara’

berdasarkan dalil dan hujah yang terdapat didalam Al-quran ,

hadis dan sunnah Rasullullah s.aw. Keadilan dalam Islam adalah

bermaksud mengambil hak dari orang zalim dan meletakkannya

kepada orang yang dizalimi dan tertindas. Hal ini dijelaskan

sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“Dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong

kamu kepada tidak berlaku adil (kepada sesiapajua) kerana sikap adil itu lebih

hampir kepada taqwa”. (Al-Ma'idah: 8)

Al-Quran mewajibkan setiap manusia berlaku adil di dalam

segala urusannya, terutama daripada kalangan pemerintah yang

berkuasa. Hal ini dijelaskan Allah s.w.t yang bermaksud:

Jika kamu menghukum manusia hendaklah kamu menghukum seadil-adilnya  (Al-

Nisa' : 58)

Keadilan syariah dapat dilihat dengan wujudnya

kesamarataan di dalam mentaklifkan segala fardu ain. Setiap

manusia diwajibkan melaksanakan syariat Allah dan meninggalkan

segala laranganNya tanpa ada kekecualian kepada individu-

individu tertentu. Keadilan akan menghasilkan pelaksanaan

10

Page 11: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

segala  perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala

laranganNya. Sedangkan kezaliman pula ialah meninggalkan

segala suruhanNya dan mengerjakan segala larangan Allah s.w.t

3. EMPAT CIRI KEISTIMEWAAN SYARIAH ISLAM

Ciri-ciri keistimewaan Syariah Islamiyyah

3.1 Rabbaniyyah 

Ianya membawa erti bahawa hukum dan peraturan Syariah ini dari

Allah swt dan bukan ciptaan manusia. Beerti sumber Syariah

Islamiyyah ialah Allah swt yakni wahyuNya kepada Nabi Muhammad

saw dengan lafaz dan makna, iaitu al-Qur’an, atau dengan makna

tidak lafaz iaitu as-Sunnah. Ciri ini membezakannya sama

sekali dari semua perundangan duniawi kerana ia bersumberkan

dari manusia sedangkan Syariah Islamiyah sumbernya pencipta

manusia itu sendiri. 

3.1.1 Natijah Syariah Islamiyyah:

i)-Prinsip-prinsip Syariah dan hokum-hakamnya bersih dari

sebarang rupa bentuk kezaliman, kelemahan dan menurut hawa

nafsu kerana penciptanya ialah Allah yang mempunyai

ksempurnaan mutlaq. Undang-undang duniawi pula mempunyai

kelemahan kerana ia lahir dari manusia yang memiliki kelemahan

seperti kejahilan, penyelewengan, kezaliman, kelemahan,

11

Page 12: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

kekurangan, terpengaruh dengan hawa nafsu, alam persekitaran,

kaum atau bangsa, dan sebagainya.

ii)-Hukum-hukum Syara’ mempunyai kehebatan dan kehormatan

dalam jiwa orang-orang yang beriman dengannya ama ada

pemerintah mahupun yang diperintah, justeru kerana ianya dari

Allah dan pasti memiliki sifat Ad-Din. Atas dasar inilah ia

tetap dihormati dan dipatuhi dengan rela hati yang didorongi

oleh jiwa yang bersih dan keimanan yang mendalam tanpa ada

unsur paksaan.

3.1.2 Balasan Duniawi dan Ukhrawi

Balasan duniawi ini ada yang bersifat kanun jenayah dan ada

yang dikatakan kanun sivil sepertimana juga dengan undang-

undang buatan manusia tetapi skopnya lebih luas dari balasan

yang terdapat dalam undang-undang buatan manusia, justeru

undang-undang Islam itu mencakupi seluruh urusan individu

termasuklah soal-soal keagamaan dan akhlak, tidak sepertimana

undang-undang buatan manusia. Balasan ukhrawi adalah dikenakan

ke atas setiap perlanggaran hokum syara’ sama ada ia amalan

had mahupun amalan anggota lahir, yang berkaitan dengan

muamalat maliyyah (sivil) mahupun jenayah dan sama ada yang 

bersalah itu dikenakan hukuman keseksaan atau tidak, selagi

tidak bertaubat nasuha dan mendapat penghalalan hak dari orang

tertentu.

12

Page 13: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

 

2. Alamiyyah dan Umumiyyah 

Syariat Islam menjadi keistimewaan dengan ciri ini, ia menjadi

rahmat untuk sekalian alam, menjadi petunjuk kepada seluruh

umat manusia dan merupakan peraturan untuk manusia sejagat

pada semua masa dan tempat. Ia bukan perundangan untuk satu

jenis manusia, Negara, bangsa dan kabilah tertentu sahaja,

bahkan ia untuk manusia di mana jua mereka berada.  Islam

meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara

seperti:

a)       Dharuriyyat  : iaitu kehidupan manusia tidak akan

wujud dengan ketiadaannya. Perkara-

perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga akal,

agama, jiwa, keturunan dan harta. 

b)       Hajiyyat : perkara yang diperlukan manusia untuk

hidup. Namun manusia hidup tanpa

kewujudannya. 

c)       Tahsiniyyat : iaitu perkara yang diperlukan manusia

untuk hidup lebih mulia. Contohnya

Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara penutupan

mengikut tempat dan suasana.

Ia lebih mirip kepada unsure kesempurnaan kemewahan.

 

3. Kekal.

Syariat islam kekal sepanjang zaman tanpa dinasakh dan tiada

perubahan. Ia merupakan Syariat Islam terakhir dan penutup

13

Page 14: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

syariat-syariat samawi. Nabi Muhammad saw adalah rasul

terakhir, tiada Nabi lagi selepas baginda. Kesejagatan Syariat

Islam, umum untuk seluruh manusia dan tidak menerima sebarang

pembatalan dan tukar ganti, sudah pasti segala peraturan dan

hokum-hakamnya itu dapat mencapai kepentingan manusia

sepanjang zaman dan disemua tempat dan mampu memenuhi segala

keperluan yang dihajati oleh manusia setiap masa, dijadikannya

sebagai penutup semua syariat, peraturan, prinsip dan hokum-

hukumnya sesuai dilaksanakan untuk semua masa dan tempat. 

4. Syumul

Syariat Islam itu suatu system yang syumul mencakupi semua

urusan hidup yang menggariskan manusia jalan iman, menerangkan

dasar-dasar aqidah, menyusun hubungan manusia dengan Tuhannya,

memerintah bersihkan jiwa, dan mengatur hubungan manusia

sesama manusia. Kesyumulan Islam ini dapat dilihat pada 3

kelompok:-

 

i)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan aqidah seperti beriman

kepada Allah dan hari akhirat. Perbahasan hukum-hukum aqidah

ini dan kajiannya terdapat dalam ilmu kalam atau Tawhud.

ii)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib

bercakap benar, amanah, menyempurnakan janji, haram berdusta,

khianat, mungkir janji. Hokum-hukum akhlak ini kajiannya

adalah dalam ilmu akhlak atau Tasawwuf.

14

Page 15: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

iii)-Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan

manusia dalam hubungan mereka dengan yang lain. Hokum amali

ini dinamakan dengan al-fiqh, perbincangannya dalam ilmu al-

Fiqh.

Ia terbahagi kepada 2 bahagian yang besar iaitu:

a)-Ibadat seperti solat, puasa, zakat yang mana ia bertujuan

mengatur hubungan di antara individu dengan Tuhannya.

b)-Adat dan muamalat yang bertujuan untuk mengatur hubungan di

antara sesama manusia.

Kemanusiaan

Syariat Islam bersifat kemanusiaan sejagat kerana ianya

diturunkan oleh Allah swt untuk seluruh manusia dan rahmat

Allah kepada mereka sepanjang zaman dan di semua tempat. 

Keadilan mutlak

Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya menurut

hitungan sebenarnya daripada Allah. Adalah menjadi tujuan

Islam itu menegakkan keadilan mutlak dikalangan manusia

seluruhnya dengan menegakkan persaudaraan dikalangan mereka,

memelihara kehormatan agama, nyawa, akal, maruah, keturunan

dan harta benda dengan bermatlamat dunia dan akhirat. 

15

Page 16: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

4. EMPAT KEBERKESANAN PEMANTAPAN SYARIAH DI MALAYSIA

Umat Islam hari ini berhadapan dengan perkembangan baru

dan cabaran moden. Cabaran mereka datang dari berbagai sudut

seperti pemikiran, hiburan, permainan, fesyen, media massa,

harta benda, populariti dan berbagai lagi. Mereka seolah-olah

hilang arah dan tuntunan selepas kebanyakan mereka tidak lagi

mengikut Al-Quran dan As-Sunnah sebagai panduan. Maka dengan

itu, keberkesanan pamantapan syriah yang diamalkan di Malaysia

dicadangkan untuk menjurus kea rah ini.

Sejarah perundangan dengan jelas membuktikan bahawa

undang-undang Islam telah mantap dan dilaksanakan dalam

pemerintahan Kerajaan Melayu sebelum kedatangan Inggeris.

Terdapat bukti yang jelas menunjukkan undang-undang telah

dikanunkan dengan cara teratur bagi pemakaian dan panduan

kerajaan Melayu ketika itu seperti ‘Hukum Kanun Melaka’,

‘Undang-Undang Pahang’ dan ‘Undang-Undang Kedah’. Beberapa

bahagian kanun tersebut adalah petikan daripada hukum fiqh

Mazhab Syafie.

Selepas kedatangan Inggeris khususnya dengan penerimaan

Sistem Residen, secara beransur-ansur dan sedikit demi sedikit

prinsip undang-undang Inggeris dimasukkan ke dalam sistem

pentadbiran, perundangan dan kehakiman. Akhirnya beberapa

undang-undang seperti Kanun Keseksaan, Enakmen Keterangan dan

Kanun Acara Jenayah telah diperundangkan di mana Undang-Undang

Islam dalam bidang berkenaan tidak lagi berkuasa.

16

Page 17: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

Berikutan dengan itu, perundangan Islam pun mula diperbuat

dalam bentuk Enakmen dan Ordinan bagi mendapatkan

penguatkuasaan undang-undang. Keadaan ini meletakkan kedudukan

undang-undang Islam sama dengan bahagian undang-undang lain

yang perlu dikanunkan. Cara ini telah diikuti hingga ke hari

ini sepertimana yang diperjelaskan dalam Perlembagaan Negara.

Ini didapati dalam Jadual Ke-Sembilan Senarai Negeri.

4.1 Penyelarasan Undang-Undang Islam

Memandangkan Islam di bawah bidang kuasa negeri dan

Sultan sebagai Ketua Agama Islam (bagi negeri-negeri yang

beraja) maka tidak dapat dielakkan berlakunya ketidakseragaman

undang-undang Islam antara negeri-negeri. Usaha-usaha untuk

mengadakan undang-undang Islam yang selaras dan seragam di

seluruh Malaysia telah bermula sejak sekian lama dan beberapa

usaha telah diambil bagi maksud tersebut. JAKIM melalui

Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil telah

banyak membantu menggubal undang-undang Islam yang disediakan

sebagai ‘model’ untuk diterima pakai oleh negeri-negeri.

Pemurnian Akidah

Sebagaimana yang telah diakui bahawa kesucian akidah umat

Islam di Malaysia terpelihara di bawah Perlembagaan

Persekutuan iaitu di bawah Perkara 11(4) yang melarang

sebarang dakyah agama lain kepada umat Islam. Menyedari bahawa

banyak faktor-faktor lain yang boleh menggugat kesucian akidah

17

Page 18: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

orang-orang Islam maka kerajaan telah menyusun pelbagai

program yang berupa penjelasan, penerangan, kursus dan

perbincangan khusus berkenaan perkara-perkara yang dapat

memantapkan iman dan menguatkan keyakinan umat Islam.

Mereka yang baru memeluk Islam diberi kursus-kursus

kefahaman dan penghayatan secara bersiri dan berjadual.

Demikian juga kerajaan telah mengujudkan melalui JAKIM satu

Unit Khas berkenaan ajaran sesat bagi menangani gejala

penyelewengan akidah menerusi ajaran-ajaran salah dan sesat.

Penubuhan Panel Kajian Akidah di JAKIM yang dianggotai oleh

pakar akademik dan tokoh Islam banyak membantu JAKIM menangani

masalah ini. Jabatan/Majlis Agama Islam Negeri-negeri juga

mewajibkan kepada mana-mana individu yang ingin mengajar atau

berceramah berkenaan agama Islam mendapatkan Sijil Tauliah

Mengajar Agama dari pihak Jabatan/Majlis. Ini adalah langkah

bijak bagi mengawal sebarang anasir-anasir atau pengaruh

ajaran sesat daripada merebak. Mengajar agama tanpa tauliah

adalah satu kesalahan di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah

Syariah.

Dalam pada itu, Jawatankausa Fatwa Kebangsaan tidak

pernah teragak-agak mengeluarkan fatwa tentang penyelewengan

satu-satu ajaran sesat sebaik sahaja dikenalpasti. Sehingga

kini, JAKIM sentiasa menganjurkan kursus-kursus pemurnian

akidah kepada bekas-bekas kumpulan ajaran sesat bagi tujuan

memulihkan mereka kembali ke ajaran Islam yang sebenar.

Kemuncaknya kerajaan telah membina Pusat Pemulihan Akidah di

Jelebu, Negeri Sembilan yang menelan belanja RM5 juta. Ia

berperanan menyusun program-program yang dapat menjelaskan

18

Page 19: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

segala kekeliruan dan salah faham di kalangan pengamal dan

penganut ajaran sesat agar kembali ke ajaran Islam yang suci

dan lurus.

Pada masa yang sama juga, JAKIM dan Kementerian Dalam

Negeri (KDN) selama ini telah bekerjasama dalam menapis dan

mengharamkan buku-buku yang mengandungi unsur-unsur penghinaan

dan penyelewengan akidah umat Islam. Kini JAKIM sedang

menyiapkan peringkat akhir draf Undang-Undang Pemulihan Akidah

iaitu undang-undang khusus bagi membendung masalah pertukaran

agama di kalangan masyarakat Islam.

Apa yang penting, kerajaan tidak pernah bersikap sambil

lewa dalam hal-hal yang berkaitan dengan akidah umat Islam.

Segala pendekatan dan saluran digunakan secara bersepadu dan

terancang bermula dari pendidikan hinggalah ke penguatkuasaan

undang-undang semata-mata untuk melihat akidah umat Islam

terpelihara di bumi Malaysia.

4.2 Sistem Perbankan Islam

Bagi membuka jalan untuk penubuhan bank Islam di

Malaysia, kerajaan telah meluluskan Akta Bank Islam 1983 yang

menggariskan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh bank

Islam dalam operasinya di Malaysia dan kuasa-kuasa Bank Negara

Malaysia dalam menyelia dan mengawal bank Islam. Dalam tahun

yang sama juga kerajaan telah meluluskan Akta Pelaburan

Kerajaan 1983 yang memberi kuasa kepada kerajaan untuk

mengeluarkan sijil pelaburan berdasarkan prinsip syariah.

19

Page 20: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

Bank Islam pertama beroperasi di Malaysia ialah Bank

Islam Malaysia Berhad pada 1 Mac, 1983 yang menawarkan

perkhidmatan sama seperti bank-bank konvensional cuma ia

berdasarkan prinsip-prinsip syariah. Selain itu, ia juga

mempunyai anak-anak syarikat yang menjalankan operasi

berdasarkan prinsip syariah iaitu Syarikat Al-Ijarah Sdn. Bhd.

yang menjalankan pemajakan harta tetap, Syarikat Nominees Sdn.

Bhd. yang memberi perkhidmatan nomini dan Syarikat Takaful

Malaysia Sdn. Bhd. yang memberi perlindungan insurans am dan

insurans keluarga.

Kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia juga mempunyai

objektif jangka panjang iaitu ingin mewujudkan Sistem

Perbankan Islam seiring dengan sistem bank konvensional. Ini

dapat dicapai dengan tiga adunan utama iaitu pertama, sistem

ini mempunyai ahli yang cukup, kedua, perkhidmatan dan

produknya merangkumi keseluruhan sistem bank dan ketiga, perlu

diwujudkan pasaran antara-bank yang operasinya mengikut

prinsip syariah.

Sejajar dengan objektif itu, pada awal tahun 1993

sebanyak 21 produk bank Islam telah berjaya diwujudkan

antaranya al-Wadiah, al-Mudharabah, al-Musyarakah, al-

Murabahah, al-Bai bithaman ajil, Bai’ul-salam, al-Ijarah, al-

Bai al-ta’jiri, al-Wakalah, al-Rahn, al-Qardhul hassan dan al-

Kafalah.Pada 4 Mac, 1994 Bank Negara Malaysia telah

melancarkan Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) di mana

institusi kewangan yang ada dibenarkan dan digalakkan untuk

menawarkan perkhidmatan berasaskan prinsip syariah. Lantas

pada penghujung tahun 1993, Sistem Perbankan Islam di Malaysia

20

Page 21: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

telah mengandungi sebuah bank Islam dan 20 buah institusi

kewangan konvensional terdiri dari 10 buah bank perdagangan, 8

buah syarikat kewangan dan 2 buah bank saudagar yang

menawarkan perkhidmatan dan produk berdasarkan prinsip Islam.

Selain itu, pada 3 Januari, 1994 pasaran wang antara-bank

secara Islam telah dilaksanakan. Sesungguhnya tanpa

kesungguhan dan sokongan yang padu dari pihak kerajaan, Sistem

Perbankan Islam di Malaysia tidak akan maju sejauh ini.

4.3 Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam

Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran yang

diperkenalkan pada tahun 1985 adalah sebahagian daripada

pelbagai usaha kerajaan untuk memasukkan unsur-unsur Islam

dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Dasar ini

bermaksud membimbing dan membentuk akhlak yang berfaedah dalam

kehidupan setiap rakyat ke arah ketinggian maruah di samping

menanam nilai-nilai murni ke dalam sistem pentadbiran negara.

Rasional pentadbiran dipilih sebagai komponen utama dasar

ini ialah bagi melicinkan pelaksanaan sesuatu dasar dan atas

kesedaran bahawa kejayaan rancangan-rancangan kerajaan banyak

bergantung kepada penjawat-penjawat perkhidmatan awam.

Penghayatan kepada nilai-nilai Islam akan dapat menjamin

kelancaran dan kecekapan jentera kerajaan serta menghindar

perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.

Nilai-nilai tersebut iaitu amanah, bertanggungjawab, ikhlas,

dedikasi, sederhana, tekun, bersih, berdisiplin, bekerjasama,

berbudi mulia dan bersyukur yang berjumlah sebelas kesemuanya

21

Page 22: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

adalah nilai-nilai Islam yang dipilih memandangkan ia

merupakan kunci kejayaan pentadbiran sesebuah negara.

Penubuhan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang mula

beroperasi pada 1 Oktober, 1967 mencerminkan kesungguhan

kerajaan dalam memelihara dan mengawasi sistem nilai

masyarakat. Institusi yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan

khusus untuk mencegah perbuatan rasuah dan penyalahgunaan

kuasa diberi kuasa utama di bawah undang-undang iaitu Akta

Pencegahan Rasuah 1997, Akta Pencegah Rasuah 1961 (Disemak

1971), Ordinan No.22 (Kuasa-Kuasa Perlu) Dharurat 1970, Akta

Badan Pencegah Rasuah 1982, Kanun Keseksaan (F.M.S. Cap 45),

Kanun Prosedur Jenayah (F.M.S. Cap 6), Akta Polis 1967 dan

Akta Kastam 1967. Besarnya peranan BPR yang diberi mandat oleh

kerajaan dalam memastikan kepentingan awam agar tetap

terpelihara, dikuatkan lagi dengan Ketua Pengarahnya adalah

dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

4.4 Penyelarasan Penyeragaman Undang-undang Islam Negeri

Usaha terbaru ialah JAKIM telah mengemukakan suatu

cadangan supaya penyelarasan dan penyeragaman undang-undang

Islam negeri-negeri dibuat melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Cadangan atas nama Kerajaan Pusat tersebut telah dipersetujui

oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali Ke-176 pada 1 Ogos, 1997

yang lalu. Ekoran persetujuan itu, JAKIM dengan kerjasama

Jabatan Peguam Negara telah membuat kajian terperinci ke atas

enam undang-undang utama negeri-negeri iaitu Undang-Undang

Pentadbiran Agama Islam, Undang-Undang Keluarga Islam, Undang-

22

Page 23: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

Undang Kesalahan Syariah, Undang-Undang Keterangan Mahkamah

Syariah, Undang-Undang Tatacara Jenayah Syariah dan Undang-

Undang Tatacara Mahkamah Syariah.

Beberapa siri pertemuan telah diadakan antara Menteri di

Jabatan Perdana Menteri, Peguam Negara, Ketua Pengarah JAKIM

dan Pengarah Bahagian Undang-Undang JAKIM dengan D.Y.M.M.

Sultan Azlan Shah (selaku Penasihat Undang-Undang Majlis Raja-

Raja) bagi membincangkan cadangan penyelarasan dan

penyeragaman undang-undang tersebut. Kini cadangan rang

undang-undang tersebut akan dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri

untuk kelulusan sebelum dikemukakan kepada Mesyuarat Majlis

Raja-Raja.

5. KESIMPULAN

Sememangnya kita melihat bahawa telah banyak program-

program yang dijalankan untuk memantapkan nilai-nilai akidah

dalam kalangan masyarakat hari ini. Walau bagaimanapun,

kebanyakan program yang dijalankan tidak menyeluruh dan ada

antaranya yang terhad untuk kawasan-kawasan tertentu juga.

23

Page 24: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

Oleh itu dalam hal ini, semua pihak perlulah bermuhasabah dan

mengkaji sejauh mana keberkesanan program yang mereka

jalankan, adakah ianya hanya sekadar melepaskan batuk

ditangga, ataupun tidak mencapai objektif yang ditetapkan.

Pendapat dan kajian semua pihak haruslah diterima dengan hati

yang terbuka oleh pihak yang berkenaan. Seperti Firman Allah

s.w.t. :

ه سي� ح� عون' ا! ي� xت ي9 ول ف�� ق� ل� معون' ا{ ست� ن' ي�9 ي�9 د� ل� ـت� ) ا{ ب� ل� لأ! وا ا{ ول� م ا! كg ه� ب ـ ول� وا! هلل هم ا{ دي� ن' ه� ي�9 د� ل� كg ا{ ب ـ ول� ا! ١٨)Maksudnya : Yang berusaha mendengar segala perkara yang disampaikan dan

mengikut apa yang terbaik, itulah orang-orang yang sempurna pemikirannya.

( Az-Zumar, 38 :18 )

Sebagai konklusinya, amalan pemantapan nilai-nilai akidah

di Malaysia perlulah ditambah dan diperkemaskan agar tujuannya

tercapai. Manakala pemantapan akidah anak-anak merupakan suatu

perkara yang perlu dititik beratkan oleh ibubapa melebihi

perkara yang lain lebih-lebih lagi pada zaman yang sangat

mencabar ini. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam

pembentukan akidah anak-anak kerana anak-anak ini berada dalam

kawalan mereka dan ia menjadi tanggungjawab mereka. Selain

itu, system pendidikan kita pada hari ini di peringkat sekolah

perlulah diintegrasikan dengan Islam kerana agama Islam itu

merupakan rahmat bagi sekalian alam dan tidak pernah

bercanggah dengan fakta semasa. Integrasi ilmu ini bermaksud

semua ilmu dibahas mengikut cara pemikiran Islam yang

berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Maka dengan itu,

pemantapan akidah yang bermula di kalangan anak-anak kita akan

24

Page 25: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

dapat dikukuhkan dan disuburkan sehingga ia dewasa kelak

seterusnya mencegah dan mengurangkan gejala-gejala sosial yang

semakin membimbangan dewasa ini.

6. RUJUKAN

Abdul Latif Muda dan Rosmawati Ali @ Mat Zin (1998). Pengantar

Ilmu Tauhid.Kuala Lumpur : Pustaka Salam

Auni Haji Abdullah (2010),Teras Utama Sistem Pengurusan Islam. Kuala

Lumpur: Alam Raya Enterprise Sdn. Bhd

http://pmram.org/v2/index.php?

option=com_content&view=article&id=2007:syariah-makna-dan-

dasarnya&catid=67:manhal. DILAYARI PADA 08 NOVEMBER 2013.

http://mujahidsyafiq.wordpress.com/category/1-prinsip-asas-

islamsyariah/ .

Dilayari pada 08 November 2013.

25

Page 26: KEPENTINGAN SYARIAH DALAM KEHIDUPAN

http://seharumanginsyurga.blogspot.com/2011/05/pengenalan-

kepada-syariah-dan.html . Dilayari pada 08 November 2013

http://nuribtis.blogspot.com/2013/03/kepentingan-syariah-

dalam-kehidupan.html . Dilayari pada 08 November 2013.

26