Top Banner

of 23

Kepentingan Pj Suaian

Nov 02, 2015

Download

Documents

Nick Aiman

pj
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript

Kepentingan PJ Suaian dalam Aspek Perkembangan Kognitif

TAJUK:Kepentingan PJ Suaian dan motivasiDISEDIAKAN OLEH :NIK MUHD AIMAN AKIF BIN NIK AYUBDICKLY MICHAELPENSYARAH :ENCIK ZULKEFLY BIN JAMIL

PJM3142PENDIDIKAN JASMANI SUAIANDirekakhasuntuk kanak-kanak yang mengalami kecacatan dari segi mental mahupun fizikal serta kanak-kanak yang tidak mempunyai keupayaan seperti seorang manusia yang normal.

Melalui Pendidikan Jasmani Suaian, kanak-kanak kurang upaya mengalami pertumbuhan dan perkembangan daripada aspek fizikal, kognitif dan afektif yang agak sukar diperoleh dalam subjek yang lain.PENGENALANTerbahagi kepada dua aspek :

Aspek kehidupan seharianDalam kehidupan seharian, setiap individu memerlukan pergerakan untuk melakukan semua perkara dan untuk membantu perkembangan motor individu.

Sebagai contoh : terdapat murid yang mengalami masalah postur badan yang tidak sempurna hingga menjejaskan cara murid tersebut berjalan. Oleh itu, guru perlu bertindak membantu murid dengan memberi latih tubi berjalan dengan betul sehingga kemahiran tersebut dapat dikuasai dengan lebih baik.

Aspek sukan dan rekreasiApabila pertumbuhan dan perkembangan fizikal murid kurang upaya berlaku dengan baik, mereka boleh melakukan aktiviti yang lebih khusus seperti sukan dan rekreasi dengan baik juga.Pertumbuhan dan perkembangan fizikalAntara kepentingan pertumbuhan dan perkembangan fizikal dalam aspek kehidupan seharian ialah:

Membolehkan murid dapat berjalan dengan betul.Membolehkan murid menggunakan peralatan kebersihan diri dengan betul seperti memberus gigi.Murid mampu memegang sudu, cawan atau menyuap nasi menggunakan tangan semasa makan dan minum dengan betul.Murid mampu memegang pensil dan peralatan menulis lain dengan baik ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Murid mampu memegang dan menggunakan peralatan sukan dengan betul dan cekap.Murid mampu menguruskan diri sendiri seperti menyikat rambut, memakai tali kasut, memakai baju dan lain-lain.Antara kepentingan aspek pertumbuhan dan perkembangan fizikal dalam aspek sukan dan rekreasi ialah:

Murid boleh melakukan aktiviti pergerakan asas seperti aras mudah ke aras sukar. Contohnya; merangkak, berjalan, berlari, melompat dan sebagainya.

Murid mampu melakukan aktiviti sukan daripada motor kasar kepada motor halus. Contohnya; murid berlatih menyambut bola besar terlebih dahulu sebelum mempelajari menyambut bola kecil.Murid boleh memilih sukan yang diminati dan menjalani latihan yang berfokus. Contohnya; murid berminat memilih bermain dalam permainan bola jaring maka latihan dan latih tubi yang bersesuaian adalah perlu agar kemahiran dapat dikuasai. Seterusnya dapat menyertai pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.

Murid boleh melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi seperti berkhemah, berkelah, berkayak tetapi dengan pengesahan daripada pihak yang bertanggungjawab.

Murid boleh bermain bersama rakan-rakan di padang atau taman permainan dan menggunakan semua peralatan yang disediakan dengan berhati-hati.Kepentingan PJ Suaian dalam Aspek Perkembangan kognitifMembantu murid menilai kelemahan diri

Murid mampu melakukan setiap perkara yang diajar oleh guru dengan baik dan bersungguh-sungguh.

Murid mendengar setiap arahan yang disampaikan guru.

Murid mampu memahami isi pengajaran yang disampaikan oleh guru tanpa diulang berkali-kali.

Kepentingan PJ Suaian dalam Aspek Perkembangan kognitif .Murid boleh berfikir tentang sebab dan akibat sesuatu perkara itu dilakukan.

Murid mampu menilai perkara yang baik dan buruk dalam membuat keputusan.

Murid mampu mengeluarkan idea atau pandangan kepada orang lain.

Murid boleh membantu rakan-rakan lain yang masih lemah.

Kepentingan PJ Suaian dalam Aspek Perkembangan AfektifMurid dapat bergaul bersama rakan-rakan sebaya dengan rasa gembira.

Murid menunjukkan keseronokan semasa bermain dan melakukan aktiviti dengan rakan-rakan.

Murid tahu bersikap menghormati guru dan rakan lain.

Kepentingan PJ Suaian dalam Aspek Perkembangan AfektifMurid bersungguh-sungguh semasa melakukan aktiviti yang diarahkan guru.Murid tahu rasa tanggungjawab terhadap peralatan yang dipinjamkan dan amanah yang diberikan oleh guru.Murid bekerjasama dalam kumpulan dan tidak menimbulkan pergaduhan.

Faktor motivasi untuk murid kurang upayaPerkataan MOTIVASI adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu "MOTIVATION yang bermaksud TUJUAN.

Secara umumnya motivasi adalah sesuatu yang MENGGERAK DAN MENGARAH TUJU seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif.DEFINISI MOTIVASI MOTIVASI POSITIF DAN NEGATIF MOTIVASI Motivasi intriksik lahir daripada dalaman pelajar.Motivasi ini lahir daripada perasaan individu itu sendiri tanpa dorongan luar. Ianya melibatkan perasaan pelajar seperti perasaan ingin tahu mengenai sesuatu .Contohnya, pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat A dalam matapelajaran. MOTIVASI INTRINSIKMotivasi yang berpunca dari luar iaitu apabila kita buat sesuatu bagi mendapatkan ganjaran.Motivasi ekstrinsik ini dapat dirangsang dalam bentuk-bentuk seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk suasana dan iklim persekitaran yang kondusif bagi mendorongkan pelajar belajar.Contohnya, pujian yang diberikan oleh guru kepada seseorang pelajar kerana kerjanya yang baik akan menyebabkan daya usaha pelajar itu meningkat. MOTIVASI EKSTRINSIK Murid yang kelainan upaya memerlukan motivasi kerana

Mereka merasakan mereka tidak yakin kepada diri sendiri kerana mereka tidak sempurna berbanding murid yang lain.Mereka tidak dapat menerima arahan guru dengan baikPerasaan rendah diri berbanding murid yang normal.

KENAPA MOTIVASI DIPERLUKAN?Bagi murid ini, jenis motivasi yang sesuai ialah Motivasi Ekstrinsik.Ini kerana mereka tidak dapat berfikir seperti murid yang normal. Motivasi Ekstrinsik sesuai kerana golongan ini memerlukan perhatian. Oleh itu, untuk menarik perhatian mereka motivasi berbentuk luaran seperti penghargaan lisan, pujian dan hadiah sangat berkesan untuk menarik minat mereka. Jenis motivasi yang sesuai untuk murid kelainan upayaABSTRAK

Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan suatu program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri didalam kelas biasa belajar bersama-sama dengan murid-murid biasa. Oleh itu satu kajian telah dijalankan dibeberapa buah sekolah yang mengamalkan kelas pemulihan dan kelas bermasalah pembelajaran. Bagi meninjau pendapat guru-guru pendidikan khas dan guru kelas biasa berkaitan dengan perbezaan cabaran yang dihadapi semasa Pembelajaran dan Pengajaran. Kajian ini dibuat ke atas guru Pendidikan Khas dan guru biasa di dua puluh lima buah sekolah rendah Daerah Johor Bahru, Johor. Kajian dijalankan dengan menggunakan sebanyak 28 item soal selidik. Sebanyak 80 responden telah memberi maklum balas bagi kedua-dua jenis guru ini. Hasil dapatan menunjukkan guru-guru mempunyai sikap yang sederhana dalam melaksanakan Pendidikan Inklusif ini, walaupun terdapat beberapa halangan seperti masa, tugas sampingan dan pengetahuan. Melalui beberapa cadangan yang dikemukakan, diharap kelemahan-kelemahan dalam pembelajaran dan pengajaran inklusif ini dapat di atasi oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab.JURNAL(BIAS PENGAJARAN GURU DALAM PELAJARAN KHAS DAN PELAJARAN NORMAL- MOHD NAJIB GHAFAR DAN SANISAH JAHAYA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA)Nyatakan jenis motivasi yang sesuai untuk murid kelainan upaya?Mengapakah PJ suaian boleh mempengaruhi perkembangan kognitif murid?Apakah kepentingan PJ suaian dalam aspek perkembangan afektif murid?Pertumbuhan dan perkembangan fizikal terbahagi kepada dua aspek. Nyata serta huraikan aspek berikut.

SOALAN Sekian , terima kasih