KENYATAAN MEDIA INSTITUT PENYELIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA MALAYSIA (MIROS) SUSULAN KES-KES KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN PERLANGGARAN DENGAN PENGHADANG JALAN Kajang, 31 Ogos 2018 – Kes-kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan terbabas dan melanggar penghadang jalan yang berlaku sejak kebelakangan ini telah menimbulkan kerisauan dari pelbagai pihak. Antara kes yang berlaku adalah pada 27 Ogos yang lalu di Jalan Salor – Pasir Mas dimana seorang penumpang maut dan dua lagi cedera apabila kereta yang dinaiki merempuh penghadang jalan. Manakala pada 25 Ogos yang lalu, dalam kejadian yang berlaku di Jalan Chini – Terapai, dua orang telah maut dan lima lagi cedera selepas kenderaan mereka juga terbabas dan melanggar besi penghadang jalan. Mengikut statistik kemalangan yang dikeluarkan oleh PDRM pada tahun 2016, sebanyak 1,850 kes kemalangan maut berlaku akibat dari kenderaan terbabas. Punca kenderaan terbabas ini adalah kira-kira 28% dari jumlah punca kes kemalangan maut yang berlaku pada tahun tersebut. Didalam situasi kenderaan terbabas, penghadang jalan yang dipasang berfungsi untuk menghalang kenderaan daripada terbabas keluar dari jalan dan melanggar objek yang berbahaya seperti pokok, tiang, batu besar, longkang, cerun curam, kawasan takungan air dan sebagainya. Namun bagi memastikan fungsi penghadang jalan ini berkesan, kesesuaian jenis penghadang yang dipasang dan spesifikasi pemasangan yang betul perlulah dituruti. Dengan teknik pemasangan yang betul serta mematuhi piawaan yang ditetapkan, penghadang jalan mampu mengurangkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan. Penghadang jalan terbahagi kepada tiga kategori iaitu penghadang tegar (rigid barrier), penghadang separa tegar (semi rigid barrier) dan penghadang boleh lentur (flexible barrier). Penghadang tegar kebiasaannya dibina daripada konkrit dan boleh menahan impak pelanggaran yang tinggi. Penghadang jenis ini mempunyai kadar pesongan (deflection) yang kecil apabila dilanggar dan sesuai digunakan untuk melindungi kenderaan daripada bahaya yang terletak hampir di belakang penghadang. Tenaga pelanggaran dikurangkan dengan
6
Embed
Kenyataan Media - penghadang jalan Ogos 2018 - Kes Kemalangan... · Kajang, 31 Ogos 2018 – Kes-kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kenderaan terbabas dan melanggar penghadang
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.