KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MODUL PENDIDIKAN ISLAM PIMKD2013 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018 PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM) MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)
99
Embed
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA - ipbl.edu.my MODUL PDPM...MODUL PENDIDIKAN ISLAM PIMKD2013 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA ... Kecuali untuk tujuan pendidikan yang
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MODUL PENDIDIKAN ISLAM
PIMKD2013
PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Cetakan November 2018
Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cetakan November 2018 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii
Falsafah Pendidikan Guru ii
Notis Hak Pengarang iii
Kandungan iv
Panduan Pelajar v
Icon vi
Pengenalan vii
Agihan Tajuk dan Unit viii
UNIT 1 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
1
UNIT 2 PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
9
UNIT 3 KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
20
UNIT 4 PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
26
UNIT 5 ANALISIS KANDUNGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM KSSR
48
UNIT 6 ISU-ISU SEMASA KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM 65
Bibliografi 83
Panel 84
Simbol 85
KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini. PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri. SASARAN KURSUS Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM)
dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana
interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah
pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah
/tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah
pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.
SUSUNAN UNIT MODUL Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang konsisten: 1. Hasil Pembelajaran Unit 2. Sinopsis 3. Kandungan Unit 4. Penulisan berkaitan kandungan unit
PANDUAN PELAJAR
5. Refleksi/ Latihan Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar pelajari secara interaksi bersemuka dan modul.
PENGENALAN Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan kurikulum dalam Pendidikan Islam untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Hasil Pembelajaran
1. Menghuraikan perkembangan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia.
2. Menganalisis kandungan kurikulum dan isu semasa dalam Pendidikan Islam di Malaysia
3. Menghubungkait kurikulum dengan isu semasa dalam Pendidikan Islam dengan merujuk pelbagai sumber yang relevan
AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna
Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran
secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali
dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah
pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.
TAJUK/ TOPIK JUMLAH JAM
KULIAH &
TUTORIAL
45 JAM
BERSEMUKA
40%
18 JAM
DALAM
TALIAN
20%
9 JAM
MODUL
40%
18 JAM
1. Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam
Definisi (M)
Falsafah (M)
Matlamat (M)
Objektif (M)
Dasar (K)
3 2
- 1
2. Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam
Zaman Rasulullah SAW (DT)
Zaman Khulafa’ al-Rasyidin (M)
Zaman Umaiyyah (K)
Zaman Abbasiyah (K)
5 2
1
2
3. Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia
Pengenalan (M)
Matlamat (M)
Objektif (M)
Kandungan (K)
Kepentingan/ Kelebihan (DT)
10
4
2
4
TAJUK/ TOPIK JUMLAH JAM
KULIAH &
TUTORIAL
45 JAM
BERSEMUKA
40%
18 JAM
DALAM
TALIAN
20%
9 JAM
MODUL
40%
18 JAM
4. Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia
Sebelum dan selepas merdeka (DT)
KBSR dan KBSM (M/K)
KSSR dan KSSM (M/K)
10 4
2
4
5. Analisis Kandungan Kurikulum KSSR
Bidang Al-Quran (K)
Bidang Hadis (K)
Bidang Aqidah (K)
Bidang Ibadah (DT)
Bidang Sirah (M)
Bidang Akhlak (M)
Bidang Jawi (M)
10
4
2
4
6. Isu-isu Semasa Kurikulum Pendidikan Islam
Pendidikan Bertaraf Dunia (K)
Kepelbagaian sistem pendidikan Islam (K)
Kesepaduan Ilmu (DT)
7 2 2 3
JUMLAH 45 JAM 18 JAM 9 JAM 18 JAM
Nota: K – Kuliah, T – Tutorial, A, Amali, M – Modul, DT – Dalam Talian
HASIL PEMBELAJARAN
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai konsep, definisi,
falsafah, matlamat, objektif, kandungan, dasar dan kepentingan kurikulum Pendidikan Islam.
Di sampaing asas-asas agama dalam bidang Pendidikan Islam yang menjadi sandaran
perbincangan, pendapat-pendapat sarjana Islam turut diambil kira dalam memahami
matlamat dan falsafah Pendidikan Islam.
KERANGKA TAJUK
1.1 Konsep Pendidikan Islam
1.2 Definisi Pendidikan Islam
1.3 Falsafah Pendidikan Islam
1.4 Matlamat Pendidikan Islam
1.5 Objektif Pendidikan Islam
1.6 Tugasan
UNIT 1 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
Di akhir topik ini, pelajar dapat :
i. Menghuraikan konsep, definisi, falsafah dan matlamat Pendidikan Islam.
ii. Menghuraikan matlamat Pendidikan Islam dari perspektif Sarjana Islam.
iii. Menjelaskan falsafah dan hasrat penggubalan Kurikulum Pendidikan
Islam.
1.1 Konsep Pendidikan Islam
Pendidikan dalam bahasa Arab disebut tarbiah, yang pada asalnya membawa makna;
pertambahan, perkembangan dan ketinggian. Perkataan tarbiah berasal dari kata kerja
rabba yang antara maknanya ialah; memperbaiki (islah), memimpin dan mentadbir.Menurut
ahli bahasa, tarbiah bererti membangun sesuatu secara tahap demi tahap menuju kepada
kesempurnaan. Salah satu dari nama Allah ialah ar-Rab kerana yang mengawal,
mengislah, mentadbir dan mengarahkan makhluk kepada kesempurnaan. Semuanya ini
merupakan inti daripada pendidikan. Oleh itu Rabbul ‘Alamin ditafsirkan sebagai Murabbil
‘Alamin (pendidik seluruh Alam) dan Allah SWT. ialah Pendidik Yang Teragung. Perkataan
tarbiah mengandungi dua unsur terpenting; iaitu pertambahan dan perbaikan (Islah) hingga
ke tahap kesempurnaan.
Pendidikan dalam Islam mempunyai kedudukan yang suci dan penting sekali.Ia menjadi
bahagian yang tidak dapat dipisahkan daripada Islam dan merupakan satu ibadat yang
besar. Kedudukan dan kepentingan pendidikan itu amat jelas apabila kita meneliti ayat al-
Quran yang pertama diturunkan. Ia tidak dimulai dengan perintah yang berhubung perkara
lain seperti ibadat, tetapi dimulakan degan perintah yang berhubung dengan pendidikan.
Firman Allah SWT:
“Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian
makhluk),”.
(Al-`Alaq: 1)
Islam tidak melihat pendidikan daripada skop yang sempit. Ia tidak terbatas pada pendidikan
duniawi semata-mata, tetapi meliputi dua lapangan iaitu dunia dan akhirat. Dalam
hubungan ini, Islam telah membahagikan ilmu kepada dua kumpulan yang besar. Pertama
ialah fardu ain yang dituntut ke atas setiap orang supaya mengetahui dan mempelajarinya
dalam melaksanakan suruhan agama. Kedua, ilmu fardu kifayah iaitu ilmu yang mesti
dipelajari dan diketahui oleh individu tertentu seperti ilmu pertukangan, kemahiran,
perniagaan, kedoktoran, ekoonomi, kimia, fizik, pembuatan senjata dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, ilmu yang kedua ini menjadi fardu ain apabila tiada seorang pun muslim
dalam masyarakat itu yang mempelajarinya.
1.2 Definisi Pendidikan Islam
Untuk menggambarkan pengertian Pendidikan Islam, dikemukakan beberapa definisi yang
dikemukakan oleh para sarjana Islam. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Khurshid Ahmad (1973) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai
”satu latihan aqliah, jasmaniah dan ruhiyah bertujuan melahirkan manusia; yang
berkebudayaan tinggi, sanggup melaksanakan tanggungjawab sebagai insan yang
baik dan warganegara yang berguna.
2. Miqdad Yalchin (1977) mendefinisikan pendidikan Islam sebagai
“proses melaksanakan falsafah Pendidikan Islam dan merealisasikan hasilnya dalam
bidang pembinaan, pembentukan dan pemasyarakatan seseorang selaras dengan
keperibadian yang digariskan oleh falsafah supaya sahsiah Islamiah dapat terbentuk
dalam setiap tindak tanduk, tingkah laku dan sikap seseorang muslim, walau bila dan
di mana sahaja berada”.
1.3 Falsafah Pendidikan Islam
Falsafah merupakan komponen yang paling utama dan tertinggi di dalam pendidikan,
kerana bentuk manusia yang ingin dilahirkan adalah bergantung kepada
falsafahnya.Pendidikan diertikan oleh cendikiawan sebagai pemindahan nilai-nilai dari
generasi ke generasi samada ilmu atau kemahiran, sedangkan nilai-nilai ini adalah
ditentukan oleh falsafahnya yang disogokkan melalui sistem pendidikan.
Sarjana Pendidikan Islam mentafsirkan falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang
menentukan tujuan akhir, maksud, objektif, nilai dan cita-cita yang telah ditentukan terlebih
dahulu oleh falsafah hidup Islam dan dilaksanakan dalam proses pendidikan. Al-Syaibani
(1979) menjelaskan, falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang dirancangkan dengan
hikmah untuk menjadikan proses dan usaha pendidikan bagi suatu bangsa. Pendidikan
juga menyiapkan generasi muda dan warganegara sesebuah negara supaya beriman
kepada Allah dan berpegang teguh kepaada syariat Islam.
Kesimpulannya, Falsafah Pendidikan Islam ialah falsafah yang bersumberkan falsafah hidup
Islam kerana menggunakan prinsip Islam dalam bidang pendidikan. Falsafah Pendidikan
Islam menentukan keseluruhan tujuan akhir kehidupan dunia akhirat tercapai dengan
jayanya. Falsafah Pendidikan Islam menegaskan bahawa manusia ialah makhluk Allah dan
manusia mempunyai batasan dalam tindakannya. Oleh itu pendidikan ini merupakan satu
aliran falsafah yang berbentuk keagamaan, berusaha meningkatkan keimanan manusia
kepada Allah, dapat melaksanakan tugasnya sebagai khalifah Allah di muka bumi serta
keadaan tunduk dan patuh kepadanya.
Falsafah Pendidikan Islam amat diperlukan bagi tujuan pendidikan Islam;
i. Membantu merancang pendidikan untuk melahirkan pemikiran yang sihat terhadap
proses pendidikan
ii. Menjadi asas terbaik untuk menilai sistem pendidikan negara dalam ertikata yang
menyeluruh
iii. Membentuk asas pendidikan khususnya dalam kaedah pengajaran di sekolah,
universiti dan institusi pendidikan yang lain.
iv. Membina suatu identiti sendiri bagi sistem pendidikan negara dengan wujudnya nilai
Islam dalam perkembangan kebudayaan dan masyarakat.
v. Menyelesaikan krisis dan masalah yang timbul dalam sistem pendidikan.
Keperluan untuk menyatakan falsafah pendidikan Islam secara tersurat mula disedari oleh
Jawatankuasa Pengubal Sukatan/kurikulum Pendidikan Islam KBSR. Beberapa siri
perbincangan cendekiawan Islam telah diadakan. Hasilnya pernyataan Falsafah Pendidikan
Islam KBSR dirumuskan seperti berikut:
"Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu,
kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah, bagi
membentuk sikap, kemahiran keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba
Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam
sekitar dan Negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di
akhirat."
(Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia)
Penyataan falsafah ini menegaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran di dalam mata
pelajaran pendidikan Islam memberi penekanan kepada aspek berikut:
i. Ilmu dan pengetahuan
ii. Kemahiran atau amalan
iii. Penghayatan terhadap syariat Islam
iv. Pembentukan sikap
v. Pemupukan pandangan hidup atau pemikiran Islam
vi. Tanggungjawab membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara
vii. Penekanan kesejahteraan abadi di akhirat.
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Islam yang berlandaskan al-Quran dan al Sunnah dalam
membentuk sikap kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup hamba Allah (pelajar)
yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan
Negara ke arah mencapai kebahagiaan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
1.4 Matlamat Pendidikan Islam
Matlamat pendidikan Islam adalah lebih luas dan syumul, ia bertujuan mewujudkan
warganegara yang baik dan melahirkan insan soleh yang tidak mengenal batas masa,
negeri, bangsa sebaliknya menuju kepada Allah dan alam akhirat.
Prof. Dr. A. Athiyah al-Abrasyi menjelaskan matlamat pendidikan Islam seperti berikut:
“Pendidikan hendaklah menyediakan seseorang itu sehingga ia dapat hidup dengan
sempurna, bahagia, cintakan negara, kuat jasmaninya, sempurna akhlaknya, teratur
pendidikannya, halus dan murni perasaannya, cekap dalam kerjanya, bekerjasama
dengan orang lain, baik bahasanya, tulisannya dan lisannya serta tangannya dapat
membuat sesuatu pekerjaan itu dengan baik.’.
Berdasarkan ungkapan di atas, matlamat pendidikan Islam dapat disimpulkan seperti
berikut:
i. Mempersiapkan warganegara yang baik.
ii. Membentuk manusia memiliki keperibadian yang unggul
iii. Membekalkan anak didik dengan ilmu pengetahuan
iv. Mendidik manusia ke arah kecemerlangan rohani dan jasmani
v. Membentuk akhlak yang sempurna sebagai manusia yang ideal
vi. Kebolehan dan kecekapan dalam kerja supaya dapat hidup bahagia
Menurut al-Ghazali matlamat pendidikan ialah:
“Untuk mendekatkan diri kepada Allah dan bukan untuk memperolehi kedudukan,
bermegah-megah dan berlumba-lumba.”
Beliau menekankan matlamat pendidikan Islam yang paling utama ialah untuk membuang
segala kejahilan diri sehingga individu tersebut dapat mengenali Pencipta dan matlamat ilmu
yang sebenar membolehkan individu dapat bertaqarrub kepada Allah.Jadi, tujuan
pendidikan yang selain daripada taqarrub ilallah adalah tidak tergolong ke dalam objektif
pendidikan Islam.
Ibn Khaldun pula menekankan tujuan keilmuan Islam sebagai tujuan pendidikan Islam itu
sendiri. Katanya ada dua tujuan iaitu:
i. Tujuan Keagamaan.
Pendidikan mestilah membawa individu tersebut kepada mengenal Tuhannya,
dapat beramal untuk akhirat dan dapat menunaikan hak-hak Allah yang menjadi
kewajipan kepadanya.
ii. Tujuan Keilmuan.
Iaitu membawa seseorang kepada kemahiran yang membolehkan individu tersebut
untuk menghadapi kehidupan dunianya.
Apabila kita lihat keterangan di atas, jelas menunjukkan bahawa Ibnu Khaldun menjelaskan
matlamat pendidikan adalah untuk menjaga kepentingan hidup di dunia dan di akhirat, dapat
mengimbangkan kedua-duanya sebagai satu panduan hidup manusia.
Kesimpulannya, dalam konteks terkini matlamat pendidikan Islam mempunyai empat
halatuju iaitu:
i. Melahirkan insan kamil yang beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Orang yang
beriman dan beramal soleh telah dijanjikan oleh Allah s.w.t. dengan kejayaan di dunia
dan di akhirat.
ii. Melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang sempurna, berakhlak mulia
dan bertanggung jawab kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama kerana
Allah SWT. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadith yang bermaksud:
“Setiap seorang daripada kamu adalah pemimpin. Tiap-tiap kamu bertanggungjawab ke atas pimpinannya. Pemerintah adalah pemimpin, maka ia bertanggungjawab ke atas rakyat. Seorang lelaki adalah pemimpin, maka ia bertanggungjawab terhadap ahli keluarganya. Manakala seorang perempuan itu pula adalah pemimpin dan ia bertanggungjawab terhadap ahli rumahnya, suaminya dan anaknya. Orang gaji adalah penjaga harta bendanya, maka ia
adalah bertanggungjawab terhadap harta tersebut. Tiap-tiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap pimpinannya."
iii. Menanamkan semangat cintakan Allah agar dapat melaksanakan segala suruhan dan
meninggalkan segala laranganNya. Gemar kepada amal ibadat khusus yang berpusat
di masjid. Patuh serta menyerah diri kepada Allah s.w.t. Menghormati ulamak, ibu
bapa, orang yang lebih dewasa dan menjamin kebebasan beragama dalam kalangan
orang yang bukan Islam.
iv. Mengembangkan bakat intelektual secara bebas dan demokrasi kepada kadar yang
paling maksimum. Ini semua berdasarkan bimbingan wahyu untuk mencetuskan
manusia dan menguasai alam ini untuk kebahagian, kemakmuran dan kesejahteraan
manusia sejagat.
1.5 Objektif Pendidikan Islam
Objektif pendidikan dinyatakan sebagai objektif khusus pendidikan Islam itu sendiri, objektif
tersebut adalah seperti berikut:
i. Mengajar murid-murid didikan agama supaya mengenal Tuhan yang menjadikan
langit dan bumi, memberikan kehidupan dan nikmat dan menyediakan balasan baik
dan jahat di dunia dan akhirat.
ii. Mendidikan jiwa murid-murid sehingga mencetuskan kesedaran beragama yang
mendalam dalam jiwa mereka.
iii. Mendidik jiwa murid-murid supaya beramal dengan akhlak yang terpuji sejak kecil di
samping memandu mereka supaya menghargai kemuliaan tingkah laku dan beramal
dengan tuntutannya.
iv. Menunjukkan murid-murid bahawa semua ajaran agama, baik dari suruhan atau
larangan, adalah bertujuan untuk kebaikan diri seseorang dan faedahnya terpulang
kepada masyarakat. Tujuannya adalah untuk menghindarkan kejahatan dan perkara
yang mudarat bagi diri individu dan masyarakat.
v. Menambahkan pengetahuan murid-murid tentang kelebihan-kelebihan hukum agama
yang berasaskan kepada al-Quran dan al-Hadith.
vi. Memupuk kecenderungan ke dalam jiwa murid-murid perasaan suka mempelajari al-
Quran dan membacanya. Mengajar mereka membaca al-Quran dengan betul
tentang bunyi, baris dan tempat berhenti.
vii. Mengajar hadith-hadith Nabi s.a.w. supaya murid-murid mendapatkan pengajaran
dari segi kesopanan, adab dan tingkah laku.
viii. Mengamalkan teladan yang baik daripada biografi Rasulullah s.a.w., para sahabat
dan pahlawan-pahlawan Islam yang berjasa.
1.6 Kepentingan Kurikulum
Kurikulum pendidikan sentiasa menjadi tumpuan pelbagai pihak dan dianggap sebagai
wasilah penting untuk mendidik generasi muda dan mengembangkan potensi, bakat,
kekuatan dan keterampilan mereka. Kurikulum berperanan besar untuk mempersiapkan
mereka menjalankan hak dan kewajiban dalam pelbagai aspek kehidupan serta membina
masa hadapan yang gemilang.
Kurikulum pendidikan sangat penting kerana ia dijadikan sarana untuk mencipta perubahan
yang dihasratkan, membetulkan sikap dan kepercayaan yang salah dan membentuk nilai
dan gaya hidup yang baru. Kurikulum dirancang untuk menyediakan suasana yang sesuai
bagi perkembangan yang di kehendaaki dan memauhi keperluan-keperluan pihak tertentu.
Umat Islam melihat bahawa kurikulum sebagai alat terbaik untuk membina peribadi pelajar
sama ada dari segi individu atau sosial. Di samping itu, ia juga dilihat wasilah yang berupaya
untuk membina masyarakat dan umat. Kurikulum turut dianggap sebagai teras dalam proses
pendidikan. Negara memberi perhatian yang besar kepada penggubalan sesuatu kurikulum,
pelaksanaannya, penilaiannya, penambahbaikannya serta perubahan jika ia diperlukan atau
tidak dapat dielakkan lagi.
Menurut Hassan Langgulung (1988) disiplin ilmu pendidikan terbahagi kepada lima
komponen utama iaitu; falsafah dan kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, pentadbiran
dan pengurusan, kaunseling dan penilaian. Memahami betapa pentingnya peranan
kurukulum, agenda perubahan pendidikan sesebuah negara selalunya berkait rapat dengan
perubahan pada kurikulum . Secara ringkasnya, menguasai kurikulum bermakna menguasai
pendidikan secara keseluruhannya.
1. Bincangkan aplikasi falsafah pendidikan menurut Al-Quran dan As-Sunnah dalam
pembentukan kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia.
TUGASAN
HASIL PEMBELAJARAN
SINOPSIS
Kursus ini juga membincangkan sejarah pendidikan Islam di zaman Rasulullah SAW dan
khulafa’ al-Rasyidin, zaman Bani Umaiyah dan Bani Abbasiah.
KERANGKA TAJUK
2.1 Zaman Rasulullah SAW
2.2 Zaman Khulafa’ al-Rasyidin
2.3 Zaman Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyah
2.4 Tugasan
2.5 Pembelajaran dalam talian (bagi yang ada PdP dalam talian seperti dinyatakan
dalam Agihan Tajuk).
2.1 Zaman Rasulullah SAW
Pendidikan Islam pada zaman Rasulullah SAW. memperlihatkan tahap-tahap kemajuan
pemikiran yang merubah sikap, pandangan hidup dan perlakuan manusia. Pendidikan
tersebut memperlihatkan satu garis pemisah antara natijah pendidikan Islam yang
UNIT 2 PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
Di akhir topik ini, pelajar dapat:
i. Mengenal pasti tentang sejarah perkembangan Pendidikan Islam sejak zaman
Rasulullah SAW hingga zaman Bani Abasyyiah
berteraskan tauhid dengan pendidikan jahiliah arab yang berasaskan pemikiran logik dan
matlamat keduniaan semata-mata.
Perbincangan mengenai pendidikan Islam pada peringkat ini, merangkumi skop
perkembangan Pendidikan Islam pada period Makkiyah berlaku secara rahsia, dan period
Madiniyyah iaitu pada tahap terbuka. Bagaimanapun pemikiran pendidikan yang
berlangsung pada zaman Rasulullah SAW. adalah berkisar di sekitar pembentukan individu
mukmin dalam rangka pembentukan masyarakat Islam dan bukan seperti pemikiran
pendidikan yang berlangsung dalam falsafah pendidikan moden yang ada sekarang.
Ibn Khaldun meriwayatkan sebelum kedatangan Islam penduduk Semananjung Tanah Arab
adalah buta huruf, hanya sebilangan kecil sahaja di antara mereka yang tahu membaca dan
menulis. Menurutnya orang yang belajar menulis di Hirah ialah Sufyan bin Umaiyyah dan
mempelajarinya dari Aslam bin Sidrah. Menurut sejarah orang yang mula-mula mengajar
menulis dan membaca sebagai satu mata pencarian di Tanah Arab ialah seorang yang
berasal dari Wadi al-Qura. Ia telah berusah memberi pelajaran kepada beberapa orang
penduduk negeri itu. Semenjak dari itulah tersibarnya kemahiran tulis menulis dan
membaca di Semananjung Tanah Arab, bagaimanapun proses perkembangan tersebut
berlaku secara lambat, sehinggalah kedatangan Islam.
Kedatangan agama Islam membawa perubahan besar terhadap bidang ilmu pengetahuan
dan pendidikan terutama mengenai pelajaran tulis menulis dan membaca. Situasi demikian
adalah menurut inspirasi al-Quran sebagai wahyu Allah SWT yang mula-mula kepada
Rasul-Nya. Perintah membaca اقراء seperti dalam wahyu pertama merupakan perintah Allah
SWT supaya menulis dan membaca untuk melepaskan diri mereka daripada kongkongan
kejahilan dan kemunduran dalam semua bentuk kehidupan. Menerusi pembacaan atau
pemilikan ilmu manusia dapat melibatkan diri dalam pelbagai proses kemajuan dan
kematangan seperti proses pengenalan (cognition), ingatan (memory), pengamatan
(perception), pengucapan (verbalization), pemikiran (reasoning), daya kreativiti (creatibity)
dan sebagainya untuk mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan.
Pembacaan juga dapat menyingkap tabir kejahilan yang sentiasa menghalang manusia bagi
mengenal Tuhan yang sebenar. Dengan membaca, manusia didorong kepada rasa ingin
tahu atau ingin memahami hakikat kejadian yang sebenar. Berkeyakinan terhadap Tuhan
yang Maha Esa Pencipta Alam, dapat mengenali dan menginsafi diri sendiri. Pembacaan
atau pemilikan ilmu merupakan alat yang unik bagi mencapai tahap iman yang sebenar
yang boleh mendorong kepada melaksanakan tanggungjawab untuk mencapai kebahagiaan
hakiki di dunia dan di akhirat.
i. Pendidikan Islam di Mekah
Bagi menyelaras dan memantapkan penyibaran Islam yang berasaskan aqidah, syariah dan
akhlak, Rasulullah SAW. dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan
dan pendidikan Islam kepada umatnya. Sebagai langkah pertama baginda memperkenalkan
pembacaan dan asas-asas al-Quran di samping pelajaran tulis menulis dan membaca
sebagai alat utama bagi mencapai ilmu pengetahuan. Al-Quran sebagai sumber pertama
dikuatkan lagi dengan penafsiran yang dilakukan sendiri oleh baginda Rasulullah SAW.
yang berupa percakapan, perbuatan dan pengakuan.
Tahap pendidikan di peringkat awal berlaku secara rahsia bermula dengan pengajaran al-
Quran khusus kepada kaum keluarga baginda sendiri. Hasil daripada usaha ini Khadijah
binti Khuwailid, Ali bin Abi Talib dan Zaid bin Harithah telah memeluk agama Islam dan
meyakini ketauhidan Allah.
Dalam kalangan sahabat baginda yang menerima terus pengajaran daripada baginda
Rasulullah SAW. ialah Saidina Abu Bakar al-Siddiq. Melalui perantaraan Abu Bakar, Islam
mula berkembang dengan penerimaan aqidah tauhid oleh Uthman bin Affan, Zubair bin al-
Awwam, Saad bin Abi Waqqas, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidullah, Abu Ubaidah
bin Jarrah, Arqam bin Abi al-Arqam, Fatimah binti al-Khattab, Said bin Zaid al-Adawi dan
lain-lain. Pertambahan penganut Islam telah mewujudkan suatu bentuk pendidikan yang
mula tersusun.
Rumah baginda
menjadi pusat
pendidikan pertama
dan selepas itu rumah Arqam bin Abi Arqam. Rasulullah menyampaikan setiap wahyu yang
diterimanya kepada para sahabat dan kaum muslimin tanpa disembunyikan, seperti firman
Allah SWT:
“Wahai rasul, sampaikanlah apa-apa yang telah diturunkan oleh Allah kepada engkau daripada Tuhan engkau, kiranya engkau tidak melakukan demikian, maka tidaklah engkau menyampaikan risalah-Nya”.
(al-Maidah :67)
Strategi pembelajaran yang dilakukan ketika itu dengan mendengar kuliah daripada
Rasulullah SAW. sendiri dan seterusnya menghafal, mengamal dan menghayati isi
pelajarannya. Manakala pembelajaran al-Quran dilakukan secara talaqqi dan musyafahah.
Pembelajaran berlaku secara hafazan iaitu menghafaz ayat-ayat al-Quran yang dibacakan
dan menulis ayat tersebut. Sebagai seorang rasul dan guru telah mendidik, melatih dan
memandu pengikut-pengikutnya dengan penuh mesra dan perasaan kasih sayang. Beliau
mendidik dan memandu mereka bukan sahaja dari segi pengetahuan (kognitif) malah dari
segi sikap, peribadi dan tingkahlaku dengan memperlihatkan contoh-contoh dan tauladan
yang dilakukannya sendiri.
Selepas turunnya surah al-Hijr ayat 94, Allah SWT memerintahkan Rasulullah SAW.
menyebarkan Islam secara terang-terangan, bermula dari sini pendidikan Islam dilakukan
secara umum kepada seluruh lapisan masyarakat. Pusat pendidikan Islam terbuka luas
meliputi lorong-lorong, pasar, kawasan perumahan dan disekitar Kaabah. Kurikulum
pendidikan pada tahap ini lebih tertumpu kepada pembentukan aqidah tauhid kerana itu isi
pelajaran yang disampai oleh baginda tertumpu kepada penolakan adat istiadat,
kepercayaan dan cara beribadat kaum jahiliah yang mensyirikkan Allah SWT. Pada tahap
ini juga perkembangan pendidikan Islam tersebar ke Habsyah dimana ketika di Habsyah,
Jaafar bin Abi Talib menerangkan kepada Raja Habsyah iaitu Najasyi berkaitan dengan
Islam dan membaca al-Quran di hadapannya.
ii. Pendidikan Islam di Madinah
Perpindahan Rasulullah SAW. ke Madinah pada tahun 622 Masihi, membawa perubahan
dan pengertian yang besar terhadap penyibaran dan kestabilan agama Islam. Kurikulum
pendidikan peringkat ini bertukar kepada memenuhi tuntutan perundangan dan
perhubungan antarabangsa. Institusi pendidikan Islam memilih masjid sebagai tempat
menyampai ilmu, sistem halaqah bermula di Masjid dan dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Fungsi masjid mengikut termenologi Islam adalah sebagai markas bagi segala aktiviti
agama dan masyarakat, khususnya dalam hal-hal yang berhubung dengan aktiviti ibadat,
pelajaran dan pendidikan.
Al-Abrasyi menyatakan Rasulullah SAW menjadikan masjid Nabawi sebagai tempat belajar
mengenai urusan dunia dan agama disamping beribadat. Situasi masjid lebih bebas dan
sesuai sebagai tempat belajar. Rasulullah SAW telah mendirikan sebuah surau yang
bersambung dengan masjid tersebut dikenali sebagai al-suffah. Ia merupakan sebagai
sebuah sekolah yang membimbing pelajarnya dengan lebih sistematik. Matapelajarannya
termasuklah al-Quran, asas agama (Aqidah, Syariah, Akhlak), khat, sejarah dan bahasa.
Kurikulum yang diberi merangkumi pendidikan rohani dan jasmani yang menjadi keperluan
kepada individu dan masyarakat.
Struktur pendidikan Islam telah disusun oleh Rasulullah SAW dalam beberapa bentuk
Rajah 1: Struktur Pendidikan Islam di Madinah
i. Pendidikan umum: Ia di jalankan oleh Rasulullah SAW atau para sahabat daripada
Khulafa al-Rashidun. Perlaksanaannya dilakukan dengan penyampaian pidato
selepas solat fardu atau selepas solat Jumaat. Kurikulumnya merangkumi bidang
aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti menunggang kuda,
bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari.
ii. Pendidikan khusus: Pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang
diberikan oleh baginda kepada orang-orang yang tertentu tanpa mengira tempat atau
masa. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar as-Siddiq, Abu
Hurairah dan lain-lain adalah di antara orang yang sering mendapat pendidikan
khusus berupa teguran dan tunjuk ajar secara langsung.
Struktur Pendidikan Islam
di Madinah
Pendidikan UmumPendidikan
Khusus
Pendidikan Institusi
iii. Pendidikan Institusi: Merupakan intisari Pendidikan Islam pada peringkat Madinah.
Pendidikan ini dibahagi kepada dua peringkat iaitu peringkat awal (menulis dan
membaca) dan peringkat pendidikan ke atas ahli Suffah. Pendidikan bentuk ini
banyak melahirkan cendiakawan Islam pada masa selanjutnya.
2.2 Zaman Khulafa’ al-Rasyidin
Zaman pemerintahan Khulafa al-Rashidin (11H/623M–40H/661M) diperintah oleh empat
orang sahabat Rasulullah SAW. bertindak sebagai Uli al-Amr memelihara kestabilan dan
keselamatan negara bahkan memberi penekanan yang begitu intensif terhadap
perkembangan ilmu pengetahuan dan pendidikan Islam. Para sahabat telah menumpukan
perhatian mendidik di samping pada masa yang sama mentadbir negara.
Pusat pentadbiran Khulafa’ al-Rashidin masih lagi dibuat di Madinah sebagai lanjutan pusat
pentadbiran Nabi SAW. Pada zaman ini para sahabat nabi seperti Abdullah bin Umar, Zaid
bin Thabit dan lain-lain masih aktif menyambung perjuangan Rasulullah SAW dalam bidang
keilmuan Islam khasnya Fekah dan Tauhid. Bersumberkan al-Quran dan ajaran sunnah
Nabawi, para sahabat meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran kepada kaum
muslimin.
Tahun-tahun pemerintahan khulafa’ al-Rashidin dipenuhi dengan pelbagai cabaran seperti
masalah ar-riddah, ancaman Quraisy Makkah, Rom, Parsi, Yahudi dan kaum Nasrani,
bahkan juga ancaman dari dalam yang dibuat oleh kaum munafikin. Semua masalah itu
dapat di atasi bahkan proses pendidikan Islam semakin berkembang luas ke serata alam
dalam pelbagai bidang serta lahir pula tokoh-tokoh ilmu yang terbilang pada zamannya.
Para sahabat yang terdiri daripada Sayidina Abu Bakar, Omar, Uthman dan Ali adalah orang
yang mewarisi risalah Rasulullah SAW. Mereka bukan sahaja menyambung usaha-usaha
yang telah diatur oleh Rasulullah SAW bahkan melangkau lebih jauh lagi ekoran
pertambahan umat Islam dan keluasan wilayah Islam.
Sebagai contoh di zaman Khalifah Abu Bakar al-Siddiq (11H13H) di samping memelihara
keutuhan negara dari berlakunya kehancuran, akibat tindakan liar orang-orang munafik dan
musuh-musuh Islam, beliau amat memberi perhatian berat terhadap perkembangan ilmu
pengetahuan. Beliau bukan sahaja menggalak umat Islam supaya mempelajari dan
menghayati al-Quran dan al-Sunnah bahkan bertindak mengumpul dan menulis semula
ayat-ayat al-Quran di dalam sebuah Mashaf. Dengan alasan kitab suci al-Quran dapat
diedarkan ke seluruh wilayah Islam yang terletak jauh dari wilayah pentadbiran kerajaan
Islam Madinah.
Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab (634-644 Masihi) seluruh
Semenanjung Tanah Arab, Parsi, Sham dan Mesir serta beberapa wilayah Islam yang
ditakluki, tidak terdapat sebuah kampong pun di daerah tersebut melainkan dibangunkan
masjid sebagai tempat ibadat di samping menjadi pusat pelajaran dan pendidikan Islam.
Khalifah Umar al-Khattab memberi perhatian yang sama terhadap perkembangan ilmu
pengetahuan dan pendidikan Islam. Ahli-ahli sejarah menyatakan, seluruh Semenanjung
Tanah Arab, Farsi, Sham dan Mesir menjadi wilayah kerajaan Islam pada masa
pemerintahannya. Beliau memberi penekanan yang serius terhadap ilmu pengetahuan
yang bersifat spiritual atau rohani kepada seluruh rakyat, di samping menekankan ilmu
pengetahuan yang berbentuk fizikal atau jasmani seperti berenang, menunggang kuda
memanah, matematik dan kemahiran berfikir (mantik). Galakan tersebut dapat dilihat
melalui perutusannya kepada gabenor-gabenor wilayah, anataranya dengan menyebut:
Ajarlah anak-anak kamu berenang, menunggang kuda dan riwayat-riwayat yang baik dan
syair-syair yang indah.
Begitu juga berlaku pada masa khalifah Uthman Ibn Affan, beliau menegaskan mengenai
pembukuan al-Quran dan penulisanNya, beliau telah melantik sahabat-sahabat untuk
menulis dan membukukan al-Quran. Dengan usaha beliau itu, dapat menyelamatkan
pembacaan al-Quran mengikut Rasm Uthmani.
2.3 Zaman Bani Umaiyyah dan Bani Abbasiyyah
i. Umar Abdul Aziz
Pendidikan Islam pada zaman kerajaan Bani Umaiyyah bermula pada 40H/660M hingga
130H/750M. Khalifah Umaiyah amat mengambil berat tentang perkembangan pendidikan.
Pada peringkat ini para sahabat dan tabi’in berlumba-lumba mewujudkan institusi pengajian
Islam di masjid-masjid, kuttab, istana dan rumah. Sebagai contoh Khalifah Muawiyah bin
Abi Sufiyan sentiasa mengundang para ulama’ dan cendiakawan ke istananya untuk
perbincangan ilmu antaranya ialah sejarah bangsa Arab, sejarah peperangan dan sejarah
raja-raja Farsi, sistem pemerintahan dan pentadbiran raja-raja berkaitan. kota Basrah
dijadikan pusat penyebaran ilmu dan Bahasa Arab merupakan bahasa pengantar utama
kerajaan umaiyah
Khalifah Umar Bin Abdul Aziz merupakan seorang khalifah Umaiyyah yang juga merupakan
tokoh ulamak dalam bidang al-Quran, Tafsir, Hadis dan Nahu. Beliau juga amat
menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan
kemewahan dunia. Khalifah Umar telah memerintahkan rakyatnya mendirikan solat secara
berjamah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebagaimana
yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin.
Khalifah Umar Abdul Aziz sangat menggalakkan kegiatan keilmuan. Para ulama telah
diarahkan untuk mengembangkan ilmu masing-masing dan banyak ulama mula mendapat
perhatian kerajaan. Antara ilmu yang dimajukan adalah bidang kajian hadis, ilmu
tatabahasa, dan ilmu perubatan. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab dalam
mengarahkan pengumpulan pembukuan hadis. Baginda turut mengarahkan Muhammad b
Abu Bakar Al-Hazmi dan Imam Muhammad bin Muslim bin Syihab az-Zuhri agar mengumpul
dan menyusun hadith-hadith Rasulullah SAW.
Khalifah Umar sangat mengambil berat dalam ilmu keagamaan atau kerohaniaan dan ilmu
keduniaan lebih-lebih lagi ilmu kedoktoran kerana keperluan orang ramai dalam kehidupan
mereka seharian, untuk menjamin kesihatan badan dan kesejahteraan iman. Beliau telah
mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan
pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya
senang dipelajari oleh umat Islam.
Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar
hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja
India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu
juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan
Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.
Perkembangan ilmu tidak terhad dalam bidang keagamaan sahaja malah ilmu sejarah dan
geografi mula dipelajari. Kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan giat
dijalankan pada zaman ini. Ekoran dari sikap yang ditanam terhadap rakyat iaitu
membudayakan ilmu dalam kehidupan menyebabkan banyak pusat pengajian ditubuhkan
serta kemunculan ramai cendekiawan dalam pelbagai bidang ilmu. Ramai tokoh-tokoh
dalam berbagai bidang yang lahir pada zaman Khalifah Umar hasil daripada perluasan dan
pengembangan ilmu pengetahuan.
ii. Harun al-Rasyid
Khalifah Harun ar-Rasyid dikenali sebagai tokoh negarawan terulung kerana usaha beliau
dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh kerana itulah, beliau membuka Baitul Hikmah
iaitu institusi kebudayaan dan pusat kegiatan ilmu pengetahuan. Sikap prihatin beliau dalam
bidang ilmu pengetahuan mendorong beliau untuk menubuhkan institusi itu sebagai satu
tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Semua kegiatan keilmuan ini merupakan satu usaha
yang cemerlang dilakukan oleh beliau ketika mentadbir kerajaan Abbasiyah. Baitul Hikmah
ini juga menggabungkan pelbagai fungsi antaranya ialah sebagai tempat penyimpanan
buku-buku, pengumpulan buku, perpustakaan, pusat akademik dan balai penterjemahan. Ia
juga merupakan lambang pendidikan yang terpenting dan telah dapat menandingi
kemasyhuran Perpustakaan Iskandariah. Kerana tanggungjawab beliau sebagai seorang
khalifah, beliau begitu gigih dalam memperkembangkan ilmu pengetahuan
Kemajuan intelektual yang dicapai oleh Khalifah Harun ar-Rasyid juga adalah salah satu
sumbangan yang besar diberikan oleh baginda. Terdapat buku-buku yang berupa
terjemahan ilmu dari luar ataupun disusun oleh intelektual Islam tergolong dalam kemajuan
intelektual. Beliau dianggap sebagai penaung bagi semua kegiatan ilmu pengetahuan
kerana beliau sering kali menganjurkan majlis forum, syarahan dan perbahasan, yang mana
akan dihadiri oleh orang ramai dan golongan intelektual di masjid. Pada majlis seperti inilah,
beliau dapat mengenali lebih ramai ilmuan yang datang untuk menuntut ilmu daripadanya.
Sebagai seorang khalifah, beliau seharusnya mampu melaksanakan kewajipan dalam
menyebarkan ilmu pengetahuan kepada semua masyarakat dalam negaranya
Keberkesanan pemerintahannya dalam bidang penulisan pula boleh dilihat melalui tiga
tahap. Tahap yang pertama ialah mencatat segala percakapan atau idea. Beliau
mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad s.a.w. ke dalam
sebuah buku. Tahap yang kedua pula mengarang. Terdapat golongan ulama yang terlibat
dalam penulisan pada zaman pemerintahannya. Ramai ulama menyusun hadis dan
menghasilkan tulisan dalam bidang fikah, tafsir, sejarah, dan sebagainya seperti Imam Malik
menyusun buku al- Muwatta’, Ibn Ishaq menyusun sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w.
manakala Abu Hanifah menyusun fikah dan pendapat ijtihad.
Penulisan karya dalam pelbagai bidang oleh para ilmuan Islam telah mempertingkatkan
pengetahuan manusia sezaman dan meninggalkan warisan yang amat ternilai kepada
generasi kemudian. Kegigihan masyarakat Islam menimba ilmu daripada pelbagai sumber
asing banyak memberi faedah kepada orang Islam sendiri. Para ilmuan Islam telah
memperbaiki dan meningkatkan mutu karya sehingga berlakunya percambahan dan
perkembangan ilmu pengetahuan. Hasilnya, pada zaman pemerintahannya itu sudah
terdapat sekitar 800 orang doktor.
Antara usaha-usaha Khalifah dalam memperkayakan ilmu pengetahuan ialah:
a. Khalifah melarang para tentera merosakkan buku-buku ilmu pengetahuan
b. Mendirikan pusat-pusat pengajian menengah dan rendah untuk memberi
pendidikan kepada rakyat.
c. Para ulama dan cendekiawan dijemput ke Baghdad untuk mengembangkan ilmu
pengetahuan.
d. Usaha-usaha menterjemah buku-buku asing seperti dari Yunani dan sebagainya
ke dalam bahasa arab.
e. Baginda telah membesarkan lagi Darul Hikmah.
Berikut adalah kesan-kesan usaha memperkayakan ilmu pengetahuan
a. Baghdad telah muncul sebagai pusat ilmu pengetahuan, kesusasteraan dan
perdagangan.
b. Lahirnya tokoh-tokoh ilmuan dan Sufi yang terkenal seperti Imam Syfie, Ahmad
Hambal dan Ibrahim Adham.
c. Banyak buku yang telah terkumpul termasuklah buku-buku cerita yang
termasyhur iaitu Hikayat 1001 malam
iii. Al-Makmun
Dalam zaman pemerintahan al-Makmun pula muncul ramai sarjan-sarjana falak. Antaranya
ialah Thabit bin Qurrah, al-Battani, Muhammad bin Musa alKhawarizmi, Abu Ma’syar al-
Balkhi, al-Zarkali, Hunain bin Ishak, al-Ubadi, Sahal bin Bisyr al-Bajrumi, Yahya bin Abi
Mansur, Khalid al-Marzi, Sind bin Ali, al-Abbas bin Safid al-Jauhani, Banu Syakir, Azud al-
Daulah dan anaknya Syaraful-Daulah, Abu Sahal al-Kohi dan lain-lain lagi. Di zamannya,
beliau telah mendirikan sebuah balai cerap di Sinyar yang digunakan untuk mengukur darjah
cahaya rembang matahari. Pada zaman baginda juga, sarjana falak Muslim juga telah
berjaya mengukur lingkaran bumi. Sebuah balai cerap di Bukit Qaisun, Damsyik telah
didirikan pada tahun 214H, iaitu pada zaman baginda.
Pada zaman al-Makmun; `Almagest’ karangan Ptolemeus, telah diterjemahkan. Daftar-daftar
tentang ilmu falak diperbaiki dan dipersiapkan oleh ahli-ahli bintang yang termasyhur.
Pengamatan sarjana Islam zaman itu mengenai equinox, gerhana, bintang berekor (comet)
dan lain-lain gejala di langit, sangat berharga dan banyak membantu ilmu pengetahuan
manusia.
Berikut adalah perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman tersebut:
a. Zaman pemerintahan Khlalifah Al Makmun adalah zaman kemuncaknya
kemajuan peradaban dan kebudayaan Islam.
b. Banyak ahli-ahli bijak pandai muncul dengan peranan masing-masing dalam
berbagai bidang.
c. Tertubuhnya pusat-pusat pengajian dengan ulama masing-masing.
d. Baghdad dipenuhi oleh penterjemah dari berbagai bangsa. Ilmu pengetahuan
diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa dengan upahan yang mahal.
e. Tertubuhnya Baitul Ulum, pusat pengkajian dan penterjemahan segala ilmu
pengetahuan dari bahasa Gerik, Siriyani, Farsi dan Sanskrit.
f. Ulama-ulama telah dijemput untuk berkumpul di Baghdad. Mereka berbahas dan
bermuzakarah. Langkah ini telah melahirkan ulama-ulama yang terkemuka
seperti Imam Hambali, Muhammad Musa Al Kawarizmi dan lain-lain lagi.
g. Pelajar-pelajar diberi hadiah galakkan, biasiswa dan bantuan tertentu.
h. Mendirikan dua menara untuk meneropong bintang.
i. Memperluaskan dan memajukan Darul Hikmah (perpustakaan) yang telah
didirikan oleh ayahandanya
Pada abad ini ahli-ahli astronomi Islam telah memiliki akar yang kuat dan kukuh dalam
bidang ini. Segala ilmu pengetahuan yang ada dan ilmu yang sebelumnya mengenai
astronomi digabungkan sehingga menghasilkan satu ilmu pengetahuan yang baru. Ilmu
pengetahuan dan penemuan-penemuan pada abad ke 9 ini telah menjadi rujukan yang
berkualiti pada dua abad selepasnya.
Kesimpulannya, kesan dari faktor-faktor diatas maka lahirlah pelbagai ilmu terutama ilmu
yang melibatkan sains. Sesungguhnya pencapaian dan usaha yang dibuat oleh tokoh-tokoh
Islam ini adalah sesuatu yang sangat membanggakan. Mereka adalah orang yang
mempraktikkan Islam dan mempunyai dedikasi terhadap kerjaya mereka.
1. Bina satu grafik bagi menjelaskan perkembangan Islam di zaman Rasulullah
SAW, Khulafa’ Ar Rashidin, Zaman Umaiyyah dan zaman Abasiyyah dari sudut
institusi, kurikulum dan metodologi
TUGASAN
A. Media Digunakan
i. Whatssapp group
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam bagi satu
sesi.
B. Tajuk Pembelajaran:
i. Perkembangan Kurikulum Pendidikan Islam
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Zaman Rasulullah SAW (DT)
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
HASIL PEMBELAJARAN
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai pengenalan,
matlamat, objektif, kandungan dan kepentingan/kelebihan kurikulum Pendidikan Islam di
Malaysia.
KERANGKA TAJUK
3.1 Pengenalan
3.2 Matlamat
3.3 Objektif
3.4 Kandungan
3.5 Kepentingan / Kelebihan
3.6 Tugasan
3.7 Pembelajaran dalam talian. (bagi yang ada PdP dalam talian seperti dinyatakan
dalam Agihan Tajuk)
UNIT 3 Kurikulum Pendidikan Islam di Malaysia
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
Ad-Dimasqi. Terj.) Shah Alam: Illusion Network. Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. (2002). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam
Tingkatan 1-5. Kuala Lumpur: Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral.
Kamarul Azmi Jasmi & Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam: kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Noor Hisham Md Nawi. (2011). Konsepsualisasi semula kurikulum pendidikan Islam.Tanjung
Malim Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam KBSM. (2015). Bahagian Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.
PENYELARAS MODUL PDPP
Bil. Nama Pegawai Akademik
1 Othman bin Loman Bidang Pendidikan Islam
PANEL PENGGUBAL PDPP
PIMKD2013 PENGENALAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DI MALAYSIA
Bil. Nama Kelayakan Akademik
1 Dr Nor Kartina bt Tawang
Ijazah Doktor Falsafah (Syariah)), UNISZA Sarjana Pengajian Islam (Syariah) UKM Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Syariah), Universiti Al-Azhar, Mesir Diploma Bahasa Arab dengan Pendidikan, KUSZA
2 Dr Engku Zarihan bt Engku Abdul Rahman
Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Islam), UKM Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam, UKM, Bangi, Selangor Sarjana Muda Pengajian Islam dan Bahasa Arab (Syariah), Universiti Al-Azhar, Mesir. Diploma Pendidikan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Selangor.
SIMBOL PEMBELAJARAN
Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan / maksud seperti yang dinyatakan
Gunakan pita rakaman audio atau radio.
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).
Gunakan bahan-bahan multimedia.
Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.
Senarai semak.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.
Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
Sediakan graf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).
Aktiviti Tutorial
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.