KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BahagianPendidikan Islam Aras BawahdanDua, Bangunan Mustapha Kamal, No. 2251, JalanUsahawan 1, 63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN. Ruj.Kami : KPMSP.600-14/1/25( ) Tarikh : 9 Disember 2016M 9 Rabiul Awal 1438H Semua Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri (u.p. Sektor Pendidikan Islam.) YBhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan, MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MTQSS) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT SEKOLAH, DAERAH, NEGERI DAN KEBANGSAAN KALI KE- 43, TAHUN 2017 / 1438H Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ke-43 Tahun 2017/1438H. 3. Sehubungan dengan itu, bersama-sama ini disertakan Lampiran Dokumen Pertandingan dan Takwim Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia kali ke-43 Tahun 2017/1438H. Dokumen Pertandingan ini boleh juga dimuat turun dari laman web BPI (http://www.moe.gov.my/v/bpi ). Bahagian ini amat berbesar hati sekiranya pelaksanaan Majlis Tadarus Al-Quran di peringkat sekolah, daerah dan negeri dapat dilaksanakan mengikut takwim yang telah ditetapkan. 4. Bahagian ini turut memohon kerjasama YBhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk memanjangkan surat makluman ini berserta Salinan Lampiran Dokumen Pertandingan dan Takwim ke semua Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Bahagian dan sekolah- sekolah di bawah pentadbiran YBhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan. 5. Perhatian dan kerjasama YBhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.