CARTA PERBELANJAAN SEBENAR (2015 – 2017) DAN PERUNTUKAN (2018 – 2019) BAGI MENGURUS DAN PEMBANGUNAN RM juta Tahun Mengurus Pembangunan KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR Maksud Bekalan/Pembangunan 22 Mengurus RM Pembangunan RM Jumlah RM Cara Langsung Pinjaman 2,992,260,500 5,380,662,300 41,157,800 8,414,080,600 VISI Menjadi peneraju kemajuan luar bandar. MISI Meningkatkan kesejahteraan masyarakat luar bandar secara menyeluruh dan berkesan. PELANGGAN (i) Penduduk luar bandar; (ii) Penduduk Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW); dan (iii) Pelajar dan belia luar bandar. 5,945 5,355 3,199 5,298 2,992 4,291 4,422 5,615 3,225 5,421 0 1,000 2,000 3,000 4,000 5,000 6,000 7,000 2015 2016 2017 2018 2019 193
16
Embed
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR - … · kepada kemudahan perhubungan (%) 90.00 92.00 92.80 Outcome 2 : Ekonomi luar bandar yang berdaya saing ... Jaringan infrastruktur yang
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Fungsi : Memberi khidmat sokongan kepada anggota pentadbiran dan pengurusan, bahagian serta jabatan dan agensi-agensi di bawah Kementerian dalam urusan-urusan berkaitan pentadbiran am dan logistik, Parlimen, khidmat keurusetiaan,
194
kualiti dan inovasi, pengurusan aset, pengurusan keselamatan dan pengurusan rekod, ruang pejabat baharu, naziran, aduan pelanggan, perhubungan awam, auditan dan khidmat nasihat undang-undang.
Aktiviti 2 : Pengurusan Sumber Manusia Fungsi : Merancang dan melaksanakan fungsi pengurusan sumber manusia KPLB dari
segi keperluan sumber manusia, pembangunan organisasi, pengurusan perkhidmatan personel, pembangunan sumber manusia dan prestasi, kompetensi serta psikologi personel.
Aktiviti 3 : Kewangan dan Akaun Fungsi : (a) Merancang, mengurus dan mengawal sumber-sumber kewangan KPLB
dengan cekap dan teratur selaras dengan Arahan Perbendaharaan dan lain-lain peraturan kewangan yang berkaitan; dan (b) memberi khidmat sokongan kepada semua bahagian di kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan dengan urusan kewangan, belanjawan dan akaun.
Aktiviti 4 : Pengurusan Maklumat Fungsi : (a) Membangun dan mengurus selia pengurusan dan teknologi maklumat yang
berkesan sebagai input kepada pihak pengurusan dalam menggubal dasar dan mengatur strategi ke arah mempertingkatkan taraf hidup dan sosioekonomi penduduk luar bandar; dan (b) menilai dan melaporkan kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan KPLB dan agensi-agensi di bawahnya.
Aktiviti 5 : Perolehan Fungsi : (a) Memastikan segala perolehan kerja, perkhidmatan dan bekalan KPLB yang
cekap, menguntungkan Kerajaan serta telus dengan Arahan Perbendaharaan dan lain-lain peraturan kewangan yang berkaitan bagi mendapatkan faedah kewangan yang terbaik; dan (b) memberikan segala khidmat sokongan kepada semua bahagian di kementerian, jabatan dan agensi di bawahnya berkaitan dengan urusan perolehan.
Aktiviti 6 : Perancangan Strategik Fungsi : Menyediakan rangka dasar dan strategik makro bagi pembangunan luar bandar
dan memastikan segala perancangan dan pelaksanaan program dan projek pembangunan luar bandar yang dilaksanakan oleh semua bahagian/jabatan/agensi di bawah KPLB mengikut matlamat dan dasar yang ditetapkan.
195
Aktiviti 7 : Pelaburan dan Kawal Selia Anak Syarikat
Fungsi : (a) Memastikan syarikat berdaya maju dan berdaya saing dengan pengurusan yang telus, cekap dan berkemahiran serta kedudukan kewangan yang kukuh; (b) memastikan pelaburan dan aktiviti syarikat yang memberi faedah yang optimum kepada kumpulan sasar dan pulangan yang munasabah kepada agensi; dan (c) memastikan syarikat mematuhi dasar dan peraturan semasa yang berkuat kuasa.
PROGRAM 2 : PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN ASAS
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome 1 : Petempatan luar bandar yang lengkap
Petunjuk Prestasi Utama 2017 (Sebenar)
2018 (Sasaran)
2019 (Sasaran)
Peratusan kampung yang mempunyai akses kepada bekalan air terawat (%)
90.00 92.00 92.50
Peratusan kampung yang mempunyai akses kepada bekalan elektrik 24 jam (%)
94.50 95.00 96.00
Peratusan kampung yang mempunyai akses kepada kemudahan ameniti sosial yang dibina di kawasan luar bandar (%)
95.00 96.00 96.50
Outcome 2 : Jaringan infrastruktur yang menyeluruh
Petunjuk Prestasi Utama 2017 (Sebenar)
2018 (Sasaran)
2019 (Sasaran)
Peratusan kampung yang mempunyai akses kepada jalan perhubungan luar bandar (%)
91.50 90.00 93.00
Aktiviti 1 : Prasarana
Fungsi : Memastikan pelaksanaan fizikal projek pembangunan KPLB mengikut jadual dan sebarang isu yang berbangkit diselesaikan.
Aktiviti 2 : Teknikal
Fungsi : Memberi khidmat nasihat teknikal kepada kementerian, bahagian-bahagian dan agensi-agensi di bawah KPLB dalam urusan-urusan berkaitan dengan teknikal dan menguruskan projek-projek di bawah program kementerian agar dilaksanakan dengan sempurna mengikut jadual, spesifikasi dan syarat-syarat kontrak yang telah ditetapkan.
Aktiviti 3 : Penyelarasan dan Pemantauan
Fungsi : (a) Membantu melaksana dan memastikan projek pembangunan di luar bandar mengikut perancangan peraturan yang telah ditetapkan; (b) mengenal pasti isu dan masalah pelaksanaan projek pembangunan dan mencadangkan cara mengatasinya; (c) memastikan prestasi kewangan dan fizikal projek-projek pembangunan KPLB mengikut perancangan yang telah ditentukan; (d)
196
memastikan setiap aduan/laporan diambil tindakan susulan berdasarkan tempoh yang ditetapkan; dan (e) membuat penilaian outcome projek berdasarkan kepada objektif yang telah ditetapkan.
Aktiviti 4 : Kemajuan Tanah dan Wilayah Fungsi : (a) Mewujudkan pembangunan wilayah dan kawasan yang seimbang dengan
penglibatan agensi Lembaga Kemajuan Wilayah (LKW) dan agensi pelaksana di bawah KPLB; dan (b) menjadikan kawasan LKW yang dibubarkan tetap membangun dan berdaya maju.
Aktiviti 5 : Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Fungsi : Menjadikan kawasan Terengganu Tengah sebagai satu kawasan tempat tinggal
dan perusahaan yang terbaik dengan masyarakatnya yang progresif, serta setiap penduduknya berkemahiran, berpengetahuan dan berdikari.
Aktiviti 6 : Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) Fungsi : Menjadikan kawasan Kelantan Selatan sebagai kawasan yang maju dengan
penduduk yang makmur, ekonomi yang produktif dan menguntungkan serta melahirkan masyarakat yang sejahtera.
Aktiviti 7 : Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Fungsi : Meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk dalam kawasan KEDA dengan
memberi tumpuan kepada penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar. Aktiviti 8 : Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) Fungsi : Menjadikan kawasan Johor Tenggara sebagai kawasan yang maju dengan
penduduk yang makmur, ekonomi yang produktif dan menguntungkan serta melahirkan masyarakat yang sejahtera.
Aktiviti 9 : Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Fungsi : (a) Memajukan masyarakat luar bandar khususnya kumpulan sasar PERDA
dalam semua bidang sosioekonomi melalui usaha-usaha pembangunan manusia, ekonomi dan fizikal dengan tumpuan kepada peningkatan taraf hidup; (b) membangunkan kawasan PERDA menerusi pembangunan industri, perumahan serta kemudahan infrastruktur; dan (c) mengimbangi pembangunan di dalam kawasan operasi PERDA dengan kawasan luar operasi PERDA.
197
PROGRAM 3 : PENGUPAYAAN EKONOMI LUAR BANDAR
PRESTASI OUTCOME PROGRAM Outcome : Masyarakat luar bandar yang berdaya maju
Petunjuk Prestasi Utama 2017 (Sebenar)
2018 (Sasaran)
2019 (Sasaran)
Peratusan usahawan yang berjaya meningkatkan pendapatan (%)
37.00 38.00 39.00
Peratusan peningkatan pendapatan isi rumah (%) 3.10 3.20 3.30 Peratusan usahawan berjaya dalam bidang
berpotensi (%) 13.00 14.00 15.00
Aktiviti 1 : Pembangunan Usahawan Desa Fungsi : Menyediakan peluang kepada masyarakat luar bandar untuk terlibat dalam
aktiviti keusahawanan melalui program pembangunan perniagaan, kemudahan pembiayaan, pembangunan produk dan jaringan pasaran.
Aktiviti 2 : Kesejahteraan Rakyat Fungsi : (a) Merancang, menyelaras, melaksana dan memantau program/projek yang
dapat menjana pendapatan kumpulan sasar; dan (b) menyediakan peluang-peluang memperoleh kemudahan asas, latihan serta memupuk semangat dan sikap berdikari di kalangan keluarga kumpulan sasar.
Aktiviti 3 : Majlis Amanah Rakyat (MARA) Fungsi : (a) Membangunkan usahawan berjaya dan inovatif; (b) melahirkan modal insan
global dan berintegriti; (c) menyumbang kepada pemilikan ekuiti; dan (d) memudahkan sistem penyampaian.
PROGRAM 4 : PEMBANGUNAN MODAL INSAN DAN PENDIDIKAN
PRESTASI OUTCOME PROGRAM Outcome : Masyarakat luar bandar yang berpengetahuan dan kemahiran
Petunjuk Prestasi Utama 2017 (Sebenar)
2018 (Sasaran)
2019 (Sasaran)
Peratusan peserta/graduan yang memperolehi pengiktirafan oleh IPT di bawah KPLB (%)
11.00 12.00 13.00
Peratusan kebolehpasaran peserta/graduan IPT di bawah KPLB (%)
88.00 88.50 89.00
Peratusan penguasaan 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul) (%)
96.00 96.50 97.00
198
Aktiviti 1 : Institut Kemajuan Desa (INFRA) Fungsi : Menyedia dan melaksana program latihan dan penyelidikan yang berkaitan
dengan pengurusan pembangunan luar bandar kepada pemimpin peringkat akar umbi, petugas agensi awam, aktivis sosial dan anggota Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Aktiviti 2 : Komuniti Desa Fungsi : (a) Menjadi pemangkin pembangunan masyarakat di luar bandar; (b)
merapatkan jurang digital masyarakat luar bandar; dan (c) meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
Aktiviti 3 : Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Fungsi : Memastikan pembangunan modal insan luar bandar yang cemerlang,
pembangunan masyarakat luar bandar yang berdaya saing dan akses pendidikan berkualiti kepada kanak-kanak luar bandar.
199
B/P.22
Kod Jenis Perbelanjaan Anggaran Anggaran(Objek Am) Tahun Tahun
2018 2019RM RM
10000 Emolumen 481,344,300 416,680,000
20000 Perkhidmatan dan Bekalan 787,374,900 842,042,600
30000 Aset 4,300,000 3,500,000
40000 Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap 4,025,929,500 1,730,032,900
50000 Perbelanjaan-perbelanjaan Lain 5,000 5,000
5,298,953,700 2,992,260,500
Kod Jenis Perbelanjaan Anggaran Anggaran(Objek Am) Tahun Tahun
2018 2019RM RM
20000 Perkhidmatan dan Bekalan 157,193,100 179,640,000
30000 Aset 2,848,180,600 3,062,051,100
40000 Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap 219,642,000 2,180,129,000