1 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN PENGURUSAN MENANGANI KES HISTERIA 1. PENGENALAN Dalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian di sekolah, kanak-kanak dan remaja warga sekolah tidak akan terlepas daripada mengalami pelbagai tekanan dan kecelaruan sehingga membawa kepada tekanan emosi (stres). Kejadian Histeria yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah boleh dikaitkan dengan tekanan emosi yang dialami oleh murid samaada di sekolah atau di asrama 2. KONSEP Persediaan awal Panduan Pengurusan Menangani Kes Histeria dari segi tindakan sebelum, semasa dan selepas kes histeria berlaku akan dapat membantu gejala ini dapat ditangani dengan lebih berkesan. Pelaksanaan awal pendidikan Kesejahteraan Mental dapat mengatasi sebahagian kejadian histeria yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dewasa ini. Kesejahteraan Mental bermakna pendidikan pengurusan stres, keresahan dan kemurungan dalam kalangan murid dan warga sekolah. Kesedaran untuk mengenalpasti murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan mental (tekanan perasaan berterusan, kemurungan dan masalah emosi) akan dapat membentuk kesejahteraan murid. Oleh itu, memperkasakan pelajar menangani stres, cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui kemahiran daya tindak (coping skills) dan teknik relaksasi akan membantu sekolah menangani gangguan perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes histeria dan kemurungan dalam kalangan murid.
15
Embed
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PANDUAN …...6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan alternatif seperti kerohanian dan keagamaan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PANDUAN PENGURUSAN MENANGANI KES HISTERIA
1. PENGENALAN
Dalam menjalani kehidupan dan pembelajaran seharian di sekolah, kanak-kanak
dan remaja warga sekolah tidak akan terlepas daripada mengalami pelbagai
tekanan dan kecelaruan sehingga membawa kepada tekanan emosi (stres).
Kejadian Histeria yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah boleh
dikaitkan dengan tekanan emosi yang dialami oleh murid samaada di sekolah
atau di asrama
2. KONSEP
Persediaan awal Panduan Pengurusan Menangani Kes Histeria dari segi
tindakan sebelum, semasa dan selepas kes histeria berlaku akan dapat
membantu gejala ini dapat ditangani dengan lebih berkesan. Pelaksanaan awal
pendidikan Kesejahteraan Mental dapat mengatasi sebahagian kejadian histeria
yang berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan remaja dewasa ini. Kesejahteraan
Mental bermakna pendidikan pengurusan stres, keresahan dan kemurungan
dalam kalangan murid dan warga sekolah. Kesedaran untuk mengenalpasti
murid-murid yang mempunyai masalah kesihatan mental (tekanan perasaan
berterusan, kemurungan dan masalah emosi) akan dapat membentuk
kesejahteraan murid. Oleh itu, memperkasakan pelajar menangani stres,
cabaran kehidupan sehari-hari dengan berkesan melalui kemahiran daya tindak
(coping skills) dan teknik relaksasi akan membantu sekolah menangani
gangguan perasaan dan kecelaruan minda, termasuk kes histeria dan kemurungan
dalam kalangan murid.
2
3. DEFINISI OPERASIONAL Histeria bermaksud seseorang yang terganggu fikirannya atau psikologinya yang
menjadikan seseorang itu stress, anzieti, murung, risau, susah hati, yang
menyebabkan mereka menjadi tidak sedar diri.
4. PUNCA Antara faktor yang boleh menjurus murid mengalami kes hysteria adalah seperti
berikut;
4.1 Faktor keluarga: Tekanan di rumah akibat masalah keluarga, kewangan
(kemiskinan).
4.2 Faktor Sekolah: Tekanan di sekolah akibat masalah pembelajaran,
persekitaran sekolah yang tidak kondusif
4.3 Faktor Sosial : Tekanan perhubungan dengan rakan, pergaduhan,
percintaan.
4.4 Faktor individu: Konsep kendiri yang rendah, kurang kemahiran daya tindak
(coping skills) bagi mengatasi stress, anzieti dan kemurungan.
5. OBJEKTIF
Objektif Panduan Pengurusan Menangani Kes Histeria adalah sebagai
persediaan lebih awal dari segi tindakan bagi menangani sebelum, semasa dan
selepas kes histeria berlaku. Antara objektif ialah;
5.1 Memberi kefahaman dan kesedaran kepada warga sekolah tentang
menangani kes histeria di sekolah.
5.2 Menjadi panduan berhubung strategi pelaksanaan program perkembangan,
pencegahan dan pemulihan bagi kes histeria
5.3 Menjadi panduan pelan tindakan semasa berlaku kes hysteria
5.4 Mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan murid serta
mengenalpasti tanda dan punca histeria berlaku.
5.5 Mengurangkan tahap stres dalam kalangan murid dan melaksanakan
intervensi stres.
5.6 Merujuk murid yang mengalami masalah emosi, psikologi, mental dan
histeria kepada pihak yang bertanggungjawab dengan prosedur yang betul.
3
6. PANDUAN PENGURUSAN MENANGANI KES HISTERIA
Bagi menghadapi kes histeria, beberapa langkah perlu diambil sebagai
persediaan SEBELUM, SEMASA dan SELEPAS kes histeria berlaku.
(LAMPIRAN1)
6.1 SEBELUM KES HISTERIA BERLAKU 6.1.1 Saringan Minda Sihat
Program utama yang dilaksanakan bagi mengenalpasti kesihatan mental
murid melalui Program Minda Sihat iaitu;
a. Saringan DASS dan Saringan Gaya Daya Tindak
b. Intervensi
c. Program Pengukuhan
6.1.2 Maklumat Pegawai Perhubungan
Menyediakan maklumat berkaitan pegawai perhubungan, nombor telefon,
dan dipaparkan ditempat yang mudah dibaca dan dikesan. Pegawai
perhubungan yang dicadangkan ialah;
a. Klinik Kesihatan
b. Balai Polis
c. Balai Bomba
d. Pertahanan Awam
6.2 SEMASA HISTERIA BERLAKU 6.2.1 Peranan Pentadbir/Guru
a. Guru berada dalam keadaan tenang.
b. Guru berperanan menenang dan memulihkan mangsa histeria
c. Mengasingkan mangsa kes histeria di tempat yang khas (Tidak
dicampurkan dengan murid yang sihat)
d. Berhubung dengan pihak luar seperti Klinik Kesihatan, Balai Polis, Balai
Bomba dan Pertahanan awam (mengikut keperluan)
e. Berhubung/ maklumkan kepada ibu bapa yang terlibat.
4
6.2.2 Peranan Murid
a. Murid berada dalam keadaan tenang
b. Asingkan murid yang sihat dengan murid yang mengalami histeria.
c. Asingkan murid yang baru mengalami tanda-tanda stress dengan murid
yang kuat histeria.
d. Tidak berkumpul atau menyaksikan mangsa yang sedang di rawat
histeria.
e. Murid dibenarkan mendapatkan rawatan atau bercuti dalam jangka
masa yag pendek.
f. Murid digalakkan datang segera semula belajar seperti biasa selepas
pulih.
6.2.3 Peranan Ibu Bapa
a. Ibu bapa berada dalam keadaan tenang
b. Beri peluang Guru/Perawat memulih dan menenangkan murid yang
mengalami histeria
c. Bawa balik anak ke rumah atau bercuti dalam jangka masa yang
pendek (Jika Perlu).
d. Bimbing anak-anak supaya sentiasa berada dalam keadaan tenang dan
tidak stres.
e. Segera menghantar anak belajar semula ke sekolah setelah pulih dari
kes histeria.
6.2.4 Peranan Agensi
Penglibatan agensi lain seperti Klinik Kesihatan, Balai Polis, Balai Bomba,
Pertahanan Awam.
a. Menyenaraikan talian perhubungan yang mudah dihubungi
b. Agensi segera memberikan bantuan kepakaran bagi membantu
mangsa kes histeria.
c. Psikitri (Klinik Kesihatan) memberikan bantuan psikologi
d. Polis, Bomba dan Pertahanan awam memberikan bantuan penyelamat
dan keselamatan (mengikut keperluan)
5
6.2.5 Peranan Rawatan Alternatif
Bagi membantu memulih mangsa kembali pulih dan tenang rawatan
alternatif seperti kerohanian dan keagamaan juga boleh dilaksanakan
supaya mangsa kembali sihat.
6.3 SELEPAS HISTERIA BERLAKU
6.3.1 Merujuk murid yang terlibat kepada Guru Kaunseling bagi melaksanakan
program intervensi
6.3.2 Bagi kes yang kritikal, rujuk murid kepada psikitri sebagai sesi pemulihan
6.3.3 Menyediakan laporan (Bagi kes yang ramai, laporkan kepada PPD dan
JPN dengan mematuhi SOP 1:3:7)
7. PENUTUP
Pengetahuan mengurus stres dalam kalangan murid dilihat sebagai cara
untuk meningkatkan kebolehan daya tindak dalam menghadapi
permasalahan. Justeru , kemahiran mengurus stres wajar diketahui dan
dipelajari oleh murid untuk mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif
di sekolah, Maka tidak secara langsung kes-kes histeria dapat ditanggani
secara lebih berkesan.
6
LAMPIRAN 1
PANDUAN PENGURUSAN MENANGANI KES HISTERIA
(SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS)
SEBELUM SEMASA SELEPAS
Langkah-langkah Pencegahan Sebelum Kes Histeria Berlaku i. Ceramah kesedaran
mengekalkan
kesejahteraan mental
menggunakan
pendekatan Program
Minda Sihat
ii. Melaksanakan Saringan
DASS dan Gaya Daya
Tindak mengatasi stres.
iii. Membimbing murid
kemahiran daya tindak
(coping skills)
a. Kawal marah b. Teknik relaksasi c. Berfikir secara positif d. Penyelesaian masalah e. Komunikasi interpersonal
berkesan f. Tegas diri (asertif) g. Kemahiran keibubapaan h. Katakan “TIDAK” kepada
perbuatan negatif
iv. Mengenal pasti klien yang
mempunyai tanda-tanda-
tanda awal dan
perubahan tingkah laku,
perubahan emosi luar
biasa ataupun maklumat
daripada pihak ketiga.
Tindakan Semasa Kes Histeria Berlaku (Peranan guru, murid, ibu bapa dan agensi)
I. Guru/Pembantu dalam keadaan
tenang.
II. Pastkan persekitaran selamat
daripada benda-benda merbahaya.
III. Tenangkan pesakit dan orang
sekeliling.
IV. Kenalpasti dan rawat pesakit
utama (pertama) dan pesakit yang
lain.
V. Kumpulkan semua pesakit di suatu
tempat untuk memudahkan
rawatan.
VI. Rujuk Pusat Kesihatan, Balai Polis,
Bomba dan Pertahanan Awam
terhampir untuk persediaan jika
berlaku kemalangan. (mengikut
keperluan)
VII. Hubungi ibu bapa yang terlibat
untuk memaklumkan kes histeria
yang berlaku.
Tindakan Selepas Kes Histeria Berlaku i. Pihak sekolah
memaklumkan kes
histeria kepada PPD
dan JPN
ii. Memastikan sesi
kaunseling diteruskan
sekurang-kurangnya
sekali seminggu.
ii. Sentiasa berhubung/
mendapatkan maklum
balas daripada ibu
bapa, penjaga dan guru
tingkatan
iii. Memastikan kebajikan
klien dijaga dan
kerahsiaan klien
terpelihara.
.
7
LAMPIRAN 2
CARTA ALIR SEBELUM KES HISTERIA BERLAKU
(SARINGAN MINDA SIHAT)
Saringan 1
( minggu 1, Januari )
Intervensi
( minggu 1-4, Februari)
Klinik
Kesihatan/
Hospital
Saringan 2
( minggu 1, Mac)
Murid sihat minda
MUL
A
TAMA
T
Pelaporan
( minggu 2, Mac)
Senarai nama murid rujukan
8
LAMPIRAN 3
CARTA ALIR SEMASA KES HISTERIA BERLAKU
Asingkan Mangsa
Tenang dan Pulihkan
Mangsa
Klinik
Kesihatan/
Hospital
Berhubung Agensi
(Klinik, Balai Polis dll )
Ikut Keperluan
Murid Sihat
MUL
A
TAMA
T
Berhubung dengan Ibu
Bapa
Rujuk Mangsa Yang Kritikal
9
LAMPIRAN 4
CARTA ALIR SELEPAS KES HISTERIA BERLAKU
Menyediakan Laporan
Rujuk Klien Kepada Guru
Kaunseling
Klinik
Kesihatan/
Hospital
Intervensi dan Sesi
Kaunseling
Murid Sihat
MUL
A
TAMA
T
Konsultasi dengan Ibu
Bapa
Rujuk Mangsa Yang Kritikal
10
LAMPIRAN 5
KAEDAH PELAKSANAAN PROGRAM MINDA SIHAT
a. STRATEGI 1 : SEBARAN MAKLUMAT
STRATEGI AKTIVITI PERSONALIA MASA SASARAN INDIKATOR
1. Ceramah
2. Taklimat
1. Ceramah dan taklimat: Perhimpunan Dalam bilik darjah Perjumpaan kokurikulum
-GBKSM
-
Penceramah
- Jemputan
-Pegawai
kesihatan
daerah
1. Minggu pertama Februari.
Semua
murid
1.Semua sekolah
melaksanakan
ceramah /
taklimat.
2.Brosur dan
Modul Minda
Sihat KKM
ada di sekolah
b. STRATEGI 2 : SARINGAN (Mengesan gejala awal minda tidak sihat dalam kalangan murid).
STRATEGI AKTIVITI PERSONALIA MASA SASARAN INDIKATOR
1. Mengesan gejala awal stres
1. Saringan DASS 2. Saringan Gaya
Daya Tindak 3. Laporan
saringan
- GBKSM
- Guru
tingkatan
- Saringan 1
(Januari)
- Saringan 2
(minggu 1, Mac)
- Laporan / rujukan
saringan
(minggu2, Mac)
Semua
murid
tingkatan 2
dan 4
1. Setiap murid sekolah disaring 2 kali sepanjang persekolahan tingkatan 1-5.
2. Laporan ke KPM (format disediakan)
3. Senarai murid rujukan kepada pegawai perubatan (PKD)
11
c. STRATEGI 3 : INTERVENSI (Mengurangkan tahap stres dalam kalangan murid dan melaksanakan intervensi stress)
STRATEGI AKTIVITI PERSONALIA MASA SASARAN INDIKATOR
1. Ceramah 2. Taklimat 3. Modul 4. Simulasi 5. Main
peranan 6. Sesi
kaunseling individu dan kelompok
7. Latihan dalam kumpulan
8. Sesi bimbingan individu dan kelompok.
1. Kawal marah 2. Teknik
relaksasi 3. Berfikir
secara positif 4. Penyelesaian
masalah 5. Komunikasi
interpersonal berkesan
6. Tegas diri (asertif)
7. Kemahiran keibubapaan
8. Katakan “TIDAK” kepada perbuatan negatif
9. Sayangi Nyawa Hidupkan Harapan
- GBKSM
- Pencera-
mah
jemputan
- Pegawai
kesihatan
daerah
1. Minggu kedua, ketiga dan keempat Februari.
Semua
murid
PIBG
Semua sekolah melaksanakan aktiviti yang dinyatakan.
d. STRATEGI 4: PENGUKUHAN (Memastikan program minda sihat tersebar dalam kalangan murid
sekolah)
STRATEGI AKTIVITI PERSONALIA MASA SASARAN INDIKATOR
1. Pameran 2. Pertandi
ngan 3. Kuiz 4. Ceramah 5. Taklimat
1. Sudut minda sihat
2. Hari minda sihat
3. Ceramah 4. Duta minda
sihat 5. 5 minit saja 6. Lawatan
- Pentadbir
- GBKSM
- Guru-
guru
persatuan
- Guru
kelas
- Guru
matapelaj
aran
Sepanjang tahun
persekolahan
Semua
murid
Setiap sekolah melaksanakan sekurang-kurangnya dalam 3 aktiviti yang dirancang
12
LAMPIRAN 6
CARTA ALIRAN PELAKSANAAN
PROGRAM MINDA SIHAT
Saringan 1
( minggu 2, Ogos )
Intervensi
( minggu 2-4, September)
Klinik
Kesihatan/
Hospital
Saringan 2
( minggu 1, Oktober)
Murid sihat minda
MUL
A
TAMA
T
Pelaporan
( minggu 2, Oktober)
Senarai nama murid rujukan
LAMPIRAN 7
CARTA ALIRAN PELAKSANAAN SARINGAN
PROGRAM MINDA SIHAT
Saringan 1
( minggu 1, Januari )
Intervensi
( minggu 1-4, Februari)
Klinik
Kesihatan/
Hospital
Saringan 2
( minggu 1, Mac)
Murid sihat minda
MUL
A
TAMA
T
Pelaporan
( minggu 2, Mac)
Senarai nama murid rujukan
LAMPIRAN 8
CARTA ALIRAN TATACARA MURID BAGI KES GANGGUAN EMOSI