CARTA PERBELANJAAN SEBENAR (2016 – 2018) DAN PERUNTUKAN (2019 – 2020) BAGI MENGURUS DAN PEMBANGUNAN RM juta Tahun Mengurus Pembangunan KEMENTERIAN KEWANGAN Maksud Bekalan/Pembangunan 10, 11 dan 12 Maksud Bekalan Mengurus RM Pembangunan RM Jumlah RM Cara Langsung Pinjaman 500,000 0 B.10 - Perbendaharaan B.11 - Perkhidmatan Am Perbendaharaan B.12 - Peruntukan 5,320,637,000 21,027,387,800 1,782,200,300 9,651,734,400 0 0 14,972,871,400 21,027,387,800 1,782,200,300 Kepada Kumpulan Wang Terkanun JUMLAH 28,130,225,100 9,651,734,400 500,000 37,782,459,500 VISI Menjadi agensi unggul dalam pengurusan kewangan dan ekonomi negara. MISI Mengurus kewangan dan ekonomi negara dengan cekap, telus dan berkesan untuk mencapai matlamat pembangunan negara. PELANGGAN (i) Kementerian/Jabatan/Agensi; (ii) Kerajaan Negeri/Sektor swasta; dan (iii) Orang awam. 31,165 34,724 34,266 61,787 28,130 574 483 11,952 6,553 9,652 0 10,000 20,000 30,000 40,000 50,000 60,000 70,000 2016 2017 2018 2019 2020 0 131
16
Embed
KEMENTERIAN KEWANGAN - treasury.gov.my · meningkatkan khidmat nasihat pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan. Aktiviti 7 : Khidmat Perunding . Fungsi : (a) Memberi perkhidmatan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Fungsi : Menggubal dasar saraan sektor awam dan memberi perkhidmatan sokongan bagi aktiviti berkaitan sumber manusia, pentadbiran, kewangan dan projek pembangunan di Kementerian.
Aktiviti 2: Strategi Korporat dan Komunikasi
Fungsi : Memastikan peningkatan prestasi perkhidmatan, kawalan tadbir urus dan komunikasi korporat yang cekap dan berkesan.
Aktiviti 3 : Pengurusan Teknologi Maklumat
Fungsi : Meningkatkan produktiviti dan kecekapan penyampaian perkhidmatan berpaksikan rakyat melalui penggunaan teknologi ICT.
132
PROGRAM 2 : STRATEGI FISKAL
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome : Pencapaian belanjawan berimbang
Petunjuk Prestasi Utama 2018 (Sebenar)
2019 (Sasaran)
2020 (Sasaran)
Peratusan hasil cukai berbanding KDNK (%) 12.00 11.90Kadar pertumbuhan KDNK (%) 4.70 4.70
Aktiviti 1: Fiskal dan Ekonomi
Fungsi : (a) Membantu Kerajaan menilai ekonomi dan fiskal serta sosioekonomi negara dalam jangka masa pendek dan sederhana; dan (b) Menggubal dasar ekonomi, fiskal dan kewangan selari dengan perancangan jangka panjang dan Rancangan Malaysia untuk mengubah ekonomi negara serta mengatasi masalah ekonomi negara.
Aktiviti 2: Cukai
Fungsi : Memastikan sistem dan dasar percukaian yang saksama dan berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan di samping dapat menjana hasil negara.
Aktiviti 3 : Belanjawan Negara
Fungsi : (a) Memastikan pengagihan dan penggunaan sumber kewangan Kerajaan dilaksanakan secara berkesan bagi memenuhi keperluan ekonomi negara; (b) Mengawal peruntukan kewangan kepada Kementerian/Jabatan/Agensi supaya dibelanjakan secara cekap dan berkesan selaras dengan dasar semasa negara; dan (c) Mengurus pemberian kepada Kerajaan Negeri/Tempatan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, keputusan Jemaah Menteri dan Majlis Kewangan Negara.
Aktiviti 4 : Antarabangsa
Fungsi : (a) Mengetuai aspek pembangunan dan pelaksanaan strategi dalam semua bentuk urusan dua hala dan pelbagai hala yang berkaitan penyelidikan, kerjasama serantau dan perundingan; (b) Mengetuai peranan Kementerian dalam bidang berkaitan ekonomi antarabangsa dengan memastikan penglibatan dan penyelidikan antarabangsa yang berkesan dapat diwujudkan; dan (c) Membangun dan melaksana strategi Kementerian untuk menjayakan rundingan Free Trade Agreement (FTA) serta mewujudkan kolaborasi yang strategik dalam kalangan Kementerian dan agensi lain yang terlibat.
133
4.80 11.80
Aktiviti 5 : Kastam Diraja Malaysia
Fungsi : Memastikan kutipan hasil cukai tidak langsung negara yang cekap dan berkesan dengan sasaran kutipan secara optimum dan kos operasi (dasar sedia ada) bagi setiap RM100 kutipan hasil yang minima.
PROGRAM 3 : STRATEGI PELABURAN
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome: Strategi pelaburan berkesan
Petunjuk Prestasi Utama 2018 (Sebenar)
2019 (Sasaran)
2020 (Sasaran)
Peratusan kutipan bayaran balik pinjaman dilaksanakan secara berkesan (%)
52.00 53.00 54.00
Pulangan dividen sebenar syarikat MKD dengan pegangan majoriti (RM juta)
270.80 200.00 200.00
Aktiviti 1 : Syarikat Pelaburan Kerajaan
Fungsi : Memaksimum pulangan pelaburan Kerajaan dalam syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) sama ada dari segi pulangan kewangan atau penyampaian perkhidmatan.
Aktiviti 2 : Pengurusan Strategik Badan Berkanun
Fungsi : Merangka dan melaksana dasar serta hala tuju pengurusan kewangan Badan Berkanun Persekutuan (BBP).
Aktiviti 3 : Pelaburan Strategik
Fungsi : Merangka dasar pinjaman dan mengurus pembiayaan Kerajaan Persekutuan secara berhemat.
Aktiviti 4 : Pengurusan Aset Awam
Fungsi : Mengawal, menyelaras, memantau pengurusan wang awam dan aset awam Kerajaan.
Aktiviti 5 : Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS)
Fungsi : (a) Merancang, menyelaras, mengawal dan menilai pelaksanaan projekkerjasama awam swasta; dan (b) Mengurus dan menilai projek yang memerlukan pembiayaan dana fasilitasi berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
134
PROGRAM 4 : PERKHIDMATAN KEWANGAN AWAM
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome : Perkhidmatan kewangan awam yang adil dan cekap
Petunjuk Prestasi Utama 2018 (Sebenar)
2019 (Sasaran)
2020 (Sasaran)
Peratusan pematuhan kepada peraturan kewangan yang ditetapkan (%)
90.90 90.00 90.00
Peratusan penyelesaian rayuan mengikut masa yang ditetapkan (%)
100.00 95.00 95.00
Aktiviti 1 : Perolehan Kerajaan
Fungsi : (a) Memastikan perolehan Kerajaan adalah terbaik, paling menguntungkan dan diurus dengan cekap, telus serta saksama; dan (b) Mengautomasi, memperkayakan semula dan mengubah sistemperolehan sedia ada kepada sistem perolehan elektronik bertaraf duniayang menyumbang kepada penjimatan kos operasi dalam prosesperolehan, mengurangkan masa pusingan kepada penjimatan kos operasidalam proses perolehan dan membolehkan pegawai perolehanmeningkatkan pembangunan kompetensi melalui latihan perolehansecara elektronik.
Aktiviti 2 : Strategi Nasional
Fungsi : Menyelaras, melaksana dan memantau operasi 23 Pusat Transformasi Bandar (Urban Transformation Centre-UTC) di seluruh negara.
Aktiviti 3 : Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan
Fungsi : Membicarakan dan memutuskan kes rayuan pembayar cukai pendapatan yang tidak berpuas hati terhadap taksiran cukai pendapatan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.
Aktiviti 4 : Tribunal Rayuan Kastam
Fungsi : Menyedia saluran rayuan yang adil, telus dan cepat kepada pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Ketua Pengarah Kastam dan meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran rayuan percukaian supaya lebih mesra niaga dan pelanggan.
Aktiviti 5 : Perbendaharaan Malaysia Sabah
Fungsi : Memastikan semua Jabatan/BBP di Sabah mematuhi tatacara dan dasar kewangan supaya sumber kewangan Kerajaan dapat digunakan dengan lebih cekap dan berkesan.
135
Aktiviti 6 : Perbendaharaan Malaysia Sarawak
Fungsi : Memastikan semua Jabatan/BBP di Sarawak mematuhi tatacara dan dasar kewangan supaya sumber kewangan Kerajaan dapat digunakan dengan lebih cekap dan berkesan.
Aktiviti 7 : Penilaian dan Perkhidmatan Harta
Fungsi : Memberi perkhidmatan penilaian, perundingan, pengurusan harta, latihan, penyelidikan dan informasi harta tanah yang profesional, berintegriti, boleh dipercayai, menepati masa dan relevan.
PROGRAM 5 : PERKHIDMATAN PERAKAUNAN
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome 1 : Kebolehpercayaan dan ketepatan maklumat kewangan
Petunjuk Prestasi Utama 2018 (Sebenar)
2019 (Sasaran)
2020 (Sasaran)
Peratusan penyata kewangan yang mematuhi peraturan dan piawaian perakaunan (%)
100.00 100.00 100.00
Outcome 2 : Perkhidmatan perakaunan dan kewangan yang berkesan
Aktiviti 1 : Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan
Fungsi : (a) Memastikan organisasi yang efisien dan efektif ke arah mempertingkatkan kualiti perkhidmatan perakaunan dan akauntabiliti dalam sektor awam; (b) Mengawal dan memantau tahap profesionalisme dan pengurusan piawaian perakaunan sektor awam; (c) Mengadakan kawalan ke atas pengeluaran kelulusan juruaudit dan penyelesai syarikat; dan (d) Merancang dan menyediakan keperluan sumber manusia bagi skim perakaunan serta khidmat sokongan pentadbiran dan kewangan bagi menjayakan program perakaunan.
Aktiviti 2 : Pengurusan Wang Tak Dituntut
Fungsi : (a) Menguatkuasakan Akta Wang Tak Dituntut 1965; dan (b) Mengurus sekuriti tak dituntut.
136
Aktiviti 3 : Pengurusan Teknologi Maklumat
Fungsi : Membangun dan menyenggara sistem perakaunan berkomputer untuk membolehkan maklumat yang tepat serta lengkap pada masanya dikeluarkan mengikut keperluan pelanggan.
Aktiviti 4 : Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan
Fungsi : (a) Memastikan proses bayaran dan pungutan diperakaunkan dengan betul selaras dengan peraturan kewangan; dan (b) Memantau dan menyelaras pelaksanaan operasi perakaunan dan kewangan di semua pejabat perakaunan agar mematuhi dasar, peraturan dan prosedur perakaunan dan kewangan yang berkuat kuasa.
Aktiviti 5 : Perkhidmatan Operasi Pusat dan Agensi
Fungsi : (a) Menyedia Penyata Kewangan Persekutuan untuk mengakaunkan segala transaksi kewangan berhubung Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan untuk dibentangkan di Parlimen; dan (b) Memastikan pengurusan wang dalam Kumpulan Wang Disatukan diuruskan secara efisien.
Aktiviti 6 : Pengurusan Audit Dalam
Fungsi : Memastikan pengauditan dilaksanakan secara berkesan dan meningkatkan khidmat nasihat pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan.
Aktiviti 7 : Khidmat Perunding
Fungsi : (a) Memberi perkhidmatan perundingan dan kelulusan reka bentuk dalam pembangunan sistem kewangan dan perakaunan kepada Kerajaan Persekutuan/Negeri dan agensi selaras dengan peraturan, prosedur dan piawaian perakaunan yang diterima pakai; dan (b) Menetapkan peraturan dan prosedur perakaunan dan kewanganserta perkhidmatan perundingan untuk Kerajaan Persekutuan/Negeridan agensi dalam membantu membuat keputusan.
Aktiviti 8 : Pengurusan Perakaunan Kementerian Kewangan
Fungsi : (a) Memastikan proses bayaran dan pungutan bagi semua PTJ di bawah seliaan Kementerian diperakaunkan dengan betul selaras dengan peraturan kewangan semasa yang berkuat kuasa; (b) Mengumpul dan menganalisis maklumat kewangan bagi mengesyorkan penggunaan sumber dan prosedur yang berkesan dan memberi cadangan strategik; dan (c) Merancang, membangun dan melaksanakan program latihan dan kursus bagi meningkatkan kemahiran perakaunan dan kewangan di Kementerian.
137
Aktiviti 9 : Institut Perakaunan Negara (IPN)
Fungsi : Memberi khidmat latihan tentang perakaunan dan kewangan sektor awam serta menjalankan penyelidikan dalam bidang perakaunan.
PROGRAM 6 : PEMBANGUNAN WILAYAH
PRESTASI OUTCOME PROGRAM
Outcome : Kebolehpercayaan dan ketepatan maklumat kewangan
Petunjuk Prestasi Utama 2018 (Sebenar)
2019 (Sasaran)
2020 (Sasaran)
Nilai pelaburan swasta komited (RM bilion) 43.78 66.70 66.50 Jumlah peluang pekerjaan yang dijana 41,986 50,125 57,125 Peratusan purata peningkatan pendapatan isi
rumah kumpulan sasar (%) 51.90 16.30 16.30
Aktiviti 1 : Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (Iskandar Regional Development Authority-IRDA)
Fungsi : Merealisasi visi Iskandar Malaysia untuk menjadi sebuah metropolis kukuh dan mampan serta bertaraf antarabangsa berdasarkan ‘Kitaran Kemampanan Iskandar Malaysia’ dalam Pelan Pembangunan Komprehensif II Iskandar Malaysia, iaitu penjanaan kekayaan, perkongsian kekayaan dan keterangkuman serta optimum sumber dan rendah karbon.
Aktiviti 2 : Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (Northern Corridor Implementation Authority-NCIA)
Fungsi : (a) Membangun ekonomi yang mampan berasaskan sektorekonomi teras iaitu pertanian, pembuatan, pelancongan dan logistikbagi membantu negara ke rantaian nilai lebih tinggi; (b) Menggalakpenglibatan sektor swasta di Koridor Utara; dan (c) Meningkatkanpendapatan per kapita dan memperbaiki kualiti hidup melalui aktivitiekonomi berteraskan pengetahuan.
Aktiviti 3 : Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (East Coast Economic Region Development Council-ECERDC)
Fungsi : (a) Merangsang, menggalak dan mempercepat pertumbuhanWilayah Ekonomi Pantai Timur dengan cara saksama dan mampan,bertaraf dunia serta menjadi destinasi pilihan untuk melabur,bekerja dan tempat tinggal; dan (b) Memastikan pembangunansosial dan pembangunan mampan diberi keutamaan dalammenggerakkan pertumbuhan ekonomi di dalam Wilayah EkonomiPantai Timur.
138
Aktiviti 4 :
Fungsi :
Aktiviti 5 :
Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Regional Corridor Development Authority-RECODA)
Melaksana, menyelaras dan mengawas pelaksanaan pelan pembangunan bagi mewujudkan pertumbuhan sosioekonomi yang mampan dan peningkatan pelaburan di Wilayah Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE).
Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah Authority (Sabah Economic Development and Investment Authority-SEDIA)
Fungsi : (a) Menyelaras, memantau dan melaporkan pelaksanaanprojek/pelaburan swasta serta pertumbuhan sosioekonomi; dan(b) Menggalak dan mempromosi Koridor Pembangunan Sabahsebagai suatu lokasi perniagaan dan pelaburan yang menarik.