SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT
SCE 3143 SAINS, TEKNOLOGI DAN MASYARAKAT2015
Penyiasatan Isu Sains, Teknologi dan MasyarakatKemampanan
Sumber
Pengenalan
Apakah yang dimaksudkan dengan kemampanan sumber? Mengikut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2007), perkataan "mapan" bermaksud tidak
berubah-ubah, sesuatu yang mantap atau sudah kukuh. "kemapanan"
pula membawa maksud keadaan yang mapan. Manakala perkataan "sumber"
pula membawa maksud asal, punca, permulaan. Jadi, dapat disimpulkan
disini bahawa kemampanan sumber adalah merujuk kepada usaha untuk
memantapkan sumber supaya ianya dapat dikekalkan dan dipelihara
dengan sebaik-baiknya.Bumi kita merupakan satu tempat tinggal bagi
jutaan makhluk hidup, termasuk manusia. Bumi kita diliputi dengan
pelbagai sumber seperti tanah, air, udara, hidupan, bahan api fosil
dan mineral. Kepelbagaian sumber daya mineral bumi dan
produk-produk biosfer lainnya menjadi penyumbang terhadap
penyediaan sumber daya untuk mendukung populasi manusia global. Di
muka bumi ini terdapat dua jenis sumber tenaga iaitu sumber tenaga
yang boleh diperbaharui dan sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui. Tenaga yang boleh diperbaharui adalah tenaga yang
boleh digantikan apabila telah habis digunakan seperti air,
matahari dan angin manakala sumber tenaga yang tidak boleh diganti
adalah sumber tenaga yang tidak boleh diganti apabila telah habis
digunakan. Antara contoh sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui adalah petroleum, gas asli, arang batu dan tenaga
nuklear. Walaubagaimanapun, semua wujudnya sumber-sumber di bumi
ini merupakan hamba Allah di muka Bumi ini, dan kita
bertanggungjawab untuk menjaga dan memelihara alam ini dengan
sebaik mungkin agar ianya dapat menberi manfaat kepada kita dan
seterusnya generasi akan datang supaya dapat menikmati kehidupan
yang selesa dan harmonis.
Tenaga yang boleh diperbaharui
Tenaga yang boleh diperbaharui adalah tenaga yang berasal dari
sumber-sumber alam atau didefinisikan sebagai tenaga yang boleh
digantikan atau mengalami dicas semula apabila telah habis
digunakan seperti cahaya matahari, angin, hujan, pasang surut , dan
suhu bumi.Merujuk kepada sebuah jurnal akademik yang berjudul
Renewable Energy telah merumuskan satu analisi data tentang jumlah
penggunaan tenaga dunia mengikut sumber telah dibuat pada tahun
2010. Merujuk kepada data yang diperolehi, sekitar 16.7% dari
pengambilan tenaga global berasal dari tenaga yang boleh
diperbaharui, dengan 11.44% berasal dari tradisional Biojisim yang
merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang paling biasa
digunakan iaitu 53% yang terutama digunakan untuk pemanasan, dan
3.34% adalah dari pembangkit elektrik tenaga air diperbaharui.
Penggunaan kuasa angin sebagai sumber tenaga turut mempunyai 3.05%
daripada jumlah keseluruhan tenaga yang boleh diperbaharui .
Apabila kita merujuk laporan daripada U.S Energy Information
Administration yang merupakan analisis data khas untuk peninjauan
penggunaan tenaga yang boleh diperbaharui , didapati penggunaan
tenaga biojisim telah luas digunakan sejak 2006 lagi dan meningkat
sehingga 53% daripada jumlah peratusan penggunaan tenaga yang boleh
diperbaharui. Sumber tenaga kuasa hidro juga salah satu sumber
kuasa tenaga yang biasa digunakan untuk menghasilkan sumber
elektrik untuk kehidupan seharian. Peningkatan peratusan penggunaan
sumber tenaga berasaskan kuasa angin telah membuktikan sumber kuasa
angin semakin dititik beratkan.
Kehidupan manusia pada masa kini tidak dapat dipisahkan daripada
penggunaan teknologi seperti peralatan elektrik dan elektronik.
Kebanyakan aktiviti dan kehidupan harian tidak dapat dilaksanakan
dengan lancar sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik. Fenomena
ini membuktikan bahawa kewujudan tenaga elektrik adalah penting dan
memberikan impak terhadap kemudahan dan keselesaan manusia dalam
menjalankan kerja-kerja harian.
Pada tahun 2012, penaburan teknologi sumber tenaga yang boleh
diperbaharui semakin banyak dan secara luas digunakan di Eropah,
Asia, dan Amerika Syarikat. Merujuk kepada U.S Energy Information
Administration, Negara China, Negara Amerika Syarikat , Negara
Germany dan Negara Spain merupakan negara terutama dalam penaburan
teknologi menjana elektrik daripada sumber yang boleh diperbaharui.
Isu sumber tenaga adalah salah satu cabaran yang perlu dititik
beratkan dan sama sekali tidak perlu diabaikan kerana ia melibatkan
kesejahteraan hidup manusia dan kemakmuran negara. Di negara
Malaysia sahaja, lebih daripada 90 peratus tenaga yang digunakan
adalah daripada tenaga elektrik. Tenaga elektrik ini dijana hampir
setiap hari bagi memenuhi kehendak pengguna dalam menjalani
kehidupan seharian. Dua buah syarikat pembekal elektrik yang
terbesar di Malaysia menggunakan teknologi penjanaan elektrik
daripada logi hidroelektrik untuk menjana bekelan elektrik untuk
dibekalkan ke seluruh Malaysia. Sumber rujukan : U.S Energy
Information Administration
Jenis-jenis tenaga yang boleh diperbaharui
Sumber- sumber tenaga yang boleh diperbaharui boleh diganti
secara semula jadi dalam jangka masa yang singkat. Sumber tenaga
ini akan kekal selamanya walaupun kita berterusan menggunakannya.
Sumber sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah tenaga suria
atau solar, tenaga angin, tenaga air atau kuasa hidro dan bahan
bakar biojisim. Kebanyakan sumber sumber tenaga yang boleh
diperbaharui ini digunakan untuk menghasilkan arus elektrik.Tidak
seperti bahan bakar fosil, sumber tenaga yang boleh diperbaharui
yang bukan berasaskan biojisim (kuasa hidro, angin dan suria) tidak
menghasilkan secara langsung gas gas rumah hijau.
1) TENAGA SURIA / SOLAR (Solar Energy)
Matahari telah membekalkan tenaga selama berbilion billion
tahun. Tenaga suria adalah sinaran sinaran Matahari (radiasi suria)
yang sampai ke Bumi. Tenaga ini boleh ditukarkan menjadi bentuk
tenaga yang lain seperti tenaga haba dan elektrik. Tenaga matahari
dapat mengurangkan pencemaran udara dan kesan rumah kaca serta
boleh disimpan untuk penggunaan elektrik pada waktu malam. Ia juga
boleh dimanfaatkan untuk kegunaan lampu tiang yang banyak terdapat
di Malaysia.
1.1 Tenaga suria boleh ditukarkan menjadi tenaga elektrik dalam
2 cara: a) Alat Voltan Foto (PV) atau sel sel suriab) Loji Kuasa
Suria
Alat Voltan Foto (PV) atau sel sel suria
Alat Voltan Foto (PV) atau sel sel suria ini menukarkan cahaya
Matahari terus kepada tenaga elektrik. Setiap sel suria dikumpulkan
menjadi panel dan susunan panel boleh digunakan secara meluas, dari
sel sel kecil yang hanya mencas kalkulator dan bateri jam,
sehinggalah kepada loji janakuasa yang merangkumi beberapa
ekar.
Bagaimana Sel sel Suria Menghasilkan Elektrik
Cahaya Matahari mengandungi foton, atau zarah zarah tenaga
suria. Foton foton ini terdiri daripada pelbagai jumlah tenaga yang
bergantung kepada perbezaan panjang gelombang cahaya spektrum
suria. Apabila foton mengenai sel suria, ia mungkin dipantulkan
semula, terus menembusi, atau diserap. Hanya foton yang diserap
membekalkan tenaga untuk menjana elektrik.Apabila cukup cahaya
Matahari (tenaga) yang diserap oleh bahan (semikonduktor), elektron
akan terkeluar daripada atom bahan, oleh itu elektron secara
semulajadi bergerak menuju ke permukaan. Apabila elektron
meninggalkan kedudukan mereka, ia membentuk lubang. Apabila banyak
elektron yang bercas negatif bergerak menuju ke permukaan sel,
hasilnya ialah berlaku ketidakseimbangan cas antara sel sel pada
permukaan hadapan dan belakang yang membentuk potensi voltan sama
seperti terminal negatif dan positif sesebuah bateri. Apabila dua
permukaan tersebut disambungkan dengan beban luaran, seperti alatan
elektrik, arus elektrik akan mengalir.
Loji Pengumpulan Kuasa Suria
Loji Pengumpulan Kuasa Suriamenjana elektrik dengan menggunakan
haba daripadapengumpul terma suriauntuk memanaskan cecair yang mana
akan menghasilkan stim memberi kuasa kepada generator.
Kegunaan Tenaga SuriaApabila ia ditukarkan kepada tenaga haba,
tenaga suria boleh digunakan untuk:
Memanaskan air digunakan di rumah, bangunan atau kolam renang
Memanaskan ruang di dalam rumah, rumah hijau dan bangunan bangunan
lain. Kegunaan lampu tiang pada waktu malam di tepi jalan atau
taman-taman rekreasi.
Kelebihan Penggunaan Tenaga Suria1. Manfaat utama tenaga solar
adalah membantu memperlahankan dan mengurangkan pemanasan global
(global warming). Isyarat kecemasan pemanasan global telah
membimbangkan seluruh dunia kerana ia telah mengancam kehidupan
masyarakat manusia, serta survival spesies yang tak terhitung
jumlahnya. Bersyukurnya, prihatinan dan perkembangan teknologi
negara maju membolehkan penyelidikan kepada sistem panel solar yang
cekap mewujudkan elektrik tanpa menghasilkan pencemaran pemanasan
global. Kuasa solar kini sangat jelas salah satu penyelesaian yang
paling penting kepada krisis pemanasan global. 2. Kuasa solar
merupakan salah satu cara menjimatkan wang anda dalam jangka masa
yang panjang. Meletakkan panel PV solar di atas bumbung anda
mungkin menjimatkan beratus-ratus ringgit dalam setahun. Jikalau
sebuah keluarga di Malaysia mengantikan kuasa elektrik dengan
tenaga solar akan menjimat RM300 setahun maka sepuluh ribu keluarga
akan menjimatkan RM 30,000,000 kos perbelanjaan ke atas elektrik
setahun. Ia bukan dilihat setakat penjimatan ke atas beratus-ratus
ringgit oleh sesebuah keluarga sahaja malah memerangi pemanasan
global dengan kuasa solar mungkin akan mengurangkah kesan ancaman
pemanasan global dan penjimatan ini bukan setakat berbilion bahkan
trillion dolar.3. Kuasa solar menyediakan kebolehpercayaan tenaga.
Yang semakin meningkat dan suasana matahari adalah sangat
konsisten. Di seluruh dunia, kita tahu bila ia akan naik dan set
setiap hari, sepanjang tahun. Walaupun awan mungkin sedikit kurang
diramal, kami juga mempunyai unjuran yang agak baik bermusim dan
harian bagi jumlah cahaya matahari yang akan diterima di lokasi
yang berbeza. Semua dalam semua, ini menjadikan tenaga solar
merupakan sumber yang sangat dipercayai tenaga.4. Kuasa solar
memberikan kebebasan tenaga. Sama seperti rangsangan keselamatan
tenaga, kuasa solar menyediakan manfaat yang besar kemerdekaan
tenaga. Sekali lagi, "bahan api" untuk panel solar tidak boleh
dibeli atau dimonopoli. Ia adalah percuma untuk semua untuk
digunakan. Sebaik sahaja anda mempunyai panel solar di atas bumbung
anda, anda mempunyai sumber asasnya bebas elektrik yang semua anda.
Ini adalah penting untuk individu, tetapi juga untuk bandar-bandar,
daerah, negeri, negara, dan juga syarikat-syarikat. 5. Kuasa solar
juga mewujudkan peluang pekerjaan. Sebagai sumber tenaga, kuasa
solar adalah kuasa penghasilan kerja. Wang yang dilaburkan dalam
kuasa solar mewujudkan dua hingga tiga kali lebih banyak peluang
pekerjaan daripada wang yang dilaburkan dalam arang batu atau gas
asli. 6. Tenaga solar adalah percuma Infinite. Setelah pemasangan
permulaan danpenyelenggaraan, tenaga solar adalah seratus peratus
percuma. Solar tidak memerlukan bahan-bahan mentah yang mahal dan
berterusan seperti minyak atau arang batu, dan memerlukan operasi
jauh lebih rendah buruh daripada pengeluaran kuasa
konvensional.
Kelemahan tenaga suria ialah :Salah satu kelemahan tenaga suria
adalah matahari tidak bersinar 24 jam sehari dan jumlah cahaya
Matahari yang tiba di permukaan Bumi adalah tidak tetap. Ia
bergantung kepada lokasi, hari, tahun dan keadaan cuaca. Disebabkan
Matahari tidak memancarkan cukup tenaga pada satu tempat dalam satu
masa, satu kawasan yang luas diperlukan untuk mengumpulkan tenaga
pada kadar yang mencukupi untuk menghasilkan tenaga.Apabila
matahari terbenam atau banyak teduh, panel PV solar berhenti
menghasilkan elektrik. Jika kita perlu elektrik pada masa itu, kita
perlu mendapatkannya daripada beberapa sumber lain. Dalam erti kata
lain, kita tidak dapat 100% dikuasakan oleh panel solar.Pada masa
ini, kami sudah tentu menggunakan elektrik lebih daripada di
tengah-tengah malam, jadi permintaan elektrik adalah lebih besar
daripada waktu pagi. Oleh itu kecekapan kuasa solar disimpan
menjadi masalah yang harus diujikajikan.
2) TENAGA ANGIN (Wind Energy)
Callagheen Komuniti Dana Ladang Angin Geran 2015-2016.
Angin boleh ditakrifkan sebagai tenaga kinetik udara yang
bergerak. Kewujudan angin adalah disebabkan oleh pemanasan tidak
sekata oleh matahari ke atas atmosfera, ketaksekataan permukaan
bumi, dan putaran bumi. Corak aliran angin adalah berubah-ubah
berdasarkan oleh rupa bentuk bumi, komposisi air, dan perlindungan
kehijauan bumi. Aliran angin atau dikategorikan sebagai tenaga
gerak, apabila dikumpul dan mengerakan turbin angin moden, ia boleh
digunakan untuk menjana tenaga elektrik.Bagaimana penjanaan tenaga
angin? Istilah "tenaga angin" atau "kuasa angin" menggambarkan
proses di mana angin yang digunakan untuk menjana tenaga mekanikal
atau elektrik. Turbin angin menukarkan tenaga kinetik angin ke
dalam kuasa mekanikal. Ini kuasa mekanikal boleh digunakan untuk
tugas-tugas tertentu seperti pengisaran bijirin atau mengepam air
dan juga penjana boleh mengubah kuasa mekanikal ini menjadi tenaga
elektrik ke rumah-rumah kuasa, perniagaan, sekolah, dan sebagainya.
Pada 2005, kapasitas generator tenaga-angin adalah 58.982 MW, hasil
tersebut kurang dari 1% penggunaan listrik dunia. Meskipun masih
berupa sumber energi listrik minor di kebanyakan negara,
penghasilan tenaga angin lebih dari empat kali lipat antara 1999
dan 2005.
Turbin AnginTurbin angin adalah komponen penting dalam tenaga
angin dan ia berupa seperti bilah kipas pesawat, putar di udara
yang bergerak dan membekalkan kuasa penjana elektrik yang
membekalkan arus elektrik.Terdapat dua jenis turbin angin iaitu
turbin angin moden dan turbin angin tradisional. Turbin angin moden
jatuh ke dalam dua kumpulan asas; pelbagai-paksi mendatar, seperti
kincir angin tradisional ladang digunakan untuk mengepam air, dan
reka bentuk paksi tegak, seperti model Darrieus gaya pengocok
telur, dinamakan selepas pencipta Perancisnya. Kebanyakan turbin
angin besar moden adalah turbin paksi melintang.
Kegunaan Tenaga Angin1. Tenaga Angin menjana elektrikAngin
adalah tenaga yang boleh diperbaharui sama seperti tenaga suria
kerana ia sentiasa bertiup. Tenaga kinetik angin akan berupaya
memutarkan turbin angin dan membekalkan kuasa penjanaan bagi
generator untuk menghasilkan tenaga elektrik. Setelah elektrik
dihasilkan oleh turbin, elektrik dari seluruh ladang angin akan
dikumpulkan dan dihantar ke transformer. Voltan akan ditambahkan
untuk dihantar melalui kabel berkemampuan tinggi.
2. Tenaga Angin membantu dalam bidang pertanian.Turbin angin
menukarkan tenaga kinetik angin ke dalam kuasa mekanikal. Petani
telah menggunakan tenaga angin selama beberapa tahun untuk mengepam
air dari perigi menggunakankincir angin. Angin juga digunakan untuk
memusingkan batu pengisar untuk mengisar gandum atau biji
jagung.
Kelebihan Tenaga AnginTenaga angin merupakan tenaga yang boleh
diperbaharui dan ia tidak menyebabkan pencemaran, oleh itu ia
merupakan tenaga alternatif kepada bahan bahan bakar fosil. Tenaga
angin adalah bersih; loji kuasa angin atau dipanggil ladang
janakuasa angin tidak menghasilkan sebarang pencemaran udara atau
air kerana tiada bahan bakar yang dibakar untuk menghasilkan
elektrik.
Kelemahan Menggunakan Tenaga Angin1. Perlu memilih kawasan yang
sesuai untuk tenaga anginPenjanaan tenaga angin memerlukan tiupan
angin yang kuat yang mampu menghasilkan daya tolakan yang dapat
mengerakkan tubin angin. Faktor lokasi memainkan peranan dalam
kecekapan dalam penjanaan tenaga angin. Secara asasnya, kelajuan
angin bertambah apabila altitud (ketinggian) kawasan bertambah dan
di kawasan terbuka yang tidak berlaku gangguan angin. Kawasan yang
paling baik untuk kawasan memperoleh tenaga angin ialah seperti
kawasan tinggi yang gondol tiada pokok, dikelilingi bukit bukau,
kawasan lapang atau tepi laut yang terbuka dan juga ruang antara
gunung ganang yang membentuk terusan angin.
2. Memberi kesan besar kepada populasi burung liar dan
lanskapKesan alam sekitar yang paling besar dalam penggunaan mesin
angin ialah ia memberi kesan negatif kepada populasi burung liar
dan juga permandangan alam sekitar. Sesetengah orang permandangan
bilah turbin angin yang bergemerlapan adalah sesuatu yang
menyakitkan; tapi bagi yang lain, ia merupakan alternatif yang
indah kepada stesen jana kuasa konvensional.
3) TENAGA KUASA HIDRO (Hydropower Energy)
Hydropower Energy Sarawak
Kuasa hidro atau kuasa air (berasal dari bahasa Yunani: , "air")
adalah kuasa yang berpunca daripada tenaga kinetik jatuh air dan
pengaliran air, yang boleh dimanfaatkan dalam pelbagai tujuan.
Dalam membincangkan tentang kuasa hidro, ia sebenarnya termasuk
kuasa hidroelektrik, kuasa air pasang surut, kuasa ombak, dan
tenaga haba laut. Tetapi, ia banyak berkisar tentang janakuasa
hidroelektrik kerana ia digunakan untuk menjana elektrik di
kebanyakan negara di dunia.Sejak zaman purba lagi, kuasa hidro dari
pelbagai jenis watermills telah digunakan untuk pengairan dan
operasi pelbagai peranti mekanikal, seperti gristmills, kilang
papan, kilang tekstil, tukul perjalanan, kren dermaga, lif
domestik, dan kilang-kilang bijih.Sejak awal abad ke-20, istilah
kuasa hidro telah hampir-hampir khas digunakan untuk pembangunan
moden kuasa hidroelektri. Kuasa hidro semakin diperkembangkan pada
zaman ini keran ia adalah sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
Jenis kuasa hidro yang paling biasa adalah loji kuasa hidroelektrik
yang menggunakan empangan di sebuah sungai untuk menyimpan air di
dalam takungan. Air yang dikeluarkan dari takungan mengalir melalui
turbin, berputar itu, yang seterusnya mengaktifkan generator untuk
menghasilkan elektrik. Tetapi kuasa hidroelektrik tidak semestinya
memerlukan empangan yang besar. Beberapa loji kuasa hidroelektrik
hanya menggunakan terusan kecil untuk menyalurkan air sungai
melalui turbin.
Kelebihan Tenaga Hidro
1. Pencemaran yang minimumTenaga hidro merupakan pembekal sumber
elektrik yang terbesar di Negara Malaysia. Penjanaan kuasa elektrik
dengan tenaga hidro melibatkan pencemaran yang paling minimum dan
mengurangkan pelepasan gas rumah hijauan jika dibanding dengan
sumber penjanaan yang tidak dapat diperbaharui.
2. Sumber air adalah percumaAir yang digunakan untuk
menghasilkan kuasa hidro yang disimpang dalam loji yang mempunyai
berjuta-juta tan air adalah disediakan percuma oleh alam semula
jadi. Negara Malaysia terletak berhampiran dengan khatulistiwaamat
jarang sekali mempunyai keadaan langit tidak berawan langsung,
meskipun pada musim kemarau teruk dan mempunyai kelembapan yang
tinggi danhujanyang banyak. Kesesuaian kedudukan geogradi Negara
Malaysia mendorong perkembangan tenaga hidro di negara ini.
3. Sumber yang boleh diperbaharuiSumber tenaga hidro adalah
berasaskan air dan air merupakan hadiah daripada Tuhan yang
dibekalkan semula jadi yang tidak terhingga dan ia boleh digantikan
selepas habis digunakan sumber bekalan air dalam loji kuasa
hidro.
4. Tempat rekreasiDisebabkan sumber kuasa hidroelektrik ialah
air dan stesen janakuasa hidroelektrik mesti berada dekat dengan
sumber air, maka kawasan empangan yang disimpan berjuta-jutan tan
air jernih membolehkan ia menjadi suatu pemandangan yang cantik dan
sesuai untuk dijadikan tempat rekreasi yang menawarkan aktiviti
sukan air dan memancing.
Kelemahan Tenaga Hidro
Terdapat banyak kelemahan kuasa hidroelektrik kerana yang ia
tidak digunakan pada skala yang sangat besar di seluruh dunia
Sebelum menggunakan sesuatu di peringkat industri, anda perlu
mengambil kira kebaikan dan keburukan itu keburukan adalah:1.
Pelepasan gas metana dan karbon dioksidaTakungan air untuk kuasa
hidroelektrik mengeluarkan sejumlah besar karbon dioksida dan
metana. Kawasan di sekitar empangan telah penuh dengan air.
Tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok dalam mereka mula reput dan
mengurai dengan kaedah lain tanpa menggunakan oksigen. Jadi ini
jenis penguraian tempat pembuangan sampah sejumlah besar gas metana
dan karbon dioksida yang meningkatkan pencemaran.
2. Pemusnahan habitatUntuk membina pusat penjana tenaga hidro
memerlukan pembentukan empangan yang besar dan hakikatnya telah
mengorbankan tanah yang luas serta memusnahkan makhluk-makhluk
hidup di sekeliling mereka. Selain itu, kehidupan penduduk tempatan
seperti orang asli turut diganggu kerana manusia tidak boleh hidup
di kawasan yang sering dilanda banjir dan tumbuhan akan dimusnahkan
semasa pembebasan air daripada empangan. Penduduk yang tinggal
berhampiran dan juga haiwan-haiwan liar turut terpaksa
berpindah.
3. Kos yang tinggiWalaupun kos sumber air adalah percuma tetapi
kos pengilangan dan membina empangan serta pemasangan turbin adalah
sangat mahal dibandingkan dengan penjana kuasa elektrik dengan
sumber lain. Banyak negara tidak menggunakan sumber alternatif
tenaga ini dan lebih terdorong menggunakan kuasa nuclear yang
melibatkan kos yang jauh mudah disbanding dengan kuasa hidro.
Selain itu , Penyelenggaraannya juga sangat mahal.
4. Kesan ke atas pertanianMembuat empangan pada sungai memberi
kesan kepada jumlah, kualiti dan suhu air yang mengalir di sungai
yang mempunyai kesan yang drastik pada pertanian dan air
minuman.
5. Pembunuhan ikanAir manakala mengalir melalui empangan
mengumpul nitrogen yang boleh merosakkan dan juga membunuh ikan.
Mereka juga boleh merosakkan pembiakan ikan itu menghapuskan
seluruh spesies ikan.
4) TENAGA BIOJISIM (Biomass Energy)
Istilah "biomass" merujuk kepada bahan organik yang melibatkan
proses penyimpanan tenaga melalui proses fotosintesis. Tenaga
terdapat pada tumbuh-tumbuhan boleh dipindahkan melalui rangkaian
makanan kepada haiwan dan bahan buangan mereka, dan bertukar bentuk
tenaga untuk kegunaan manusia setiap hari. Biomass adalah salah
satu sumber yang paling banyak dan yang digunakan dalam penjanaan
tenaga dalam perkembangan sumber tenaga boleh diperbaharui di dunia
dalam penjanaan elektrik. Secara umum, ia adalah bahan organik yang
dihasilkan oleh fotosintesis cahaya. Bahan kimia (sebatian organik
karbon) disimpan dan boleh digunakan untuk menjana tenaga. Biojisim
yang paling biasa digunakan untuk tenaga adalah daripada
pokok-pokok kayu. Kayu telah digunakan oleh manusia untuk
menghasilkan tenaga untuk pemanasan dan memasak sejak zaman purba
lagi.Biojisim ialah tenaga yang boleh diperbaharui kerana kita
boleh tanam semula banyak pokok dan tanaman selepas ia dituai, dan
bahan buangan akan sentiasa dihasilkan. Beberapa contoh bahan bakar
biojisim ialah kayu, tanaman, baja dan bahan buangan pepejal -
sampah. Apabila dibakar, tenaga kimia dalam biojisim dibebaskan
sebagai haba. Apabila membakar kayu, ia merupakan bahan bakar
biojisim. Sisa makanan atau sampah boleh dibakar untuk menghasilkan
stim menjana elektrik, atau membekalkan haba kepada industri dan
rumah.
Kelebihan Tenaga Biomas1) Biomass digunakan sebagai bahan api
yang mengurangkan keperluan untuk bahan api fosil untuk pengeluaran
haba, wap dan elektrik untuk kegunaan kediaman, perindustrian dan
pertanian.2) Biomass sentiasa ada dan boleh dihasilkan sebagai
sumber yang boleh diperbaharui.3) bahan api Biomass dari sisa
pertanian mungkin produk menengah yang menambah nilai kepada
tanaman pertanian.4) Berkembang tanaman Biomass menghasilkan
oksigen dan menggunakan karbon dioksida.5) Penggunaan bahan-bahan
buangan mengurangkan pelupusan tapak pelupusan dan membuat lebih
banyak ruang untuk segala sesuatu yang lain.6) Karbon Dioksida yang
dibebaskan semasa bahan api biojisim dibakar, diambil oleh
tumbuh-tumbuhan.7) Kurang wang dibelanjakan untuk minyak asing
Kelemahan Tenaga Biomas1) Ketidakcekapan dalam penghasilan
tenaga berbanding dengan Bahan Api Fosil. Selain itu, etanol adalah
berbahaya kepada pembakaran ke atas enjin dalam jangka masa
panjang.2) Tanah yang digunakan untuk tanaman mungkin diperlukan
untuk tujuan lain, seperti faming, pemuliharaan, perumahan, resort
atau pertanian.3) Beberapa projek penukaran Biomass adalah daripada
sisa haiwan dan adalah dalam bilangan yang kecil dan terhad.4) Kos
penyelidikan yang tinggi diperlukan untuk mengurangkan kos
pengeluaran bahan api Biomass .5) Punca utama pencemaran beberapa
kes.
Tenaga yang Tidak Boleh Diperbaharui
Tenaga wujud secara bebas dan semulajadi dalam alam semula jadi.
Ada di antara tenaga wujud tak terhingga ( tenaga yang boleh
diperbaharui ) , manakala ada tenaga mempunyai jumlah yang terhad
atau mengambil berjuta-juta tahun untuk membentuk semula, dan akan
habis satu hari (tenaga yang tidak boleh diperbaharui). Oleh itu,
sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui boleh ditakrifkan
sebagai satu sumber yang tidak memperbaharui dirinya pada kadar
yang mencukupi untuk pengekstrakan ekonomi yang berterusan yang
memanfaatkan manusia dari semasa ke semasa. Antara contoh sumber
tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah petroleum, gas asli,
arang batu dan tenaga nuklear.
Tenaga yang tidak boleh diperbaharuiGambar daripada :
http://www.swiftutors.com/science/non-renewable-sources-of-energy.php
Kebanyakan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah
terdiri daripada bahan api fosil. Bahan api fosil terbentuk
daripada tumbuhan dan haiwan yang tertanam berjuta-juta tahun yang
lalu. Sisa tinggalan tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang tersimpan di
bawah timbunan batuan dalam kerak bumi mengalami keadaan tekanan
dan suhu yang tinggi dan akan berubah secara semula jadi dan
menghasilkan petroleum, gas asli dan arang batu. Terdapat satu
takungan yang besar di bawah tanah yang terdiri daripada
sumber-sumber yang tidak boleh diperbaharui di seluruh dunia.
Karbon merupakan elemen utama dalam bahan api fosil yang sesuai
digunakan untuk menjana sumber tenaga.
Petroleum merupakan bahan api fosil dalam bentuk cecair. Ia juga
dikenali sebagai minyak atau minyak mentah. Ia terbentuk daripada
pereputan haiwan dan tumbuhan yang hidup berjuta-juta tahun yang
lalu yang tinggal di dalam persekitaran air. Lebih daripada
berjuta-juta tahun, reputan haiwan dan tumbuh-tumbuhan ini ditutupi
dengan lapisan pasir dan kelodak. Haba dan tekanan daripada
lapisan-lapisan ini membantu ia berubah bentuk kepada minyak
mentah. Minyak mentah adalah berbau, berwarna kuning ke hitam yang
akan dikorek daripada takungan di dasar laut dan sesetengah di
bawah tanah. Hasil daripada minyak mentah yang telah digerudi, ia
mesti ditapis.
Petroleum menjadi salah satu aset sumber tenaga yang utama bagi
negara kita. Malaysia telah menubuhkan Petroleum Nasional Berhad
(PETRONAS) yang bertindak sebagai jentera kerajaan mengendalikan
semua hal yang berkaitan petroleum di negara kita. Hal ini demikian
untuk memastikan sumber petroleum negara diurus dengan terancang.
Hasil daripada petroleum membantu kita dalam banyak perkara. Minyak
mentah hasil aktiviti cari gali dari dasar laut akan disalurkan ke
permukaan dan loji penapisan serta akan mengalami proses penapisan
dan pembakaran bagi menghasilkan produk-produk petroleum. Lebih
separuh daripada petroleum akan ditukarkan kepada petrol. Petrol
digunakan di dalam kenderaan untuk menggerakkan enjin. Selain
petrol, produk petroleum yang lain adalah nafta, kerosin, diesel,
minyak pelincir, parafin, minyak bahan api dan bitumen.
Kewujudan petroleum
Gambar daripada :
http://www.scs.sk.ca/vol-old/HTT/Renewable/oil.htm
Perolehan PetroleumGambar daripada :
http://www.foxoildrilling.com/contract-inquiries.html
Walau bagaimanapun, pembakaran petrol adalah berbahaya kepada
alam sekitar. Ia melepaskan gas berbahaya dan asap ke udara yang
kita sedut. Antara gas yang terhasil daripada pembakaran petroleum
adalah karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida, dan
nitrogen dioksida. Terdapat juga kemungkinan tumpahan minyak. Jika
ada masalah dengan jentera penggerudian, minyak yang boleh meletup
di luar telaga dan melimpah ke dalam tanah atau laut yang
mengelilingi. Tumpahan minyak adalah bencana alam sekitar, terutama
tumpahan luar pesisir. Minyak terapung di air, jadi ia boleh
kelihatan seperti makanan untuk ikan dan merosakkan bulu
burung.
Gas asli juga merupakan bahan api fosil yang terperangkap di
bawah tanah dalam takungan. Gas ini terperangkap di dalam
lapisan-lapisan bumi, biasanya bersama-sama petroleum. Komposisi
juga hampir sama, sebatian hidrokarbon yang kebanyakannya terdiri
daripada gas metana. Pencarian gas asli dimulakan dengan ahli
geologi, yang mengkaji struktur dan proses Bumi. Gas asli digunakan
untuk pemanasan dan memasak. Ia juga boleh dibakar untuk
menghasilkan elektrik. Gas asli juga boleh bertukar menjadi bentuk
cecair, yang dikenali sebagai gas asli cecair atau liquid natural
gas (LNG). LNG lebih bersih dari mana-mana bahan api fosil yang
lain. Gas asli cecair mengambil ruang yang kurang berbanding dalam
bentuk gas. LNG mudah disimpan dan digunakan untuk tujuan yang
berlainan. LNG juga boleh menjadi gantian untuk petrol. Gas asli
adalah agak murah untuk dikeluarkan, dan adalah "bersih" bahan api
fosil daripada petroleum atau arang batu. Apabila gas asli dibakar,
ia hanya mengeluarkan karbon dioksida dan wap air. Ini adalah lebih
sihat daripada pembakaran arang batu.
Walau bagaimanapun, mengekstrak gas asli boleh menyebabkan
masalah alam sekitar. Keretakan batu boleh menyebabkan mini gempa
bumi. Air tekanan tinggi dan bahan kimia yang mengalami tekanan di
bawah tanah juga boleh bocor kepada lain-lain punca air.
Sumber-sumber air, digunakan untuk minum atau mandi, boleh menjadi
tercemar dan tidak selamat. Gas asli juga memberi kesan kepada alam
sekitar apabila ia dihasilkan, disimpan dan diangkut. Disebabkan
gas asli terdiri daripada metana yang tinggi kandungannya (gas
rumah hijau yang lain), sedikit metana kadang kala boleh terlepas
keluar ke atmosfera dari perigi, tangki simpanan dan saluran
paip.
Arang batu juga sumber tenaga daripada bahan api fosil yang
berbentuk pepejal. Arang batu ialah batuan mendapan berwarna hitam
atau perang kehitaman yang mudah terbakar yang terdiri daripada
karbon dan hidrokarbon. Arang batu digunakan untuk menjana
elektrik. Loji kuasa membakar arang batu untuk menghasilkan stim.
Stim akan memusingkan turbin (mesin untuk menjana kuasa mekanikal)
yang menjana elektrik. Arang batu juga digunakan sebagai sumber
tenaga utama dalam kebanyakan industri seperti industri keluli,
simen dan kertas.
Arang BatuGambar daripada :
http://www.malaysiaria.com.my/forum/topics/tenaga-nuklear-dan
Penggunaan arang batu boleh mendatangkan kesan buruk. Tanpa
tindakan yang betul, perlombongan arang batu boleh memberi kesan
negatif terhadap ekosistem dan kualiti air dan merubah landskap dan
pemandangan. Pelombong arang batu juga terdedah kepada debu toksik
dan menghadapi bahaya di dalam gua dan letupan di tempat kerja.
Apabila arang batu dibakar, ia mengeluarkan banyak gas toksik dan
bahan cemar ke atmosfera. Perlombongan arang batu juga boleh
menyebabkan tanah untuk gua dalam dan mewujudkan api bawah tanah
yang terbakar selama beberapa dekad pada satu masa.
Di samping itu, pembakaran bahan api fosil iaitu petroleum, gas
asli dan arang batu dalam penjanaan tenaga elektrik di Malaysia
membawa kesan yang negatif seperti. Pembakaran bahan api fosil
dalam penjanaan tenaga elektrik telah membebaskan asap yang
mengandungi berjuta-juta ton bahan-bahan terampai seperti karbon
dioksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan sebagainya ke udara.
Masalah ini menyebabkan udara menjadi semakin tercemar kerana
ditambah pula dengan pembebasan gas-gas pencemar oleh
industri-industri perkilangan lain dan kenderaan-kenderaan
bermotor. Maka, hal ini telah memburukkan lagi keadaan sehingga
boleh menyebabkan berlakunya kejadian hujan asid, jerebu, dan
peningkatan suhu yang juga boleh mendatangkan kesan buruk kepada
manusia.
Selain itu, tenaga nuklear juga merupakan sumber tenaga yang
tidak boleh diperbaharui. Walaupun tenaga nuklear itu sendiri
merupakan sumber tenaga boleh diperbaharui, bahan yang digunakan
dalam loji kuasa nuklear tidak boleh diperbaharui. Tenaga nuklear
menghasilkan tenaga yang kuat dalam nukleus, atau teras, daripada
atom. Tenaga nuklear dibebaskan melalui pembelahan nuklear, proses
di mana nukleus sesuatu atom berpecah. Loji kuasa nuklear adalah
mesin kompleks yang boleh mengawal pembelahan nuklear untuk
menghasilkan elektrik. Bahan yang paling sering digunakan dalam
loji kuasa nuklear adalah uranium elemen. Walaupun uranium ditemui
dalam batuan di seluruh dunia, loji kuasa nuklear biasanya
menggunakan jenis yang sangat jarang berlaku uranium, U-235.
Uranium adalah sumber yang tidak boleh diperbaharui.
Di Malaysia, nuklear berkembang apabila Reaktor TRIGA PUSPATI
(RTP) model Triga MK 11 memulakan operasi pada 28 Jun 1982, setelah
mencapai tahap kegentingan pertama. Perkataan TRIGA adalah
singkatan kepada Training, Research, Isotope Production dan General
Atomic. Pembinaan RTP yang dimulakan dalam bulan November 1981 ini
bertujuan untuk membangunkan bidang latihan, penyelidikan dan
pengeluaran radiosotop yang terdapat di Agensi Nuklear Malaysia.
RTP adalah reaktor jenis kolam yang direka bentuk bagi membolehkan
eksprimen dijalankan di teras reaktor. Reaktor ini di reka agar
sesuai digunakan dalam pelbagai bidang sains nuklear dan
pendidikan. RTP juga menyediakan kemudahan untuk penggunaan neutron
termaju dan kajian sinaran gama termasuk analisis pengaktifan
neutron (NAA), analisis neutron tertunda (DNA), pengeluaran
radiosotop untuk kegunaan perubatan, perindustrian dan pertanian,
radiografi neutron dan penyerakan neutron sudut kecil (SANS).
Loji NukelarGambar daripada :
http://www.malaysiaria.com.my/forum/topics/tenaga-nuklear-dan
Proses penjanaan elektrik dengan kuasa nuklearGambar daripada :
http://www.howitworksdaily.com/is-nuclear-power-safe/
Kepentingan teknologi nuklear di Malaysia juga semakin diakui
oleh ramai pihak. Terdapat beberapa kelebihan penggunaan tenaga
nuklear untuk menghasilkan elektrik. Antaranya, tenaga nuklear
dikatakan dapat menjana tenaga dalam jumlah yang banyak dan pada
satu jangka masa yang panjang berbanding penjanaan tenaga elektrik
menggunakan bahan api fosil seperti petroleum dan arang batu. Ini
kerana penggunaan bahan uranium (bahan utama loji tenaga nuklear)
akan menghasilkan lebih banyak tenaga untuk jangka masa yang
panjang.
Di sebalik kelebihan tenaga nuklear ini, terdapat juga beberapa
keburukan penggunaan tenaga nuklear. Antara keburukan tersebut
ialah, tenaga nuklear boleh memberi kesan tidak baik kepada
kesihatan manusia. Ini kerana, tenaga nuklear menghasilkan radiasi.
Radiasi ini sangat berbahaya kepada tubuh badan manusia kerana
radiasi itu boleh merosakkan sel badan. Selain itu, bahan
radioaktif yang terhasil daripada aktiviti penjanaan tenaga
elektrik menggunakan tenaga nuklear juga amat berbahaya dan kos
menguruskannya juga amat tinggi.
Peranan kerajaan dan masyarakat adalah sangat penting bagi
mengatasi masalah dan kesan-kesan negatif yang timbul akibat
daripada penggunaan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
Penggunaan bahan api fosil seperti minyak, arang batu dan gas asli
sebagai bahan bakar dalam penjanaan elektrik oleh stesen jana kuasa
sememangnya mengundang kepada masalah pencemaran udara. Beberapa
langkah pencegahan perlu diambil bagi mengatasi masalah ini. Antara
langkah-langkah yang akan diambil bagi meminimumkan pencemaran
udara akibat penggunaan arang batu sebagai bahan bakar adalah
melalui pemasangan Electrostatic Precipitator (ESP) iaitu sejenis
perangkap habuk yang berupaya untuk memerangkap 99.7% habuk produk
pembakaran dari terlepas ke udara. Di samping itu, penggunaan Flue
Gas Desulphurization (FGD ) boleh diguna pakai dalam operasi stesen
jana kuasa bagi tujuan menyerap sulfur yang terhasil daripada
pembakaran arang batu, manakala penunu rendah NOx atau Low Nox
Burner pula dapat digunakan bagi mengawal kandungan Nitrogen Oksida
(NOx). Sementara itu, pemasangan stesen-stesen pengesan kualiti
udara di kawasan yang berdekatan penempatan penduduk juga perlu
dilakukan supaya maklumat mengenai tahap kualiti udara dapat
disalurkan secara berterusan. Maklumat ini seterusnya perlulah
dipantau oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi memastikan tahap
pencemaran udara berada pada paras yang telah ditetapkan.
Pada pandangan saya, bagi mengurangkan masalah pencemaran udara
yang berlaku daripada pembakaran petrol, rakyat Malaysia perlu
menyahut seruan kerajaan untuk sama-sama berusaha menjimatkan
penggunaan petrol. Antaranya adalah berkongsi kenderaan ke tempat
kerja, menggunakan kenderaan awam yang telah disediakan bagi
mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya. Selain itu,
penggunaan sumber-sumber alternatif yang dihasilkan daripada tenaga
boleh diperbaharui juga boleh mengurangkan kesan negatif yang
timbul daripada penggunaan tenaga yang tidak boleh diperbaharui.
Contoh sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui adalah tenaga
solar, tenaga hidro, biojisim, hidrogen dan tenaga angin.
Secara kesimpulannya, satu sistem pengurusan sumber yang
berkesan perlu dilaksanakan bagi menjamin bekalan dan penggunaan
sumber tenaga yang berterusan bagi kegunaan manusia pada masa
depan.Pihak stesen jana kuasa juga perlulah sentiasa berusaha untuk
meningkatkan kecekapan loji-loji penjanaan supaya dapat menjimatkan
kos operasi lalu memberi keselesaan dan kepuasan kepada
pelanggan-pelanggannya. Selain itu, pengguna-pengguna elektrik juga
digalakkan meminimumkan penggunaan elektrik.
Aplikasi Kemahiran Proses Sains
Bincangkan dalam laporan sejauh mana proses penyiasatan anda
mengambil kira kemahiran proses sains.
Kemahiran Proses Sains bolehlah didefinisikan sebagai membuat
jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian yang
lalu atau melalui pemerolehan data yang boleh dipercayai. Ini
bermakna murid-murid diberikan peluang untuk mengeluarkan idea dan
pendapat mengenai sesuatu perkara berdasarkan pemerhatian lalu dan
juga data serta pengalaman yang boleh dipercayai kebenarannya.
Terdapat dua tujuan utama kemahiran proses sains. Pertama, nilai
penguasaan kemahiran proses sains dari segi intelek adalah lebih
tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains.
Kemahiran proses yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya
boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Apabila
murid-murid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh
mengemukakan soalan dan mencari jawapan tentang alam sekeliling
serta membentuk idea dan konsep dengan sendiri .Kedua, menurut
kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti di luar
negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing tentang
fenomena alam semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka
sebenarnya bukanlah semata-mata mempelajari sesuatu yang baru di
sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada
melalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru. Kemahiran
proses sains (KPS) juga membolehkan murid mempersoalkan tentang
sesuatu perkara dan mencari jawapan secara bersistem begitu juga
saya dalam proses membuat tugasan ini.TerdapatSepanjang masa saya
membuat tugasan ini, saya berasa bimbang dan tertekan untuk
memulakan tugasan ini tetapi saya juga berasa bersyukur kerana
melalui tugasan ini, saya dapat lebih memahami konsep kemahiran
proses sains dan dipraktikan sekali lagi dalam tugasan saya. Di
bawah berikut adalah peta minda KPS yang saya aplikasi sepanjang
masa saya menjalankan tugasan.
KPS yang pertama saya aplikasinya ialah kemahiran mendefinisi
secara operasi. Ia member takrifan kepada pembolehubah degan
memerihalkan secara spesifik dan jelas tentang cara untuk memerhati
dan mengukur perubahan ke atas pembolehubah itu . Pada awal kerja
khusus ini, saya telah memberi takrifan yang amat jelas tentang
kemampanan sumber tenaga yang melibatkan sumber yang boleh
diperbaharui dan sumber yang tidak dapat diperbaharui.
IsitilahTakrifan
Kemapanan Sumber TenagaUsaha untuk memantapkan sumber supaya
ianya dapat dikekalkan dan dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Sumber tenaga yang boleh diperbaharuitenagayang dijana
daripadasumber semula jadiseperticahaya
suria,angin,hujan,ombak,geoterma, yang boleh diperbaharui secara
semula jadi
Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharuisumber yang tidak
memperbaharui dirinya pada kadar yang mencukupi untuk pengekstrakan
ekonomi yang berterusan yang memanfaatkan manusia dari semasa ke
semasa
KPS yang kedua yang telah saya aplikasikannya semasa menjalankan
kerja kursus ini ialah kemahiran mentafsir maklumat. Ia memberi
penerangan tentang pola atau perhubungan berdasarkan maklumat yang
dikumpul atau memperihal secara bermakna tentang pemerhatina yang
telah dibuat.Saya telah berusaha mengumpul segala maklumat dan data
yang berkaitan isu penyiasatan saya pada awal permulaannya sama ada
melayari internet dan bahan-bahan bacaan. Tujuan ini sebenarnya
ialah untuk mendapatkan maklumat yang member manfaat kepada saya
dalam menyiapkan penyiasatan kali ini degan jayanya. Ini secara
tidak langsung juga telah melatih diri sendiri agar bijak mentafsir
maklumat yang dikumpul dan dapat menginterprestasikan dengan tepat
dan baik. Misalnya, kemampanan sumber tenaga dan jenis-jenisnya
boleh disenaraikan melalui peta minda seperti berikut :Jenis-jenis
tenaga yang boleh diperbaharui
Semasa saya menjalankan tugasan ini, saya juga melibatkan
kemahiran berkomunikasi dalam membantu saya memperolehi maklumat
yang lebih banyak. Kemahiran berkomunikasi boleh ditakrifkan
sebagai memindahkan maklumat atau idea kepada orang lain melalui
lisan dan tulisan seperti teks, gambar rajah, peta, graf, persamaan
matematik, jadual dan lain-lain. Jika anda mendapati diri anda
sedang menerima maklumat atau menyebarkan maklumat, atau berkongsi
maklumat maka anda sedang berkomunikasi.Saya telah menggunakan
beberapa jenis alat-alat berkumunikasi dalam perbincangan dan
perkongsian maklumat dengan rakan-rakan saya. Antaranya, graf, peta
konsep , nombor , peta dan jadual. Saya telah mengaplikasikan
kemahiran berkomunikasi untuk berkongsi dan membincangkan maklumat
yang rakan-rakan sekumpulan saya kumpulkan dan merumuskan kepada
satu data yang berguna. Selain itu , kemahiran inii juga membantu
saya berkongsi maklumat dengan rakan-rakan saya dengan proses yang
lebih bersistematik.
REFLEKSI :
Terlebih dahulu saya ingin menyampaikan ribuan terima kasih
kepada pensyarah kita Cikgu Loh Leh Chiong kerana telah banyak
memberi bimbingan dan dorongan membantu saya dalam penghasilan
projek ini. Encik Loh juga telah member penerangan dan
membincangkan tajuk-tajuk semasa di dalam kuliah SCE3143 agar kami
tidak berlengah dan menangguhkan kerja kursus ini. Jika beliau
tidak melakukan perkara ini, nescaya kami tidak dapat menyiapkan
tugasan itu dan akan melakukannya pada masa-masa akhir. Hal ini
akan menyebabkan tugasan yang dihantar kurang berkualiti dan markah
yang akan kami peroleh tidak memuaskan. Oleh itu, kami telah
menggunakan segala peluang yang di beri untuk menyiapkan tugasan
ini secepat mungkin. Saya juga ingin menyampaikan terima kasih
kepada rakan-rakan saya sama ada dalam sesi perbincangan,
pengumpulan data, memberi pandangan dan penghasilan projek, yang
telah banyak memberi bantuan kepada saya untuk menyiapkan tugasan
ini. Setelah menyiapkan tugasan projek ini, saya telah sedar akan
kepentingan sikap kerjasama dan toleransi semasa melakukan sesuatu
tugas. Tanpa sikap kerjasama dan toleransi, saya dan ahli kumpulan
saya pasti tidak dapat menyiapkan tugasan ini dalam masa yang telah
ditetapkan. SCE3143 merupakan satu subjek yang menarik dan begitu
dekat kepada saya sebagai manusia di dunia ini dan juga pengajaran
dan pembelajaran sains saya di sekolah. Subjek ini juga mefokuskan
kajian tentang kesan sains dan teknologi kepada masyarakat. Skoh
tajuk-tajuk sedemikian amat berguna dan memperkembangkan
pengetahuan dan kefahaman saya dalam perkembangan sains dan
teknologi dunia hari ini.Melalui tugasan projek yang dilaksanakan
pada kursus ini, sedikit sebanyak saya mengetahui kemampanan sumber
tenaga dan tenaga alternatif. Saya ingin bersyukur kepada Tuhan
atas rekaan dan ciptaan tuhan atas alam semula jadi ini yang
membekalkan sumber tenaga yang tidak terhingga untuk kegunaan
manusia di dunia ini. Melalui tugasan ini, saya juga lebih memahami
jenis-jenis kemampanan tenaga dengan lebih mendalam seperti tenaga
solar, tenaga agin, tenaga hidro dan sebagainya.
Melalui tugasan ini juga , saya faham Tenaga alternatif masih
bukan menjadi sumber tenaga utama. Sumber tenaga yang boleh
diperbaharui adalah bergantung kepada sumber itu sendiri. Di negara
Malaysia, potensi perkembangan teknologi tenaga yang diperbaharui
masih pada bidang tenaga hidro. Pada pendapat saya, sumber-sumber
bahan fosil lain negara akan habis pada satu hari nanti, oleh itu
negara Malaysia perlu tingkatkan usaha dalam tenaga boleh
diperbaharui dan penyelidikan dititik beratkan untuk pembangunan
teknologi tenaga alternatif demi kepentingan dan kemajuan negara
pada masa depan. Sekirannya bekalan tenaga daripada sesuatu sumber
terputus, kita masih mempunyai sumber lain untuk menampungnya.
Kesimpulannya, sumber alternatif ini mempunyai banyak kebaikan
daripada keburukannya. Oleh itu, sumber alternatif ini perlu dijaga
dan dipelopori oleh semua pihak untuk memastikan sumber bahan fosil
dapat dikekalkan daripada mengalami kepupusan. Dengan itu, negara
kita akan dipandang tinggi oleh masyarakat dunia sekiranya Malaysia
mempunyai pelbagai sumber tenaga alternatif yang diwujudkan. Akhir
kata, pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun
berkat doa dan pertolongan pensyarah kami telah berjaya
melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah berjaya kami
siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan projek kerja kursus
SCE3143 yang diberikan telah berjaya saya siapkan.
KOH ING TAI820818135897
Rujukan
Ambasht, R.S. & Ambast, P.K. (2005).Environment And
Pollution. New Delhi: CBS Publishers & Distributors.
Choong, C.H., Quek, Y.H., Chla, L.T., Choo, Y.T. &
Sivajolthi a/p V.Kathirasou.(1999). Biologi Fokus Jingga SPM.
Selangor: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Gan, W.Y., Manoharan a/l Subramaniam & Azmah Bt.
Rajion.(2011). Biologi Tingkatan 4. Petaling Jaya: Bakaprep Sdn.
Bhd.
Hamidi Abdul Aziz. (2008). PencemaranBunyi (Teori, Sumber,
Perundangan dan Kawalan). Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia.
Hamidi Ismail & Tuan Pah Rokiah Syed Hussain.(2006). Isu-isu
Pengurusan Alam Sekitar. Sintok: Penerbit Universiti Utara
Malaysia.
Harris, F. (2004).Global Environment Issues. England: John Wiley
& Sons, Ltd.
Morgan, S.M. &Vesilind, P.A. (2004). Introduction to
Environment Engineering. United State: Thomsom Brooks Cole.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (1986). Penghijauan
Sekolah.Petaling Jaya: World Wide Fund For Nature Malaysia.
Stidworthy, J. (1994). PencintaAlam. Shah Alam: Federal
Publications Sdn .Bhd.
Sowry, J. (1982). Looking at Water. London: Batsford Academics
and Educational Ltd. London.
Zaini Ujang. (2000). . Kuala Lumpur: Dewan BahasadanPustaka.
Laman WebJenis-jenis Pencemaran Di Malaysia Tarikh: 20 Ogos 2013
http://www.jomria.com/2012/03/jom-ketahui-5-jenis-jenis-pencemaran.htmlTajuk:
PencemaranTarikh: 22 Ogos 2013 Masa:
1200http://ingr97.wordpress.com/2011/09/10/pencemaran-alam-sekitar-buku-skrap/Tajuk:
Isu-isu Pencemaran Air Di Malaysia Tarikh: 23 Ogos 2013 Masa:
1000http://guruselamanya.wordpress.com/2011/01/20/punca-punca-berlakunya-pencemaran-air/
Tajuk: Bahan Kimia Dalam Air Yang TercemarTarikh: 11 Sept 2013
Masa:
1632http://www.penapisrx-water.com/pencemaran-air-di-malaysia/Tajuk:
BeritaMengenaiPuncaPencemaran Air Tarikh: 15 Sept 2013 Masa:
1209http://www.konsumerkini.net.my/v1/index.php/berita-terkini/alam-sekitar/570-punca-pencemaran-airTajuk:
BeritaMengenai Cara Merawat Air Tarikh: 17 Sept 2013 Masa:
1430http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_02.htm