(BMK 3033)KETRAMPILAN MEMBACA
TAJUK:TEKNIK MENGAJAR PERBENDAHARAAN KATA (PETA KATA DAN
STRATEGI PENGUMPULAN KOSA KATA)
KUMPULAN : A
ALICE ANAK MENGGA D2010103717MASDA BINTI ALWI D20111047628
PENSYARAHDR. DAHLIA BINTI JANAN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN BAHASA MELAYUJABATAN BAHASA DAN
KESUSASTERAAN MELAYUFAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI
Semester 22012/2013
ISI KANDUNGAN1.0 Pengenalan1
2.0 Konsep Peta Kata 2-3 2.1 Pendekatan dalam Pengajaran Peta Ka
3-4 2.2 Teknik Pengajaran Peta Kata 4-7 2.3 Cadangan Aktiviti
Pengajaran Peta Kata 8-103.0 Konsep Kosa Kata 11 3.1 Pendekatan
dalam Pengajaran Kosa Kata 11-13 3.2 Kepentingan Pengajaran Kosa
Kata 13-16 3.3 Cadangan Aktiviti Pengajaran Kosa Kata 17-18
4.0 Kesimpulan 18
Bibliografi
1.0 PengenalanMembaca dimaksudkan sebagai proses memperoleh
tafsiran yang bermakna ke atas lambang-lambang bercetak dan
bertulis (Haris dan Sipay, 1980). Bagi Smith dan Johnson (1980)
pula, membaca berteraskan keinginan mewujudkan interaksi
penyampaian idea penulis dengan tanggapan yang dibuat oleh pembaca.
Di samping itu, Goodman (1973) pula mengatakan membaca adalah
proses psikolinguistik yang bermula daripada pembaca mengamati
perkataan yang terdapat dalam teks yang dibaca sehinggalah
terbentuk makna berdasarkan pengamatan yang dilakukan. Hal ini
menunjukkan melalui proses itu wujud interaksi antara bahasa dan
dengan pemikiran kerana hubungan antara bahasa dengan pemikiran
sememangnya berlaku dalam dimensi yang lebih luas. Kennedy (1981)
menyifatkan proses membaca sebagai keupayaan seseorang untuk
mengecam bentuk visual (lambang-lambang) grafik yang mewakili
bahasa atau perkataan, menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau
makna yang telah diketahui dan seterusnya berasaskan pengalaman
lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya. Proses membaca boleh
disimpulkan sebagai perlakuan yang kompleks kerana proses yang
berlaku tidak dapat diperhatikan dan hanya berlaku dalam minda
kita. Seseorang yang mempunyai kemahiran membaca yang baik, iaitu
kemahiran mengenal dan mengecam perkataan akan mampu memahami bahan
bacaan dengan baik. Durkin (1980) berpendapat bahawa tanpa memahami
bahan yang dibaca, seseorang itu tidak dapat dianggap melakukan
proses membaca tetapi melakukan proses menyebut perkataan-perkataan
sahaja. Mengikut beliau lagi, untuk menjadi pembaca yang berkesan
seseorang itu tidak perlu menyebut perkataan-perkataan dengan betul
tetapi hanya tahu makna-makna perkataan yang dibaca.Salah satu
faktor yang membantu pembaca memperolehi bacaan yang berkesan ialah
melalui perbendaharaan kata yang dimiliki oleh mereka. Pengajaran
perbendaharaan kata membantu menolong murid memperoleh
perbendaharaan kata yang lebih banyak. Hal ini penting untuk
menentukan murid tentang makna sesuatu perkataan dan memahami mesej
bahan bacaan. Pengajaran perbendaharaan berkait rapat dengan
kebolean memahami bahan yang dibaca. Anderson dan Freebody (1981)
menyatakan bahawa seseorang yang tidak mengetahui makna perkataan,
berkemungkinan besar merupakan pembaca yang lemah. Oleh hal
sedemikian, pengajaran perbendaharaan kata harus dititikberatkan
dalam pengajaran di sekolah, lebih-lebih lagi dalam pengajaran
bahasa.
2.0 Konsep Peta KataPengajaran perbendaharaan kata berkait rapat
dengan kebolehan memahami bahan yang dibaca. Anderson dan Freebody
(1981) menyatakan bahawa seseorang yang tidak mengetahui makna
perkataan, berkemungkinan besar pembaca yang lemah. Thelen (1986)
menjelaskan bahawa memandangkan perbendaharaan kata begitu berkait
rapat dan penting kepada kefahaman bacaan maka pengajaran
perbendaharaan kata perlulah berkesan dan bermakna. Peta perkataan
adalah teknik pengajaran sistematik yang cuba untuk membangunkan
pengajaran konsep berdasarkan latar belakang konsep yang sedia ada.
Hasilnya, konsep perkataan yang diajar oleh tanggapan mengaitkan
perkataan baru yang dikenali lebih berkesan.Thelen (1982) juga
telah menyatakan bahawa dengan menunjukkan murid tentang perkaitan
sesuatu konsep yang berkaitan secara hierarki menjadi satu langkah
penting dalam membantu mereka mempelajari konsep-konsep, yakni
perkataan-perkataan baru. Walau bagaimanpun, terdapat konsep-konsep
tertentu yang perlu dipelajari dengan lebih mendalam agar konsep
tersebut lebih mudah dan berkesan difahami oleh murid. Oleh itu,
kemungkinan terdapat sesuatu konsep tidak sesuai untuk
diperjelaskan dalam bentuk susunan grafik kerana murid kemungkinan
mempunyai pengetahuan latar yang kurang berkaitan konsep tersebut.
Jadi, Thelen menyifatkan bahawa peta perkataan adalah salah satu
alternatif yang berguna untuk mencapai maksud konsep untuk
memudahkan murid memahami isi bacaan yang ingin disampaikan.Peta
perkataan merupakan satu teknik yang menjelaskan bagaimana sesuatu
konsep berkait rapat melalui hierarki sesuatu perkataan tersebut.
Dalam peta perkataan, terdapat pecahan perkataan yang dibahagikan
kepada supraordinat, koordinat dan subordinat yang menekankan
ciri-ciri sesuatu konsep tersebut. Misalnya, dalam supraordinat
haiwan terdapat koordinat haiwan berdarah panas dan haiwan berdarah
sejuk. Jadinya, dua golongan tersebut boleh dipecahkan lagi kepada
jenis-jenis binatang yang berdarah panas (lembu, harimau,gajah) dan
berdarah sejuk (cicak, buaya, ular) yang disebut subordinat. Dalam
pengajaran pemahaman membaca lazimnya aspek pengajaran
perbendaharaan kata kurang diberi perhatian yang serius walhal,
pemahaman murid-murid terhadap bahan yang dibaca sangat bergantung
kepada koleksi perbendaharaan kata murid. Pada amnya, bentuk
kegiatan pengajaran perbendaharaan kata adalah terpisah-pisah.
Kegiatan pengajaran perbendaharaan kata tidak menunjukkan perkaitan
antara perkataan yang telah diketahui maknanya (pengetahuan sedia
ada) dengan perkataan baharu yang diperkenalkan atau diajarkan.
Seharusnya, perkaitan tersebut perlu dilakukan dalam pengajaran
untuk mengembangkan lagi skemata yang sedia ada murid. Hal ini
boleh dilakukan dalam teknik peta kata untuk menambahkan kosa kata
murid.
2.1 Pendekatan Pengajaran Peta KataEsther Thelen adalah seorang
pakar dalam bidang Psikologi Perkembangan. Penyelidikan beliau
telah memberi tumpuan kepada pembangunan manusia, terutama dalam
bidang perkembangan kanak-kanak. Beliau berpendapat pemikiran
adalah sesuatu yang sangat berkait rapat dengan fizikal dan
pengalaman seseorang. Thelen, Carr dan Wixson (1986) telah
memberikan empat panduan bagi pengajaran perbendaharaan kata yang
bermakna. Panduan-panduan tersebut adalah seperti
berikut:1.Pengajaran perbendaharaan kata perlu dapat membantu murid
mengaitkan makna perkataan baharu dengan makna-makna (pengetahuan
dan pengalaman sedia ada) murid. Pengetahuan sedia ada murid sangat
penting untuk mengekalkan kefahaman maksud perkataan yang
dipelajari dengan lebih lama.
2.Pengajaran perbendaharaan kata perlu dapat membantu murid
membina pengetahuan luas dan kukuh tentang makna perkataan.
Pengajaran tersebut mestilah melampaui peringkat mengingat definisi
atau mempelajari makna perkataan dalam satu konteks. Murid perlu
diberi peluang untuk mengkaji dan melihat persamaan dan perbezaan
yang wujud, menemui pertalian-pertalian yang ada, dan juga melihat
penggunaan perkataan dalam pelbagai konteks.
3.Pengajaran perbendaharaan kata juga perlu dapat melahirkan
penglibatan yang aktif bagi pihak murid. Semakin aktif penglibatan
murid, semakin baik kefahaman mereka tentang makna perkataan yang
dipelajari. Oleh itu, murid akan lebih lama mengingati
maknanya.4.Pengajaran perbendaharaan kata juga perlu dapat membantu
murid membina strategi pembelajaran perkataan dan konsep baru
secara bebas. Pembaca yang matang adalah pembaca yang mempunyai
saiz perbendaharaan kata yang luas.
Panduan tersebut dapat digunakan oleh guru menggunakan teknik
peta kata dalam pengajaran dan pembelajaran. Teknik peta kata dapat
diterapkan dalam teknik analisis konteks, petaan semantik,
ciri-ciri matriks dan senarai-kumpul-namakan. Guru perlu mengetahui
pelbagai cara untuk memperkenalkan perkataan baharu dan memberi
peluang yang banyak bagi murid berlatih menggunakannya (Cunningham
dan Arthur, 1981).
2.2 Kepentingan Teknik Peta Kata
Peta kata merupakan satu teknik dalam meningkatkan
perbendaharaan kata murid-murid. Teknik ini mempunyai banyak
kelebihan, di mana teknik peta perkataan dapat membawa murid dalam
satu pengajaran yang bertujuan untuk menambahkan skemata perkataan
murid selain menekankan kefahaman murid. Dalam teknik ini, makna
sesuatu perkataan baharu atau sukar, diperolehi melalui
penggunaannya (dari segi semantik dan sintaksis) dalam ayat.
Apabila menggunakan konteks atau analisis konteks untuk mendapatkan
makna sesuatu perkataan sukar atau baharu, perkataan, frasa, dan
juga ayat yang didapati di sekeliling perkataan tersebut akan
digunakan.
Penggunaan konteks memerlukan murid atau pembaca membuat
inferens untuk melihat atau membentuk hubungan tersurat atau
tersirat antara perkataan baharu dengan konteks penggunaannya.
Teknik ini juga berkait rapat dengan kefahaman bacaan dan disukai
oleh para pembaca dewasa. Namun begitu, penggunaan analisis konteks
ini terbatas kepada kesesuaian bahan yang dipilih untuk murid dari
segi tahap kebolehbacaannya dan sejauh mana murid itu tahu atau
biasa dengan bahan tersebut.
Teknik peta kata juga dapat membantu murid untuk memperluas saiz
perbendaharaan kata. Bagi murid yang mengetahui dan memahami
perkataan atau konsep yang dibincangkan, teknik ini mendedahkan
kepada makna perkataan atau konsep dan perkataan yang berhubungan.
Bagi murid yang telah mengetahui dan memahami makna perkataan atau
konsep yang dibincangkan, kaedah menggunakan peta kata ini akan
dapat mendalamkan dan meluaskan pemahaman murid serta
memperlihatkan hhubungan baharu yang mungkin wujud.
Teknik peta kata ini juga dapat mengesan kelemahan dan kekuatan
perbendaharaan murid. Melalui penggunaan teknik ini, guru dapat
memperhatikan jenis perkataan atau konsep penting yang tidak dapat
difahami oleh murid. Selain itu juga, peta kata melihat kepada
ciri-ciri yang terdapat dalam sesuatu konsep untuk membuat
pengelasan terhadap sesuatu perkataan tersebut. Teknik ini dapat
menolong membina kebolehan mengelaskan perkataan dalam kategori
tertentu berdasarkan ciri yang dimiliki atau yang tidak dimiliki
bersama perkataan tersebut. Perkataan mempunyai banyak ciri.
Ciri-ciri yang dimiliki itu mungkin merupakan ciri unik bagi
perkataan itu sahaja. Pada masa yang sama perkataan itu mungkin
mempunyai ciri lain yang dimiliki bersama dengan perkataan lain,
contohnya haiwan berdarah panas terdiri daripada ikan paus, kucing,
kuda dan gajah. Maksudnya, haiwan-haiwan seperti kucing, ikan paus,
kuda dan gajah merupakan perkataan yang mempunyai ciri yang sama di
bawah kumpulan haiwan berdarah panas.
Bagi meluaskan saiz perbendaharaan kata murid dan membolehkan
murid memahami makna sesuatu perkataan atau konsep dengan lebih
berkesan, guru perlu memberi kesedaran tentang hubungan dari segi
makna yang terdapat antara perkataan dan keunikkannya. Maksud
keunikkan di sini ialah ciri-ciri yang dimiliki sesuatu perkataan
tersebut agar murid lebih jelas dan memahami dengan baik bukan
sahaja makna perkataan yang diketengahkan bahkan konsep perkataan
tersebut.
Teknik peta kata ini boleh dikatakan sebagai suatu teknik yang
baik untuk dilaksanakan pada peringkat rendah dan menengah. Hal ini
kerana pada peringkat mnengah, boleh dikatakan saiz perbendaharaan
kata murid sudah agak luas. Pada peringkat menengah juga, murid
sering berhadapan dengan bahan bacaan yang mengandungi banyak
konsep dan perkataan-perkataan yang sukar. Melalui teknik peta
kata, murid-murid dapat melihat hubungan atau cir-ciri sesuatu
konsep secara hierarki dan jelas dengan definisi yang didukung oleh
perkataan tersebut. Hal ini kerana peta kata memecahkan sesuatu
konsep atau perkataan mengikut ciri-ciri yang dimiliki oleh konsep
tersebut.
Kunci kepada kejayaan peta perkataan adalah penglibatan pelajar
dan pembelajaran penemuan. Melalui penglibatan murid dan keinginan
untuk menerokai maksud yang tersurat mahupun tersirat dalam sesuatu
konsep perkataan, mereka akan lebih memahami konsep perkataan
tersebut dengan baik. Melalui penerokaan dan kehendak murid mencari
makna sesuatu perkataan tersebutlah yang membantu murid membina
konsep umum untuk menggunakan konsep itu dalam sesuatu situasi yang
lain yang bersesuaian dengan konsep perkataan tersebut. Dalam
kajian yang lepas, peta perkataan telah digunakan sebagai asas
untuk membangunkan teks. Dalam kajian oleh Peters (1979) dan oleh
Moes, Foertsch, Stewert, Dunning, Rogers, Seda Santana, Benjamin
dan Pearson (1983), teks itu telah didapati lebih mudah difahami
daripada teks kekurangan kerangka itu.
Satu masalah dengan peta perkataan mungkin istilah yang
digunakan dalam menjalankan pelajaran. Terma supraordinat,
koordinat dan subordinat mungkin terlalu kompleks bagi sesetengah
pelajar, terutamanya mereka yang kurang perbendaharaan kata. Guru
boleh menggunakan istilah-istilah seperti yang lebih umum, sama dan
lebih khusus untuk memastikan bahawa strategi ini akan
berkesan.
Thelen (1982) juga telah mengetengahkan tujuh langkah yang boleh
digunakan untuk melaksanakan teknik peta perkataan dengan berkesan.
Pertama ialah membangunkan sesuatu konsep sasaran. Maksudnya
hierarki atau ciri-ciri sesuatu konsep tersebut haruslah
menggabungkan supraordinat, koordinat dan subordinat yang didukung
oleh konsep tersebut, misalnya konsep sasaran ialah reptilia maka
konsep supraordinat yang diketengahkan mungkin vertebra. Jadinya,
dalam pecahan itu nanti, murid-murid boleh melihat haiwan yang
termasuk dalam kumpulan reptilia dan vertebra. Dalam langkah
pertama ini nanti, murid-murid dapat diajar kemahiran mengelaskan
sesuatu perkataan mengikut ciri-ciri dan konsep yang didukung oleh
perkataan tersebut.
Langkah kedua pula ialah mentakrifkan konsep yang diperolehi
dalam langkah pertama tadi. Sebelum menyampaikan konsep, pastikan
kita menggambarkan ciri-ciri konsep yang berkaitan untuk
perbincangan. Sifat-sifat yang berkaitan boleh ditakrifkan sebagai
ciri-ciri yang menggambarkan konsep sasaran kita. Contohnya,
sifat-sifat yang berkaitan reptilia mungkin vertebra, mempunyai
sisik, bertelur, dan berdarah sejuk. Ciri-ciri yang berkaitan
konsep tersebut yang membawa pelajar untuk melihat contoh-contoh
yang relevan atau tidak relevan dengan ciri-ciri konsep tersebut.
Sebagai contoh, manusia tidak boleh menjadi contoh dalam kumpulan
reptilia kerana manusia tidak mempunyai sisik, tidak bertelur, dan
berdarah panas. Jadi, perkara inilah yang memberikan peluang kepada
pelajar untuk melihat persamaan dan perbezaan yang dibawa oleh
sesuatu perkataan tersebut. Dalam pengajaran bahasa Melayu, langkah
ini boleh dilihat dalam pemilihan perkataan untuk membina ayat,
contohnya perkataan meninggal dunia tidak sesuai digunakan untuk
menunjukkan haiwan yang telah mati. Perkataan meninggal dunia hanya
sesuai digunakan terhadap manusia sahaja.
Langkah seterusnya ialah menyampaikan dapatan daripada konsep
tersebut. Perkara ini boleh dilakukan secara berkumpulan atau
individu oleh murid. Guru boleh meminta murid-murid menyenaraikan
maklumat yang didapati di papan tulis. Jadinya, murid-murid boleh
melihat setiap contoh yang diperolehi rakan-rakan mereka dan guru
berbincang dengan murid contoh yang paling sesuai.
Langkah keempat pula guru hendaklah menjelaskan sebab sesuatu
contoh tersebut dikatakan sesuai dan tidak sesuai untuk kefahaman
mereka. Murid-murid perlulah terlibat secara aktif dalam
perbincangan tersebut untuk memastikan mereka memahami sesuatu
konsep tersebut dengan baik. Di sini, murid-murid dapat menambahkan
kosa kata atau perbendaharaan kata mereka.
Langkah kelima, guru hanya perlu membimbing murid untuk melihat
ciri-ciri konsep yang relevan sahaja. Pada langkah seterusnya
barulah guru membawa murid melihat kepada contoh yang tidak relevan
yang telah ditulis oleh murid. Di sini guru telah membina
pengetahuan murid secara teratur dengan menjelaskan ciri-ciri yang
relevan dahulu kemudian membawa murid melihat ciri yang tidak
relevan. Maksudnya, murid akan dapat membandingkan perbezaan
ciri-ciri sesuatu konsep tersebut dengan baik.
Langkah terakhir ialah guru boleh menambah contoh-contoh yang
telah diberikan oleh murid berkaitan ciri-ciri tersebut. Di sini
murid-murid dapat melihat perkataan-perkataan baharu yang tidak
difikirkan oleh mereka sebelumnya. Hal ini membantu mengukuhkan
kefahaman murid di samping menambah perbendaharaan kata mereka. Di
akhir langkah ini murid-murid boleh melihat keseluruhan maklumat
yang berkaitan dengan konsep yang dibincangkan. Murid-murid telah
terdedah dengan banyak perkataan baharu dan hal ini membantu
menambahkan kefahaman selain pengetahuan mereka.
2.3 Cadangan Aktiviti Pengajaran Menggunakan Teknik Peta
KataPetaan SemantikPetaan semantik ialah teknik menyusun dan
mengelaskan perkataan atau frasa dalam bentuk grafik. Secara
mudahnya, petaan semantik boleh disamakan dengan sebuah rangka,
pelan atau rajah yang mempunyai perkataan tersusun secara tertentu
bagi menunjukkan perkaitan yang wujud antara perkataan. Prosedur
pembentukan petaan semantik adalah seperti berikut:
Langkah 1:Pilih satu perkataan atau konsep yang bersabit dengan
pelajaran. Sebagai contoh, perkataan sekolah.
Langkah 2:Tulis perkataan atau konsep itu pada papan tulis atau
pada sekeping kertas.
Langkah 3:Minta murid memikirkan seberapa banyak perkataan yang
diketahui berkaitan dengan perkataan yang dipilih, misalnya
perkataan sekolah itu tadi. Perkataan yang mungkin dapat diberikan
oleh murid adalah seperti berikut :matematik pembaris papan tulis
kapur perpustakaan tadika tukang kebun bermain melukis sejarah meja
ilmu sains kantin bangunan kerusi makmal pen bersukan guru bosan
batu gembira buku gunting beg kasut
Bagi menggerakan pemikiran murid kepada perkataan yang mereka
ketahui, guru perlu memberi soalan dorongan.
Langkah 4:Minta murid mengumpulkan perkataan yang diberi
mengikut kategori tertentu. Kegiatan ini boleh dilakukan oleh guru
bersama-sama dengan murid. Di samping itu, guru perlu menggalakkan
perbincangan dalam kalangan murid. Mereka patut digalakkan memberi
ulasan dan juga sebab mengapa mereka menyenaraikan
perkataan-perkataan tersebut dalam satu kumpulan. Kegiatan ini
sangat penting bagi memperlihatkan kepada murid makna perkataan
baharu dan sukar, makna baharu bagi perkataan yang telah diketahui
maknanya dan perkaitan atau pertalian antara perkataan yang
disenaraikan dalam lingkungan satu perkataan atau sebuah
konsep.
Langkah 5:Dengan bimbingan guru, minta murid memberi nama atau
kategori kepada senarai perkataan yang dikumpulkan. Misalnya, bagi
perkataan sekolah tadi, kategori di bawah mungkin dapat diberikan,
iaitu mata pelajaran yang diajar di sekolah, benda-benda yang
digunakan di sekolah, tempat-tempat yang terdapat di sekolah, jenis
sekolah, tujuan ke sekolah dan orang yang didapati di sekolah dan
sebagainya.
Langkah 6:Minta murid menggambarkan kategori yang dihasilkan
dalam bentuk grafik. Rajah yang dihasilkan perlu dapat menunjukkan
jalinan perkaitan yang wujud dan juga maksud perkataan itu dengan
lebih mendalam.
3.0Konsep Kosa Kata
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat (2007:825), kosa
kata ialah keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa atau
perbendaharaan kata. Kosa kata merupakan aset terpenting dalam
mempelajari sesuatu bahasa. Bahasa yang baik bergantung kepada
penguasaan kosa kata yang baik. Makna tidak akan dapat diungkapkan
dengan sempurna melainkan melalui bahasa yang mengandungi kosa
kata. Tahap penguasaan bahasa terletak kepada penguasaan kosa kata.
Begitu juga percakapan dalam bahasa tidak akan dapat dicapai
melainkan dengan adanya kosa kata yang mencukupi untuk menerangkan
sesuatu hal dalam sesuatu situasi. Penguasaan kosa kata akan dapat
dicapai melalui pengumpulan perkataan yang terdapat dalam ayat.
Tetapi perlu diingat bahawa menghimpun perkataan semata-mata tidak
dapat membantu untuk berkomunikasi dengan baik. Kosa kata hendaklah
diambil daripada ayat yang menunjukkan makna penggunaannya dan
selalu digunakan. Penguasaan kosa kata yang baik akan menghasilkan
satu pembacaan yang berkesan dan komunikasi yang berkualiti.
3.1 Pendekatan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kosa kataBagi
meningkatkan penguasaan sesuatu bahasa dengan baik, pendedahan kosa
kata hendaklah diutamakan. Proses pembelajaran hendaklah diberi
penekanan kepada pengumpulan kosa kata dalam pelbagai bidang. Guru
hendaklah membimbing murid-murid dalam aktiviti-aktiviti yang
dijalankan bagi meningkatkan penguasaan kosa kata yang dapat
dipertingkatkan melalui kepelbagaian pendekatan pembelajaran. Guru
tidaklah hanya menterjemah teks bacaan semata-mata, tetapi
hendaklah melibatkan murid bersamanya bagi mencari makna perkataan
dalam teks bacaan. Dengan adanya interaksi ini, murid akan dapat
berfikir dan menerima pelajaran dengan mudah, khususnya dalam
menguasai kosa kata.
Menurut Virginia (1983), murid tidak boleh mengumpul semua
perkataan yang terdapat dalam teks bacaan. Mereka hendaklah
mengumpul perkataan yang selalu berulang sahaja. Seterusnya
perkataan yang kurang dan perkataan yang ganjil. Perkataan yang
selalu berulang hendaklah dikumpul dan dihafal bersama ayatnya bagi
memudahkan mengingatinya. Kosa kata ini penting bagi membekalkan
bahasa yang baik. Berikut antara pendekatan yang boleh digunakan
oleh seseorang guru dalam pengajaran dan pembelajaran kosa
kata:
1.Soal JawabRosni Samah (2009:62) membincangkan beberapa
pendekatan yang boleh digunakan bagi menggalakkan penguasaan kosa
kata. Antaranya ialah memperbanyakkan persoalan dan jawapan supaya
murid boleh menggunakannya setiap masa, mengemukakan pelbagai
situasi dialog dan cerita yang berkisar di sekitar kehidupan murid,
mendedahkan situasi berhubung dengan aktiviti kemasyarakatan dan
situasi-situasi yang boleh membantu murid dalam penggunaan
bahasa.2.Mengumpul Perkataan Yang Mempunyai Hubungan Terus Dengan
SituasiDalam penguasaan kosa kata ini, murid akan menghadapi
masalah utama dalam pembelajaran mereka. Masalah ini adalah
disebabkan murid menghadapi kesukaran untuk mengingat perkataan dan
menggunakannya ketika hendak bercakap. Namun begitu, masalah ini
sebenarnya dapat diatasi dengan beberapa pendekatan seperti
mengumpul perkataan yang mempunyai hubungan terus dengan situasi
yang selalu digunakan oleh murid, memberi peluang kepada murid
untuk sentiasa berlatih dalam menggunakan perkataan-perkataan yang
dikuasainya, sentiasa memberi dan mengingatkan murid dengan
perkataan yang dikuasainya secara berkala.
3.Memperbanyakkan Bacaan dan Memperluaskan Bidang BacaanMelalui
pendekatan ini murid hendaklah sentiasa mendengar ayat-ayat yang
mudah dan senang difahami. Dengan membaca, murid sentiasa bertemu
dengan perkataan baharu yang terdapat dalam teks bacaannya. Setiap
kali membaca, murid akan bertemu dengan perkataan yang sentiasa
ditemuinya dan juga perkataan baharu. Perkataan yang selalu
ditemuinya akan dapat diingati dengan baik. Perkataan baharu pula
dengan sentiasa berjumpa akan menjadi biasa. Akhirnya dengan proses
bacaan berkala ini, murid dapat mengumpul kosa kata dan menguasai
bahasa dengan baik.
4.Mendengar dan Menonton Rancangan BeritaMurid-murid hendaklah
sentiasa mendengar ayat-ayat yang mudah dan senang difahami.
Pendengaran ini juga akan dapat menambahkan kosa kata mereka.
Aktiviti seperti mendengar berita merupakan latihan yang baik bagi
menambah kosa kata. Berita yang didengarnya itu mempunyai kosa kata
yang selalu digunakan. Murid akan dapat mengingati kosa kata yang
selalu didengarinya dan menguasai kosa kata yang baharu. Bagi
menambah penguasaan kosa kata, murid hendaklah mendengar pelbagai
bahan berita.
5.Merujuk KamusPenggunaan kamus juga banyak membantu murid dalam
menguasai kosa kata. Mereka boleh menggunakan pelbagai kamus bahasa
seperti Kamus Dewan. Penggunaan kamus ini bergantung kepada
kemahiran murid. Jika murid kerap merujuk kamus, murid akan dapat
menambahkan penguasaan kosa kata, misalnya apabila menggunakan
Kamus Dewan, murid dapat menambahkan kosa kata dalam bahasa Melayu.
Perkataan atau kosa kata baharu hendaklah dicatat dan seharusnya
digunakan dalam komunikasi seharian. Hal ini tidak bermakna murid
menghafal kamus, tetapi menghafal perkataan yang sentiasa digunakan
sahaja dan perkara ini secara tidak langsung akan membantu
menambahkan kosa kata murid. Selain itu, jika murid kerap merujuk
kamus tidak mustahil ketika mencari sesuatu perkataan dalam kamus,
mereka mungkin akan terbaca tentang perkataan lain secara tidak
sengaja dan perkara ini akan mendedahkan mereka dengan banyak
perkataan-perkataan baharu.
3.2 Kepentingan Pengajaran Kosa Kata
Menurut Hasnah Hamzah (1999) dalam kajiannya Penguasaan
Perbendaharaan Kata Bahasa Malaysia murid di luar bandar mempunyai
keupayaan yang terhad dalam menulis karangan dan karangan yang
dihasilkan mempunyai kualiti yang rendah berdasarkan umur
berbanding dengan murid-murid yang tinggal di bandar. Fenomena ini
berlaku adalah disebabkan oleh masalah penguasaan kosa kata bahasa
tersebut. Tidak hanya murid sekolah, bahkan masyarakat dewasa
sekalipun tidak akan mampu membina karangan yang berkualiti dan
penulisan yang baik sekiranya masalah penguasaan kosa kata tidak
diatasi. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Hasnah Hamzah ini jelas
menunjukkan kepada kita kepentingan untuk kita mempertingkatkan
penguasaan kosa kata. Antara kepentingan yang dapat di simpulkan
ialah:
1.Asas Utama yang perlu ada untuk Mempelajari Sesuatu
BahasaTuaimah(1989:194) membincangkan kepentingan pengajaran kosa
kata dengan menegaskan bahawa pengajaran kosa kata dalam pengajaran
bahasa merupakan asas utama dan keperluan dalam mempelajari sesuatu
bahasa. Menguasai kosa kata bermakna murid mampu menyebut perkataan
dengan sebutan yang betul, memahami maknanya dengan tepat mengikut
kehendak ayat, mengetahui pola pecahan dan terbitannya serta
mengetahui kaedah membina ayat lengkap. Perkara utama, murid mampu
memilih kosa kata yang tepat bagi makna yang diungkapkannya. Namun
begitu tidak bermaksud murid hanya menghafal kamus dan tidak mampu
menggunakan perkataan tersebut dalam membina ayat. Murid-murid
hendaklah memilih perkataan yang selalu digunakan supaya dapat
menggunakannya ketika perlu dengan lebih mudah. Kadar minima
bilangan tertentu tidak menjadi kayu ukur dalam menguasai kosa kata
ini. Perkara yang penting ialah murid-murid menguasai kosa kata
utama yang sentiasa digunakan dan beliau mampu menggunakannya
ketika menggambarkan sesuatu peristiwa atau situasi.
Asas pemilihan kosa kata. Antaranya ialah:Perkataan yang
sentiasa berulang dalam penggunaan.Perkataan yang boleh digunakan
dalam pelbagai bidang.Perkataan yang senang diperolehi dan
diingati.Perkataan yang familiaratau menjadi kebiasaan dalam
penggunaan.Perkataan yang boleh merangkumi pelbagai bidang kegunaan
dan makna yang luas.Perkataan yang mempunyai kepentingan bidang
keperluan murid.Beberapa kaedah untuk menerangkan makna pola.
Antaranya ialah:Menjelaskan dengan menunjukkan objek yang memberi
maknanya seperti makna pensil hendaklah ditunjukkan
pensil.Menerangkan makna dengan melakonkan perbuatan, seperti makna
menutup pintu, guru hendaklah melakukan perbuatan menutup
pintu.Menerangkan makna dengan memainkan peranan makna tersebut,
seperti menerangkan makna pesakit, guru hendaklah melakonkan
dirinya sebagai pesakit.Menerang dengan menyebut perkataan
berlawanan.Menerang dengan menyebut perkataan sama makna.Menerang
dengan menyebut perkataan yang terkandung di dalamnya. Seperti
menerang makna keluarga dengan menyebut anggota keluarga.Menerang
makna dengan membincangkan asal usul perkataan atau pola
terbitan.Menerangkan maksud makna perkataan.Menerang dengan
mengulanggi bacaan bagi perkataan yang berulang.Mencari makna
melalui kamus.Menerangkan makna dengan menterjemahkan makna
perkataan dalam bahasa ibunda pelajar.
2.Langkah Awal dalam Mempelajari Sesuatu
BahasaAl-Naqah(1985:161) membincangkan kepentingan penguasaan kosa
kata di kalangan murid asing. Ia merupakan langkah pertama dalam
mempelajari bahasa tersebut. Hal ini kerana kosa kata merupakan
alat yang membawa makna dan kaedah untuk berfikir. Dengan kosa kata
ini, seseorang mampu berfikir kemudian menterjemahkan pemikirannya
kepada ayat-ayat yang memberi makna yang dikehendakinya. Pada
kebiasaannya, kosa kata dapat dikuasai melalui kemahiran mendengar
dan membaca, seterus melalui kemahiran bercakap dan menulis.Perkara
ini menunjukkan bahawa kosa kata hendaklah dipelajari melalui ayat
atau ungkapan. Beliau turut membincangkan pendekatan menguasai kosa
kata dengan dipelajari melalui tema-tema yang selalu digunakan oleh
pelajar dalam kehidupan seharian mereka.
Beliau mencadangkan beberapa pendekatan dalam meningkatkan
penguasaan kosa kata. Antaranya ialah:Mengemukakan perkataan yang
mempunyai hubungan rapat dengan situasi yang selalu diungkap dan
dibualkan oleh murid.Memberi peluang untuk mempraktiskan penggunaan
kosa kata dalam berkomunikasi.Cuba mengulangi perkataan dalam
jangka masa tertentu yang sistematik supaya murid tidak
melupainya.Banyakkan membaca pelbagai bahan bacaan.Menganalisis
makna perkataan melalui ayat dan rangkap.Menggunakan pelbagai
ungkapan dan juga kamus.Para sarjana membincangkan kepentingan kosa
kata dalam penguasaan bahasa. Mereka mendedahkan beberapa
pendekatan dalam pengajaran kosa kata. Begitu juga mereka
menjelaskan semata-mata kosa kata, penguasaan bahasa tidak akan
berlaku. Kosa kata yang dimaksudkan ini, ialah kosa kata dengan
kemahiran membina ayat. Murid-murid yang mampu membina ayat
berdasarkan kosa kata yang dipelajari, mampu menguasai bahasa
dengan baik.
3.Meningkatkan Keupayaan Murid untuk Berkomunikasi dengan
BaikPenekanan tentang pentingnya pengajaran kosa kata atau
perbendaharaan kata ialah bagi melatih murid untuk mengungkap ke
dalam ayat yang lebih kompleks. Hal ini kerana, kosa kata merupakan
faktor penting yang mempengaruhi keupayaan murid dalam pertuturan
mereka.
4.Menghasilkan Sebuah Penulisan yang BaikAspek penguasaan kosa
kata dalam sesuatu penulisan sangat penting untuk menghasilkan
sebuah penulisan yang baik. Kegagalan murid menguasai kosa kata
yang luas dan menepati konteks menyebabkannya tidak dapat
menyampaikan isi dengan baiknya. Isi yang mantap dan huraian yang
baik dipengaruhi cara penyampaiannya. Penguasaan bahasa dan
strategi menjawab soalan merupakan dua kriteria asas yang
akanmenentukan kejayaan murid. Tanpa penguasaankedua-dua aspek itu,
murid tidak mungkin dapat menghasilkan jawapan yang tepat
danmantap. Oleh itu, aspek penguasaan bahasa dari segi kosa kata
amat penting kerana memberikan kesan terhadap penulisan
karangan.
3.3 Cadangan Aktiviti Pengajaran Kosa KataPengajaran Kosa Kata
MenggunakanVisual CuesLangkah 1:Dalam aktiviti yang pertama, guru
memberi murid sekeping gambar untuk merangsang murid menjana
perkataan yang berkaitan dengan gambar itu. Berpandukan gambar
tersebut, murid menulis kosa kata yang sesuai. Aktiviti ini
dilakukan secara berkumpulan untuk memastikan setiap murid mendapat
peluang untuk menjana sekurang-kurangnya satu idea.Langkah
2:Kemudian, setiap kumpulan tampil kehadapan dan berkongsi
sekurang-kurangnya satu perkataan. Setelah selesai membina
perkataan bersama rakan-rakan yang lain, guru menyuruh pelajar
mengenal pasti perkataan yang tergolong dalam kumpulan yang
sama.Langkah 3:Guru memulakan aktiviti berkumpulan yang kedua.
Murid menuliskan perkataan yang seerti atau seiras dengan perkataan
yang mereka tulis. Mereka perlu membina roda perkataan, iaitu
memberikan kata seerti atau seiras dengan perkataan dan menyertakan
maknanya sekali. Setiap kumpulan dibenarkan menggunakan Kamus Dewan
atau Kamus Pelajar untuk membantu mereka mencari makna perkataan
serta menjana lebih banyak kata seerti.
Langkah 4:Setelah itu, guru memilih beberapa kumpulan untuk
mempersembahkan dapatan mereka. Guru meminta murid-murid yang lain
menyumbangkan perkataan yang tidak disebutkan oleh kumpulan yang
telah membuat pembentangan. Setelah guru mendapatkan semua
perkataan yang seerti ataupun seiras pelajar di minta utnuk
menghuraikan maksud kedua-dua perkataan yang mereka pilih.
4.0 KESIMPULANPengetahuan tentang perbendaharaan kata merupakan
salah satu faktor terpenting untuk memahami sesebuah teks yang
dibaca. Ketidakupayaan seseorang pembaca memahami maksud sesuatu
perkataan atau konsep yang ditemui dalam pembacaan, dapat
mewujudkan kesukaran dan membantutkan pemahaman murid tentang bahan
bacaan. Justeru, dalam pengajaran bacaan dan kefahaman komponen
pengajaran perbendaharaan kata penting dilaksanakan dengan
sebaik-baiknya. Memang tidak ddapat dinafikan, untuk segera
memahami sesuatu yang diibaca, murid terlebih dahulu mengecam dan
memahami perkataan yang ditemuinya dalam pembacaan. Dalam
pengajaran bacaan dan kefahaman khususnya, pembinaan pengetahuandan
pengalaman sedia ada murid diperlukan bagi membantu pemahaman murid
dalam proses membaca.
Pengetahuan dan pengalaman sedia ada murid boleh diibaratkan
sebagai jambatan bagi menghubungkan sesuatu yang telah diketahui
dengan sesuatu yang baharu. Peta perkataan merupakan salah satu
teknik yang amat berkesan untuk diterapkan dalam pengajaran bacaan
dan kefaham kerana ia melihat sesuatu konsep secara hierarki atau
berlandaskan ciri-ciri yang dipunyai oleh sesuatu konsep
tersebut.
Terdapat banyak kajian terdahulu yang memperkatakan berkenaan
dengan model, teori, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran kemahiran bahasa. Hasil kajian tersebut menemui
pelbagai model, teori, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan
pembelajaran subjek bahasa Melayu terutamanya berkaitan kata cuma,
tidak ada satu pun daripada model dan teori tersebut yang di
katakan unggul kerana arus pendidikan kita sentiasa berubah-ubah
mengikut arus pendidikan global. Sebenarnya, untuk mengajar murid
dalam pengumpulan kosa kata ini, guru itu sendiri perlu untuk
mempersiapkan diri dengan pengetahuan kosa kata yang luas. Hal ini
untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang di lakukan
kelak.
BIBLIOGRAFIAbdullah Hassan (2009).Diperoleh pada April 2, 2013
daripada
http://koleksikertaskerja1.blogspot.com/2009/03/11-beberapa-masalah-dalam-pengajaran.html
Anderson, R.C dan Freebody, P.(1981).Vocabulary Knowledge dalam
John T. Gutrie (ed)Comprehension and Teaching Research Reviews.
Delaware : International Reading Assoc.Inc. Newark.
Cunningham, J.W, Cunningham, S.V, & Arthur S.V(1981). middle
and secondary school reading. New York : Longman Inc.
Durkin, D. (1980).Teaching young children to read. Boston :
Allyn and Bacon Inc.
Harris, A.J and Sipay, E.R (1980).How to increase reading
ability. New York : Longman Inc.
Kennedy, Eddie (1981).Methods in teaching developmental reading.
Illinois : F.E. Peacock Publishers Inc.
Marohaini Yusoff (1986). Penggunaan skema bagi meningkatkan
kefahaman murid dalam bacaan: Pengajaran perbendaharaan
kata.DalamJurnal Dewan Bahasa Jil.30. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Mahoraini Yusoff (1999).Strategi pengajaran bacaan dan kefahaman
: Ke arah kemantapan pembelajaran di Sekolah Menengah. Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Nasir Omar (1996).Pengajaran bahasa arab kepada
pelajar-pelajar peringkat permulaan di pusat Matrikulasi Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia.Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Pearson, P.D &Johnson, D.D (1978).Teaching reading
comprehension. New York : Holt, Rinehart & Winston.
Rosni bin Samah (2009).Isu pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia.
Nilai : USIM.
Rosni bin Samah (2009).Pendekatan pengajaran kosa kata bahasa
Arab di peringkat Menengah Rendah : kajian kepada guru Bahasa Arab
di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur
(Smkakl).Diperoleh pada April 2, 2013 daripada
http://www.fp.utm.my/medc/journals/volume%206/g)%20Artikel%20Kosa%20Kata.pdf
Sawai Haskanbancha@Abdul Hadi Ibrahim (1995).Pengajaran
pertuturan Bahasa Arab di kalangan pelajar Thai. Kuala Lumpur :
Universiti Malaya.Taimah, Rushdi Ahmad (1989).Talu, al-Arabiyyah li
Ghairi al-Natiqenabiha. Ribath : ISISCO
Thelen, J.N (1986).VocabularyInstruction and meaningful
learning.DalamJournal of Reading, Jil. 29. Delaware : International
Reading .
Virginia French Allen (1993).Techniques in teaching vocabulary.
American : Oxford University Press.
1.0 1.0PengenalanPengajaran perbendaharaan kata merupakan satu
bahagian penting dalam kegiatan membaca. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa tugas atau tanggungjawab besar dalam pengajaran
bacaan adalah untuk menolong pelajar membina saiz perbendaharaan
kata. Hal ini penting dalam menentukan pengetahuan murid tentang
makna sesuatu perkataan dan memahami mesej bahan bacaan.Terdapat
pelbagai teknik perbendaharaan kata yang boleh digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran,guru perlu dapat menggunakannya
dengan bijak. Oleh itu, guru sangat perlu mengetahui berbagai-bagai
cara untuk memperkenalkan perkataan baharu dan memberi peluang yang
banyak bagi murid berlatih menggunakannya (Cunningham dan
Arthur,1981), mengikut mereka lagi, untuk mengetahui makna sesuatu
perkataan dalam erti kata yang sebenarnya memerlukan banyak
pertembungan dalam konteks yang berbeza dalam tempoh yang
tertentu.Bukti-bukti daripada penyelidikan juga telah menunjukkan
bahawa pengetahuan yang sedia ada tentang sesuatu tajuk , khususnya
pemahaman tentang perkataan-perkataan utama ialah pengukur
kefahaman. Memang tidak dapat disangkal lagi, untuk segera memahami
sesuatu yang dibaca, terlebih dahulu seseorang pelajar perlu
mengenal atau mengecam dan memahami makna perkataan yang ditemuinya
dalam pembacaan. Di samping itu juga, pemahaman yang tepat tentang
maksud perkataan adalah perlu dan merupakan prasyarat kepada
pembacaan yang bermakna.Selain itu perbendaharaan kata juga amat
penting bagi kita untuk memahami apa yang dibaca. Justeru itu kita
perlulah membuat perancangan atau proses dalam penambahan bilangan
perbendaharaan kata dalam kamus peribadi sama ada dalam bahasa
melayu mahupun bahasa inggeris. Hal ini penting kerana ia dapat
membantu pelajar dalam menambahkan pengetahuan tentang makna
sesuatu perkataan dan memahami mesej bahan bacaan yang dibaca. Oleh
itu,guru perlu menggunakan teknik atau gabungan teknik yang sesuai
bagi mengajar makna sesuatu perkataan dan konsep.
2. 2.0Ayat yang sesuai
Ayat-ayat yang sesuai seolah-olah berkongsi dengan beberapa
ciri-ciri perbendaharaan kata yang berkesan yang terdiri daripada
dua iaitu teknik pengajaran dan strategi pra membaca yang berkesan.
Seperti pemetaan semantik dan analisis ciri semantik, ia terhasil
daripada pengetahuan asas terhadap sesuatu topik itu. Dengan
membuat ramalan-ramalan tentang ayat yang sesuai, pelajar
dikehendaki untuk menggunakan sebahagian daripada pengetahuan sedia
ada mengenai perkataan dan pengetahuan mengenai topik ini. Dengan
melibatkan sekurang-kurangnya 2 penggunaan. Ayat yang sesuai
memerlukan pelajar berfikir tentang hubungan antara konsep
perkataan, dan bukannya tentang setiap perkataan sebagai entiti
yang berasingan.Terdapat pelbagai teknik mengajar perbendaharaan
kata yang boleh digunakan dalam sesuatu proses P&P yang secara
tidak langsung menarik perhatian murid dan meningkatkan tahap
kefahaman murid. Antara salah satu teknik yang boleh digunakan
adalah teknik ayat yang sesuai.
2.1Makna perkataanAyat-ayat yang sesuai telah direka sebagai
satu cara untuk membolehkan pelajar untuk menentukan secara bebas
makna dan hubungan kata-kata yang tidak dikenali dalam tugasan
membaca teks. Pelajar membuat ramalan-ramalan tentang hubungan
antara perkataan yang tidak diketahui, membaca untuk mengesahkan
ketepatan hubungan diramalkan, dan menggunakan teks untuk menilai
dan memperbaiki ramalan mereka. Oleh itu, ramalan digunakan untuk
membuat faedah dan untuk menumpukan perhatian pelajar terhadap
makna dan konsep yang akan diperolehi.
2.2Tujuan pelaksanaan dalam sesuatu P&P bacaanProses P&P
adalah proses dimana interaksi dua hala antara guru dan murid
berlaku,antara cara guru menarik perhatian pelajar untuk sesi
pembelajaran yang lebih kreatif adalah dengan menggunakan
teknik-teknik yang berkesan. Rajah 1.0 memperlihatkan mengenai
tujuan ayat yang sesuai digunakan. Daripada pengajaran
perbendaharaan kata guru boleh menggunakan teknik pengajaran ayat
yang sesuai untuk meningkatkan kefahaman murid.Ayat-ayat yang
sesuai (Moore dan Moore, 1986) direka untuk membantu pelajar
belajar perbendaharaan kata baru yang akan dihadapi dalam tugasan
bacaan .Selain itu, ayat yang sesuai boleh digunakan di dalam
membuat ramalan tentang ayat yang terdapat pada bacaan mereka,
menyediakan tujuan untuk membaca dan membangkitkan rasa ingin tahu
mereka mengenai teks yang akan dibaca. Moore dan Moore (1986)
menyatakan bahawa ayat-ayat yang sesuai boleh digunakan apabila
pelajar jarang melihat perbendaharaan kata yang digunakan semasa
membaca tugasan di dalam kelas . Oleh itu,ayat yang sesuai boleh
digunakan bersama pelajar pertengahan dan menengah di dalam bidang
pengetahuan. Walau bagaimanapun, strategi ini mungkin sesuai untuk
semua peringkat pelajar membaca dan belajar daripada
peneranganteks.
2.3 KelebihanTeknik ini amat mudah digunakan dan
diamalkan.teknik ini juga berkait rapat dengan kefahaman bacaan dan
disukai oleh ramai pembaca.kebanyakan pembaca dapat menggunakannya
untuk mendapatkan makna perkataan baharu yang ditemui oleh mereka
dalam pembacaan.Selain itu,Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga
kerana semua maklumat boleh disampaikan kepada sekumpulan murid
yang ramai dalam masa yang singkat. Selain itu, cara ini dapat
menyumbang bahan-bahan tambahan yang tidak boleh diperoleh oleh
murid-murid melalui buku teks. Kelas lebih mudah dikawal dan
sesetengah murid akan merasa lebih puas dengan bentuk penyampaian
yang lebih distrukturkan. Mereka lebih mudah menganalisa,
menginterpretasi, dan mensintesis bahan-bahan pembelajaran apabila
disampaikan secara langsung.
2.4 KekuranganDisebalik kelebihan terdapat juga kekurangan dalam
menggunakan teknik ini contohnya pembaziran masa. Oleh itu, banyak
masa diperlukan untuk membuat telahan selepas menerima kuliah.
Pengajaran secara kuliah kadangkala tidak boleh mencapai sesetengah
jenis objektif kerana ia tidak boleh menolong kita mencapai
objektif pemikiran kritikal atau kreatif atau penguasaan sesuatu
kemahiran psikomotor kognitif. Ia juga tidak berupaya mengubah
nilai atau sikap dan tidak akan boleh menghasilkan penganut baru.
Cara ini biasanya memerlukan guru yang pandai bercakap dan boleh
bertutur dengan baik.1.0 Senarai-Kumpul-Label Teknik ini dapat
membantu murid memperluaskan saiz perbendaharaan kata dan
mempertingkat kemahiran pengelasan mereka. Guru boleh menjalankan
teknik ini dalam kumpulan kecil atau secara keseluruhan kelas.
3.1 Makna perkataanPengajaran Senarai-Kumpul-Label pada asalnya
diilhamkan oleh Taba sebagai salah satu cara atau kaedah bagi
membantu para pelajar memahami perkataan teknikal (khusus) dan
perkataan am yang terdapat dalam bahan bacaan terutamanya dalam
bidang sains sosial dan sains. Ia adalah berdasarkan tanggapan
bahawa pengkategorian perkataan boleh membantu pelajar menyusun
konsep dan pengalaman baru yang mempunyai hubung kait dengan
konsep-konsep yang dipelajari sebelum ini. Pada umumnya, teknik ini
diperkenalkanadalah untuk memperbaiki cara bagaimana pelajar
belajar dan mengingati tentang suatu konsep baru.
3.2 Tujuan pelaksanaan dalam sesuatu P&P bacaanTeknik
Senarai-Kumpul-Label digunakan bagi memperluas saiz perbendaharaan
kata dan mempertingkat kemahiran pengelasan para pelajar. Guru
boleh melaksanakan teknik ini dalam proses pengajaran dan
pembelajaran samada melalui pembentukan kumpulan kecil mahupun
penglibatan keseluruhan pelajar di dalam kelas. Ia sesuai untuk
dipraktikkan kepada semu golongan pelajar tidak kira sama ada di
peringkat sekolah menengah atau rendah.
1.0Aktiviti lengkap untuk menjalankan aktiviti bagi teknik
senarai-kumpul-label
Pelbagai cara untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap
pengajaran perbendaharaan kata antaranya teknik Ayat yang sesuai,
Senarai-Kumpul-Label, Definisi semula konteks, Analisis fitur, Peta
kata, Strategi pengumpulan kosa kata, Kaedah Levin.Selain itu,
pelbagai strategi yang lain yang menggunakan prinsip teori skema
yang memberi penekanan kepada pembinaan pengetahuan sedia ada untuk
mengajar perbendaharaan kata. Ciri-ciri senarai- kumpul-label
merupakan antara beberapa strategi yang memudahkan pelajar mengenal
makna perkataan baru. Penggunaan strategi ini boleh dilakukan
secara berpasangan, kumpulan atau secara keseluruhan kelas.Teknik
senarai-kumpul-label lebih senang untuk dilaksanakan di dalam
proses P&P dengan menggunakan tiga strategi, iaitu1.
Mendengar.Guru memulakan pengajaran teknik senarai-kumpul-label
dengan memilih tajuk yang terdiri daripada satu perkataan sebagai
rangsangan kepada pengajaran perbendaharaan kata. Tajuk ini
bolehlah diambil daripada pelbagai jenis bahan bacaan seperti,
peristiwa di sekolah, petikan, cerpen, sajak, novel, atau bahan
bacaan lain yang berkaitan dengan perkara yang akan diajarkan. Bagi
tujuan penulisan ini, tajuk gunung berapi dipilih.Para pelajar
perlu menulis tajuk tersebut pada sehelai kertas sekiranya ia
diajar dalam kumpulan kecil dan jika sebaliknya, mereka hendaklah
menulisnya atas papan putih. Galakkan pelajar memikirkan pernyataan
atau ungkapan yang dapat dikaitkan dengan tajuk berkenaan. Sebarang
penilaian atau komentar tidak digalakkan daripada guru semasa
kegiatan perbincangan ini dijalankan. Tujuannya adalah untuk
menggalakkan para pelajar menjana kepelbagaian jawapan dan jawapan
yang kreatif. Sebagai tindak balas atas tindakan gunung berapi yang
dipilih tadi, pelajar mungkin akan memberi pernyataan
berikut:Gunung Berapi
Lava
Mt.St. Helens
Letusan
Letupan
Bara
Lebur
Kemusnahan
AsapHaba
Kebakaran
Kematiangempa bumi
Krakatoa
MagmaPompeii
Habuk
Abu
Batu
2. Perkumpulan / pelabelanBagi menjadikan kaedah ini sebahagian
daripada pembelajaran, pelajar perlu membaca senarai di atas secara
lisan sambil menunjukkan ke setiap patah perkataan sama seperti
yang dilafazkan. Cara sebegini mungkin tidak bersesuian sekiranya
dipraktikkan kepada pelajar proaktif melainkan kepada pelajar yang
mempunyi tahap IQ rendah. Pelajar kemudiannya diminta untuk membuat
pengelasan mengikut kategori yang betul dan berkaitan antara satu
sama lain berdasarkan perkataan-perkataan yang telah disenaraikan
tadi.3. SusulanDengan berpandukan idea yang dicurahkan oleh pelajar
pada papan putih atau kertas yang mereka gunakan, guru dapat
merekodkan kategori perkataan dan label yang dihasilkan.
Seterusnya, pelajar mesti menerangkan kepada pelajar lain mengapa
ia dinyatakan atau dikelaskan sedemikian. Dengan cara ini, semua
pelajar boleh melihat kemungkinan kategori yang tidak terdapat
dalam kumpulan mereka dan secara tidak langsung dapat menambahkan
pengetahuan serta mendapat gambaran yang jelas terhadap topik yang
dibincangkan.Berikut adalah kumpulan yang mungkin boleh dijana dari
senarai besar perkataan gunung berapi:1. lava, abu, batu, habuk,
asap = perkara yang dipancarkan dari gunung berapi2. Mt. St Helens,
Krakatoa, Pompeii = gunung berapi terkenal3. letupan, kemusnahan,
kematian, gempa bumi = hasil letusan gunung berapi4. lava, api,
bara, lebur, magma = panas bahagian gunung berapi
Kesimpulan Secara kesimpulannya,pengajaran perbendaharaan kata
merupakan satu bahagian penting dalam kegiatan membaca. Memang
tidak dapat dinafikan bahawa tugas atau tanggungjawab yang besar
dalam pengajaran bacaan adalah untuk menolong murid membina saiz
perbendaharaan kata. Hal ini penting dalam menentukan pengetahuan
murid dalam menentukan makna sesuatu perkataan dan memahami mesej
bahan bacaan.Sejak dari tahun 1940-an sehingga 1980-an, penyelidik
dari eropah seperti davis (1944), spearit (1972), pearson dan
johnson (1987) dan lain lain merupakan antara penyelidik yang acap
kali menunjukkan betapa pentingnya pengetahuan perbendaharaan kata
(maksud perkataan) sebagai satu komponen bacaan dan pemahaman dalam
proses p&p ini. Memang tidak dapat disangkal lagi, untuk segera
memahami sesuatu bahan yang dibaca, seseorang murid itu terlebih
dahulu perlu mengenal atau mengencam dan memahami makna perkataan
yang ditemuinya dalam pembacaan. Selain itu pengecaman juga penting
dalam pengajaran dan pembelajaran perbendaharaan kata ini. Hal ini
kerana pengecaman tanpa pemahaman kurang nilainya. Pemahaman yang
tepat tentang maksud perkataan adalah perlu dan merupakan prasyarat
kepada pembacaan yang bermakna. Selain itu,Pengajaran
Perbendaharaan Kata mampu mengembangkan dan memperkaya idea yang
dijana pelajar, membolehkan murid mendengar, bertutur, membaca dan
menulis secara berkesan , memperkuat diksi (murid boleh
menyampaikan maklumat dengan berkesan) kaitannya dengan Kefahaman
dan pengukur tahap kefahaman. P&P perbendaharaan kata ini juga
adalah penting untuk membantu murid mengaitkan makna perkataan
baharu dengan makna makna (pengetahuan dan pengalaman) sedia ada
murid. Pembelajaran ini bermakna apabila guru dapat mengaitkan
makna perkataan baharu dengan perkara yang telah mereka ketahui.
Oleh itu, pelajar akan dapat mengaitkan makna perkataan baharu
dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada, membantu murid membina
pengetahuan yang luas dan rapi tentang makna perkataan, melahirkan
penglibatan murid yang aktif dan membantu murid membina strategi
dan konsep baharu secara bebas.
6.0 Rujukan
Mohd Taib Ariffin. (2011).Wacana Akademik Bahasa Melayu. Tanjung
Malim:Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan
Idris
Marohaini Yusoff. (1999).Strategi pengajaran bacaan dan
kefahaman.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Steven A.Stahl et.al.Predicting word meanings to teach content
area vocabulary.International Reading Association.
Nik Safiah Karim,Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul
Hamid Mahmood (2008)Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka