1.0 Pengenalan
Proses bimbingan dan kaunseling adalah salah satu proses untuk
membantu seseorang individu ataupun satu kelompok individu untuk
mengatasi masalah dan kekeliruan yang dihadapi oleh golongan ini.
Proses ini melibatkan seorang individu lain yang diistilahkan
sebagai kaunselor yang akan membantu golongan yang mempunyai
masalah dan kekeliruan dalam diri mereka.Menurut Gibson &
Mitchell,(1999) dalam Bimbingan dan Kaunseling Sekolah, bimbingan
dan kaunseling di sekolah adalah sebahagian daripada respons kepada
keperluan manusia yang keliru dan menjadi punca berbagai-bagai
cabaran dalam pertumbuhan seseorang. Faktor pembangunan pesat dan
pelbagai perubahan yang dihadapi oleh kelompok sosial di Malaysia
menyebabkan khidmat bimbingan dan kaunseling sangat diperlukan.
Perubahan ini turut memberikan pengaruh dan tekanan terhadap
kumpulan individu tertentu dan memerlukan bantuan pakar untuk
mengatasi dan membuat penyesuaian terhadap keadaan baru
ini.Penubuhan perkhidmatan kaunseling di sekolah adalah sebagai
salah satu cara untuk menyeimbangi pembaharuan yang berlaku dalam
sistem sosial masyarakat kini. Keadaan dulu yang meletakkan
tanggungjawab membendung masalah pelajar bermula di rumah kini
telah beralih kepada institusi pendidikan iaitu sekolah.
Oleh kerana di sekolah guru merupakan individu yang paling
banyak berinteraksi dengan pelajar, maka guru adalah individu yang
paling sesuai untuk menjadi pembimbing dan kaunselor kepada pelajar
yang mempunyai masalah dan perlu dibantu. Jadi, setiap guru
perlulah melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran asas
berkenaan bimbingan dan kaunseling untuk mengoptimumkan proses
bimbingan dan kaunseling di sekolah.
2.0 Pengurusan grafik Kemahiran Asas Kaunseling2.1 Huraian
Kemahiran Asas Kaunseling
Sesi kaunseling yang berkesan memerlukan seorang individu yang
mempunyai pengetahuan terhadap bidang tersebut. Begitu juga dengan
proses bimbingan dan kaunseling. Seorang pembimbing atau kaunselor
perlulah memiliki kemahiran tertentu untuk membantu klien yang
menghadapi masalah dan perlukan bantuan. Berikut adalah
kemahiran-kemahiran yang perlu dimiliki oleh seorang pembimbing
atau kaunselor;2.1.1 Tingkah laku memberi perhatian.Bagi
menjalankan proses kaunseling yang berkesan, terlebih dahulu
seorang kaunselor perlu memahami kehendak, kekeliruan dan
permasalahan yang dihadapi oleh klien. Kaunselor akan dapat
memahami kliennya dengan baik apabila dia menumpukan perhatiannya
terhadap isu yang dibicarakan oleh kliennya. Selain itu, ia juga
akan menimbulkan perasaan yang selesa klien semasa sesi kaunseling
dijalankan kerana klien akan merasakan bahawa kaunselor tersebut
bersedia menerima kehadirannya dan bersedia untuk membantunya.
Kemahiran ini meliputi aspek kedudukan atau postur badan kaunselor,
ekspresi wajah kaunselor, eye-contact (tentangan mata) dan dorongan
minima untuk bercakap.
Kedudukan tubuh kaunselor hendaklah condong ke arah hadapan
iaitu menghadap ke arah klien. Amalan sebegitu perlu untuk
menunjukkan kepada klien bahawa kaunselor tersebut berminat untuk
mendengar perkara yang diperkatakan oleh klien. Wajah kaunselor
pula perlulah manis dan menunjukkan bahawa kaunselor tersebut
bersedia menerima klien. Hal ini akan memberi kelegaan kepada klien
kerana ekspresi kaunselor yang memberi persepsi yang baik pada awal
pertemuan.
Selain daripada ekspresi wajah dan postur tubuh kaunselor,
semasa berkomunikasi dengan klien, kaunselor digalakkan untuk
menunjukkan eye-contact dengan pelajar yang menjadi kliennya.
Pertentangan mata juga akan menunjukkan bahawa pembimbing tersebut
berminat dengan butir bicara yang disampaikan oleh klien secara
fizikal dan mental. Walau bagaimanapun, kaunselor perlu peka
terhdap keadaan klien kerana terdapat klien yang tidak selesa
dengan pertentangan mata yang berterusan. Jadi, kaunselor perlu
pandai memainkan peranannya dan memanipulasi keadaan.2.1.2
Kemahiran Mendengar
Setiap orang yang ditimpa masalah memerlukan seorang individu
lain untuk berkongsi masalah dan meluahkan beban yang terbuku di
dada. Dalam konteks bimbingan dan kaunseling ini, pelajar merupakan
individu yang mempunyai masalah atau kekeliruan manakala guru
bertindak sebagai kaunselor untuk mendengar masalah tersebut. Oleh
itu, kaunselor perlu mempunyai kemahiran ini supaya dapat memahami
masalah klien.Pendengaran yang aktif merangkumi proses mendengar
dengan tujuan untuk memahami, mengingati, menilai dan mengkritik.
Mengikut Chuah (1987) dengar adalah satu proses fisiologi yang
melibatkan sistem saraf pendengaran di otak tetapi mendengar adalah
satu proses yang lebih aktif, iaitu proses yang melibatkan bidang
psikologi.
Mendengar secara aktif bukan sahaja memerlukan kaunselor untuk
mendengar tetapi juga mamahami perasaan klien dengan mendalam. Hal
ini memerlukan kaunselor untuk mempunyai kemahiran mendengar dengan
empati iaitu meletakkan situasi diri klien terhadap dirinya.Setelah
mendengar, kaunselor dapat menyatakan semula dengan tepat perasaan
klien dan perasaan klien yang terpendam jug adapt dicungkil oleh
kaunselor. Dengan ini dapat membuktikan kepada klien bahawa
kaunselor ini benar-benar bersedia untuk membantunya dan
menyokongnya.
Terdapat kebaikan yang telah dikenalpasti dengan mengamalkan
teknik mendengar secara aktif. Pertama, kaunselor akan dapat
mengumpul maklumat dengan lebih banyak yang perlu untuk tindakan
lebih lanjut. Kedua, mendengar dengan aktif mempunyai kesan
terapeutik kepada klien kerana apabila bercakap kepada pendengar
aktif, individu dapat meluahkan perasaannya dan kepada peluahan
emosi dan dapat melegakan individu tersebut.2.1.3 Kemahiran
Menyoal
Setiap kaunselor perlu memiliki kemahiran mengemukakan soalan
dengan baik untuk mencungkil masalah yang dihadapi dengan klien
serta sebagai proses untuk mengumpulkan maklumat daripada
klien.
Terdapat dua cara untuk mengemukakan soalan iaitu teknik menyoal
secara terbuka ataupun tertutup. Soalan-soalan tertutup selalunya
memerlukan jawapan sama ada ya atau tidak. Manakala soalan-soalan
bersifat terbuka pula memerlukan penghuraian dan perincian daripada
klien.
Teknik penyoalan ini terpulang kepada kaunselor untuk
menggunakannya dan sejauh mana maklumat yang diperlukan oleh
kaunselor untuk memahami kliennya. Jika kaunselor menggunakan
soalan jenis tertutup, maka jawapan yang akan diberikan oleh klei
adalah terhad dan maklumat yang didapati juga akan terhad. Ia boleh
dijawab dengan menggunakan nombor, anggukan atau gelengan. Teknik
ini sesuai untuk klien yang terlalu banyak bercakap dan kurang
fokus kepada persoalan masalah sebenar.Contoh soalan tertutup;
Soalan terbuka memberikan peluang kepada klien untuk memberikan
respons kepada kaunselor dengan konteks yang lebih luas lagi.
Soalan jenis terbuka sesuai diberikan klien yang kurang mahu
berkongsi cerita secara sukarela. Menurut Amla, Zuria dan Salleh
(2006), soalan terbuka memberikan tanggungjawab kepada klien dan
sedikit kuasa kepada mereka untuk mengawal maklumat yang ingin
mereka kongsikan bersama kaunselor.
Contoh soalan terbuka ;
2.1.4 Kemahiran Pemparafrasaan
Semasa satu sesi kaunseling, kadang-kadang terlalu banyak
kekeliruan dan perkongsian masalah yang dicurahkan oleh klien.
Selalunya juga sesuatu sesi kaunseling juga mengambil masa selama
30 hingga 45 minit setiap sesi.
Oleh yang demikian, perlunya bagi kaunselor untuk meringkaskan
setiap isi permasalahan supaya kaunselor dapat membuktikan kepada
klien bahawa beliau menumpukan perhatian kepada curahan hati klien
dan tidak tertinggal perkara-perkara penting yang menjadi isi
permasalahan klien. Kemahiran ini dipanggil pemparafrasaan. ia
memerlukan kaunselor mengulang semula perkara yang telah dinyatakan
oleh klien dengan susunan ayat kaunselor itu sendiri tanpa mengubah
maksud klien itu sendiri.
Ia juga bertujuan untuk menyemak semula isi-isi penting yang
dikemukakan oleh klien dan dapat meningkatkan semula ingatan guru
terhadap perkara yang telah dinyatakan oleh klien. Kemahiran ini
juga merupakan salah satu kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh
kaunselor setelah mendengar dengan aktif supaya kaunselor tidak
terburu-buru untuk menilai, memberikan pendapat atau menerima klien
sepenuhnya.
Kemahiran ini juga memerlukan kaunselor bertindak sebagai sound
board yang memperdengarkan semula kepada klien akan permasalahannya
dalam perspektif yang baru. Seterusnya diharapkan agar klien akan
lebih memahami permasalahan dirinya dan memberikan celik akal dan
lebih pilihan terhadap cara untuk menyelesaikan masalah mereka.
2.1.5 Konfrontasi
Kemahiran konfrontasi ialah apabila kaunselor mendapati perkara
yang dinyatakan oleh klien bercanggah dengan tingkah lakunya.
Sebaik sahaja kaunselor menyedari dan mengenal pasti perbezaan ini,
kaunselor akan mencabar klien untuk berhadapan dengan percanggahan
yang didapati. Kaunselor akan membuatkan klien berfikir akan
percanggahan yang telah berlaku dan mendapatkan kepastian daripada
klien. Konfrontasi boleh menyedarkan klien bahawa kata-katanya
adalah berbeza daripada tindakannya. Sekiranya kaunselor meminta
klien untuk memberi kepastian terhadap perbuatannya, klien pasti
akan berfikir dan dan membuat refleks terhadap tingkah lakunya,
pemikiran serta nilai-nilai yang telah dipegang olehnya dan
memikirkan akibatnya.
Konfrontasi juga boleh digunakan apabila klien tidak mahu
melihat permasalahan dari sudut yang berbeza. Namun begitu,
konfrontasi akan mempunyai risiko kerana mencabar klien. Klien
mungkin rasa tercabar atau malu seterusnya bertindak menamatkan
sesi kaunseling jadi adalah lebih baik jika konfrontasi digunakan
jika hubungan kaunselor dan klien benar-benar kukuh.
Kaedah ini dikenalpasti dapat mempercepatkan proses kaunseling
kerana dapat menimbulkan kesedaran dalam diri pelajar. Ia juga
dapat mendorong pelajar untuk mengotakan kata-katanya melalui
perbuatan seterusnya dapat meyelesaikan masalah.3.0 Kajian Terhadap
Disiplin Murid-Murid
3.1 Analisis Data Murid BerdisplinBILANGAN MURID YANG
MENJAWAB
SKALA JAWAPAN /
NO.SOALAN1
(Sangat Tidak Puas Hati)2
(Tidak Puas Hati)3
(Tidak Pasti)4
(Puas Hati)5
(Sangat Puas Hati)
1.1315
2.37
3.136
4.127
5.1414
6.235
7.1252
8.145
9.1423
10.10
11.226
12.1252
13.253
14.136
15.1423
16.541
17.343
18.1432
19.217
20.217
21.217
22.226
23.541
24.316
25.19
JUMLAH435862123
Rumusan Data Murid Berdisiplin.1. Jawapan soalan nombor 1 = 4
(100) / 250 = 1.6 %
2. Jawapan soalan nombor 2 = 3 (100) / 250 = 1.2 %
3. Jawapan soalan nombor 3 = 58 (100) / 250 = 23.2 %
4. Jawapan soalan nombor 4 = 62 (100) / 250 = 24.8 %
5. Jawapan soalan nombor 5 = 123 (100) / 250 = 49.2 %
3.2 Analisis Data Murid Bermasalah Displin
BILANGAN MURID YANG MENJAWAB
SKALA JAWAPAN /
NO.SOALAN1
(Sangat Tidak Puas Hati)2
(Tidak Puas Hati)3
(Tidak Pasti)4
(Puas Hati)5
(Sangat Puas Hati)
1.6112
2.3232
3.4312
4.4321
5.52111
6.523
7.334
8.622
9.4231
10.532
11.6121
12.3214
13.325
14.22312
15.3322
16.82
17.2341
18.4222
19.433
20.3412
21.31132
22.41311
23.442
24.532
25.6121
JUMLAH105454033 27
Rumusan Data Murid Tidak Berdisiplin1. Jawapan soalan nombor 1 =
105 (100) / 250 = 42 %2. Jawapan soalan nombor 2 = 45 (100) / 250 =
18%3. Jawapan soalan nombor 3 = 40 (100) / 250 = 16%4. Jawapan
soalan nombor 4 = 33 (100) / 250 = 13.2%5. Jawapan soalan nombor 5
= 27 (100) /250 =10.8%
4.0 Penulisan Dapatan.Hasil dapatan daripada kajian lepas
terhadap masalah disiplin pelajar menunjukkan bahawa pelajar yang
mempunyai masalah berpunca daripada keluarga, rakan sebaya,
persekitaran sekolah, persekitaran tempat tinggal dan masalah
kendiri.
Bagi melihat sejauh mana tahap kepuasan diri seseorang pelajar
mempengaruhi masalah disiplin mereka, saya telah menjalankan kajian
ringkas di Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Serada, melibatkan 10
orang murid yang mempunyai masalah disiplin dan 10 orang murid yang
cemerlang dan berdisiplin. Kelompok murid yang saya jadikan sampel
tidak diasingkan mengikut jantina. Kajian ini juga dijalankan
secara surface (luaran) sahaja dan tiada perincian kajian
dilakukan. Bagi kumpulan pelajar yang berdisiplin dan cemerlang,
saya mendapati hanya 1.6 % daripada mereka yang sangat tidak
berpuas hati dengan dengan kehidupan mereka sekarang. Manakala 1.2%
tidak berpuas hati dan 23.2% tidak pasti akan taraf kehidupan
mereka sekarang. 24.8% berpuas hati dengan kehidupan mereka dan
hampir-hampir separuh iaitu 49.2% sangat berpuas hati dengan
kehidupan mereka sekarang. Faktor yang mempengaruhi tahap kepuasan
hidup pelajar cemerlang ini telah mengelakkan mereka terjebak
daripada gejala yang tidak sihat. Mereka berasakan ahli keluarga
seperti ibu bapa dan ahli keluarga lain telah memberikan perhatian
dan sokongan yang mereka perlukan. mereka tidak perlu bersaing
untuk mendapatkan perhatian dan kehendak mereka dipenuhi.Menurut
Erikson dalam Amla, Zuria dan Salleh (2006), perkembangan
personaliti manusia berlaku sepanjang hayat. Sepanjang perkembangan
manusia, mereka perlu berinteraksi dan akan menghadapi konflik.
Jadi, sekiranya mereka berjaya mengatasi konflik ini, mereka akan
bergerak ke tahap seterusnya. Saya ingin menekankan di sini bahawa,
seseorang yang menghadapi konflik, tetapi mendapat sokongan dan
bantuan daripada ibu bapa dan orang-orang sekeliling termasuk
rakan-rakannya akan berasa bahawa mereka akan menjadi lebih
berkeyakinan untuk meneruskan kehidupan.
Bagi kumpulan pelajar yang mempunyai masalah disiplin, Peratusan
pelajar yang sangat tidak berpuas hati dengan hidup mereka adalah
agak tinggi iaitu 42%. Manakala pelajar yang tidak berpuas hati
dengan hidup mereka adalah 18%. Pelajar yang tidak pasti akan
kehidupan mereka ialah 16%. Bagi pelajar yang berpuas hati pula
menunjukkan 13.2% dan pelajar yang sangat berpuas hati pula adalah
10.8%.Faktor keluarga memberi pengaruh yang kuat terhadap seseorang
individu.bagi mengenalpasti pelajar yang mempunyai masalah di
rumah, tingkah laku mereka di dalam bilik darjah dapat diperhatikan
seperti kurang memberi perhatian, pencapaian akademik rendah selain
daripada faktor kognitif dan sebagainya yang bersesuaian.
Konflik keluarga pada akhir-akhir ini ialah tuntutan untuk
mencari nafkah untuk menyara keluarga. Hal ini menyebabkan ibu bapa
jarang berada di rumah dan membiarkan anak-anak menyesuaikan diri
sendiri. ataupun paling tidak dengan pengawasan pembantu rumah
asing. Hal ini sebenarnya menyebabkan para pelajar cuba mencari
hiburan di luar rumah.Selain faktor keluarga, faktor persekitaran
juga turut mempengaruhi tahap kepuasan hidup seseorang. Contohnya,
kehidupan pelajar yang serba kekurangan dan persekitaran hidup di
tempat tinggal yang sentiasa mengancam akan menyebabkan mereka
kurang keyakinan diri dan merasakan bahawa diri sendiri menjadi
bebanan kepada orang lain.
Menurut Wan Rozali (2002), penghuni kawasan setinggan yang baru
berhijrah ke bandar terpaksa menghadapi tekanan kos sara hidup yang
tinggi di samping tekanan untuk mendapatkan kualiti hidup dengan
lebih baik. Jika nasib pelajar yang berasal daripada keluarga yang
tinggal di kawasan setinggan perlu bersaing dengan pelajar yang
seba cukup dari segi keperluan dan kehendak, sudah tentu, keyakinan
diri mereka akan menurun dan berasa malu. Hal ini mungkin
menyebabkan mereka malu untuk ke sekolah untuk mengelakkan rasa
rendah diri dan sebagainya.Kesimpulan Berdasarkan kajian ringkas
yang telah dijalankan, permasalahan pelajar di sekolah disebabkan
oleh beberapa faktor termasuklah keluarga, rakan sebaya,
persekitaran sekolah, persekitaran tempat tinggal dan kendiri
pelajar itu sendiri.
Begitu juga pelajar yang cemerlang dan berdisiplin, mereka turut
dipengaruhi oleh dorongan keluarga, rakan sebaya yang sentiasa
berlumba-lumba untuk menjadi lebih cemerlang serta persekitaran
yang sihat akan membantu memberikan motivasi kepad mereka untuk
berkelakuan lebih baik.
Oleh itu, di sekolah sebagai tempat utama di mana pelajar
menghabiskan masa seharian perlu mampu menjadi tempat di mana
pelajar dapat memperbetulkan kekeliruan dan permasalahan yang
dihadapi mereka. Penubuhan khidmat bimbingan dan kaunseling di
sekolah diharapkan dapat membantu mereka membuat pilihan hidup yang
lebih baik.
Guru pula, sebagai insan yang berada dekat dengan pelajar di
sekolah, perlu lebih prihatin dan mengambil berat terhadap pelajar.
Mereka perlu melengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran
asas berkaitan dengan kaunseling supaya mereka dapat menjalankan
proses bimbingan dan kaunseling yang berkesan untuk untuk pelajar
yang memerlukan bantuan.
15 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
Ee, Suppiah dan Taquddin (2011)
4. Tingkah Laku Memberikan Perhatian
6. Kemahiran Mendengar
7. Kemahiran Menyoal
5. Kemahiran Memahami
8. Kemahiran Berempati
9. Refleksi Idea
10. Refleksi Perasaan
11. Interpretasi
12. Pendedahan Kendiri
15. Membuat Rumusan
13. Pemparafrasaan
14. Konfrontasi
1. Pemberian Nasihat
2. Kesenyapan
3. Kemahiran Ketika Ini (immediacy)
KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
1. Tingkah laku Memberi Perhatian
2. Kemahiran Mendengar
4. Kemahiran Menyoal
3. Kemahiran Pemparafrasaan
5.Konfrontasi
Kaunselor : Adakah kamu suka datang ke sekolah?
Klien : Ya
Kaunselor : adakah kamu sudah bersarapan?
Klien : Sudah.
1. Kaunselor : Apakah yang menyebabkan kamu tidak berpuas hati
dengan ibu bapa kamu?
2. Kaunselor : Sila ceritakan kenapa kamu gagal mendapat
keputusan lebih baik daripada kamu sangkakan?
_1391718499.xlsChart1
0.016
0.012
0.232
0.248
0.492
RUMUSAN DATA MURID BERDISPLIN
Sheet1
RUMUSAN DATA MURID BERDISPLIN
NOMBOR 12%
NOMBOR 21.20%
NOMBOR 323%
NOMBOR 424.80%
NOMBOR 549.20%
To resize chart data range, drag lower right corner of
range.
_1391727009.xlsChart1
0.42
0.18
0.16
0.132
0.108
RUMUSAN DATA MURID BERMASALAH DISPLIN
Sheet1
RUMUSAN DATA MURID BERMASALAH DISPLIN
NOMBOR 142%
NOMBOR 218%
NOMBOR 316%
NOMBOR 413.20%
NOMBOR 510.80%
To resize chart data range, drag lower right corner of
range.