GOTONG ROYONG PERDANA 5S TYT NAIK ‘INJIN PUPUT’ Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah Datuk R.M Jasni menaiki injin puput ke Pekan Papar pada 4 Mei 2013 sempena Pelancaran Pesta Sabah 2013. Rombongan tersebut diketuai oleh Pengurus Besar Jabatan Keretapi Negeri Sabah, Tuan Haji Mohd Zain Mohd Said dan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah, Dato’ Seri Tengku Zainal Adlin yang bergerak melalui Stesen Keretapi Tg. Aru, pada jam 10.30 pagi, Selasa. Tun Haji Juhar dan rombongan tiba di sini dan disambut oleh Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Johnny Mositun; Adun Pantai Manis, Datuk Abdul Rahim Ismail dan Pegawai Daerah, Iman Ali di Stesen Keretapi Papar. Tun Haji Juhar sempat beramah mesra dengan masyarakat setempat di sekitar Pekan Kinarut semasa keretapi singgah di stesen berkenaan. Beliau disambut dan diring oleh Ahli Parlimen Papar, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan. EDISI APRIL & MEI 2013 Volume 04 & 05 / 2013 Program gotong royong Perdana 5S Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) telah diadakan pada 21 April 2013 bertempat di Perkarangan Ibu Pejabat JKNS. Program ini dijalankan bersempena Sistem Amalan Persekitaran Berkualiti 5S yang merupakan salah satu program Pengurusan Kualiti yang dirancang di JKNS untuk dilaksanakan pada tahun 2013. Acara ini dirasmikan oleh Pengurus Besar JKNS, Tuan Hj Mohd Zain Mohd Said dan dihadiri oleh para Ketua Bahagian serta kakitangan JKNS yang bertugas di Zon Tg Aru. Tujuan program ini adalah untuk melaksanakan langkah pertama 5 S iaitu SEIRI (sisih) yang b e r m a k s u d mengasingkan barang- barang yang tidak diperlukan di tempat k e r j a d a n membuangkannya. Langkah pertama SEIRI ini dijalankan serentak oleh enam (6) bahagian yang ada di JKNS dan setiap bahagian berperanan untuk membersihkan pejabat masing-masing. ‘Rail The Better Way To Travel’ Newsletter JKNS Jabatan Keretapi Negeri Sabah Karung Berkunci 2047 88999 Kota Kinabalu Tel : 088-254611 Fax : 088-236395 www.railway.sabah.gov.my @facebook/SabahRailwayDepartment Majlis APC cum Railway Gala Nite 2013 akan diadakan pada 21 Jun 2013 (Jumaat) di Grand Ballroom, Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa, Kota Kinabalu. Kejohanan Futsal (Wanita) akan diadakan pada 28 Jun 2013 bertempat di Jeselton Point sementara Kejohanan Bola Sepak (Lelaki) akan diadakan pada 29-30 Jun 2013 bertempat di Pa- dang UMS, Kota Kinabalu sempena Sukan KPI. Program Lawatan Ke Beijing & Tianjin, China selama 8 hari 6 Malam pada Oktober 2013 anjur- an Biro Rekreasi KESURI. Akan Datang
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.