ISI KANDUNGAN TAJUK MUKASURAT KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA 1 KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI 2-5 TOPI KESELAMATAN DAN SAFETY BOOTS 6-9 GOOGLES DAN SARUNG TANGAN 10 -12 APRON 13 TOPENG 14- 15 FIRST AID KIT 16-20 PEMADAM API 21-23 LAIN-LAIN YANG BERKAITAN 24-28 ETIKA DAN PERATURAN 29 KESIMPULAN 30 LAMPIRAN 31- 50
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKASURAT
KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA 1
KELENGKAPAN PELINDUNG PERIBADI 2-5
TOPI KESELAMATAN DAN SAFETY BOOTS
6-9
GOOGLES DAN SARUNG TANGAN 10 -12
APRON 13
TOPENG 14- 15
FIRST AID KIT 16-20
PEMADAM API 21-23
LAIN-LAIN YANG BERKAITAN 24-28
ETIKA DAN PERATURAN 29
KESIMPULAN 30
LAMPIRAN 31- 50
RUJUKAN 51
KESELAMATAN DI TEMPAT KERJA
Pada hari ini, berita mengenai kemalangan di tempat kerja kerap didengari, ditontoni
dan dibaca serta terpapar dalam akhbar tempatan. Malah, ada juga kemalangan itu alami oleh
saudara atau kawan kawan kita sendiri. Apa yang anehnya ialah ada di antara kemalangan itu
diulangi seolah-olah kita tidak mempelajari dan mengambilnya sebagai iktibar. Akibat terlalu
kerap kita mendengar mengenai kemalangan, ada kadangkalanya kita merasakan kemalangan
itu semacam lumrah, iaitu sesuatu yang memang akan berlaku dan tidak dapat dielakkan di
dalam dunia pekerjaan sekarang.
Oleh kerana kemalangan tersebut melibatkan manusia, maka manusialah yang
bertanggungjawab terhadap kemalangan. Jika semua yang ada pada dan sekeliling manusia itu
hazard, maka manusialah yang memainkan peranan di dalam mencipta, mempunyai,
mengguna, menyelenggara, menyimpan, mengawal dan melupus hazard tersebut.
Oleh sebab itu, kita memerlukan peralatan , pemakaian, undang –undang ,dan sikap
manusia itu sendiri agar keselamatan tidak kira di tapak bina, bengkel kereta atau di mana-
Sarung tangan tidak menjaminkan tidak berlakunya kemalangan,tetapi hanya mengamalkan cara kerja yang selamat dan berhati-hati sahaja bagi mampu memastikan pekerja bekerja dengan selamat. Pemilihan sarung tangan yang betul boleh melindungi dari tercedera. Apabila menggunakan sarung tangan pelindung pastikan ianya sesuai dan muat dengan tangan,selesa digunakan dan mampu menangani risiko bahaya. Jenis-jenis sarung tangan seperti:
Sarung tangan pakai buang yang diperbuat dari bahan plastik dan melindungi tangan dari kesan gatal.
Sarung tangan fabrik yang diperbuat dari kain fabrik yang membantu menggenggam dengan lebih baik apabila mengendalikan objek licin. Ia juga membantu melindungi tangan anda dari kesan panas,haba atau sejuk.
Sarung tangan kulit bagi melindungi tangan dari kecederaan percikan api atau pengeseran pada permukaan kasar.
Sarung tangan pelapik besi yang melindungi dari kecederaan luka atau calar. Digunakan untuk kerja-kerja memotong dan mengerat.
Pakaian dan sarung tangan diperbuat daripada:
Bulu kambing Kulit Fabrik getah,neoprene dan plastik Fabrik berlapikkan plumbum Fabrik kapas berkait
Pelindungan daripada harzard haba. Pelindungan daripada haba kering dan api.
Pelindungan daripada asid. Pelindungan daripada sinar gama dan x-ray. Pelindungan daripada benda tajam,kasar dan berat.
TOPENG KESELAMATAN
Kerja-kerja kimpalan jika dibuat tanpa pemakaian dan pemeriksaan keselamatan yang cukup
mungkin membahayakan manusia itu sendiri.Oleh itu ,bagi mengelakkan perkara ini berlaku,
maka kita perlulah memakai peralatan kelengkapan pelindung peribadi ( Personal Protective
Equipment).
Topeng Muka Kimpalan ( Welding Helmets )
Fungsi Welding Helmets yang dilengkapi dengan plat bewarna hitam adalah untuk:
Kesan-kesan jika tidak menggunkan peralatan di atas:
Berlakunya Arc Eye di mana cahaya UV menyebabkan berlakunya keradangan pada kornea dan boleh menyebabkan retina mata kita terbakar.
Mencegah daripada muka, mata dan leher dari percikan api dan juga memberi perlindungan dari sinaran radiasi dan keamatan cahaya yang tinggi atau
3. Tablet “paracetamol” atau aspirin untuk sakit kepala, demam dan melegakan kesakitan ringan (aspirin tidak harus diberikan kepada orang di bawah umur 16 tahun)
4. Pembalut luka (bandage)
5. Plaster (sepeket)
6. Pita bergam untuk membalut
7. “Crepe” bandage (untuk rawatan terseliuh)
8. Pembalut elastik
9. Pembalut tiga segi
10. Losyen “calamine” untuk ruam yang gatal
11. Kapas steril (1 gulung)
12. Pembalut luka atau dressing
13. “Gauze” parafin (untuk luka terbakar)
14. “Gauze” steril
15. “Dressing” untuk luka (2 saiz)
16. Basuhan mata
17. Lampu suluh
18. Selimut (untuk mengekalkan kepanasan ketika kesejukan)
19. Hidrogen peroksida ataupun alkohol untuk disapu
20. Putik kapas (untuk meletakkan ubat)
21. Pin (untuk menetapkan bandage)
22. Gunting yang tajam tetapi mempunyai hujung yang tumpul (untuk kegunaan
pertolongan cemas sahaja)
23. Penyepit yang tajam di hujung(untuk membuang selumbar)
PEMADAM API
Pemadam api adalah alat yang digunakan untuk memadamkan api dalam sebuah
kebakaran kecil. Pemadam api tidak dirancang untuk digunakan pada kebakaran yang sudah
tidak terkawal, misalnya ketika api sudah membakar langit-langit. Umumnya pemadam api
terdiri dari sebuah tabung tekanan tinggi yang berisi cairan pemadam api.
Pemadam api terbagi menjadi beberapa jenis: bahan kimia kering (natrium hidrogen
karbonat/amonium sulfat) menghilangkan reaksi kimia antara panas, oksigen, dan bahan bakar.
Pemadam busa memisahkan oksigen dari bahan bakar. Pemadam yang menggunakan air
menghilangkan api dan panas dari bahan yang terbakar. Pemadam CO2 menghilangkan oksigen
yang dipakai oleh pembakaran.
Tidak kesemua jenis pemadam itu boleh digunakan dalam keadaan yang sama. Sebagai
contoh, seseorang tak dapat menggunakan pemadam CO2 untuk memadamkan kebakaran yang
diakibatkan oleh aliran eletrik. Sebaliknya, seseorang harus menggunakan bahan kimia kering.
ALAT-ALAT PEMADAM KEBAKARAN DIBAHAGIKAN KEPADA DUA BENTUK UTAMA IAITU :
1. Pemadan api jenis mudahalir
2. Pemadam api jenis tetap.
A)Pemadan api jenis mudahalih
Alat ini penting untuk semua jenis bangunan dan rumah-rumah kediaman termasuk bangunan yang telah dipasang dengan system pemercik automatic
Ia berfungsi sebagai alat bantu mula untuk memadam kebakaran di peringkat awal. Alat ini hendaklah diletakkan di lokasi yang mudah dicapai atau dilihat di dalam
sesebuah bangunan. Berikut adalah jenis-jenis alat pemadam kebakaran mudahalir yang dikelaskan
mengikut kesesuaian penggunaannya iaitu :o Alat pemadam api jenis air.o Alat pemadam api jenis busao Alat pemadam api jenis gas karbon dioksidao Alat pemadam api jenis serbuk kering
Alat pemadam api jenis serbuk kering :
Boleh memadam api bagi semua jenis kebakaran. Kandungan bahan-bahan kimia yang digunakan terdiri dari 97% sodium
bikarbonat,1.5% magnesium stearat,1% magnesium karbonat dan 0.5% trikalsium fosfat.
Kandungan bahan-bahan kimia ini diisikan di dalam tabung luar. Warna silindernya ialah biru muda. Kelebihannya ialah :
o Dapat bertindakbalas dengan lebih berkesan jika berbandingkan dengan alat-alat pemadam api jenis lain.
KEGUNAAN ALAT PEMADAM API
PASS P – Pull
A – Aim
S – Squeeze
S – Sweep
Pull : Cabutkan pin alat pemadan api
Aim : Halakan nozel ke pangkal api
Squeeze : Tekan tuil.
Sweep : Layangkan nozel ke kiri dan ke kanan sampai api dipadam.
ETIKA DAN PERATURAN DI BENGKEL / MAKMAL
JAKET BENGKEL/MAKMAL
1. Diperbuat dari kapas (cotton) ataupun polyester 2. Dipakai semasa berada di dalam makmal/bengkel3. Tujuan :
a. Melindungi pakaian dan juga bahagian atas badan si pemakai dari tumpahan cecair (panas,asid,berminyak dsb.) dan juga sentuhan dengan objek tajam,kasar,panas ; apa-apa sahaja yang boleh mendatangkan hazard kepada individu terbabit
b. Mewujudkan satu bentuk keseragaman semasa berada di makmal dari segi pakaian bagi memenuhi peraturan dan kod etika Politeknik bagi para pelajar
c. Memberi keselesaan serta keyakinan kepada para pelajar apabila melakukan kerja-kerja luar,aktiviti di bengkel mahupun ujikaji di dalam makmal
d. Memberi sebuah imej profesional kepada si pemakai (pelajar ataupun pensyarah) , politeknik dan seterusnya institusi pengajian di mana kemahiran vokasional dan teknik dapat diserlahkan dengan pemakaian jaket ini.
4. Mempunyai tiga poket ; dua berbutang di bahagian dada (di bahagian poket kiri terdapat satu lubang kecil di atasnya bagi tujuan menyimpan pen atau yg seumpamanya) dan satu di sebelah luar lengan kiri
5. Di bahagian hujung lengannya juga turut berbutang seperti kemeja.6. Butang pada bahagian tengah jaket dilitupi dengan kain jaket itu juga ,menjadikan
butang-butangnya tersembunyi dari pandangan hadapan.7. Tujuan butang-butang tersebut disembunyikan ialah untuk mengelakkan butang-butang
dari mengenai objek-objek atau apa-apa sahaja yang boleh ,secara tidak sengaja,
merosakkan malah mencabut butang-butang dari baju. Di samping itu, penyembunyian butang-butang terbabit memberi rupa yang elegan kepada jaket tadi.
VEST FLUORESCENT/PEMANTUL CAHAYA
1. Diperbuat dari pelbagai bahan(gabungan atau salah satu daripada) - kapas (cotton), polyester, kanvas dsb.
2. Tujuannya ialah untuk meningkatkan lagi kebolehlihatan (visibility) si pemakai vest ini kepada orang lain
Contoh aplikasi vest pemantul cahaya ini
i. Pekerja tapak bina – terutama sekali pada waktu malam, atau mereka yang membaikpulih jalanraya dan sebagainya
ii. Penunggang motorsikal – waktu malamiii. Anggota polis iv. Pengawal keselamatanv. Paramedik
vi. Penunggang basikalvii. Pengendali (‘operator’) kawasan
di mana penglihatan adalah terbatas atau sukar – pengendali landasan kapal terbang, pekerja landasan keretapi
3. Penggunaan vest ini tidak semestinya digunakan pada waktu malam sahaja, malah turut digunakan pada waktu siang. Lazimnya vest pemantul berwarna oren akan digunakan bagi meningkatkan lagi kebolehlihatan mereka bagi membezakan si pemakai dengan persekitarannya. Vest pemantul waktu pagi (oren) dan malam
(kuning)
4. Tidak berlengan dan dikancing dengan samada butang ,zip ,tali dan “fastener” ataupun tidak berkancing.
5. Mempunyai dua jalur (atau tiga) reflektif merentasi bahagian abdomen vest
Sedangkan haiwan seperti unta pun memakai pakaian fluorescent, apakah alasan kita untuk tidak mementingkan keselamatan di tempat kerja?
Pemakaian vest pemantul di tapak bina
“BOILERSUIT”,”OVERALLS”, ”COVERALLS”
1. Merupakan pakaian yang paling meluas digunakan dalam bidang perindustrian, perkilangan, permesinan dan juga seumpamanya (termasuk industri pembinaan)
2. “Boilersuit” dan “coveralls” merupakan sejenis overall, dimana merupakan “one-piece” suit, namun yang membezakan overalls dengan yang lain ialah overalls tidak berlengan dan ianya melitupi sebahagian kecil bahagian abdomen.
3. Tujuannya :Memberi perlindungan kepada pekerja daripda hazard yang pelbagai seperti
i. Hazard fizikal - Objek keras,tajam,kasar,berkarat,panas,api dsbii. Hazard kimia - Minyak,asid,alkali,pelarut,racun,sisa toksik
b. Memberi keselesaan kepada para pekerja semasa melakukan kerja-kerja, berbanding dengan mereka yang tidak memakai pakaian ini semasa bekerja
c. Memberi kemudahan bagi para pekerja untuk melaksanakan tugas,misalnya overalls mampu menampung sebilangan kecil alatan pertukangan dalam poket kecilnya
d. Menjadi uniform bagi sesetengah organisasi (kecuali overalls)e. Sebagai identiti bagi organisasi, bagi membeza-bezakan pekerja kepada seksyen
ataupun unit (division, lazimnya dalam kod warna – misalnya – hijau untuk unit elektrikal,kuning untuk unit pemasangan – kilang mesin)
4. Persamaan ketiga-tiga jenis pakaian ini ialah ianya diperbuat dari kain yang mempunyai ketahanan,kelasakan (durability) yang tinggi seperti kanvas dan juga polyester yang telah diubahsuai. Namun bagi overalls pula ianya diperbuat dari denim (kain jeans) tetapi boleh juga diperbuat dari bahan yang lain (kanvas, “cotton” dsb.)
5. Perbezaan yang ketara antara pakaian ini ialah bahagian atasnya. Overalls lazimnya dikancing dengan butang (“bib-and-brace”) manakala coveralls/boilersuit adalah seperti jumpsuit,dikancing dengan zip ataupun dengan butang. Boilersuit/coveralls juga berlengan panjang tidak seperti overalls
Overalls (kiri) , boilersuit/coveralls (kanan)
6. Boilersuit/coveralls juga lebih kurang sama seperti jumpsuit, dari segi litupan pada badan pemakai (jumpsuit – pakaian penerjun udara atau tentera udara)
7. Pemakaian pakaian ini amat sinonim sekali dengan bidang perindustrian dan memang termaktub di dalam undang-undang akan kewajipan pemakaiannya.
Seperti yang boleh dilihat di sini, coveralls (kiri) melitupi keseluruhan bahagian badan (kecuali bahagian tapak kaki dan kepala/leher) manakala overalls tidak. Akan tetapi overalls mempunyai kantung yang besar di bahagian hadapan bajunya (anak panah merah) yang boleh digunakan untuk meletak alatan pertukangan dan sebagainya
KESIMPULAN
Apa yang dapat kami simpulkan di sini ialah keselamatan di tempat kerja adalah mandatori dan kritikal. Menegaskan bahawa ianya penting sahaja tidak memadai bagi mengingatkan para pekerja apabila bertugas di kawasan yang berisiko akan keselamatan.
Berdasarkan apa yang telah kami dapati dari hasil pencarian kami untuk tugasan ini ialah terdapat pelbagai jenis kelengkapan perlindungan diri bagi melindungi hampir kesemua bahagian di badan yang terdedah kepada hazard. Baik dari kepala hinggalah ke kaki , terdapat alatan serta pemakaian yang khusus untuk melindungi bahagian badan terbabit.
Namun demikian, tidak semua alatan atau pakaian perlindungan diri ini sesuai untuk sesetengah keadaan. Misalnya sarung tangan heavy duty seharusnya dipakai semasa mengimpal berbanding dengan sarung tangan kain biasa.
Perlindungan yang diberikan pula khusus dan terbukti selamat, ditambah lagi dengan faktor individu (mematuhi peraturan,etika). Etika serta peraturan di tempat kerja juga bukanlah semata-mata pernyataan di atas papan sahaja. Sewajarnya ia dipatuhi oleh semua pihak yang termaktub dengannya.
Tugasan ini telah memberikan kami peluang untuk meneroka dengan lebih mendalam lagi mengenai perihal peralatan perlindungan diri di tempat kerja, etika dan peraturan di tempat kerja, kemudahan kecemasan di tempat kerja dan juga pendedahan mengenai alam pekerjaan dalam bidang industri yang tpenuh dengan hazard dan risiko bagi kemalangan.
Terima kasih diucapkan kepada Pn. Ronina dan juga semua pihak yang terbabit dalam proses melengkapkan tugasan ini, terutama sekali ahli-ahli kumpulan kami
LAMPIRAN
Gambar di atas menunjukan alat-alat keselamatam yang perlu dipakai semasa berada di bengkel mekanikal
Gambar di atas menunjukkan tanda-tanda keselamatan di mana perbuatan sesetengah perkara
dilarang sama sekali semasa berdekatan di bengkel .
Gambar di atas menunjukkan postes ‘ UTAMAKAN KESELAMTAN’ agar tahap kesedaran keselamatan bagi setiap pelajar diberi perhatian semasa di bengkel .
Gambar di atas menunjukkan simbol ‘ KELUAR ’ iaitu sebagai laluan keluar kecemasan bagi memudahkan pelajar tahu akan laluan keluar dari bengkel.
Gambar di atas menunjukkan tempat letaknya ‘FIRST AID KIT’
Gambar menunjukkan Contoh Fire Blanket
Gambar menunjukkan simbol Pertolongan Cemas
KEMALANGAN PEKERJAAN DARI
JANUARI 2009 SEHINGGA OGOS
2009 (TELAH DISIASAT)
Sumber : Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia Kementerian Sumber Malaysia