1 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013 Peraturan Pertandingan 1) Nama Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia ke-11 akan mengelolakan satu kejohanan yang di namakan KEJOHANAN BOLA JARING. Kejohanan ini terbuka kepada Pasukan Bola Jaring Yayasan Negeri Se-Malaysia yang menyertai PESAYA KE-11 JOHOR 2013. 2) Pengelolaan Pertandingan ini akan di kelolakan bersama oleh YAYASAN PELAJARAN JOHOR dan PERSATUAN BOLA JARING JOHOR. 3) Tarikh dan tempat Kejohanan Kejohanan ini akan berlangsung di dalam tempoh 9hb hingga 15hb Februari 2013 dan akan diadakan di Dewan Serbaguna Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor. 4) Syarat- syarat Penyertaan 4.1 Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan PESAYA ke 11 tahun 2013. KEJOHANAN BOLA JARING PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN NEGERI SE-MALAYSIA KE – 11, JOHOR 2013
13
Embed
KEJOHANAN BOLA JARING PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN …ypj.gov.my/pesaya/document/Peraturan_bolajaring.pdf · Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013 Peraturan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013
Peraturan Pertandingan
1) Nama
Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia ke-11 akan mengelolakan satu
kejohanan yang di namakan KEJOHANAN BOLA JARING. Kejohanan ini terbuka kepada
Pasukan Bola Jaring Yayasan Negeri Se-Malaysia yang menyertai PESAYA KE-11 JOHOR
2013.
2) Pengelolaan
Pertandingan ini akan di kelolakan bersama oleh YAYASAN PELAJARAN JOHOR dan
PERSATUAN BOLA JARING JOHOR.
3) Tarikh dan tempat Kejohanan
Kejohanan ini akan berlangsung di dalam tempoh 9hb hingga 15hb Februari 2013 dan
akan diadakan di Dewan Serbaguna Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor.
4) Syarat- syarat Penyertaan
4.1 Sila rujuk Peraturan Am Kejohanan PESAYA ke 11 tahun 2013.
KEJOHANAN BOLA JARING
PESTA SUKAN ANTARA YAYASAN NEGERI SE-MALAYSIA KE – 11, JOHOR 2013
2 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013
4.2 Penyertaan adalah terbuka kepada semua kontijen daripada setiap Yayasan
Negeri yang menyertai PESAYA ke 11 tahun 2013.
4.3 Setiap kontinjen Yayasan Negeri hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan
sahaja
4.4 Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.
4.5 Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas Mesyuarat pengurus pasukan
adalah tidak dibenarkan.
4.6 Status sukan adalah WAJIB (di ambil mata).
4.7 WAJIB menyenaraikan minima seorang pemain veteran (pemain yang berumur
35 tahun keatas pada 1 Januari 2013)
5) Format Pertandingan
5.1 Pertandingan Liga Peringkat Awal melibatkan dua (2) kumpulan iaitu Kumpulan A
& Kumpulan B.
5.2 Pertandingan Peringkat Separuh Akhir dan Akhir di mainkan secara kalah mati.
5.3 Pasukan yang kalah di peringkat Separuh Akhir akan bertanding bagi tempat
ketiga dan keempat.
3 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013
6) Cara Pertandingan
6.1 Jawatankuasa Sukan & Teknikal bertanggungjawab menentukan pertandingan ini
berjalan dengan baik dan lancar serta sesuai dengan kehendak-kehendak pihak
pengelola. Jawatankuasa berhak mengubah format pertandingan sekiranya
perlu.
6.2 Peringkat Awal
6.2.1 Pertandingan di jalankan secara liga dalam kumpulan.
Penentuan pembahagian liga kumpulan akan ditentukan oleh
Jawatankuasa Sukan & Teknikal Pengelola Sukan Bola Jaring PESAYA 11
tahun 2013.
6.2.2 Format pertandingan secara liga adalah seperti di Lampiran 1.
6.2.3 Pemberian mata adalah seperti berikut:
Menang - 3 mata
Seri - 1 mata
Kalah - 0 mata
6.2.4 Jika terdapat dua atau lebih pasukan memperolehi mata yang sama,
pemenang akan ditentukan seperti berikut:
a) Secara PURATA GOL, iaitu dengan membahagikan jumlah gol
yang dijaringkan dengan jumlah gol yang kena
4 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013
b) Jika Purata Gol masih seri, maka keputusan akan ditentukan
secara PERBEZAAN GOL iaitu jumlah gol yang dijaringkan tolak
jumlah gol yang kena.
c) Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaringkan gol
terbanyak akan diisytiharkan sebagai pemenang.
6.2.5 Hanya 2 pasukan dengan mata tertinggi bagi setiap kumpulan liga layak
ke peringkat kedua.
6.2.6 Jawatankuasa Sukan & Teknikal berhak mengubah bilangan pasukan bagi
setiap kumpulan liga yang layak ke peringkat kedua berdasarkan jumlah
bilangan penyertaan pasukan ke Kejohanan.
6.3 Peringkat Kedua (Separuh Akhir hingga Akhir)
6.3.1 Johan dan Naib Johan setiap kumpulan liga layak memasuki perlawanan
separuh akhir
6.3.2 Pertandingan Separuh Akhir adalah seperti berikut:
Johan Kumpulan A lwn Naib Johan Kumpulan B
Johan Kumpulan B lwn Naib Johan Kumpulan A
6.3.3 Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.
6.3.4 Jadual pertandingan dan ketetapan perlawanan adalah seperti di
Lampiran 2.
5 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013
6.3.5 Pasukan yang menang disetiap peringkat akan memasuki peringkat yang
seterusnya.
6.3.6 Pasukan yang kalah di peringkat separuh akhir akan bertanding untuk
tempat ketiga dan keempat.
6.3.7 Bagi pertandingan yang dijalankan secara kalah mati, jika keputusan
pertandingan berakhir dengan seri, maka keputusan pertandingan akan
ditentukan seperti berikut:
a) Apabila tamat masa pertandingan, pasukan akan diberi masa rehat
selama dua (2) minit.
b) Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian akan
dimainkan
c) Pasukan akan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan
semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah
berikutnya.
d) Pasukan bertukar Kawasan Gol diseparuh masa tanpa rehat
e) Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan, permainan akan
diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol.
6 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013
7) Bilangan Pegawai dan Peserta
7.1 Bilangan Pegawai dan Atlet bagi Kejohanan ini untuk satu pasukan adalah
14 orang yang terdiri daripada:
Pengurus Pasukan 1 orang
Jurulatih Pasukan 1 orang
Atlet / pemain 12 orang
7.2 Sekiranya, jurulatih atau / dan pengurus pasukan hendak bermain di dalam
pertandingan, maka nama jurulatih dan pengurus pasukan tersebut
hendaklah didaftarkan sebagai pemain di dalam senarai pemain. Namun pemain
mestilah mematuhi syarat pertandingan seperti yang termaktub di dalam
Peraturan Am PESAYA ke 11 tahun 2013.
7.3 Tidak Cukup Pemain
Pertandingan ini boleh di mulakan melainkan satu-satunya pasukan itu
menurunkan sekurang-kurangnya 5 orang pemain. Pasukan yang kurang dari 5
orang pemain dianggap kalah.
8) Jadual, Waktu dan Tempat Perlawanan
8.1 Jawatankuasa Sukan & Teknikal akan merangka jadual pertandingan. Jadual ini
akan diedarkan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian sekurang-
kurangnya empat belas (14) hari sebelum perlawanan di mulakan.
7 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013
8.2 Masa dan tempat perlawanan diserah kepada Jawatankuasa Sukan & Teknikal
dan akan diumumkan kepada setiap pasukan sejurus selepas jadual perlawanan
siap dirangka.
9) Pakaian dan Warna Jersi Pasukan
9.1 Pemain-pemain diwajibkan memakai bib mengikut Peraturan Gabungan
Persekutuan Bola Jaring Wanita Antarabangsa (IFNA)
9.2 Tiap-tiap pasukan dikehendaki membawa 2 set bib
9.3 Pemain-pemain hanya dibenarkan memakai seluar trek dan jersi secara
berpasukan sahaja.
9.4 Jika kedua-dua pasukan memakai bib yang sama warna, penentuan dibuat
secara lambungan duit.
10) Peraturan Pelawanan
10.1 Pertandingan akan di jalankan mengikut Peraturan Am Kejohanan PESAYA ke 11
tahun 2013 dan juga Undang-Undang Permainan yang digunapakai dan
berkuatkuasa sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga Persatuan-Persatuan
Bola Jaring Antarabangsa.
8 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013
10.2 Sekurang-kurangnya 30 minit sebelum bermulanya perlawanan, tiap-tiap
pasukan hendaklah mengemukakan nama tujuh (7) pemain dan tiga (3) pemain
simpanan serta posisi mereka di dalam borang yang di berikan oleh pengadil.
10.3 Setiap pasukan DIWAJIBKAN mendaftarkan minima sekurang-kurangnya seorang
pemain veteran (35 tahun dan ke atas).
10.4 Sekurang-kurangnya seorang pemain veteran mestilah bermain di dalam
pertandingan yang berlangsung pada setiap masa. Pemain veteran yang di
keluarkan perlu digantikan dengan pemain status yang sama.
10.5 Pemain berstatus veteran hendaklah memakai lilitan ‘identification band’ di
lengan kiri bajunya. Sekiranya pemain veteran ditukar, lilitan tangan perlulah
dipakai oleh pemain veteran yang menggantikan pemain veteran yang telah
ditukar.
10.6 Tiada had penukaran pemain TETAPI penukaran pemain hanyalah boleh dibuat
semasa masa rehat dan semasa kecederaan.
11) Masa Permainan
11.1 Pertandingan akan dijalankan selama 23 minit, iaitu 10 minit bagi tiap-tiap
separuh masa pertama dan kedua. Masa rehat adalah 3 minit.
11.2 Pasukan hendaklah bertukar gol selepas separuh masa permainan.
9 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013
11.3 Pemain tidak boleh meninggalkan padang sewaktu pertandingan berjalan atau
ketika waktu rehat atau ketika rehat antara cukup masa dengan masa tambahan
kecuali dengan kebenaran pengadil.
12) Perkara-perkara yang tidak dinyatakan
Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Permainan ini akan diputuskan
oleh Jawatankuasa Pengelola Kejohanan dan keputusannya adalah MUKTAMAD.
***********
10 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013
LAMPIRAN
Kejohanan Bola Jaring
Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia ke-11
(PESAYA ke-11 JOHOR 2013)
Kedudukan Kumpulan
KUMPULAN A
KUMPULAN B
A 1
PAHANG B 1 JOHOR
A 2
KEDAH B 2 SARAWAK
A 3
MELAKA B 3 PERAK
A 4
SABAH B 4 N. SEMBILAN
11 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013
LAMPIRAN 1
Kejohanan Bola Jaring
Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia ke-11
(PESAYA ke-11 JOHOR 2013)
Format perlawanan secara liga (pusingan awal)
Kumpulan A
Pahang Kedah Melaka Sabah Mata Kedudukan
Pahang
Kedah
Melaka
Sabah
Kumpulan B
Johor Sarawak Perak N.Sembilan Mata Kedudukan
Johor
Sarawak
Perak
N.Sembilan
12 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013
LAMPIRAN 2
Kejohanan Bola Jaring
Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia ke-11
(PESAYA ke-11 JOHOR 2013)
Format Perlawanan Peringkat Kedua (Separuh Akhir hingga Akhir)
SEPARUH AKHIR KE-3 DAN 4 AKHIR
Johan A
Naib Johan B
KE-3 & 4 AKHIR
Johan B
Naib Johan A
13 Peraturan Pertandingan Bola Jaring – PESAYA KE-11, JOHOR 2013
LAMPIRAN 2
Kejohanan Bola Jaring
Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia ke-11
(PESAYA ke-11 JOHOR 2013)
Cadangan tarikh dan jadual Kejohanan
Tarikh Masa No Perlwnn
Perlawanan Kump Padang Keputusan
10.2.13 8.00 pagi 1 Pahang x Kedah A 1
(Ahad) 8.40 pagi 2 Johor x Sarawak B 1
9.20 pagi 3 Melaka x Sabah A 1
10.00 pagi 4 Perak x N. Sembilan B 1
10.40 pagi 5 Pahang x Melaka A 1
11.20 pagi 6 Kedah x Sabah A 1
12.00 t/hari 7 Johor x Perak B 1
2.00 t/hari 8 Sarawak x N. Sembilan B 1
2.40 petang 9 Pahang x Sabah A 1
3.20 petang 10 Kedah x Melaka A 1
4.00 petang 11 Johor x N. Sembilan B 1
4.40 petang 12 Sarawak x Perak B 1
11.2.13 8.00 pagi 13 Johan A x Naib Johan B M 1
(Isnin) 8.40 pagi 14 Johan B x Naib Johan A N 1
9.20 pagi 15 Naib Johan M x Naib Johan N 3 / 4 1
10.00 pagi 16 Menang M x Menang N 1 / 2 1
Nota:
Jawatankuasa Sukan & Teknikal Pengelola Sukan Bola Jaring PESAYA 11 tahun 2013 berhak