Top Banner
1 KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1 Oleh: Dayang Hajah Noor Hira Binti Haji Noor Kaseh 2 1. Pendahuluan Islam merupakan agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada manusia dengan tujuan membawa manusia ke arah keharmonian dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Ia turun dengan ajaran yang lengkap, sempurna dan menyeluruh. Tidak ada satupun urusan hidup manusia yang ditinggalkan, termasuk urusan pembangunan. Dalam lslam, nilai agama bertunjangkan kepada tauhid dan bersendikan akidah dan syariah. Bagi penganut agama lslam, nilai yang dipegang adalah ajaran dan panduan dari al-Quran dan al-Sunnah. Sesungguhnya hanya agama lslamlah yang diterima di sisi Allah s.w.t., sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah lslam”. 3 Allah menciptakan manusia sebagai hamba dan sebagai khalifah di muka bumi ini. Semakin tinggi rasa atau perasaan kehambaan maka semakin layak seseorang hamba itu bergelar khalifah (penguasa, pentadbir dan pengatur) yang memakmurkan muka bumi ini dengan syariat Islam. Dengan syariat itu pula, pastinya akan menghasilkan kehidupan manusia bersifat harmoni, aman damai, bahagia dan sejahtera di dunia dan akhirat. Ini bererti, agama yang di dalamnya terdapat syariat daripada Tuhan adalah untuk keperluan mengharmonikan kehidupan manusia. Itulah agama Islam, yang membawa maksud selamat dan menyelamatkan. Ia juga membawa maksud hanya dengan lslam saja manusia akan hidup harmoni di dunia dan akhirat. Manakala bagi sesebuah negara yang mengamalkan syariat lslam, maka keadaan aman dan damai akan dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Disamping itu, negara yang mengamalkan perpaduan juga dapat 1 Kertas kerja ini dibentangkan pada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) ke 38, pada 28 30 Oktober 2013, di Pulau Langkawi, Malaysia. 2 Dayang Hajah Noor Hira binti Haji Noor Kaseh, Ph.D adalah Dekan & Pensyarah, Fakulti Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam 3 al-Qur’an, Ali Imran 2:19
22

KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

Jan 19, 2023

Download

Documents

Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

1

KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

Oleh:

Dayang Hajah Noor Hira Binti Haji Noor Kaseh 2

1. Pendahuluan

Islam merupakan agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t kepada manusia

dengan tujuan membawa manusia ke arah keharmonian dan kesejahteraan hidup di

dunia dan di akhirat. Ia turun dengan ajaran yang lengkap, sempurna dan menyeluruh.

Tidak ada satupun urusan hidup manusia yang ditinggalkan, termasuk urusan

pembangunan.

Dalam lslam, nilai agama bertunjangkan kepada tauhid dan bersendikan

akidah dan syariah. Bagi penganut agama lslam, nilai yang dipegang adalah ajaran

dan panduan dari al-Quran dan al-Sunnah. Sesungguhnya hanya agama lslamlah

yang diterima di sisi Allah s.w.t., sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud:

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah lslam”.3

Allah menciptakan manusia sebagai hamba dan sebagai khalifah di muka bumi

ini. Semakin tinggi rasa atau perasaan kehambaan maka semakin layak seseorang

hamba itu bergelar khalifah (penguasa, pentadbir dan pengatur) yang memakmurkan

muka bumi ini dengan syariat Islam. Dengan syariat itu pula, pastinya akan

menghasilkan kehidupan manusia bersifat harmoni, aman damai, bahagia dan

sejahtera di dunia dan akhirat. Ini bererti, agama yang di dalamnya terdapat syariat

daripada Tuhan adalah untuk keperluan mengharmonikan kehidupan manusia. Itulah

agama Islam, yang membawa maksud selamat dan menyelamatkan. Ia juga

membawa maksud hanya dengan lslam saja manusia akan hidup harmoni di dunia

dan akhirat.

Manakala bagi sesebuah negara yang mengamalkan syariat lslam, maka

keadaan aman dan damai akan dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan

rakyatnya. Disamping itu, negara yang mengamalkan perpaduan juga dapat

1 Kertas kerja ini dibentangkan pada Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) ke 38, pada

28 – 30 Oktober 2013, di Pulau Langkawi, Malaysia.

2 Dayang Hajah Noor Hira binti Haji Noor Kaseh, Ph.D adalah Dekan & Pensyarah, Fakulti

Syariah, Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam

3 al-Qur’an, Ali Imran 2:19

Page 2: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

2

mencapai kemajuan dengan mudah. Ini kerana perpaduan merupakan perkara yang

amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian sesebuah negara.

Dalam konteks, Negara Brunei Darussalam sebahagian besar penduduk dan

rakyatnya adalah beragama lslam. Maka nilai agama lslam telah berperanan dalam

membentuk masyarakat Brunei mencapai pembangunan umatnya hingga ke hari ini.

Maka kertas ini akan menjelaskan keharmonian dan pembangunan ummah dalam

lslam secara ringkas, dan selepas itu penjelasan difokuskan kepada realiti

keharmonian yang membawa kepada pembangunan ummah di Negara Brunei

Darussalam dan cabaran-cabarannya untuk dikongsi demi keunggulan dan ketinggian

lslam di nusantara ini.

2. Keharmonian Dalam Islam

Perkataan harmoni menurut Kamus Dewan mempunyai beberapa pengertian,

antaranya bermaksud selaras, sesuai dan sepadan. Ia juga bermaksud menunjukkan

persesuaian, persetujuan pendapat dan mesra, keselarasan dan kesesuaian (nada,

rupa dan sebagainya) dan kemesraan dan kesesuaian (sikap, pendirian dan

sebagainya). Manakala keharmonian pula bermaksud keadaan harmoni (selaras,

sesuai, sepadan dan mesra) keselarasan, kesesuaian dan kemesraan, sebagai

contoh, keharmonian perhubungan antara kedua-dua negara, menikmati

keharmonian hidup di desa, dan keharmonian rumah tangga.

Menurut penulis, keharmonian yang dimaksudkan dalam penulisan ini ialah

kemesraan, kasih sayang, belas kasihan, kesesuaian, bertoleransi dan menghormati

antara satu sama lain.

Mengimbau kembali detik peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w, jelas menunjukkan

bahawa baginda meletakkan asas pertama untuk membina akal dan jiwa masyarakat

Madinah ialah dengan pembinaan Masjid Quba’. Pembinaan masjid ini menjadi asas

kepada perpaduan masyarakat di Madinah pada ketika itu yang dianggotai oleh orang

lslam dan bukan lslam. Intipati dalam peristiwa ini juga, dapat dilihat sebagai

penyelesaian utama kepada isu pembangunan masyarakat atau ummah.

Menerusi peristiwa hijrah juga, dapat diambil beberapa noktah penting dan

pengajaran untuk diaplikasikan oleh umat lslam dalam menghayati kehidupan

bermasyarakat dan bernegara, antaranya; Pertama: Mengikis sifat mazmumah

diperingkat individu seperti hasad dengki, tamak haloba dan bermusuh-musuhan, dan

digantikan dengan sifat mahmudah yang dianjurkan oleh lslam. Kedua: Pembentukan

keluarga muslim yang menghasilkan kebahagiaan, ketenangan dan kasih sayang

seterusnya melahirkan generasi yang soleh dan solehah yang menjadi khalifah di

muka bumi ini. Ketiga: Merealisasikan hubungan intim/utuh sesama masyarakat, jiran

tetangga, rakan taulan, pemimpin dan rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi

Muhammad s.a.w. ketika mengasaskan Negara lslam pertama di Madinah. Keempat:

Page 3: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

3

Memastikan sistem ekonomi menepati piawaian syarak yang selamat daripada unsur

riba, khianat, rasuah dan penipuan.

Sejarah juga membuktikan kejayaan Rasulullah s.a.w. membina sebuah

negara lslam sekalipun masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan

kepercayaan. Agama lslam terbukti sebagai agama yang menitikberatkan soal

perpaduan dan kesejahteraan.

Di Madinah, masyarakat Islam, Yahudi dan Kristian hidup dengan aman damai

di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w.. Melalui piagam Madinah yang

diperkenalkan, jelas terbukti dapat menyatupadukan dan seterusnya

mengharmonikan masyarakat Madinah yang berbilang puak dan kaum itu. Perkara ini

selaras dengan anjuran al-Qur’an supaya memberi perlindungan dan layanan baik

kepada ahli Dzimmi. Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8:

الذين ل

ه عن ٱل

هم ٱلل

ينهاك

هيهم إنه ٱلل

إل

وا

قسط

وهم وت بر

ن ت

م أ

ن ديارك

م م رجوك

م يخ

ين ول

م في ٱلد وك

اتل

م يق

قسطين يحب ٱل

Maksudnya:

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil”.

Menurut ayat di atas, orang Islam dikehendaki mengadakan hubungan mesra dan baik dengan ahli Dzimmi serta bersikap adil selagi mereka tidak menentang dan menindas orang Islam atau menghalang penyebaran Islam.

Secara ringkasnya, Piagam itu mencatatkan hak dan tanggungjawab

pemerintah dengan golongan yang diperintah, tanggungjawab orang lslam dengan

sesama lslam, orang lslam dengan orang bukan lslam, tanggungjawab terhadap

Negara Madinah, dan hak-hak orang bukan lslam.

Piagam Madinah juga telah menentukan kebebasan akidah, kebebasan

berfikir, kesucian kota Madinah, keselamatan nyawa dan harta benda anggota-

anggotanya serta pencegahan terhadap perkara-perkara mungkar seperti mencuri,

melakukan kezaliman, membunuh dan seumpamanya.

3. Pembangunan Ummah Dalam Islam

Pembangunan ialah perihal dan proses membangun untuk mencapai

kemajuan, perkembangan dan sebagainya. Ia juga bermaksud suatu usaha atau

kegiatan untuk memajukan dan mengembangkan. Maka pembangunan ummah itu

merujuk kepada perubahan daripada satu keadaan kepada satu keadaan yang lebih

Page 4: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

4

baik di dalam kehidupan (peningkatan kualiti hidup dan pembaharuan dalam

kemajuan hidup).

Hal ini bertepatan dengan anjuran al-Qur’an supaya umat manusia berusaha

mencari kelebihan akhirat, pada masa yang sama tidak melupakan kenikmatan yang

ada di dunia. Islam menyeru umatnya berbuat baik kepada sekalian makhluk dan

melarang berbuat kerosakan di muka bumi. Allah Ta’ala berfirman;4

ار ٱآلخ ٱلدهه

اك ٱلل وٱبتغ فيمآ آت

يك وال

إل

هحسن ٱلل

مآ أ

حسن ك

نيا وأ صيبك من ٱلد

نس ن

ت وال

رة

فسدين ) يحب ٱل

ال

هرض إنه ٱلل

فساد في ٱأل

بغ ٱل

(٧٧ت

Maksudnya:

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan)

negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan)

duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat

baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi.

Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan”

Merujuk kepada ayat di atas, bererti, Islam tidak menghalang umatnya untuk

mengejar pembangunan asalkan cara untuk mencapai, mengurus dan mentadbir tidak

melampaui batas-batas syarak yang dibenarkan.

lslam melihat pembangunan itu sebagai sesuatu yang meliputi aspek jasmani

(fizikal) dan rohani (spiritual). Ini kerana manusia dijadikan daripada dua unsur iaitu

jasad dan roh sebagaimana Allah berfirman:5

ه وبدأ

قليء خ

له ش

حسن ك

ذي أ

هسان من طين )ٱل

ق ٱإلن

لآء ٧خ ن مه

ة م له من سال

سل

مه جعل ن

( ث

هين ) رون ٨مهك

ش

ا ت مه

ليال

ق

ئدة

فبصار وٱأل

مع وٱأل م ٱلسه

كوحه وجعل ل فخ فيه من ر

اه ون مه سوه

( ث

(٩)

Maksudnya:

“Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakan-Nya

kejadian manusia berasal dari tanah. Kemudian la menjadikan keturunan manusia itu

dari sejenis pati, iaitu air (benih), yang sedikit dipandang orang. Kemudian la

menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya roh ciptaanNya. Dan la

4 al-Qur’an al-Qashash 28:77

5 al-Qur’an, al-Sajdah 32:7-9

Page 5: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

5

mengurniakan kepada kamu pendengaraan dan penglihatan serta (akal fikiran),

(supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur”.

Aspek pembangunan jasmani adalah merujuk kepada fizikal yang diperlukan

oleh jasad manusia seperti tempat tinggal, kesihatan, pengangkutan dan sebagainya.

Manakala pembangunan aspek rohani pula merangkumi pembangunan mental, jiwa,

emosi dan sikap dalaman manusia.

Hakikatnya, manusia merupakan agen pembangunan yang utama di muka

bumi ini. Berjayanya atau tidak sesuatu pembangunan itu adalah bergantung kepada

manusia itu sendiri.

Menurut Mufti Negeri Selangor,6 di antara faktor hirarki dalam pembangunan

masyarakat adalah bertitik tolak dari pembangunan individu – keluarga. Keluarga

lslam mestilah dibangunkan dengan nilai tauhid / akidah, model teladan (uswah

hasanah) dan kekuatan ilmu supaya tunjangan tauhid mampu membina tasawwur

yang sempurna, model teladan menjadi penyuluh kehidupan dan kekuatan ilmu

mengaturkan kehidupan berasaskan syariat yang akhirnya membentuk tamadun yang

berintegriti.

Tidak dinafikan, institusi keluarga adalah satu unit sosial terkecil dalam

masyarakat. Walaupun kecil, tetapi ia memainkan peranan penting dalam menjamin

kesejahteraan sesebuah masyarakat. Jika baik institusi keluarganya, maka akan

baiklah keseluruhan masyarakat tersebut dan sebaliknya. Ini bermaksud keharmonian

hidup di dalam institusi keluarga merupakan pola masyarakat yang tidak boleh

diabaikan. Ia merupakan akar umbi yang sangat penting dalam menunjangi hidup

bermasyarakat. Goyah institusi keluarga bermakna goyahlah masyarakat. Bila

masyarakat goyah sudah setentunya hidup berbangsa dan bernegara akan tergugat.7

Oleh itu, pembangunan yang dicipta sewajarnya mendatangkan kemakmuran,

keselesaan dan kesejahteraan kepada manusia mahupun makhluk lain, bukan

pembangunan yang menimbulkan kerosakan dan kebinasaan. Dengan kata lain,

hendaklah pembangunan itu tidak membahayakan manusia dan makhluk yang lain

sama ada di daratan, lautan dan udara. Perkara ini telah dinyatakan dalam al-Qur’an:8

6 S.S. Dato’ Setia Hj Mohd Tamyees bin Abd Wahid, Konsep Kekeluargaan Islam Sebagai

Teras Pembangunan Masyarakat Hadhari, dalam Prosiding Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah &

Seminar Selangor Maju: Peneraju Pembangunan Sosial Berteraskan Islam, anjuran Kerajaan Negeri

Selangor & IKIM dan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Selangor, pada 2 & 3 Disember 2005, di Dewan

Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, hlm 61.

7 Keluarga Bahagia Asas Memperkasa Bangsa, Majalah al-Hadaf, Terbitan Jabatan Mufti

Kerajaan, Negara Brunei Darussalam, Keluaran Tahun 6 Bilangan 1, Januari-Mac 2002, hlm 1

8 al-Qur’an, al-Rum 30:41

Page 6: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

6

هم هعل

لوا

ذي عمل

ههم بعض ٱل

اس ليذيق يدي ٱلنه

سبت أ

بحر بما ك

وٱل

بر فساد في ٱل

هر ٱل

ظ

(١٤يرجعون )

Maksudnya:

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan

manusia supaya Allah merasakan kepada manusia sebahagian dari (akibat)

perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”.

4. Keharmonian Dan Pembangunan Ummah Di Negara Brunei Darussalam

Islam adalah agama rasmi bagi Negara Brunei Darussalam. Perkara ini

dinyatakan dalam Perlembagaan yang menyebutkan;

Agama rasmi bagi Negara Brunei Darussalam adalah agama lslam; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan sempurna oleh mereka yang mengamalkannya.9

Pengisytiharaan ini selaras dengan firman Alllah s.w.t dalam surah Ali Imran

ayat 19:

من بعد هكتاب إال

ٱل

وا

وت

ذين أ

ه ٱل

ف

تل

م وما ٱخ

ٱإلسال

هين عند ٱلل

ٱلد يام بغ

عل

ما جآءهم ٱل

حساب ) سريع ٱل

هإنه ٱلل

ف

هفر بآيات ٱلل

(٤٩بينهم ومن يك

Maksudnya:

“Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Alllah ialah lslam”

Sejak lslamnya raja Brunei pertama iaitu Awang Alak Betatar yang dikenali

dengan nama Sultan Muhammad Shah, diikuti dengan usaha sultan-sultan

selepasnya, lslam terus berkembang dengan pesat dan harmoni di Negara Brunei

Darussalam.

Perkembangan dan pengukuhan asas-asas dan dasar-dasar lslam diperluas

dan diperkuat lagi di zaman al-marhum Sultan Omar Ali Saifuddien, Sultan Brunei ke

28. Prinsip dan ideologi ini diteruskan dan disebarluaskan serta dimantapkan lagi di

bawah pimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji

Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan Brunei ke 29 yang memerintah

hingga sekarang.

9 Perkara 3 (1) Perlembagaan Negara Brunei Darussalam, Bahagian ll Ugama dan Adat

Istiadat, hlm 48

Page 7: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

7

Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara kecil dan penduduknya juga

bersaiz kecil. Namun, sejak zaman berzaman, Brunei tidak pernah berlepas tangan

dalam perjuangan demi menegakkan, memartabatkan dan mendaulatkan lslam

sepertimana yang diamanahkan oleh Allah s.w.t.. Berdasarkan banci penduduk tahun

2011, keramaian penduduk Negara Brunei Darussalam ialah 393,372 orang.

Manakala keramaian penganut agama lslam sekitar 78.8%, penganut agama Kristian

8.7%, penganut agama Buddha 7.8% dan penganut-penganut lain termasuk tidak

beragama 4.7%.

Dalam hal amalan beragama di Negara Brunei Darussalam, orang bukan lslam

tidak berasa terpinggir dan diketepikan. Peruntukan dalam Perlembagaan

memberikan mereka kebebasan dan jaminan untuk mengamalkan agama masing-

masing sekalipun agama lslam adalah agama rasmi negara. Kebebasan seumpama

ini mewujudkan keharmonian dalam masyarakat Brunei sejak sebelum merdeka lagi.

Keharmonian ini seharusnya dipelihara dan dipupuk sepanjang masa serta

dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Dalam pada itu Rasulullah s.a.w. mengajak umatnya supaya tidak berlaku

zalim dan tidak mengurangi hak-hak ahli Dzimmi. Baginda bersabda;

فس ير طيب ن

يئا بغ

ه ش من

ذخ

و ا

ته ا

قوق طا

فه ف

هلو ك

صه ا

و انتق

م معاهدا ا

ل من ظ

ال ا

ف

ناا

٤0حجيجه

Maksudnya:

"Siapa yang menzalimi seorang mu'ahid (ahlu dzimmah), atau mengurangi haknya,

atau membebaninya di atas kemampuannya, atau mengambil darinya sesuatu di luar

haknya, maka akulah menjadi lawannya"

Kebebasan beragama itu terbukti dengan adanya beberapa buah tempat-

tempat ibadat orang bukan lslam yang sedia ada, masih dikekalkan. Namun

pembesaran, penambahan dan pembinaan tempat-tempat ibadat yang baru tidak

dibenarkan.

Begitu juga Kerajaan memberikan kebebasan agama-agama lain meraikan

hari-hari kebesaran agama mereka seperti hari natal/krismas, tahun baru Masihi dan

tahun baru cina. Bagi sama-sama menghormati antara orang lslam dan orang bukan

lslam juga, mereka diberikan cuti khas dan cuti tersebut termasuk dalam hari-hari

kelepasan awam negara.

10 Hadis riwayat Abu Daud, kitab al-kharraj, wa al-Fayy wa al-Imarat, bab fi Ta’syir ahl al-

dzimmah iza ikhtalafu bi al-Tijarat, hadis no 3052

Page 8: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

8

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan

Yang Di-Pertuan juga telah menetapkan waktu-waktu bekerja bagi kementerian-

kementerian dan jabatan-jabatan kerajaan sepanjang bulan Ramadhan iaitu hari lsnin

hingga Khamis dan Sabtu pada jam 8 pagi hingga 2 petang. Penetapan waktu ini

termasuk bagi pegawai-pegawai yang bukan beragama lslam.

Dari aspek pendidikan pula, kerajaan memberi kebenaran bagi pembinaan

sekolah-sekolah Misi dan Cina. Pelajar-pelajar sekolah tersebut terdiri daripada

orang-orang lslam dan bukan lslam sama ada penduduk tempatan atau luar negeri.

Manakala kurikulum sekolah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan dan mata

pelajaran Pengetahuan Agama lslam (IRK) dikehendaki diajarkan kepada semua

pelajar sama ada pelajar lslam mahupun bukan lslam.

Bagi sama-sama menikmati kemudahan-kemudahan biasiswa dan

dermasiswa kerajaan pula, pelajar-pelajar tempatan yang bukan beragama Islam,

juga diberikan kemudahan tersebut untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di

dalam mahupun luar negeri.

Dari segi kemudahan memiliki rumah, rakyat Brunei yang tidak memiliki tanah

diberi kemudahan untuk mendapatkan skim-skim perumahan bagi memiliki rumah

tanpa mengira anutan agamanya. Kerajaan membina rumah-rumah berkenaan dan

diberikan kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah serta dibayar pada setiap bulan

dengan harga subsidi.

Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga memberikan status kerakyatan

kepada puak-puak tempatan dan luar negeri tanpa mengira status agama masing-

masing asalkan saja memenuhi kriteria dan persyaratan yang ditetapkan.

Dari sudut perekonomian pula, masyarakat bukan lslam digalakkan untuk

sama-sama memaju dan meningkatkan ekonomi negara dengan diberikan lesen-

lesen perniagaan. Kenyataannya, masyarakat bukan lslam lebih ramai berkecimpung

dalam pelbagai perniagaan. Disamping itu, restoran-restoran yang dipunyai oleh

orang bukan lslam juga dialu-alukan untuk mendapatkan label atau sijil halal. Hasilnya

beberapa buah restoran berkenaan telah diberikan label atau sijil halal.

Dalam menjaga keamanan negara, setiap warga negara dengan tidak mengira

agama dan keturunan adalah mempunyai tanggungjawab dan berkewajipan menjaga

dan memelihara keamanan dan keharmonian serta mempertahankan hidup

bernegara dan bermasyarakat daripada anasir-anasir jahat yang ingin merosakkan

keamanan dan memecahbelahkan kehidupan sejahtera di Negara Brunei

Darussalam.

Pada dasarnya, sumber kekuatan dan kemantapan agama lslam di Negara

Brunei Darussalam serta kecemerlangannya itu adalah hasil pemerintahan

berasaskan dan berdasarkan lima prinsip utama iaitu memelihara agama, memelihara

Page 9: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

9

diri atau jiwa, memelihara akal, memelihara keturunan dan memelihara harta. Lima

maslahat inilah yang menjadi asas dan dasar kerajaan dalam menjalankan

pentadbiran negara melalui kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan bagi

membentuk sebuah Negara Melayu Islam Beraja dan Negara Zikir.11

Berdasarkan usaha dan kecenderungan ulil amri itu terbukti lslam bukan sahaja

telah mendapat tempat dalam dasar pentadbiran negara malahan semua arah tuju

dasar negara dan pembangunannya dipandu dengan nilai-nilai lslam.

Maka pembangunan ummah di Negara Brunei Darussalam kini jelas terbukti

jika dibandingkan perkembangannya sekarang dengan perkembangan lslam di awal

pertumbuhannya hingga di awal kemerdekaan negara. Ini dapat dilihat dari beberapa

aspek seperti berikut;

4.1 Aspek Agama

Perlembagaan Negara memperuntukkan lslam sebagai agama rasmi bagi

Negara Brunei Darussalam. Manakala agama-agama lain diberikan kebebasan

mengamalkan agama mereka dengan aman dan sempurna. Perkara 3 (1)

Perlembagaan Negara Brunei Darussalam memperuntukkan bahawa agama rasmi

bagi Negara Brunei Darussalam adalah agama lslam. Tetapi agama-agama lain boleh

diamalkan dengan aman dan sempurna oleh mereka yang mengamalkannya.

lslam sebagai agama rasmi negara yang dinyatakan itu adalah tidak boleh

disangkal lagi, bahkan ia merupakan satu kenyataan yang diakui oleh perlembagaan

dan undang-undang. Ini bererti, agama lslam di Negara Brunei Darussalam dalam

perlaksanaannya tidak dicampuri oleh mana-mana kuasa luar bahkan ia merupakan

satu perkara yang merdeka dan berdaulat.

Begitulah, lslam mendapat tempat dan kedudukan yang tertinggi di Negara

Brunei Darussalam dan akidah umat lslam dipelihara dan dilindungi di bawah

perlembagaan dan undang-undang dari terjebak kepada dakyah agama-agama lain.

4.2 Aspek Undang-Undang Islam

“Hukum Kanun Brunei” adalah salah satu panduan bagi pemerintahan tradisi

kesultanan melayu Brunei. Sejak Negara Brunei Darussalam dinaungi British tahun

11 Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam semasa pemasyhoran kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1

Januari 1984.

Page 10: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

10

1906 hingga wujudnya Perlembagaan Brunei 1959, ada empat buah undang-undang

mengenai pentadbiran agama lslam diperkenalkan di Brunei iaitu;12

i. Muhammadan Law Tahun 1912. Undang-undang ini berkuatkuasa

pada 1 Julai 1912 dan mengandungi 18 bab.

ii. Muhammadan Marriage and Divorce 1913. Undang-undang ini

memperuntukkan bagi pendaftaran perkahwinan dan perceraian orang-

orang lslam. Ia mengandungi 7 bab dan berkuatkuasa pada 1 Ogos

1913.

iii. Court Enactment 1951. Ia berkuatkuasa mulai 1 Mei 1952. Undang-

undang ini bertujuan meminda undang-undang lama yang berhubung

dengan penubuhan dan kuasa-kuasa mahkamah awam dan jenayah.

Undang-undang ini mengandungi 6 bahagian, antaranya Bahagian III

mengenai Mahkamah-Mahkamah Kadi (Bab 13-18).

iv. Undang-Undang Majlis Ugama dan Mahkamah-Mahkamah Kadi Tahun

1955 iaitu Undang-Undang No. 20 Tahun 1955. Ia berkuatkuasa pada

1 Februari 1956. Undang-undang ini diperkenalkan untuk menyatukan

undang-undang mengenai Majlis Ugama Islam, Mahkamah-mahkamah

Kadi, perlembagaan dan peraturan pihak-pihak berkuasa agama dan

peraturan-peraturan hal ehwal agama yang sebelum ini diperkenalkan

secara berasingan. Sekarang undang-undang ini dikenali sebagai “Akta

Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi, Penggal 77

Pindaan 1984”.

Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkmah Kadi Penggal 77 sehingga

kini masih berjalan dan berkuatkuasa hingga sekarang.

4.2.1 Mengislamisasikan Undang-Undang

Salah satu langkah yang paling besar menuju ke arah perlaksanaan lslam

sebagai falsafah negara ialah menjalankan usaha-usaha bagi mengislamkan undang-

undang (Law of Brunei).

Bagi menangani usaha tersebut, Jawatankuasa Mensesuaikan Undang-

Undang Dengan Kehendak Ugama Islam telah ditubuhkan pada tahun 1979. Menurut

Mantan Menteri Hal Ehwal Ugama, Negara Brunei Darussalam, Undang-undang

Brunei yang terkumpul dalam 10 jilid dan mengandungi 150 penggal ketika itu, telah

12 Awang Haji Mazanan bin Haji Yusof, Perkembangan Islam Di Nusantara, dalam kertas kerja

bertajuk: Islam Di Brunei: Impaknya Terhadap Adat Istiadat, Terbitan UPENA, Universiti Teknologi

MARA, Shah Alam, Selangor, 2006, hlm 32-33

Page 11: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

11

diteliti dan disemak dan didapati hampir 100 penggal daripadanya tidak memerlukan

pindaan kerana tidak bertentangan dengan kehendak lslam.13

Sehingga kini Majlis Ugama Islam dan Kementerian Hal Ehwal Ugama serta

Jawatankuasa berkenaan masih dan sedang meneliti undang-undang yang ada dan

meneliti terhadap rang undang-undang yang memerlukan pindaan supaya ianya

bersesuaian dengan kehendak ajaran lslam.

4.2.2 Kanun Hukuman Jenayah Syariah

Usaha-usaha ke arah melaksanakan undang-undang berpandukan ajaran

lslam ini terus dilaksanakan dari masa ke semasa. Ini terbukti apabila “Perintah Kanun

Hukuman Jenayah Syariah” diperkenalkan, namun penguatkuasaan Perintah ini

belum dilaksanakan. Perintah ini telah diperkenankan oleh Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Paduka Seri Baginda Sultan sebagaimana titah baginda;

“Bersukut dengan 66 tahun keputeraan beta ini, dengan segala kesyukuraan,

yang akan melepaskan kita semua terutama Raja, dari dituntut oleh Allah

Ta’ala pada Hari Kandila kelak, maka beta dengan Nama Allah Yang Maha

Pengasih lagi Maha Pemurah, setelah meneliti dan mendapat nasihat daripada

badan yang berkenaan, sukacita memaklumkann bahawa beta telah

memperkenankan Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah untuk

dilaksanakan di negara ini, namun dalam pada itu, peruntukan sivil atau ta’zir

atau seakan-akan ta’zir akan terus juga diguna pakai mengikut keperluan”14

4.3 Aspek Pendidikan Agama

Bagi mendidik, memahami dan mengamalkan ajaran lslam dengan keimanan

kepada Allah serta membentuk budi pekerti kanak-kanak supaya menjadi rakyat yang

tinggi dan sempurna akhlaknya berdasarkan ajaran lslam yang suci, maka

persekolahan agama diwujudkan dalam sekitar tahun 50an.

Dalam tahun 60an pula, sekolah-sekolah menengah Arab didirikan. Lulusan

sekolah-sekolah ini menerima Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) dan Sijil Tinggi

Pelajaran Ugama Brunei (STPUB). Pemegang STPUB berkelayakan untuk

melanjutkan pelajaran di Tahun 1 Universiti al-Azhar atau universiti-universiti yang

diiktiraf bagi mendapatkan ijazah pertama.

13 Awang Haji Md. Zain bin Haji Serudin (YB, Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato Seri

Utama Dr Ustaz), Melayu Islam Beraja Suatu Pendekatan, Terbitan Dewan Bahasa & Pustaka, Negara

Brunei Darussalam, 1998, hlm 235

14 Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan

Negara Brunei Darussalam sempena hari keputeraan baginda ke 66 tahun pada 15 Julai 2012

Page 12: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

12

Dalam tahun 70an, Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan didirikan bagi

tujuan melatih dan mengadakan guru-guru agama yang berkelayakan dan terlatih bagi

mengajar mata pelajaran agama di sekolah-sekolah.

Pada zaman selepas kemerdekaan pula, tahun 1988 Institut Pengajian Islam

(IPI) didirikan. IPI didirikan sebagai saluran utama pelajar-pelajar aliran agama/Arab

meneruskan pengajian ke peringkat tinggi. Pengajian di IPI ini menggunakan bahasa

Arab sepenuhnya dan lulusannya (tiga tahun pengajian) diiktiraf mendapat Diploma

Pengajian Islam yang layak memasuki tahun akhir di Universiti al-Azhar, Mesir.

Usaha untuk mengadakan pusat pengajian tinggi lslam di Negara Brunei

Darussalam telah bermula dengan penubuhan Institut Pengajian Islam (IPI) di bawah

pengurusan / pentadbiran Kementerian Hal Ehwal Ugama pada tahun 1988, dan

penubuhan Fakulti Pengajian Islam di Universiti Brunei Darussalam (UBD) pada tahun

1993. Kedua-dua institusi pengajian tinggi tersebut kemudian dicantumkan pada

tahun 1999 dan dikenali dengan nama Institut Pengajian Islam Sultan Haji Omar Ali

Saifuddien (IPISHOAS) di bawah tadbir selia UBD.

Memandangkan adanya keperluan dan keinginan untuk melihat terdirinya

sebuah universiti lslam di Negara Brunei Darussalam sepenuhnya, maka lPISHOAS

telah dijadikan asas bagi penubuhan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Maka

UNISSA telah ditubuhkan pada 1 Januari 2007.

Pada 20 Januari 2007 pula, Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan telah

diisytiharkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia bagi penaikan taraf kepada Kolej

Universiti dengan hasrat menjadi sebuah institusi agama yang unggul, menjadi

kebanggaan Negara serta melambangkan mercu tanda keislaman yang unik dengan

memartabatkan pengajian perguruan agama.

Bagi menunaikan dan melaksanakan salah satu daripada tuntutan Fardhu

Kifayah, dan menambah / melahirkan para hafiz al-Quran di Negara Brunei

Darussalam, Institut Tahfiz al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB)

ditubuhkan pada 08 Rejab 1413H bersamaan dengan 01 Januari 1993M dan

diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan.

Pada 28 Syawal 1432H bersamaan dengan 02 Januari 2003M, Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei

Darussalam telah memperkenankan supaya ITQSHHB ditadbirkan oleh Yayasan

Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Manakala pada 30 Zulkaedah 1426H bersamaan

dengan 01 Januari 2006M sehingga sekarang, ITQSHHB dikendalikan dan diuruskan

oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan mencantumkan ke dalamnya semua

program dan skim Pusat Pengajian dan Penyebaran al-Quran MABIMS, supaya

berperanan lebih tepat dengan keperluan professional dari segi pengajian al-Quran

disamping melahirkan rakyat yang hafaz al-Quran.

Page 13: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

13

Keazaman kerajaan lebih menonjol dan terserlah lagi apabila Perintah

Pendidikan Ugama Wajib 2012 diperkenalkan. Ini bererti, di masa akan datang tidak

ada lagi kanak-kanak lslam di Negara Brunei Darussalam ini yang akan tercicir dari

memahami dan mengetahui ilmu asas pendidikan lslam. Tidak akan ada lagi orang

yang tidak pandai sembahyang dan membaca al-Qur’an. Maka dengan kemahuan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia sendiri, satu undang-undang khas telah digubal yang

dikenali sebagai “Perintah Pendidikan Ugama Wajib 2012” sebagaimana di atas.

Menurut Perintah berkenaan kanak-kanak lslam yang berumur 7 tahun atau

yang belum lagi mencapai 15 tahun wajib didaftarkan untuk bersekolah agama.

Perintah itu memperuntukkan;

“5. (1) Tiap-tiap ibu bapa hendaklah, jika anaknya adalah seorang kanak-

kanak yang berumur wajib bersekolah agama pada satu haribulan Januari

dalam tahun bersekolah semasa, memastikan bahawa anaknya itu didaftarkan

sebagai seorang murid di sebuah sekolah agama pada tahun itu dan terus

menjadi seorang murid bagi tempoh pendidikan agama wajib”

(2) Ibu bapa yang melanggar ceraian (1) adalah melakukan suatu

kesalahan.

Menurut Menteri Hal Ehwal Ugama,15 Perintah itu merupakan satu kejayaan

besar yang telah dicapai oleh negara ini dalam sejarah pendidikan agama sejak

persekolahan agama secara bersistem ditubuhkan pada tahun 1956. Dengan

penguatkuasaan Perintah ini sekolah-sekolah swasta turut mendukung dan

mengambil inisiatif sendiri menyediakan kelas-kelas agama di sekolah masing-masing

bagi memenuhi keperluan pelajar yang beragama lslam. Ternyata landasan ini telah

dapat menyediakan semaian yang indah dan subur untuk umat lslam dan seluruh

penduduk di negara ini di mana masyarakat lslam dan bukan lslam dapat hidup dalam

aman, bersatu padu dan saling bertautan (harmoni) antara rakyat dengan pemimpin,

dan pemimpin dengan rakyat.

Begitu juga bagi persekolahan semasa, kanak-kanak yang berumur 6 tahun

atau yang belum mencapai umur 15 tahun, wajib didaftarkan untuk bersekolah

berdasarkan peruntukan di bawah Perintah Wajib Sekolah Tahun 2007 (Compulsory

Education Order 2007).

Hasil daripada sistem persekolahan agama, bermula daripada peringkat

rendah hingga ke peringkat universiti, sumbangannya kepada Negara Brunei

Darussalam dalam bidang agama lslam amat terserlah sehingga bersemarak ajaran

dan syiar lslam di Brunei dan bertambah teguhnya keimanan dan amalan beragama.

15 Yang Berhormat, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abd

Rahman, ketika mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Ugama Tanjong Maya, Daerah Tutong pada

12 Januari 2013

Page 14: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

14

Ini bermaksud, sumbangan yang amat besar ialah mewujudkan suasana aman

tenteram dan harmoni sehingga mantap kehidupan beragama.

4.4 Aspek Kemasyarakatan & Sosial

Masyarakat Brunei dikenali dengan masyarakat yang kuat dengan amalan

beragama. Bersabit daripada itu, semua aspek kehidupan masyarakat akan

melambangkan dan bercirikan keagamaan. Oleh itu, kerajaan dan masyarakat tidak

akan membelakangkan agama dalam apa juga aktiviti yang menjurus kepada hal

ehwal kemasyarakatan. Perkara-perkara yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut;

4.4.1 Penutupan Semua Premis Perniagaan Ketika Sembahyang Jumaat;

Hasrat Raja untuk menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah

Negara Zikir dan mengutamakan aspek-aspek keagamaan dan amalan beragama,

maka Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan

Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Kementerian Hal Ehwal Dalam

Negeri, telah mengeluarkan arahan supaya semua premis perniagaan dan pejabat,

pusat-pusat rekreasi dan sukan, termasuk pawagam dan padang permainan,

gerai/tamu, pasar dan gedung-gedung perniagaan di bawah kawalan Jabatan-

Jabatan Daerah dan Lembaga Bandaran hendaklah ditutup pada setiap hari Jumaat

mulai jam 12.00 tengah hari hingga jam 2 petang. Arahan penutupan ini berkuatkuasa

mulai hari Jumaat 2 November 2012.

4.4.2 Permohonan Mendirikan Kelab Malam;

Permohonan bagi mendirikan kelab malam telah dibuat dalam tahun 1967.

Ketika itu, Jabatan Hal Ehwal Ugama telah dipohonkan pandangan daripada

Lembaga Bandaran mengenai permohonan berkenaan. Berdasarkan Fatwa Mufti

Kerajaan, permohonan tersebut tidak dipertimbangkan sebagaimana Fatwa Mufti

Kerajaan menyebutkan;

“Oleh kerana negeri ini lslam dan hampir-hampir semua penduduknya lslam

dan dalam Undang-Undang Agama No. 20 1955 pun menegah pelacur dan

merogol, arak dan seumpamanya dari umat lslam, dan tugas Jabatan Agama

pun menahan maksiat dan keruntuhan akhlak dan menguat dan meninggikan

lslam, maka wajiblah Jabatan Agama menahan dengan kuatnya apa jua yang

melawan dan menentang dan memperolokan Jabatan Agama dan tugasnya

(amr makruf dan nahy mungkar) ialah kewajipan raja dan wakil raja dan tiap-

tiap orang lslam mengikut kedudukannya masing-masing”

Alhamdulillah, sehingga kini, kelab malam tidak pernah wujud di Negara Brunei

Darussalam. Begitu juga dengan rumah-rumah atau kedai-kedai judi.

Page 15: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

15

4.4.3 Pengharaman Arak

Tindakan kerajaan dalam membenteras minuman yang memabukkan seperti

arak, telah mengharmonikan masyarakat ke arah hidup yang lebih lslamik. Tindakan

yang dimaksudkan ialah pengharaman arak di Negara Brunei Darussalam.

Sebagai Negara yang berfalsafahkan Melayu Islam Beraja, kerajaan telah

mengharamkan kemasukan dan penjualan arak di Negara Brunei. Langkah ini adalah

langkah bijak dan wajib disyukuri di atas kebijaksanaan kerajaan yang telah

mengambil langkah untuk mencegah kemasukan semua jenis minuman keras (arak)

dan mengharamkan semua urusan niaga berkaitan arak sama ada menjual,

mengedar, mempamerkan dan menghidangkan arak. Begitu juga pengharaman zon

khas jual beli arak bagi pelancong bukan lslam di Negara Brunei.

Walau bagaimanapun, pengharaman arak tersebut dibuat secara berperingkat-

peringkat;

i. Pengharamannya dalam majlis-majlis jamuan rasmi;

ii. Pengharaman menghidangkannya dalam pesawat Penerbangan Diraja

Brunei bermula 30 November 1988;

iii. Pengharaman di kelab-kelab Angkatan Bersenjata Diraja Brunei dan

Polis Diraja Brunei pada 31 Julai 1990;

iv. Pengharaman arak secara total (menyeluruh) berkuatkuasa pada 1

Disember 1990.

4.5 Aspek Ekonomi

Bagi meningkat dan meninggikan imej umat lslam khasnya dalam penyertaan

mereka dalam kegiatan perekonomian, maka usaha telah dibuat dalam mewujudkan

dan membangun sistem ekonomi lslam.

Sehubungan itu dengan izin dan berkat daulat Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,

tertubuhlah perkara-perkara berikut;

i. Penubuhan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) padaa 21 Rabiulawal

1413 bersamaan 29 September 1991;

ii. Penubuhan perbankan Islam yang pada awalnya dikenali sebagai Bank

Islam Brunei Berhad (IBB) pada 20 Rejab 1413 bersamaan 13 Januari

1993 kemudian dikenali sebagai Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD);

Page 16: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

16

iii. Beroperasinya insuran secara lslam “Takaful” yang dikendali oleh TAIB

dan BIBD. Pada bulan November 2010, Takaful Brunei Darussalam

ditubuhkan;

iv. Kerajaan menghapuskan riba dalam skim pinjaman kewangan

membina rumah bagi pegawai-pegawai kerajaan;16

5. Cabaran-Cabaran Semasa

Komitmen berterusan Kerajaan Negara Bruei Darussalaam dalam

menegakkan dan memperkukuhkan ajaran lslam dijana oleh sikap Raja dan

pemerintah yang ingin menerapkan sepenuhnya nilai-nilai lslam.

Semua ini adalah berpaksikan pendekatan “Ahli Sunnah Wal Jamaah” sejak

sekian lama sehinggalah sekarang. Kedudukan ini diperkukuh lagi dengan prinsip

“Melayu Islam Beraja” dan gagasaan “Negara Zikir” yang dicanang sejak tahun 2007

yang merupakan benteng yang kukuh dalam usaha kerajaan mempertahan dan

menegakkan ajaran dan syi’ar lslam di negara ini.

Namun demikian, Negara Brunei Darussalam juga tidak terlepas daripada

menghadapi masalah keruntuhan akhlak dan kelemahan pegangan akidah. Dunia

teknologi canggih dan dunia tanpa sempadan menyebabkan maklumat terlalu banyak,

akses yang mudah kepada bahan-bahan yang merosak akidah dan moral serta jati

diri melalui internet dan alam siber telah menjadi tren masyarakat kini.

Teknologi maklumat canggih masa kini memberikan maklumat yang cepat dan

mudah. Maklumat-maklumat mengenai lslam yang dibuat melalui laman sesawang

(website), internet, aplikasi whatsApp, instagrem, twittwer, facebook dan lain-lain

didapati telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dalam

menyebarkan dakwah fahaman yang boleh mencemarkan dan memesongkan akidah.

Ancaman dan penyelewengan akidah yang dimaksudkan boleh mengganggu

ketenteraman dan menghapuskan keharmonian beragama iaitulah ajaran sesat,

amalan-amalan khurafat, ajaran dan kefahaman baru yang menyimpang.

Senarai Ajaran Sesat Di Negara Brunei Darussalam

Bil Nama Ajaran Tarikh Dikesan

Tarikh Fatwa Tarikh Diwartakan

1 Agama Babiyyah atau Bahaiyyah

1961 19 Jamadilakhir 1390/22 Ogos 1970

9 Jamadiawal 1399/7 April 1979

2 Tarekat Mufarridiyyah 1973 14 Jamadilakhir 1399/12 Mei 1979

-

16 Awang Haji Md Zain bin Haji Serudin, Melayu Islam Beraja Suatu Pendekatan, hlm 241

Page 17: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

17

3 Silat Lintau 1976 17 Zukhijjah 1400/27 Oktober 1980

-

4 Jemaah al-Arqam 1980 13 Sya’abn 1411/28 Februari 1991

Diharamkan di bawah Bab 9 (1) Akta Persekutuan-Persekutuan Penggal 66 disiarkan dalam warta kerajaan bertarikh 11 Mac 1991

5 Tarekat Abdul Razak 1989 14 Jmadilakhir 1399/12 Mei 1979

10 Sya’ban 1414/22 Januari 1994

25 Zulkaedah 1415/25 April 1995

6 Ajaran Qadiani 1989 19 Jamadilakhir 1390/22 Ogos 1970

-

7 Ajaran Saihono bin Atasipan 1999 15 Sya’ban 1422/01 November 2001

15 Jamadilakhir 1423/24 Ogos 2002

8 Al-Maunah 2001 15 Sya’ban 1422/01 November 2001

15 Jamadilakhir 1423/24 Ogos 2002

Sumber: Bahagian Kawalan Akidah, Jabatan Hal Ehwal Syar’iah17

Selain ajaran-ajaran di atas, terdapat beberapa ajaran sebahagiannya telah

dikenalpasti sebagai ajaran salah dan menyeleweng yang masih dalam proses

penelitian pihak-pihak berkenaan dan sebahagiannya masih diperingkat penyiasatan.

Ini termasuklah fahaman liberal dan ajaran salafiah-wahabiah yang mendakwa ajaran

yang dibawa oleh Asya’irah dan Maturidiah terkeluar dari ajaran Ahli Sunnah Wal

Jamaah.18

Berikutan perkembangan aliran syi’ah dan salafi wahabi yang dilaporkan oleh

Kerajaan Malaysia itu telah mendapat perhatian yang serius oleh pihak yang berwajib.

Tinjauan awal mengenainya mendapati sudah ada bibit-bibit pengaruh khususnya

aliran salafi wahabi di kalangan orang tempatan. Mereka aktif membincangkan isu-isu

khilafiyah dan mempertikai amalan-amalan mustahab yang biasa diamalkan oleh

masyarakat lslam tempatan seperti talqin, tahlil, maulid rasul dan sebagainya dalam

media sosial seperti facebook dan twitter. Malah kumpulan ini telah menubuhkan satu

17 Dayang Hajah Zakiah binti Haji Taib, Penyelewengan Aqidah Di Negara Brunei Darussalam:

Pengawalan Dan Pemulihan, kertas kerja Seminar Kebangsaan Kefahaman Ahi Sunnah Wal Jama’ah,

anjuran Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah, KUPU SB & Pusat Da’wah Islamiah

dan Jabatan Hal Ehwal Syar’iah, 03-04 Zulkaedah 1434/09-10 September 2013, di Goldstone Ballroom,

Centrepoint Gadong, Negara Brunei Darussalam.

18 Ibid

Page 18: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

18

kumpulan perbincangan secara terbuka dalam facebook yang diberi nama “Mazhab

Salafi Negara Zikir”. 19

Kemunculan gerakan seumpama ini jika tidak ditangani dengan bijaksana

melalui perundangan yang sedia ada akan menjejaskan keharmonian yang telah

dikecapi oleh rakyat dan penduduk negara ini sejak zaman berzaman.

Oleh demikian, usaha dakwah terhadap anggota masyarakat hendaklah

dipergiatkan supaya keharmonian dan kestabilan sosial yang menyeluruh tanpa

mengira kaum dan latar belakang agama yang berbeza dapat dinikmati di negara ini.

Disamping itu, segala permasalahan yang berkaitan keruntuhan akhlak

perlulah di atasi secara berhemah dan bijaksana. Fenomena keruntuhan akhlak dan

pencemaran budaya muda mudi masyarakat Brunei yang semakin menjadi-jadi

dewasa ini juga tidak boleh diabaikan. Program-program hiburan dan realiti yang

melampau melalui kaca televisyen dan alam siber telah menghantui dan mengheret

belia-belia lslam kepada bencana moraliti yang kritikal.20

Perkara ini perlu diambil perhatian serius demi membenteras perbuatan-

perbuatan keruntuhan akhlak dan yang tidak bertanggungawab seperti kes-kes

jenayah rogol, mencuri, penyeludupan minuman keras, tempat-tempat urut yang

dijadikan sarang pelacuran dan sebagainya.

6. Cadangan dan Langkah Penyelesaian

Antara langkah untuk mengukuhkan ajaran lslam dan keharmonian beragama,

boleh diaplikasikan melalui perkara-perkara berikut;

a. Pendidikan adalah aspek yang pertama dan utama dalam membentuk

kefahaman calak bangsa dan ummah. Pengukuhan dan penerapan kefahaman

Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah dilaksanakan melalui sistem pendidikan

sama ada sistem pendidikan formal mahupun non formal.

b. Peraturan, Akta, Undang-Undang & Penguatkuasaan

i. Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan disaran meningkatkan dan

mempergiatkan usaha membenteras penularan ajaran sesat dan

khurafat serta perbomohan dan persilatan yang boleh membawa

kepada penyelewengan akidah.

19 Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Cabaran Mutakhir Ahli Sunnah Waljamaah Dalam Era

Globalisasi, kertas kerja Seminar Kebangsaan Kefahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah, anjuran Pusaat

Kefahaman Ahli Sunnnah Wal Jamaah, KUPU SB, kerjasama Pusat Da’wah Islaamiah & Jabatan Hal

Ehwal Syariah, 9-10 September 2013, hlm 1.

20 Ibid

Page 19: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

19

ii. Pihak berkuasa juga perlu membendung pengaruh hiburan yang datang

bersamanya gaya hidup yang bercanggah dengan lunas-lunas lslam

seperti black metal, punk, skinhead dan sebagainya.

iii. Lebih giat, tegas dan konsisten dalam menguatkuasakan undang-

undang sedia ada yang berkaitan dengan ajaran-ajaran sesat dan

menyeleweng melalui Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-

Mahkamah Kadi Penggal 77.

iv. Agensi-agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan yang berkaitan

hendaklah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan ke atas bahan-bahan

cetak dan elektronik yang berunsur penyelewengan akidah, tahyul dan

sebagainya.

v. Membendung penyebaran perbezaan fahaman yang boleh membawa

kepada perpecahan ummah seperti fahaman syiah dan salafiyah-

wahabiah dan sebagainya.

c. Memperkasa & Memperhebatkan program dakwah;

i. Mewujudkan mekanisme penyelarasan dan pemantauan program

dakwah atau aktiviti yang dilaksanakan supaya pelaksanaannya lebih

bersepadu, cekap dan berkesan.

ii. Memperkasa usaha memberi kefahaman mengenai lslam kepada

semua lapisan masyarakat termasuk yang bukan lslam, untuk

menghindar salah faham dan imej negatif terhadap lslam

iii. Institusi agama, keluarga, masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan

(NGO’s) dan lain-lain perlu mempertingkatkan usaha penerapan nilai

murni dan lslam kepada anggota masyarakat

d. Langkah-langkah dalam bidang teknologi maklumat;

i. Menubuhkan ad hock di peringkat negara bagi memantau dan

membenteras penyebaran maklumat salah mengenai lslam dan

ajarannya khususnya penyebaran melalui teknologi maklumat (ict).

ii. Meningkatkan kerjasama agensi-agensi kerajaan mengenai

penyebaran fahaman salah terhadap lslam termasuk mengenalpasti

sumber penyebar dan saling bertukar maklumat kepada negara-negara

anggota terhadap laman-laman sesawang dan yang seumpamanya

khusus yang memberikan maklumat salah terhadap lslam dan

ajarannya.

Page 20: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

20

7. Penutup

Sebuah masyarakat yang harmoni lagi unggul, sebenarnya memerlukan

kerjasama daripada semua pihak baik kerajaan, badan bukan kerajaan, pihak swasta

dan tidak kurang pentingnya adalah keluarga yang menjadi tulang belakang dalam

masyarakat hari ini. Keunggulan sesebuah masyarakat bergantung kepada sejauh

manakah masalah semasa dapat diselesaikan dan sejauh manakah pula sikap ahli

masyarakat dapat dididik ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang harmoni

yang merupakan matlamat unggul dalam negara berdaulat.

Negara Brunei Darussalam tidak syak lagi, sudah amat serasi dengan aliran

Ahli Sunnah Wal Jamaah. Dengannya, Brunei telah beroleh keamanan dan

ketenteraman. Rakyat juga dilihat sebagai sangat selesa dengannya, bersatu padu

dalam kehidupan dan segaya dalam ibadat, serta tidak pernah bertelingkah

mengenainya. Situasi kehidupan beginilah yang patut dipertahankan dan diwarisi

kepada generasi sekarang.21

Hakikatnya, kebahagiaan, ketenteraman dan keharmonian serta perpaduan

yang wujud di Brunei sejak zaman berzaman ialah berkat pegangan kuat Negara

Brunei Darussalam kepada Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mazhab Syafie.

Negara ini juga telah ditakdirkan sebagai sebuah negara Islam yang

menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara dan mengasaskan amalan cara hidup

lengkap negara di atas nilai-nilai Islam.

Justeru, pegangan agama adalah kriteria penting ke arah masyarakat harmoni

dan membangun. Ia juga memainkan peranan penting dalam memandu masyarakat

ke arah kehidupan harmoni. Malangnya, pegangan agama kebanyakan anggota

masyarakat agak longgar sehinggakan gagal menghayati suruhan agama. Ini suatu

perkara yang amat menyedihkan kerana faktor pegangan agama yang longgar

cenderung mewujudkan masyarakat yang jiwa mereka lebih mementingkan diri,

mudah terpengaruh dengan budaya salah, mempunyai tingkah laku kurang sopan,

pemugut, tidak patuh arahan kerajaan dan sebagainya. Natijahnya, prilaku inilah yang

akan menimbulkan perpecahan dan keruntuhan dan bukannya pembangunan.

Oleh itu, bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan dinamik,

kesemua kelemahan yang berlaku dalam masyarakat yang berpunca daripada salah

faham terhadap ajaran agama patut dirungkai kembali.

21 Petikan Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-

Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Raya Aidil Adha Tahun 1434H/2013M

Page 21: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

21

RUJUKAN

al-Qur’an

Abu Daud Sulaiman bin al-Sazastani, Sunan Abi Daud, 1416M/1996, Juz 2, Dar Kutub

al-Ilmiyah, Beirut,

Abu Muaz, Keharmonian Hidup Bersyariat, 2011, Syeikh Publisher, Shah Alam,

Selangor.

Ahmad bin Ali bin Hajr al-Asqalany, Fath al-Bari bi Syarh Shahih al-Bukhari,

1419/1998, Dar al-Hadits, Kaherah.

Awang Haji Mazanan bin Haji Yusof, Islam Di Brunei: Impaknya Terhadap Adat

Istiadat, 2006, dlm buku Perkembangan Islam Di Nusantara, Terbitan UPENA,

Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

Che Bakar Che Mat & lain-lain, Pembangunan Dari Perspektif Islam, 2007, Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA), Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.

Dato’ Setia Hj Mohd Tamyes bin Abd Wahid, Konsep Kekeluargaan Islam Sebagai

Teras Pembangunan Masyarakat Hadhari, dlm Buku Prosiding Multaqa Sultan

Sharafuddin Idris Shah dan Seminar Selangor Maju: Penaraju Pembangunan

Sosial Berteraskan Islam, anjuran Kerajaan Negeri Selangor, IKIM & Jabatan

Mufti Selangor, pada 2 & 3 Disember 2005, di Dewan Jubli Perak, Bangunan

Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Dayang Hajah Zakiah binti Haji Taip, Penyelewengan Aqidah Di Negara Brunei

Darussalam: Pengawalan Dan Pemulihan, kertas kerja Seminar Kebangsaan

Kefahaman Ahi Sunnah Wal Jama’ah, anjuran Pusat Pengkajian Kefahaman

Ahli Sunnah Waljama’ah, KUPU SB & Pusat Da’wah Islamiah dan Jabatan Hal

Ehwal Syar’iah, 03-04 Zulkaedah 1434/09-10 September 2013, di Goldstone

Ballroom, Centrepoint Gadong, Negara Brunei Darussalam.

Haji Awang Mohd. Jamil al-Sufri (YB, Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri

Utama Dr.), Latar Belakang Sejarah Brunei, 2000, Pusat Sejarah Brunei, Negara

Brunei Darussalam.

Haji Awang Md Zain bin Haji Serudin (YB, Pehin Jawatan Luar Pekerma Raja Dato

Seri Utama Dr Ustaz), Melayu Isam Beraja Satu Pendekatan, 2006, Dewan

Bahasa & Pustaka, Negara Brunei Darussalam.

Haji Norarfan bin Haji Zainal (Dr), Cabaran Mutakhir Ahli Sunnah Waljamaah Dalam

Era Globalisasi, kertas kerja Seminar Kebangsaan Kefahaman Ahli Sunnah Wal

Jamaah, anjuran Pusaat Kefahaman Ahli Sunnnah Wal Jamaah, KUPU SB,

Page 22: KEHARMONIAN ASAS PEMBANGUNAN UMMAH DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM 1

22

kerjasama Pusat Da’wah Islaamiah & Jabatan Hal Ehwal Syariah, Bertempat

CentrePoint Hotel, Gadong, Negara Brunei Darussalam, 9-10 September 2013.

Majalah al-Hadaf, Keluarga Bahagia Asas Memperkasa Bangsa, Terbitan Jabatan

Mufti Kerajaan, Negara Brunei Darussalam, Keluaran Tahun 6 Bilangan 1,

Januari-Mac 2002.

Aryentty Haji Ariffin, Perintah Pendidikan Ugama Wajib Mekanisme Jayakan

Wawasan Negara, Pelita Brunei, Keluaran Tahun 58, Bilangan 5, 12 Januari

2013.