Jadikan soalan-soalan di kertas ini sebagai ujian bagi murid- murid 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | 32 | 33 | 34 | 35 | 36 | 37 | 38 | 39 | 40 | Markah: 0% | Progres: 0/40 | Masa: 00:00:01/00:50:00 | End Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Maria :Eh, Lily, Mei Lam! Tahukah kamu berdua bahawa di tempat kita ini sedang diadakan Pesta Sukan Rakyat? Lily :Yalah. Saya memang ada mendengarnya. Dengar kata meriah betul. Ramai pengunjung yang datang. Acara-acaranya pula hebat-hebat belaka. Amat jarang-jarang sekali kita dapat melihatnya sekarang ini. Mei Lam :Betulkah begitu Maria, Lily. Di manakah Pesta Sukan Rakyat itu diadakan? Saya belum mendengar lagi berita tentang Pesta Sukan Rakyat itu. Maria :Betul, Mei Lam. Pesta Sukan Rakyat itu diadakan di Padang Perdana berhampiran dengan tempat tinggal kita ni iaitu Taman Bandar Utama. Pesta tersebut telah pun dua hari diadakan. Pesta itu akan berakhir esok. Rugilah sekiranya kita tidak pergi menyaksikannya. Lily :Tentu banyak acara yang dipertandingkan. Maria :Memanglah banyak. Acara-acara yang dipertandingkan kesemuannya ialah jenis sukan tradisional yang popular pada zaman dahulu. Ada pertandingan coh, congkak, sepak raga bulat, tarik tali dan pertandingan wau. Selain itu, pertandingan gasing, tarik upih, lari dalam guni dan panjat tiang licin juga
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Markah: 0% | Progres: 0/40 | Masa: 00:00:01/00:50:00 | End
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.
Maria : Eh, Lily, Mei Lam! Tahukah kamu berdua bahawa di tempat kita ini sedang diadakan Pesta Sukan Rakyat?
Lily : Yalah. Saya memang ada mendengarnya. Dengar kata meriah betul. Ramai pengunjung yang datang. Acara-acaranya pula hebat-hebat belaka. Amat jarang-jarang sekali kita dapat melihatnya sekarang ini.
Mei Lam : Betulkah begitu Maria, Lily. Di manakah Pesta Sukan Rakyat itu diadakan? Saya belum mendengar lagi berita tentang Pesta Sukan Rakyat itu.
Maria : Betul, Mei Lam. Pesta Sukan Rakyat itu diadakan di Padang Perdana berhampiran dengan tempat tinggal kita ni iaitu Taman Bandar Utama. Pesta tersebut telah pun dua hari diadakan. Pesta itu akan berakhir esok. Rugilah sekiranya kita tidak pergi menyaksikannya.
Lily : Tentu banyak acara yang dipertandingkan.
Maria : Memanglah banyak. Acara-acara yang dipertandingkan kesemuannya ialah jenis sukan tradisional yang popular pada zaman dahulu. Ada pertandingan coh, congkak, sepak raga bulat, tarik tali dan pertandingan wau. Selain itu, pertandingan gasing, tarik upih, lari dalam guni dan panjat tiang licin juga turut diadakan.
Mei Lam : Wah, menarik tu! Bagaimana kalau kita pergi menyaksinya bersama-sama?
Lily : Elok juga tu. Saya pun sudah lama tidak menyaksikan acara sukan seperti itu.
Maria : Kalau begitu, bagaimana kalau kita bertiga pergi pada petang ini?
Mei Lam dan Lily : Baiklah. Kami setuju.
Maria : Eh, loceng sudah berbunyi! Mari kita masuk ke kelas.
Mei Lam dan Lily : Baiklah.
1 Di manakah Maria, Lily dan Siti berbual?(ID:1114354796395)
Cikgu Ali : Cikgu dapati sudah tiga hari berturut-turut kamu tidak hadir ke sekolah iaitu sejak 22 Mac lagi. Kenapa, Amri?
Amri : Sebenarnya cik... cikgu, sa... sa... saya terlewat bangun. Apabila saya tersedar dari tidur, saya dapati jam menunjukkan pukul 10.00 pagi. Jadi, saya ketinggalan bas.
Cikgu Ali : Pukul berapa kamu tidur?
Amri : Lebih kurang pukul 3.00 pagi, cikgu.
Cikgu Ali : Apa? Pukul tiga pagi? Eh, apa yang kamu buat, pukul tiga pagi baru tidur?
Amri : Saya menonton video, cikgu.
Cikgu Ali : Mengapa ibu bapa kamu tidak mengejutkan kamu?
Amri : Sebenarnya, mereka tiada di rumah. Mereka pulang ke kampung sejak 21 Mac lagi. Mereka ada urusan penting. Jadi inilah peluang saya, kalau tidak sudah pasti mereka akan memarahi saya.
Cikgu Ali : Amri, sebenarnya sebagai seorang pelajar, tidak elok tidur lewat malam. Tidur lewat merupakan satu budaya yang tidak baik. Pada peringkat umur kamu, masa tidur selama 8 jam diperlukan. Jika tidak, kamu akan berasa mengantuk. Apabila keadaan ini berlaku menyebabkan kamu tidak dapat belajar dengan selesa. Selain itu, kesihatan kita juga boleh terjejas. Kamu perlu sedar bahawa pada tahun ini kamu akan menduduki UPSR. Jadi, kamu perlu jaga kesihatan diri. Badan yang sihat bukan sahaja kita dapat melakukan pekerjaan dengan baik tetapi kita dapat berfikir dengan waras. Di samping itu, belajarlah rajin-rajin agar mendapat 5A dalam UPSR nanti. Cikgu harap semoga kamu tidak mengulangi kesilapan ini lagi.
Amri : Maafkan saya, cikgu. Saya berjanji akan tidur awal dan akan belajar bersungguh-sungguh agar mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
Cikgu Ali : Kalau begitu, baguslah. Sekarang kamu boleh masuk ke kelas.
[Atas]Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.Nani : Nenek tengah buat apa? Tekun benar nampaknya.
Nenek : Oh, Nani! Nenek tidak sedar tadi. Maaflah, ya! Sila naik. Bilakah kamu sampai? Ayah dan ibu kamu di mana?
Nani : Baru sekejap. Ayah, emak dan adik-adik masih di bawah sedang memunggah barang-barang dari kereta.
Nenek : Wah, lama betul tidak datang ke rumah nenek, ya! Kalau tidak silap nenek, sejak cuti pertengahan tahun lagi.
Nani : Wah, cantiknya anyaman tikar nenek! Berwarna-warni pula. Bolehkah saya belajar dengan nenek? Saya datang ini ingin menghabiskan cuti akhir tahun di kampung. Saya ingin bersama nenek. Boleh juga saya belajar kemahiran kraf tangan. Itu pun kalau nenek sudi mengajarnya.
Nenek : Boleh, apa salahnya. Tetapi kamu mesti tekun dan mempunyai daya cipta yang tinggi. Lihatlah contoh, pelbagai jenis anyaman di atas sana.
Nani : Cantiknya raga dan tudung saji itu, nenek. Eh, beg tangan pun ada! Barang-barang ini sudah ditempahkah, nenek?
Nenek : Ya.
Nani : Yang nenek sedang buat ini berapa ringgit sebidang?
Nenek : Kalau yang ini hampir-hampir seratus ringgit.
Nani : Bagaimanakah proses membuatnya?
Nenek : Pertama sekali, daun-daun mengkuang ini ditetak pangkalnya. Kemudian, duri-durinya dibuang dan dilayurkan sehingga lembut. Daun-daun itu direndam satu atau dua hari. Selepas itu, bahagian yang hendak diwarnakan, dicelup warna mengikut pilihan sendiri. Akhir sekali, daun-daun tersebut dijemur sehingga kering.
11 Mengapakah nenek tidak sedar kedatangan Nani?(ID:1199550735629/KLON/UPSR/2007/36)
A Nenek sibuk mewarna tikar.
B Nenek asyik menganyam tikar.
C Nenek leka menjemur mengkuang.
D Nenek asyik merendam mengkuang.
[Atas]
12 Berapa lamakah Nani tidak berjumpa dengan neneknya?(ID:1199553698916/KLON/UPSR/2007/37)
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.Sarah : Helo, boleh saya bercakap dengan Anisa?
Anisa : Anisa di sini. Siapa tu?
Sarah : Anisa, ini Sarah. Mengapakah kamu tidak datang ke sekolah hari ini?
Anisa : Oh, Sarah! Sebenarnya ibu saya sakit pagi tadi. Dia dimasukkan ke wad pada jam 8.00 pagi dan masih berada di sana.
Sarah : Oh, begitu! Ibu kamu sakit apa sebenarnya Anisa?
Anisa : Sebenarnya ibu menghidap penyakit jantung. Pagi tadi, tiba-tiba ibu mengerang kesakitan. Masa itu saya sedang bersiap-siap hendak ke sekolah.
Sarah : Oh, begitu! Bagaimanakah keadaannya sekarang?
Anisa : Keadaannya sekarang semakin stabil. Doktor memberitahu bahawa besok kemungkinan ibu boleh pulang. Adakah Cikgu Azimah bertanya tentang diri saya pagi tadi?
Sarah : Ada. Sebab itulah saya telefon kamu. Semua rakan kita risau akan kamu Anisa. Kami risau kamu yang sakit. Maklumlah kamu jarang-jarang tidak datang ke sekolah.
Anisa : Oh, yakah? InsyaAllah esok saya akan pergi ke sekolah. Namun begitu, kamu mesti menolong saya.
Sarah : Tolong apa Anisa?
Anisa : Kamu mesti mengajarkan saya tentang apa yang telah diajarkan oleh guru di dalam kelas hari ini.
Sarah : Oh, saya ingatkan tolong apa tadi. Tentu sekali boleh Anisa. Bukankah kita sudah lama berkawan.
Anisa : Kalau begitu, kita berjumpa di sekolah esok, ya.
Sarah : InsyaAllah. Assalamualaikum.
Anisa : Waalaikumussalam.16 Mengapakah Sarah menelefon Anisa?(ID:1111317510242)
A Ingin bertanya khabar
B Bertanya tentang masalah pelajaran
C Ingin tahu tentang sebab Anisa tidak hadir ke sekolah
D Mengajak Anisa bersama-sama menaiki bas ke sekolah
[Atas]
17 Penyakit yang ditanggung oleh ibu Anisa ialah(ID:1111317510541)
Anisa : Oh, Sarah! Sebenarnya ibu saya sakit pagi tadi. Dia dimasukkan ke wad pada jam 8.00 pagi dan masih berada di sana.
Sarah : Oh, begitu! Ibu kamu sakit apa sebenarnya Anisa?
Anisa : Sebenarnya ibu menghidap penyakit jantung. Pagi tadi, tiba-tiba ibu mengerang kesakitan. Masa itu saya sedang bersiap-siap hendak ke sekolah.
Sarah : Oh, begitu! Bagaimanakah keadaannya sekarang?
Anisa : Keadaannya sekarang semakin stabil. Doktor memberitahu bahawa besok kemungkinan ibu boleh pulang. Adakah Cikgu Azimah bertanya tentang diri saya pagi tadi?
Sarah : Ada. Sebab itulah saya telefon kamu. Semua rakan kita risau akan kamu Anisa. Kami risau kamu yang sakit. Maklumlah kamu jarang-jarang tidak datang ke sekolah.
Anisa : Oh, yakah? InsyaAllah esok saya akan pergi ke sekolah. Namun begitu, kamu mesti menolong saya.
Sarah : Tolong apa Anisa?
Anisa : Kamu mesti mengajarkan saya tentang apa yang telah diajarkan oleh guru di dalam kelas hari ini.
Sarah : Oh, saya ingatkan tolong apa tadi. Tentu sekali boleh Anisa. Bukankah kita sudah lama berkawan.
Anisa : Kalau begitu, kita berjumpa di sekolah esok, ya.
Sarah : InsyaAllah. Assalamualaikum.
Anisa : Waalaikumussalam.21 Mengapakah Sarah menelefon Anisa?(ID:1111317510242)
A Ingin bertanya khabar
B Bertanya tentang masalah pelajaran
C Ingin tahu tentang sebab Anisa tidak hadir ke sekolah
D Mengajak Anisa bersama-sama menaiki bas ke sekolah
[Atas]
22 Penyakit yang ditanggung oleh ibu Anisa ialah(ID:1111317510541)
24 Perkataan stabil dalam petikan bermaksud(ID:1111317511061)
A normal.
B kukuh.
C kejap.
D kejat.
[Atas]
25 Pernyataan yang tidak benar tentang petikan ialah(ID:1111317511331)
A Anisa sering tidak hadir ke sekolah.
B Ibu Anisa diserang penyakit jantung.
C Cikgu Azimah ialah Guru Kelas Sarah.
D Anisa dan Sarah belajar di dalam kelas yang sama.
[Atas]Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.Sumarni : Selamat pagi, pak cik. Nama saya Sumarni. Saya wartawan Majalah Suara
Emas.
Pak Cik Ali : Selamat pagi, silakan naik.
Sumarni : Terima kasih. Sebenarnya saya datang untuk menemu ramah pak cik berkaitan dengan kehidupan pak cik sebagai seorang nelayan.
Pak Cik Ali : Silakan, pak cik sedia ditemu ramah.
Sumarni : Sudah berapa tahunkah pak cik melibatkan diri dalam bidang ini?
Pak Cik Ali : Sebenarnya pak cik menjadi nelayan sejak 25 tahun yang lalu. Selepas
sahaja bapa pak cik meninggal dunia, pak cik terpaksa turun ke laut menggantikan tempatnya mencari rezeki menyara keluarga.
Sumarni : Bilakah waktunya pak cik menangkap ikan?
Pak Cik Ali : Pak cik dan teman-teman menangkap ikan sebelum waktu subuh dan pulang bersama-sama dengan hasil tangkapan ketika hari menjelang senja.
Sumarni : Bagaimanakah dengan jumlah tangkapan dan di manakah tangkapan ini dijual?
Pak Cik Ali : Jumlah tangkapan sebenarnya tidak menentu. Kadangkala banyak dan kadangkala pulang dengan perahu kosong. Itu semua bergantung kepada nasib. Tentang jualan hasil tangkapan, pak cik jual kepada pemborong di kuala.
Sumarni : Apakah harapan pak cik pada masa akan datang?
Pak Cik Ali : Pak cik dan rakan-rakan bercadang hendak membeli bot. Maklumlah, menangkap ikan dengan perahu tidak mendatangkan hasil yang banyak. Tetapi, harga bot mahal. Walau bagaimanapun, kami akan berusaha untuk mendapatkannya.
Sumarni : Mudah-mudahan pak cik dan rakan-rakan berjaya. Baiklah pak cik, terima kasih kerana sudi ditemu ramah.
Pak Cik Ali : Sama-sama.26 Siapa Sumarni?(ID:1099014514622)
A Wartawan Majalah Suara Emas
B Wartawan majalah sekolah
C Anak Pakcik Ali
D Penemu ramah
[Atas]
27 Pak Cik Ali terpaksa menjadi seorang nelayan kerana(ID:1099015228887)
A tiada pekerjaan lain yang sesuai.
B mencari rezeki menyara keluarga.
C mengikut teman-temannya.
D menggantikan tugas ayahnya.
[Atas]
28 Bilakah Pak Cik Ali menjadi nelayan?(ID:1099015422747)
Zuria : Tak baik amalan awak tu. Kita perlu rehat yang cukup setelah belajar seharian. Tidur lewat sememangnya amalan yang tidak baik, malah amalan ini akan menjejaskan kesihatan kita. Bagi murid-murid sekolah, kita perlu tidur awal supaya kita dapat bangun awal dan tidak tergesa-gesa untuk ke sekolah.
Athirah : Tapi saya tak rasa mengantuk. berapa jam kita perlu tidur?
Zuria : Kita perlu melelapkan mata walaupun tak mengantuk. Kita mesti tidur lapan jam sehari. Rehat yang cukup akan membuat badan kita berasa segar dan tidak berasa mengantuk semasa guru sedang mengajar. Kita dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran dan memahami apa yang diajar.
Athirah : Terima kasih atas nasihat yang telah awak berikan. Saya berjanji tidak akan tidur lewat lagi. Eh, itu pun bas sekolah kita dah datang.
Zuria : Sama-sama. Mari kita pergi.31 Di manakah mereka berbual?(ID:1092155605867)
A Kelas
B Kantin
C Perpustakaan
D Perhentian bas
[Atas]
32 Berapa jamkah kita harus tidur?(ID:1092155847687)
35 Pilih pernyataan yang tidak benar mengenai petikan.(ID:1092156119137)
A Jika tidur awal kita dapat bangun awal
B Kita akan berasa segar jika tidur cukup
C Tidur yang cukup akan menjejaskan kesihatan
D Rehat yang cukup dapat membantu kita menumpukan pelajaran
[Atas]Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.Wartawan : Apa khabar, pak cik?
Pak Mat : Khabar baik.
Wartawan : Sudah berapa lama pak cik tinggal di Kampung Ayer Lanas?
Pak Mat : Saya tinggal di kampung ini lebih kurang 47 tahun. Kalau tak silap, saya datang ke kampung ini umur saya 25 tahun iaitu pada bulan Mei 1957.
Wartwan : Kalau tidak keberatan, boleh tak pak cik ceritakan serba sedikit latar belakang kampung ini pada masa itu?
Pak Mat : Sebenarnya, pada masa itu, kampung ini adalah hutan rimba tempat binatang-binatang buas. Saya dan beberapa buah keluarga yang lain bergotong-royong membuka kawasan untuk dijadikan petempatan.
Wartawan : Jadi pak cik bolehlah dikatakan peneroka asal kampung ini?
Pak Mat : Bolehlah dikatakan begitu. Dalam usaha membuka kampung ini, banyak dugaan yang perlu kami hadapi. Akan tetapi, kami tidak mudah mengalah. Berkat usaha dan tekad kami, kampung ini dapat dikembangkan dan dimajukan dengan jayanya.
Wartawan : Apakah kegiatan penduduk kampung ini sekarang?
Pak Mat : Kebanyakannya menoreh getah, di samping bersawah padi dan menanam sayur.
Wartawan : Jadi, tanaman yang menghijau di belakang rumah pak cik itu, pak cik yang