Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAMKEFAHAMAN ANTARA AMAL JAMA'IE DAN AMAL IJTIMA'IE MUQADDIMAH Berorganisasi atau bergerak secara berjamaah adalah merupakan satu keperluan masyarakat umat manusia dalam apa bentuk tujuan sekalipun bagi mencapai matlamat satu- satu pertubuhan. Justeru itu berjuan secara berjamaah dalam berorganisasi yang tersusun rapi bagi menegakkan cita-cita Islam adalah satu keperluan masyarakat dan umat Islam. Firman Allah SWT: mafhumnya: “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalanNya dengan tersusun seolah-olah mereka satu binaan yang tersusun”. (as saf:3) 2. DEFINISI AMAL JAMA’IE Amal jamai’ie adalah suatu perkara yang diputuskan oleh jemaah yang beriltizam selaras dengan manhaj yang telah ditentukan, bertujuan untuk mencapai matlamat menegakkan khilafah Islamiah di permukaan bumi ini. (Amal Jama’ie: Hal 11) 3. KEPENTINGAN AMAL JAMA’IE Usaha-usaha dan kerja-kerja berkenaan dan memberi faedah bagi gerakan dakwah adalah dengan cara berjemaah bukan dengan cara bersendirian atau berseorangan. (Ibid: Hal 9) Usaha tersebut untuk melahirkan manusia untuk menjadi hamba kepada Allah semata- mata, menjadikan al Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW sebagai sumber hukum dan pengajarannya. 1. Dalil-dalil dari al Quran 1
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie
Berorganisasi atau bergerak secara berjamaah adalah merupakan satu keperluan
masyarakat umat manusia dalam apa bentuk tujuan sekalipun bagi mencapai matlamat satu-
satu pertubuhan. Justeru itu berjuan secara berjamaah dalam berorganisasi yang tersusun
rapi bagi menegakkan cita-cita Islam adalah satu keperluan masyarakat dan umat Islam.
Firman Allah SWT:
mafhumnya: “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang dijalanNya dengan
tersusun seolah-olah mereka satu binaan yang tersusun”. (as saf:3)
2. DEFINISI AMAL JAMA’IE
Amal jamai’ie adalah suatu perkara yang diputuskan oleh jemaah yang beriltizam
selaras dengan manhaj yang telah ditentukan, bertujuan untuk mencapai matlamat
menegakkan khilafah Islamiah di permukaan bumi ini. (Amal Jama’ie: Hal 11)
3. KEPENTINGAN AMAL JAMA’IE
Usaha-usaha dan kerja-kerja berkenaan dan memberi faedah bagi gerakan dakwah
adalah dengan cara berjemaah bukan dengan cara bersendirian atau berseorangan. (Ibid:Hal 9) Usaha tersebut untuk melahirkan manusia untuk menjadi hamba kepada Allah semata-
mata, menjadikan al Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW sebagai sumber hukum dan
pengajarannya.
1. Dalil-dalil dari al Quran
1
8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie
tanggungjawab kepada anggota mengikut kemampuan dan keupayaan mereka, kaedah
fiqhiyyah menjelaskan perkara itu iaitu: ertinya: "Meletakkan individu yang berkemampuan
mengikut tempat yang sesuai ".
Disamping itu amal jama'ie di dalam melaksanakan aktiviti perlu kepada perancanganyang rapi bukan bersifat irtijali. Kerja-kerja bersifat irtijali tidak akan melahirkan kejayaan yang
cemerlang kepada amal jama'ie, sebaliknya ia menjadi punca kegagalan amal jama'ie.
Amal jama'ie yang bernizam dianggap berjaya apabila ia mampu mengagih-agihkan
kerja jemaah kepada seluruh anggota daripada sekecil-kecil tanggungjawab sehingga
sebesar-besarnya. (Isti'ab: Fathi Yakan) Pengagihan tersebut bertujuan untuk tidak
membebankan anggota dengan kerja yang bertindan-tindan.
5) Persediaan Dalam Menghadapi Waqi'
Persediaan dalam menghadapi waqi' amatlah perlu agar amal jama'ie mengetahui
sejauhmanakah jahiliyah telah menular masuk ke dalam masyarakat, mengetahui dasar-
dasar dan cara-cara yang digunakan untuk melemahkan umat Islam.Firman Allah SWT
mafhumnya: "Dan sesungguhnya mereka telah (menjalankan) tipu daya mereka, pada hal di
sisi Allah ada balasan, tipu daya mereka, walaupun dengan tipu daya mereka itu akan hilang
gunung-gunung".
Persediaan dari sudut ini boleh dicapai melalui program tarbiah siasiyyah dan latihan-
latihan analisis politik semasa.
6) STRATEGI PERGERAKAN AMAL JAMA'IE
Amal Jama'ie di dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah dan menghadapi
cabaran tribulasi amat memerlukan kepimpinan yang matang dan tajam dalam menentukan
strategi bergerak. Diantara perkara penting di dalam menentukan strategi bergerak adalah
seperti berikut:
1- Membina kekuatan Amal Jama'ie.
9
8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie
Jika persetujuan ini dapat diwujudkan maka perkara-perkara berikut hendaklah di ambil kira
iaitu:
1- Setiap jemaah Islam boleh mengekalkan undang-undang tubuh masing-masing secara
berasingan tetapi bersedia untuk mengubah suai uslub bekerja dari masa ke semasa.2- Setiap jemaah hendaklah bertanggungjawab dalam mengawasi para anggotanya supaya
sentiasa patuh kepada pimpinan umum.
3- Setiap jemaah yang menjadi anggota hendaklah memberikan wala' yang tidak berbelah
bagi kepada pimpinan umum, selama mana ia bertindak mengikut aturan dan peraturan yang
tidak dipersetujui.
4- Setiap jemaah yang menjadi anggota pakatan tidak boleh sama sekali memberi sokongan,
pertolongan kepada mana-mana pihak atau mana-mana anggota yang menjadi musuh
pakatan ini.
5- Setiap jemaah haruslah tidak menyerang antara satu sama lain malahan hendaklah sama-
sama mempertahankan sahabatnya ketika menghadapi musuh.
6- Bidang kerja setiap anggota dan jamaah hendaklah hendaklah diselaraskan dengan baik.
7- Untuk mengurus dan mentadbir pakatan ini untuk menjamin ianya berjalan dengan baik,
maka satu jamaah berpimpinan hendaklah diwujudkan mengikut persetujuan bersama.
3- Memperkuatkan Dakwah.
Amal Jama'ie haruslah berusaha menyebarkan risalah Islam yang jelas kepada
seluruh lapisan masyarakat. Sesungguhnya tanggungjawab mendirikan Daulah Islamiah
merupakan kewajipan setiap umat Islam lelaki mahupun perempuan dan bukannya tugas
individu tertentu sahaja. (Al Qudwah ala Thoriq Dakwah: Mustafa Masyhur)
4- Menghadapi ancaman luar.
Untuk menjaga diri dari ancaman yang datang dari luar adalah berasaskan di atas
kerahsian dalam bergerak dan tanzim dalam pimpinan. (Amal Jama'ie: Hal 13)
a- Kerahsian dalam bergerak.
11
8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie
Apa yang dimaksudkan dengan kerahsian di sini ialah bekerja, bergerak terus
menerus dengan cara senyap-senyap tanpa digembar-gemburkan dan tidak pula bermaksud
untuk mendedahkan kepada umum. Kegiatan berbentuk kerahsian ini berbeza antara satu
sama lain mengikut kadar sedikit atau banyak aktiviti tersebut perlu dirahsiakan.
Pucuk pimpinan sahaja yang boleh menentukan pelbagai kegiatan sulit itu sesuaidengan situasi jemaah dan boleh membuat perhitungan terhadap bencana-bencana yang
diduga akan menimpa.
b- Kerahsiaan dalam tanzim
Susunan pimpinan harakah semestinya dirahsiakan kepada umum terutamanya
daripada musuh dakwah. Malah sesetengah jawatan seharusnya dirahsiakan daripada
pengetahuan anggota biasa yang tidak ada keperluan maslahat untuk mereka.
Mengetahuinya mungkin secara tidak disedari mereka akan mendedahkan perkara tersebut
kepada musuh.
c- Kerahsian dalam pimpinan.
Kerahsian ini bermaksud perlu dirahsiakan nama-nama anggota kepada umum
terutama barisan pimpinan yang bertanggungjawab di dalam harakah.
5. Menghadapi Ancaman Dalaman.
Untuk menghadapi ancaman dalaman ada kaedah utama yang perlu diberi perhatian
oleh anggota jemaah.
Kaedah pertama.
Setiap perkataan yang diucapkan dan tindakan yang dilakukan oleh mana-mana
anggota jemaah yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jemaah dan menyalahi konsep
dakwah Islamiah serta bercanggah dengan peraturan organisasi maka adalah dianggap
salah dan anggota berkenaan itu sendiri hendaklah bertanggungjawab.
2) Kaedah kedua
Kedudukan seseorang anggota menurut penilaian jemaah adalah berdasarkan setakat
mana kefahaman. Ini diperlihat dari tutur katanya dan tindakannya asma ada bertepatan
12
8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie
dengan prinsip jemaah , selaras dengan konsep dakwah dan peraturan lembaga jemaah atau
sejauhmanakah pula ia menyimpang dari asas tersebut.
Berdasarkan kepada dua kaedah di atas, seseorang anggota akan dapat membuat
ukuran yang membezakan di antara perkataan dan ucapan yang selaras dengan syara' atau
bertentangan dengannya. Dapat juga dikenal pasti keperiabdian anggota yang benar-benar ikhlas, jujur, tegas dan teguh pendirian dari peribadi yang mengutip kegiatan jamaah serta
anggota yang menimbulkan angkara di dalam jamaah.
6. Barisn Pelapis.
Dakwah Islamiah merupakan amanah yang dipikul oleh generasi demi generasi. Oleh
itu untuk mewujudkan kesinambungan kerja memerlukan kepada menyediakan generasi
pelapis. Mewujudkan generasi pelapis gerakan Islam telah dilaksanakan oleh Rasulullah
SAW apabila baginda mengetuai rombongan umat Islam yang diketuai oleh Saidina Jaafar
Abu Talib ke Habshah.
Sabda Rasulullah SAW:
ertinya: "Orang-orang yang hadir pada hari ini hendaklah menyampaikan kepada orang yang
tidak hadir". (Riwayat Bukhari)
Hadith di atas dapat diambil pengertiannya betapa pentingnya perlu diwujudkan
generasi pelapis dari masa ke semasa untuk menerima Islam dalam bentuk yang tulen dan
syumul.
Oleh kerana itu pemimpin amal jama'ie masa kini perlu mengambil perhatian untuk
menyediakan generasi pelapis yang menerima Islam yang syumul. Untuk menjamin keaslian
di jalan dakwah tanpa ada bibit-bibit penyelewengan dan pengurangan. (Al Qaidul Qudwah
'ala Toriq Dakwah: Hal 61)
7. Uslub Fikrah Wasatiah.
Di dalam amal jama'ie memerlukan keseimbangan (kesederhanaan) di dalam
melaksanakan sesuatu kerja. Kesederhanaan ini akan mengelakkan daripada perasaan
melampau di dalam gerak kerja yang dilakukan. (Abjadiyyat: Hal 53) Islam agama yang
mudah dan tidak membebankan umatnya di dalam melaksanakan segala tuntutannya.
13
8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie
Amal Ijtima'ie adalah suatu kerja yang dilaksanakan oleh individu persorangan atau
mana-mana pertubuhan bertitik tolak dari perancangan yang dilakukan untuk mencapai
matlamat-matlamat memberi kebajikan kepada masyarakat umum.
Dr. Yusuf Qardhawi menyatakan diantara bentuk amal ijtima'ie ialah seperti membinamasjid-masjid, menubuhkan persatuan-persatuan dan organisasi yang mengendalikan uruan
agama sama ada ia dikehendaki oleh Kementerian Wakaf atau pertubuhan lain yang
menyokong kerajaan. Kadangkala pertubuhan ini dapat memberi sumbangan terhadap
agama Islam sama ada kadar yang sedikit atau banyak. Kerja-kerja tersebut akan mendapat
keredhaan dari Allah SWT sejauhmanakah keikhlasan mereka melaksanakan tugas tersebut.
(Awwaliyat al Harakah Islamiah - Dr. Yusuf Qardhawi)
KEPENTINGAN AMAL IJTIMA'IE
Islam tidak melarang umatnya untuk melakukan kebajikan dikalangan manusia,
bahkan kerja-kerja kebajikan ini merupakan misi kehidupan seorang muslim.
Firman Allah SWT:
Mafhumnya: "Wahai orang-orang yang beriman! Ruku'lah, sujudlah, sembahlah Tuhanmu
dan perbuatlah kebajikan supaya kamu mendapat kemenangan. Dan berjihadlah kamu pada
jalan Allah dengan jalan yang sebenar-benarnya".
Setiap anggota jamaah perlu memahami bahawa amal ijtima'ie merupakan salah satu
wasilah untuk mencapai matlamat utama amal jama'ie. Oleh itu, penglibatan anggota jamaah
di dalam amal ijtima'ie amat digalakkan selagi mana kerja-kerja tersebut tidak bertentangan
dengan syara' dan tidak menganggu kerja-kerja amal jama'ie.
Mungkin ada diantara anggota jemaah yang tidak dapat melaksanakan amanah amal
jama'ie dengan baik, tetapi mereka mempunyai kemampuan dibidang ijtima'ie. Oleh itu
menyalurkan tenaga anggota ke bidang ijtima'ie merupakan satu kejayaan kepada jamaah
dalama usaha melahirkan anggota yang bergerak, berfikir dan bertindak. Atau dengan kata
lain anggota yang produktif bukannya yang pasif dan kaku.
2. Matlamat Dan Fungsi Amal Ijtima'ie
16
8/14/2019 Kefahaman Antara Amal Jama'Ie Dan Amal Ijtima'Ie