-
Memperkasa Kecerdasan Emosi Melalui Pengajaran, Pembelajaran,
dan Komunikasi
Abd.Rahman Hj. Abd. Aziz
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan USM
-
Tidakkah anda terusik ????.....
-
Definisi KecerdasanMenurut Campbell (1999) kecerdasan
ialah;Keupayaan menyelesai masalah yang dihadapi dalam
kehidupanKebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikanKeupayaan
membuat sesuatu/ perkhidmatan yang bernilai dalam sesuatu
budayaKebolehan seseorang untuk berfikir dan menyelesaikan
masalah
-
EmosiEmosi sebagai satu keadaan subjektif seperti sayang, takut,
benci, cinta, rasa jijik, dan simpati.Shahabuddin Hashim, et al
(2003) : Emosi sebagai keadaan kebangkitan dalaman yang berlaku
dalam diri seseorang sebagai reaksi terhadap sesuatu benda,
situasi, atau rangsangan.Bangkitan emosi biasanya disertai dengan
perubahan fisiologi- degupan jantung kencang, anak mata membesar,
mulut terlopong/kelu, dan berpeluh.
-
Kecerdasan emosikecerdasan emosi merangkumi pengendalian diri,
semangat dan ketekunan serta kemampuan memotivasikan diri sendiri
dan bertahan menghadapi kegagalan, kesanggupan mengendalikan
dorongan hati dan emosi, tidak melebih-lebihkan kesenangan,
mengatur suasana hati dan menjaga supaya beban tekanan tidak
melumpuhkan kemampuan berfikir, berdoa untuk memelihara hubungan
dengan insan lain sebaik-baiknya, dan kemampuan untuk menyelesaikan
konflik serta untuk memimpin.
-
Definisiemover (Latin) - bergerak, kegembiraan dan kegusaran.
emosi - satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan perasaan-perasaan
yang berpunca daripada psikologi dan tingkah laku kenalurian
seseorang. Kecerdasan - meliputi kemampuan membaca, menulis,
menghitung, keterampilan, dan mengarahkan seseorang untuk mencapai
kejayaan dalam bidang akademik. .
-
kajian Mayer, Caruso, dan Salovey (1997) membuktikan bahawa
kecemerlangan individu bergantung pada kecerdasan emosinya. Goleman
(1998) juga mempunyai pendapat yang sama. aspek kecerdasan emosi
telah pun dijadikan matlamat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani (JERI).
-
Kecerdasan emosi (EQ) berdasarkan lima domain kecerdasan emosi
yang dikemukakan oleh Goleman (1998)
1. Kesedaran kendiri/mengenali emosi diri (self-awareness) (
keyakinan diri, mengenal pasti sesuatu emosi, mengenal psikologi
dalam diri) 2. Mengendali emosi/pemantauan kendiri (self-
regulation) (kebolehan menangani perasaan dan diluahkan dengan
betul, mengawal diri, penyesuaian diri,kebolehan menentu hala tuju
diri, mampu buat keputusan untuk diri sendiri.
-
3. Dorongan diri/memotivasi emosi diri (motivarion) (dorongan
mencapai matlamat/kejayaan, sentiasa berfikiran positif, memandu
penyelesaian masalah)
4. Empati/mengenali emosi orang lain (empathy) (kemahiran
merasai apa yang dirasa orang lain, menyelami perasaan insan lain)
5. Kemahiran sosial (social skills) (membentuk hubungan akrab,
memujuk, berunding, dan memimpin. Mampu membantu orang lain dapat
kebahagiaan. Mengeratkan hubungan dengan orang lain.
-
Elemen Kecerdasan Emosi
Kesedaran kendiri kunci kepada kecerdasan emosi kerana penilaian
dilakukan secara realistik terhadap kebolehan dan keyakinan diri
yang dimiliki oleh seseorang individu kesedaran diri boleh
didefinisikan sebagai kebolehan mengenal pasti, mengetahui dan
mengiktiraf emosi serta mempunyai kebolehan untuk mengawal perasaan
bagi pemahaman tentang psikologi dalam diri seseorang guru perlu
mengetahui tentang sifat dalaman, kecenderungan diri, sumber dan
gerak hati pelbagai murid dalam bilik darjahnya kerana terdapat
sebilangan guru yang meletakkan nilai yang tinggi pada diri mereka
sehingga sukar bagi murid untuk didekati
-
Pemantauan Kendiri termasuklah mengawal diri, meneliti,
penyesuaian diri, dan inovasi. Pemantauan kendiri juga merupakan
kebolehan individu untuk menentukan hala tuju, kebolehan bagaimana
sesuatu perkara itu boleh berlaku dan seterusnya mampu membuat
keputusan untuk diri sendiri. membantu murid tersebut membina
kebolehan pemantauan kendiri seperti merancang, mengurus dan
mengadaptasi aktiviti pembelajaran dengan kehidupan seharian.
-
Dorongan Diri melibatkan kawalan kecenderungan emosi yang dapat
memandu atau memudahkan pencapaian matlamat dan kejayaan seseorang
peranan bagi menyuntik motivasi supaya murid berkemampuan menyedari
akan kebolehan, potensi diri dan mempunyai kesediaan untuk bekerja
keras dalam merealisasikan matlamat yang dihajati
-
Empatiharus menyediakan pengalaman pembelajaran yang mampu
meningkatkan empati di kalangan murid melalui pelbagai kaedah
Kemahiran SosialKemahiran sosial merupakan tahap kemampuan murid
mengawal emosi dalam suasana sosial dan menggunakan kemahiran
kesedaran kendiri, empati, pemantauan diri dan dorongan diri untuk
memujuk, berunding dan memimpin. metodologi pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan oleh guru harus berupaya membina
kemahiran bersosial di kalangan murid contohnya, kaedah
perbincangan dan kerjasama secara berkumpulan.
-
Kepentingan Kecerdasan Emosiuntuk memahami emosi dan rasa hati
sendiri.untuk mengurus dan mengendali emosi dengan baik sesuai
dengan keperluan diri dan masyarakat.untuk memahami perasaan orang
lain dalam kerangka hubungan yang mesra dan sejahteramembina
perhubungan yang sejahtera dengan insan lain
-
Menurut Aristotle: Anyone can become angry that is easy. But to
be angry with the right person, to the right degree, at the right
time, for the right purpose, and the right way that is not
easy.
(Goleman, 1995)
-
Peranan Guru Dalam Menjana Kecerdasan Emosi Penerimaan Murid
Tanpa Syarat sikap tidak pilih kasih serta sentiasa bersedia untuk
mendengar dan menerima pandangan semua muridnya dengan hormat sikap
hubungan lebih tidak formal harus ditekankan memberi peluang kepada
muridnya untuk bercakap dan kurang membuat penilaian terhadap
muridnya secara melulu
Mewujudkan Perhubungan Mesra penting dalam proses menjana
pengendalian emosi di kalangan muridsikap mengambil berat dan
perhatian kepada semua muridnya unsur jenaka dan bergurau yang
diselitkan - situasi lebih menyeronokkan
-
Memahami Muridnya Dengan Mendalam Secara Empati memahami diri
orang lain sebagaimana mereka mengalami, merasa dan mempersepsi
terhadap sesuatu perkara yang sedang dihadapi tanpa unsur
simpatiprihatin kepada gerak laku muridnya Sentiasa Mengambil Berat
Terhadap Muridnya satu unsur yang boleh menjadi penghubung antara
guru dengan muridnya. bertanya khabar, menziarahi murid dan ucapan
terima kasih daripada guru
-
Menghormati Muridnya memberikan ruang yang luas kepada murid
untuk bebas meluahkan perasaan dan idea Pujian dapat dilakukan
dengan berkesan melalui kata-kata atau aksi
Mendorong Muridnya Menjadi Matang dan Bertanggungjawab sentiasa
memberi panduan dan cara tertentu untuk memiliki sikap matang dan
bertanggungjawab mendorong muridnya untuk bertindak berdasarkan
kekuatan potensi tersebut dengan cara guru sengaja memberi muridnya
peluang untuk menghadapi beberapa masalah dan membiarkan mereka
bertindak untuk mengatasinya agar muridnya akan lebih
bertanggungjawab dan matang
-
Membantu Muridnya Mencari Alternatif membantu muridnya mencari
pilihan-pilihan jawapan kepada sesuatu permasalahan guru perlu
mahir dalam membuat interpretasi terhadap muridnya dan membantu
muridnya memperbanyakkan pilihan secara lebih berkesan
Guru Sebagai Agen Perubahan dan Modelguru seharusnya mempunyai
kemahiran untuk menjadi model kepada muridnya peranaannya sebagai
sahabat kepada murid-muridnya menimbulkan sekurang-kurangnya
sedikit rasa kagum kepada muridnya supaya muridnya menirunya
-
EQ DAN KOMUNIKASI
Melalui aspek:Kesantunan berbahasaUnsur humorIbu bapa
tumpang
-
KesimpulanGuru bertanggungjawab untuk memperkembangkan potensi
kecerdasan emosi diri murid ke tahap semaksimum mungkin lebih-lebih
lagi pada tahap peringkat prasekolah kerana melentur buluh biarlah
daripada rebungnya Guru perlu menjadi idola peribadi/sahsiahsetiap
murid mempunyai potensi kecerdasan emosi dan jika guru-guru boleh
mencungkil bakat dan kebolehan ini maka murid akan mampu berhadapan
dunia realiti dengan lebih yakin