BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN Keburukan Meninggalkan Sarapan Pagi 1) Keburukan Meninggalkan Sarapan Pagi 2) Nilai Kehidupan 3) Direktori Wakil AKRAB / SPPsi 4) Menangani Kesi- lapan 5) Galeri Gambar Program BULETIN BIL. 152/ JAN-FEB 2016 Sumber : Internet. Kita tahu sarapan pagi itu penting untuk kesihatan tubuh badan dan untuk kelanca- ran aktiviti seharian. Namun, ianya masih diabaikan sesetengah orang yang sering bergegas setiap pagi untuk ke tempat kerja atau ke kelas. Kecekapan kerja menurun Selepas tidur semalaman, nutrisi badan anda berkurangan dan paras gula pula sering jatuh pada kadar minimum. Mengelak makan sarapan menghalang tubuh badan un- tuk menambah gula dalam darah, menyebabkan simptom-simptom seperti pening, lemah badan dan kemurungan, lantas mempengaruhi prestasi kerja. Cenderung menjadi obesiti Sesetengah orang menganggap mengelak sarapan pagi dapat mengurangkan kalori dengan harapan untuk mengurangkan berat badan. Mengelak sarapan pagi akan me- nyebabkan lebih mudah lapar menjelang waktu makan tengah hari dan sekaligus mendorong untuk makan secara berlebihan. Akhirnya, pengambilan karbohidrat or- ganik secara berlebihan menyebabkan cubaan kurangkan berat badan menjadi lebih sukar dan cenderung kepada obesiti. Refleks perlahan Sarapan merupakan sumber tenaga utama untuk prestasi fizikal dan mental yang lebih aktif. Tanpa pengambilan sarapan pagi, badan akan mengalami kekurangan bekalan gula, mengakibatkan kehabisan tenaga, keletihan, tumpuan lemah, kemurungan dan refleks perlahan. Penuaan pra-matang Apabila badan mengalami kekurangan sumber tenaga, ia mula membakar tenaga da- ripada simpanan glikogen dan protein. Dalam jangka masa yang lama, menyebabkan kulit menjadi kering, berkedut dan anemia. Dan ini bererti anda akan lebih cepat mengalami proses penuaan. Sembelit Apabila tiga hidangan dalam sehari diambil secara tetap, tubuh secara automatik akan memelihara pergerakan usus dengan lebih efektif. Jika anda sering mengelak sarapan pagi, dalam jangka masa panjang ia akan mengganggu ritma normal ini dan sekaligus boleh menyebabkan berlakunya sembelit.
8
Embed
Keburukan Meninggalkan Sarapan Pagirakan.jpm.gov.my/sites/default/files/buletin_kelab/buletin Jan-Feb 2016.pdf · BULETIN PEMBIMBING ANDA ISU KELUARAN Keburukan Meninggalkan Sarapan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BULETIN PEMBIMBING ANDA
ISU KELUARAN
Keburukan Meninggalkan Sarapan Pagi
1) Keburukan
Meninggalkan
Sarapan Pagi
2) Nilai Kehidupan
3) Direktori Wakil
AKRAB / SPPsi
4) Menangani Kesi-
lapan
5) Galeri Gambar
Program
BULETIN BIL. 152/ JAN-FEB 2016
Sumber : Internet.
Kita tahu sarapan pagi itu penting untuk kesihatan tubuh badan dan untuk kelanca-ran aktiviti seharian. Namun, ianya masih diabaikan sesetengah orang yang sering bergegas setiap pagi untuk ke tempat kerja atau ke kelas.
Kecekapan kerja menurun Selepas tidur semalaman, nutrisi badan anda berkurangan dan paras gula pula sering jatuh pada kadar minimum. Mengelak makan sarapan menghalang tubuh badan un-tuk menambah gula dalam darah, menyebabkan simptom-simptom seperti pening, lemah badan dan kemurungan, lantas mempengaruhi prestasi kerja.
Cenderung menjadi obesiti Sesetengah orang menganggap mengelak sarapan pagi dapat mengurangkan kalori dengan harapan untuk mengurangkan berat badan. Mengelak sarapan pagi akan me-nyebabkan lebih mudah lapar menjelang waktu makan tengah hari dan sekaligus mendorong untuk makan secara berlebihan. Akhirnya, pengambilan karbohidrat or-ganik secara berlebihan menyebabkan cubaan kurangkan berat badan menjadi lebih sukar dan cenderung kepada obesiti.
Refleks perlahan Sarapan merupakan sumber tenaga utama untuk prestasi fizikal dan mental yang lebih aktif. Tanpa pengambilan sarapan pagi, badan akan mengalami kekurangan bekalan gula, mengakibatkan kehabisan tenaga, keletihan, tumpuan lemah, kemurungan dan refleks perlahan.
Penuaan pra-matang Apabila badan mengalami kekurangan sumber tenaga, ia mula membakar tenaga da-ripada simpanan glikogen dan protein. Dalam jangka masa yang lama, menyebabkan kulit menjadi kering, berkedut dan anemia. Dan ini bererti anda akan lebih cepat mengalami proses penuaan.
Sembelit Apabila tiga hidangan dalam sehari diambil secara tetap, tubuh secara automatik akan memelihara pergerakan usus dengan lebih efektif. Jika anda sering mengelak sarapan pagi, dalam jangka masa panjang ia akan mengganggu ritma normal ini dan sekaligus boleh menyebabkan berlakunya sembelit.
BULET IN BIL. 152/ JAN -FEB 2016 Mukasurat 2
Apa yang Anda Mahukan Untuk Menambah NILAI KEHIDUPAN
Objektif Topik Ini Adalah :
(1) Fahami prinsip 5 K dalam kehidupan anda.
(2) Hayati prinsip 5 K untuk kecemerlangan diri tahun 2016 ini ; dan
(3) Mengaplikasi 5 K dalam diri anda secara mudah mulai sekarang.
*Apakah yang anda inginkan dalam kehidupan anda pada tahun 2016 ini ?
*Apakah perkara yang anda inginkan itu benar-benar anda inginkan ?
*Apakah pentingnya perkara tersebut pada diri anda ?
*Bagaimana anda ingin mendapatkannya ?
5 K Untuk 2016 ?
Jika tahun ini anda mahukan 5 K dengan suatu azam, tekad, kemahuan dan tindakan yang betul. Insyaallah
pasti anda mampu mendapatkannya. Apakah 5 K itu ?
(1) K : Kesihatan.
*Apakah anda mahu diri anda
sihat ? Apakah pentingnya
kesihatan pada diri anda ?
Kesihatan bagaimana yang anda
inginkan ?
(2) K : Kebahagiaan.
Anda mahu bahagia bukan? Bahagia dari
aspek apakah yang anda mahukan? Besar
atau kecil 'bahagia' yang anda mahukan
itu? Jauh atau dekat? atau bagaimana?
(3) K : Kesenangan.
*Ramai orang nak senang. namun berapa ramai
orang yang melafazkan nak 'senang' itu
melakukan TINDAKAN sebagai orang yang se-
nang? Senang yang bagaimana anda mahukan?
Senang dari aspek kewangan? Bebas hutang?
Bebas dari bebanan emosi stress? Emosi dan
pemikiran yang berserabut? Hanya anda sendiri
yang mengetahuinya.
BULET IN BIL. 152/ JAN -FEB 2016 Mukasurat 3
Sambungan…
(4) K : Keberkatan
*Apakah wang gaji yang selama ini anda terima sama ada bekerja sendiri
atau melalui organisasi anda benar-benar dalam kategori 'berkat'? Berapa
kali anda menghulurkan bantuan dari aspek tenaga, wang ringgit anda
kepada mereka yang memerlukan? Zakat bagaimana? Hutang dengan
orang bagaimana? Jika anda merasakan 'rezeki anda tidak cukup' khu-
susnya dari aspek kewangan, anda perlu memikirkan kembali bagaimana
mahu keluar dari isu ini agar kehidupan anda menjadi berkat. Kalau tidak,
pasti akan terlepas kata-kata kita sama ada melalui sms/whatsApp kepada
rakan atau teman kita walaupun kita 'berpangkat besar' seperti ayat "Tak
guna jadi jurutera, kalau hutang tak bayar. Keluarga awak adalah
tanggungjawab awak sendiri, bukan orang lain."
(5) K : Kesyukuran
* Bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada kita. Elakkan dari
mengeluh. Kerana mengeluh itu menjadikan rezeki kita semakin tertutup. Elok-elok
rezeki nak datang pada kita, sudah lari bertempiaran. Kadang-kadang, kita kurang
bersyukur pada Allah. Ada anak pandai, ada rumah selesa, cukup makan minum
dan pakaian, namun ada juga kalangan manusia yang masih lagi menge-
luh...mengeluh...dan terus mengeluh. Kesian orang yang berfikiran macam ini.
Bagaimana pada tahun 2016 ini, dia mahu meneruskan kehidupannya? Fikir-
fikirkan.
Bagaimna Untuk Mendapatkan 5 k ini bagi tahun 2016 ? Langkah 1 : Ubah Cara Anda Berfikir. * Bagaimana? * Tambah ilmu kemahiran diri melalui bengkel-bengkel/seminar yang dikendalikan oleh pakar pembangunan diri da-lam pelbagai bidang seperti NLP (Neuro Linguistic Programming), Hipnoterapi, Emotional Freedom Technique (EFT), Kaunseling Pembangunan Diri, Coaching dan sebagainya. *Jangan 'kedekut untuk keluarkan wang' demi membangunkan diri. Orang lain sudah ke hadapan, anda bagaimana ? Langkah 2 : Ubah Emosi Diri Anda * Bagaimana ? * Jika anda berdepan dengan emosi sedih, cepat-cepat ubahkan posisi kedudukan badan anda. Tegakkan badan anda. Tarik nafas sedalam yang mungkin dan hembus keluar nafas anda dari mulut anda. Kemudian, pejamkan mata anda sambil bertanya, "Apa yang aku dapat jika aku teruskan emosi sedih ini pada diri aku ?". Pasti anda dapat jawapannya bukan ? Langkah 3 : Ubah Tindakan Anda. *Bagaimana ? *Tanamkan kata-kata ini saat anda mahu tidur ke dalam pemikiran bawah sedar anda. "Jika apa yang saya lakukan tidak menjadi. Buatlah dengan cara yang lain", sambil membayangkan tindakan anda bagi menyelesaikan isu yang ada di dalam pemikiran anda. Pasti anda bertemu dengan pelbagai tindakan yang unik.
Hubungi Rakan Pembimbing anda untuk berbincang dan berkongsi pendapat, pandangan, pengalaman dan membuka celik akal melalui telefon atau e-mail. Rujuk pada Buku Panduan
Telefon JPM atau hubungi Seksyen Pengurusan Psikologi (SPPsi) JPM :-
Badrul Hani Bin Abu Hani Mohammed Kamal Bin Hj. Mohamed Yusoff
(Ketua Pegawai Psikologi) ( Pegawai Psikologi Kanan )
Semua pernah melakukan kesilapan? Bagaimana untuk menangani dan belajar daripada kesilapan dan kesala-han yang dilakukan. Adakah anda akan mengulangi kesilapan yang sama? Usah “bazirkan” hidup anda dengan melakukan kesilapan yang berulang. Ambil iktibar daripada kesalahan tersebut agar membantu anda menjalani kehidupan di masa akan datang. Berikut merupakan beberapa tips yang anda boleh ikuti;
Menangani Kesilapan
Menerima kesilapan yang anda lakukan
Sudah pasti kalau kita buat silap akan berasa kecewa dan sedih. Tapi jangan biarkan kesedihan itu memerangkap hidup anda. Terima sebagai satu pen-galaman hidup yang akan terus mendidik dan membimbing anda menghadapi rencah kehidupan.
Fitrah kehidupan
Akui bahawa kesilapan adalah sebahagian daripada fitrah kehidupan. Semakin banyak usaha untuk mencapai ke-jayaan, semakin besar risiko untuk anda melakukan kesi-lapan. Banyak cabaran perlu ditempuhi dan dalam itu su-dah pasti akan berlaku kesilapan yang mengajar anda untuk terus berusaha. Melakukan kesilapan adalah perkara biasa tetapi jangan mengulangi kesilapan buat kali yang kedua. Belajarlah daripada kesilapan anda.
Merendah diri
Tidak salah untuk anda bersikap rendah diri. Jika anda asyik meninggi diri, maka pasti susah untuk mendapat ilmu. Oleh itu, anda mestilah rendahkan diri dan ego anda untuk menerima ilmu daripada rakan-rakan disekeliling anda. Perbetulkan kesilapan yang anda telah lakukan dengan memohon tunjuk ajar mereka agar anda dapat mengelak mengulangi kesilapan lagi.
Sedia untuk mohon maaf
Jangan rasa hina dan malu untuk memohon maaf. Akui kesilapan diri dan wujudkan rasa tanggungjawab dalam diri anda. Jangan berdiam diri dan mengelak masalah da-ripada kesilapan yang anda lakukan. Bersikap terbuka dan matang jika kesilapan itu berpunca daripada anda. Sudah pasti mereka akan menerima dan memaafkan anda.
Jika kesalahan itu terlalu peribadi, rahsiakan!
Sekiranya kesilapan yang anda lakukan itu tidak melibatkan orang lain ataupun melibatkan maruah anda dan terlalu peribadi, maka lebih baik kesilapan itu hanya anda sahaja yang mengetahuinya. Jadikan rahsia anda. Tetapi anda mesti pastikan agar tidak mengulangi kali kedua perkara tersebut. Belajar da-ripada kesilapan sudah pasti akan.
Jika melibatkan orang lain
Andai kesilapan itu melibatkan orang lain, anda mestilah berterus terang dan akui kesilapan disebabkan kelalaian serta kecuian anda. Berusahalah memperbetulkan kesi-lapan anda.
Minta bantuan
Jika masalah yang terjadi daripada kesilapan yang anda tidak dapat selesaikan, tanyalah rakan-rakan anda yang lebih arif dalam bidang tersebut. Jangan malu untuk meminta bantuan mereka dan terimalah pandangan dengan fikiran yang terbuka dan carilah jalan penyelesian sebaik mungkin. Setiap tindakan yang anda lakukan ama-tlah penting bagi membuktikan masalah itu dapat diselesaikan.
Belajarlah daripada kesilapan. Elak daripada berulang
Renungkan apa sebenarnya yang telah berlaku. Apakah factor-factor sehingga berlakunya kegagalan itu. Kemudian cari jalan untuk elak daripada perkara sama berulang kembali. Jika masi terjadi anda mintalah bantuan orang lain yang berpegalaman dan berpengetahuan. Carilah jalan penyelesaian dan tang-gani lah masalah tersebut.
BULET IN BIL. 152/ JAN -FEB 2016 Mukasurat 7
LAWATAN ILMIAH SEKOLAH SUKAN BUKIT JALIL (SSBJ) KE JPM
PADA 16 FEBRUARI 2016
BULET IN BIL. 152/ JAN -FEB 2016 Mukasurat 8
Mesyuarat Rakan Pembimbing (AKRAB) Jabatan Perdana Menteri
Bil.1/ 2016
29 Januari 2016
Bilik Mesyuarat, Aras 2, Blok B8, Kompleks JPM, Putrajaya.