HIKMAH TIDAK AKAN BERPENGARUH TERHADAP KALBU YANG MEROSAK
Hikmah Tidak Akan Berpengaruh Terhadap Kalbu Yang MerosakDunia
ini adalah negeri yang benar bagi mereka yang bersikap benar
terhadapnya, negeri yang sihat bagi mereka yang memahaminya, negeri
yang kaya bagi mereka yang berbekal diri darinya, negeri nasihat
bagi mereka yang mahu mengambil nasihat darinya, masjid para
kekasih ALLAH dan tempat shalat para malaikat-Nya, tempat turunnya
wahyu, tempat berlabuh para wali ALLAH, di mana mereka mencari
rahmat ALLAH di dalamnya dan beruntung memperoleh syurga di
dalamnya.
SETIAP ORANG YANG TELAH DEWASA (AKIL BALIGH) PASTI ADA KAITANNYA
DENGAN AL-QURAN YANG DITURUNKAN ALLAH Azza Wa Jalla.
:: MUKADDIMAH ::Bukanlah termasuk perbuatan yang aib atau hina
jika perkara yang baik di pandang remeh oleh orang lain, kerana
kesempurnaan hanya bagi ALLAH semata.TetapiAib itu, justeru bagi
orang yang melihat suatu kesalahan, tapi tidak mahu menunjukkan ke
arah yang benar. Begitu juga aib tersebut akan menimpa orang yang
menunjukkan ke arah yang benar, tetapi tidak mengetahui (mengakui)
kesalahannya sendiri.
Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Maha Mencipta; yang
menciptakan manusia dari segumpal darah; Bacalah! Tuhan Yang Maha
Pemurah; Yang mengajarkan dengan pena; Yang mengajarkan kepada
manusia apa-apa yang tiada diketahuinya; Sekali-kali janganlah!
Sesungguhnya manusia amat derhaka kerana ia melihat dirinya telah
kaya-raya; Sesungguhnya kepada Tuhanmu, kembalinya kamu, Adakah
engkau (kamu) lihat orang melarang? Hamba... Ketika ia sembahyang?
Adakah engkau (kamu) lihat, jika yang melarang itu di atas
petunjuk? Atau menyuruh dengan takwa? Adakah engkau (kamu) lihat
jika ia mendustakan dan berpaling? Tidakkah ia tahu bahawa
sesungguhnya ALLAH Maha Melihat? Sekali-kali janganlah begitu!
Demi, jika ia tidak berhenti (dari kemunafikan). Nescaya akan ALLAH
Azza Wa Jalla tarik ubun-ubunnya; Iaitu ubun-ubun yang dusta lagi
bersalah; Maka hendaklah ia memanggil golongannya; Nanti akan ALLAH
Azza Wa Jalla panggil Zabaniah; Sekali-kali janganlah begitu!
Janganlah engkau (kamu) ikut orang yang bersalah itu dan sujudlah
(kepada ALLAH Azza Wa Jalla) serta berhampir dirilah (taubat).
Kamu (manusia) telah dilalaikan oleh perlumbaan (memperbanyakkan
harta-benda dan anak-anak) sehingga kamu (manusia) masuk kubur.
Sekali-kali jangan begitu! Nanti kamu (manusia) akan mengetahui.
Kemudian... Sekali-kali jangan begitu! Kalau kamu (manusia)
mengetahui dengan ilmu yang yakin. Sesungguhnya, kamu akan melihat
neraka. Kemudian... Sesungguhnya, kamu (manusia) akan melihatnya
dengan mata keyakinan. Kemudian... Kamu (manusia) akan diperiksa
pada hari itu tentang segala nikmat.
Bukankah, ALLAH Azza Wa Jalla telah melapangkan dada kamu
(manusia); Dan telah ALLAH Azza Wa Jalla ringankan beban kamu
(manusia) yang berat; Yang memberati belakang kamu (manusia); Dan
ALLAH Azza Wa Jalla tinggikan (muliakan) namamu? Sesungguhnya,
disamping kesukaran ada kemudahan; Sesungguhnya, disamping
kesukaran ada kemudahan; Apabila engkau (kamu) telah selesai, maka
bersusah-payahlah; Dan kepada Tuhanmu. Berharaplah!
PUNCAK & KEFASIHANBacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang
Maha Mencipta; Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah;
Bacalah! Tuhanmu Maha Pemurah; Yang mengajarkan dengan pena;
Mengajarkan kepada manusia apa yang belum diketahuinya; Jangan!
Sesungguhnya manusia itu bertindak melanggar batas; Dan Kami
masyhurkan namamu; Kerana itu, sesungguhnya bersama kesulitan
(datang) kelapangan; Sesungguhnya bersama kesulitan (datang)
kelapangan; Sebab itu, apabila engkau mempunyai tempoh. Bekerja
keraslah! Dan kepada Tuhanmu, tunjukkanlah pengharapan.
Beramal kerana manusia adalah syirik dan meninggalkan amalnya
kerana manusia adalah riak. Sedangkan ikhlas itu, bahawa ALLAH Azza
Wa Jalla selamatkan kamu dari kedua hal tersebut.
IQRA Sajak oleh: Mokhtar JamilAyat pertama diturunkan,Melalui
Jibril untuk disampaikan,Kepada Muhammad manusia pilihan,Di Gua
Hira tempat pertemuan,Amalan tahannut akal
diperjalankan,Mengupayakan fikiran mencari kebenaran.
Bacalah.. buku-buku membangunkan kemanusiaan,Bacalah..
kitab-kitab mencerminkan keimanan,Bersumber dari al-Quran,Uraian
ulama sasterawan,Mutiara kata pemikir berjiwa seniman,Sastera sufi
zaman-berzaman.
Bahan dibaca berciri nafsu,Bila permahaman tidak bersandarkan
ilmu,Akal fikiran dijamah keliru,Gersang minda bersemangat
layu,Menjadikan ummah terpaksa membisu,Kini dianiaya serta
diburu,Laluan diberi kerana tidak bersatu.
Perubahan sikap mesti dimulakan,Minat membaca perlu
diamalkan,Pembelian buku satu pelaburan,Bahan dibaca mengikut
kemampuan,Perlunya berguru untuk pembetulan,Supaya tidak dipandu
syaitan.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:Bacalah.. dengan (menyebut)
nama Tuhanmu Yang Maha MenciptaSurah Al-Alaq, ayat 1
AKAL Sajak oleh: Mokhtar JamilKuasanya mengatur hidup
manusia,Ghaib tetapi ada,Jika tiada ertinya gila,Lebih mulia dari
yang menggila-gila,Yang rosak bukan hanya dia,Agama, bangsa dan
negara.
Bermula akal kepada Adam,Diperingatkan malaikat perosak
alam,Tetap juga tuhan ciptakan,Sebelum dan berakhir sudah
ditentukan,Berbagai sifat Maha-Nya memberi keberkatan.
Perjalanan akal menjadi berakal,Membatu kaku menjadi
bebal,Menterjemahkan hidup yang tidak kekal,Berperanan khalifah
berkeimanan kental,Menabur jasa sebelum menemui ajal,Kehidupan
diakhirat tidak menyesal.
Kegunaan akal sebagai penimbang,Antara seruan dengan
hasutan,Berat mana ditentukan kemudian,Neraka dan syurga disediakan
balasan.
Pertanyaan ALLAH kepada manusia,Sebelum umat Nabi Lut diturunkan
bala,Umat Nabi Muhammad mestilah terasa,Mengenal bencana yang
ada,Maruah ummah semakin dicela,Fungsi ke Islaman dijadikan
sengketa.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:..dan ALLAH menimpakan
kemungkaran kepada orang-orang yang tidak menggunakan akalnyaSurah
Yunus, ayat 100
HATI Sajak oleh: Mokhtar JamilDiumpamakan raja kepada
anggota,Demikian sabda baginda,Mengibaratkan hati mempunyai
kuasa,Baik dan buruk sukar dibeza,Terlindung dengan sifat
berpura-pura.
Sebagaimana iblis telah bersumpah,Hati sasaran menerima
padah,Memberangsangkan menentang perintah ALLAH,Nafsu ditenagakan
kuat dan gagah,Akal dan fikiran mudah diperintah,Berbagai
kemungkaran semakin menyerlah.
Hati disuci dengan zikir,Supaya iblis dapat
diusir,Mensejahterakan akal untuk berfikir,Meneruskan ketaqwaan
hingga nyawa berakhir,
Iman berperanan menjinakkan hati,Arus nafsu mesti
diawasi,Mengawal perasaan menakluki diri,Dibatas keimanan hidup
berfungsi,Pencapaian mutlak mukmin sejati.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud: ..dan janganlah menghina
Aku pada hari kebangkitan iaitu hari yang tidak berguna harta benda
dan anak-anak melainkan orang-orang yang mendatangi ALLAH dengan
hati yang bersihSurah As-Syuara, ayat 87-89
Sajak BushiriTidak sampai kita dicuba;
Yang akan meletihkan akal kerananya;
Sebab sayangnya kepada kita;
Kita pun tak ragu, kita pun tak sangsi.
Dan bahawa prasangka itu tidak berguna sedikit pun terhadap
kebenaran
Pesanan dari seorang sahabat sejati:Aku mengasihi semua
sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, sama seperti aku mencintai
sanak saudaraku. Seorang sahabat yang baik adalah manusia yang
menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku
mati.Ketahuilah mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul
dengan orang jahat. Jika tidak ketemui sahabat yang beriman dan
bertakwa, aku lebih rela hidup menyendiri.
Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang lebih
menyenangkanku daripada bersahabat dengan seseorang yang mesti ku
waspadai kejahatan mereka.
Ingatlah wahai saudara Islamku sekelian, tenanglah kamu dalam
menghadapi perjalanan hidup ini. Sepanjang usiaku yang semakin tua,
semakin sukar aku temukan di dunia ini sahabat sejati. Ku
tinggalkan orang jahat kerana banyak kejelekannya dan kujauhi orang
(sesetengah) berkedudukan kerana kebaikannya sedikit.
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai dengki, hatiku
lega dan jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku lalu
di depanku, aku menghormatinya. Semua itu kulakukan supaya aku
dapat menjaga diriku daripada kejahatan dan kemungkaran.
Aku tunjukkan kemarahan, kesopanan dan persahabatanku kepada
orang yang kubenci sama seperti kuperlihatkan hal itu kepada orang
yang kucintai. Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan
berjangkit apabila kita mendekati mereka. Namun, menjauhi manusia
bererti memutuskan persahabatan dan silaturahim.
Kadangkala aku terfikir mudah-mudahan aku dapat bersahabat
dengan anjing kerana walaupun hina, ia masih menunjukkan jalan
kepada majikannya yang tersesat. Bukan seperti manusia jahat yang
selama tidak akan memberi petunjuk.
Selamatkanlah dirimu! Jagalah! Lidahmu baik-baik kerana kamu
akan bahagia, walaupun kamu terpaksa hidup sendiri di muka bumi
ini. Lebih baik kamu bersendiri daripada mendekati manusia yang
menipu dan memperdayakanmu.
Jika seseorang tidak dapat menjaga maruah dan nama baiknya
kecuali dalam keadaan dipaksa oleh orang lain, tinggalkanlah dia
dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Ramai orang lain dapat
menjadi penggantinya.
Berpisah dengannya bererti beristirehat. Dalam hati masih ada
kesabaran, meskipun memerlukan daya usaha yang keras untuk
mempertahankannya. Tidak semua orang yang kamu sukai, menyukaimu
dan sikap ramahmu, kadangkala dibalas dengan sikap biadap.
Jangan bersahabat dengan pengkhianat kerana dia tidak
memperdulikan kesetiaan. Dia akan memungkiri jalinan kasih yang
dibina dan menampakkan hal yang kelmarin menjadi rahsia sulit.
Selamat tinggal dunia jika di atasnya tidak lagi ada sahabat
jujur dan menepati janji. Biarlah hidup bersendirian daripada
mengkhianati manusia. Bersegeralah mendekati orang-orang mulia
supaya kamu beroleh kemuliaan hidup di dunia ini. (Imam
al-Ghazali)
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang
benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari
erti persahabatan tulen.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan
aku mencintai sanak saudaraku.Sahabat yang baik adalah yang sering
sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau
selepas aku mati.Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati
yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku
dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya.Kuhulurkan tangan
kepada sahabatku untuk be! rkenalan kerana aku akan berasa senang.
Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya diri.
Mencari sahabat pada waktu susahBelum pernah kutemukan di dunia
ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku
sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda,
aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"Pada
waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila
giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.
Pasang surut persahabatanAku dapat bergaul secara bebas dengan
orang lain ketika nasibku sedang baik.Namun, ketika musibah
menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak
mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada
mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang
menjengukku.Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri
hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak
sorai.Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang
jahat.Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku
hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.
Sukarnya mencari sahabat sejatiTenanglah engkau dalam menghadapi
perjalanan zaman ini. Bersikap seperti seorang paderi dalam
menghadapi manusia.Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan
daripada manusianya. Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka,
kelak kamu akan memperoleh kebaikannya.Sepanjang usiaku yang
semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini sahabat yang
sejati.Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan
kujanji orang mulia kerana kebaikannya sedikit.
Sahabat sejati pada waktu susahKawan yang tidak dapat
dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai
kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali
yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang
bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku
melenakanku. Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun
yang penduduknya berhati manusia.
Rosaknya keperibadian seseorangDalam diri manusia itu ada dua
macam potensi penipuan dan rayuan.Dua hal itu seperti duri jika
dipegang dan ibarat bunga jika dipandang. Apabila engkau memerlukan
pertolongan mereka, bersikaplah bagai api yang dapat membakar duri
itu.
Menghormati orang lainBarang siapa menghormati orang lain,
tentulah dia akan dihormati. Begitu juga barang siapa menghina
orang lain, tentulah dia akan dihinakan.Barang siapa berbuat baik
kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu juga barang siapa
berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang dahsyat.
Menghadapi musuhKetika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai
rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.
Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa
menghormatinya.Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku
daripada kejahatan.Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa
persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal
itu kepada orang yang kucintai.
Tipu daya manusiaMudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat
denganku kerana bagiku dunia ini sudah hampa daripada
manusia.Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan
untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang
selamanya tidak akan memberi petunjuk.Selamatkanlah dirimu, jaga
lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa
hidup sendiri.
Tempat menggantungkan harapanApabila engkau menginginkan
kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah orang yang sedang
membangun rumah untuk ALLAH.Hanya orang yang berjiwa mulia yang
dapat menjaga nama baik dirinya dan selalu menghormati tamunya,
baik ketika hidup mahu pun setelah mati.
Menjaga nama baikJika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya
kecuali dalam keadaan terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan
bersikap belas kasihan kepadanya.Banyak orang lain yang dapat
menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirahat.Dalam
hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya
usaha yang keras.Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu
dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.Jika
cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya
cinta yang dibuat-buat.Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat
kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai.Dia akan
memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan
hal yang dulunya menjadi rahsia. (Imam as-Syafiee)
Sesungguhnya jika ALLAH berkehendak kebaikan terhadap hambaNya
maka dijadikaan dosa2 terbayang di ruang mata..
Tiga nasihat dan Muslihat?! Pada suatu hari, seorang manusia
telah menangkap seekor burung.Kemudian, si burung berkata, Aku
tidak berguna apa-apa walaupun dijadikan tawanan olehmu.Lepaskan
sahaja aku.Nanti aku beri kamu 3 nasihat.Si burung berjanji akan
memberikan nasihat pertama ketika berada dalam genggaman manusia
itu.Yang kedua akan diberikannya kalau ia sudah berada di dahan
pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai puncak bukit.Manusia
itu bersetuju, lalu dia pun meminta si burung memberikan nasihat
pertama.Kata si burung, Kalau kamu kehilangan sesuatu, meskipun
kamu menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan menyesal.Manusia
itu pun melepaskannya dan si burung segera melompat ke atas dahan
berhampiran .Disampaikannya pula nasihat yang kedua, Jangan percaya
kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila tiada
bukti.Kemudian si burung terbang ke puncak gunung. Dari sana ia
berkata, Wahai manusia malang! Dalam diriku terdapat 2 permata
besar, kalau tadi kamu membunuhku, kamu akan memperolehnya.Manusia
itu sangat menyesal memikirkan kehilangan yang dialaminya.Namun
katanya, Setidak-tidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga
itu!Siburung menjawab, Alangkah tololnya kamu meminta nasihat
ketiga sedangkan yang kedua pun belum kamu renungkan sama
sekali.Sudah kukatakan padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan
dan jangan mempercayai hal yang bertentangan dengan akal.Kini kamu
malah melakukan kedua-duanya.Kamu percaya pada sesuatu yang tidak
masuk akal dan menyesali akan kehilanganmu.Aku pun tidak cukup
besar untuk menyimpan 2 permata besar! Kamu tolol! Oleh kerana itu,
kamu harus tetap berada dalam keterbatasan yang disediakan bagi
manusia.
Mengapa Manusia Kadang-Kadang Tidak Melihat Kebenaran?Kebenaran
ini nampak sangat jelas bahkan dimata seorang berfikiran paling
sederhana sekalipun. Hanya saja, kadang-kadang orang begitu
terlibat dengan perjuangan untuk memenuhi keperluan hidup
sehari-hari hingga dia tidak punya waktu untuk memikirkan
matlamat-matlamat seperti ini, lalu sehingga melalaikannya. Orang
mudah terpesona oleh daya tarikan alam semulajadi yang indah dan
terlalu mencintai kesenangan dunia hingga tidak bersedia berfikir,
lalu hidup sesuai dengan kebenaran ini disamping beberapa kebenaran
yang lain.Oleh itu, Al-Quran memberikan perhatian yang sangat besar
dalam menerangkan dengan pelbagai cara mengenai bagaimana
makhluk-makhluk diciptakan dan sistem yang mengaturkannya. Ia
menunjukkan bahawa kebanyakan manusia tidak mengembangkan kemampuan
mentalnya (akal) untuk memikirkan masalah-masalah intelektual.
Khususnya berlaku bagi orang-orang yang hanya terpesona oleh daya
tarikan alam semulajadi dan kesenangan-kesenangan hidup yang
menyeronokkan.Namun manusia adalah bahagian dari ciptaan dan tidak
pernah terpisah dari alam dan sistem khusus mahupun umum yang
mengaturkannya. Setiap saat, dia boleh untuk merenungkan ciptaan
dan sistemnya lalu memahami adanya Maha Pencipta dan Maha
Pemelihara.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud: Sesungguhnya pada langit
dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda untuk orang-orang yang
beriman. Dan pada penciptaan kamu semua dan pada binatang-binatang
yang melata, yang bertebaran (di muka bumi) terdapat tanda-tanda
untuk kaum yang meyakini. Dan pada penggantian siang dan malam dan
hujan yang diturunkan ALLAH dari langit lalu dihidupkannya bumi
dengan air hujan itu sesudah matinya; dan pada perkisaran angin
terdapat pula tanda-tanda bagi kaum yang berakal.Surah Al-Jatsiyah,
ayat 3-5
Cerita untuk kita:Pada suatu ketika, seorang Arab Badwi keluar
rumah pada malam hari. Tiba-tiba dia melihat seorang budak
perempuan yang cantik. Maka budak itupun dirayunya. Tapi budak
menjawab,Apakah kamu tidak punya kendali akal, atau agamamu tidak
punya pemberi nasihat untukmu? Si Badwi berkata,Demi ALLAH, tidak
ada yang melihat kita selain bintang-bintang di langit. Maka si
budak pun berkata kepadanya,Celaka kamu! Lantas di mana Pencipta
bintang-bintang itu? Perkataan budak perempuan itu membuat si Badwi
terbungkam. Maka dia pun lalu berkata,Aku hanya main-main saja.
Erti Ilmu yang sebenar:Ilmu merupakan jalan keselamatan dari
bahaya dan ketidakbetulan (kecelaan). Ilmu yang benar sebagai
faktor utama penjamin keselamatannya dari kecelaan. Setiap orang
yang mendapat anugerah ilmu, maka ia berada di bawah naungan cahaya
terang yang berfungsi sebagai alat untuk mengetahui cara selamat
dari kebinasaan.Ilmu yang dimaksudkan di sini adalah marifatullah
(mengenal ALLAH Azza Wa Jalla dengan dalil-dalil), memahami
syariat-Nya, hukum-hukum-Nya, janji-janji serta ancaman
seksaan-Nya. Pertama kali renungkanlah bahawa engkau adalah hamba
ALLAH.Engkau tidak diciptakan-Nya secara sia-sia. Ketahuilah bahawa
Dialah Rabb yang telah menciptakan engkau dan Dialah yang mengatur
engkau. Renungilah hal itu dengan melihat tanda-tanda
kebesaran-Nya, sama ada yang tersirat mahupun yang tersurat.
Tidakkah engkau memahami?! ALLAH Azza Wa Jalla yang mengatur dan
memiliki engkau, yang telah mencurahkan tiap-tiap nikmat-Nya yang
tiada terhingga kepada engkau.
Dalam hadis dijelaskan: Sesungguhnya malaikat Jibril turun
menemui Adam a.s, lalu berkata kepadanya: ALLAH Azza Wa Jalla
menyuruhku untuk menawarkan 1 pilihan dari 3 pilihan yang
ditawarkan-Nya, iaitu: Akal, Agama dan Rasa malu.Adam a.s menjawab:
Aku memilih Akal. Maka Rasa malu dan Agama pun berkata: Jika
begitu, kami bersamamu wahai Adam, sebab ALLAH telah menyuruh kami
agar selalu bersama akal di manapun ia berada.
Huraian:1. Segala sesuatu yang ditolak oleh akal, maka ia tidak
termasuk agama. Orang yang tidak berakal, bererti tidak beragama
dan tidak mempunyai rasa malu, sekalipun ia melakukan shalat
(sembahyang) di malam hari dan berpuasa di siang hari.2. Selama
agama tidak berpisah dari akal dalam bentuk apapun, maka menutup
pintu Ijtihad bererti menutup pintu agama.
Ertikata Ijtihad adalah melepaskan belenggu-belenggu yang
mengikat akal serta memperluas wawasan(peluang) untuk menarik
beberapa masalah dari akar-akarnya(usulnya). Oleh sebab itu, jika
kita meninggalkan akal bererti meninggalkan agama, berdasarkan
adanya keharusan atas yang berkaitan antara keduanya.Dengan
perkataan lain, jika kita katakan bahawa pintu Ijtihad telah
tertutup, maka kita harus menutup 1 diantara 2 bukan ketiga dari
keduanya. Maka bila kita menutup pintu agama, sebenarnya kita sudah
cukup menutup pintu Ijtihad. Ataupun berdetik dalam hati berbisik:
Sesungguhnya akal tidak dapat mendukung(menegakkan) agama dan tidak
dapat menentukan satu hukum dari beberapa hukumnya.Dan dua masalah
tersebut sangat jauh dari logik Syara dan kebenaran.
Tolok ukur yang paling benar bagi membezakan antara panduan yang
benar dan bukan,adalah terletak pada kenyataan yang
sebenarnya(panduan yang benar menggambarkan keadaan yang objektif)
dan panduan yang benar tersebut berada di bawah naungan sinar yang
terang(sahih). Jadi apabila pernyataan yang tidak berdiri di atas
keaadaan yang objektif dan tidak disinari cahaya yang terang, maka
pernyataan tersebut adalah perkataan (godaan) iblis dan syaitan
(Laknatullah).
Mencintai adalah belajarCinta adalah melihat apa yang baik dan
indah dalam segala sesuatu;Mencintai adalah belajar dari segala
sesuatu;Mencintai adalah melihat anugerah yang wajar
dipelihara;Mencintai adalah kemurahan hati dan mensyukuri segala
rahmat ALLAH;Penting bagimu untuk memiliki perasaan cinta dalam
hatimu;Dalam bentuk dan wujud apapun,penting pula bagimu untuk
dicintai.
Lebih mudah mencintai daripada dicintai,Jika kau mencinta..Kau
pasti akan menemui.Suatu hari nanti.
Mengapa kita mesti cinta kepada ALLAH Azza Wa Jalla?Banyak
alasannya.. Diantaranya adalah kerana ALLAH Azza Wa Jalla yang
memberi segala nikmat kepada kita, bahkan segala nikmat. Sedangkan
hati seorang hamba tercipta untuk mencinta orang yang memberikan
kebaikan kepadanya. Kalau demikian, sungguh sangat pantas apabila
seorang hamba cinta kepada ALLAH Azza Wa Jalla, kerana-Nya yang
memberikan semua kebaikan kepada hamba.Cinta memang menuntut bukti.
Tidak hanya sekadar ucapan, seperti pepatah orang Arab; Semua orang
mengaku hubungan cinta dengan Laila. Namun Si Laila tidak pernah
mengakuinya. Dan wujud cinta Ilahi dibuktikan dengan .. Katakanlah
apabila kalian cinta kepada ALLAH maka ikutilah aku (Rasulullah)
maka ALLAH akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa
kalian.Surah Ali Imran, ayat 31
Sabda Rasulullah SAW: Aku tidak melarang orang berdukacita, tapi
yang kularang menangis dengan suara keras. Apa yang kamu lihat
padaku sekarang ialah pengaruh cinta dan kasih di dalam hati. Orang
yang tiada menunjukkan kasih-sayangnya, orang lain pun tiada akan
menunjukkan kasih-sayang kepadanya.
Pesan Rasulullah SAW: Suatu yang paling Baginda khuatirkan
diantara umatnya ialah syirik kecil (riak). *Ujub juga ada kaitan
dengan syirik kecil. Ianya timbul dalam hati dan merupakan satu
permulaan bagi sifat riak dalam diri manusia.
Pertanyaan Abu Zar r.a kepada Rasulullah SAW:Aku pernah bertanya
kepada Rasulullah SAW tentang ikhlas. Apa dia itu? Jawab Baginda:
Aku tanya dahulu kepada Jibril; Maka Baginda menanyakan tentang ini
kepada Jibril. Jawapan Jibril: Aku Tanya dahulu kepada Mikail;
Ditanyai hal itu oleh Jibril kepada Mikail; Maka jawab Mikail: Aku
Tanya dahulu kepada RobbulIzzah; Maka ditanyalah apa itu ikhlas
kepada ALLAH Azza Wa Jalla. Firman-Nya bermaksud: Ikhlas itu adalah
suatu rahsia daripada rahsia-rahsiaKu. Aku letakkan dia dihatinya
orang yang Aku kehendaki daripada hamba-hambaKu.
Fitnah Syaitan Berbentuk Jin dan ManusiaSyaitan telah menyakini
bahawa dirinya telah binasa kerana sudah pasti sebagai penghuni
neraka. Sudah pasti juga masuk ke dalamnya tanpa dapat menghindar
sama sekali. Justeru, ia berusaha menyesatkan Bani Adam agar turut
sama masuk Neraka. Bahkan syaitan bersumpah untuk melakukan
tekadnya itu.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
Iblis menjawab: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan
mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara
mereka.Surah Shad, ayat 82-83
Sesungguhnya syaitan mengajak manusia kepada enam perkara. Ia
baru melangkah kepada perkara kedua bila perkara pertama tidak
berhasil dilakukannya;#Syaitan mengajak berbuat syirik dan
kekufuran. Jika hal ini berhasil dilakukannya bererti ia telah
menang dan tidak sibuk lagi dengan manusia.#Jika tidak berhasil,
syaitan akan mengajak berbuat bidah. Jika sudah terjerumus
kedalamnya, maka syaitan akan membuat bidah itu indah dimata
manusia hingga dia rela. Lalu syaitan membuatnya puas dengan bidah
itu.#Jika tidak berhasil juga, syaitan akan menjerumuskan manusia
ke dalam dosa besar-dosa besar.#Jika tidak berhasil, syaitan akan
menjerumuskan manusia ke dalam dosa-dosa kecil pula.#Jika nyata
tidak berhasil juga, syaitan akan menyibukkan manusia dengan
perkara-perkara mubah hingga ia lupa beribadah.#Jika tidak dapat
juga, syaitan akan membuaikan manusia dengan hal-hal kurang penting
hingga mengabaikan perkara-perkara penting.Maka seorang insan
semestinya tetap waspada dan menjauhkan diri dari syaitan-syaitan,
sama ada dari jenis jin mahupun dari jenis manusia.ALLAH Azza Wa
Jalla telah mengkhabarkan bahawa di kalangan manusia juga ada yang
berperanan sebagai syaitan.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh,
iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis)
jin.Surah Al-Anam, ayat 112
Perhatikan:ALLAH Azza Wa Jalla mendahulukan penyebutan syaitan
dari jenis manusia sebelum penyebutan syaitan dari jenis jin. Sebab
syaitan jenis manusia itulah yang mengajak kepada hal yang
diserukan oleh syaitan jenis jin. Mereka mengajak kepada kekufuran,
bidah dan maksiat, yang mana hal itu merupakan seruan seruan
syaitan. Alim ulama menjelaskan bahawa syaitan sentiasa mengajak
manusia kepada perbuatan dosa, mulai dari dosa yang paling besar
hinggalah dosa yang kecil.
Sabda Rasulullah SAW:Apabila datang cubaan atau fitnah
menimpamu, maka korbankan hartamu. Jika tidak di atasi dengan
harta, maka korbankanlah dirimu. Jangan sekali-kali kamu korbankan
agamamu!Ini adalah tipu-daya syaitan yang terakhir jika ia gagal
dalam 6 perkara:Iaitu mengerahkan bala tenteranya dari jenis
manusia untuk menyerang orang-orang yang berpegang teguh dengan
agamanya. Jarang orang yang selamat darinya hingga para Nabi dan
rasul sekalipun (mengganggu dengan lisan dengan tangan atau dengan
gangguan apa saja!). Buktinya sudah ada dalam Sejarah Islam dan
sehinggalah kini.
Sabda Rasulullah SAW:Setiap bayi lahir dalam keadaan fitrah
(muslim sejati), namun kedua ibu bapanyalah yang menjadikan dia
Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor haiwan melahirkan
anaknya dalam keadaan sempurna, adakah kamu dapati cacat
padanya.
Dalam hadis ini Rasulullah SAW menjelaskan bahawa seorang insan
lahir kedunia dalam keadaan yang sempurna, bersedia menerima
kebaikan. Sekiranya ia dibiarkan begitu sahaja, nescaya ia dapat
mengenali Rabbnya. Ia akan mengetahui apa yang diperintahkan
kepadanya, serta menyedari bahawa ia tidak dibiarkan begitu sahaja.
Ia dibebani tanggungjawab dan kewajipan.Akan tetapi disekitarnya
ada faktor-faktor yang pengaruhinya. Ada yang baik, yang akan
menghidupkan fitrah dan nalurinya. Dan ada yang buruk, yang
membeloknya dari aqidah yang benar, hingga terjerumus dalam
kesesatan-kesesatan. Faktor berpengaruh tersebut boleh jadi secara
langsung dari ibu bapanya sendiri dan boleh jadi dari guru ataupun
orang lain.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
(Tetaplah atas) fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia
menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH. (itulah)
agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.Surah
Ar-Rum, ayat 30
Sabda Rasulullah SAW:Fikiran demi keredhaan ALLAH Azza Wa Jalla
dan demi keberuntungan di akhirat, bukan untuk urusan keduniaan dan
bukan untuk diri sendiri. Nota: Adalah bukan satu kesalahan jika
fikiran ini wujud sewaktu menunaikan sembah sujud(sembahyang).
Pendapatku adalah benar tetapi terkandung kesilapan; Sedangkan
selain dari itu adalah salah tetapi terdapat kebetulan
Hati orang tua sentiasa muda dalam 2 perkara; Pertama CINTAKAN
DUNIA dan kedua PANJANG ANGAN-ANGAN
Kayakanlah dirimu dengan pencarian (rezeki) yang halal dari
kepapaan kerana tidaklah ada seseorang yang berhajat kepada orang
lain kecuali mereka yang ada padanya 3 perkara, Pertama: lemah
akalnya, Kedua: nipis agamanya, Ketiga: hilang maruahnya dan
terlebih besar dari yang tiga perkara ini ialah ringan pandangan
manusia terhadap dirinya (kurang kehormatannya).
Tidak baik berdiam diri dalam kebijaksanaan, sama sebagaimana
tidak baik berbicara dalam kejahilan.
Dosa yang meresahkan anda lebik baik dalam pandangan ALLAH Azza
Wa Jalla daripada kebajikan yang membanggakan anda.Kekayaan yang
terbaik ialah meninggalkan hawa nafsu.
Banyak orang terjerumus ke dalam kejahatan kerana
dipuji-puji.
Orang yang mencapai kemenangan ialah orang yang mendapat
mengalahkan hawa nafsunya. Adapun orang yang dikuasai oleh hawa
nafsunya, ia sesungguhnya orang yang pengecut dan merugi, bahkan
pengecut (yang tulin) adalah lebih baik. Sebab, seorang yang
pemberani yang tidak bertakwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla,
keberaniannya hanya digunakan sebagai sarana untuk berbuat
kemungkaran yang lain. Malahan berlanjutan bagi kemungkaran yang
sudah menjadi kepuasannya.
Barangsiapa yang terdapat pada dirinya satu kebiasaan yang baik,
maka aku akan mendorongnya kepada kebiasaannya itu dan memaafkan
kekurangannya yang lain. Tapi aku tidak akan memaafkan tidak adanya
akal ataupun agama, sebab terpisahnya agama berarti terpisahnya
rasa aman. Hidup tidak akan pernah tenang jika disertai rasa keliru
dan gelisah. Tidak adanya akal bererti tidak adanya kehidupan. Maka
keadaan seperti itu tidak boleh dibandingkan selain dengan
kematian.
Dunia ini adalah negeri yang benar bagi mereka yang bersikap
benar terhadapnya, negeri yang sihat bagi mereka yang memahaminya,
negeri yang kaya bagi mereka yang berbekal diri darinya, negeri
nasihat bagi mereka yang mahu mengambil nasihat darinya, masjid
para kekasih ALLAH dan tempat shalat para malaikat-Nya, tempat
turunnya wahyu, tempat berlabuh para wali ALLAH, di mana mereka
mencari rahmat ALLAH di dalamnya dan beruntung memperoleh syurga di
dalamnya.
Sesungguhnya kaum menyembah ALLAH kerana mengharap pahala, maka
itu adalah ibadahnya pedagang. Mereka yang menyembah ALLAH kerana
takut, maka itu adalah ibadahnya para budak. Dan mereka yang
menyembah ALLAH kerana ingin menyatakan syukur, itu adalah
ibadahnya orang merdeka dan itu adalah sebaik-baik ibadah.
Sungguh aku tidak suka, jika aku menyembah ALLAH dengan tujuan
sekadar memperoleh pahala-Nya. Jika begitu, aku adalah seperti
seorang budak yang taat kerana ganjaran. Jika dia ingin memperoleh
upah, maka dia bekerja; tapi jika tidak ingin, dia tidak bekerja.
Aku juga tidak suka jika aku menyembah ALLAH kerana takut akan
siksa-Nya. Kalau begitu, aku adalah seperti seorang budak yang
jelek. Manakala dia tidak merasa takut, dia tidak bekerja.
Sesungguhnya aku menyembah ALLAH kerana Dia berhak disembah kerana
segala pertolongan-Nya(petunjuk dan hidayat) dan segala nikmat-Nya
kepadaku.
Empat macam yang tidak dimengertikan nilainya kecuali oleh
empat; Nilai muda tidak diketahui kecuali oleh orang yang telah
tua.Nilai kesihatan tidak diketahui kecuali oleh orang yang sakit.
Nilai sejahtera (keselamatan) tidak diketahui kecuali oleh orang
yang terkena bala. Nilai hidup tidak diketahui kecuali oleh orang
yang sudah mati.
Tanda keimanan ialah engkau harus mengutamakan kejujuran
daripada kebohongan, sekalipun kejujuran itu merugikan dan
kebohongan menguntungkan dirimu.
Teman yang paling buruk ialah yang suka membebanimu dengan
sesuatu yang berada di luar kesanggupanmu.Orang beriman yang malu
bersahaja(sederhana) terhadap saudaranya bererti ia
meninggalkannya.
Jangan sekali-kali membanggakan diri dan takbur!... Ketahuilah
bahawa sikap membanggakan diri bertentangan dengan kebenaran dan
merupakan cacat fikiran dan hati.
Kebinasaan akan menimpa pada dua keadaan; Jika mencintai secara
berlebih-lebihan dan membenci secara keterlaluan.
Ada sementara orang yang dalam bersembah sujud kepada ALLAH Azza
Wa Jalla disertai suatu keinginan. Ibadah demikian adalah ibadahnya
pedagang. Ada pula sementara orang yang bersembah sujud kepada
ALLAH Azza Wa Jalla kerana takut, ibadah demikian itu adalah
ibadahnya budak belian. Ada lagi, sementara orang yang bersembah
sujud kepada ALLAH Azza Wa Jalla kerana bersyukur. Ibadah itu
adalah ibadahnya manusia merdeka.
Bertakwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla dan berlaku adil terhadap
kawan mahupun lawan.
Janganlah perut kalian dijadikan kuburan haiwan.
Orang yang rendah dipandang mulia jika ia berada di atas
kebenaran, dan orang yang kuat akan dipandang lemah jika ia tidak
berada di atas kebenaran.
Jika kita menempuh jalan kebenaran tentu akan terbuka jalan yang
menyelesakan kita dan tidak akan ada orang yang menggantungkan
penghidupannya kepada orang lain (tidak akan ada orang yang
menderita kemelaratan di antara kita).
Cambuk yang dipukulkan ALLAH Azza Wa Jalla kepada hamba-hambaNya
tidak ada yang lebih menyakitkan daripada kemelaratan.Kemelaratan
menumpulkan kecerdasan.
Orang melarat merasa asing hidup di negerinya sendiri.
Sekiranya kemelaratan itu berupa manusia tentu ia sudah
kubunuh.
Kalau bukan kerana kebodohan tentu kerana kedunguan. Baik
kebodohan mahupun kedunguan, dua-duanya mengandung benih-benih
kezaliman, kesombongan dan perosakan.
Jangan sekali-kali kita menjadi serigala yang membahayakan
penduduk lalu merampas makanan mereka. Mereka adalah saudara
seagama, kalau bukan saudara seagama maka setidak-tidaknya mereka
adalah manusia yang sama dengan kita. Kerana itu hendaklah kita
mahu menghulurkan tangan memaafkan kekeliruan-kekeliruan mereka,
sebagaimana kita sendiri selalu ingin menerima huluran tangan Ilahi
dan kasih sayang-Nya. Jangan rasa menyesal kerana telah memaafkan
kekeliruan orang lain malahan jangan pula merasa puas dan senang
kerana telah menjatuhkan hukuman.
Orang yang mendalam pengetahuan agamanya (faqih) lebih kuat
melawan syaitan daripada seribu orang yang beribadah semata-mata
(abid): Maksudnya ialah orang yang mendalam pengetahuan agamanya
dengan akal dan fikirannya, ia lebih sanggup mengabdikan dirinya
kepada kemaslahatan ummat. Sebab nilai seorang faqih lebih tinggi
daripada seribu orang yang hanya beribadah semata-mata.
Anda pasti akan memetik kebencian dari dada orang lain jika ia
memetik kebencian yang sama dari dada anda sendiri. Berbuatlah
sesuatu yang menyelesakannya, jangan lah berbuat sesuatu yang tidak
disukai orang lain sebagaimana anda sendiri tidak menyukainya.
Berbuatlah bagi orang lain sesuatu yang anda sendiri ingin
memperolehnya dari mereka.
Kesejahteraan dunia ini dapat ditegakkan dengan 3 perkara:
i)Orang berilmu yang berbicara dan mengamalkan ilmunya.
ii)Orang kaya yang tidak kikir menginfakkan(membelanjakan)
hartanya bagi orang-orang yang mengabdikan hidupnya kepada agama
ALLAH.
iii)Orang miskin yang sabar. Apabila orang yang berilmu
menyembunyikan ilmunya, orang kaya kikir menginfakkan hartanya dan
orang miskin tidak bersabar, maka celakalah dan terkutuklah dunia
ini.
Setiap orang yang telah dewasa (akil baligh) pasti ada kaitannya
dengan Al-Quran yang diturunkan ALLAH Azza Wa Jalla.
Kalau kefanatikan itu diperlukan, maka kefanatikan itu hanya
boleh diterapkan untuk menjunjung tinggi keutamaan untuk
mempertahankan akhlak yang mulia, untuk mewujudkan cita-cita agung,
untuk melakukan perbuatan terpuji, untuk menentukan sikap memilih
yang baik dan meninggalkan yang buruk, untuk menegakkan keadilan
dalam kehidupan manusia dan untuk melenyapkan semua kejahatan dari
muka bumi.
Nilai seseorang terletak pada kebaikan yang diperbuatnya demi
keselesaan semua manusia.
Ketahuilah, di sana ada tiga macam manusia iaitu; Manusia yang
hidup zuhud, manusia yang dikuasai keinginannya (raghib) dan
manusia yang sabar. Manusia yang hidup zuhud tidak gembira
memperoleh keduniaan dan tidak sedih kerana tidak sempat
memperolehnya. Orang yang sabar ialah yang mengharapkan keduniaan
dengan hatinya. Jika ia mendapati sesuatu yang tidak baik ia tidak
mahu mengambilnya kerana ia menyedari akibat buruknya. Adapun
manusia yang dikuasai keinginannya, ia tidak peduli apakah yang
didapatnya itu halal ataupun haram.
ALLAH Azza Wa Jalla tidak merubah ilmu yang kita miliki menjadi
kebodohan dan tidak pula merubah keyakinan kita menjadi
kebimbangan. Sesuatu itu adalah keduniaan yang diserahkan kepada
kita kerananya kita dapat memutuskan sekehendak kita. Kalau kita
hendak membahagikannya, bagilah secara adil. Kalau kita hendak
menggunakannya sendiri, sesuatu itu akan lenyap. Jika kita biarkan
sesuatu itu seperti keadaannya sekarang ini, maka kemudian hari
sesuatu itu akan dimiliki oleh orang yang tidak berhak.
Barangsiapa yang takut kepada ALLAH Azza Wa Jalla, ia akan
ditakuti oleh segala sesuatu..
Di dalam zaman yang penuh kejahatan, keutamaan dipandang tidak
bernilai dan merugikan, sedangkan keburukan akan dipandang berharga
dan bermanfaat..
Jika nikmat yang datang kepada kita hanya sekelumit, janganlah
kita menjauhkannya dengan sedikit bersyukur..Ketakutan orang yang
berharta jauh lebih berat daripada ketakutan orang tidak
berharta..
Bila kita ingin memperolehi kemuliaan, jauhilah perbuatan
terlarang..
Bila kita berada di dalam kecukupan maka setiap orang mahu
menemani kita. Tetapi bila kita berada di dalam kesusahan, keluarga
kita sendiri tidak menghargai kita..
Apabila bayangan buruk tampak bergerak tetapi belum muncul, ia
menimbulkan ketakutan. Jika bayangan buruk itu telah menjadi
kenyataan, ia melahirkan kepedihan. Apabila bayangan baik tampak
bergerak tetapi belum muncul, ia melahirkan kegembiraan dan bila
bayangan itu telah menjadi kenyataan, ia melahirkan kenikmatan.
Apabila musuh mengajak kita bermusyawarah, berilah nasihat
kepadanya kerana dengan mengajak kita bermusyawarah bererti ia
meninggalkan sikap permusuhan terhadap dirimu dan ingin bersahabat
denganmu..
Jika kita merasa kagum kerana banyak orang menyebut-nyebut nama
kebaikan kita, hendaklah kita melihat keburukan kita yang
tersembunyi di dalam batin kerana pengenalan kita terhadap diri
sendiri lebih berguna bagi kita daripada pujian orang.
Jika kita ingin dipuji, janganlah sekali-kali kita
memperlihatkan keinginan dipuji orang.
Siapa yang memaksa diri untuk memperoleh sesuatu yang tidak
berguna, ia tidak akan dapat meraih sesuatu yang berguna.
Jangan kita melihat siapa yang berkata, tetapi melihat apa yang
dikatakannya.Janganlah kita bergembira melihat orang lain jatuh,
kerana kita tidak tahu apa yang bakal dialami oleh kita di
hari-hari mendatang.
Kekikiran adalah sumber segala cacat dan kekurangan dan ia
mengantar orang kepada segala hal yang buruk. Kedermawanan lebih
menarik daripada ikatan silartur-rahim.
Barang siapa ingat akan hari kemudian ia tentu bermurah-hati
dengan berbagai pemberian.Kekikiran dan keimanan selamanya tidak
akan dapat bersatu di dalam hati seseorang.
Ada 3 hal yang dapat membinasakan orang; Menuruti kebakhilan,
mengikuti kebodohan dan membanggakan diri sendiri.
Kebakhilan adalah memalukan, sikap pengecut adalah cacat
kekurangan, kemelaratan menumpulkan kecerdasan dan kekikiran
membuat orang menjadi asing di tengah masyarakatnya.
Orang yang bakhil ibarat celeng, tiada gunanya sebelum mati dan
menjadi mangsa serigala dan binatang buas lainnya. WASALAM
ALLAH Azza Wa Jalla BERFIRMAN: '[Keagungan] itu kain-Ku;
[Membesar diri] itu selendang-Ku. Barangsiapa yang cuba merebut
salah satu daripada kedua-duanya daripada-Ku; Sesungguhnya, Aku
menyeksanya.'
::(Hadis Qudsi: Riwayat Muslim)::
"Hati ini adalah wadah. Yang terbaik di antaranya adalah yang
memelihara [isinya]. Maka, peliharalah apa yang disampaikan ini
kepada anda."
"Demi ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihi. Saya tidak tahu
apa yang akan dikatakan kepada anda. Saya tidak mengetahui apa-apa
[dalam hal-hal ini] yang tidak anda ketahui. Saya tidak tahu apa
yang harus dikatakan kepada anda dan tidak dapat saya mengantarkan
anda ke suatu hal yang tidak anda ketahui. Anda tentu mengetahui
apa yang [kami] ketahui, [kami] tidak mengetahui sesuatu sebelum
anda yang dapat [kami] katakan kepada anda. Tidak pula [kami]
mempelajari sesuatu dalam rahsia yang harus [kami] sampaikan kepada
anda. Anda telah melihat sebagaimana [kami] telah melihat dan anda
telah mendengar sebagaimana [kami] telah mendengar. Maka,
bertakwalah kepada ALLAH Azza Wa Jalla dalam diri anda sendiri
kerana demi ALLAH Maha Kuasa kepada anda tidak akan diperlihatkan
apa pun, seolah-olah anda buta ataupun menilai seakan-akan anda
tidak tahu]."
"Sesungguhnya, [saya membenci kalau-kalau terjadi pada fikiran
anda bahawa saya mencintai pujian tinggi ataupun mendengar lagu
pujian. Dengan rahmat ALLAH Azza Wa Jalla, saya tidak seperti itu.
Sekalipun misalnya saya menyukai disebut seperti itu, saya akan
menyerahkannya dalam ketundukan ke hadapan ALLAH Maha Esa lagi Maha
Agung berbanding menerima kebesaran dan kemuliaan yang atasnya,
ALLAH Maha Suci lebih berhak]."
[Ya ALLAH; Tuhanku. Hamba memohon perlindungan-Mu dari kesukaran
perjalanan dan kesusahan perjalanan pulang dari pemandangan harta
dan manusia yang merosak. Ya ALLAH, Engkau adalah Sahabat dalam
perjalanan dan Engkau adalah yang ditinggal untuk melindungi
keluarga. Tiada selain Engkau yang dapat menggabungkan keduanya
kerana yang ditinggal pergi tidak dapat menjadi teman dalam
perjalanan dan yang menjadi teman perjalanan tidak dapat ditinggal
pergi pada saat yang sama]..
"Jangan Kita Melihat siapa yang berkata, tetapi melihat apa yang
dikatakannya." Apakah kita merdeka atau hamba? Jika merdeka. Itu
benar. Andai hamba, tentu ia akan memenuhi syarat-syarat kehambaan
dan ketaatan kepada tuannya.
"Bacalah! Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Maha
Mencipta." An-Nur HYPERLINK
"http://connected-puncakkefasihan.blogspot.com/" \o "Bacalah!"
(Ini adalah) satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan
(menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam)nya, dan Kami turunkan
di dalamnya ayat ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.
:: 1
::Saya Di Bawah Apa Yang Anda Ucapkan dan Di Atas Apa Yang Anda
Rasakan Dalam Hati Anda::"ORANG YANG TELAH DEWASA (AKIL BALIGH)
PASTI ADA KAITANNYA DENGAN AL-QURAN YANG DITURUNKAN ALLAH Azza Wa
Jalla."
"Sesungguhnya urusan kita sulit dan rumit. Tiada orang yang
dapat memikulnya kecuali orang beriman yang hatinya telah diuji
ALLAH Azza Wa Jalla dengan keimanan. Tradisi kita tidak akan
terpelihara kecuali oleh hati yang terpercaya dan [manusia] yang
berpengertian yang kukuh. Wahai manusia! [Bertanyalah kepadaku
sebelum kalian kehilanganku kerana sesungguhnyalah aku mengenal
jalan-jalan di langit lebih dari jalan-jalan di bumi dan sebelum
bencana itu meloncat ke atas kakinya yang akan memijak-mijak bahkan
lubang hidung serta menghancurkan akal manusia]." .:AMIR
AL-MU`MINIM `ALI
:: perhatikanlah ::
NABI MUHAMMAD saw berkata: "Puji-pujian hanya milik ALLAH Azza
Wa Jalla. Kami memohon pertolongan dan keyakinan serta
kepada-Nyalah kami beriman. Kami memohon perlindungan kepada-Nya
dari kejahatan jiwa-jiwa kita dan dosa-dosa perbuatan kita.
Sesungguhnya tiada petunjuk bagi seseorang yang telah ALLAH Azza Wa
Jalla yang sesatkan dan tiada seorang pun yang sesat setelah ALLAH
Azza Wa Jalla beri petunjuk baginya."
"Wahai kaum Muslimin! Ketahuilah bahawa Jibril sering datang
padaku membawa perintah dari ALLAH Azza Wa Jalla yang Maha Pemurah;
Bahawa aku harus berhenti di tempat ini (Ghadir Khum) dan
memberitahukan kepada kalian suatu hal. Lihatlah! Seakan-akan waktu
semakin dekat saat aku akan dipanggil (oleh ALLAH Azza Wa Jalla)
dan aku akan menyambut panggilannya."
"Wahai kaum Muslimin! Apakah kalian bersaksi bahawa tiada Tuhan
selain ALLAH Azza Wa Jalla dan Muhammad adalah hamba dan
utusan-Nya; Syurga adalah benar; Neraka adalah benar; Kematian
adalah benar; Kebangkitan pun benar; Dan Hari itu pasti akan tiba
dan ALLAH Azza Wa Jalla akan membangkitkan manusia dari kuburnya?"
Mereka menjawab: "Ya, kami meyakininya." Ia melanjutkan: "Wahai
kaum Muslimin! Apakah kalian mendengar jelas suaraku?" Mereka
menjawab: "Ya."
Rasulullah berkata: "Dengarlah! Aku tinggalkan bagi kalian 2 hal
paling berharga dan simbol penting yang jika kalian setia pada
keduanya; Kalian tidak akan pernah tersesat sepeninggalanku; Salah
satunya memiliki nilai yang lebih tinggi dari yang lain."
Orang-orang bertanya: "Ya, Rasul ALLAH; Apakah dua hal yang amat
berharga itu?" Rasulullah menjawab: "Salah satunya adalah kitab
ALLAH dan lainnya adalah 'Itrah; Ahl al-Baytku (keluargaku).
Berhati-hatilah kalian dalam memperlakukan mereka, ketika aku sudah
tidak berada di antara kalian; Kerana, ALLAH Maha Pengasih telah
memberitahukanku bahawa dua hal ini(al-Quran dan Ahl al-Baytku)
tidak akan berpisah satu sama lain hingga mereka bertemu denganku
di telaga (al-Kautsar). Aku peringatkan kalian atas nama ALLAH
mengenai Ahl al-Baytku; Aku peringatkan kalian atas nama ALLAH
mengenai Ahl al-Baytku; Sekali lagi! Aku peringatkan kalian atas
nama ALLAH tentang Ahl al-Baytku."
"Dengarlah! Aku adalah penghulu Syurga dan aku akan menjadi
saksi atas kalian; Maka, berhati-hatilah kalian memperlakukan dua
hal yang sangat berharga itu sepeninggalanku. Janganlah kalian
mendahului mereka kerana kalian akan binasa dan jangan pula engkau
jauh dari mereka kerana kalian akan binasa."
"Wahai kaum Muslimin! Tahukah kalian bahawa aku memiliki hak
atas kalian lebih daripada diri kalian sendiri?" Orang-orang
berseru: "Ya, Rasul ALLAH."
Lalu, Rasulullah mengulangi:"Wahai kaum Muslimin! Bukankah aku
memiliki hak atas kaum beriman lebih daripada diri mereka sendiri?"
Mereka berkata lagi: "Ya, Rasul ALLAH." Kemudian, Rasulullah
berkata:"Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya, ALLAH Azza Wa Jalla
adalah Tuhanku dan aku adalah Maula semua orang-orang beriman."
Lalu ia (Rasulullah) merengkuh tangan 'Ali dan mengangkatnya ke
atas. Ia berseru: "Barangsiapa mengangkatku sebagai Maula; 'Ali
adalah Maulanya pula (Rasulullah mengulang hingga 3 kali). Ya
ALLAH! Cintailah orang yang mencintainya dan musuhilah orang-orang
yang memusuhinya. Bantulah orang-orang yang membantunya;
Selamatkanlah orang-orang yang menyelamatkannya dan jagalah
kebenaran dalam dirinya ke mana pun ia ('Ali) berpaling. (Ertinya:
Jadikan 'Ali pusat kebenaran).
"'Ali adalah putra Abu Thalib; Saudaraku; Wasyiku serta
penggantiku (Khalifah) dan pemimpin sesudahku. Kedudukannya bagiku;
Bagaikan kedudukan Harun bagi Musa hanya tidak ada Nabi setelahku.
Ia adalah pemimpin kalian setelah ALLAH Azza Wa Jalla dan
utusan-Nya."
"Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya, ALLAH Azza Wa Jalla telah
menunjuk ia ('Ali) menjadi pemimpin kalian. Ketaatan padanya wajib
bagi seluruh kaum Muhajirin dan kaum Anshar dan orang-orang yang
mengikuti mereka dalam kebaikan serta penduduk kota dan kaum
pengembara, orang-orang Arab dan orang-orang bukan Arab, para
majikan dan budak, orang-orang tua dan muda, besar dan kecil, putih
dan hitam."
"Perintahnya harus kalian taati dan kata-katanya mengikat serta
perintahnya menjadi kewajiban bagi setiap orang yang meyakini Tuhan
yang satu. Terkutuklah orang-orang yang tidak mematuhinya dan
terpujilah orang-orang yang mengikutinya serta orang-orang yang
percaya kepadanya adalah sebenar-benarnya orang-orang yang beriman.
Wilayahnya (keyakinan kepada kepemimpinannya) telah ALLAH Maha
Kuasa lagi Maha tinggi, wajibkan."
"Wahai kaum Muslimin! Pelajarilah al-Quran; Terapkanlah
ayat-ayat yang jelas maknanya bagi kalian dan janganlah kalian
mengira-ngira ayat-ayat yang bermakna ganda; Kerana, demi ALLAH
Azza Wa Jalla. Tiada seorang pun yang dapat menjelaskan ayat-ayat
secara benar akan makna serta peringatannya kecuali aku dan lelaki
ini ('Ali) yang telah aku angkat tangannya ini dihadapan diriku
sendiri."
"Wahai kaum Muslimin! Inilah terakhir kalinya aku berdiri di
mimbar ini. Oleh sebabnya; Dengarkan aku dan taatilah serta
serahkan diri kalian kepada kehendak ALLAH Azza Wa Jalla.
Sesungguhnya ALLAH adalah Tuhan kalian. Setelah ALLAH Azza Wa
Jalla, rasul-Nya (Muhammad) yang sedang berbicara kepada kalian
adalah pemimpin kalian. Selanjutnya sepeninggalanku; 'Ali adalah
pemimpin kalian serta Imam kalian atas perintah ALLAH Azza Wa
Jalla. Kemudian setelahnya, kepemimpinan akan dilanjutkan oleh
orang-orang yang terpilih di dalam keluargaku hingga kalian bertemu
ALLAH Azza Wa Jalla dan rasul-Nya."
Lihatlah! Sesungguhnya kalian akan menemui Tuhannya; Dan Dia
akan bertanya tentang perbuatan kalian. Hati-hatilah! Janganlah
kalian
berpaling sepeninggalanku, saling menikam dari belakang."
"Perhatikanlah! Adalah wajib bagi orang-orang yang hadir saat
ini untuk menyampaikan apa yang aku katakan kepada mereka yang
tidak hadir kerana orang-orang terpelajar akan lebih memahami hal
ini daripada beberapa orang yang hadir dari saat ini. Dengarlah!
Sudahkah aku sampaikan ayat ALLAH kepada kalian? Sudahkah aku
sampaikan pesan ALLAH kepada kalian?" Semua orang menjawab:"Ya."
Kemudian, Nabi muhammad saw berkata: "Ya ALLAH; Saksikanlah."
(KHUTBAH DI GHADIR KHUM)
::LAHAWLAWALAQUWWATAILLABILLAH ::
Jangan diperdaya dan jangan terperdaya. Hidup ini banyak
karenahnya. Banyak gila dari warasnya. Jadi berhati-hati dalam
setiap pergerakan yang kita lakukan terutamanya lidah kita. ALLAH
Azza Wa Jalla sentiasa melindungi mereka yang melindungi
imannya...
?INGINKAH KALIAN BERKONGSI! :: Hari Raya Yang Sebenarnya ::
Seorang sholeh ditanya:"Bilakah Hari Raya anda?" Ia menjawab: "Bagi
kami, Hari Raya ialah hari...
i) Ketika kami tidak bermaksiat kepada ALLAH Azza Wa Jalla;
ii) Ketika datang kemenangan bagi orang-orang beriman;
iii) Ketika kami kembali kepada hidayah dan bimbingan ALLAH Azza
Wa Jalla dan memperbaiki urusan kami.
Bagi kami, Hari Raya bukanlah untuk orang yang berpakaian baru
dan mewah, tetapi untuk orang yang mampu mengamankan diri daripada
seksa neraka."
Dari Syaqiq al-Balkhi berkata: "Suatu hari Ibrahim Bin Adham
(Abu Ishaq) berjalan di pasar Basrhah, lalu ia dikelilingi orang
ramai dan mereka bertanya kepadanya;" "Ya.. Abu Ishaq! ALLAH
berfirman dengan maksud: 'Mintalah olehmu sekelian kepada-Ku,
nescaya Aku kabulkan.' Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa
kami belum dikabulkan!"
Mendengar pertanyaan itu... Ibrahim bin Adham pun menjawab:
"Bagaimana ALLAH Azza Wa Jalla hendak mengkabulkan doa kamu
sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara:
i- Kamu telah mengetahui ALLAH Azza Wa Jalla tetapi belum
tunaikan haq-haq-Nya; ii- Kamu telah membaca al-Quran tetapi tidak
melaksanakan tuntutannya;
iii- Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih
mentaatinya dan menyetujui seruannya;
iv- Kamu menyatakan kamu umat Muhammad (saw) tetapi tidak
mengerjakan sunnahnya;
v- Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak
mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga;
vi- Kamu menyatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata
kamu memasukkan dirimu kepadanya;
vii- Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap
menghadapi mati;
viii- Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi
tidak pernah melihat aibmu sendiri;
ix- Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak
mahu bersyukur kepada-Nya;
x- Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak
mengambil pengajaran dari mereka.
:: INNALILLAHIWAINNALILLAHIRAJI`UN ::
ALLAH Azza Wa Jalla mewasiatkan 5 perkara kepada umat Islam
melalui Rasulullah saw. Rasulullah saw bersabda:"Pada waktu malam
saya
di[israk]kan sampai ke langit. ALLAH Azza Wa Jalla memberikan 5
wasiat, iaitu:
! Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana
sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau;
! Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah
kepada-Ku;
! Bersungguh-sungguhlah engkau mencari (mencapai) syurga;
! Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka
sedikit pun tiada kuasa ditangan mereka;
! Rajinlah mengerjakan sembahyang (sholat) tahajjud kerana
sesungguhnya pertolongan itu beserta qiamullail."
Ibrahim bin Adham pula berkata: "Telah datang kepadaku beberapa
tetamu;
Dan saya tahu mereka adalah wakil guru tarekat. Saya berkata
kepada mereka: "Berikanlah nasihat berguna kepada saya yang akan
membuat saya takut kepada ALLAH Azza Wa Jalla." Lalu, mereka
berkata: "Kami wasiatkan kepadamu 7 perkara, iaitu:
! Orang yang banyak bicaranya, janganlah kamu harapkan sangat
kesedaran hatinya;
! Orang yang banyak makan, janganlah kamu harapkan sangat
kata-kata hikmah daripadanya;
! Orang yang banyak bergaul dengan manusia, janganlah kamu
harapkan sangat kemanisan ibadahnya;
! Orang yang cinta kepada dunia, janganlah kamu harapkan sangat
khusnul khatimahnya;
! Orang yang bodoh, janganlah kamu harapkan sangat akan hidup
hatinya; ! Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim,
janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya;
! Orang yang mencari keredhaan manusia, janganlah harapkan
sangat akan keredhaan ALLAH Azza Wa Jalla daripadanya."
[Ya ALLAH, Tuhanku; Hamba memohon perlindungan-Mu dari kesukaran
perjalanan dan kesusahan perjalanan pulang dari pemandangan harta
dan manusia yang merosak. Ya ALLAH, Engkau adalah Sahabat dalam
perjalanan dan Engkau adalah yang ditinggal untuk melindungi
keluarga. Tiada selain Engkau yang dapat menggabungkan keduanya
kerana yang ditinggal pergi tidak dapat menjadi teman dalam
perjalanan dan yang menjadi teman perjalanan tidak dapat ditinggal
pergi pada saat yang sama].[Segala puji bagi ALLAH Azza Wa Jalla
ketika malam membentang dan menjadi gelap; Demi segala puji bagi
ALLAH Azza Wa Jalla bilamana bintang bersinar dan terbenam; Demi
segala puji bagi ALLAH Azza Wa Jalla yang nikmat-Nya tidak
terbayar].Dunia dimata anda haruslah lebih kecil daripada kulit
ranting akasia dan percaan kain dari bulu domba. Carilah pelajaran
dari orang-orang yang mendahului anda sebelum orang-orang yang
menyusuli anda mengambil pelajaran dari anda dan menjauhlah darinya
dengan menyedarinya keburukannya kerana ia bahkan meninggalkan
orang yang lebih tertaut padanya berbanding anda.
Segala puji ALLAH Azza Wa Jalla yang bagi-Nya satu keadaan tidak
mendahului yang lainnya sehingga Dia menjadi Yang Awal sebelum
menjadi Yang Akhir; Dia Zahir sebelum menjadi Batin; Segala yang
disebut satu, kecuali-Nya adalah sebenarnya kecil (dalam jumlah)
dan setiap yang mulia selain-Nya adalah rendah; Setiap yang kuat
selain-Nya adalah lemah; Setiap majikan selain-Nya adalah hamba;
Setiap yang tahu selain-Nya adalah pencari pengetahuan; Setiap yang
kuasa selain-Nya adalah kadang-kadang berkusasa dan kadang-kadang
tidak mampu; Setiap pendengar selain-Nya adalah tuli terhadap suara
ringan, sedangkan suara nyaring menulikannya dan suara-suara jauh
menjauh dari ia; Setiap penglihat selain-Nya adalah buta terhadap
warna-warna tersembunyi dan benda-benda halus; Setiap yang zahir
selain-Nya tidak tersembunyikan, sedangkan setiap yang batin
selain-Nya tidak dapat menjadi zahir.
ALLAH Azza Wa Jalla tidak menciptakan apa yang diciptakan-Nya
untuk memperkuat kekuasaan-Nya, tidak pula [rasa] takut akan akibat
waktu, bukan untuk mencari pertolongan terhadap serangan dari lawan
yang setara ataupun mitra sombong ataupun lawan yang membenci.
Sebaliknya, semua makhluk dipelihara oleh-Nya dan merupakan
hamba-hamba-Nya yang rendah. ALLAH Azza Wa Jalla tidak tinggal
terbatas dalam sesuatu sehingga dapat dikatakan bahawa Dia berada
di dalamnya, tidak pula Dia terpisah dari sesuatu apa pun sehingga
dapat dikatakan bahawa Dia jauh darinya. Penciptaan atas apa yang
dimulai-Nya ataupun pengurusan atas apa yang dikuasai-Nya tidak
melelahkan-Nya. Tiada ketidakmampuan bagi-Nya terhadap apa yang
diciptakan-Nya. Tidak mungkin terjadi kekeliruan pada-Nya dalam apa
yang ditetapkan-Nya dan diputuskan-Nya. Tetapi keputusan-Nya pasti,
pengetahuan-Nya tegas, kekuasaan-Nya melimpah. ALLAH Azza Wa Jalla
diharapkan pada waktu susah, malahan ALLAH Azza Wa Jalla ditakuti
bahkan pada waktu senang.
Berhati-hatilah, dunia sedang menggulung dan telah memaklumkan
perpisahannya. Ehwalnya yang dikenal telah menjadi asing dan ia
sedang bergerak mundur dengan cepat. Ia sedang memajukan
penghuninya kepada kehancuran dan menggiring para tetangganya
kepada kematian. Hal-halnya (kenikmatannya) yang manis telah
menjadi asam dan hal-halnya yang jernih telah tercemar. Akibatnya,
yang tertinggal darinya hanyalah seperti air sisa dalam bejana atau
seteguk air dalam ukuran. Apabila seseorang kehausan meminumnya,
dahaganya tidak terpuaskan.
Wahai hamba-hamba ALLAH! Bersiaplah untuk keluar dari dunia ini
yang bagi penghuninya kebusukan telah ditetapkan dan
[berhati-hatilah] agar hasrat hati tidak menaklukkan anda, jangan
pula anda menganggap tinggalnya anda di dunia ini akan lama. Demi
ALLAH Azza Wa Jalla, apabila anda berteriak seakan unta betina yang
telah kehilangan anaknya, mendekut seperti bunyi merpati, bergumam
seperti pertapa yang khusyuk dan berpaling kepada ALLAH Azza Wa
Jalla dengan meninggalkan kekayaan anda dan anak-anak sebagai
sarana untuk mendapatkan kedekatan kepada-Nya dan kedudukan tinggi
disisi-Nya ataupun keampunan dosa yang telah diliput Kitab-Nya dan
dicatat oleh malaikat-malaikat-Nya, maka semua itu masih kurang
dari ganjaran yang diharapkan bagi anda ataupun hukuman-Nya yang
ditakuti menimpa anda.
[Demi ALLAH Azza Wa Jalla, apabila hati anda larut sepenuhnya
dan mata anda menumpahkan air mata darah untuk hidup di dunia ini
selama dunia ini ada dalam keadaan demikian pun amal anda tidak
dapat membayar nikmat-Nya yang besar atas anda dan atas pemberian
petunjuk-Nya pada anda kepada keimanan].
Wahai para hamba ALLAH! Ambillah pelajaran dari bahan-bahan
pelajaran yang berguna dan petunjuk yang bersinar. Cermatlah
mengikuti tanda-tanda peringatan yang jelas. Ambillah manfaat dari
khutbah dan nasihat. [Seakan-akan cakar kematian telah tertekan
kepada anda, hubungan harapan dan hasrat telah terputus, urusan
sulit telah menimpa anda dan perjalanan anda adalah menuju tempat
ke mana setiap orang mesti pergi- Yakni maut]; 'Dan datanglah
tiap-tiap diri bersama dengan ia seorang [malaikat] pengiring dan
seorang [malaikat] penyaksi.' [Pengiring menggiringnya ke arah
kebangkitan sementara saksi menyediakan bukti tentang
perbuatannya].
Suatu hak adalah sangat luas dalam huraian tetapi sangat sempit
dalam kesesuaian tindakan. Ia tidak menambahkan bagi seseorang
kecuali apabila ia menambahkan terhadapnya pula dan hak tidak
menambah terhadap seseorang kecuali apabila ia menambah bagi
[keuntungan]nya. Apabila ada suatu hak yang hanya menguntungkan
bagi seseorang tanpa hak [sehubungan dengan itu] terhadap dirinya
adalah itu semata-mata bagi ALLAH Maha suci dan bukan bagi
makhluk-makhluk-Nya kerana [berdasarkan] kekuasaan-Nya atas
makhluk-makhluk-Nya dan keadilan yang menembusi seluruh
ketetapan-Nya. Sesungguhnya, ALLAH Maha suci telah menciptakan
hak-Nya atas makhluk bahawa mereka harus menyembah-Nya dan telah
menetapkan bagi-Nya [kewajiban] atas ganjaran bagi mereka yang sama
dengan beberapa kali imbalan sebagai tanda rahmat-Nya dan kemurahan
yang disanggupi-Nya.
Kemudian, dari hak-hak ALLAH Maha Suci diciptakan hak-hak
tertentu bagi orang-orang tertentu atas yang lain-lainnya. ALLAH
Azza Wa Jalla membuatnya sedemikian rupa sehingga sebanding antara
satu sama lainnya. Beberapa hak adalah sedemikian rupa sehingga
mereka tidak menambah kecuali dengan yang lain-lainnya. Yang paling
besar dari semua hak-hak yang telah diwajibkan ALLAH Maha Suci
ialah hak pemimpin atas yang dikuasai dan hak yang dikuasai atas
pemimpin. Ini kewajiban yang telah ditetapkan ALLAH Maha Suci atas
satu sama lainnya. ALLAH Azza Wa Jalla telah menjadikannya asas
bagi saling [kasih sayang] mereka dan suatu kemuliaan bagi agama
mereka. Sebagai akibatnya, yang dikuasai tidak mungkin makmur
apabila pemimpinnya tidak sihat, sedangkan para pemimpin tidak akan
sihat kecuali rakyatnya tabah.
Apabila rakyat memenuhi hak-hak pemimpin, lalu pemimpin memenuhi
hak-hak rakyat. Maka hak beroleh kedudukan terhormat di antara
mereka, jalan agama jadi mampan, tanda-tanda keadilan menjadi tetap
dan sunnah beroleh jalan.Dengan jalan ini, waktu akan membaik ,
kelanjutan pemenrintahan akan diharapkan dan tujuan-tujuan musuh
akan digagalkan. Tetapi, apabila rakyat menguasai Si pemimpin
ataupun pemimpin menindas rakyat. Maka, perselisihan muncul pada
setiap kata, tanda-tanda penindasan muncul, bencana memasuki agama
dan jalan sunnah ditinggalkan.
Kemudian, orang bertindak berdasarkan hawa nafsu, perintah
[agama] disingkirkan, penyakit rohani menjadi banyak dan tiada
ragu-ragu dalam mengabaikan hak-hak besar sekalipun, tidak pula
dalam melakukan kesalahan-kesalahan besar. Dalam keadaan semacam
itu, orang bajik dihinakan sementara orang jahat dihormati dan ada
azab yang pedih dari ALLAH Maha Suci kepada manusia.
Oleh sebab itu , anda harus saling menasihati [untuk memenuhi
kewajiban anda] dan bekerjasama -Yakni [Silaturrahim]. Bagaimanapun
luarbiasa hasrat seseorang untuk mendapatkan keredhaan ALLAH Azza
Wa Jalla dan betapa pun ia sepenuhnya berusaha untuk itu, ia tidak
dapat melaksanakan [kewajiban bagi] ketaatannya kepada ALLAH Maha
Suci sebagaimana yang sesungguhnya hak bagi-Nya dan adalah suatu
hak-Nya yang wajib atas manusia bahawa mereka harus saling
menasihati sekuat kemampuan mereka dan bekerjasama untuk menegakkan
kebenaran di antara mereka. Tiada orang, betapa besar pun
kedudukannya dalam urusan kebenaran dan betapa maju pun
keutamaannya dalam agama, yang berada di luar batas kerjasama
sehubungan dengan kewajiban-kewajiban yang diletakkan padanya oleh
ALLAH Azza Wa Jalla. Lagi... tiada orang, betapa pun kecilnya ia
dipandang oleh orang lain dan betapa rendah pun ia mungkin tampil
dimata, yang terlalu rendah untuk bekerjasama ataupun ditawari
kerjasama dalam urusan ini.
Beramallah... Beramallah! Kemudian, [ingatlah] akan tujuan
akhir... Tujuan akhir! [Tetaplah] berpegang teguh... Berpegang
teguh! Sesudah itu [amalkan] kesabaran... Kesabaran! Dan
bersihkanlah jiwa... Bersihkanlah jiwa! Anda mempunyai tujuan.
Majulah ke tujuan akhir anda. [Pada anda ada janji]. Berpedomanlah
pada janji anda. Islam mempunyai tujuan. [Majulah ke tujuannya].
Majulah kepada ALLAH Azza Wa Jalla dengan memenuhi hak-hak-Nya yang
telah diwajibkan atas anda sekelian. ALLAH Azza Wa Jalla telah
menyatakan dengan terang tuntutan-Nya kepada anda. [Hati-hatilah]!
Apa yang telah ditentukan, telah terwujud. 'Sesungguhnya
orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah ALLAH"; Kemudian
mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada
mereka [dengan mengatakan]: "Janganlah kamu merasa takut dan
janganlah kamu merasa sedih dan bergembiralah kamu dengan
[memperoleh] syurga yang telah dijanjikan ALLAH kepadamu.'
Anda telah mengatakan: "Tuhan kami ialah ALLAH." Maka
berpeganglah-teguhlah pada kitab-Nya, pada jalan perintah-Nya dan
pada jalan bajik peribadatan kepada-Nya. Sesudah itu, janganlah
keluar darinya, jangan memperkenalkan bid`ah di dalamnya dan jangan
berpaling darinya kerana orang-orang yang meninggalkan jalan ini
akan diputuskan dari [rahmat] ALLAH Azza Wa Jalla pada Hari
Pengadilan.
Berhati-hatilah dari menghancurkan akhlak anda dan mengubahnya.
[Peliharalah lidah]. Orang harus mengendali lidahnya, kerana lidah
[bandel] terhadap majikannya. Demi ALLAH Azza Wa Jalla! Saya tidak
menemukan bahawa takwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla berguna bagi
seseorang yang mempraktikkannya kecuali apabila ia mengendalikan
lidahnya. [Sesungguhnya lidah seorang mukmin berada di belakang
hatinya; Sedangkan hati seorang munafik berada di belakang
lidahnya. Ini kerana... Apabila seorang mukmin berniat mengatakan
sesuatu, ia memikirkannya dalam fikirannya. Apabila baik, ia
membukakannya. Tetapi apabila buruk, ia membiarkannya tetap
tersimpan; Sedangkan orang munafik mengatakan apa sahaja yang
datang ke lidahnya tanpa mengetahui apa untungnya dan apa yang
merugikannya].
Rasulullah (saw) berkata: ["Iman seseorang tidak akan kukuh
kecuali hatinya kukuh; Dan hatinya tidak akan kukuh kecuali
lidahnya kukuh."] Maka, barangsiapa di antara anda sekelian yang
dapat menemui ALLAH Azza Wa Jalla dalam keadaan tangannya tidak
tercemar dengan darah Muslim dan harta mereka dan lidahnya selamat
dari membebelkan mereka, maka ia harus berbuat demikian.ALLAH Maha
Suci tidak menasihati seseorang melainkan atas garis al-Quran
kerana ia merupakan tali kuat ALLAH dan sarana-Nya yang berharga.
Ia mengandungi perkembangan hati dan sumber-sumber ilmu. Bagi hati
tiada keterangan lain daripada al-Quran, walaupun orang-orang yang
mengingatnya telah berlalu sedang orang yang melupakannya atau
pura-pura melupakannya telah tertinggal Apabila anda melihat suatu
kebaikan, berikanlah dukungan anda kepadanya; Tetapi apabila anda
melihat keburukan, hindarilah ia kerana Rasulullah (saw)
mengatakan: "Wahai putra Adam... Berbuat baiklah dan jauhilah
keburukan; Dengan berbuat demikian anda akan menapak dengan
benar."
? Ketahuilah wahai para hamba ALLAH! Bahawa [seorang mukmin
harus memandang halal di tahun ini, apa yang dianggapnya halal di
tahun sebelumnya dan harus memandang haram tahun ini apa yang
dipandangnya haram tahun sebelumnya]. Sesungguhnya bid`ah manusia
tidak dapat menghalalkan apa yang telah ditetapkan sebagai haram;
Sebaliknya, halal ialah yang telah dihalalkan ALLAH Azza Wa Jalla
dan haram ialah apa yang telah diharamkan ALLAH Azza Wa Jalla. Anda
telah telah menguji hal-hal itu dan mencubanya; Anda telah
dikhutbahi oleh orang-orang sebelumnya. [Perumpamaan telah
dibuatkan bagi anda dan telah diseru-Nya kepada kenyataan yang
terang. Hanya orang tuli yang dapat tetap tuli terhadap semua ini
dan hanya orang buta dapat tetap buta terhadap semua ini].Orang
yang tidak diberi ALLAH Azza Wa Jalla kemanfaatan dari cubaan dan
pengalaman, tidak dapat beroleh manfaat dari dakwah. Ia akan
dihadapi oleh kerugian dari hadapan sehingga ia akan membenarkan
apa yang buruk dan menyalahkan apa yang baik. [Manusia ada dua
macam: Pengikut syariat dan pengikut bid`ah yang kepadanya ALLAH
Azza Wa Jalla tidak memberikan suatu kesaksian dengan jalan sunnah
ataupun cahaya dari hujah].
Ketahuilah bahawa kezaliman itu [ada tiga jenis]: Pertama...
Kezaliman yang tidak akan diampuni; Kedua... Kezaliman yang tidak
akan dibiarkan tanpa ditanyai; Dan ketiga... Kezaliman yang akan
diampuni tanpa ditanyai. [Kezaliman yang tidak akan diampuni ialah
syirik kepada ALLAH Azza Wa Jalla]. Firman-Nya: 'Sesungguhnya ALLAH
tidak akan mengampuni dosa syirik..."[Kezaliman yang akan diampuni
ialah kezaliman seseorang terhadap dirinya sendiri dengan melakukan
dosa kecil]; Dan [kezaliman yang tidak akan dibiarkan tanpa
ditanyai ialah kezaliman orang terhadap orang lain]. Pembalasan
dalam hal semacam itu adalah keras; Pembalasan itu bukan dengan
pisau, bukan pula memukul dengan cambuk melainkan demikian kerasnya
sehingga semuanya kecil dibanding dengannya. Oleh sebab itu, maka
anda harus menjauhi perubahan dalam urusan dengan agama ALLAH
kerana persatuan anda sehubungan dengan hak yang tidak anda sukai
lebih baik daripada perpecahan anda sehubungan dengan suatu
kebatilan yang anda sukai. Sesungguhnya, ALLAH Maha Suci tidak
memberikan kepada seseorang, baik di antara yang sudah mati mahupun
yang masih hidup [suatu kebaikan dari perpecahan].
[Wahai manusia... Diberkatilah orang yang
kekurangan-kekurangannya sendiri menjauhkan ia dari melihat
kekurangan orang lain dan diberkatilah pula orang yang terkurung
dalam rumahnya, memakan makanannya, menguburkan dirinya sendiri
dalam menaati ALLAH Azza Wa Jalla dan menangisi dosa-dosanya
sendiri sehingga ia sibuk dalam dirinya sendiri malahan manusia
selamat dari ia].? Sesungguhnya saya menakutkan anda dari dunia ini
kerana ia manis dan hijau, dikelilingi oleh hawa nafsu dan disukai
kerana kenikmatannya yang segera. Ia menggugah rasa takjub dengan
hal-hal kecil dan berhiaskan harapan-harapan [palsu] serta dihiasi
dengan tipuan. [Kenikmatannya tidak bertahan dan nestapanya tidak
dapat dapat dielakkan. Ia menipu, memudaratkan, berubah-ubah, akan
musnah, akan haus, akan hancur, akan habis dan akan rosak].
Bilamana ia mencapai hujung hawa nafsu dari orang-orang yang
cenderung kepadanya dan merasa bahagia dengannya, kedudukan itu
hanyalah apa yang dikatakan ALLAH Maha Suci lagi Maha Tinggi di
dalam al-Quran, "... seperti air yang Kami turunkan dari langit dan
tumbuhan di bumi bercampur dengannya; Kemudian ia menjadi tunggul
yang kering; Yang diserakkan angin; Kerana ALLAH Maha Kuasa atas
segala sesuatu."[Tiada orang beroleh kenikmatan dari dunia ini
melainkan air mata kemudian datang kepadanya dan tiada orang yang
mendapatkan kesenangannya di depan melainkan menghadapi kesulitan
di belakang]. Tiada yang menerima hujan gerimis kemudian di
dalamnya melainkan ia mendapat curahan hujan lebat kepedihan di
atasnya. Hanyalah pantas dari dunia ini bahawa di pagi hari ia
mendukung seseorang tetapi di petang hari ia tidak mengenalnya.
Apabila satu sisi darinya manis dan menyenangkan, sisi lainnya
pahit dan menyedihkan.
Tiada orang yang mendapatkan kenikmatan dari kesegarannya
melainkan ia harus menghadapi kesulitan dari bencananya; Tiada
orang yang akan melewati petang hari di bawah sayap keselamatannya
melainkan pagi harinya akan berada di bawah hujung sayap ketakutan.
Ia menipu dan semua yang ada di dalamnya adalah tipuan. Ia akan
musnah dan semua yang ada di atasnya akan musnah. Tiada kebaikan
dalam rezekinya melainkan takwa. Barangsiapa mengambil sedikit
darinya, ia mengumpulkan banyak dari apa yang akan memberikan
keselamatan baginya sedang yang mengambil banyak darinya, mengambil
banyak dari apa yang menghancurkannya. Ia akan segera berpisah dari
apa yang dikumpulkannya. [Berapa banyak orang yang bersandar
kepadanya tetapi ia menyedihkan mereka; Berapa banyak orang merasa
damai dengannya tetapi ia menjungkirkan mereka; Berapa banyak orang
yang bergaya (bermegah) tetapi ia menjadikan mereka rendah; Dan
berapa banyak orang yang bangga tetapi ia menjadikannya hina].
[Wewenangnya berubah-ubah; Kehidupannya kotor; Air sejuknya
pahit; Manisnya adalah jadam; Makanannya adalah racun; Sarananya
lemah, hidup di dalamnya terbuka kepada maut; Yang sihat di
dalamnya terbuka kepada sakit; Kerajaannya "mungkin" akan
direnggut; Yang kuat di dalamnya "mungkin" akan dikalahkan; Dan
yang kaya di dalamnya "mungkin" akan tertimpa malapetaka; Tetangga
di dalamnya "mungkin" akan dirompak].
Tidakkah anda [tinggal] di rumah orang-orang yang sebelum anda
yang berusia lebih panjang, berjejak lebih baik, berhawa nafsu yang
lebih besar, yang berjumlah lebih banyak dan mempunyai tentera yang
lebih besar? Betapa mereka mengabdikan diri kepada dunia dan
bagaimana mereka menunjukkan rasa lebih senang kepadanya! Kemudian
mereka meninggalkannya tanpa bekal yang dapat menyampaikan mereka
ke tujuan ataupun punggung [haiwan tunggangan] untuk membawa
mereka.
[Apakah anda mendapat khabar bahawa dunia pernah cukup bermurah
hati untuk memberikan tebusan bagi mereka atau memberikan kepada
mereka suatu dukungan atau memberikan kepada mereka kawan yang
baik? Ia malah menimpakan kepada mereka kesulitan-kesulitan,
membuat mereka lesu dengan malapetaka, menganiaya mereka dengan
bencana, menelungkupkan mereka pada hidung, memijak mereka di bawah
tapak kakinya, dan menolong pasang surutnya waktu terhadap
mereka].
Kami telah melihat keanehan pada orang-orang yang pergi
mendekatinya, mendapatkannya dan menggunakannya hingga mereka
berpisah darinya untuk selamanya. [Apakah ia memberikan kepada
mereka suatu bekal selain kelaparan atau membuat mereka tinggal
selain pada tempat-tempat sempit atau memberikan kepada mereka
cahaya selain kegelapan atau memberikan kepada mereka sesuatu
selain penyesalan pada akhirnya]? Apakah ini yang banyak anda minta
atau anda puas dengannya atau ke arah mana anda merasa tamak?
Betapa buruknya kediaman ini baginya , ia tidak mencurigai [seperti
itu] dan tidak merasa takut padanya!
Seharusnya anda tahu, sebagaimana anda tahu. Bahawa anda akan
meninggalkannya dan berpisah darinya. Sementara di dalamnya,
[ambillah pelajaran dari orang-orang yang menyombongkan diri]:
("Siapakah yang lebih besar kekuatannya dari kami..."). Tetapi
mereka di bawa ke kuburnya, namun bukan sebagai [penunggang].
Mereka kemudian di tinggalkan di kubur, tetapi bukan sebagai
[tamu]. [Kubur dibuatkan bagi mereka dari permukaan tanah; Kafan
mereka terbuat dari tanah; Tulang-tulang tua dijadikan tetangga
mereka; Mereka adalah tetangga yang yang tidak menyambut pemanggil
dan tidak pula menjauhkan kesukaran, tidak juga mempedulikan orang
yang berkabung].
Apabila mereka mendapatkan hujan, mereka tidak bahagia. Mereka
bersama-sama, tetapi masing-masing terpisah; Mereka berdekatan
tetapi tidak saling melihat; Mereka dekat tetapi tidak bertemu;
Mereka sabar dan tidak mempunyai kebencian; Mereka jahil dan
kedengkian mereka telah padam. [Tiada ketakutan terhadap kesusahan
dari mereka dan tiada harapan bahawa mereka akan menjauhkan
kesusahan; Mereka telah menukarkan punggung permukaan bumi dengan
perutnya bahagian dalam, kelapangan dengan kesempitan, keluarga
dengan kesepian, cahaya dengan kegelapan; Mereka telah datang
kepadanya dunia ini, sebagaimana mereka meninggalkannya dengan kaki
telanjang dan badan telanjang]; Mereka berpisah darinya dengan amal
perbuatan mereka kepada kehidupan yang melanjut dan rumah abadi,
sebagaimana telah dikatakan ALLAH Azza Wa Jalla, ["Sebagaimana Kami
memulai penciptaan pertama, begitulah Kami akan mengulanginya;
Itulah suatu janji yang pasti, sesungguhnya Kamilah yang akan
melaksanakannya"].
[Segala puji bagi ALLAH Azza Wa Jalla; Yang telah menjadikan
pujian kunci untuk mengingat-Nya, sarana untuk meningkatkan
anugerah-Nya dan petunjuk bagi Sifat-sifat-Nya].
? Wahai para hamba ALLAH! Waktu akan memperlakukan orang-orang
yang masih hidup sebagaimana ia memperlakukan orang-orang yang
telah pergi. Waktu yang telah lalu tidak akan kembali dan apa
sahaja yang ada di dalamnya tidak akan tinggal untuk selamanya.
Perbuatannya yang lebih kemudian sama dengan perbuatan-perbuatannya
di waktu lalu. Gangguannya berusaha untuk saling melebihi.
Panji-panji-Nya saling mengikuti. Seakan-akan anda terpaut pada
hari terakhir yang sedang menggiring anda secepat dibawa unta
betina yang kekeringan selama tujuh bulan. Orang yang menyibukkan
diri dengan hal-hal selain perbaikan dirinya sendiri menjadi
bingung dalam kegelapan dan terlibat dalam keruntuhan. Semangat
jahatnya mencelupkannya dalam-dalam pada kejahatan dan menjadikan
perbuatan buruknya nampak bagus. Syurga adalah kesudahan dari
orang-orangyang maju [dalam amal baik] dan neraka adalah kesudahan
dari orang-orang yang melanggar batas.
Wahai para hamba ALLAH! Ketahuilah bahawa takwa itu adalah rumah
perlindungan yang kuat, sementara kemaksiatan adalah rumah yang
lemah yang tidak melindungi orangnya dan tidak memberikan keamanan
kepada yang mencari perlindungan di dalamnya. Ketahuilah bahawa
[sengat dosa dipotong oleh takwa dan tujuan akhir tercapai dengan
keyakinan iman].
Wahai para hamba ALLAH! [Bertakwalah kepada ALLAH Azza Wa
Jalla]! Bertakwalah kepada ALLAH Azza Wa Jalla dalam urusan-urusan
diri anda sendiri yang paling anda cintai dan anda sayangi kerana
ALLAH Azza Wa Jalla telah menjelaskan kepada anda jalan kebenaran
serta menerangi jalannya. Maka, [anda boleh memilih] malapetaka
yang terus hadir atau kebahagiaan abadi. Oleh sebab itu, anda harus
menyediakan bekal hari-hari fana ini untuk hari-hari yang kekal.
Anda telah diberitahu tentang perbekalan, diperintahkan untuk maju
dan dikatakan untuk bergegas dalam keberangkatan. Anda adalah
[ibarat para penunggang yang sedang berhenti menginap yang tidak
mengetahui bila akan diperintahkan terus maju]. Berhati-hatilah!
Apa yang dilakukan di dunia ini oleh orang yang telah diciptakan
untuk dunia yang akan datang? Apakah yang dilakukan seseorang
dengan harta yang dalam waktu singkat akan diambil darinya,
sementara hanya akibat-akibat buruk dan perhitungannya akan
tertinggal baginya.
Wahai para hamba ALLAH! Yang baik, yang dijanjikan ALLAH Azza Wa
Jalla hendaklah jangan ditinggalkan dan yang buruk, yang ditegah
ALLAH Azza Wa Jalla hendaklah jangan anda dambakan. Wahai
hamba-hamba ALLAH! [Takutlah akan hari ketika amal perbuatan akan
dihitung, akan terjadi banyak goncangan dan bahkan anak-anak akan
menjadi tua].
Ketahuilah wahai hamba-hamba ALLAH! Bahawa diri anda sendiri
adalah pengawal atas anda; Anggota-anggota badan anda adalah
penjaga dan pengawas yang benar, yang memelihara [catatan] amal
perbuatan anda dan jumlah nafas anda. Kekelaman malam gelap tidak
dapat menyembunyikan anda dari mereka, tidak dapat pula pintu-pintu
tertutup menyembunyikan anda dari mereka. [Sesungguhnya hari esok
dekat pada hari ini].
Hari ini akan berangkat dengan segala yang ada padanya dan hari
esok akan datang menyusul. Adalah seakan-akan setiap orang dari
anda telah mencapai tempat itu di bumi, di mana ia akan sendirian
yakni kuburannya. Maka, apa yang anda katakan tentang rumah
sunyi,tempat menginap yang terpisah dan pengasingan yang terpencil?
Seakan-akan teriakan [sangkakala] telah sampai kepada anda, saat
itu telah menyusul anda dan anda telah keluar dari [kubur] untuk
penetapan keputusan anda. [Tirai kepalsuan] telah disingkirkan dari
anda dan dalih-dalih anda telah menjadi lemah. Kebenaran tentang
anda telah terbukti. Semua urusan anda telah mendapatkan
akibat-akibatnya. Oleh sebab itu, maka [sekarang] anda harus
mengambil nasihat dan mengambil [manfaat dari para pengingat].
? [ALLAH Maha Mengetahui haiwan-haiwan di hutan, dosa orang yang
terpencil, gerakan ikan-ikan di laut yang dalam dan meluapnya air
oleh angin badai. Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah pilihan
ALLAH Azza Wa Jalla, pembawa wahyu-Nya dan rasul dari
rahmat-Nya].
Kemudian daripada itu, saya nasihati anda untuk bertakwa kepada
ALLAH Azza Wa Jalla; [Yang menciptakan anda untuk pertama kalinya,
kepada-Nya tempat kembali anda, pada-Nya terletak keberhasilan
tujuan anda dan pada-Nya berakhir semua hasrat anda, kepada-Nya
mengarah jalan anda yang benar dan ALLAH Azza Wa Jalla adalah
tujuan takwa anda untuk mencari perlindungan]. Sesungguhnya [takwa
kepada ALLAH Azza Wa Jalla] adalah ubat bagi hati anda, penglihatan
bagi kebutaan jiwa anda, penyembuhan bagi sakit tubuh anda, pelurus
keburukan anda, penyuci kecemasan fikiran anda, cahaya dari
kegelapan mata anda, hiburan bagi ketakutan hati anda dan kecerahan
bagi suramnya kejahilan anda.
Oleh sebab itu, [jadikanlah ketaatan kepada ALLAH Azza Wa Jalla
jalan hidup anda dan bukan sekadar busana luar anda]. Jadikan itu
kebiasaan batin anda berbanding hanya kebiasaan lahiriah, cukup
halus untuk masuk melalui rusuk-rusuk anda [sampai ke hati],
pemandu bagi semua urusan anda, tempat pengairan bagi turunnya anda
pada [Hari Pengadilan], perantara untuk mencapai tujuan-tujuan
anda, tempat perlindungan pada hari ketakutan anda, lampu pada
bahagian dalam kubur anda, sahabat bagi kesepian anda yang panjang
dan keselamatan dari kesulitan tempat kediaman anda. [Ketaatan
kepada ALLAH Azza Wa Jalla adalah suatu perlindungan terhadap
petaka yang mengelilingi, bahaya-bahaya yang diperkirakan dan nyala
api yang bernyala-nyala].
Barangsiapa memelihara takwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla;
Kekacauan menjauh dari ia setelah mendekat, urusan menjadi manis
setelah pahitnya, gelombang [kesusahan] mundur dari ia setelah
mengerubutinya, kesukaran menjadi mudah baginya setelah terjadi,
kemurahan menghujan leabt atasnya setelah kekeringan, [rahmat]
membongkok kepadanya setelah enggan, [nikmat-nikmat ALLAH Azza Wa
Jalla] meloncat kepadanya setelah dikeringkannya dan [berkat] turun
kepadanya dalam curahan setelah jarang. Maka, bertakwalah kepada
ALLAH Azza Wa Jalla yang memberi manfaat kepada anda dengan
nasihat-Nya yang baik, berdakwah kepada anda melalui rasul-Nya dan
memberi anda dengan nikmat-nikmat-Nya. [Berbaktilah anda dalam
ibadah dan bebaskan diri anda dari hutang kewajiban menaati ALLAH
Azza Wa Jalla].? Wahai hamba-hamba ALLAH... Bahawa anda harus
bertakwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla kerana takwa adalah hak-Nya
atas anda dan [takwa] itu menciptakan hak anda atas ALLAH Azza Wa
Jalla; Dan bahawa anda harus mencari pertolongan ALLAH Azza Wa
Jalla di dalamnya dan pertolongannya dalam [menemui-Nya]. Sungguh
bagi hari ini, takwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla adalah suatu
perlindungan dan suatu perisai; Dan bagi hari esok (Hari
Pengadilan), takwa itu adalah jalan ke syurga. Jalannya terang dan
orang menempuhnya adalah orang yang beruntung. Barangsiapa
memegangnya, menjaganya; [Takwa] itu telah memperkenalkan dirinya
kepada manusia yang telah lalu dan kepada mereka yang datang
kemudian kerana mereka akan memerlukannya esok (di Hari
Pengadilan), ketika ALLAH Azza Wa Jalla akan menghidupkan lagi
ciptaan-Nya, mengambil kembali apa yang telah diberikan-Nya dan
mengambil tanggungjawab atas apa yang telah dianugerahkan-Nya.
Betapa sedikit [nantinya], orang yang menerimanya dan
melaksanakannya sebagaimana hal itu harus dilaksanakan. Jumlah
mereka akan sangat sedikit dan mereka adalah orang-orang yang
sesuai dengan gambaran yang diberikan [ALLAH Maha Suci ketika
berfirman:'.... sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima
kasih].'
Sebab itu, bergegaslah dengan telinga anda ke rahnya dan
kerahkanlah usaha anda untuk itu. Jadikan itu pengganti atas segala
[kekurangan] anda di masa lalu untuk mengambil tempat sebagai
pelanjutnya dan jadikanlah itu dukungan anda terhadap setiap lawan.
Jadikan itu perlengkapan hati anda; Cucilah dosa-dosa anda dengan
itu; Rawatlah sakit anda dengan itu; Dan bergegaslah ke arah
kematian anda dengan itu. [Ambillah pelajaran dari orang yang
mengabaikannya agar orang mengikutinya tidak harus mengambil
pelajaran dari anda (kelalaian anda atasnya). Maka itu,
Berhati-hatilah! Anda harus memeliharanya dan menjaga diri anda
melaluinya].
Menjauhlah dari dunia ini dan majulah ke dunia berikut dengan
penuh ghairah; Jangan menganggap rendah orang yang telah diberi
kedudukan tinggi oleh takwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla; Dan jangan
memberikan kedudukan tinggi kepada orang yang telah diberi
kedudukan tinggi oleh dunia ini; [Janganlah membiarkan mata anda
menatap awan bersinar dari dunia ini]; Jangan dengarkan orang
berbicara tentangnya; Jangan menjawab orang yang memanggil ke
arahnya; [Jangan mencari cahaya dari sinar silaunya]; Dan
[janganlah mati dalam hal-halnya yang mahal kerana cerahnya
mengecoh, kata-katanya palsu, kekayaanya mungkin dirompak dan
barang-barangnya mahal mudah dibawa lari].
Hati-hatilah.... Dunia ini memikat lalu berpaling. [Ia
pembangkang, menolak untuk maju terus. Ia berbicara dusta dan
menyelewengkan. Ia mungkar dan tidak bersyukur. Ia dengki dan
meninggalkan pecintanya. Ia menarik tetapi menimbulkan kesusahan].
Keadaannya berubah-ubah, langkahnya goyah, kehormatannya hina,
kesungguhannya adalah canda dan ketinggiannya rendah. Ia tempat
perompakan serta penjarahan dan keruntuhan serta kehancuran.
[Manusianya siap dengan kaki untuk mendorong, menyusul dan
berpisah]. Jalan-jalannya membingungkan, jalan keluarnya merisaukan
dan rancangannya berakhir dalam kekecewaan. [Akibatnya, kubu
pertahanan mengkhianatinya, rumah-rumah melemparkannya keluar dan
kecerdikan menggagalkannya].
Sebahagian dari mereka adalah seperti unta yang tergadai,
sebahagian seperti daging yang disembelih, sebahagian seperti
anggota badan yang terputus, sebahagian seperti darah yang
tertumpah, sebahagian seperti menggigit tangannya dalam kesakitan,
sebahagian menggosok-gosokkan tapak tangannya dalam penyesalan,
sebahagian memegang pipinya dengan tangannya dalam kecemasan,
sebahagian mengutuk pendapatnya sendiri dan sebahagian sedang
mundur dari tekadnya. Tetapi waktu untuk beramal telah hilang dan
saat bencana telah mendekat, 'padahal [waktu] itu bukanlah saat
untuk lari melepaskan diri.' [Sayang!... Sayang!... Yang hilang,
telah hilang!... Yang pergi, telah pergi!... Dunia telah lewat
dalam caranya yang biasa]. 'Maka langit dan bumi tidak menangisi
mereka dan mereka pun tidak diberi tangguh.'
? Wahai manusia... Untuk bertakwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla dan
memuji-Nya sebanyak-banyaknya kerana nikmat-nikmat-Nya pada anda
dan ganjaran-Nya bagi anda serta hak-hak-Nya atas anda. Lihatlah,
betapa ALLAH Azza Wa Jalla memilih anda untuk nikmat-Nya dan
memperlakukan anda dengan belas kasihan. Anda berbuat dosa secara
terbuka, ALLAH Azza Wa Jalla terus menutupi anda. [Anda berlaku
secara mengundang hukuman-Nya, tetapi ALLAH Azza Wa Jalla
memberikan lebih banyak waktu kepada anda].
Semoga ALLAH Azza Wa Jalla menaruh belas kasihan kepada anda.
Oleh sebab itu, anda harus bergegas ke arah [mempersiapkan] rumah
anda yang telah diperintahkan kepada anda untuk diisi dan kemana
anda telah dipanggil dan diundang. Carilah penyempurnaan nikmat
ALLAH Azza Wa Jalla atas anda dengan sabar dalam ketaatan
kepada-Nya dan menahan diri dari pelanggaran kerana hari esok dekat
pada hari ini. [Betapa cepatnya saat-saatnya hari; Betapa cepatnya
hari-harinya bulan; Betapa cepatnya bulan-bulannya tahun; Dan
betapa cepatnya tahun-tahunnya kehidupan].
Berhati-hatilah... anda berusaha dengan susah payah dalam
melawan ALLAH Azza Wa Jalla secara terang-terangan dan menentang
kaum mukmin tentang [pertempuran]. [Hendaklah anda takut kepada]
ALLAH! ALLAH! ... dalam merasa bangga akan kesombongan anda dan
menyombongkan kejahilan kerana inilah [akar permusuhan dan
rancangan iblis yang dengan itu, ia telah menipu manusia-manusia
zaman dahulu dan masa-masa yang telah berlalu]... Dengan hasil
bahawa mereka jatuh ke dalam kegelapan jahilnya dan lubang
kesesatannya, menyerah kepada dorongannya dan menerima
kepimpinannya. [Dalam hal ini, hati semua orang serupa dan
zaman-zaman berlalu satu demi satu, dalam cara yang sama dan ada
kesombongan yang dengan itu dada terbebat].
Janganlah memandang kekayaan dan keturunan sebagi tolok ukur
keredhaan dan kebencian ALLAH Azza Wa Jalla kerana anda tidak
mengetahui kemungkinan dari kejahatan dan ujian dalam masa kaya dan
berkuasa sebagaimana ALLAH Maha Suci lagi Maha Tinggi telah berkata
(peringatkan/khabarkan), '[Apakah mereka mengira bahawa harta dan
anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu bererti bahawa Kami
bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak,
sebenarnya mereka tidak sedar].'
Amirul Mukminin Berkata: ALLAH Maha Suci menurunkan ayat:"Alif
lam mim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
[sahaja] mengatakan: 'Kami telah beriman,' Sedangkan mereka tidak
diuji lagi?" QS 29: 1-2
Ketahuilah bahawa [fitnah] tidak akan menimpa kita selagi Rasul
(saw) berada di antara kita... Maka, saya berkata, "Wahai nabi
ALLAH, apakah [fitnah] yang diberitahukan ALLAH Maha Tinggi kepada
anda?" Lalu, beliau menjawab, "Hai Ali... Umatku akan menciptakan
kekacauan sesudahku." Saya katakan, "Wahai Rasulullah... Pada hari
Uhud, ketika orang-orang telah jatuh syahid dan saya tidak di
antara mereka dan ini sangat merisaukan saya... Bukankah anda
berkata kepada saya. [Bergembiralah kerana kematian syahid adalah
bagi sesudah ini]?" Beliau menjawab, "Ya demikianlah, tetapi
bagaimana tentang kesabaran anda sekarang?" Saya katakan, "Wahai
Rasulullah, [ini bukanlah suatu kesempatan untuk bersabar melainkan
suatu peluang untuk bergembira dan bersyukur]."
Kemudian beliau berkata:"Wahai Ali... [Orang akan jatuh ke dalam
bencana melalui kekayaan, akan menunjukkan hak kepada ALLAH Azza Wa
Jalla sekaitan dengan iman mereka; Akan mengharapkan rahmat-Nya;
Akan merasa aman dari murka-Nya; Dan memandang hal-hal yang haram
sebagai halal dengan menimbulkan keragu-raguan palsu dan dengan
hawa nafsu mereka yang menyesatkan. Maka, mereka akan menganggap
halal penggunaan anggur dengan menamakannya air gandum, suapan
dengan menamakannya pemberian dan mengambil keuntungan riba dengan
menamakannya perdagangan." Saya