1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Seperti yang kita ketahui, mata pelajaran sejarah sering dikaitkan dengan unsur lama dan statik dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetengahkan penggunaan kaedah simulasi sebagai satu kaedah untuk pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Menurut Noraini Ishak dalam tulisan beliau bertajuk “Teori-teori Yang Boleh Diguna Atau Diadaptasi Bagi Setiap Masalah” bertarikh 5 Disember 2009, pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi ini adalah satu gambaran abstrak tentang situasi sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing- masing untuk menyelesaikan maslaah atau isu-isu yang berkaitan. Ia juga merupakan satu situasi yang diwujudkan utnuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar wujud di dalam keadaan yang terkawal.
77
Embed
Keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran sejarah
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan penggunaan kaedah
simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Seperti yang kita
ketahui, mata pelajaran sejarah sering dikaitkan dengan unsur lama dan statik dalam
pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk
mengetengahkan penggunaan kaedah simulasi sebagai satu kaedah untuk pengajaran dan
pembelajaran Sejarah.
Menurut Noraini Ishak dalam tulisan beliau bertajuk “Teori-teori Yang Boleh Diguna Atau
Diadaptasi Bagi Setiap Masalah” bertarikh 5 Disember 2009, pengajaran dan pembelajaran
dengan menggunakan kaedah simulasi ini adalah satu gambaran abstrak tentang situasi
sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-
masing untuk menyelesaikan maslaah atau isu-isu yang berkaitan. Ia juga merupakan satu
situasi yang diwujudkan utnuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan
masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar
wujud di dalam keadaan yang terkawal.
2
Terdapat beberapa jenis simulasi yang dapat digunakan sebagai satu langkah atau aktiviti
yang boleh menarik minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini iaitu :
a. Lakonan atau drama
Berskrip
Tanpa Skrip
b. Sosio drama
Pelajar cuba menyelesaikan sesebuah masalah sosial
Pelakon diberi peranan watak sejarah dan suatu masalah atau
isu dalam sejarah.
c. Perbahasan
Pemidato memegang peranan sebagai seorang tokoh sejarah
atau sebagai seorang tokoh sejarah yang membahaskan sesuatu
isu sejarah.
Syarahan kecil dilakukan oleh seorang pelajar kepada rakan-
rakan sekelas dan mereka memberi markah.
Cth : seorang pelajar menerangkan apa yang sebenarnya dilihat
dan dirasai oleh Marco Polo dalam pengembaraanya.
3
d. Simulasi Segera
Guru memberi penerangan tentang sesuatu tajuk .
Guru meminta pelajar memegang sesuatu peranan dan
mengambarkan bagaimana peristiwa itu berlaku.
Cth : Jika anda tokoh x , apakah yang akan anda lakukan ?
Bagaimana reaksi anda terhadap …?
e. Permainan
Terancang dan berstruktur seperti ‘board games’ dan teka
silang kata.
Dalam kajian ini, saya telah memilih teknik simulasi jenis sosio drama yang mana
pelajar akan diberikan peranan dan watak yang akan melakonkan watak dalam tajuk
yang telah dipilih dalam mata pelajaran Sejarah untuk menyelesaikan sesuatu
permasalahan yang ditimbulkan.
4
1.2 Penyataan Masalah
Penyataan masalah di sini mengupas tentang mengapa mata pelajaran Sejarah kurang berjaya
menarik minat pelajar dan dianggap sebagai satu mata pelajaran yang membosankan.
Penyataan masalah ini dapat dilihat melalui beberapa kajian. Malah, mata pelajaran Sejarah
ini sendiri telah dibentangkan sebagai satu mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua
pelajar dan wajib lulus dalam peperiksaan SPM pada tahun 2013 nanti. Kenyataan ini
disokong oleh satu kenyataan akhbar yang mana kerajaan memutuskan untuk menaik taraf
status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai tahun 2013
(Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin).
Pelbagai pendapat mengapa mata pelajaran Sejarah ini dijadikan sebagai satu mata pelajaran
wajib kelak. Ramai berpendapat, rata-rata pelajar bosan dengan kaedah dan modul yang
diguna pakai sekarang. Mata pelajaran Sejarah ini pula banyak menceritakan dan
memfokuskan tentang tokoh-tokoh atau individu berbanding sejarah bangsa dan negara.
Mereka seolah-olah hanya belajar mengenali tokoh. Malah, mereka perlu menghafal banyak
topik, iaitu 8 topik dalam tingakatan 1, 10 topik dalam tingkatan 2, 7 topik dlam tingkatan 3,
10 topik tingkatan 4 dan 9 topik dalam tingkatan 5. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 44
topik. Manakala sewaktu tingkatan 4 dan 5, pelajar perlu membaca 19 topik hanya untuk
menjawab 2 soalan dalam SPM.
5
Mereka merasakan pelajaran Sejarah tidak digunakan dalam kehidupan seharian sepertimana
matematik dan sains contohnya. Mereka juga tidak tahu apa tujuan mereka belajar Sejarah.
Malah, buku teks yang tebal dan kandungan yang tidak menarik ditambah dengan beribu-ribu
fakta yang perlu dihafal. Mereka juga berpendapat bahawa hampir tiada majikan atau
pekerjaan yang memerlukan mereka begitu arif tentang Sejarah.
Azwani Ismail, Zaharah Aziz dan Sharifah Nur Puteh dalam kajian mereka yang bertajuk
“Kesan Model STAD Terhadap Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah”, Universiti
Kebangsaan Malaysia menyatakan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai tanggapan awal
bahawa mata pelajaran sains sosial amnya dan Sejarah khususnya adalah mata pelajaran yang
membosankan. Tanggapan awal ini akan menyebabkan pelajar kurang tumpuan dan kurang
motivasi untuk mempelajari pelajaran sejarah.
Menurut Abdul Hakim (2002), Abdul Razak dan Ali (2000), Anuar et al. (2009), menyatakan
bahawa mata pelajaran sejarah adalah merupakan mata pelajaran yang kurang diminati oleh
pelajar dan membosankan. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Abdul Razak dan
Abdullah (2000) terhadap 240 pelajar di daerah Petaling Jaya dan Kuala Selangor mendapati
pelajar-pelajar menganggap mata pelajaran sejarah ini sebagai mata pelajaran sampingan
yang tidak mendatangkan faedah. Tanggapan ini pula dikaitkan dengan kajian oleh
Sivachanlingam et al. (2008) yang mana menyatakan bahawa subjek sejarah yang tidak
memberikan jaminan pekerjaan dan tidak mempunyai nilai komersial.
6
Hazri Jamil (2003) pula menyatakan. pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah berbeza
dengan mata pelajaran lain. Dalam pendidikan sejarah, pelajar bukan sahaja diajar
mendapatkan maklumat atau pengajaran dari peristiwa sejarah dan seterusnya dapat
merealisasikan dalam kehidupan seharian dan merancang kehidupan akan datang.
Keberkesanan pengajaran sejarah bergantung kepada perancangan dan kualiti guru sejarah.
Guru sejarah yang baik menunjukkan kebolehan dan keupayaan diri dari segi kualiti diri,
sosial dan profesional. Kelemahan dari segi pengajaran masih menjadi isu utama yang
berkaitan dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM. Malah, corak pengajaran
sejarah di sekolah masih bersifat tradisional dan membosankan pelajar.
Satu kajian oleh Mohamad Sultan (2000) di sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam,
menunjukkan pengajaran sejarah di sekolah berkenaan kurang berkualiti. Malah mengikut
Hariyono (1995), guru sejarah kurang memerhatikan sama ada maklumat tersebut dapat
membangkitkan minat atau semangat yang boleh membentuk pelajar yang faham akan
sejarah. Kenyataan ini disokong pula oleh Omardin (1996), Aini (1998) dan Khoo Kay Kin
(2008) yang menyatakan bahawa pembelajaran sejarah lazimmya dijalankan dalam bentuk
hafalan. Pelajar difokuskan dengan menitikberatkan aspek-aspek seperti mengingati tarikh,
fakta-fakta serta pergolakan dunia yang telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau. Ini
akan menyebabkan mereka mempunyai perspektif yang sempit tentang proses perkembangan
masyarakat dan negara. Oleh itu, ramai pelajar mendapati mata pelajaran sejarah sangat
menjemukan dan tidak merangsang pelajar untuk berfikir.
7
Menurut Zahara (1999), sekiranya guru mementingkan pengajaran dan yang memberi latihan
kepada pelajar untuk berfikir, maka apabila pelajar meninggalkan alam persekolahan dan
menjejak alaf baru, mereka akan merasa lebih yakin kerana berkebolehan dan berinisiatif
dalam menyelesaikan masalah dan berfikiran dengan kritis dan kreatif. Sekiranya konsep
sejarah dapat difahami dengan jelas pada peringkat awal lagi, akan dapat memupuk dan
memperkukuhkan lagi semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan
warga dunia. Tanggapan negatif pelajar ini boleh dilenyapkan jika guru berfikiran kreatif dan
inovatif, yang dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan
dapat menimbulkan keseronokan di dalam kelas.
Malah, jurnal yang ditulis oleh Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, dan Nur Atiqah T.
Abdullah (2009), ada menyatakan bahawa isu tentang mengapa pengajaran dan pembelajaran
Sejarah kurang berjaya menarik minat pelajar telah ditimbulkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke-170 (Pusat Perkembangan Kurikulum:
2003). Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia telah diadakan pada 7 Mac 2003. Tindakan susulan oleh PPK
telah menjalankan kajian ke atas 31 buah sekolah berprestasi rendah dan sederhana Sejarah
SPM 2002 di Semenanjung Malaysia. Kajian ini telah menunjukkan penurunan prestasi
Sejarah SPM 2003 sebanyak 4.6%.
8
Satu lagi mesyuarat Jawatankuasa Sejarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia telah diadakan pada 1 April 2004 untuk mengenal pasti masalah dan
mendapatkan pandangan dari pihak IPTA dan guru Sejarah. Selepas daripada mesyuarat
tersebut, sekali lagi PPK memantau sekolah berprestasi rendah Sejarah SPM 2003 di 36 buah
sekolah di Semenanjung dan 20 buah sekolah di Sabah dan Sarawak.
Pemantauan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai persediaan
guru Sejarah bagi melaksanakan kurikulum Sejarah (semakan) yang telah didedahkan dan
mengukur sejauhmana kelancaran pelaksanaan kurikulum Sejarah serta pengaplikasian
pedagogi yang telah didedahkan. Di samping itu juga ia adalah untuk mengenal pasti punca
yang menghalang minat murid terhadap Sejarah dan penurunan prestasi Sejarah SPM 2003.
Menurut Adnan Omar dalam tulisannya yang bertajuk “Keberkesanan E-Tuisyen Terhadap
Pencapaian, Minat dan Sikap Pelajar Berprestasi Rendah dalam Mata Pelajaran Sejarah”,
Universiti Utara Malaysia mengupas dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan usul
mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan yang diadakan pada 7 Mac 2003.
Walaupun terdapat peningkatan pada Kertas SPM Sejarah 1249/2 pada 2006 dan 2007,
namun peningkatan ini hanya tertumpu kepada pelajar yang berkebolehan tinggi berbanding
dengan pelajar dalam kumpulan sederhana dan lemah. Ini juga menjadi punca mengapa
penurunan terhadap mata pelajaran Sejarah berlaku. Selain itu, Adnan Omar juga mengupas
tentang mengapa Sejarah kurang berjaya menarik minat pelajar iaitu, kebosanan dan kurang
minat pada Sejarah adalah kerana pelajar disogok dengan gaya pengajaran tradisional,
pembelajaran yang mendatar, tiada motivasi, berpusatkan kepada guru dan penuh dengan
hafalan fakta.
9
Kata-kata ini disokong dengan satu kajian yang dilakukan oleh Mohamad Sultan (2000) di
salah sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam, yang mana beliau mendapati keseluruhan
kajiannya menunjukkan pengajaran Sejarah di sekolah tersebut kurang berkualiti dan ini
membuktikan bahawa pengajaran adalah berkait rapat dengan tanggungjawab guru sebagai
penyampai ilmu manakala keberkesanan pengajaran pula ialah kejayaan guru mencapai
objektif dalam membantu pelajar belajar.
1.3 Kerangka Konseptual
Rajah 1.1 : Konsep Rangka Kerja Mengenai Kaedah Simulasi Meningkatkan
Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Satu.
Masalah Pemahaman
Fakta Sejarah
Implikasi terhadap prestasi
pembelajaran pelajar Tingkatan 1
Sebab / Pemboleh
ubah Tidak
Bersandar
Akibat / Pemboleh
ubah Bersandar
10
1.4 Objektif Kajian
Antara objektif yang disasarkan dalam kajian ini adalah :
a) Memfokuskan kepada masalah pemahaman murid dalam pengajaran dan
pembelajaran Sejarah.
b) Membantu mengubah pengajaran guru ke arah pendekatan yang lebih baik dalam
meningkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Sejarah.
c) Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian di sini adalah seperti yang berikut :
a) Apakah faktor utama pelajar kurang minat terhadap mata pelajaran Sejarah?
b) Apakah tingkahlaku yang ditunjukkan pelajar kurang berminat dalam mata
pelajaran Sejarah?
c) Apakah kaedah atau pendekatan terbaik bagi mengatasi masalah kesukaran
memahami fakta di kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan?
11
1.6 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan
penggunaan kaedah yang digunakan dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar yang
boleh menarik minat pelajar dalam satu-satu mata pelajaran.
1.7 Batasan Kajian
1.7.1 Masa
Kajian ini akan dijalankan berdasarkan tempoh masa yang diberikan mengikut jadual
yang telah ditetapkan.
1.7.2 Sampel
Kajian ini hanya akan dijalankan di salah sebuah kelas tingkatan satu di sekolah
menengah.
1.7.3 Lokasi
Kajian ini dicadangkan akan dilaksanakan di Sekolah Menengah St. Anthony, Tenom.
1.7.4 Tajuk
Kajian ini hanya akan memberi fokus pada penggunaan kaedah simulasi iaitu teknik
sosio drama dalam tajuk Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka dalam
pengajaran Sejarah.
12
1.7.5 Skop Persepsi
Skop persepsi dalam kajian ini adalah memfokuskan kepada pemahaman dan minat
pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah.
1.8 Definisi
Definisi-definisi ini boleh dilihat dari segi defini konsep dan definisi operasional yang
mana definisi knosep adakalanya dirujuk sebagai definisi teori yang harus
bersandarkan kepada sesuatu teori atau lebih diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas.
Ia lebih memberi maksud abstrak atau umum. Manakalah dari segi definisi
operasional pula ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan
responden, pembolehubah yang hendak diuji atau dimanipulasikan dalam kajian. Ia
memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau
dimanipulasikan.
1.8.1 Kaedah Simulasi
Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, simulasi bermaksud perbuatan (latihan dll)
yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat-buat
tetapi yang mirip kepada atau hampir dengan yang sebenarnya. Dari aspek
kajian ini, simulasi membawa maksud sesuatu situasi sebenar yang
memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-
masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.
13
1.8.2 Meningkatkan Prestasi
Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan prestasi ini
dapatlah didefinisikan sebagai satu usaha untuk memajukan diri untuk
mencapai hasil atau mutu yang diperolehi atau dicapai dalam menjalankan
sesuatu tugas. Dalam aspek kajian ini pula meningkatkan prestasi di sini
bermaksud berusaha untuk meninggikan lagi hasil pencapaian pelajar agar
dapat menanam rasa minat terhadap mata pelajaran Sejarah sekaligus dapat
meningkatkan peratusan pencapaian mata pelajaran Sejarah ke arah yang lebih
baik.
1.8.3 Pelajar
Pelajar pula adalah seseorang yang ingin belajar yang juga dikenali sebagai
penuntut atau murid. (Kamus Pelajar). Dalam aspek kajian ini, pelajar yang
dimaksudkan adalah golongan remaja berumur dalam lingkungan 13 tahun
yang belajar dalam suatu komuniti iaitu sekolah.
1.8.4 Sejarah
Sejarah didefinisikan sebagai peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu
yang lampau, kisah, riwayat, tambo: cerita yang disangka dongeng itu menjadi
fakta iaitu sesudah dijumpai bukti-bukti yang mengesahkannya. Manakala
dalam aspek kajian ini, Sejarah adalah satu mata pelajaran yang diajar di
sesebuah sekolah.
14
Menurut Siagan (1987), simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan
percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata. Manakala Hasan
(2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh
atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata
tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya. Simulasi adalah suatu
teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model
dari golongan yang luas. Golongan atau kelas ini sangat luas sehingga dapat dikatakan
‘jika semua cara yang lain gagal, cubalah simulasi’ (Schroeder, 1997). Dalam kajian
ini, simulasi merujuk kepada satu aktiviti bagi menarik minat pelajar dalam suatu
pembelajaran.
Menurut sumber lain, simulasi adalah tiruan perbuatan yang hanya pura-pura.
Simulasi yang berasal daripada perkataan simulate yang bermaksud pura-pura atau
perbuatan seolah-olah. Beberapa buku yang meghuraikan tentang simulasi ini sering
menggunakan perkataan simulasi sebagai satu istilah permainan. Robinson (1996)
menyatakan bahawa simulasi sering bertukar nama kepada permainan. Oleh yang
demikian, dapatlah disimpulkan di sini bahawa simulasi adalah peniruan atau
perbuatan yang bersifat meniru suatu peristiwa seolah-olah seperti peristiwa yang
sebenar.
15
1.9 Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, kaedah simulasi merupakan satu kaedah yang sesuai
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah bagi meningkatkan prestasi
pelajar dalam mata pelajaran Sejarah ini. Kajian ini juga bertujuan untuk mellihat
sejauhman keberkesanan penggunaan kaedah simulasi terhadap nilai patriotisme,
sikap pelajar terhadap Sejarah dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah
khususnya dalam kajian yang dijalankan di salah sebuah sekolah menengah di Daerah
Tenom ini.
16
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan
Di dalam bab ini membincangkan tentang kajian-kajian literatur yang berkaitan
dengan kajian yang akan dijalankan terutamanya yang melibatkan pembelajaran yang
menggunakan kaedah simulasi sebagai satu kaedah untuk meningkatkan prestasi
pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Simulasi ini dapat meningkatkan motivasi dan
perhatian pelajar terhadap topik-topik yang diajar dan meningkatkan keterlibatan
secara langsung pelajar dengan guru. Beberapa kajian literatur yang berkaitan dengan
penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran ini dapat dilihat
bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam satu-satu mata pelajaran terutama dalam
mata pelajaran Sejarah ini.
17
2.2 Pelbagai Pendapat dan Pandangan Mengenai Simulasi
Satu kajian yang dijalankan oleh Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, dan Nur
Atiqah T. Abdullah (2009), menyatakan bahawa mata pelajaran Sejarah ini sendiri
memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat dan aspirasi negara
khususnya dalam pembentukan masyarakat yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping mempunyai daya fikir yang tinggi.
Oleh yang demikian, penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran Sejarah ini adalah penting untuk meningkatkan prestasi
pelajar di samping menarik minat pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Ini dapat
dilihat dari definisi simulasi itu sendiri yang mana simulasi memainkan peranan
penting dalam melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem
nyata (Siagan, 1987) dan simulasi itu sendiri merupakan satu model pengambilan
keputusan dengan mencontohi atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari satu
sistem (Hasan, 2002).
Menurut satu kajian bertajuk “Guru Sejarah MRSM Yang Berkesan – Kaedah
Pengajaran Sejarah”, kaedah simulasi sebagai satu kaedah yang dapat mewujudkan
satu situasi untuk menyerupai keadaan sebenar dan ia melibatkan pelajar-pelajar
melakonkan sesuatu perkara (secara berpura-pura) dalam suatu suasana yang
terancang.
18
Satu kajian oleh Norazura Yahya, Norhaslina Rosli, Nur Amira Noor Ali dan Abdol
Rahim Ahmad, Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kajian mereka bertajuk
“Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Mempertingkatkan Penguasaan Sebutan dan
Perbendaharaan Kata Bahasa Inggeris Menggunakan Simulasi”, menyatakan bahawa
simulasi adalah satu pengajaran yang amat berkesan yang membolehkan para guru
mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap
yang juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti. Simulasi
juga adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja
diwujudkan sama dengan situasi sebenar. Tujuannya adalah untuk menjalankan
latihan demi untuk menyelesaikan masalah.
Kumpulan pengkaji ini juga menyatakan, dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar
berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan
tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan
yang mana masalah-masalah yang ditimbulkan itu melibatkan satu kajian yang rumit,
masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian.
Noraini Ishak (2009), dalam penulisan beliau bertajuk “Teori-teori, Strategi Yang
Boleh Digunakan atau Diadaptasi Bagi Setiap Masalah” menulis bahawa kaedah
simulasi itu sendiri mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran,
pelajar akan bergerak aktif serta maningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam satu-
satu mata pelajaran.
19
Kenyataan ini disokong oleh satu kerangka teoritikal yang berkaitan dengan simulasi
iaitu kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah, iaitu pembolehubah
bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Berdasarkan kajian yang ingin
dijalankan, pembolehubah tidak bersandar adalah kaedah pengajaran guru contohnya
kaedah simulasi, manakala pembolehubah bersandar pula adalah minat pelajar
terhadap pengajaran guru. Ini bermaksud pemboleh ubah bersandar iaitu minat
bergantung kepada pemboleh ubah tidak bersandar iaitu (kaedah simulasi) kaedah
yang digunakan oleh guru.
Rajah 1.2 : Kerangka Teoritikal Simulasi
Dalam kajian ini kita dapat melihat bahawa mata pelajaran Sejarah sebagai satu mata
pelajaran yang penting dalam bidang pendidikan dan dalam kehidupan kita sehari-
hari. Nur Jannah (2010), dalam artikelnya yang bertajuk “Penggunaan ICT di dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah” juga ada menyentuh tentang penggunaan
kaedah simulasi sebagai satu kaedah yang boleh membantu meningkatkan prestasi
dan minta murid terhadap mata pelajaran Sejarah ini.
Simulasi
Minat
Aktif
Pencapaian
20
Apabila dilihat sendiri dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sejarah Tingkatan
Empat (2002), telah mencadangkan beberapa kaedah dan teknik dalam pengajaran
dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Antara teknik yang dicadangkan adalah
penggunaan kaedah simulasi. Beliau menambah lagi dalam tulisannya, kaedah
simulasi dan tutorial multimedia merupakan satu kaedah pengajaran yang terbaik
sekiranya pengajar memahami proses menghasilkan courseware yang sesuai dengan
bahan pengajaran (DelGaudio & Julian J. 2002).
Mohd Nor Izwan Sulaiman dalam penulisannya bertajuk “Kaedah dan Teknik”
menyatakan bahawa Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi
sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan
masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.
Ezani Yusoff (Bob) dalam penulisannya bertajuk “Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran” menyatakan bahawa simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang
diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar
berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat
keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para
pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat,
menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam
proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan
dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.
21
Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui
teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan
terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat mewujudkan
pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk
meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.
Shaharuddin Md Salleh, Zaidatun Tasir, dan Baharuddin Aris dalam kajian mereka
bertajuk “ Simulasi Menerusi WEB” menyatakan bahawa pembelajaran rangkaian
komunikasi tanpa melalui pengalaman memasang atau menguji rangkaian sebenar
menyukarkan pelajar untuk menguasai sesuatu mata pelajaran. Salah satu cara yang
boleh digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran melalui pengalaman
adalah menerusi simulasi. Oleh yang demikian, ia berpotensi meningkatkan
pengalaman pembelajaran individu terutamanya pada era teknologi maklumat yang
semakin berkembang pesat dan maju ini.
Menurut M. Alessi dan Stanley (2001), simulasi sering digunakan untuk
menggantikan proses pembelajaran yang berbentuk handson yang tidak dapat
dijalankan di dalam bilik darjah. Simulasi dapat memberi pengalaman kepada pelajar
bagaimana sesuatu teori atau konsep diaplikasikan di dalam masalah sebenar (Alessi
& Trollip, 2001). Pembelajaran menerusi simulasi merupakan salah satu strategi
pengajaran yang terbukti berkesan dalam meningkatkan mutu pembelajaran dari
pelbagai aspek (Van Berkum dan De Jong, 1991).
22
Pembelajaran berkesan melalui simulasi juga dapat dipersembahkan melalui sistem
berkomputer unutk menarik minat pelajar dalam mempelajari Sejarah. Kenyataan ini
disokong oleh De Jong (1991) yang menyatakan bahawa terdapat banyak pendekatan
dan pembelajaran menerusi simulasi ini seperti pendekatan dan pembelajaran
menerusi simulasi berkomputer seperti analisis, eksperimen dan pengajaran. Menurut
beliau lagi, menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran
mempunyai beberapa kepentingan, kepentingan utama adalah memastikan pelajar
aktif dalam ekplorasi dan belajar sesuatu yang mana pendekatan yang digunakan
berkaitan dengan teori pembelajaran moden. Pembelajaran simulasi berkomputer
lebih kepada pembelajaran menerusi pengalaman yang memerllukan sokongan dari
pengajar atau sistem bagi memastikan simulasi yang digunakan adalah efektif.
Selain itu, kajian oleh Yucesan et al., Chun Hung Chen, Insup Lee (1998), simulasi
berasaskan web menjadi salah satu cara untuk memperluaskan peranan simulasi
dalam dunia pendidikan kerana struktur internet yang luas serta mudah dicapai pada
bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa mengira platform komputer yang
digunakan.
Kajian yang dilakukan oleh Lorenz et al. (1997), menegaskan bahawa WWWS dapat
meningkatkan teknik simulasi dan dapat berfungsi sebagai alat atau model yang boleh
digunakan oleh pelajar dan yang paling utama ia boleh digunakan secara global.
23
Mengikut teori-teori pembelajaran yang diutarakan oleh Piaget (1962), Bruner (1966)
dan Lev Vygotsky (1978), pengajaran berkesan adalah suatu keadaan yang
menyediakan pelajar boleh berdiri sendiri, membina makna melalui interaksi sosial,
penemuan sendiri dan mengelakkan pergantungan berlebihan kepada guru atau
pensyarah. Kenyataan ini disokong oleh Hunter (1995), pengajaran berkesan sebagai
pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Salah satu
pendekatan yang membantu pelajar dalam meningkatkan pengajaran adalah menerusi
simulasi.
Keberkesanan simulasi dalam proses pengajaran dan pemahaman tidak dapat
disangkal lagi kerana terdapat banyak bukti penyelidikan yang telah dijalankan serta
diterbitkan dalam persidangan tahunan mengenai simulasi menerusi web dalam SCS
dan Winter Simulation dan dalam isu khas mengenai jurnal-jurnal simulasi
terutamanya simulasi berasaskan web (Fishwick dan Hill, 1999).
Pelbagai pendapat dapat dikenalpasti berkaitan dengan simulasi ini iaitu menurut Les
Pang & Hodson (1999), menyatakan bahawa simulasi dapat menghasilkan tindakbalas
yang betul serta teratur yang mana lebih fleksibel dan jimat jika dibandingkan dengan
mengupah seorang guru bagi setiap pelajar, membolehkan pelajar meningkatkan serta
melakukan banyak aktiviti yang mana jika dilakukan pada dunia nyata akan
meningkatkan kos serta mungkin membahayakan pelajar serta dapat menyediakan
peralatan bagi membantu dan membimbing pelajar dalam menyediakan struktur
kajian kes.
24
Ini terbukti dengan peningkatan pembelajaran yang efektif yang merupakan sesuatu
yang penting dalam menyelesaikan kes-kes kerana menerusi simulasi pelajar dengan
mudah dapat mengaitkan kes dengan pengalaman yang telah dilalui. Simulasi juga
telah terbukti sebagai satu cara pembelajaran yang efektif, yang mana membolehkan
pelajar lebih inovatif dan kreatif.
Dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Gokhale (1996), beliau merumuskan
bahawa integrasi simulasi berkomputer kepada pembelajaran makmal melalui aktiviti
tradisi dapat meningkatkan prestasi pelajar. Tunjuk ajar dari aktiviti simulasi boleh
digunakan sebagai alternatif bagi memotivasikan pelajar kepada menerokai dan
membina kemahiran pelajar.
Beberapa elemen motivasi boleh didapati pada kebanyakan simulasi (Keller &