KEBERKESANAN KAEDAH THE MAGIC BOX DALAM MENGUASAI KEMAHIRAN
SIFIR 3 MURID PENDIDIKAN KHAS BESTARI
Abstrak:
Kajian ini dijalankan untuk menilai kesan The Magic Box ke atas
murid Pendidikan Khas Bestari dalam penguasaan kemahiran Sifir 3.
Kaedah The Magic Box dihasilkan berfungsi membantu murid-murid
menguasai kemahiran Sifir 3 dengan lebih cepat dan pantas. Peserta
pengkaji terdiri daripada saya sendiri dan 4 orang murid Pendidikan
Khas Bestari. Lembaran kerja bertulis (Ujian Pra dan Ujian Pos) dan
temu bual digunakan untuk mengumpul data. Penyemakan data turut
dijalankan dengan menggunakan triangulasi kaedah dan triangulasi
penyelidik. Hasil analisis kajian menunjukkan kaedah The Magic Box
membantu 4 orang Pendidikan Khas Bestari menguasai kemahiaran Sifir
3.
BAB I : PENYATAAN MASALAH KAJIAN
1.1 Pengenalan
Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan
yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan
khas. Secara umumnya, kanak-kanak yang memerlukan pendidikan khas
selalunya memiliki ciri-ciri tertentu yang menyekat mereka
mengikuti persekolahan seperti mana kanak-kanak biasa.Pendidikan
khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan
sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk murid-murid
bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Dasar
mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta
Murid-muridan 1961; iaitusekolah khas bermakna sekolah yang
menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang
kurang upaya .Akta Pendidikan 1996 memberi kuasa kepada menteri
untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum
yang sesuai, pendidikan yang sesuai dengan jenis murid-murid serta
lain-lain tindakan bagi memperkembangkan pendidikan khas. Falsafah
Pendidikan Khas di Malaysia pula adalah untuk melahirkan insan yang
berkemahiran, berhaluan, boleh menguruskan kehidupan dan
produktif.Terdapat dua pendekatan pndidikan khas disediakan iaitu;
Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan
bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi pula
disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran,, bermasalah
pendengaran dan penglihatan. Bagi Program Pendidikan Khas
Integrasi, murid-murid khas ditempatkan di sekolah harian biasa dan
ditempatkan dalam bilik darjah yang berasingan dengan murid-murid
biasa. Selain Kementerian Pelajaran, pelbagai badan bukan kerajaan
dan badan sukarelawan juga turut menyediakan pendidikan untuk
kanak-kanak khas ini.Pendidikan Khas ini juga telah diperjuangkan
di negara-negara lain di dunia seperti Britain, Amerika Syarikat,
New Zealand dan lain-lain lagi. Akta Pendidikan Individu Kurang
Upaya (Individuals with Disabilities Education Act, Public Law
94-476) yang diubah suai pada 1990 memainkan peranan penting dalam
perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat. Di Britain pula,
Laporan Warnock yang dikemukakan pada tahun 1978 memainkan peranan
penting dalam perkembangan pendidikan khas di negara itu
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Penyataan Masalah
Murid Pendidikan Khas tidak mempunyai tahap kebolehan yang sama
dengan murid normal. Mereka menerima dan memproses input
pembelajaran dengan kadar yang lebih perlahan jika dibandingkan
dengan murid normal. Tambahan, maklumat yang diproses tidak kekal
lama dalam ingatan murid ini. Selain itu, murid pendidikan khas
mempunyai masalah dalam memberikan tumpuan sepenuhnya kepada setiap
pembelajaran yang diikuti serta cepat merasa bosan dengan
pembelajaran yang mereka ikuti. Oleh keran menyedari kekurangan
yang ada pada diri sendiri, murid pendidikan khas ini mempunyai
tahap motivasi yang rendah dan tidak yakin pada diri sendiri.
Oleh yang demikian juga menyebabkan murid pendidikan khas
mempunyai masalah dalam mempelajari Matematik. Matematik bukanlah
matapelajaran yang dianggap senang untuk untuk dipelajari dan mudah
untuk difahami (Marzita, 2002) oleh kebanyakan murid. Hal ini
membuatkan pemikiran murid diracuni denagn tanggapan yang negative
terhadap matapelajaran Matematik dan seterusnya melahirkan sikap
kurang minat untuk mempelajari matapelajaran ini dengan tekun
(Norazrena & Shaharuddin, 2011). Tambahan pula, pengetahuan
yang sedikit dalam matapelajaran Matematik member impak kepada
murid di kemudian hari apabila mempelajari tajuk yang lebih sukar
dan semakin abstrak (Azrul Fahmi & Marlina, 2007).
Matematik merupakan matapelajaran wajib yang harus dipelajari
oleh semua murid dan golongan termasuk murid pendidikan khas.
Masalah yang melibatkan Matematik tidaklah wujud pada murid normal
sahaja tetapi juga kepada murid pendidikan khas. Dengan
kepelbagaian kekurangan yang dimiliki oleh golongan murid
pendidikan khas ini dan ditambah pula dengan anggapan yang salah
berkaitan matematik membuatkan murid-murid ini berasa begitu
tertekan derta ketinggalan dalam ilmu matematik.
Oleh yang demikian, kaedah The Magic Box berkaitan tajuk
kemahiran sifir 3 untuk murid pendidikan khas dicipta bagi
mengatasi maslah ini. Menurut ..
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai beberapa objektif untuk dicapai seperti
berikut:i. Murid dapat menyusun kedudukan nombor dan
mengaplikasikan The Magic Box.ii. Menguasai kemahiran sifir 3
dengan menggunakan kaedah The Magic Box.iii. Murid dapat
menambahkan dan meningkatkan keyakinan diri.iv. Mengubah amalan
pengajaran dan pembelajaran guru dengan mempelbagaikan kaedah.
1.5 Persoalan Kajian
Untuk mencapai objektif di atas beberapa persoalan sperti di
bawah ini, dikemukakan:i. Apakah murid boleh menguasai kemahiran
Sifir 3 dengan menggunakan kaedah The Magic Box?ii. Apakah dengan
kaedah The Magic Box dapat menambahkan dan meningkatkan keyakinan
diri murid?iii. Apakah dengan kaedah ini murid dapat mempelajari
matematik dengan lebih seronok dan bermakna?iv. Bagaimana seorang
guru mengubah amalan pengajaran dan pembelajarannya di dalam bilik
darjah?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan bagi tujuan mengatasi masalah murid
Pendidikan Khas Bestari menguasai kemahiran Sifir 3. Ia berpunca
daripada masalah sukar untuk menghafal dan mengingati sifir darab
yang dipelajari. Adalah diharapkan hasil kajian ini dapat data yang
tepat bilangan murid Pendidikan Khas Bestari yang telah menguasai
kemahiran Sifir 3 dengan menggunakan kaedah The Magic Box.
Sehubungan itu, tindakan yang sepatutnya akan dapat diambil oleh
guru untuk menambah bilangan murid yang menguasai kemahiran Sifir
3.
Selain itu, hasil kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru
khususnya dalam menyediakan pelbagai kaedah pembelajaran seperti
The Magic Box supaya murid dapat melalui dan merasai peluang
belajar yang seronok dan bermakna. Menurut Mahmud (2001), adalah
perlu aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah
yang sesuai supaya dapat digunakan di kalangan murid-murid yang
lemah khususnya murid Pendidikan Khas Bestari bagi menarik minat
mereka dalam matapelajaran Matematik. Dengan adanya maklumat ini
juga, dapatlah guru mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran
mereka agar murid dapat mempelajari matematik dengan lebih seronok
dan bermakna. Akhir sekali, diharapkan hasil kajian ini dapat
mengubah amalan pengajaran guru terhadap penguasaan kemahiran sifir
kea rah pendekatan yang lebih baik. Strategi dan teknik yang lebih
berkesan dapat menarik minat murid dalam pengajaran guru.
1.7 Batasan Kajian
Batasan kajian dalam kajian ini ialah :
Kajian ini terbatas kepada empat orang murid dari kelas
Pendidikan Khas Bestari, Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Kempas,
Johor Bahru. Murid yang dikaji terdiri daripada tiga orang murid
lelaki berusia antara 11 hingga 13 tahun. Manakala seorang terdiri
daripada murid perempuan berusia 12 tahun. Kajian ini secara tidak
purposive. Murid-murid ini mempunyai masalah dan latar belakang
yang berbeza.1.7.1 Pemilihan responden untuk kajian ini adalah
seramai 4 orang murid yang diharap dapat memberikan gambaran
tentang tahap penguasaan kemahiran Sifir 3 menggunakan kaedah The
Magic Box.1.7.2 Penyelidik mendapat sedikit kesukaran dalam
memperolehi maklumat yang jitu dan jujur serta dipercayai dalam
beberapa item kerana para responden bimbang maklumat yang diberi
akan mendedahkan kelemahan mereka.
1.8 Definisi Operasional
Bagi mengelakkan kekeliruan dan ketidakfahaman di kalangan
pembaca, definisi istilah yang bersesuaian dengan konteks kajian
ini disediakan dan diterangkan dalam bahagian ini. Antara definisi
istilah-istilah tersebut adalah seperti di bawah :
KeberkesananMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Keberkesanan
bermaksud perihal berkesan, berkesannya (sesuatu tindakan,
perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat daripada
hasil yg diperoleh sesudahnya;
KaedahMenurut Kamus Pelajar Edisi Keempat, (kadah) cara atau
peraturan membuat sesuatu (terutamanya yg bersistem atau yg biasa);
~ mengajar cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip
tertentu).
MenguasaiMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, menguasai membawa
maksud mengetahui dgn mendalam, menjadikan diri mahir atau
berpengetahuan tentang sesuatu: Apabila dirujuk kepada kata akar
bagi perkataan ini iaitu kuasa, ia membawa maksud daya atau
kemampuan (untuk melakukan atau mengerjakan sesuatu). Maka,
perkataan penguasaan yang digunakan di sini ialah untuk menunjukkan
perihal kemampuan untuk menguasai kemahiran Sifir 3 menggunakan
kaedah The Magic Box.
MuridDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Murid atau pelajar
merujuk kepada sesiapa yang sedang atau dalam keadaan belajar.
Pendidikan KhasMenurut Hallahan dan Kauffman(2006), Pendidikan
Khas ialah satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi
keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.
Manakala menurut Gargiulo(2003), Pendidikan Khas merupakan
program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi
keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan
bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.
Menurut Friend (2005), Pendidikan khas adalah pengajaran yang
direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang
kurang upaya. Pengajaran ini mun gkin dikelolakan dalam bilik
darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain.
SifirMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sifir bermaksud daftar
bilangan yg dipergandakan berturut-turut (spt 2 1, 2 2, 2 3 dll),
daftar kalian, kali-kali Ia juga bermaksud kira-kira iaitu cara
atau kaedah menghitung untuk menggandakan sesuatu angka seperti 2 x
4 = 8.
BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Pendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu
kemahiran asas matematik. Kemahiran operasi darab ini penting untuk
pembelajaran matematik yang lebih tinggi. Kajian ini merupakan
suatu kajian untuk melihat keberkesanan kaedah The Magic Box dalam
penguasaan kemahiran Sifir 3 murid Pendidikan Khas Bestari. Satu
pendekatan pengajaran telah digunakan sebagai kaedah The Magic Box
yang menggunakan petak-petak. Kajian ini merupakan satu kajian
untuk mengatasi masalah murid-murid Pendidikan Khas Bestari dalam
menguasai kemahiran Sifir 3. Dalam bab ini akan membicarakan
tentang tinjauan kajian lepas berkenaan dengan punca-punca
kesilapan, kesukaran, serta masalah yang didapati semasa
murid-murid Pendidikan Khas Bestari dalam mengingati dan menghafal
sifir.. Bab ini akan menghuraikan beberapa pendapat para penulis
tentang matematik di dalam kalangan murid-murid sekolah rendah.
Kajian tersebut merupakan kajian yang telah dijalankan oleh para
pengkaji terlebih dahulu dengan bertujuan untuk melihat beberapa
pembolehubah yang mempengaruhi murid-murid dalam menguasai
kemahiran mendarab. Kajian-kajian lepas yang disenaraikan di bawah
adalah berkaitan dengan kepentingan matematik, masalah murid dalam
pendaraban serta pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam
pendidikan matematik.
2.2 Kajian Berkaitan
2.3 Teori Yang Berkaitan Dengan Kajian
Teori Piaget,Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif
kanak-kanak berbeza dan berubah melalui empat peringkat iaitu:i.
peringkat deria motor (0 2 tahun),ii. pra-operasi (2 7 tahun), iii.
operasi konkrit (7 11 tahun) dan iv. operasi formal (11 tahun ke
dewasa). Akan tetapi, berdasarkan kajian usia ini tidak semestinya
tetap kerana perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza pada
tahap umur yang berlainan bagi setiap kanak-kanak.
Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus
memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat
operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh
memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu alat
bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep
matematik. Piaget berpendapat bahawa asas kepada semua pembelajaran
ialah pengalamian aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak
lebih memahami sesuatu konsep yang dipelajari sekiranya mereka
melakukan dan membuat aktiviti itu dengan sendirinya.
Teori BrunerManakala menurut Bruner pula, beliau menegaskan
bahawa pembelajaran secara penemuan lebih berkesan dalam
meningkatkan kefahaman murid dalam sesuatu pembelajaran. Menurut
kajian yang dibuat oleh Bruner pada tahun 1963, mereka berjaya
membina empat teori pembelajaran matematik. Antara teori itu ialah:
i. Teori Pembinaan. Melalui teori ini, kanak-kanak akan mempelajari
konsep,prinsip atau hukum dengan membina perwakilan atau pun
menjalankan aktviti yang konkrit.
ii. Teori Tatatanda. Tatatanda matematik diperkenalkan mestilah
mengikut perkembangan kognitif kanak-kanak tersebut.
iii. Teori Kontras dan Variasi. Konsep yang diterangkan kepada
murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat membezakan
konsep-konsep matematik tersebut.
iv. Teori Perhubungan. Setiap konsep prinsip dan kemahiran
matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran
matematik yang lain.
Selain itu jugaBruner juga menyatakan bahawa kanak-kanak lebih
dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu
diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai
isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran.
Teori Robert M. Gagne
Merujuk Robert M. Gagne pula,terdapat empat kategori yang harus
dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran,
konsep dan prinsip.Gagne mempunyai beberapa hierarki pembelajaran.
Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat, pembelajaran tindak
balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran
melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang
tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada
peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip
matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang
belum pernah dialami.Melalui kefahaman mengenai beberapa teori ini,
guru bolehlah merancang dan menjalankan aktiviti pengajaran
matematik di dalam kelas dengan menggunakan kaedah dan teknik yang
berkesan.
Zoltan P. DienesBerpendapat bahawa setiap konsep matematik boleh
menjadi mudah untuk difahami dengan tepat jika konsep itu
diperkenalkan kepada pelajar melalui beberapa contoh yang
konkrit.
Jenis-jenis Konsep MatematikKonsep Matematik TulenSebarang
nombor boleh mewakili nombor-nombor dan perhubungan.
Konsep TatatandaSifat-sifat bagi nombor.
Konsep penggunaanAplikasi penggunaan konsep tulen dan
tatatanda
Peringkat-peringkat Dalam Pembelajaran Matematik
Peringkat 1 : Permainan Bebas (Free Play)Pelajar diberi peluang
untuk menjalankan aktiviti permainan matematik dengan menggunakan
ABM atau nombor-nombor yang berkaitan dengan konsep yang akan
dipelajari. Mereka menjalankan aktiviti ini secara bebas, tanpa
apa-apa hukum atau peraturan.Dalam peringkat ini, para pelajar
membentuk struktur secara mental serta sikap yang dapat menyediakan
mereka dalam memahami konsep matematik itu.
Peringkat 2 : Permainan Berstruktur (Games)Permainan yang
mengikut peraturan atau hukum.Dalam peringkat ini pelajar-pelajar
menemui beberapa peraturan dalam permainan bebas dan menyediakan
diri untuk menjalankan aktiviti permainan mengikut peraturan yang
ditemui.
Peringkat 3 : Mencari Ciri-ciri (Searching for Communalies or
Common Characteristic)Guru membimbing pelajar-pelajar dalam mencari
ciri-ciri sama untuk konsep matematik yang dipelajari dengan cara
mengemukakan beberapa contoh matematik.Dalam peringkat ini,
pelajar-pelajar harus dapat mencari ciri-ciri yang serupa dan
mengasingkan konsep matematik yang abstrak itu daripada aktiviti
konkrit.
Peringkat 4 : Perwakilan Gambar (Representation)Selepas mendapat
ciri yang sama dalam setiap contoh matematik, pelajar-pelajar perlu
menyatakan konsep itu dengan menggunakan rajah atau gambar.
Peringkat 5 : Perwakilan Simbol (Symbolisation)Perwakilan simbol
ialah satu cara yang berkesan untuk menyatakan konsep daripada
perwakilan gambar.Para pelajar patut dibimbing supaya menggunakan
simbol-simbol matematik untuk mewakili konsepnya.
Peringkat 6 : Formalisasi (Formalisation)Pelajar-pelajar akan
menggunakan simbol-simbol yang difahami untuk selesaikan masalah
atau membina teorem, hukum dan rumus matematik supaya menjadi satu
sistem formal.
2.4 Kesimpulan
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Bagi mendapatkan satu hasil kajian yang baik dan boleh
dipercayai, metodologi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian.
Ianya bagi menjamin kaedah yang digunakan oleh pengkaji dalam
kajian ini adalah bersesuaian dengan pembolehubah yang hendak
dikaji serta hipotesis-hipotesis yang digunakan di dalam kajian.
Metodologi kajian memberi panduan dalam pelaksanaan serta cara
pelaksanaan kajian (Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli,
Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan, 2007). Bab ini akan menjelaskan
tentang metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk
menyempurnakan kajian ini. Aspek yang dibincangkan termasuklah
sampel kajian, reka bentuk kajian, instrument kajian, prosedur
pengumpulan data dan prosedur analisis data.
3.2 Kaedah Kajian
Kajian ini menggunakan tiga kaedah pengutipan data iaitu
soalan-soalan ujian, soal selidik, temu bual dan pemerhatian.
Set-set soalan ujian akan diberikan kepada murid-murid di dalam
kelas yang dikaji, iaitu untuk tujuan ujian pra dan ujian pos. set
pertama mengandungi soalan untuk ujian pra bertujuan untuk
mendapatkan gambaran tentang tahap pencapaian dan pengetahuan
murid-murid terhadap tahap kemahiran penguasaan murid fakta asas
darab sifir 3. Manakala set kedua, iaitu ujian pos menggambarkan
pencapaian murid terhadap masalah yang dikaji setelah diberikan
pengajaran semula.
Soala selidik dibuat dengan murid untuk mengetahui latar
belakang murid yang menghadapi masalah yang ketara untuk
mendapatkan maklum balas tentang pengajaran guru dan
kesulitan-kesulitan yang dihadapi. Menurut Mohd Majid Konting
(1993), soal selidik adalah lebih praktikal dan berkesan digunakan
untuk populasi yang besar. Pengkaji menggunakan kaedah ini kerana
kaedah soal selidik mudah dijalankan kepada responden. Maklumat
yang dikumpulkan dan diperoleh akan di analisis dan di terangkan
secara deskriptif. Semua dapatan akan diklasifikasikan mengikut
aspek yang telah ditetapkan dan ditafsirkan secara kuantitatif
untuk mengetahui hasil kajian tentang persepsi sampel kajian
terhadap tajuk kajian.
Temu bual pula terdapat dua bentuk soalan yang digunakan, iaitu
soalan berstruktur dan soalan tidak berstruktur. Kebanyakan soalan
yang ditanya berbentuk soalan terbuka. Tujuannya adalah membolehkan
murid dapat menyatakan secara bebas isi hati tanpa berasa
dikongkong oleh soalan.
Pemerhatian juga dilakukan oleh pengkaji terhadap tingkah laku
pembelajaran murid-murid di dalam kelas semasa pengajaran dibuat.
Tujuannya untuk mengenal pasti sikap belajar murid dan bagaimana
mereka member respon terhadap pengajaran guru.
Melalui reka bentuk yang dipilih ini, ukuran secara
kuantitatif
3.3 SAMPEL KAJIANKajian yang akan dijalankan ini melibatkan
murid Pendidikan Khas Bestari di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit
Kempas. Sekolah ini telah dibina oleh kerajaan pada tahun 2002 di
Jalan Bukit Kempas. Lokasi sekolah ini lima kilometer jaraknya
dengan Bandar Johor Bahru. Ia terletak berhampiran dengan Sekolah
Kebangsaan Taman Anggerik. Pelajarnya terdiri daripada pelbagai
kaum iaitu anggaran 84.6% dikalangan pelajar Melayu, dan 15.4%
pelajar India. Jumlah murid Pendidikan Khas sekolah ini ialah
seramai 13 orang dan proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan
dalam sesi pagi sahaja. Murid dibahagikan kepada dua buah kelas
iaitu Pendidikan Khas Arif untuk murid yang mengikuti KSSR PK
manakala Pendidikan Khas Bestari untuk murid yang mengikuti sukatan
KBSR. Pemecahan murid mengikut kelas adalah dengan mengikut umur
dan tahap mental murid. Seramai empat orang murid daripada murid
Pendidikan Khas Bestari di pilih dalam kajian yang dijalankan.
3.4 INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik.
Menurut Mohd Majid Konting (2005), soal selidik digunakan untuk
mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan,
kehendak dan sebagainya. Soal selidik juga dapat meningkatkan
ketepatan dan kebenaran gerak balas responden terhadap rangsangan
soalan yang diberikan. Instrumen kajian yang telah dipilih ialah
seperti berikut:a) Borang Maklumat Pelajar(Lampiran A)b) Borang
Soal Selidik(Lampiran B)c) Kertas Soalan Ujian Pra(Lampiran C)d)
Kertas Soalan Ujian Pos(Lampiran D)
3.5 Kajian Rintis
Bagi mendapatkan keesahan dan kebolehpercayaan dalam kajian ini
kajian rintis digunakan. Kajian ini mirip kepada kajian sebenar
tetapi jumlah responden tidak mengikut jumlah responden sebenar.
Menurut Cohen, Manion dan Morrison(2000), fungsi kajian rintis ini
ke atas soal selidik adalah bagi menyemak kejelasan dari segi
aspek-aspek, arahan dan susunatur soal selidik tersebut. Ia juga
bagi mendapat maklum balas tentang keesahan dan kebolehpercayaan
terhadap aspek-aspek soal selidik. Bagi menjalankan kajian rintis
ini saya telah memilih seramai 4 orang responden dari kelas
Pendidikan Khas (K2) tidak terlibat dalam kajian ini dan instrumen
kajian yang sama digunakan.
3.6 Pengumpulan Data
Data-data dalam kajian ini dikumpul dengan mengemukakan satu set
soalan soal selidik untuk dijawab oleh pelajar-pelajar yang telah
dipilih, ujian pra dan ujian pos. Soal selidik tersebut ialah soal
selidik maklumat pelajar dan soal selidik tentang minat pelajar dan
penggunaan alat bantu mengajar terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran dalam tajuk Pendaraban.
Dalam kajian kuantitatif, pengkaji perlu membina alat kajian
dahulu sebelum dapat mengumpulkan data yang diperlukan. Antara alat
kajian yang diperlukan ialah soalan ujian pra, soalan ujian pos dan
juga borang maklumat soal selidik.
Proses pengumpulan data dijalankan oleh pengkaji di dalam kelas
di mana pelajar-pelajar yang terpilih mengambil ujian pra,
seterusnya mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran selama 1
minggu untuk 5 waktu dalam seminggu. Pengkaji membekalkan pelajar
dengan borang soal selidik untuk mengetahui latar belakang dan
minat pelajar. Pengkaji juga telah menggunakan satu waktu dalam
minggu tersebut untuk menjalankan ujian pra dan ujian pos akan
dijalankan pada minggu tersebut. Untuk menjamin kesahan kajian ini,
pelajar telah diingatkan supaya tidak meniru dan menjawabnya dengan
jujur. Murid diminta menjawab 10 soalan ujian dalam masa yang
diperuntukkan iaitu sebanyak 30 minit. Kemudian, ujian pos
diberikan untuk memastikan keberkesanan pembelajaran dengan
penggunaan kaedah The Magic Box. Borang soal selidik pula
menggunakan skala Likert untuk melihat tahap minat responden
terhadap pembelajaran menggunakan kaedah ini.
Perbezaan min markah ujian pra dan min markah ujian pos di
kalangan responden dikaji dan dikenalpasti. Perbezaan min yang
signifikan menunjukkan bahawa terdapat prestasi yang signifikan
dalam prestasi pelajar hasil daripada penggunaan kaedah The Magic
Box yang telah diaplikasikan dalam proses pembelajaran Matematik
dalam operasi darab Sifir 3. Pentaksiran tahap pencapaian pelajar
merujuk kepada markah dalam peratus dan min bagi ujian pra dan
ujian pos berdasarkan kepada skala Lembaga Peperiksaan Malaysia,
Kementerian Pelajaran Malaysia (2000).
Setelah semua kertas soalan dijawab, ia dikumpul dan penyemakan
telah dilakukan untuk memastikan semua item telah dijawab mengikut
kehendak dan arahan kertas soalan. Analisis data dibuat dengan
mengutip data awal iaitu melalui markah ujian Pra. Markah dikutip
sebagai maklumat awal dan gambaran pencapaian pelajar, sekiranya
pengajaran dijalankan seperti biasa. Set soalan yang diberi adalah
merangkumi kemahiran dan objektif yang hendak disampaikan pada
minggu yang disediakan oleh guru Matematik berdasarkan huraian
sukatan pelajaran Matematik Pendidikan Khas. Analisis data Ujian
Pos merupakan markah yang diambil setelah sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dirancang telah dijalankan di dalam kelas. Ini
adalah untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran dan
pembelajaran dalam mempertingkatkan kemahiran darab Sifir 3.
3.7 Penganalisaan Data
Set-set soal selidik yang telah dijawab oleh para responden,
kemudiannya dikumpulkan. Item-item dalam soal selidik adalah
mengikut skala Likert seperti yang dibincangkan sebelumnya juga
digunakan untuk penganalisisan data untuk mengetahui keputusan
kajian. Kertas soalan yang telah dijawab oleh murid, dikaji oleh
pengkaji.
Pengumpulan data di dalam kajian ini dilakukan dengan
menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik ini
mengandungi dua bahagian iaitu Lampiran A dan Lampiran B yang perlu
dijawab oleh responden. Item-item yang dibina adalah berdasarkan
maklumat yang diperolehi daripada pembacaan kajian-kajian terdahulu
yang terpilih.
Data-data yang diperolehi akan dianalisis dalam bentuk bilangan
dan peratusan untuk aspek-aspek yang diperlukan seperti item-item
yang terdapat dalam borang soal selidik seperti yang dilampirkan.
Data-data yang telah dianalisis ini akan diulas dan turut
dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta yang sesuai.
Tahap penguasaan dan gred bagi julat markah serta ujian pra dan
ujian pos adalah berdasarkan kepada skala di bawah:
Markah (%)GredTahap Pencapaian
80% 100%ACemerlang
60% 79%BBaik
40% 59%CMemuaskan
20% 39%DSederhana
0% 19%ELemah
Skala Tahap Penguasaan Dan Gred Keputusan Peperiksaan dan
Ujian(Sumber: Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran
Malaysia, 2000)Data yang diperolehi dari ujian pra dan ujian pos
telah dianalisis dengan menggunakan pengiraan secara manual. Data
ini telah dikumpulkan untuk membuat perbandingan peratusan dalam
pencapaian. Gred diberikan bagi ujian pra dan ujian pos untuk
melihat perubahan bagi peningkatan pelajar sebelum dan selepas
penggunaan kaedah The Magic Box.
Data bagi latar belakang pelajar dan keputusan peperiksaan akhir
tahun pula adalah diwakili dalam bentuk jadual yang menggunakan
peratusan. Analisis ujian pra dan pos digambarkan melalui graf agar
ia mudah untuk ditafsirkan maksudnya.
Pengkaji telah mendapat kebenaran daripada pihak sekolah dan
menjelaskan kepada pihak sekolah tentang tujuan kajian iaitu
sebagai aspek tanggungjawab dan kerahsiaan dalam membentuk hubungan
baik dengan semua pihak yang terlibat. Penetapan tarikh, masa dan
tempat juga telah diuruskan dengan baik oleh pengkaji, sebelum
kajian ini dijalankan dengan semua prosedur ditetapkan telah dapat
dijalankan dengan sempurna dan berjaya mencapai tujuan kajian.
Sampel kajian juga telah diberikan penerangan tentang apa yang
harus dilakukan. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab semua
soalan dengan sempurna dan terkawal juga telah ditetapkan dengan
kerjasama guru-guru bagi melicinkan semua prosedur kajian.
3.8 Rumusan
Kajian ini secara keseluruhannya akan menumpukan aspek
penggunaan kaedah The Magic Box dalam kaedah mengajar yang
dihasilkan oleh pengkaji. Keberkesanan kaedah ini akan dinilai oleh
responden dengan menggunakan kertas soal selidik. Kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang diatur juga akan menentukan sejauh mana
keberkesanan penggunaannya di dalam bilik darjah. Sikap dan minat
murid dapat dikesan melalui penglibatan serta respon yang
ditunjukkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Segala respon
yang ditentukan oleh guru akan menentukan kejayaan hasil kajian
ini. Penilaian yang dibuat berdasarkan standard yang ditentukan
dapat membantu pengkaji dalam menentukan kualiti penilaian yang
dibuat oleh responden.