LAPAN MURID WAKILI SEKOLAH KE MSSMC ZON PENGGARAM Dulu ke SK Tunku Mariam, Sekarang ke SK Limpoon ermula awal Februari lalu, murid-murid SKPKBP telah bertukar tempat makan ke kantin SK Limpoon. Langkah ini diambil sebagai langkah keselamatan murid yang tidak perlu lagi keluar ke pagar utama menyeberang kawasan letak kereta menuju ke SK Tunku Mariam yang terletak di sebelah kanan hadapan. Kini, murid hanya berjalan melalui pintu pagar bersebelahan menuju ke kawasan SK Limpoon menuju ke kantin sekolah berkenaan. Walau bagaimanapun, kawalan murid semasa makan rehat di kantin masih di urus oleh 5 - 6 orang guru, termasuk 2 orang guru bertugas mingguan. (abk) BIL. 2 / 2008 MAC SK Pendidikan Khas Batu Pahat MAC VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Cemerlang Pada Tahun 2010 MISI Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Berkualiti Dan Iklim Pendidikan Yang Baik Menarik di dalam: Gambar-gambar sekitar Kejohanan Olahraga MSSC Zon Penggaram 2 Personaliti Murid 2 Dari Meja Guru Besar 3 Belajar Kod Tangan 3 Kenali Guru SKPKBP 3 Diari Guru Berkursus 3 Mohd Arif penyumbang pingat tunggal sekolah 4 Lawatan ke Festival Layang- layang 4 Senarai Kontinjen SKPKBP 4 Info SpeEd 4 Barisan kontinjen sukan SKPKBP ke Kejohanan Olahraga MSSM Cawangan Zon Penggaram. Dua dari kiri, pengurus pasukan Pn Norhafizah bt Nordin. Motivasi UPSR Berjalan Lancar ursus Motivasi bagi murid-murid yang mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah berjaya dilaksanakan pada hari Sabtu, 23 Februari yang lalu bertempat di Balai Harmoni SKPKBP. Kursus yang bertujuan memberi pendedahan dan motivasi itu telah disampaikan oleh En Mohammad Sazali b Shaari dan dibantu oleh 3 orang pembantu dari Kesatuan Orang Pekak Malaysia. (nbn) Sidang Redaksi Buletin SpeEd SKPK Batu Pahat mengucapkan SELAMAT KEMBALI BERTUGAS buat Pn Rosyatimah Bt Mohidin, semoga anugerah cahayamata kepadanya memberi perangsang untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara khasnya kepada sekolah dan murid-murid istimewa. eramai 8 orang murid SKPKBP telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga MSSM Cawangan Zon Penggaram yang berlangsung di Padang SMK Banang Jaya. Selain SK Pendidikan Khas, kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu, turut disertai oleh peserta-peserta dari semua sekolah rendah di dalam Zon Penggaram termasuk SJK(C) dan SJK (T). Kontinjen SKPKBP diketuai oleh Pn Norhafizah bt Nordin selaku Pengurus Pasukan dan dibantu oleh 9 orang guru. Acara-acara yang disertai oleh murid- murid SKPKBP ialah acara balapan dan acara padang iaitu 100 m, 200 m, 4 x 100 m, 4 x 200 m dan lontar peluru. (abk) LAGI GAMBAR DAN BERITA DI HALAMAN 2 & 4
4
Embed
KE MSSMC ZON PENGGARAM Pendidikan Yang Baikskpkbp.edu.my/documents/BULETIN_SPEED_2008/Buletin... · LAPAN MURID WAKILI SEKOLAH KE MSSMC ZON PENGGARAM Dulu ke SK Tunku Mariam, Sekarang
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
LAPAN MURID WAKILI SEKOLAH KE MSSMC ZON PENGGARAM
Dulu ke SK Tunku Mariam, Sekarang ke SK Limpoon
ermula awal Februari lalu, murid-murid SKPKBP telah bertukar tempat makan ke kantin SK Limpoon. Langkah ini diambil sebagai langkah keselamatan murid yang tidak perlu lagi keluar ke pagar utama menyeberang kawasan letak kereta menuju ke SK
Tunku Mariam yang terletak di sebelah kanan hadapan.
Kini, murid hanya berjalan melalui pintu pagar bersebelahan menuju ke kawasan SK Limpoon menuju ke kantin sekolah berkenaan. Walau bagaimanapun, kawalan murid semasa makan rehat di kantin masih di urus oleh 5 - 6 orang guru, termasuk 2 orang guru bertugas mingguan. (abk)
BIL. 2 / 2008
MAC SK Pendidikan Khas Batu Pahat
MAC
VISI Menjadi Sekolah Pendidikan Khas Cemerlang Pada Tahun 2010
MISI Menyediakan Perkhidmatan Pendidikan Berkualiti Dan Iklim Pendidikan Yang Baik
Menarik di dalam:
Gambar-gambar sekitar Kejohanan Olahraga MSSC Zon Penggaram
2
Personaliti Murid
2
Dari Meja Guru Besar 3
Belajar Kod Tangan
3
Kenali Guru SKPKBP 3
Diari Guru Berkursus 3
Mohd Arif penyumbang pingat tunggal sekolah
4
Lawatan ke Festival Layang-layang
4
Senarai Kontinjen SKPKBP 4
Info SpeEd 4
Barisan kontinjen sukan SKPKBP ke Kejohanan Olahraga MSSM Cawangan Zon Penggaram. Dua dari kiri, pengurus pasukan Pn Norhafizah bt Nordin.
Motivasi UPSR Berjalan Lancar ursus Motivasi bagi murid-murid yang mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) telah berjaya dilaksanakan pada hari Sabtu, 23 Februari yang lalu bertempat di Balai Harmoni SKPKBP. Kursus yang bertujuan memberi
pendedahan dan motivasi itu telah disampaikan oleh En Mohammad Sazali b Shaari dan dibantu oleh 3 orang pembantu dari Kesatuan Orang Pekak Malaysia. (nbn)
Sidang Redaksi Buletin SpeEd SKPK Batu Pahat mengucapkan SELAMAT KEMBALI BERTUGAS buat Pn Rosyatimah Bt Mohidin, semoga anugerah cahayamata kepadanya memberi perangsang untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara khasnya kepada
sekolah dan murid-murid istimewa.
eramai 8 orang murid SKPKBP telah mewakili sekolah dalam Kejohanan Olahraga MSSM Cawangan Zon Penggaram yang berlangsung di
Padang SMK Banang Jaya. Selain SK Pendidikan Khas, kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu, turut disertai oleh peserta-peserta dari semua sekolah rendah di dalam Zon Penggaram termasuk SJK(C) dan SJK (T).
Kontinjen SKPKBP diketuai oleh Pn Norhafizah bt Nordin selaku Pengurus Pasukan dan dibantu oleh 9 orang guru. Acara-acara yang disertai oleh murid-murid SKPKBP ialah acara balapan dan acara padang iaitu 100 m, 200 m, 4 x 100 m, 4 x 200 m dan lontar peluru. (abk)
LAGI GAMBAR DAN BERITA DI HALAMAN 2 & 4
SEKITAR KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM CAWANGAN ZON PENGGARAM 2008
BULETIN SPEED SKPK BATU PAHAT / MAC Halaman 2
Hidup kayu biar berbuah, hidup manusia biar berjasa
(nbn)
Nur Fadzila– KETUA PENGAWAS SEKOLAH Nama Nuur Fadzila Bt. Shamsudin
Tahun Tahun 6.2
Umur 14 Tahun
Tarikh Lahir 13 April 1994
Alamat No. 8 Jalan Siantan, Taman Tanah Merah.
Adik-beradik
6 orang , anak ke-3
Jawatan di sekolah 1. Ketua Pengawas 2. Ketua Pengawas Pusat Sumber
Kurikulum & Ko-kurikulum Pernah menyertai pertandingan-pertandingan akademik, sukan olahraga dan persatuan diperingkat sekolah, daerah mahupun negeri.
Assalamua’laikum warohmatullahi wabarokatuh.. yukur, Alhamdulillah kerana kita dapat bertemu untuk kali yang ke-2. Pelbagai dugaan dan kesilapan sepanjang menerbitkan buletin ini khasnya pada edisi lalu kadang-kadang memeningkan kepala kami. Namun ianya memberi
manfaat untuk kami memperbaiki pada keluaran seterusnya. Bermula keluaran ini, beberapa ruangan baru diwujudkan seperti Belajar Kod Tangan, Personaliti Murid, Kenali Guru SKPKBP, maklumat guru berkursus serta berita aktiviti dan maklumat semasa berkaitan murid, guru, sekolah dan lain-lain. Mudah-mudahan buletin ini memberi manfaat dan menarik minat pembaca. “Pendidikan Khas” ataupun “Special Education” yang diringkaskan membentuk istilah “SpeEd” untuk buletin ini adalah teras kepada tanggungjawab utama bagi kami di sekolah ini. Walaupun murid-murid istimewa ini mempunyai ketidakupayaan tertentu, namun kami tetap fokus dan komited memberi pendidikan, pendedahan dan kemahiran yang sebaik-baiknya buat mereka. Pendedahan pertandingan sukan adalah salah satu contoh yang kami bawa dalam buletin kali ini. Insan Istimewa Tanggungjawab Bersama. Selamat Membaca!. Pengerusi Buletin
Dari Meja GURU BESAR SIDANG RIDAKSI : Buletin SpeEd Mac 2008 SK Pendidikan Khas Batu Pahat
PENGERUSI En Ateh Bin Salim Guru Besar SKPK Batu Pahat
NAIB PENGERUSI En Abd Rahman bin Mohd Said Pn Hjh Arni bt Md Noor En Mohd Salleh bin Aman @ Ab Rahman
KETUA PENGARANG / GRAFIK Aizam @ Azlan bin Kadiron ( [email protected] )
PENGARANG Pn Norhafizah binti Nordin Cik Mariani binti Md Din Cik Rosnita binti Saffee
JURUGAMBAR En Mohd Salleh bin Aman @ Ab Rahman En Mohamad Saffri bin Hamali
PENERBIT Pusat Sumber SKPKBP, Jln Lim Yew Leong, PS 30, 83007 Batu Pahat, Johor D Ta’zim. Tel: 07– 4341139 Fax: 07– 4342139 E-mel : [email protected]
Sebarang pertanyaan atau sumbangan artikel boleh dialamatkan ke alamat di atas.
CETAKAN / EDARAN En Munif bin Hj Basir
BIL. 2 / 2008
(mmd)
(mmd)
En Ateh b Salim - Guru Besar Berpengalaman, Tekun & Teliti
Tarikh Nama Kursus, taklimat, mesyuarat dan lain-lain
12-13 FEB 20 En Salleh b Aman Meraikan Majlis Kontinjen Paralimpik Korat di K Lumpur.
14 FEB En Salleh b Aman Mesyuarat kokurikulum di Melaka
18-21 FEB En Ateh b Salim Cik Rosnita bt Saffe
Bengkel Pemulihan Khas di Glory Beach Resort.
18-21 FEB En Hamidi b Selamat Kursus Accomodation (BOA) di Hotel Brisdale di K Lumpur.
25-29 FEB Cik Yeo Pek Kian Mesyuarat Penyelarasan Pembimbing Dalam Kumpulan di Hotel Permai Inn, Terengganu.
25 FEB Pn Aniyati b Misran Mesyuarat Akhir Pengurusan Majlis Tadarus Al-Quran di SK Banang Jaya..
25 FEB Pn Hjh Arni bt Mohd Noor Taklimat Pengurusan KWAPM dan SPBT di SK Banang Jaya.
28 FEB Pn Nordin bt Nordin Penyerahan dan Penyemakan Borang Pesanan BTBR 190/2009 di PPD BP
27-29 FEB En. Ateh b Salim Konvensyen Kebangsaan di Hotel New York, Johor Bahru.
28 FEB En Mohamad Saffri b Hamali Taklimat pengawas PTK di SMK Tunku Mahmood Iskandar.
A B
C D E F G H
K L M N O P
S T U V W X
I
Q
Y
J
R
Z
1 2 3 4 5 6 7 8
9 10
n Ateh b Salim mula berkhidmat sebagai guru pada 1 Januari 1977. Beliau pernah mengikuti Kursus Tambahan Setahun Pendidikan Pemulihan Khas (MPIK) dan menjawat jawatan
Guru Besar pada 1 Februari 1996. Sebelum berhijrah di SKPKBP pada Oktober 2000, En Ateh telah bertugas di 7 buah sekolah. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pendidikan khas dan kini menjadi Jurulatih Utama Pemulihan Khas Kebangsaan. Beliau juga pernah menerima Anugerah Cemerlang pada tahun 1993 dan 2006, selain Anugerah Munsyi Pemulihan Khas (JPN) pada 2007. Dalam bidang ko-kurikulum, En Ateh adalah Penolong Pesuruhjaya Pengakap (Istimewa) Negeri Johor. Seorang yang tekun dan teliti dalam melakukan sesuatu kerja, kini En Ateh bin Salim telah menjawat Guru Besar di SKPKBP untuk tahun yang ke-8. Pada 4 Mac 2008 ini, genap usia beliau 54 tahun.
Halaman 4
BIL. 2 / 2008
Info SpeEd (Bahagian 2)
TANDA-TANDA
AWAL MASALAH
PEMBELAJARAN
ebiasaannya kanak-kanak yang mengalami
masalah pembelajaran yang minima tidak dapat dikesan sejak kecil. Namun begitu terdapat tanda-tanda awal yang dapat digunakan bagi mengesan kanak-kanak dengan keperluan khas ini pada peringkat umur 4 tahun hingga 5 tahun dan peringkat umur 6 tahun hingga 7 tahun (Jamila K.A.,2006:60). Antaranya adalah:
1.Peringkat umur 4 hingga 5 tahun
Lambat bercakap, berbanding kanak-kanak lain
Masalah penyebutan
Lambat membentuk perbendaharaan kata dan sering gagal menggunakan perkataan yang betul
Sukar membunyikan perkataan
Sukar memberi tumpuan dan sentiasa resah gelisah
Menghadapi masalah dalam interaksi dengan rakan
Sukar mengikut arahan atau rutin 2.Peringkat umur 6 hingga 7 tahun
Lambat belajar hubung kait antara abjad dan bunyi
Keliru dalam memahami perkataan kata dasar
Sering melakukan kesilapan dalam membaca dan mengeja, termasuk keliru dalam bentuk huruf yang hampir serupa
Sukar mengingat fakta
Sukar mempelajari kemahiran baru terutama yang melibatkan hafalan
Sering bersikap kelam kabut dan gagal membuat perancangan
Tidak dapat memegang pensel dengan betul
Sukar mengingat masa
Mengalami koordinasi mata-tangan
Kurang menyedari keadaan fizikal di sekeliling dan sering melanggar sesuatu objek
Sumber: Jamila K.A. Mohamed, (2005) Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak
Istimewa. PTS Profesional Publishing Sdn Bhd :Batu Caves . Abdul Rahim Talib (2006), Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah
Pembelajaran, Open University Malaysia, Kuala Lumpur.
ohd Arif b Abd Rahman adalah satu-satunya penyumbang pingat tunggal dalam Kejohanan MSSM Cawangan
Zon Penggaram 2008. Beliau memenangi pingat perak dalam acara 200 m L12. Mohd Arif juga berjaya ke peringkat akhir dalam acara 100 m L12 namun gagal menyumbang sebarang pingat. Selain acara individu tersebut, dia turut menyertai acara lari berganti-ganti iaitu 4 x 100 m L12 dan 4 x 200 m L12. (abk)
urid - murid yang tidak terlibat dalam olahraga MSSM Cawangan Zon Penggaram juga turut didedahkan dengan aktiviti sukan.
Kesemua mereka dibawa ke SMK Banang Jaya untuk melihat sendiri secara dekat penyertaan rakan-rakan mereka pada hari kedua kejohanan sambil diiringi oleh beberapa orang guru. Walaupun hanya sebentar, kehadiran mereka telah memberi semangat kepada peserta yang mengambil bahagian. (mmd)
Murid Dibawa Melihat Kejohanan
1. Penasihat : En Ateh bin Salim
2. Pengurus Pasukan : Pn Norhafizah bt Nordin
3. Jurulatih : En Aizam @ Azlan bin Kadiron
4. Guru Pembimbing : En Mohd. Salleh bin Aman
5. PA Sistem : En Suhaimi bin Sagi
6. Tarikh: 18 Februari 2008
i. Pengelola Peserta : Pn Norsahilla bt Eshak
Ii. Caperon : Cik Balqish bt Selamat
Iii. Makanan dan minuman : Pn Maznah bt Abu Bakar
7. Tarikh: 19 Februari 2008
i. Pengelola Peserta : Cik Mariani bt Md Din
Ii. Caperon : En Kevin Mak Wai Kim
Iii. Makanan dan minuman : Pn Zuraidah bt Safri
SENARAI KONTINJEN SKPK BP KE KEJOHANAN OLAHRAGA MSSM CAWANGAN
ZON PENGGARAM 2008
8. Peserta dan acara yang terlibat
i. Muhammad Arif b Abd Rahman
100 m L12, 200 m L12, 4 x 100 m L12 dan 4 x 200 m L12
ii. Lim Chin Sheng
4 x 100 m L12, 4 x 200 m L12 dan Lontar Peluru L12
iii. Nur Fadzilla bt Shamsudin
100 m P12, 200 m P12 dan Lontar Peluru P12
iv. Muhammad Najmuddin b Jarmi
100 m L12, 200 m L12, 4 x 100 m L12 dan 4 x 200 m L12
v. Hawwa Khairunnisa bt Mohamed Zin
100 m P12, 200 m P12 dan Lontar Peluru P12
vi. Muhamad Firdaus b Baharudin
vii. Lim Jin Yu
100 m P10, 200 m P10 dan Lompat Jauh P10
Viii. Muhamad Syazwan b Mohamad Raffi Vijandran
100 m L10, 200 m L10 dan Lompat Jauh L10
4 x 100 m L12 dan 4 x 200 m L12
Mohd Arif Penyumbang Pingat Tunggal Sekolah
Lawatan Sambil Belajar ke Festival Layang-layang
eramai 25 murid dan 7 orang guru telah menyertai satu lawatan ke Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang Ke-13 pada 21 Februari yang lalu Rombongan yang bertolak pada pukul 8.30 pagi itu telah sampai di Bukit
Layang-Layang kira-kira pukul 11.00 pagi. Pelbagai aktiviti telah diikuti sepanjang berada di festival tersebut seperti melawat muzium, melihat pameran dan lain-lain. (abk)