-
X PENGENALANTubuh kita terdiri daripada sekumpulan besar sel.
Sel-sel ini bersatu membentuk sekumpulan tisu yang mempunyai fungsi
tersendiri. Tisu-tisu pula akan bercantum untuk membina bahagian
dan organ, misalnya jantung, otak, hati, ginjal dan perut dalam
tubuh kita. Tubuh dilengkapkan oleh bahagian (kepala, dada,
abdomen, kaki dan tangan) yang mempunyai fungsi tersendiri.
Bahagian dan organ membentuk sistem yang membolehkan tubuh
berfungsi sepenuhnya.
Sistem tubuh yang mampu berfungsi sepenuhnya memerlukan
penjagaan yang betul. Pengetahuan dan amalan berkaitan dengan asas
penjagaan kesihatan amat penting. Pengetahuan dan amalan penjagaan
tubuh adalah kemahiran asas yang diperlukan oleh setiap individu.
Kemahiran asas ini perlu diperkembangkan daripada peringkat bayi,
kanak-kanak, remaja, dewasa sehinggalah ke peringkat warga
emas.
Penjagaan kesihatan asas diri merangkumi kebersihan tubuh badan,
pakaian dan peralatan yang digunakan, pengurusan pemakanan yang
betul, pengurusan berat badan, pengurusan tekanan dan pemeriksaan
kesihatan. Kesihatan diri yang sejahtera akan memastikan setiap
individu menjalankan fungsi sosial mereka dengan berkesan. Lelaki
dan perempuan dapat memainkan peranan masing-masing dalam
pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
TTooppiikk11XPengenalanKesihatanDiri
HASIL PEMBELAJARANDi akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menamakanbahagiandanorgantubuhsertamenerangkanfungsinya;
2. Menghuraikanaspekaspekpengurusankesihatandiriyangbaik;dan
3. Menerangkanperanansetiapgenderdalammasyarakat.
-
X TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 2
MENGENALI TUBUH BADAN
1.1.1 Mengenali organ dan bahagian tubuh badan
Rajah 1.1 Menunjukkan lakaran organ dan bahagian tubuh badan
kita.
Rajah 1.1: Tubuh manusia
1.1
AKTIVITI 1.1
Bincangkan dalam kumpulan bagaimana tahap kebersihan diri
mempengaruhi tahap kesihatan.
-
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI W 3
1.1.2 Fungsi organ dan bahagian tubuh badan
Mengenali fungsi organ dan bahagian tubuh badan adalah penting
supaya kita tahu bagaimana untuk menjaga dan menghargainya. Jadual
di bawah mengandungi sinopsis organ-organ utama tubuh badan,
kedudukan di dalam tubuh serta fungsinya.
Jadual 1.1: Kedudukan dan Fungsi Organ
Organ Kedudukan Fungsi
Otak Terletak di dalam ruang tengkorak
Memuatkan pusat-pusat (intelek, fikiran, ingatan/kuasa kemahuan)
yang mengawal aktiviti-aktiviti tubuh.
Paru-Paru Terletak di dalam ruang toreks
Membawa masuk udara beroksigen ke dalam tubuh dan membawa keluar
karbon dioksida serta wap dari darah.
Jantung Terletak pada belakang tulang dada di dalam ruang toreks
di antara paru-paru.
Mengepam dan mengalirkan darah ke seluruh tubuh serta
mengekalkan aliran atau peredaran darah setiap masa.
Perut Perut bersambung terus daripada kerongkong. Ia bergantung
bebas di bahagian atas sebelah kiri dalam ruang abdomen.
Ia menerima bahan makanan daripada kerongkong dan menyimpan buat
sementara waktu untuk dilembutkan dan dihadamkan.
Hati Terletak di bawah otot diaphragm dalam ruang abdomen.
Menghasilkan cecair hempedu dan bahan yang terdapat di dalam
darah seperti serum untuk perkumuhan serta metabolisme.
Membuang air yang berlebihan dalam tubuh.Membuang hasil
perkumuhan seperti urea dan asid urik.
Buah Pinggang
Terletak di dinding belakang abdomen
Mengawal kepekatan atau kuantiti bahan yang terkandung dalam
darah.
AKTIVITI 1.2Senaraikan fungsi organ-organ berikut: (i)
Jantung(ii) Paru-paru (iii) Perut
-
X TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 4
1.1.3 Menghargai anggota tubuh badan
Cara paling asas untuk menghargai anggota tubuh ialah dengan
mengenali setiap bahagian anggota itu sendiri. Setiap bahagian
anggota tubuh kita memerlukan cara penjagaan dan pemuliharaan yang
berbeza. Cara penjagaan meliputi dalaman dan luaran.
Rajah 1.2: Cara-cara penjagaan tubuh badan
Kita juga harus menjaga anggota tubuh badan daripada tercedera.
Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Kempen Cara Hidup Sihat
1999: Promosi Keselamatan dan Pencegahan Kecederaan menyeru kita
mengambil langkah keselamatan di dalam dan luar rumah. Kita perlu
memastikan peralatan dalam rumah disimpan ditempat yang selamat.
Kita juga memerlukan taman permainan yang selamat untuk mengelak
kecederaan. Aktiviti berisiko seperti
menunggang motosikal secara berbahaya atau mendedahkan seseorang
kepada kecederaan. Jika kita menghargai anggota tubuh badan, kita
perlu menjauhi aktiviti berbahaya.
-
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI W 5
PENJAGAAN KESIHATAN DIRI
1.2.1 PENGURUSAN KESIHATAN DIRI
Pengurusan kesihatan diri yang baik akan menjamin tahap
kesihatan yang sentiasa sempurna. Pengetahuan dan kemahiran
mengurus kesihatan diri menjadi aset yang penting untuk hidup sihat
sepanjang hayat. Berikut adalah aspek pengurusan diri yang harus
diberi perhatian:
Rajah 1.3: Pengurusan kesihatan diri
(a) PPengurusan kebersihan tubuhMembersihkan tubuh badan adalah
rutin harian yang perlu dilakukan. Kita perlu mandi
sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bersihkan tubuh dengan sabun
dan air bersih untuk membuang kekotoran dan kuman. Amalan ini dapat
menjauhkan kita daripada dijangkiti penyakit kulit seperti kudis
dan badan berbau.
Tangan kita adalah di antara anggota yang paling banyak
mengumpul kuman. Setiap kali kita memegang tombol pintu atau
duit kertas, pelbagai kuman orang lain dipindahkan kepada tangan
kita. Bersihkan tangan dengan sabun dan air bersih setiap kali
selepas ke tandas sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.
Kuku yang panjang
1.2
-
X TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 6
akan menyediakan ruang masuk untuk kuman pindah ke mulut dan
makanan kita. Pastikan kuku sentiasa dipotong pendek dan
bersih.
Rambut perlu dibersihkan dengan menggunakan syampu yang
bersesuaian dengan jenis kulit kepala. Biasanya terdapat dua jenis
kulit kepala iaitu berminyak dan kering. Pilih syampu yang sesuai
dengan jenis rambut. Kutu rambut dan masalah kulit kepala adalah di
antara masalah kesihatan yang biasa berlaku. Dapatkan rawatan dan
nasihat di klinik.
Penjagaan mulut termasuk gigi penting dalam pengurusan kesihatan
diri. Gosok gigi menggunakan berus gigi yang sesuai dan ubat gigi.
Pastikan mulut dan gigi dibersihkan setiap kali selepas makan dan
sebelum tidur malam. Gunakan floss untuk membuang sisa makanan pada
celah gigi. Dapatkan pemeriksaan gigi 2 kali setahun. Gunakan alat
pelindung gigi jika terlibat dalam sukan lasak.
Tubuh badan kita memerlukan masa rehat yang secukupnya untuk
memulihkan tenaga dan minda. Dapatkan tidur yang cukup dan
berkualiti. Kanak-kanak dan remaja memerlukan masa tidur yang lebih
berbanding dengan orang dewasa. Pastikan tubuh dibersihkan sebelum
tidur.
(b) PPengurusan kebersihan pakaian Negara kita mempunyai kadar
kelembapan yang tinggi. Tubuh kita cepat
berpeluh. Oleh yang demikian adalah penting untuk kita menukar
pakaian setiap hari. Pastikan pakaian dibersihkan sebelum dipakai
semula. Kita juga perlu membersih dan menjemur bantal, selimut,
tilam dan cadar untuk mengelak pembiakan hama.
(c) PPengurusan tahap kesihatan Sesetengah penyakit adalah
pembunuh
senyap. Ada di antara kita tidak mengetahui bahawa kita sedang
diancam penyakit. Misalnya penyakit kardiovaskular seperti penyakit
Jantung dan strok. Penyakit ini dikenal pasti sebagai salah satu
daripada 10 penyebab kematian di Malaysia. Kita boleh mengurus
tahap kesihatan melalui pemeriksaan kesihatan di klinik atau
hospital.
-
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI W 7
Pemeriksaan kesihatan membolehkan kita mengetahui tanda-tanda
awal sesuatu penyakit, misalnya melalui pemeriksaan tahap glukos
darah, seseorang dapat mengetahui sama ada dirinya berisiko untuk
mendapat penyakit diabetis.
Jenis-jenis pemeriksaan yang boleh dijalankan ialah:
(d) PPengurusan pemakanan yang sihatAdakah kita hidup untuk
makan atau makan untuk hidup? Kita makan untuk menghidupkan fungsi
organ tubuh kita. Makanan memberi segala zat yang diperlukan oleh
tubuh. Adalah amat penting untuk memakan sajian seimbang untuk
mendapat semua jenis zat yang diperlukan. Makanan seimbang
bermaksud makanan yang terdiri dari komponen karbohidrat,
protein,
lemak, vitamin dan lain-lain. Pengambilan makanan seimbang
daripada setiap komponen akan memberi tenaga, membina badan dan
mencegah penyakit.
Pengurusan pemakanan yang sihat merujuk kepada amalan pemakanan
seseorang. Tiga waktu makan utama ialah ssarapan pagi, mmakan
tengaharidan mmakan malam. Kita dinasihatkan supaya wajib makan
sarapan pagi. Pengambilan sarapan pagi mampu memberikan kita tenaga
untuk memulakan kerja. Tenaga dan zat-zat ini perlu ditambah untuk
memulih tahap kecergasan fizikal dan kecerdasan minda.
Makan mengikut keperluan adalah salah satu daripada pengurusan
amalan makan yang sihat. Pengambilan jumlah makanan hendaklah
bersesuaian dengan jenis pekerjaan atau penggunaan tenaga kita.
Kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar dan aktif secara
fizikal memerlukan jumlah
x Pemeriksaan tekanan darahx Saringan paras glukos darah x
Saringan paras kolesterol x Indeks jisim badan x Pemeriksaan kanser
serviks dan payu dara x Ujian kadar lemak x Saringan minda
sihat
-
X TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 8
makanan yang banyak. Begitu juga dengan mereka yang bekerja
sebagai petani, nelayan dan buruh. Penggunaan tenaga mereka adalah
tinggi.
Mereka yang bekerja tanpa memerlukan penggunaan tenaga yang
banyak seperti bekerja di pejabat kurang memerlukan tenaga yang
banyak. Oleh yang demikian, amalan makan berlebihan akan
menyebabkan badan mereka menyimpan lebih tenaga dalam bentuk lemak.
Lemak yang berlebihan ini akan menyebabkan seseorang menjadi
gemuk.
Antara pengurusan amalan makan yang tidak sihat ialah:
(e) PPengurusan berat badan Obesiti merupakan salah satu risiko
untuk
mendapat penyakit diabetis, jantung, darah tinggi dan kanser.
Risiko lain ialah merokok dan kurang bersenam. Di Malaysia,
prevalen penyakit diabetis dalam kalangan penduduk Malaysia pada
tahun 1986 ialah 6.3% dan meningkat kepada 8.3% pada tahun 1996.
(National Health and Morbidity Survey, 1996).
x Tidak mengambil makanan semasa waktu makanan utama terutamanya
sarapan pagi dan makan tengahari. Amalan ini akan menyebabkan kita
berasa terlalu lapar dan makan dengan lebih banyak.
x Tidak mengambil pelbagai jenis makanan seimbang. Amalan ini
akan menyebabkan tubuh badan tidak mendapat pelbagai zat yang
diperlukan.
x Mengambil snek yang tidak sihat seperti ais krim, jeruk dan
kek.
x Mengambil secara berlebihan makanan yang mempunyai kandungan
gula yang tinggi. Amalan ini akan mendedahkan seseorang kepada
risiko mendapat penyakit diabetis.
x Mengambil secara berlebihan makanan yang tinggi kadar lemak
dan minyak. Amalan ini akan mengumpulkan lebihan lemak di dalam
tubuh badan jika tidak digunakan.
x Mengambil makanan yang tinggi kandungan garam seperti ikan
masin. Amalan ini dikenal pasti sebagai faktor risiko untuk
penyakit tekanan darah tinggi.
-
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI W 9
Fizikal yang cergas adalah satu indikator untuk kesihatan tubuh
badan. Kecegasan fizikal di sini tidak merujuk kepada senaman yang
tetap semata-mata. Ia meliputi segala aktiviti yang menggerakkan
anggota fizikal seperti menjalankan kerja di rumah dan membersihkan
kawasan rumah. Aktiviti fizikal memerlukan tenaga yang berupa
pembakaran lemak dalam tubuh kita. Pembakaran lemak secara
konsisten akan menyisihkan lebihan lemak yang disimpan di dalam
badan. Penyisihan lemak mengelak badan daripada berlebihan berat.
Aktiviti fizikal akan meningkatkan high density lipoprotein (HDL)
atau lemak darah berkepadatan tinggi yang baik untuk melindungi
jantung. Ia adalah bahan darah yang dapat memungut kolesterol dan
membantu membuangnya dari badan melalui hati. Ia dikenali sebagai
kolesterol baik.
Rajah 1.4: Piramid aktiviti fizikal Sumber: Risalah Sihat
Sepanjang Hayat (Kementerian Kesihatan Malaysia, 2003)
(f) PPengurusan tekanan (stress) Tekanan (stress) adalah
tindakbalas fizikal, emosi dan mental terhadap
perubahan dan cabaran. Stres boleh dialami sama ada di rumah,
sekolah dan tempat kerja. Stres yang sedikit boleh menjadi faktor
motivasi kepada kita. Seseorang individu yang mengalami stres yang
serius mungkin cenderung untuk terlibat dalam penyalahgunaan dadah
dan alkohol. Kita mesti belajar hidup dengan stres kerana ia adalah
sebahagian dari kehidupan. Belajar mengurus stres dapat menjauhkan
kerunsingan. Pengurusan masa dan kerja secara bijak dapat membantu
mengurangkan stres. Amalkan pemikiran dan komunikasi yang positif.
Dapatkan bantuan jika tidak mampu menguruskan tekanan dengan
sendiri.
1.2.2 Kesedaran dan tanggungjawab menjaga tubuh
Bagaimanakah caranya kesedaran dan amalan penjagaan tubuh dapat
dididik? Berikut adalah beberapa cara:
-
X TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 10
(a) KKeluarga Kesedaran dan amalan penjagaan tubuh perlu dididik
oleh keluarga
semenjak di peringkat kanak-kanak lagi. Keluarga memainkan
peranan yang penting dalam memberi kesedaran, pengetahuan dan
amalan penjagaan tubuh. Ibu bapa adalah model terbaik dalam
penjagaan kesihatan. Nilai terhadap kesihatan yang dipegang oleh
sesuatu masyarakat turut memainkan peranan. Jika sesuatu masyarakat
melihat mandi pagi sebagai satu nilai kesihatan, maka amalan ini
akan menjadi budaya ahli-ahlinya. Seseorang individu diharap akan
dapat bertanggungjawab ke atas kesihatan mereka sendiri apabila
meningkat dewasa.
(b) KKlinik kesihatan atau hospital Selain daripada keluarga,
staf klinik kesihatan ibu dan anak turut
memainkan peranan. Ibu-ibu akan diberi nasihat dan tunjuk cara
bagaimana penjagaan asas kesihatan yang baik, misalnya, dalam
penyediaan makanan seimbang untuk kanak-kanak.
(c) SSekolah Kesedaran dan amalan ini akan diperkukuhkan lagi
melalui subjek
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan di peringkat sekolah
rendah. Di samping itu, pasukan kesihatan sekolah dari pejabat
kesihatan daerah yang berdekatan dengan sekolah turut menjalankan
lawatan secara berkala ke sekolah untuk menjalankan pemeriksaan
kesihatan kepada pelajar. Program Doktor Muda yang diperkenalkan ke
sekolah-sekolah rendah turut mempromosikan amalan penjagaan
kesihatan di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah. Kerajaan
telah melaksanakan Kempen Cara Hidup Sihat melalui Kementerian
Kesihatan Malaysia sebagai wadah untuk penjagaan kesihatan secara
menyeluruh dan berterusan. Ini meliputi aspek jasmani, emosi,
rohani, mental dan sosial seseorang.
1.2.3 Penjagaan peralatan dan kebersihan
Dalam penjagaan kesihatan, kita memerlukan pelbagai peralatan.
Penjagaan kebersihan amat penting untuk mengelak peralatan ini
daripada menjadi tempat pembiakan kuman yang boleh menyebabkan
penyakit.
Dalam pencegahan penyakit berjangkit seperti penyakit tangan,
kaki dan mulut, kebersihan peralatan amat penting. Pastikan
peralatan mainan kanak-kanak sentiasa dibersihkan.
-
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI W 11
PERANAN GENDER
1.3.1 Peranan lelaki
Negara kita mengamalkan sistem patriaki yang mana golongan
lelaki mengetuai sesebuah keluarga. Secara tidak langsung sistem
ini memberi kuasa kepada lelaki dalam memimpin keluarga, membuat
keputusan, menyediakan sumber ekonomi serta kemudahan asas yang
selesa untuk kesejahteraan kesihatan hidup berkeluarga. Namun
begitu, amalan ini semakin terhakis akibat tuntutan semasa seperti
peningkatan kos hidup dan bertambahnya bilangan perempuan yang
berpendidikan tinggi. Tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan
mencari rezeki dikongsi bersama dengan isteri.
Teladan yang baik yang ditunjukkan oleh seorang bapa akan
membantu anak lelaki membesar sebagai individu, bapa, suami dan
pekerja yang sihat dari aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan
sosial.
Peranan lelaki yang sering dibincangkan dalam kesihatan keluarga
ialah dalam aspek perancang keluarga. Peranan merancang keluarga
dilihat lebih memfokus kepada perempuan. Untuk membentuk sebuah
keluarga yang sejahtera dan bahagia pihak lelaki perlu mengambil
bahagian dalam perancangan keluarga. Penjagaan kesihatan dan
kesejahteraan sebuah keluarga memerlukan peranan dua pihak iaitu
suami dan isteri. Pendek kata, tanggungjawab membina keluarga
sihat, sejahtera dan bahagia harus dipikul secara bersama dan
adil.
1.3.2 Peranan perempuan
Salah satu peranan biologi yang menjadi keistimewaan perempuan
ialah hamil dan melahirkan anak. Pada masa kini, peranan biologi
ini tidak menghadkan kemampuan dan keupayaan golongan perempuan
untuk mencari rezeki kepada keluarga. Ini menyebabkan bilangan
mereka menjawat jawatan di sektor awam atau swasta semakin
meningkat dari masa ke semasa. Begitu juga dengan penglibatan
mereka dalam industri secara kecil-kecilan di rumah secara separuh
masa seperti membuat kuih, keropok dan sebagainya tetapi pada masa
yang sama mampu menjalankan tanggungjawab menjaga anak. Kegigihan
mereka memainkan peranan yang amat penting dalam meningkatkan dan
menjana ekonomi keluarga.
1.3
-
X TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 12
Dalam konteks amalan kesihatan keluarga, peranan mereka
termasuklah:
Peranan perempuan seperti yang disebutkan perlu dipikul bersama
oleh suami dan anak. Walaupun dalam masyarakat kita seorang suami
dianggap sebagai seorang ketua dalam keluarga tetapi ini tidak
bermakna tanggungjawab mengurus rumah tangga dan keluarga perlu
diserah bulat-bulat kepada isteri.
1.3.3 Stereotaip gender
Stereotaip gender terutama dari aspek peranan terus menjadi isu
perbualan. Dalam sistem komuniti yang diketuai oleh lelaki atau
kaum bapa, stereotaip gender ini masih jelas diamalkan. Sejak usia
muda lagi anak lelaki dididik untuk berperwatakan, budaya pakaian,
komunikasi serta bersosial seperti seorang lelaki yang diharapkan
oleh masyarakat secara lazimnya.
Perwatakan dan budaya berpakaian serta penampilan yang terkeluar
daripada ciri-ciri hakiki seorang lelaki dilihat sebagai satu
masalah dalam gender, misalnya, lelaki pondan. Apabila sudah dewasa
mereka diharap akan mampu mencari rezeki dan mengetuai keluarga
sendiri.
Anak perempuan akan dididik dengan nilai, peranan serta
perwatakan seorang perempuan yang diterma secara lazim oleh
masyarakat. Mereka dididik untuk bersifat lemah-lembut,
bersopan-santun dan tahu serta mahir dalam menguruskan rumah
tangga. Perempuan yang lebih menonjolkan ciri-ciri seorang lelaki
akan dilabel sebagai tomboy.
x Menjadi contoh kepada ahli keluarga yang lain berkaitan dengan
amalan cara hidup sihat
x Mempunyai hak yang sama dengan suami dalam menentukan isu yang
berkaitan dengan kesihatan dan keluarga
x Merancang dan menyediakan pemakanan dan makanan yang sihat
kepada keluarga
x Mengurus kebersihan di dalam dan luar rumah
x Memastikan ahli keluarga yang sakit mendapat rawatan dan
jagaan yang sebaik-baiknya
x Mendidik anak berkaitan pencegahan penyakit berjangkit dan
tidak berjangkit
-
TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI W 13
Walaupun golongan perempuan telah mencapai tahap pendidikan dan
kerjaya setanding dengan lelaki, tetapi mereka masih perlu
menjalankan tugas-tugas sebagai seorang isteri dan ibu. Walaupun
perempuan memilih untuk hidup membujang tetapi ibu bapa atau
masyarakat masih berharap agar seorang perempuan itu masih mampu
menjalankan tugas-tugas seperti memasak dan mengemas rumah.
Dalam dunia pekerjaan, stereotaip gender dilihat semakin
berkurangan. Ramai perempuan yang mampu melaksanakan kerjaya yang
sebelum ini dikuasai oleh lelaki. Misalnya bekerja sebagai anggota
polis dan tentera.
Topik ini telah memberi penjelasan kepada anda tentang perkara
seperti berikut:
Sistem tubuh yang mampu berfungsi sepenuhnya memerlukan
penjagaan yang betul.
Tubuh manusia terdiri daripada beberapa bahagian iaitu:
kepala-leher, dada, tangan, abdomen dan kaki.
Bahagian-bahagian ini pula terbahagi kepada beberapa organ.
Kita perlu mengetahui fungsi organ-organ supaya kita tahu
bagaimana untuk menghargai dan menjaganya.
Cara penjagaan tubuh meliputi penjagaan dalaman dan penjagaan
luaran.
Pengurusan kesihatan diri meliputi pengurusan kebersihan tubuh,
pengurusan kebersihan pakaian, pengurusan tahap kesihatan,
pengurusan pemakanan yang sihat, pengurusan berat badan serta
pengurusan tekanan.
Kesedaran dan amalan penjagaan tubuh perlu dididik oleh
keluarga, di klinik kesihatan atau hospital dan juga di
sekolah.
SEMAK KENDIRI 1.1
(a) Huraikan aspek-aspek pengurusan kesihatan diri yang baik.
(b) Bincangkan bagaimana peranan amalan pengurusan pemakanan
dan kecergasan fizikal membantu mengurangkan berat badan. (c)
Jelaskan peranan lelaki dan perempuan dalam penjagaan kesihatan
diri.(d) Kecelaruan gender menjadi satu isu sosial yang penting
pada masa
kini. Apakah peranan ibu bapa dalam mengatasi masalah ini?
-
X TOPIK 1 PENGENALAN KESIHATAN DIRI 14
Peranan setiap gender dalam masyarakat adalah sangat penting
dalam menjaga kesihatan kita.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (1997). Modul kempen cara hidup
sihat: Promosi makan secara sihat. Kuala Lumpur.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (1998). Modul kempen cara hidup
sihat: Promosi senaman dan kecergasan fizikal. Kuala Lumpur.
Kementerian Kesihatan Malaysia. (2000). Modul kempen cara hidup
sihat: Promosi mental sihat. Kuala Lumpur.
Masood Abdul Rashid dan Mohamad Ariffin Siri. (1985). Anatomi
dan fisiologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kesihatan Pengurusan berat badan Penjagaan kesihatan Pemeriksaan
kesihatan Kebersihan Kecergasan fizikal Pemakanan Menguruskan
tekanan (Stress) Gender