KAWAD OPERASI BOMBA
MENUBUHKAN KUMPULAN
PENDAHULUAN Setiap kerja-kerja dalam melawan dan memadamkan
kebakaran memerlukan kepada tindakan/pekerjaan dalam berkumpulan
supaya sebarang bahaya yang akan ditempuhi dapat dihadapi bersama.
Dengan ini kumpulan melawan kebakaran hendaklah ditubuhkan. Untuk
menubuhkan satu-satu kumpulan, ketua dikehendaki mengikut keadaan
yang tertentu bagi kesempurnaan pembahagian dalam kumpulan.
PANDUAN MENUBUHKAN KUMPULAN DAN LANGKAH KESELAMATAN
Penubuhan Kumpulan
Berikut adalah panduan untuk menubuhkan kumpulan:a. Skuad, skuad
sedia. Anggota hendaklah bersedia.b. Kekanan lurus. Anggota akan
meluruskan barisan berpandukan orang yang disebelah kanan.c.
Pandang depan. Anggota akan pandang ke hadapan.d. Nombor. Anggota
akan menyebut nombor mengikut turutan sehingga selesai.e. Dalam
kumpulan bertiga-tiga / berempat-empat / berlima-lima, nombor.
Anggota akan menyebut nombor seperti yang dikehendaki
sahaja.Contoh:
Dalam kumpulan bertiga-tiga, nombor! Anggota akan menyebut dari
1 sehingga 3 sahaja. Anggota yang seterusnya akan bermula dengan 1
semula dan berakhir juga dengan tiga.
f. No.1 sahaja, satu langkah ke hadapan gerak. Semua anggota
No.1 akan melangkah satu langkah ke hadapan.g. Nyatakan kumpulan.
Anggota No.1 akan menamakan kumpulan masing seperti
berikut:Kumpulan No.1. (2) Kumpulan No.2 dan seterusnya.h. No.1
saja, satu langkah ke belakang gerak. Setelah selesai menamakan
kumpulan, semua anggota No.1 akan masuk semula ke dalam baris.i.
Senang diri. Semua anggota akan berbaris dalam keadaan senang diri.
j.
Keselamatan Berikut adalah hukuman-hukuman yang diberikan semasa
membuat langkah keselamatan:a. Selamat pagi skuad. Anggota di dalam
baris hendaklah menjawab dengan selamat pagi.b. Sebelum kita
menjalani sesuatu kawat, langkah-langkah keselamatan hendaklah
diutamakan.c. Sesiapa yang memakai cincin, rantai atau menyimpan
benda-benda tajam seperti pen, pensil hendaklah keluar baris dan
letakkan di belakang.d. Ada sesiapa yang memakai atau menyimpannya
skuad? (ulang sekurang- kurangnya 2 kali). Sekiranya anggota ada
menyimpan atau memakai, mereka hendaklah keluar baris dan
meletakkan di tempat yang sesuai. Sekiranya tidak mereka hendaklah
menjawab Tak ada, skuad.
Hukuman
Dalam kawad bomba terdapat beberapa hukuman:a. Hukuman Berhenti.
Hukuman berhenti akan diberi oleh jurulatih sahaja, selepas menegur
kesalahan/kesilapan, hukuman Jalankan akan diberi.Catatan:Hukuman
berhenti boleh diberikan kepada kumpulan atau anggota perseorangan
dengan hukuman No............ berhenti. Pembetulan akan dibuat pada
anggota tersebut sahaja. Anggota lain hendaklah meneruskan tugas
masing-masing.b. Hukuman Semula. Hukuman semula akan diberi oleh
jurulatih sahaja. Apabila mendapat hukuman semula anda hendaklah
kemaskan peralatan dan kembali ke tempat permulaan kawat.c. Hukuman
Diam. Hukuman diam boleh diberi oleh sesiapa sahaja yang berada di
kawasan latihan ini. Apabila mendapat hukuman diam anda hendaklah
diam dan memberi perhatian kepada orang yang memberi hukuman diam.
Ini kemungkinan ada bahaya / kemalangan yang akan menimpa diri
anda.d. Faham itu skuad (ulang sekurang-kurangnya 2 kali). Anggota
dalam baris hendaklah menjawab Faham skuad.
Tugas Medical Ordeli, sekiranya ada anggota yang cedera, ambil
peti ubat di .................... (sebutkan nama Medical Ordeli.
..................... (sebutkan pangkat dan nama anggota). Anda
ditugaskan sebagai tempat) dan beri rawatan. Semasa nama disebut
anggota tersebut hendaklah menyahut. Faham itu skuad. Anggota yang
ditugaskan hendaklah menjawab faham. Senang Diri. Telefon Ordeli.
..................... (sebutkan pangkat dan nama anggota). Anda
ditugaskan sebagai Telefon Ordeli, sekiranya bantuan ambulan
diperlukan, anda hendaklah menelefon RSAT di talian/sambungan
.................. (sebutkan nombor telefon). Semasa nama disebut
anggota tersebut hendaklah menyahut. Faham itu skuad. Anggota yang
ditugaskan hendaklah menjawab faham. Senang Diri.
AKHIR Dengan adanya pengetahuan ini, dapatlah anggota melawan
kebakaran memahami dan membentuk beberapa kumpulan kawad yang
sempurna.
PERMULAAN KAWAT
OBJEKTIF Terangkan cara mengendalikan permulaan kawat bomba
sebelum hukuman Mulai Kerja. Nyatakan jenis-jenis bahasa isyarat
semasa menjalani kawat bomba.
PENDAHULUANUntuk mengendalikan kawat bomba, ada beberapa
peraturan yang perlu dipatuhi dipermulaan sesuatu kawat sebelum
hukuman Mulai Kerja diberikan. Bagi meringkaskan penerangan di
dalam setiap nota berikutnya di dalam nota ini akan diterangkan
keseluruhan permulaan kawat yang perlu diikuti untuk memulakan
seseuatu kawat bomba.
Kawad Pili Bomba (4 Orang) PD 1 (Preliminary Detail)
1. Penubuhan Kumpulan. Anggota berbaris di dalam satu barisan
dan dinomborkan dimulai dari kanan dalam kumpulan berempat.2.
Nombor Kumpulan. Anggota No.1 dalam Kumpulan Pertama akan menyebut
KUMPULAN SATU diikuti oleh No.1 dalam Kumpulan Kedua akan menyebut
KUMPULAN DUA dan begitulah seterusnya sehingga semua kumpulan
dinomborkan.3. Masuk Baris. Apabila diberi hukuman Kumpulan
No...... Masuk Baris, cara melakukan adalah seperti berikut: Bagi
Kumpulan Pertama. Pusing ke kanan, Anggota No.2 akan melangkah satu
langkah ke kanan. Dengan memberi hukuman UP kumpulan akan
berlari-lari anak dalam satu barisan dengan didahului oleh Anggota
No.1 diikuti oleh No.3, No.4 dan No.2 terus menuju ke tempat
permulaan kawat dan berhenti dalam keadaan hentak kaki pada jarak
lebih kurang 1 meter dari peralatan. No.2 akan memberi hukuman UP
untuk berhenti dan berpusing ke kanan (mengadap peralatan).
Seterusnya Anggota No.1 akan memberi hukuman UP untuk ke kanan
lurus dan pandang hadapan.
Bagi Kumpulan Kedua dan Seterusnya. Tindakan pertama ialah semua
anggota hendaklah melangkah satu langkah ke belakang. Tindakan
seterusnya adalah sama seperti yang dilakukan oleh Kumpulan
Pertama. Kedudukan ketika berada di tempat permulaan kawat adalah
2-4-3-1 sepertimana di gambarajah 1.
Tukar Tempat. Apabila diberi hukuman Tukar Tempat No.1 akan
melangkah satu langkah ke belakang, berpusing ke kanan dan berlari
seterusnya berada di kedudukan atau mengambil tempat No.2. Pada
masa yang sama No.2, No.4 dan No.3 bergerak satu langkah ke kiri.
Pertukaran tempat ini akan mengubah kedudukan seperti berikut: No.1
menjadi No.2 (2) No.3 menjadi No.1 (3) No.4 menjadi No.3 (4) No.2
menjadi No.4Catatan:Setiap kali selepas pertukaran tempat
dilakukan. Anggota No.1 akan memberi hukuman UP untuk meluruskan
barisan dan pandang hadapan. Anggota mestilah dinomborkan semula
oleh anggota yang mengambil kawat supaya mereka mengetahui
kedudukan dan tugas baru mereka.
Bahasa Isyarat
Bahasa isyarat yang digunakan semasa kawat bomba dijalankan
adalah bagi memudahkan perhubungan sesama anggota yang berkawat
terutamanya apabila jarak antara satu sama lain berjauhan.
Bahasa-bahasa isyarat ini juga digunakan semasa operasi melawan
kebakaran. Antara bahasa-bahasa isyarat tersebut adalah seperti
berikut:
Buka Air. Genggam tangan kanan, angkat lurus ke atas dan hayun
lurus ke bawah (lihat gambarajah 11).
Tambah Tekanan. Genggam tangan kanan lurus ke atas, turun ke
bawah dengan membengkokkan siku sekali atau beberapa kali (mengikut
jumlah tekanan yang diperlukan). Lihat gambarajah 12.
Kurangkan Tekanan. Genggam tangan kanan lurus ke atas, Tangan
kiri diangkat paras bahu lurus ke sebelah kiri dengan tapak tangan
ke bawah. Tangan kanan turun ke bawah dengan membengkokkan siku
sekali atau beberapa kali (mengikut jumlah tekanan yang perlu
dikurangkan).Lihat gambarajah 13.
Tutup Air. Tangan kanan diangkat paras bahu dan dipotong ke
dalam manakala tangan kiri lurus ke bawah. Dalam paras yang sama
(paras bahu) tangan kanan diarahkan keluar dengan mengarahkan ke
sebelah kanan dalam keadaan tapak tangan ke bawah. Seterusnya
tangan kanan diturunkan ke bawah dalam kedudukan sama dengan
kedudukan tangan kiri (lihat gambarajah 14).
Tutup Air dan Berkemas. Tangan kanan diangkat paras bahu dan
dipotong ke dalam manakala tangan kiri lurus ke bawah. Seterusnya
tangan kanan diarahkan keluar ke sebelah kanan dalam keadaan tapak
tangan ke bawah. Tangan di kiri diangkat sama paras dengan tangan
kanan mengarahkan ke kiri dalam keadaan tapak tangan ke bawah.
Akhir sekali ke dua-dua tangan diturunkan ke bawah serentak (lihat
gambarajah 15).
AKHIRDengan mengetahui hukuman-hukuman dan isyarat-isyarat yang
digunakan semasa kawat bomba akan membolehkan seseorang anggota
bomba menjalani tugas dengan lancar dan berkesan.
KAWAD PILI BOMBA
KAWAD H1 - MERENTANG SATU SALURAN HOS DARI PILI BOMBA (4
ORANG)OBJEKTIF Terangkan cara-cara merentang satu saluran hos dari
pili bomba.
PENDAHULUAN Rentangan hos diperingkat awal adalah penting
sebelum lain-lain tugas yang bersangkutan dilaksanakan. Oleh itu
amatlah mustahak untuk diketahui cara-cara merentang hos dari pili
bomba. Ini amatlah penting terutamanya semasa membuat operasi
melawan kebakaran. Tanpa mengetahui kawat ini akan melambatkan
tugas-tugas yang akan dilaksanakan.Butir-butir Permulaan Kawad
Permulaan kawad H1 adalah berdasarkan Kawad PD 1.
Peralatan Berikut adalah jenis peralatan yang digunakan dalam
Kawat H1: JENIS PERALATAN JUMLAH Standpipe 01 Hydrant Key dan Bar
01 Hos Penghantar 03 Branchpipe 01
Bidang Tugas Berikut adalah bidang tugas bagi anggota-anggota
yang melakukan Kawad H1:
a. Anggota No.1: (1) Membawa branchpipe. (2) Merentang Hos yang
ketiga. (3) Sebagai ketua kumpulan. (4) Menggulung/mengemas hos
yang pertama.
b. Anggota No.2: (1) Membawa, memasang dan mengemas peralatan
pili bomba. (2) Operator
c. Anggota No.3: (1)Merentang hos yang kedua . (2) Membantu No.1
di branch. (3) Menggulung/mengemas hos yang kedua.
d. Anggota No.4: (1)Merentang hos yang ketiga. (2) Bertindak
sebagai pembawa mesej (messenger). (3) Menggulung/mengemas hos yang
ketiga.Mulai Kerja1) Apabila jurulatih memberi hukuman kumpulan
mulai kerja :a. Kumpulan keluar baris dengan No.2 dan No.4
berpusing separuh ke kanan, No.3 dan No.1 berpusing separuh ke
kiri.b. No.2 ambil peralatan pili, buka penutup pili bomba dan
pasangkan standpipe pada pili. Buka penutup standpipe dan buka air
seketika untuk mengeluarkan kotoran yang mungkin terdapat daripada
lubang pili. Tutup air dan sambungkan hos pertama yang diberikan
oleh No.4 ke standpipe.c. No.4 ambil satu gulungan hos, letakkan
male coupling di atas tanah pada jarak lebih kurang meter di
sebelah pili bomba/standpipe. No.2 pijak hos tersebut manakala No.4
terus merentang hos tersebut secara jajar hingga selesai. Kemudian
duduk dalam keadaan melutut dengan menghulur tangan kiri keluar
untuk mengambil male coupling yang dibawa oleh No.3.d. No.3 ambil
satu gulungan hos dan bawa dengan cara yang betul sambil
berlari-lari anak mengikuti No.4 dari belakang. Apabila No.4
bersedia untuk mengambil sambungan hos, No.3 ubah cara kejajar dan
memegang kedua-dua lug dengan male coupling terjuntai ke bawah
supaya memudahkan No.4 mengambil coupling dan membuat sambungan
hos. Anggota No.3 terus merentang hos hingga selesai seterusnya
mengambil kedudukan untuk menyambungkan hos yang dibawa oleh
No.1.e. No.1 membawa hos yang ketiga bersama dengan branchpipe
dengan cara kepitkan branchpipe dicelah ketiak sebelah kiri atau
selitkan pada talipinggang), berlari-lari anak mengikuti belakang
No.3 pada jarak yang sesuai. Apabila No.3 selesai merentangkan hos
dan bersiap sedia, No.1 mengubah kedudukan hos kejajar dengan male
coupling terjuntai ke bawah, No.3 ambil male coupling dan
sambungkan hos. No.1 rentang hos hingga selesai, pasang branchpipe
dan bersedia. No.3 terus lari ke branch dan berada di belakang No.1
diikuti oleh No.4. Anggota No.4 hendaklah menentukan hos tidak
berlipat atau terbelit.
Buka Air
8. Setelah semua hos selesai direntangkan dan semua anggota
berada di kedudukan masing-masing, No.1 akan memberi hukuman Buka
Air kepada No.4 melalui No.3. No.4 lari ke pertengahan rentangan
hos atau dimana dia boleh melihat No.2 seterusnya memberi isyarat
kepada No.2 untuk buka air. No.2 akan membuka air perlahan-lahan.
Setelah air mula mengalir No.4 akan kembali ke branch untuk
membantu No.1 dan No.3.
Catatan: Untuk memudahkan atau menentukan isyarat yang diberikan
diterima dengan baik, seelok-eloknya bahasa isyarat yang diberikan
disertakan dengan bahasa hukuman dan dibalas oleh anggota yang satu
lagi. Semasa kembali untuk membantu No.1 dan no.3, anggota No.4
hendaklah menentukan aliran air berjalan lancar dan sambungan hos
tidak terbelit.Tutup Air / Tutup Air dan Berkemas No. 1 beri
hukuman Tutup Air kepada No.4 melalui No.3. No.4 lari ke
pertengahan rentangan hos atau dimana dia boleh melihat No.2
seterusnya memberi isyarat kepada No.2 untuk tutup air . Anggota
No.2 akan tutup injap pili bomba. Sekiranya mendapat hukuman Tutup
Air dan Berkemas: No.2 akan tutup injap pili bomba, tanggal
sambungan hos yang pertama dan mengemas semua peralatan pili.
Letakkan peralatan di tempat permulaan kawat. No.1 tanggalkan
branchpipe,keluarkan air dari hos yang pertama, gulung dan letakkan
di tempat permulaan kawat. No.3 tanggalkan hos yang kedua,
keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat permulaan kawat. No.4
tanggalkan hos yang ketiga, keluarkan air, gulung dan hantar ke
tempat permulaan kawat. Setelah semuanya selesai No.1 lapur kepada
jurulatih. Gambarajah 3: Kedudukan semasa tutup air dan berkemas
Catatan. Anggota yang tidak mempunyai tugas atau selesai melakukan
tugas boleh membantu anggota yang lain.
AKHIR11. Dengan mengetahui kawat ini akan memudahkan anggota
membuat kawat dan melawan kebakaran dengan lebih berkesan dan
teratur.
KAWAD H2 - MENAMBAH SATU SAMBUNGAN HOS (4 ORANG)OBJEKTIF
Terangkan cara menambah satu sambungan hos. PENDAHULUAN Menambah
atau menyambung hos adalah penting untuk memenuhi keperluan melawan
kebakaran sekiranya kebakaran merebak ke bahagian-bahagian lain
sekiranya rentangan hos yang sedia ada tidak mencukupi.Butir-butir
Permulaan Kawat Kawat ini hendaklah dimulai dengan Kawat H1
sehingga selesai. Peringatan. Melainkan diberi arahan yang lain,
satu hos akan ditambah disambungan yang terakhir diantara hos dan
branch. Harus diingatkan bahawa semasa operasi melawan kebakaran
biasanya hos ditambah dipermulaan coupling di luar bangunan.
Keadaan- keadaan begini mengikut keadaan hos yang telah direntang
seperti dalam Kawat H1.Peralatan Berikut adalah jenis peralatan
yang digunakan dalam Kawat H2:
JENIS PERALATAN JUMLAH Standpipe 01 Hydrant Key dan Bar 01 Hos
Penghantar 04 Branchpipe 01
Bidang Tugas Berikut adalah bidang tugas bagi anggota-anggota
yang melakukan Kawat H2:
a. Anggota No.1:
(1)Membawa branchpipe. (2) Merentang Hos yang ketiga. (3)
Sebagai ketua kumpulan. (4) Menggulung/mengemas hos yang
pertama.
b. Anggota No.2: (1)Membawa, memasang dan mengemas peralatan
pili bomba. (2) Mengemas hos tambahan. (3) Operator.
c. Anggota No.3: (1)Merentang hos yang kedua . (2) Membantu No.1
di branch. (3) Menggulung/mengemas hos yang kedua.
d. Anggota No.4: (1)Merentang hos yang ketiga dan hos tambahan.
(2) Bertindak sebagai pembawa mesej (messenger). (3)
Menggulung/mengemas hos yang ketiga.Mulai Kerja Apabila jurulatih
memberi hukuman Tambah Satu Sambungan Hos:a. No.1 beri arahan
kepada No.4 kembali ke tempat permulaan kawat, ambil satu gulungan
hos dan bawa ke tempat yang hendak dibuat penyambungan dengan
membuat ikatan Half Hitch dibahagian penyambungan atau dipijak oleh
anggota No.3. Anggota No.4 terus merentangkan hos dalam keadaan
separuh bulatan. Seterusnya beri arahan Tutup Air kepada No.2.b.
Setelah No.2 tutup air, No.1 tanggalkan branch dari hos yang ketiga
dan pasangkan pada hos yang baru disambung. No.4 sambungkan hos
yang ketiga dan keempat. Setelah siap beri arahan Buka Air kepada
No.2.c. Setelah No.2 buka air dan No.4 terus pergi ke branch
membantu No.1 dan No.3.
Jika hos ditambah pada pertengahan rentangan:a. No.4 kembali ke
tempat permulaan kawat, ambil satu gulungan hos dan bawa ke tempat
yang hendak dibuat penyambungan dengan membuat ikatan Half Hitch
dibahagian male coupling dan merentangkan hos secara loop. No.4
beri arahan Tutup Air kepada No.2b. Setelah No.2 tutup air, No.4
terus membuka dan menyambungkan hos. Setelah siap beri arahan Buka
Air kepada No.2.c. Setelah No.2 buka air, No.4 terus pergi ke
branch membantu No.1 dan No.3.
Tutup Air / Tutup Air dan Berkemas No. 1 beri hukuman Tutup Air
kepada No.4 melalui No.3. No.4 lari ke pertengahan rentangan hos
atau dimana dia boleh melihat No.2 seterusnya memberi isyarat
kepada No.2 untuk tutup air . Anggota No.2 akan tutup injap pili
bomba. Sekiranya mendapat hukuman Tutup Air dan Berkemas:a. No.2
akan tutup injap pili bomba, tanggal sambungan hos yang pertama dan
mengemas semua peralatan pili. Setelah selesai kemaskan hos
tambahan, keluarkan air, gulung dan letakkan di tempat permulaan
kawat.b. No.1 tanggalkan branchpipe,keluarkan air dari hos yang
pertama, gulung dan letakkan di tempat permulaan kawat.c. No.3
tanggalkan hos yang kedua, keluarkan air, gulung dan hantar ke
tempat permulaan kawat.d. No.4 tanggalkan hos yang ketiga,
keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat permulaan kawat.e.
Setelah semuanya selesai No.1 lapur kepada jurulatih.
Catatan:Anggota yang tidak mempunyai tugas atau selesai melakukan
tugas boleh membantu anggota yang lain.
AKHIR Dengan mengetahui kawat ini akan memudahkan anggota
membuat kawat dan melawan kebakaran dengan lebih berkesan dan
teratur.
KAWAD H3 - MENANGGALKAN SATU SAMBUNGAN HOS (4 ORANG)OBJEKTIF
Terangkan cara menanggalkan satu sambungan hos
penghantar.PENDAHULUAN Kawat ini dijalankan mengikut keadaan hos
yang telah direntangkan seperti Kawat H1. Selain dari hos pecah
atau rosak, sebab-sebab hos ditanggalkan adalah untuk mengurangkan
penggunaan hos yang berlebihan semasa melawan kebakaran supaya
memudahkan pergerakan di kawasan yang sempit.Butir-butir Permulaan
Kawad Kawad ini hendaklah dimulai dengan Kawat H1 sehingga
selesai.Peralatan Berikut adalah jenis peralatan yang digunakan
dalam Kawad H3: JENIS PERALATAN JUMLAH Standpipe 01 Hydrant Key dan
Bar 01 Hos Penghantar 03 Branchpipe 01Bidang Tugas Berikut adalah
bidang tugas bagi anggota-anggota yang melakukan Kawad H3:
a. Anggota No.1:(1) Membawa branchpipe (2) Merentang Hos yang
ketiga (3) Sebagai ketua kumpulan (4) Menggulung/mengemas hos yang
pertama
b. Anggota No.2:(1) Membawa, memasang dan mengemas peralatan
pili bomba (2) Operator
c. Anggota No.3:(1) Merentang hos yang kedua (2) Menanggalkan
sambungan hos (3) Membantu No.1 di branch. (4) Menggulung/mengemas
hos yang kedua
d. Anggota No.4:(1) Merentang hos yang ketiga (2) Bertindak
sebagai pembawa mesej (messenger). (3) Menggulung/mengemas hos
ditanggalkan
Mulai Kerja 7. Apabila jurulatih memberi hukuman Tanggalkan Satu
Sambungan Hos :a. No.1 hantar No.4 untuk memberi arahan Tutup Air,
kepada No.2. Setelah pengaliran air berhenti, No.1 buka branch.b.
No.3 pergi ke sambungan pertama dibelakang branch dan buka
sambungan. No.1 terus pasang branch di tempat baru.c. Setelah siap
No.1 hantar No.4 untuk beri hukuman Buka Air kepada No.2. No.4
terus gulung hos yang ditanggalkan dan letak di tempat permulaan
kawat. Balik ke branch untuk membantu No.1 dan 3.
Tutup Air / Tutup Air dan Berkemas No. 1 beri hukuman Tutup Air
kepada No.4 melalui No.3. No.4 lari ke pertengahan rentangan hos
atau dimana dia boleh melihat No.2 seterusnya memberi isyarat
kepada No.2 untuk tutup air . Anggota No.2 akan tutup injap pili
bomba. Sekiranya mendapat hukuman Tutup Air dan Berkemas:a. No.2
akan tutup injap pili bomba, tanggal sambungan hos yang pertama dan
mengemas semua peralatan pili.b. No.1 tanggalkan
branchpipe,keluarkan air dari hos yang pertama, gulung dan letakkan
di tempat permulaan kawat.c. No.3 tanggalkan hos yang kedua,
keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat permulaan kawat.d. No.4
membantu anggota lain dalam kumpulan.e. Setelah semuanya selesai
No.1 lapur kepada jurulatih.
AKHIR Dengan mengetahui kawat ini akan memudahkan anggota
membuat kawat dan melawan kebakaran dengan lebih berkesan dan
teratur.
KAWAD H4 - MENGGANTIKAN HOS PECAH (4 ORANG)OBJEKTIF Terangkan
cara menggantikan hos pecah semasa menjalankan kawad atau kebakaran
sebenar.PENDAHULUAN Kawad ini dijalankan mengikut keadaan hos yang
telah direntangkan seperti Kawat H1. Selain dari hos pecah atau
rosak, sebab-sebab hos ditanggalkan adalah untuk mengurangkan
penggunaan hos yang berlebihan semasa melawan kebakaran supaya
memudahkan pergerakan di kawasan yang sempit.
Butir-butir Permulaan Kawad4. Kawad ini hendaklah dimulai dengan
Kawat H1 sehingga selesai.Peralatan4. Berikut adalah jenis
peralatan yang digunakan dalam Kawad H4:JENIS PERALATAN JUMLAH
Standpipe 01 Hydrant Key dan Bar 01 Hos Penghantar 04 Branchpipe
01
Bidang Tugas Berikut adalah bidang tugas bagi anggota-anggota
yang melakukan Kawat H4:
a. Anggota No.1:(1) Membawa branchpipe (2) Merentang Hos yang
ketiga (3) Sebagai ketua kumpulan (4) Menggulung/mengemas hos yang
pertama
b. Anggota No.2:(1) Membawa, memasang dan mengemas peralatan
pili bomba (2) Mengemas hos yang pecah. (3) Operator
c. Anggota No.3:(1) Merentang hos yang kedua (2) Membantu No.1
di branch. (3) Membantu No.4 membuka dan menggantikan hos pecah (4)
Menggulung/mengemas hos yang keduad. Anggota No.4:(1) Merentang hos
yang ketiga (2) Bertindak sebagai pembawa mesej (messenger). (3)
Merentang hos untuk menggantikan hos pecah. (4) Bersama No.3
membuka dan menggantikan hos pecah (3) Menggulung/mengemas hos yang
ketiga.
Mulai Kerja Apabila jurulatih memberi hukuman Gantikan Hos Pecah
:a. Atas arahan no.1, No.4 ambil satu hos dan rentangkan disebelah
hos yang pecah. Kemudiannya No.4 memberi hukuman kepada No.2 Tutup
Air.b. Pada masa yang sama No.3 kembali ke hos yang pecah dan
membantu No.4 menggantikan hos yang pecah.c. Setelah siap No.3
kembali ke branch untuk membantu No.1. No.4 terus memberi hukuman
Buka Air kepada No.2. Seterusnya membuat ikatan overhand knot pada
kedua-dua hujung hos yang pecah.
Tutup Air / Tutup Air dan Berkemas 8. No. 1 beri hukuman Tutup
Air kepada No.4 melalui No.3. No.4 lari ke pertengahan rentangan
hos atau dimana dia boleh melihat No.2 seterusnya memberi isyarat
kepada No.2 untuk tutup air . Anggota No.2 akan tutup injap pili
bomba. 9. Sekiranya mendapat hukuman Tutup Air dan Berkemas:a. No.2
akan tutup injap pili bomba, tanggal sambungan hos yang pertama dan
mengemas semua peralatan pili. Buka ikatan Overhand Knot pada hos
yang pecah dan gulung dari male ke female.b. No.1 tanggalkan
branchpipe,keluarkan air dari hos yang pertama, gulung dan letakkan
di tempat permulaan kawat.c. No.3 tanggalkan hos yang kedua,
keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat permulaan kawad.d. No.4
hos yang ketiga, keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat
permulaan kawat.e. Setelah semuanya selesai No.1 lapur kepada
jurulatih.
AKHIR10. Dengan mengetahui kawat ini akan memudahkan anggota
membuat kawat dan melawan kebakaran dengan lebih berkesan dan
teratur.