KAUM MELANAU
PENGENALAN
Kaum melanau merupakan salah satu etnik yang juga dipamerkan di
kampung budaya. Masyarakat Melanau merupakan masyarakat etnik yang
terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan
dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan
adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam
masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai
budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas
terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran,
perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi
sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini.
Selain itu, kaum melanau di kampung budaya ini juga turut
mempamerkan keunikan mereka yang tersendiri contohnya dari aspek
seni bina, pakaian, makanan, seni tarian dan craftangan kaum
melanau. Selain dapat menyaksikan keunikan kaum ini di kampung
budaya, kita juga boleh mempelajari serba sedikit mengenai bahasa
melanau yang sehingga kini masih digunakan oleh kaum mereka.
SENI BINA
Di kampung budaya kita boleh melihat keunikkan struktur binaan
rumah tradisional Melanau yang tinggi dan berbeza dengan struktur
binaan masyarakat pribumi lain di Sarawak. Jika masyarakat Iban
terkenal dengan rumah panjang mereka, masyarakat Melanau pula
terkenal dengan rumah tinggi walaupun ramai dalam kalangan generasi
muda yang tidak berkesempatan untuk tinggal di rumah tradisional
ini. Rumah kaum Melanau ini bukan sahaja boleh dilihat di kampung
budaya, malah masih ada masyarakat yang mahu mengekalkan warisan
mereka ini misalnya di Matu Daro. Matu merupakan daerah dan bandar
kecil di Bahagian Mukah , Sarawak , Malaysia Timur . Sebelum
Bahagian Mukah telah ditubuhkan , Matu adalah dalam Bahagian Sibu .
Terdapat lebih dari 20 buah kampung di daerah ini, dengan Melanau
yang membentuk majoriti penduduk . Cina merupakan penduduk kedua
terbesar selepas Melanau. Bentuk anjung rumah tradisional ini yang
berada di hadapan seperti rumah moden dan hanya berkongsi ruang
tamu di bahagian tengah rumah berbanding dengan rumah panjang
masyarakat Iban atau Bidayuh yang berkongsi ruang tamu di bahagian
depan rumah. Rumah Tradisional Melanau ini juga lebih dikenali
sebagai Rumah Tinggi Melanau.
PAKAIAN
(PAKAIAN LELAKI)
(BAJU BALDU)(BAJU BABAN)
Selain daripada seni bina, kita juga dapat melihat keunikan
pakaian kaum melanau di kampung budaya. Apa yang boleh kita ialah
pakaian tradisional kaum melanau adalah hampir sama dengan pakaian
tradisional kaum melayu. Contohnya seperti pakaian tradisional
lelaki, mereka mengenakan baju sutera hitam, seluar hitam dan juga
mengenakan sampin, pinggang berikat selendang sifon dan berkopiah.
Untuk pakaian wanita pula, misalnya Baju Baldu hitam dengan sarung
songket Brunei tenunan Sarawak, bertali pinggang pending besar,
diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih sanggul. Seterusnya Baju
Baban asalnya adalah pakaian pengantin Melanau. Baju kurung pendek
warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai
selendang merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih
sanggul.
MAKANAN
Seperti kaum melayu, iban dan cina yang terdapat di Kampung
budaya, kaum melanau juga mempunyai makanan tradisional mereka
sendiri. Malah pengunjung yang datang di sana boleh menikmatinya
samada dimakan di sana atau di bawa balik untuk dikongsi dengan
orang lain. Antara makanan tradisional kaum melanau ialah seperti
yang berikut ;
ULAT MULONG
Ulat mulong merupakan makanan eksotik masyarakat kaum melanau.
Ulat tersebut adalah diperolehi daripada pokok sagu atau juga boleh
dikenali sebagai pokok rumbia. Ulat mulong ini dimakan oleh kaum
melanau secara mentah atau juga boleh dimasak dahulu sebelum di
makan.
SAGUSeterusnya ialah sagu, merupakan salah satu makan utama bagi
kaum melanau. Kaum melanau kebanyakkannya memakan sagu ini dengan
pisang. Jika ianya dimakan begitu sahaja rasanya adalah sama
seperti tepung untuk membuat kuih, kek dan sebagainya.
SESAR UNJUR SARAWAKSesar unjur sarawak merupakan makanan yang
bermusim kerana bahan asasnya adalah udang yang turut mempunyai
musim tertentu. Ianya diperbuat dari udang biasa dan dijemur di
atas bara api hingga kering. Semasa proses menyediakannya, tiada
bahan tambahan yang diperlukan. Cara membuatnya adalah mudah, hanya
perlukan udang segar yang dibuang kulit serta disusur menegak baru
di jemur di atas bara api sehingga kering.
LINUT
Linut adalah makanan yang terhasil daripada tepung sagu yang
dimasak dengan sedikit air. Linut biasanya dimakan dengan sambal
belacan, atau secara tradisinya, linut ini juga boleh menggantikan
nasi. Tidak hairanlah masyarakat kaum melanau memakannya dengan
ikan masin dan sebagainya.
SENI TARIANTarian masyarakat melanau amat berlainan dengan
masyarakat lain di Malaysia. Kebanyakan tarian masyarakat melanau
bersifat pemujaan. Mungkin diadaptasi dari tradisi pebayoh bagi
memuja ipok untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Pada zaman dahulu,
tarian ini hanya dilakukan pada masa-masa tertentu sahaja.
Antaranya ialah semasa perayaan Kaul bagi meminta keberkatan dari
ipok agar memurahkan rezeki mereka. Tarian masyarakat melanau juga
berkait dengan tradisi bertani oleh masyarakat melanau. Antaranya
bagi meminta keberkatan untuk menebang mulung atau rumbia yang
menurut kepercayaan masyarakat melanau terdapat penunggu di kelopak
dahan pokok palma ini. Jadi bagi memudahkan proses menebang
terdapat satu tarian yang dilakukan bagi melembutkan hati makluk
halus itu meninggalkan pohon itu dan memberi ruang kepada petani
untuk menebang pokok rumbia itu.
Sebenarnya banyak lagi tarian masyarakat melanau yang kita tidak
ketahui. Mungkin sudah ditelah masa kerana kurangnya penari
tradisional. Mungkin juga golongaan penari pada masa dahulu adalah
golongan elit dan tidak berkongsi bakat mereka dengan orang lain.
Atau mungking kita terpaksa mencodok tarian masyarat lain kerana
kita adalah serumpun.
SENI KRAFTANGAN
Dari segi Kraftangan, masyarakat melanau amat terkenal dengan
terendak seperti yang ditunjukkan dalam gambar tersebut. Kegunaan
terendak tersebut secara tradisional adalah digunakan untuk
masyarakat melanau bertani. Di kampung budaya khususnya, kita juga
boleh belajar cara untuk membuat terendak ini. Tidak kira dari yang
besar mahupun yang bersaiz sederhana atau kecil. Terendak yang
dibuat bersaiz besar biasanya akan digunakan untuk perhiasan
dinding dan yang bersaiz sederhana pula untuk kegunaan masyarakat
melanau pergi bertani atau apabila hendak ke pekan. Di kampung
budaya terdapat juga kraftangan ini yang dibuat bersaiz kecil.
Kegunaan adalah seperti untuk dijadikan key chain, ataupun
perhiasan kereta.