Kata Tugas ( Kata Seru)
KATA SERUPERKARAKETERANGAN
Kata SeruKata seru ialah suatu bentuk kata yang berfungsi untuk
melahirkan pelbagai perasaanyang lahir daripada pertuturan
seseorang. Kata seru ini digunakan dalam ayat seruan bagimelahirkan
perasaan seperti marsh, takut, harapan, rayuan, dan sebagainya.
Antara contohkata seru adalah seperti yang berikut:
aduhamboiciscihcelakaaduhaiwahehwahaisyabasohnahContoh:Aduh,
sakitnya kakiku ini!
Wah, cantiknya bangunan yang tinggi itu!
Wahai anakku, elakkan dirimu daripada najis dadah
Oh, kamu yang mengambil buku latihan saya semalam!
Oh Tuhanku, lindungilah diriku yang hinaini!
Syabas, engkau telah berjaya menamatkan pengajian itu!
Peringatan:-
Tanda koma perlu digunakan selepas kata seru atau perkataanyang
memisahkan ayat kecil dengan ayat besar dan tada seru perlulah ( !
) perlulah digunakan pada akhir ayat seru.
LATIHAN PENGUKUHANA.Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan
kata seru yang sesuai.
1____________________tingginya bangunan-bangunan di ibu
kota!2____________________berani kamu mencabar
aku!3____________________anakku, belajarlah dengan tekun agar
engkau berjaya!4____________________kamu boleh berada di sini lebih
awal daripada saya!
5____________________cantiknya baju kebaya yang dipakainya
itu!B.Pilih jawapan yang sesuai untuk diisikan ke tempat kosong
dalam ayat-ayat di bawah ini.
1
2
............................,tidak sangka dia boleh mengarang
begitu baik!
AEhCWah
BOhDWahai
..........................,sakitnya hati mendengar kata-kata
lelaki itu!
AOhCAduhai
BAduhDAmboi6
7
...................................,rasakan tikaman kerisku
ini!
A.CisCOh
BNahDAduh
............................., cantik sungguh lukisan kamu
ini!
AWasCWahai
BCisDEh
3
4
5.........................., berani kamu masuk ke kawasan
kami!
AOhCHai
BEhDCis
........................., saya tidak menyangka dia sanggup
mempermainkan saya!
AOhCEh
BSyabasDAduhai
........................, memang kamu tidak layak menyertai
kumpulan ini!
AAhCOh
CWahDNah8
9
10
............................, aku tetap tidak bersetuju dengan
cadangan kamu itu!
AAduhaiCAmboi
BAduhDCis
.........................., lama tidak dengar cerita, tiba-tiba
sahaja sudah beranak tiga!
ASyabasCEh
BNahD Oh
........................., semua penduduk kampung, marilah kita
bangkit menentang penjajah durjana!
AWahaiCAduh
BWahDAh
Kata Tugas ( Kata Penguat)KATA PENGUATPERKARAKETERANGAN
Kata PenguatKata penguat ialah kata yang digunakan untuk
menguatkan maksud bagi sesuatu kataadjektif. Kata penguat ini jugs
disebut kata digri dan umumnya hadir bersama-sama kataadjektif atau
kata kerja yang membawa maksud kata adjektif
sepertimemberangsangkan, memilukan, membosankan,dan sebagainya
Secara umumnya kata penguat/kata digri terdiri daripada tiga
jenis, iaitu:
Kata Penguat
1)Kata Penguat Belakang2.Kata Penguat Hadapan3. Kata Penguat
Bebas
PERKARAKETERANGAN
Kata Penguat HadapanKata penguat hadapan ialah kata yang
letaknya hanya sebelum kata adjektif. Kata-kata initidak boleh
hadir selepas kata-adjektif. Kata-kata tersebut ialah:-
agakpalingterlaluContoh:1Harga kereta keluaran terbaharu
ituagakmahal.
2Gunung yangpalingtinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu.
3Harga barang di pasar rays ituterlalumahal.
Kata Penguat BelakangKata penguat belakang ialah kata yang
letaknya selepas kata adjektif atau kata kerja yangberunsur
adjektif. Kata-kata ini hanya hadir selepas kata adjektif dan tidak
boleh hadir
benarbetulniansekaliContoh:1Barang-barang di kedai runcit itu
mahalbetul.2Para pelajar yang menyertai seminar itu
rajinbenar.3Pemandangan di tepi pantai di Pulau Tioman
indahnian.4Baginda disukai oleh rakyat kerana bertindak dengan
adilsekali.
Kata Penguat BebasKata penguat bebas ialah kata penguat yang
boleh hadir secara bebas sama ada di hadapanatau di belakang kata
adjektif. Kata-kata adjektif tersebut ialah:
amatsangatsungguhContoh:1.(a)Budak lelaki itu amat tinggi.
(b)Budak lelaki itu tinggi amat.
2.(a)Penduduk-penduduk di kampung amat rajin.
(b)Penduduk-penduduk di kampung rajin amat.
3.(a)Masakan ibu kamu sungguh lazat.
(b)Masakan ibu kamu lazat sungguh.
Penerangan tentang kata penguat telah dijelaskan dalam kata
adjektif sebelum ini.
LATIHAN PENGUKUHANA.Tuliskankata penguat yang betul pada tempat
yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah ini1Harga barang-barang di
pasar basah itu mahal.
2Suara penyanyi itu lantang.
3Makanan yang dijual di kantin sekolah lazat.
4Pelajar yang pintar itu selalu mendapat markah tinggi dalam
kelas karni.
5Negeri yang besar di Malaysia ialah negeri Sarawak.
6Tebing sungai itu curam.
7Cuaca di negara itu panas.
8Perangai budak itu luar biasa.
9Angin yang bertiup pada petang itu nyaman.
10Ayah letih setelah sehari suntuk bekerja di sawah.
Kata Tugas (Pemeri)
1.4.8 KATA PEMERIPERKARAKETERANGAN
Kata PemeriKata pemeri merupakan unsur yang menjadi pemeri hal
atau penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam
predikat. Pemerihalan ini dapat dilakukan melalui dua cara iaitu
dengan menggunakan kata pemeri, iaitu:-
i) Ialah ii) adalah
Dalam bahasa Melayu, penggunaan kata pemeri tidak begitu
digalakkan. Namun, jika digunakan maka pastikan penggunaannya
adalah betul.
IalahDigunakan di hadapan frasa nama
Contoh:Guru yang mengajar kami ituialahlulusan Universiti
Malaya.(lulusan Universiti Malaya = frasa nama)
AdalahDigunakan di hadapan frasa sendi dan frasa adjektif.
(sebelum frasa sendi dan frasa adjektif)Contoh:Hadiah yang dibeli
ituadalahuntuk kamu.
(untuk kamu = frasa sendi)
Semua khabar angin ituadalahpalsu. (palsu = frasa adjektif)
Peringatan:-
1. Kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi.
Contoh:-
Hadiah itu adalah bukan untuk kamu. ( Salah )
Hadiah ini bukan untuk kamu. ( Betul )
2. Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan kata kerja atau
frasa kerja, baik dalam bentuk
aktif atau pasif.
Contoh:-
Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum dibatalkan.
(Salah)
( dimaklumkan bahawa ..........frasa kerja pasif)
Tetapi:-
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa........... (Betul)
Dengan ini dimaklumkan bahawa ......................( Betul)
Para pelajar dimaklumkan bahawa ................... ( Betul)
LATIHAN PENGUKUHANA Isi tempat-tempat kosong pada ayat-ayat di
bawah dengan kata pemeri yang betul.1
Bersenam___________________aktiviti yang baik dan perlu diamalkan
setiap hari.2 Baginda___________________sultan yang amat disenangi
oleh rakyat.
3 Lelaki yang menjadi saksi itu mengaku bahawa segala keterangan
yang diberinya
dimahkamah benar belaka.4 Pendapat para panel forum
itu_____________________ bernas dan tepat belaka.5 Pelbagai projek
pembangunan dilaksanakan________________________ untuk kebaikan
rakyat.6 Gunung yang tertinggi di negara ini_______________________
Gunung Kinabalu.7 Hadiah yang dibeli ibu
itu____________________untuk adik. 8 Jamuan tersebut diadakan khas
________________________ bagi meraikan sumbangan beliau terhadap
negara ini.9 Arahan itu________________________ untuk
mengemaskinikan peraturan yang telah sedia
ada.10 Minuman yang barn diperkenalkan oleh syarikat itu baik
untukkesihatan
terutama bagi golongan tua.
B Tuliskan kata pemeri yang sesuai pada tempat-tempat yang
sesuai dalam ayat-ayatyang berikut.1 Alor Setar ibu negeri bagi
Kedah Darul Aman.
2 Jumlah harga bagi barang yang saya beli tadi seratus
ringgit.
3 Amir seorang pelajar yang pendiam tetapi baik hati.
4 Bersatu Menuju Wawasan tema hari kebangsaan negara kita.
5 Bahasa yang dituturkan oleh penduduk kampung itu, manis
sekali.
6 Kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan untuk meningkatkan
kualiti hidup penduduk di kawasan pedalaman.
7 Tanah yang sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian tanah
gambut.
8 Sikap tolong-menolong sesama pelajar suatu amalan yang perlu
dipupuk dalamkalangan pelajar pada setiap masa.
9 Dadah musuh utama negara dan perlulah dibanteras dengan
bersungguh-sungguh. 10 Lebih baik kamu membaca buku daripada
berbual kosong di dalam kelas.Kata Tugas ( Kata Nafi dan Kata
Penegas)
Kata NafiPERKARAKETERANGAN
Kata NafiKata nafi ialah kata yang digunakan untuk menafikan
atau menidakkan sesuatu frasapredikat, iaitu frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi. Terdapat dua bentuk kata
nafi, iaitu:
i)Bukanii)Tidak
BukanDigunakan untuk menafikan unsurfrasa namadanfrasa sendinama
bagi predikat dalam sesuatu ayat.
Contoh:Budak kecil itubukanadik saya.
(adik saya = frasa nama)
Hadiah yang saya beliinibukanuntuk kamu.
(untuk kamu = frasa sendi)
TidakDigunakan untuk menafikan unsur frasa kerja dan frasa
adjektif bagi predikat dalam sesuatuayat.
Contoh:Ayahtidakpergi ke pejabat kerana keretanya rosak.
(pergi ke pejabat = frasa kerja)
Baju yang dibelinyatidakcantik walaupun mahal harganya.
(cantik = frasa adjektif)
Peringatan:-
Kata nafitidakperlu digunakan bagi frasa sendi yang membawa
maksud kata kerja ataufrasa kerja.
Contoh:Ayahtidakke pejabat kerana keretanya rosak.
(ke pejabat frasa sendi tetapi membawa maksud kata kerjapergike
pejabatyangmengalami pengguguran)
Ayahbukanke pejabat kerana keretanya rosak. (salah)
Walau bagaimanapun, kata nafitidakyang hadir untuk menafikan
frasa adjektif dan frasakerja perlulah digantikan dengan kata
nafibukansekiranya kedua-dua frasa itu mendukungmaksud pertentangan
maklumat yang biasanya ditandai dengan
katatetapi.Contoh:Ayahbukanpergi ke pejabat tetapi ke
pasar.(betul)
Ayahtidakpergi ke pejabat tetapi ke pasar.(salah)
Budak baharu itubukanpandai tetapi sangat rajin.(betul)
Budak baharu itutidakpandai tetapi sangat rajin.(salah)
TidakKeterangan
Terdapat beberapa ungkapan umum yang digunakan dalam percakapan
yang menggunakankata nafitidaktetapi disingkatkan menjaditak.Antara
Contoh ungkapan tersebut ialah:
acuh tak acuhbena tak benaendah tak endah
LATIHAN PENGUKUHANA.Tandakan sama ada betul ( _/ )atau salah (
X) bagi kata nafi yang digunakan pada ayat-ayat di bawah.
1Novel terbarunya itu bukan sesuai untuk dibaca oleh para
pelajar keranadipenuhidengan kata-kata kesat.
2Abang tidak pergi ke pejabat pada hari ini tetapi ke pekan
untuk berbelanja.
3Emak tidak balik ke kampung kerana tiada cuti
.KATA PENEGASPERKARAKETERANGAN
Kata PenegasKata penegas disebutkan juga sebagai partikel atau
kata penyerta iaitu sejumlah perkataan yang memberikan penekanan
pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata
penegas, iaitu:-
i) Kata penegas yang menegaskan hanya frasa prediket atau
bahagiannya yang mengalamiproses penyongsangan ayat. Contohnya-kah,
-tah, dan-lah.
ii)Kata penegas yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu
frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa prediket atau
bahagiannya. Contohnya juga, jua, pun,
sahaja, lagi, dan memang.
Kata Penegas kah, -tah, dan lah.contoh:-
1. a)Siapakah majikan kamu itu ?( Betul Ayat tanya songsang
)
b)Majikan kamu itu siapakah ?( Salah Ayat tanya biasa )
2. a)Pernah datangkah dia?( Betul- Ayat tanya songsang)
b)Dia pernah datangkah?(Salah- Ayat tanya biasa)
3. a)Apatah daya kita?(Betul- Ayat tanya songsang)
b)Daya kita apatah?(Salah- Ayat tanya biasa )
4. a)Orang itulah bapa saya.(Betul- Ayat songsang)
b)Bapa saya orang itulah.(Salah- Ayatbiasa)
Kedudukan kata penegas dalam ayat (b) di atas menyalahi hukum
tatabahasa, kerana kata penegas kah, -tah, dan tah perlu hadir
dalam ayat songsang.
Cuma:-
Kata penegas tah Cuma menegaskan ayat tanya yang tidak
mengharapkan jawapan tetapi bermotifkan rungutan atau monolog.
Sedangkan kata penegas lah digunakan untuk menegaskan maksud
ayat penyata yang mengalami penyongsangan dan melambutkan ayat
perintah.
PERKARAKETERANGAN
Kata Penegaspun, jua, -nya, juga, sahaja, lagi, hanya, dan
memang.Kata penegas ini bebas dan boleh hadir pada mana-mana
bahagian dalam ayat mengikut kesesuaiannya, sama ada dalam subjek
atau prediket:-
AYAT
SUBJEK
PREDIKET
1.Hanyadia
2.Memangwanita itu
3.Budak-budak itu
4.Barang itu
5.Kamujuga6.Encik Abupun7.Mereka
8.Mereka
9.Ketua saya yang tegas itu
10.Rombongan pengantin lelaki
sahabat karib saya.
bakal isteri saya.
memangsuka akan permainan itu.
hanyaboleh di beli di kedai.
ingin ke pekan.
datang.
membelijugabarang itu.
adapundi sini.
datangjugake majlis.
belum tibalagi.
Peringatan:-
Kata penegas hanya dan sahaja tidak boleh digunakan secara
serentak dalam sesuatu ayat kerana membawa maksud yang sama dan
dianggap sebagai pengulangan.
Contoh:-
Hanya Zamani sahaja yang mendapat markah penuh dalam ujian itu.
( Salah)
Hanya Zamanilah yang mendapat markah penuh dalam ujian itu. (
Betul)
Zamani sahajalah yang mendapat markah penuh dalam ujian itu. (
Betul)
LATIHAN PENGUKUHANA.Tuliskan kata penegas yang sesuai pada
perkataan-perkataan yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah.
1Mari kita pergi sekarang untuk berjumpa dengannya.2Kereta ini
kepunyaan saya. Kereta itu kepunyaan saya.3Bukan rumah itu
kepunyaan wakil rakyat kawasan ini?4Jemput makan dan jangan
malu-malu.5Datang beramai-ramai ke majlis jualan murah kami.6Minggu
lalu dia tidak datang. Minggu ini dia tidak datang.7Bila abang kamu
akan pulang ke tanah air?8Dia yang banyak menyelesaikan masalah
saya tempoh hari.9Tuntut ilmu selagi kamu mampu berbuat
demikian.10Walau dia kaya namun dia tidak pernah sombong dengan
kami.11Binatang sayang akan anak-anaknya seperti manusia.12Pelajar
ini telah mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke luar
negara.13Kamu dapat melakukannya jika kamu berusaha dengan
bersungguh-sungguh.14Bila bas ini akan bertolak, sedangkan hari
sudah lewat.15 Oh Tuhanku, apa dayaku untuk menyelesaikanmasalah
yang berat ini!Kata Tugas ( Kata Bantu dan Kata Arah)
KATA ARAHPERKARAKETERANGAN
Kata ArahKata arah merupakan perkataan yang hadir sebelum frasa
nama dan lazimnya hadir sesudahkata sendi nama. Kata arah berfungsi
untuk menunjukkan arah. Antara beberapa contoh kataarah ialah:
antarahujungsekelilingsisiataskanantengahsudutbawahkiritepisampingbelakangluartimurbaratdalamsebalikutaraselatanhadapansebelahpangkaldasarPeringatan:-Peringatan:Terdapat
beberapa patah kata arah, iaitu antara dan dalam yang turut
berfungsi sebagaikata sendi. Sebagai kata sendi, kedua-dua kata ini
hadir di hadapan kata nama atau frasa nama dan mempunyai pengertian
yang berbeza daripada kata arah, iaitu yang bermaksud tempat yang
mempunyai jarak atau ruang. Oleh itu, elakkan daripada membuat
kesalahan dalam penggunaannya.
Contoh:Terdapat sebuah buku rujukandi dalambeg itu.(kata
arah)
Dalamkejadian itu, seorang penumpang terbunuh.(kata sendi)
Saya menyimpan barang itudi dalamkotak. (kata arah)
Jika mahu berjayadalampelajaran, kita haruslah berusahadengan
bersungguh-sungguh.(kata sendi)
Jarakdi antarasekolah saya ke pejabat pos ialah tiga kilometer.
(kata arah)
Mereka selalu berbincangantarasatu sama lain.(kata sendi)
Diatasmejaitu terdapat sebuah buku.(kata arah)
KATA BANTUPERKARAKETERANGAN
Kata BantuKata bantu ialah kata yang bertugas untuk membantu
frasa kerja, frasa adjektif, dan frasasendi nama yang bermaksud
sebagai kata kerja untuk menimbulkan makna-makna tambahandari segi
masa atau ragam. Terdapat dues jenis kata bantu, iaitu:-i)Kata
bantu aspekii)Kata bantu ragam
Kata Bantu AspekKata bantu aspek merupakan kata bantu yang
menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masasesuatu kata kerja
dilakukan samaada belum berlaku,sedang berlakuatausudah
berlaku.Antara kata bantu ialah:-sudah dilakukansudah, telah,
pernahsedang dilakukansedang, masihakan dilakukanbelum,
akanContoh:-1Bas yang ditunggu itu relah tiba.
2Saya pernah ke pulau itu tahun talu.
3Saya sudah menyiapkan kerja yang diberikan oleh cikgu itu.
4Kami sedang merancang langkah untuk menyelesaikan masalah
tersebut
5Peristiwa ngeri itu masih segar dalam ingatan saya
6Kami belum bercadang untuk mclawat tempat itu.
7Kami akan ke sana jika diberi peluang.
Terdapat juga keadaan yang membolehkan kata bantu aspek tertentu
yang hadir bersama-sama dalam sesuatu ayat. Antara contoh kata
bantu aspek tersebut ialah:
belumpernahsudahpernahmasihbelum
telahpernahmasihsedang
Contoh penggunaan kata bantu aspek berpasangan:
1Kamibelum pernahdidenda seperti ini.
2Sayasudah pernahmenghadiri majlis sedemikian.
3Perbincangan itumasih belummencapai sebarang keputusan.
4Kerajaanmasih sedangmencari jalan untuk membebaskan pars
tebusan itu.
5Kamitelah pernahberunding dengan beliau bagi mengatasi masalah
itu.
Kata Bantu RagamKata bantu ragam ialah kata yang menerangkan
ragam perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan
seperti:-
hendakmahuharusmestibolehdapatContoh penggunaan kata bantu ragam
dalam ayat ialah:
1Emak dan ayahhendakke pejabat.
2Adik bongsu sayamahubersekolah di sekolah ini nanti.
3Jika kamu tekun, kamu pastidapatmenyelesaikan masalah
tersebut.
4Jika tidak hujan, merekamestiakan datang.
5Kamubolehduduk jika menyiapkan semua kerja tersebut.
6Kitaharusmencuba sebelum menyerah kalah.
Kata Bantu RagamPeringatan:Kata bantu ragambolehdandapatperlulah
digunakan dengan berhati-hati kerana keduaduanya mempunyai maksud
yang berbeza.
Bolehdigunakan untuk maksud yang berkaitan dengan keizinan.
Dapatdigunakan untuk maksud yang berkaitan dengan keupayaan atau
kemampuan.
Contoh:1Mereka yang berumur di bawah 18 tahun
tidakbolehmenyertainya.
2Kamubolehmasuk selepas mendapat kebenaran secara bertulis
daripada Pengetua.
3Walaupun soalan itu susah, namun sayadapatmenjawabnya.
4Kotak itu tidakdapatdiangkat olehnya.
LATIHAN PENGUKUHANPilih kata bantu yang sesuai untuk
melengkapkan ayat-ayat di bawah ini.1Negara kita (pemah, sedang)
menuju ke status negara maju menjelang 2020.
2Adik saya (masih, sedang) kecil dan (masih, belum)
bersekolah.
3Barang-barang yang dijual di situ (telah, masih) habis.
4Ayah berharap agar kamu (akan, telah) lulus dalam ujian itu
nanti.
5Malaysia (pemah, akan) dijajah oleh beberapa kuasa asing.
6Lampu di dalam dewan itu (telah, masih) dipadam olehnya.
7Ibunya (akan, telah) berlepas ke luar negara pada hujung minggu
ini.
8Walaupun sudah tua, penglihatan datuk (masih, telah) baik.
9Kami (masih, pemah) menolongnya menyelesaikan masalah
keluarganya dahulu.
10Walaupun (akan, belum) bersekolah, adik sudah pandai membaca
buku cerita.
11Kebanyakan pelajar tidak (dapat, boleh) menjawab soalan itu
kerana terlalu sukar.
12Pelajar yang sudah menghantar buku latihan ( dapat, boleh )
duduk sekarang.
13Kamu (mesti, boleh) makan ubat ini jika mendapat kebenaran
daripada doktor.
14Kita (harus, dapat) menolong orang lain yang berada dalam
kesusahan.
15 Jika saya mempunyai wang sudah tentu says juga (dapat, boleh)
membeli peralatan itu.B.Tulis ayat-ayat di bawah ini semula dengan
menggunakan kata bantu yang diberikan di tempat yang betul.
1Dia belajar untuk hidup bermasyarakat. (mahu)
2Semua pelajar menyerahkan laporan kemajuan pads minggu hadapan.
(mesti)
3Bayi itu walaupun sudah berusia dua tahun namun dia dapat
berjalan. (masih belum)4Nenek tidak makan bush jambe bate itu
kerana tiada gigi. (dapat)
5Kamu membantu orang itu bagi meringankan masalahnya.
(harus)
6Ayah saya menjadi Pengetua di sekolah itu. (pernah)
7Orang yang merokok pasti menerima kesan buruk daripada
perbuatannya. (akan)
8Encik Ghani menonton filem bersama dengan keluarganya.
(sedang)
9Kebanyakan pelajar membeli buku itu dari kedai koperasi
sekolah. (telah)
10 Zalina tidak pergi ke sekolah kerana ketinggalan bas sekolah.
(dapat)Kata Tugas (Kata Hubung)
KATA HUBUNGPerkaraKeterangan
Kata HubungKata hubung merupakan perkataan yang bertugas untuk
menghubungkan dua binaan ayatatau lebih untuk menjadi satu bentuk
ayat majmuk. Kata hubung terbahagi
tiga:-
a) kata hubung gabungan.
b) kata hubung pancangan.
c) Kata hubungan berpasangan.
PerkaraKeterangan
Kata hubung gabunganKata hubung gabungan ialah jenis kata yang
menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat
yang terbentuk daripada kata hubung gabungan ialah ayat majmuk
gabungan
Contoh kata hubung
gabungandanmalahansambilataukemudiantetapisertalalu
PerkaraKeterangan
Kata hubung pancanganKata hubung pancangan ialah jenis kata yang
menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa
utama atau induk. Kata hubungan jenis ini terbahagi kepada tiga
iaitu:-
a) Kata hubungan pancangan relatif.
b) Kata hubungan pancangan kompleman.
c) Kata hubungan pancangan keterangan.
1.4.2.2. (a)Kata hubung pancangan relatif
Kata hubungan pancangan relatif ialah perkataan yang berfungsi
menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain.Kata
hubung relatif ialah yang
ContohContoh ayat:-a) Budak yang membaca itu adik saya.b) Buku
yang dibeli oleh Ahmad itu buku sejarah.c) Mereka menonton drama
yang disukai ramai.d)Jefri membeli novel Samad Said yang baru
dipasarkan
Huraian tentang fungsi kata hubung pancangan relatif:-a) Budak
membaca itu ( klausa kecil ) + Budak itu adik saya ( Klausa induk)
Kata hubung pancangan relatif yangb) Buku yang dibeli Ahmad itu (
klausa kecil ) Kata hubung pancangan Buku itu buku sejarah ( klausa
besar ) relatif yang'
1.4.2.2 (b)Kata hubung pancangan komplemanKata hubung pancangan
komplemen(KHPK) berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi
komplemen atau pelengkap klausa utama.Tiga kata hubung pancangan
kompleman i) bahawa ii) supaya
Contoha) Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.b)
Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad saudagar besar.c) Kami sedar
bahawa mereka bukan ahli persatuan.d) Basri pulang ke kampungnya
untuk menziarahi nenek.e) Untuk memaksa dia hadir adalah tidak
wajar.f)Ketua Jabatan mencadangkan supaya permohonan itu
diterima.
Huraian tentang fungsi kata hubungan pancangan kompleman:-
a) Ayat pertama:-
i) Guru itu menyatakan ( klausa kecil tidak boleh berdiri
sendiri) KHPK bahawa
ii) Muridnya sangat rajin ( klausa induk boleh berdiri
sendiri)
2. Ketua Jabatan mencadangkan. ( klausa kecil) KHPK Supaya
Permohonan itu diterima ( Klausa induk)Jelasnya, fungsi kata
hubungan pancangan kompleman bahawa dan supaya memancangkan klausa
kecil kepada klausa utama untuk menjadi ayat yang lengkap.
Kata hubung pancangan keteranganKata hubung pancangan keterangan
berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa
utama.Kata hubung pancangan keterangan adalah
seperti:-keranasungguhpunwalaupunkalausementarakendatipunagarketikasemogasekiranyaandai
katajikasetelahhinggajikalausupayatatkalasemasameskipunsewaktu
contohContoh penggunaan:-a) Pegawai itu sering dipuji kerana
rajin bekerja.b) Pertunjukkan itu ditangguhkan sekiranya tiada
sambutan.c) Kalau musuh menyerang, kami akan melawan.d) Ia bersorak
terlalu kuat hingga serak suaranya.e) Sementara menanti padi masak,
petani itu menanam jagung.f) Pencuri itu memasuki rumah itu ketika
penghuninya sedang tidur.g) Walaupun kurang sihat, dia tetap
menghadiri majlis usrah itu.h) Pertahanan negara perlu diperkuat
agar keamanan sentisa terjamin.i) Orang tua itu berdoa semoga
keluarganya sentiasa sihat.j) Kami akan merayu anda kata permohonan
itu ditolak.Huraian fungsi kata hubung pancangan keterangan:-Kata
hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa yang menjadi
keterangan utama seperti:-1)Pegawai itu sering dipujikerana rajin
bekerja. pegawai itu sering dipuji ( klausa induk boleh berdiri
sendiri ) rajin bekerja ( klausa keterangan klausa kecil )
dihubungkan dengan klausa utama menggunakan kata hubung keterangan
kerana.2.Pertunjukkan itu ditangguhkan sekiranyatiada
sambutanPertunjukkan itu ditangguhkan ( klausa induk boleh berdiri
sendiri)tiada sambutan (klausa keterangan- klausa kecil )
dihubungkan dengan klausa utama menggunakan kata hubung keterangan
sekiranya.
Kata hubung pancangan berpasangan.Kata hubung berpasangan
digunakan secara berpasangan untuk menghubungkan dua ayatuntuk
membentuk ayat majmuk.kata hubung berpasangan tersebut
seperti:-bukan sahaja bahkan jugasama ada ataudaripada lebih
baikbaik mahupunbukan saja tetapi jugabagaimana begitu jugaentah
entahkian kianmakin makinsemakin semakinsedangkan inikan
pulajangankan pun
contohContoh ayat:-a) Daripada berbual kosong, lebih baik aku
mengulang kaji pelajaran.b) Baik Dollah mahupun Ramu, kedua-duanya
berjaya melayakkan ke perlawanan akhir.c) Sungguhpun dia daripada
keluarga miskin, namun dia tidak pernah mengharapkan bantuan
daripada kawan-kawannyad) Berita itu entah betul entah
tidak.Peringatan:Beberapa pasang kata hubung, iaitu
kian.............. kian,
makin...............makin,dansemakin............semakintidak boleh
ditulis sembarangan walaupun ketiga-tiganyamembawa maksud yang
sama. Pasangan kata-kata tersebut tidak boleh ditukar menjadi
seperti yang berikut:
makin ... kian kian ... semakin kian ... makin
semakin... makin semakin ... kian makin ... semakin
Pasangan kata hubung tersebut dianggap salah dalam tatabahasa
bahasa Melayu.
Kata Tugas (Kata Tanya) KATA TANYA
PERKARAKETERANGAN
Kata TanyaKata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk
menanyakan sesuatu. Kata tanya hadirdalam sesuatu ayat tanya
sebagai sebahagian daripada predikat dan tidak boleh hadir dalam
bentuk subjek.
Terbahagi kepada 2:-
(a) Kata gantiTanya:-
(b) Kata keterangan tanya
digunakan bukan untuk menggantikan kata nama.
Contoh kata keterangan tanya ialahmengapa,
bila,danbagaimana.
Kata Ganti TanyaDigunakan untuk menggantikan kata nama atau
frasa nama meliputi manusia,binatang, benda, tempat dan
bilangan.
Contoh kata ganti tanya ialahapa, berapa, mana,dansiapa.
apaKata ganti tanya apa digunakan untuk menanyakan narna benda
atau binatang. Contoh:
Nama binatang kesayangan kamuapa?(binatang)
Barang yang berbungkus ituapa?(benda)
Peringatan:-
Kata Tanyatidak boleh digunakan untuk menanya manusia.
Contoh:
Nama kamu apa?(manusia)(salah)
Namakamusiapa?(manusia) (betul)
Kata tanya apa juga tidak boleh disamakan penggunaannya dengan
kata ganti nama taktentu apa-apa.
Contoh:Kucing peliharaan kamu itu bernamaapa-apa?(salah)
Kucing peliharaan kamu itu bernamaapa?(betul)
berapaKata ganti tanya berapa digunakan untuk menanyakan
bilangan atau jumlah, baik untuk manusia, binatang,benda mahupun
tempat.
Contoh:Harga kereta baharu ituberapa?Pelajar di sekolah
ituberapaorang?
Untuk menginap di sana kits memerlukanberapabilik?
Kucing peliharaan kamuberapaekor?
Peringatan:-
Kata tanyaberapatidak boleh digantikan dengan kata bilangan
tidak tentubeberapa.Contoh:Kamu tinggal disana
selamabeberapahari?(salah)
Kamu tinggal disana selama,berapahari?(betul)
siapaKata ganti tanya siapadigunakan hanya untuk menanyakan
manusiaContoh:-Budak yang berbaju biru itusiapa?Nama
kamusiapa?Peringatan:-Katatanya siapa tidak boleh digantikan dengan
kata ganti nama tidak tentusesiapa(siapa-siapa).
Contoh:Kereta yang berwarna merah itu
kepunyaansesiapa?(salah)
Kereta yang berwarna merah itu kepunyaansiapa?(betul)
manaKata ganti tanya manadigunakan untuk menanyakan manusia,
binatang, benda, dan tempat.Contoh:-Budak yang berdiri di sini
tadimana?(manusia)
Anjing garang kepunyan Ah Hongmana?( binatang)
Kereta Proton Saga ayahmana?(benda)
Penari-penari itu darimana?(tempat)
Peringatan:-
Kata tanya manatidak boleh digunakan sebagai kata hubung atau
kata sendi.Contoh:Dalam kemalangan itu dua orang terbunuhdi
manasalah seorang daripadanya pendatang tanpa izin dari Indonesia.
(salah)
Dalam kemalangan itu dua orang terbunuhdansalah seorang
daripadanya pendatang tanpa izin dari Indonesia.(betul)
bagaimanaKata ganti bagaimana menanyakan cara dan
keadaancontoh:-Contoh:Kamu pergi ke sekolah setiap hari,bagaimana?(
cara )Keadaan ibu kamubagaimana?( keadaan )Peringatan:-Kata
tanyabagaimanatidak boleh digunakan sebagai kata hubung atau kata
sendi.Contoh:
Saya tidak tahubagaimanamenyelesaikan masalah ini. (salah)Saya
tidak tahu caramenyelesaikan masalah ini.(betul)
bilaKata ganti biladigunakan untuk menanyakan masa
contoh:-
Sejak belakangan ini kamu marah-marah
sahaja,mengapa?Peringatan:-
Sekiranya kata tanya dalam sesuatu ayat dikedepankan akibat
penyongsanganmaka kehadirannya dalam penulisan hendaklah disertai
dengan partikal - kahContoh:
Nama kamu siapa?
Siapakah nama kamu?
Kamu tinggal di mana?
Di manakah kamu tinggal?
Kamumarah-marahsahajamengapa?Mengapakahkamumarah-marahsahaja?
Kata Tugas ( Kata Sendi ) KATA TUGASPerkaraKeterangan
Kata TugasKata tugas merupakan kata yang tidak dapat berdiri
sendiri tanpa mendapat bantuan daripada kata-kata lain. Pembahagian
kata tugas bergantung pada tugas sesuatu kata itu dalam sesuatu
ayat. Umumnya kata tugas dapat dibahagikan kepada sepuluh jenis
seperti yang disenaraikan di bawah.
Jenis Kata Tugas1. Kata Sendi Nama
2. Kata Hubung
3. Kata Tanya
4. Kata Seru
5. Kata Arah
5. Kata Bantu
6. Kata Nafi
7. Kata Penegas
8. Kata Pemeri
9. Kata Penguat
Kata TugasKeterangan
Kata Sendi NamaKata sendi bertugas sebagai sendi yang
merangkaikan frasa nama dengan kata-kata atau frasa-frasa lain
dalam sesuatu ayat dan hadir di hadapan farasa nama. Antara
kata-kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu
ialah:-
Kata-kata Sendi NamaKata-kata sendi nama yang terdapat dalam
bahasa Melayu:-
di
ke
dari
daripada
pada
kepada
bagi
demi
tentang
seperti
bagai
umpama
sejak
terhadap
akan
oleh
hingga
sampai
antara
untuk
dengan
dalam
Panduan atau fungsi kata sendi di atas dalam bahasa Melayu:-Kata
SendiFungsinya
diDigunakankhusus di hadapan kata nama atau frasa nama untuk
menunjukkan tempatdanditulis terpisahdengan kata nama yang
mengikutinya.
ContohContoh kesalahan
a) Saya tinggal diKedah. ( Kedah merupakan kata nama khas
menunjukkan tempat)
b) Disinilah kejadian rompakan itu berlaku. ( Sini merupakan
kata tunjuk tempat)
Peringatan:- Kata sendi di tidak boleh digunakan sebelum kata
nama yang menerangkan waktu, masa, atau zaman.a) Di zaman kerajaan
Melayu Melaka, pelabuhan sibuk dengan pedagang yang datang
dari seluruh dunia.
b) Di masa itu saya sedang berjalan pulang dari sekolah.
Kata SendiFungsinya
keDigunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang
menunjukkan tempat atau arah yang ditujukan dan di hadapan kata
nama yang menunjukkan waktu. Kata sendi ini dieja sebagai satu kata
yang terpisah daripada kata nama yang mengikutinya.
Contoh
a) Ayah akan ke Kuala Lumpur esok. (arah/tempat)
b) Pihak polis mengadakan pepemriksaan dari semasa ke semasa.
(masa)
Peringatan:-Kata sendi tidak boleh digunakan di hadapan kata
nama yang menunjukkan manusia atau binatang.
1.4.1.3Kata SendiFungsinya
dariKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama arah, tempat, atau masa
Contoh
a) Lori itu datang dari arah selatan (arah) A
b) Ayah saya berasal dari Sabah (tempat) T
c) Setiap hari dia membaca buku dari jam lapan malam. (masa)
M
Peringatan:-Terdapat beberapa pengecualian dalam penggunaan kata
sedi dari, iaitu bagi perkataan segi, sudut, aspek, dan perspektif
yang mengikut peraturan di atas.Contoh:- dari segi, dari sudut,
dari aspek, dari perspektif.
1.4.1.4Kata SendiFungsinya
daripadaKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama yang menyatakan manusia, punca, perbandingan, benda abstrak,
pertentangan, dan untuk menunjukkan keanggotaan.
Contoha) Hadiah itu daripada kekasihnya. ( manusia )
b) Meja itu diperbuat daripada kayu jati terpilih. ( punca )
c) Rumah itu lebih besar daripada rumah kita. ( perbandingan
)
d) Perlakuannya berbeza daripada yang dilafazkannya. (
pertentangan )
e) Kami banyak mendapat faedah daripada seminar itu. (
abstrak)
f) Anggota kumpulan itu terdiri daripada lima orang. (
kenaggotaan )
1.4.1.5Kata SendiFungsinya
padaKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama frasa nama
yang menunjukkan masa, tempat bagi perbuatan kata kerja, manusia
yang didahului perkataan ada dan benda abstrak serta
ungkapan-ungkapan tertentu.
Contoha) Kami bertolak ke sana pada pukul lapan pagi. ( masa
)
b) Dia menyapu jem pada roti lalu memakannya. ( tempat )
c) Buku latihan kamu ada pada saya. ( manusia )
d)Pada pendapat saya perkara itu tidak logik. ( abstrak/
ungkapan )
1.4.1.6Kata SendiFungsinya
kepadaKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama yang menyatakan arah yang hanya menunjukkan manusia dan
haiwan, unsur abstrak, institusi yang ada kaitan dengan manusia,
dan menyatakan pecahan.
Contoha) Sampaikan pesanan itu kepada ayah kamu. ( manusia )
b) Dia membiarkan rumput itu kepada lembunya. ( haiwan )
c) Jangan biarkan diri anda kepada bahaya dadah. ( abstrak )
d) Kami telah menghantar surat rayuan kepada sekolah tersebut. (
institusi )
e) Para peserta seminar dibahagikan kepada dua kumpulan. (
pecahan )
Peringatan:- Lazimnya kata sendi kepada sering digunakan untuk
berpadanan dengan kata sendi nama daripada, manakala kata sendi
nama ke berpadanan dengan kata sendi nama dari.Contoh:-
daripada Ali kepada saya.
daripada seorang yang miskin kepada seorang yang kaya.
daripada tahap malas kepada tahap rajin.
dari sehari ke sehari
dari Mekah ke Madinah
dari utara ke selatan
1.4.1.7Kata SendiFungsinya
akanKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama yang merujuk manusia dan penggunaannya mesti didahului dengan
kata adjektif yang bersifat perasaan. Kata sendi kepada, pada,
terhadap juga boleh digunakan bagi mengantikan kata sendi akan
tetapi keutamaan kepada penggunaan kata adjektif akan dalam binaan
ayat.
Contoha) Saya sayang akan ibu bapa saya.
b) Razali amat suka akan buah durian.
c) Sebagai rakyat yang sayang akan negara kita perlu
mempertahankan negara daripada
musuh negara.
d) Para pelajar harus hormat akan guru.
Kata sendi akan juga digunakan untuk kata kerja yang tidak
berimbuhan yang bermaksud meN-
patuh akan perintah = mematuhi perintah
tahu akan kejadian itu = mengetahui kejadian itu
Peringatan:- Lazimnya ada kalangan pelajar cenderung menggunakan
kan sebagai kelainan pada kata sendi nama akan.
contoh:-
a) Wanita itu amat rindukan anaknya.
b) Sebagai rakyat kita mesti sayangkan negara tempat tumpah
darah kita.
c) Anak raja itu berahikan Tuan Puteri Bongsu.
d) Kami sungguh bencikan kelakuannya yang buruk itu.
Justeru, penggunaan kan menggantikan kata sendi akan selepas
kata adjektif hanya sesuai digunakan dalam bahasa lisan dan
seharusnya dielakkan dalam penggunaan bahasa rasmi atau
tulisan.
1.4.1.8Kata SendiFungsinya
bagi/untukKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau
frasa nama dengan fungsi tertentu seperti berikut:-
a) menunjukkan kegunaan sesuatu. Dalam situasi ini kata sendi
nama bagi dapat
bervariasi dengan kata sendi nama untuk.
b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau
diperuntukkan. Dalam situasi ini,
kata sendi bagi tidak boleh bertukar ganti dengan kata sendi
untuk.
Contoha) menunjukkan kegunaan sesuatu. Dalam situasi ini kata
sendi nama bagi dapat bervariasi dengan kata sendi nama untuk.
i) Asrama untuk penuntut-penuntut Sabah sedang dibina.
bagi
ii) Derma untuk anak-anak yatim akan dipungut oleh.
bagi
iii) Rumah untuk pekerja-pekerja telah dibaiki.
bagi
iv) Kereta itu untuk kegunaan pejabat sahaja.
bagi
b) menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau
diperuntukkan. Dalam situasi ini,
kata sendi bagi tidak boleh bertukar ganti dengan kata sendi
untuk.
i) Hadiah itu untukmu ( _/ ) = Hadiah itu bagimu ( X )
ii) Tanah seluas dua ekar itu untukmu ( _/ ) = Tanah seluas dua
ekar bagimu ( X )
iii)Untuk siapakah hidangan di ata meja itu ( _/ )
Bagi siapakah hidangan di atas meja itu ( X )
1.4.1.9Kata SendiFungsinya
denganKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama untuk membawa maksud bersama-sama, bandingan setara,
keterangan cara, dan penggunaan sesuatu alat.
Contoha) Ayah pergi ke kedai dengan ibu. ( bersama-sama )
b) Rumah bari itu tidak sama dengan rumah kami. ( bandingan
setara )
c) Dia belajar dengan bersungguh-sungguh agar lulus. ( cara
)
d) Ayah membelah kayu itu dengan kapak. ( alat )
1.4.1.10Kata SendiFungsinya
hingga /
sampaiKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama untuk membawa maksdu perihal waktu, atau tempat. Kedua-dua
kata sendi ini boleh bertukar ganti dalam penggunaannya.
Contoha) Majlis itu diadadakan hingga/ sampai jam dua pagi.
b) Semua anaknya belajar sampai/ hingga ke universiti.
c) Hingga / sampai hari ini dia belum menjelaskan hutangnya.
1.4.1.11Kata SendiFungsinya
olehKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa
nama yang membawa maksud sebab atau kerana dan selepas kata kerja
pasif berawalan di-, ter-, dan kena.
Contoha) Penjahat itu mati oleh senjatanya sendiri. ( sebab
)
b) Bola itu disepak oleh abangnya.
c) Kotak itu tidak terangkat oleh saya.
d) Soalan itu tidak terjawab oleh sesiapapun.
e) Pencuri itu kena tangkap oleh penduduk kampung.
f) Dia terpegun oleh kemerduan suara lunak penyanyi itu.
1.4.1.12Kata SendiFungsinya
seperti/ umpama /bagai/laksana
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama
yang membawa maksud perbandingan.
Contoha) Kuih itu keras seperti/umpama/bagai/laksana batu.
b) Wajahnya ceria seperti/umpama/bagai/laksana bulan
purnama.
Umumnya kata sendi nama seperti / umpama / bagai / laksana, dan
bagai digunakan dalam perumpamaan.
contoh:-
Bagai langit dengan bumi.
Laksana rusa masuk kampung.
Seperti isi dengan kuku.
Umpama ayam disambar helang.
1.4.1.13Kata SendiFungsinya
tentang
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama
yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau kata nama
yang mengikuti kata sendi nama yang menjadi hal yang
diperkatakan.
Kata SendiFungsinya
demi
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama
yang membawa maksud tujuan, unsur penegas, dan untuk melahirkan
maksud urutan.
Contoha) Rakyat diseru bersatu demi kestabilan negara. (
tujuan)
b) Demi kebenaran, dia sanggup melakukan apa sahaja. ( tujuan
)
c) Dia membaca surat itu perkataan demi perkataan. ( urutan
)
d) Demi Allah aku tidak tergamak melakukannya. ( penegas )
Kata SendiFungsinya
sejak/semejak
Kata sendi ini digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama
yang membawa maksud penanda waktu bermula.
Contoha) Kami tinggal di sini sejak/semenjak dilahirkan.
b) Sejak/semenjak kejadian sedih itu dia sering termenung
sendirian.
c) Sejak/semenjak tadi dia berusaha untuk menjawab soalan
itu.
Sekiranya anda teliti secara mendalam, bukan semua kata sendi
nama sukar difahami fungsinya. Justeru, cuba faham dan kuasai kata
sendi yang mengelirukan sahaja. Anda perlu bijak bertindak
menyelesaikan masalah berkenaan.
Kata SendiFungsinya
terhadap
Kata sendi ini digunakan sebagai unsur yang melibatkan penyambut
sama ada manusia, haiwan, atau benda.
Contoha) Kita perlulah mempunyai perasaan kasihan terhadap
binatang.
b) Elakkan diri daripada bersikap biadap terhadap ibu bapa.
c) Asid akan bertindak balas terhadap logam tersebut.
Peringatan: Kata sendi nama terhadap perlulah digantikan dengan
kata sendi nama tentang atau akan jika membawa maksud rujukan umum
atau abstrak.
a) Kami berasa curiga terhadap kejujurannya . ( Salah )
Kami berasa curiga akan/tentang kejujurannya. ( Betul )
b) Kita bertanggungjawab terhadap kesejahteraan ibu bapa kita. (
Salah )
Kita bertanggungjawab akan/ tentang kesejahteraan ibu bapa kita.
( Betul )
Kata SendiFungsinya
dalam/atas/ antaraKata sendi ini digunakan di hadapan kata nama
atau frasa nama yang membawa maksud tempat yang tidak mempunyai
ruang atau jarak.
Contoha) Tidak ada hubungan antara saya dengan gadis itu.
b) Dia mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang pendidikan.
c) Perkara tersebut telah dibincangkan dalam mesyuarat yang
lalu.
d) Mereka selalu berbincang antara satu sama lain bagi
menyelesaikan masalah yang
timbul.
e) Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan yang kamu
berikan tempoh hari.
Peringatan:-
Kata sendi dalam, atas, dan antara perlu dibezakan dengan kata
arah, dalam, dan antara yang kadir bersama-sama kata sendi di yang
membawa maksud mempunyai ruang dan jarak. ( Huraian lanju dalam bab
kata arah )
Contoh:-
a) Jarak di antara tempat ini ke sekolah ialah lima kilometer. (
jarak )
b) Tidak ada apa-apa di dalam bilik ini. ( tempat )
c) Buku di atas meja itu kepunyaan ayah.
Beberapa kesalahan dalam penggunaan Kata Sendi:-
a) Penggunaan kata sendi oleh
Kata nama atau frasa nama harus hadir selepas kata sendi oleh.
Oleh itu, kata-kata lain selain kata nama
atau frasa nama yang hadir selepas kata sendi oleh dianggap
tidak gramatis dalam bahasa Melayu.
contoh:SalahBetul oleh kerana oleh sebab
b) Penggunaan dua kata sendi
contoh:SalahBetul
selain dari itu.......... selain itu..........
selain daripada itu.......... selain itu..........
demi untuk........... demi/ untuk.......
hingga ke......... hingga/ ke ........
Namun, dalam kes-kes tertentu yang mengalami pengguguran kata
kerja, kehadiran dua kata sendi secara
serentak dibenarkan:-
Contoh: a) Hasratnya untuk ke luar negara dibatalkan. (
bermaksud untuk pergi ke )
b) Hasratnya untuk ke luar negera dibatalkan. ( salah )
c) Hasratnya ke luar negera dibatalkan. ( betul )
LATIHAN PENGUKUHAN:
A. Pilih kata sendi yang sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di
bawah.
1. Razlina suka bersiar-siar ( di , pada ) taman bunga ( di ,
pada ) waktu petang.
2. Pegawai di syarikat itu bekerja ( dari , daripada ) jam
Sembilan pagi ( pada, hingga ) jam enam petang.
3. Teksi itu membelok ( daripada, dari ) Jalan Pinang ( kepada,
ke ) Jalan Kudin.
4. Seorang ketua perlulah bersikap adil ( untuk, terhadap )
orang-orang di bawah jagaannya.
5. Salina menerima sepucuk surat ( dari , darpada ) adiknya yang
tinggal ( dari, di ) Sabah.
6. Emak amat saya ( pada, terhadap ) abang yang selalu mengambil
berat ( terhadap , tentang ) kebajikannya.
7. Pak Harun mengahwinkan anaknya ( kepada, dengan ) seorang
pemuda yang berjuang ( untuk , akan )kemerdekaan negara ini.
8. Ayah ( ke , di ) Kelantan selama lima tahun untuk mempelajari
ilmu agama.
9. Jauhkan diri kamu ( dari , daripada ) dadah.
10.Perbuatan kamu itu salah ( dari , daripada ) sudut agama.
B. Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan kata sendi nama yang
sesuai.
1. Berapakah jarak ................................ rumah kamu
ke perhentian bas?
2. Kita harus berjuang habis-habisan
...........................kepentingan negara.
3. Kumpulan kami terdiri ..................... lima orang
sahaja.
4. Setiap insan di muka bumi ini tidak
sunyi.....................melakukan kesilapan.
5. Rumah di atas bukit itu lebih
besar.......................rumah Pak Abu.
6. Kemalangan ngeri itu berpunca
.............................kelalaian penunggang motosikal.
7. ....................................pendapat kamu, wajarkah
aktiviti tersebut diteruskan?
8. Kebanyakan pelancong yang berkunjung
.....................sini terpesona
........................keindahan pantainya.
9. Kebanyakan penduduk di bandar mula menggunakan pengangkutan
awam.................. pergi ke pejabat.
10. Saya amat tertarik .......................... keunikan
lukisan itu.
11. Ayah mengikat tali itu ...................leher lembu.
12. Oleh ....................kekurangan wang, dia membatalkan
hasratnya ke Indonesia.
13. Kami amat bersimpati ..........................nasib yang
menimpa keluarga itu.
14. Kotak yang berat itu tidak terangkat
..........................kami.
15. Surat bantahan itu telah kami hantar
.............................pihak yang berkenaan.
C. Pilih kata sendi nama yang paling sesuai untuk mengisi tempat
kosong dalam petikan di bawah.
Pulau Langkawi ..................Kedah memang
terkenal.........................lagenda Mahsurinya. Boleh
dikatakan
.........................setiap kali cuti persekolahan ramai
akan mengunjunginya. Kebanyakan.....................mereka
terpegun ................................ keindahan pantainya
yang bersih itu. Tidak kurang juga yang mengambil
kesempatan.............................merakamkan gambar-gambar
yang menarik .........................dijadikan tanda
kenangan .........................masa akan datang sebagai
sesuatu kenangan manis...................hidup mereka.
1