149 e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH SPECIAL ISSUE (2017) Kata Kerja Berimbuhan Arab – Melayu: Kajian Tahap Kefahaman Pelajar Dalam Menterjemah Arabic – Malay Affixed Verb Forms: A Study On Students’ Comprehension In Translation Hasanah Hj Iksan ABSTRAK Penterjemahan merupakan satu usaha yang memerlukan pemerhatian yang jitu dan usaha yang berterusan. Ia merupakan satu bidang profesional dan mempunyai nilai komersial yang tinggi. Ia bukan sekadar kegiatan sambilan yang murah atau mudah. Ia memerlukan banyak pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam berbagai disiplin ilmu yang berkaitan. Bagi pelajar yang baru berjinak-jinak dengan penterjemahan, banyak kekeliruan berlaku bilamana satu perkataan mempunyai pelbagai makna untuk diterjemahkan. Justeru, tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk meninjau sejauhmana pemahaman pelajar dalam menterjemahkan kata kerja berimbuhan bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Kata kerja berimbuhan atau istilah dalam bahasa Arab ialah المزيدفعل الmempunyai banyak wazan dan setiap wazan mempunyai pelbagai makna. Setiap imbuhan huruf yang terdapat pada kata kerja dalam bahasa Arab mempunyai pelbagai makna jika dibanding dengan penggunaan imbuhan yang ada dalam bahasa Melayu yang mempunyai makna yang khusus. Ini menyukarkan pelajar untuk mengenalpasti makna tambahan yang ada pada setiap kata kerja yang mempunyai imbuhan huruf dalam bahasa Arab. Kajian melihat hasil terjemahan pelajar semester 2 program pengajian Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua setelah mereka mempelajar topik المزيدفعل ال. Hasil kajian mendapati kebanyakan pelajar menterjemah dengan makna yang pelbagai dan tidak memberi makna yang sesuai berdasarkan imbuhan yang terdapat pada kata kerja tersebut. Disarankan agar pelajar menggunakan gaya bahasa yang lebih mudah difahami menepati makna bagi imbuhan yang terdapat dalam kata kerja. Kata Kunci: Kata kerja berimbuhan, wazan kata kerja mazid, imbuhan huruf, kata dasar. ABSTRACT Translation requires scrutiny and continuous effort. It is a professional field with a high commercial value. It is not an easy or giveaway side line activity. Translating warrants knowledge, expertise and experience in several related disciplines. For neophytes, confusions occur when words possess a variety of possible translations. Therefore, the main aim of this study is to observe the extent students understand the translation of Arabic affixed verb forms which are translated into Malay. Affixes or المزيدفعل الin Arabic have a number of wazan and each has a different meaning. Each affixed letter of an Arabic verb carries a list of meanings compared to Malay verb affix usage with a more specific sense. This complicates the identification of more meanings of verbs with Arabic affixes. The study analysed the translation work of semester 2 students of Arabic Studies after they had learned the المزيدفعل الtopic .The findings revealed that most students translate with a variety of meanings without providing the most appropriate ones based on the affixes found with the verbs. It is recommended that students employ language styles which are easier to understand in accordance with the affixes used in the verbs. Keyword: Malay Affixed Verb, Verb Wazan of Mazid verb, affixed, root word.
13
Embed
Kata Kerja Berimbuhan Arab Melayu: Kajian Tahap …journal.kuis.edu.my/jsass/images/SpecialIssue1/jsass_spec2017_015... · Kata kerja berimbuhan atau istilah dalam bahasa Arab ...
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
149
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
Kata Kerja Berimbuhan Arab – Melayu: Kajian Tahap Kefahaman
Pelajar Dalam Menterjemah
Arabic – Malay Affixed Verb Forms: A Study On Students’ Comprehension
In Translation
Hasanah Hj Iksan
ABSTRAK
Penterjemahan merupakan satu usaha yang memerlukan pemerhatian yang jitu dan usaha
yang berterusan. Ia merupakan satu bidang profesional dan mempunyai nilai komersial
yang tinggi. Ia bukan sekadar kegiatan sambilan yang murah atau mudah. Ia memerlukan
banyak pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam berbagai disiplin ilmu yang
berkaitan. Bagi pelajar yang baru berjinak-jinak dengan penterjemahan, banyak
kekeliruan berlaku bilamana satu perkataan mempunyai pelbagai makna untuk
diterjemahkan. Justeru, tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk meninjau sejauhmana
pemahaman pelajar dalam menterjemahkan kata kerja berimbuhan bahasa Arab ke dalam
bahasa Melayu. Kata kerja berimbuhan atau istilah dalam bahasa Arab ialah الفعل المزيد mempunyai banyak wazan dan setiap wazan mempunyai pelbagai makna. Setiap imbuhan
huruf yang terdapat pada kata kerja dalam bahasa Arab mempunyai pelbagai makna jika
dibanding dengan penggunaan imbuhan yang ada dalam bahasa Melayu yang mempunyai
makna yang khusus. Ini menyukarkan pelajar untuk mengenalpasti makna tambahan yang
ada pada setiap kata kerja yang mempunyai imbuhan huruf dalam bahasa Arab. Kajian
melihat hasil terjemahan pelajar semester 2 program pengajian Bahasa Arab sebagai
Bahasa Kedua setelah mereka mempelajar topik الفعل المزيد . Hasil kajian mendapati
kebanyakan pelajar menterjemah dengan makna yang pelbagai dan tidak memberi makna
yang sesuai berdasarkan imbuhan yang terdapat pada kata kerja tersebut. Disarankan
agar pelajar menggunakan gaya bahasa yang lebih mudah difahami menepati makna bagi
imbuhan yang terdapat dalam kata kerja.
Kata Kunci: Kata kerja berimbuhan, wazan kata kerja mazid, imbuhan huruf, kata dasar.
ABSTRACT
Translation requires scrutiny and continuous effort. It is a professional field with a high
commercial value. It is not an easy or giveaway side line activity. Translating warrants
knowledge, expertise and experience in several related disciplines. For neophytes,
confusions occur when words possess a variety of possible translations. Therefore, the
main aim of this study is to observe the extent students understand the translation of
Arabic affixed verb forms which are translated into Malay. Affixes or الفعل المزيد in Arabic
have a number of wazan and each has a different meaning. Each affixed letter of an
Arabic verb carries a list of meanings compared to Malay verb affix usage with a more
specific sense. This complicates the identification of more meanings of verbs with Arabic
affixes. The study analysed the translation work of semester 2 students of Arabic Studies
after they had learned the الفعل المزيد topic .The findings revealed that most students
translate with a variety of meanings without providing the most appropriate ones based on
the affixes found with the verbs. It is recommended that students employ language styles
which are easier to understand in accordance with the affixes used in the verbs.
Keyword: Malay Affixed Verb, Verb Wazan of Mazid verb, affixed, root word.
150
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
Pengenalan
Bidang terjemahan sama ada Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan lain-lain
merupakan satu bidang profesional dan mempunyai nilai komersial yang tinggi dewasa ini
di sektor awam dan swasta. Melihat kepada keperluan semasa yang meluas dalam bidang
terjemahan khususnya dan bidang-bidang lain yang berkait rapat dengannya, beberapa
institusi penterjemahan wujud bagi memenuhi keperluan tersebut. Namun penawaran
kursus terjemahan bahasa Melayu-Arab dan Arab-Melayu amat terhad. Banyak penawaran
kursus terjemahan disediakan untuk bahasa Inggeris-bahasa Melayu dan sebaliknya.
Dari aspek perkhidmatan menterjemah pula, secara rasminya hanya beberapa
institusi sahaja yang memelopori bidang ini iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut
Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad (ITBM), Persatuan Penterjemah Malaysia dan
Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemah. Kebanyakannya penterjemahan dilakukan dari
bahasa Inggeris-bahasa Melayu. Terjemahan Bahasa Arab-bahasa Melayu banyak
dilakukan secara individu oleh mereka yang pakar dalam penterjemahan. Bahasa Arab
merupakan kursus wajib yang perlu diambil oleh semua pelajar dari pelbagai jurusan dan
bidang di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Namun, terdapat program khas
yang menawarkan bidang bahasa Arab iaitu Sarjanamuda Bahasa Arab sebagai Bahasa
Kedua dan juga Sarjana Muda Bahasa Arab (Terjemahan).
Keseluruhannya, pelajar yang mengambil program ini mempunyai asas bahasa arab
yang baik. Walau bagaimanapun, kebanyakan pelajar sering melakukan kesalahan yang
sama dalam proses menterjemah kata kerja yang mempunyai penambahan huruf (fi’il
mazid) dalam struktur morforlogi Arab.. Contohnya: penambahan satu huruf ( أ ) dalam
bahasa Arab pada wazan أفعل tidak semestinya hanya menambahkan imbuhan dalam
Bahasa Melayu dalam penterjemahan, kerana wazan tersebut boleh mendatangkan 9
makna. Sebagaimana Ainon Mohd (2008) menyatakan bahawa tidak ada perkataan yang
hanya mempunyai satu makna sahaja. Walau dalam bahasa apa sekalipun, tiap-tiap
perkataan mempunyai banyak makna. Dari struktur morfologi Arab, fi’il mazid boleh
memberi penambahan imbuhan, boleh menambah perkataan lain bagi melengkapkan
makna kata kerja dan boleh merubah makna pada kata kerja tersebut. Contohnya seperti
fi’il mazid di bawah:
كرمت أستاذا أ bermakna : Saya mendapati ustaz seorang yang mulia. Penambahan perkataan
“mendapati” terdapat pada kata kerja أكرم. Terjemahan yang salah : Saya menghormati
ustaz.
Ab. Halim Mohammad (2012) berpendapat kesilapan terjemahan teks bahasa Arab ke
dalam bahasa Melayu berlaku disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:
1) Penterjemah tidak memahami dengan baik struktur tatabahasa Arab dan fungsi
pekataan yang disusun mengikut kaedah tatabahasa.
2) Penterjemah tidak dapat memahami maksud sebenar teks yang mempunyai makna
alegori dan metafora.
3) Penterjemah tidak memahami penggunaan bahasa mengikut sosiobudaya Arab dan
tidak memahami antropologi kebudayaan Arab.
Kesilapan nombor dua ada kaitannya dengan morfologi Arab. Dalam usaha menggunakan
atau menterjemah kata kerja imbuhan, pelajar sering keliru bahkan kurang tahu maksud
sebenar yang tersirat dalam fi’il mazid. Mereka terpengaruh dengan ciri-ciri dan peraturan
bahasa Melayu iaitu penambahan huruf dalam bahasa Arab bermaksud hanya
151
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
menambahkan sahaja imbuhan pada kata kerja tersebut . Ciri-ciri morfologi bahasa
Melayu yang mudah berbanding bahasa Arab menyebabkan mereka mengambil mudah
dalam proses menterjemah.
Metodologi kajian
Kertas kerja memberi tumpuan kepada hasil keupayaan pelajar dalam proses menterjemah
kata kerja berimbuhan bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Untuk mencapai tujuan
tersebut, persampelan dilakukan terhadap 22 orang pelajar semester 2 sesi1 2016/2017
program Sarjana Muda Bahasa Arab Sebagai Bahasa Kedua (BASL) di Jabatan Pengajian
Bahasa dan Linguistik Arab, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, KUIS. Sembilan ayat
yang lengkap yang mengandungi kata kerja berimbuhan bahasa Arab disediakan bagi
mengetahui tahap kemahiran pelajar menterjemah kata kerja berimbuhan bahasa Arab ke
bahasa Melayu. Tajuk ini telah dibincangkan dalam salah satu topik dalam mata pelajaran
sarf (morfologi) semester 2. Hasil terjemahan pelajar dianalisis dalam bentuk
perbandingan makna bahasa Arab-bahasa Melayu dengan melihat perubahan dan
penambahan fungsi makna dalam bahasa Arab mengikut kepada fungsi kerjanya.
Kajian Literatur
Kata Kerja Berimbuhan Bahasa Arab
Imbuhan huruf dalam Bahasa Arab terdapat pada fi’il Mazid (kata kerja berimbuhan). Ia
merupakan perubahan wazan yang berlaku pada fi’il Mujarrad (kata kerja dasar) kerana
terdapatnya penambahan huruf sama ada satu huruf, dua huruf atau tiga huruf. Pelajar
hendaklah menguasai wazan-wazan pada kata kerja berimbuhan untuk dapat membezakan
makna yang terkandung dalam fi’il mazid dan memudahkan proses memahami dan
menterjemah makna perkataan yang terkandung dalam fi’il mazid. Ini kerana, Naimah
Abdullah (1999) menyatakan perkataan-perkataan dalam bahasa Arab begitu terikat
dengan ciri-ciri derivatif, fleksi serta aspek kasus. Pembentukan kata yang begitu fleksi
dengan pertukaran kedudukan huruf, pengguguran dan penambahan huruf adalah antara
ciri-ciri pembentukan kata Arab.
Dalam bab pembentukan kata Arab ini, kitab-kitab morfologi bahasa Arab
menyenaraikan wazan-wazan kata kerja berimbuhan, di antaranya Dr. Ubdah al-Rajihi
(1984) menyenaraikannya seperti berikut:
.di hadapan ( ء ) penambahan hamzah – أفعل -1
.di tengah ( ا ) penambahan alif - فاعل -2
) penambahan shaddah - فعل -3 ) di tengah huruf.
.di hadapan ( ان) penambahan alif dan nun - انفعل -4
ات ) penambahan alif dan ta - افتعل -5 ) di hadapan dan di tengah.
.di hadapan dan dibelakang ( ا ) penambahan alif dan shaddah - افعل -6
.di hadapan ( ت ا ) penambahan ta dan alif - تفاعل -7
152
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
.di hadapan dan di tengah ( ت ) penambahan ta dan shaddah - تفعل -8
.di hadapan ( ا س ت ) penambahan alif, sin, ta - استفعل -9
Semua kitab morfologi Bahasa Arab, di antaranya kitab tatbiq al-sarfiy (1984) menyatakan
bahawa wazan fi’il mazid dikategorikan kepada tiga bahagian;
1- Fi’il mazid yang mempunyai tambahan satu huruf iaitu hamzah atau alif atau
gandaan huruf (shaddah) أفعل، فاعل، فعل 2- Fi’il mazid yang mempunyai tambahan dua huruf iaitu alif dan nun atau alif dan ta
atau alif dan shaddah atau ta dan alif atau ta dan shaddah ،انفعل، افتعل، افعل
تفاعل، تفعل.3- Fi’il mazid yang mempunyai tambahan tiga huruf alif dan sin dan ta atau alif dan
waw dan `ain استفعل افعوعل
Setiap wazan berperanan membawa beberapa makna tersirat untuk menyokong makna
dasar sesuatu kata kerja mujarrad yang digabungkan dengannya.
Abbas Mohd Shariff (1999) juga menjelaskan proses pembentukan kata-kata
bahasa Melayu bersifat derivatif iaitu proses pembentukan kata menghasilkan banyak
perkataan melalui pencantuman imbuhan pada kata dasarnya, seperti kata serap dapat
menerbitkan pelbagai kata baru seperti menyerap, penyerapan, penyerap dan sebagainya.
Ini berbeza dengan kaedah pembentukan kata-kata bahasa Arab yang bersifat fleksi
menerbitkan bentuk-bentuk perkataan baru melalui kejadian perubahan fonem dalam kata
dasar itu sendiri. Di sini dijelaskan makna-makna yang terdapat dalam fi’il mazid (kata
kerja berimbuhan) bahasa Arab.
FUNGSI WAZAN KATA KERJA BERIMBUHAN BAHASA ARAB
Al-Rajihi, (1984) menyenaraikan makna bagi setiap Kata Kerja berimbuhan Bahasa Arab
berdasarkan pembahagian berikut:
1- Kata kerja yang Mempunyai Tambahan Satu Huruf.
لأفع -1
i) Transitif (ديةالتع) iaitu mengubah kata kerja lazim kepada kata kerja muta`addi.
أخرجت المريض Maksudnya : Saya mengeluarkan pesakit
ii) Memasuki tempat atau masa tertentu ( الدخول)
أمصرت القوافلMaksudnya : Sekawan unta telah memasuki kota Mesir
153
e-ISSN: 2289-8042 JURNAL SULTAN ALAUDDIN SULAIMAN SHAH
SPECIAL ISSUE (2017)
iii) Mendapati sesuatu ke atas sifat tertentu (وجدت الشيء على صفة معينة)
أبخلت زيداMaksudnya : Saya dapati zaid seorang yang bakhil
iv) Kekerapan dan banyak ( التكثير)
أشجر المكانMaksudnya : Tempat itu banyak pepohonan