Kata Hubung Cikgu Liyana Sekolah Menengah Coral
Kata Hubung
Cikgu LiyanaSekolah Menengah Coral
Kata Hubung
Menghubungkan Perkataan Frasa Ayat
Atau menyatakan sesuatu itu sama
dengan yang lain Adakah itu binatang atau haiwan?
menyatakan yang mana di antara dua Kamu hendak mengikut kami atau
tinggal di sini? menyatakan lawan bagi sesuatu
kata Miskin atau kaya, semuanya
bergembira pada hari itu.
Dan
Menghubungkan dua perkataan. Ada yang orang sedang menyanyi dan
ada ada pula yang menari. Ibu membeli susu dan roti di kedai. Dia suka bermain bola sepak dan
berbasikal pada masa lapang.
Tetapi
digunakan untuk menyatakan hal yang berlawanan atau bertentangan Budak itu pandai tetapi malas. Anita suka membaca tetapi dia benci
menulis karangan. Saya gemar mendengar lagu tetapi
saya tidak boleh menyanyi.
Serta
bersama dengan / dan juga Abdullah serta keluarganya telah
berlepas ke Bangkok semalam. Beliau memang baik hati serta jujur. Hujan serta ribut turun pada malam
itu.
Lalu
Selepas itu Bayi itu diberi susu lalu ditidurkan. Sesudah dicuci lalu dijemur. Ayam itu dipanggang lalu dimakan
olehnya.
Sambil
sedang melakukan sesuatu, melakukan yang lain juga Kami minum kopi sambil berbual-
bual. “Sambil menyelam minum air” Dia menonton televisyen sambil
membuat kerja sekolahnya.
Kerana
menerangkan sebab berlakunya sesuatu kejadian
Oleh sebab Pencemaran alam berlaku kerana sikap
manusia yang tidak bertanggungjawab. Dia gagal dalam peperiksaannya kerana
tidak memperdulikan pelajarannya. Mereka menjadi kaya kerana mereka
rajin dan berusaha.
Sementara
Pada ketika itu Pelajar-pelajar bersenam di dewan
sementara menanti hujan reda. Saya mencuci pinggan sementara
ibu memasak. Adik membaca buku sementara
menunggu ayah datang.
Supaya
Agar, mudah-mudahan tercapai Belajarlah kamu sebelum tua supaya
tidak kecewa. Kawasan pantai itu dibersihkan
supaya kawasan itu kelihatan indah. Kita harus memupuk sikap bertolak
ansur supaya hidup kita akan aman damai.
Kalau
menyatakan syarat, jika Kalau tidak ada halangan, saya akan
datang petang ini. Kita akan dapat mencipta sesuatu
kalau kita kreatif. Anak itu akan berhenti menangis
kalau diberi susu.
Walaupun
Biarpun, meskipun Walaupun sudah larut malam, dia
masih juga menonton televisyen. Anita gemar membaca walaupun
kawan-kawannya lebih suka bermain.
Apabila
Pada ketika, semasa, sewaktu Apabila sampai di rumah, barulah ia
membuka bungkusan itu. Adik gembira apabila melihat kakak
membawa pulang belon berwarna merah.
Dia semakin bimbang apabila melihat keadaan ibunya yang semakin tenat
Apa kata anda?
Mari kita lihat gambar-gambar seterusnya bersama-sama
Apakah pendapat anda?
Adakah makanan ini berkhasiat? “kerana”
Bilakah makanan sebegini dimakan? “Apabila”
Apa akan terjadi jika awak makan ini selalu? “kalau”
Apakah pendapat anda? Apa yang sedang dilakukan oleh
orang itu? “sambil”
Nampaknya dia sedang makan sarapan. Apa yang sedang dimakan olehnya? “dan”
Adakah makan sarapan baik? “Kalau”
Makan sambil membaca, adakah ini baik? “Apabila”
Apakah pendapat anda?
Apa yang sedang berlaku? “Lalu”
Rambut budak itu pula, bagaimana? “Walaupun”
Latihan
Shazana dan kawan-kawannya masih juga mengulang kaji pelajaran _________ sudah larut malam.
Idzwan ____ Geno sedang bermain badminton di gelanggang sekolah.
_____________ Encik Muddathir seorang yang kaya, dia seorang yang pemurah.
Afiq tidak tahu jika bas yang dinaikinya itu betul ______ salah.
walaupun
Walaupun
dan
atau
atau walaupun dan
Latihan
Adik Zakky sedang bernyanyi _______ menari di ruang tamu.
Fatin sedang mencuci pakaian __________ kakaknya asyik mendengar radio
Hatta makan nasi goreng _______ Fadhil makan mee rebus.
Luqman menanggalkan kasutnya _____ naik ke rumah Pak Zulafandi.
sambil
tetapi
sementara
lalu
Lalu sambil sementara tetapi
Latihan
Abang Razin berdiet _______ badannya kurus.
______ Irfan rajin belajar ____ mendapat keputusan yang cemerlang, dia akan berjaya memasuki universiti.
Khairul diperintahkan untuk membuat semua kerjanya ______ dia hendak pulang awal.
supaya
kalau
Jika dan
kalau dan supaya jika