ﺩ ﻋ ﺎﺀ ﮐ ﻨ ﺰ ﺍﻟ ﻌ ﺮ ﺵDOA KANZIL 'ARASH 1 g g D D O O A A K K A A N N Z Z I I L L ' ' A A R R A A S S H H SUSUNAN: HAMBA YANG DHAIF AL-USTAZ AL-MAULAWI J J a a l l a a l l u u d d d d i i n n A A h h m m a a d d A A r r - - R R o o w w i i Semoga Allah Mengampuninya, Kedua Ibu Bapanya, Guru-Gurunya Dan Seluruh Ummat Muslimin
"The Great Treasures Of The Throne" rhythmic verses of prayers to accomplish your physical and spiritual needs through the greatness of the names of Allah, The Lord of the entire universe, with Romanic transliteration and Bahasa Melayu preface with translation.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
KANDUNGAN TRANSLITERASI 3 MUQADDIMAH DOA KANZIL 'ARASH 5 AL-ASMA AL-HUSNA 16 DOA KANZIL 'ARASH 24 DOA KANZIL 'ARASH TEKS ARAB 51 TRANSLITERASI DOA KANZIL 'ARASH 61 TERJEMAHAN DOA KANZIL 'ARASH 72 DOA QURANI 99 SELAWAT 114
����ش�ر�ع�ال���ز�ن�ک����اء�ع�دDOA KANZIL 'ARASH
3
TRANSLITERASI
Ayat-ayat Al-Quran atau sebutan bahasa ‘Arab yang ditransliterasikan kepada tulisan Rumi di dalam buku ini adalah menggunakan simbol Rumi seperti yang dinyatakan berikut:
SEBUTAN HURUF SIMBOL RUMI SIMBOL ARAB NILAI ABJAD Alif A ا 1 Ba B 2 ب Ta T 400 ت Tsa Ts 500 ث Jim J ج 3 Ha H ح 8 Kha Kh خ 600 Dal D د 4 Dzal Dz ذ 700 Ra R ر 200 Zai Z ز 7 Sin S 60 س Shin Sh 300 ش Sad S 90 ص Dhzad Dhz/Dh 800 ض Ta T ط 9 Za Z ظ 900 ‘Ain ‘A ‘I ‘U ع 70 Ghain Gh غ 1000 Fa F 80 ف Qaf Q ق 100
����ش�ر�ع�ال���ز�ن�ک����اء�ع�دDOA KANZIL 'ARASH
4
Kaf K ك 20 Lam L ل 30 Mim M م 40 Nun N ن 50 Waw W و 6 Ha H 5 ھ Ya Y ي 10
Huruf ا (Al if), و (W aw) dan ي (Ya) adalah huruf Maddah dan simbol Rumi yang digunakan di dalam Risalah ini adalah seperti berikut:
1. [a] untuk ا Al if Maddah 2. [u] untuk و W aw Maddah
3. [i] untuk ي Ya Maddah
Kalimah yang mengandungi ◌ّ(Syaddah) dinyatakan dengan dua simbol Rumi yang berulang seperti “Yusabbihu lillah” di mana terdapatnya 2 huruf B ( ب ) dan 2 huruf L ( ل ) adalah bagi menunjukkan Syaddah.
����ش�ر�ع�ال���ز�ن�ک����اء�ع�دDOA KANZIL 'ARASH
5
Daku Memulakan Penulisan Dan Pembacaan Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah
Yang Maha Penyayang
Segala puji adalah khusus bagi Allah. Kita memuji ZatNya dan kita meminta pertolongan dariNya dan kita beriman denganNya dan kita bertawakal kepadaNya dan kita berlindung dengan Allah dari segala kejahatan nafsu diri kita dan dari keburukan amal perbuatan kita. Barangsiapa yang Allah memberikan petunjuk kepadanya, maka tiada sebarang penyesat yang dapat menyesatkannya dan barangsiapa yang disesatkan olehNya, maka tiada sebarang pemberi petunjuk yang dapat memberikan petunjuk kepadanya. Kita bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berkuasa atas segala sesuatu melainkan Allah dan kita bersaksi bahawa sesungguhnya Hadhrat Baginda
����ش�ر�ع�ال���ز�ن�ک����اء�ع�دDOA KANZIL 'ARASH
6
Sayyidina Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasalam adalah seorang hamba Allah dan merupakan Rasul utusan bagiNya. Setelah memuji dan mengagungkan Allah serta memuliakan RasulNya, hamba yang dhaif, faqir hina dina ini, Jalaluddin Ahmad Ibni Nuruddin Ar-Rowi, semoga Allah mengampunkannya dan kedua ibu bapanya dan sekelian guru-gurunya dan seluruh ummat Muslimin, ingin mempersembahkan kepada para pembaca suatu khazanah yang agung dari perbendaharaan 'Arash yang mulia. Ianya berupa himpunan Nama-Nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang tersusun dalam lafaz-lafaz yang indah dan dinamakannya sebagai Doa Kanzil 'Arash yang bererti seruan doa dari Khazanah 'Arash. Seluruh Nama-Nama Allah adalah bagi menyatakan keagungan ZatNya. Allah adalah Zat Yang Maha Sempurna dan Maha Agung KebesaranNya. Lafaz Allah adalah nama bagi ZatNya manakala seluruh Nama-NamaNya yang lain adalah bagi menyatakan kesempurnaan ZatNya, SifatNya dan PerlakuanNya. Allah adalah Zat yang terhimpun padaNya segala sifat-sifat kesempurnaan dan terbebas dariNya segala sifat-sifat yang lemah dan keji. Amalan doa ini begitu masyhur di kalangan Ummat Islam di rantau Nusantara khususnya Malaysia, Singapua, Indonesia, Brunei, Thailand, Kemboja dan Filipina. Ianya juga begitu masyhur bagi kalangan Ummat Islam di benua Hindi seperti di India, Pakistan, Bangladesh, Afghanistan. Doa ini juga teramat masyhur di kalangan Ummat Islam di seluruh rantau Negara-negara 'Arab dan bukan 'Arab.
����ش�ر�ع�ال���ز�ن�ک����اء�ع�دDOA KANZIL 'ARASH
7
Kami telah menemui fadhilat kelebihan membaca himpunan Nama-Nama Allah ini dalam dua buah kitab yang masyhur lagi makbul di kalangan Ummat Islam iaitu Majmu' Syarif Melayu yang mengandungi beberapa Surah dari Al-Quran yang menjadi amalan yang lazim dan juga mengandungi doa-doa serta Istighfar dan juga amalan untuk mendekatkan diri dengan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Kitab ini telah diterbitkan oleh Maktabah Wa Matba'ah Darul Ma'arif, 173-C, Sungai Pinang Road, Pulau Pinang, Malaysia. Sebuah lagi adalah kitab yang berjudul Majmu'ah Awrad Wa Wazaif yang mengandungi beberapa Surah Al-Quran yang lazim diamalkan pembacaannya dan juga mengandungi Hadits-Hadits Nabawiah. Kitab ini telah diterbitkan oleh Azad Publishers, No. 56, Urdu Bazar, Karachi, Pakistan.
Di dalam kitab ini terdapat sebuah riwayat yang menyatakan bahawa pada suatu hari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sedang berada di dalam masjid. Tiba-tiba Hadhrat Jibril 'Alaihissalam telah datang dan mengajarkan Doa Kanzul 'Arash ini kepada Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan telah menjelaskan kepada Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam tentang kelebihan yang tidak terbatas dan keberkatannya.Betapa kemasyhuran doa ini sehingga ianya telah dimisalkan seumpama pelita yang terang benderang di Dunia ini.
����ش�ر�ع�ال���ز�ن�ک����اء�ع�دDOA KANZIL 'ARASH
8
Sesiapa sahaja yang membaca doa ini, maka segala apa yang dihajatkan olehnya, Insya Allah akan tercapai dan dia akan mendapat keberkatan dari amalan doa tersebut sehingga ke anak cucunya dan dia akan mendapat kemurahan rezeki dalam kehidupannya. Doa ini juga dinamakan sebagai Raja Segala Doa-Doa kerana ianya mengandungi fadhilat kelebihan dan faedah yang tidak terhitung banyaknya. Walaubagaimanapun, bukanlah maksud untuk mendapatkan segala kelebihan ini yang sepatutnya menjadi matlamat utama, tetapi perkara yang paling penting dan utama adalah kerana kecintaan kita terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan 'Aqidah yang suci bersih dan tulus ikhlas, maka kita menyebutksn Nama-NamaNya yang mulia ini semata-mata dengan niat untuk mencintaiNya dan mencari keredhaanNya.
Ada dinyatakan dalam kitab tersebut dalam
meringkaskan nilai kelebihan doa ini dari menyatakannya dengan panjang lebar dari sebuah Hadits yang panjang bahawa Hadhrat Jibril 'Alaihissalam dalam menerangkan kelebihan doa ini telah bersabda bahawa bagi sesiapa yang membaca doa yang diberkati ini maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya tiga perkara. Pertama, Allah memberikan keberkatan dalam rezekinya. Kedua, Allah akan mengurniakan rezeki kepadanya dari sumber yang ghaib. Ketiga, Allah akan menundukkan musuh-musuhnya dengan rasa rendah dan hina diri terhadapnya.
����ش�ر�ع�ال���ز�ن�ک����اء�ع�دDOA KANZIL 'ARASH
9
Barangsiapa yang membaca doa ini atau menyimpan doa ini di sampingnya, maka Allah Yang Maha Agung KebesaranNya akan melimpahkan Rahmat kepada orang tersebut pada setiap masa dan jika dibawa ketika berperang dengan orang Kafir, maka akan menang mengatasi orang Kafir dan mendapat pertolongan ghaib dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Jika doa ini dibawa ketika dalam perjalanan mahupun musafir, maka dia sentiasa akan beroleh 'Afiat kesihatannya dan akan memperolehi kekayaan harta dalam rumahnya.
Dengan keberkatan doa ini juga seseorang itu
akan terpelihara dari kejahatan sihir dan syaitan serta sebarang bentuk bala musibah di bumi mahupun di langit. Jika doa ini ditulis lalu dibasuh dengan air hujan yang awal kemudian diberi minum kepada orang yang terkena sihir, nescaya akan sembuh. Jika ianya ditulis sebagai azimat kemudian dibasuhkan dengan air lalu diberi minum kepada orang yang berpenyakit sukar diubati atau tidak ditemui jalan penyembuhannya, maka dengan kelebihan dan kurniaan dari Allah Ta'ala nescaya penyakitnya akan sembuh. Jika pasangan suami isteri yang masih belum mendapat sebarang zuriat, maka hendaklah dituliskan doa ini dengan dakwat kasturi dan zakfaran lalu dibasuhkan dan diberi minum kepada pasangan tersebut selama dua puluh satu hari, nescaya Allah akan mengurniakan zuriat kepada mereka dengan kekurniaan dan kelebihan dari Allah.
����ش�ر�ع�ال���ز�ن�ک����اء�ع�دDOA KANZIL 'ARASH
10
Dengan berkat pembacaan doa ini, pada hari Qiyamat para pembacanya akan dikurniakan ketinggian darjat sehinggakan orang lain juga akan turut mengharapkan ketinggian darjat tersebut. Para pembacanya sekali-kali tidak akan menjadi sesat dan tidak akan lupa tentang perjalanannya.
Terdapat sebuah riwayat yang menyatakan
tentang kelebihan doa ini iaitu pada suatu ketika di Kota Madinah Munawwarah, seorang yang layak dihukum pancung telah ditangkap dan dibawa mengadap kepada hakim.
Hakim telah menjatuhkan hukuman bunuh
terhadapnya. Sebagai hukuman, beliau telah dipanah sebanyak tiga kali namun tiada sebarang kesan pada dirinya. Kemudian beliau telah dibakar namun tidak terbakar dan direndam di dalam air namun beliau tidak lemas sehingga berbagai-bagai kaedah dan cara telah dilakukan untuk menghukum pesalah tersebut, namun segala usaha telah menjadi sia-sia.
Hakim menjadi agak teruja dengan keadaan ini
dan telah bertanya kepada pesalah itu apakah yang menyebabkan berlakunya keadaan yang sedemikian. Pesalah itu lalu berkata bahawa pada dirinya terdapat Ta'widz Azimat Kanzil 'Arash dan menerusi keberkatannya, tiada sebarang kesusahan musibah atau bencana akan datang kepadanya.
����ش�ر�ع�ال���ز�ن�ک����اء�ع�دDOA KANZIL 'ARASH
11
Hakim pun lalu membebaskannya dan memberikan harta pampasan kepadanya dan telah meminta beliau menuliskan doa Ta'widz dan sentiasa mengamalkan pembacaannya.
Sebenarnya terdapat banyak lagi kelebihan yang
terkandung di dalam pengamalan doa yang agung ini yang tidak dapat kami menukilkan kesemuanya. Jika ketujuh-tujuh petala langit dan bumi ini dijadikan sebagai kertas dan sekelian pohon-pohon di atas seluruh muka bumi ini dijadikan pena dan sekelian makhluk di langit dan di bumi dari azali hingga ke abadi berkumpul untuk menuliskan kata-kata pujian terhadap Zat Allah Yang Maha Agung, nescaya tetap tidak akan habis.
Doa Kanzil 'Arash ini amat sesuai dijadikan wirid
dalam kehidupan seharian bagi memohon hajat dan melapangkan rezeki. Menerusi keberkatannya juga dapat memberikan kemenangan ke atas musuh-musuh dan menyembuhkan penyakit orang-orang yang sakit. Untuk memperolehi keberkatan dalam hidup dan mencapai banyak kelebihan, seseorang hendaklah mengamalkan pembacaan doa yang berkat ini kerana sememangnya ia amat mujarab dan ampuh dengan syarat hendaklah membacanya dengan hati yang ikhlas. Semoga Allah Ta'ala memberkati para pembaca doa ini yang menjadikannya sebagai amalan pembacaan harian mahupun sekali dalam seumur hidupnya dan orang-orang yang menyimpannya dalam simpanan.
Dan bagi Allah terdapat Nama-Nama Yang Terbaik, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut Nama-NamaNya itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam menyebut Nama-NamaNya, nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.
Nama-nama yang terbaik adalah bagi menunjukkan keagungan yang sesuai dengan sifat-sifat Allah dan janganlah dihiraukan orang-orang yang menyembah Allah dengan Nama-nama yang tidak sesuai dengan sifat-sifat dan keagungan Allah. Segala nama-nama yang baik adalah dikhususkan hanya bagi Allah. Kita telah diperintahkan agar menyeru dan memohon kepada Allah menerusi sebutan Nama-NamaNya yang baik dan mulia. Nama-Nama Allah yang terbaik adalah begitu banyak dan tidak diketahui jumlah bilangannya yang sebenar. Menurut sebuah Hadits yang sahih yang telah diriwayatkan oleh Hadhrat Imam Bukhari Rahmatullah 'Alaih menyatakan bahawa Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama-nama yang terbaik.
����ش�ر�ع�ال���ز�ن�ک����اء�ع�دDOA KANZIL 'ARASH
13
Di dalam surah Al-Isra ayat 110, Allah Ta'ala berfirman,
Katakanlah: "Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman, dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai Al-Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam Solatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu".
Maksudnya janganlah membaca ayat Al-Quran dalam Solat secara terlalu kuat atau terlalu perlahan tetapi cukuplah sekedar dapat didengari oleh ma'mum. Begitu juga dalam seruan doa terhadap Allah, tidak perlu diucapkan dengan sebutan yang terlalu kuat. Yang sebaik-baiknya adalah dengan sebutan yang sederhana iaitu tidak terlalu kuat dan tidak pula terlalu perlahan kerana sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Ta'ala adalah Zat Yang Maha Mendengar dan Dia tidak tuli. Pendengaran Allah adalah Maha Sempurna dan Dia dapat mendengarinya meskipun sesuatu yang diucapkan di dalam hati.
Dialah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi dan Dialah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
Hadhrat Imam Bukhari Rahmatullah ‘Alaih telah meriwayatkan sebuah Hadits di dalam Sahih Bukhari menerangkan tentang Keesaan Zat Allah Subhanahu Wa Ta’ala; dari Abul Yaman dan beliau meriwayatkan dari Shu’aib dan beliau meriwayatkan dari Abu Az-Zinad dan beliau meriwayatkan dari Al-A’raj dan beliau
����ش�ر�ع�ال���ز�ن�ک����اء�ع�دDOA KANZIL 'ARASH
15
meriwayatkannya dari Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu
Telah diriwayatkan oleh Hadhrat Abu Hurairah Radhiyallahu ‘Anhu, bahawa Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah bersabda, “Sesungguhnya bagi Allah terdapat sembilan puluh sembilan Nama iaitu seratus kurang satu, barangsiapa yang memeliharaNya dalam hati akan masuk Syurga.”
Di dalam Hadits ini, Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyatakan bahawa bagi Zat Allah itu terdapat sembilan puluh sembilan Nama. Yang dimaksudkan dengan sembilan puluh sembilan itu adalah Nama-Nama Allah Yang Terbaik atau disebut sebagai Al-Asmaa Al-Husna.
����ش�ر�ع�ال���ز�ن�ک����اء�ع�دDOA KANZIL 'ARASH
16
Memelihara nama-nama tersebut di dalam hati bererti kita menghafalkannya dan mengamalkannya sebagai zikir dan doa. Nama-Nama Allah ini mengandungi nilai keberkatan yang amat besar kerana ianya merupakan Nama-Nama bagi Zat Yang Maha Esa, yang terhimpun padaNya segala sifat-sifat yang sempurna dan Dia adalah Maha Suci dari sebarang kekurangan dan kelemahan. Nama-Nama Allah ini merangkumi Nama ZatNya, Nama Sifat-SifatNya dan Nama Af’alNya. Para ‘Alim ‘Ulama menyatakan bahawa Allah Ta’ala memiliki lebih 3000 Nama. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui berapakah jumlah bilangan yang sebenar Nama-NamaNya.
Al-Asmaa Al-Husna yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Sembilan puluh sembilan Nama-Nama Allah Yang Terbaik itu seperti mana yang masyhur dari Al-Quran dan Al-Hadits adalah seperti berikut:
1. AR-RAHMAN Yang Maha Pengasih 2. AR-RAHIM Yang Maha Penyayang 3. AL-MALIK Yang Maha Raja 4. AL-QUDDUS Yang Maha Suci 5. AS-SALAM Yang Maha Memberi
Kesejahteraan 6. AL-MUKMIN Yang Memberi Keamanan 7. AL-MUHAIMIN Yang Maha Memelihara 8. AL-‘AZIZ Yang Maha Gagah 9. AL-JABBAR Yang Maha Perkasa 10. AL-MUTAKABBIR Yang Maha Memiliki
Kebesaran 11. AL-KHALIQ Yang Maha Pencipta 12. AL-BARI Yang Mengadakan 13. AL-MUSAWWIR Yang Menciptakan
Rupabentuk 14. AL-GHAFFAR Yang Maha Pengampun 15. AL-QAHHAR Yang Maha Memaksa 16. AL-WAHHAB Yang Maha Memberi Kurnia 17. AR-RAZZAQ Yang Maha Pemberi Rezeki 18. AL-FATTAH Yang Membuka Jalan
Rahmat 19. AL-‘ALIM Yang Maha Mengetahui 20. AL-QABIDHZ Yang Menyempitkan 21. AL-BASIT Yang Melapangkan 22. AL-KHAFIDHZ Yang Merendahkan 23. AR-RAFI’ Yang Meninggikan Darjat
����ش�ر�ع�ال���ز�ن�ک����اء�ع�دDOA KANZIL 'ARASH
19
24. AL-MU’IZZ Yang Memuliakan 25. AL-MUDZILL Yang Menghinakan 26. AS-SAMI’ Yang Maha Mendengar 27. AL-BASIR Yang Maha Melihat 28. AL-HAKAM Yang Menetapkan Hukum 29. AL-‘ADL Yang Maha ‘Adil 30. AL-LATIF Yang Maha Halus 31. AL-KHABIR Yang Mengetahui Rahsia 32. AL-HALIM Yang Maha Penyantun 33. AL-‘AZIM Yang Maha Agung 34. AL-GHAFUR Yang Maha Pengampun 35. ASY-SYAKUR Yang Menghargai 36. AL-‘ALIY Yang Maha Tinggi 37. AL-KABIR Yang Maha Besar 38. AL-HAFIZ Yang Maha Pemelihara 39. AL-MUQIT Yang Maha Mencukupkan 40. AL-HASIB Yang Maha Menghitung 41. AL-JALIL Yang Maha Mulia 42. AL-KARIM Yang Memberikan
Kemuliaan 43. AR-RAQIB Yang Maha Mengawasi 44. AL-MUJIB Yang Menjawab Semua
Permohonan 45. AL-WASI’ Yang Maha Luas
Kekurniaan 46. AL-HAKIM Yang Maha Bijaksana 47. AL-WADUD Yang Maha Pencinta 48. AL-MAJID Yang Maha Mulia 49. AL-BA’ITS Yang Maha Membangkitkan 50. ASY-SYAHID Yang Maha Menyaksikan 51. AL-HAQQ Yang Maha Benar
����ش�ر�ع�ال���ز�ن�ک����اء�ع�دDOA KANZIL 'ARASH
20
52. AL-WAKIL Yang Maha Memelihara 53. AL-QAWIY Yang Maha Kuat 54. AL-MATIN Yang Maha Kukuh 55. AL-WALIY Yang Maha Melindungi 56. AL-HAMID Yang Maha Terpuji 57. AL-MUHSI Yang Maha Menghitung 58. AL-MUBDI Yang Maha Memulai 59. AL-MU’ID Yang Mengembalikan
Kehidupan 60. AL-MUHYI Yang Maha Menghidupkan 61. AL-MUMIT Yang Maha Mematikan 62. AL-HAYY Yang Maha Hidup 63. AL-QAYYUM Yang Maha Berdiri Sendiri 64. AL-WAJID Yang Maha Menemukan 65. AL-MAJID Yang Maha Mulia 66. AL-WAHID Yang Satu 67. AL-AHAD* Yang Maha Esa 68. AS-SAMAD Yang Menjadi Tempat
Pergantungan Makhluk 69. AL-QADIR Yang Maha Menentukan 70. AL-MUQTADIR Yang Maha Berkuasa 71. AL-MUQADDIM Yang Maha Mendahulukan 72. AL-MUAKHKHIR Yang Maha Mengakhirkan 73. AL-AWWAL Yang Maha Awal 74. AL-AKHIR Yang Maha Akhir 75. AZ-ZAHIR Yang Maha Nyata 76. AL-BATIN Yang Maha Tersembunyi 77. AL-WALI Yang Maha Memerintah 78. AL-MUTA’ALI Yang Maha Memiliki
Ketinggian
����ش�ر�ع�ال���ز�ن�ک����اء�ع�دDOA KANZIL 'ARASH
21
79. AL-BARR Yang Maha Memberi Kebaikan
80. AT-TAWWAB Yang Maha Menerima Taubat
81. AL-MUNTAQIM Yang Maha Penyiksa 82. AL-‘AFUW Yang Maha Pemaaf 83. AR-RAUF Yang Maha Pengasih 84. MALIKUL-MULK Raja Penguasa Segala
Kerajaan 85. DZUL-JALALI WAL-IKRAM Yang Memiliki
Kebesaran Dan Kemuliaan
86. AL-MUQSIT Yang Maha Adil 87. AL-JAMI’ Yang Maha
Menghimpunkan 88. AL-GHANIY Yang Maha Kaya 89. AL-MUGHNI Yang Memberikan
Kekayaan 90. AL-MANI’ Yang Maha Mencegah 91. ADH-DHARR Yang Memberikan
Kemudharatan 92. AN-NAFI’ Yang Memberikan
Kemanafaatan 93. AN-NUR Yang Maha Bercahaya 94. AL-HADI Yang Memberikan Petunjuk 95. AL-BADI’ Yang Memulakan
Penciptaan 96. AL-BAQI Yang Maha Kekal 97. AL-WARITS Yang Maha Mewarisi 98. AR-RASYID Yang Maha Pembimbing 99. AS-SABUR Yang Maha Sabar
����ش�ر�ع�ال���ز�ن�ک����اء�ع�دDOA KANZIL 'ARASH
22
Di dalam Doa Kanzil 'Arash ini juga engandungi Nama-Nama Allah dan ada di antaranya yang tidak dinyatakan di dalam himpunan AlAsma Al-Husna yang sembilan puluh sembilan. Kesemua Nama-Nama yang dinyatakan ini adalah merujuk kepada Zat Allah Yang Satu, Yang Maha Esa lagi Maha Tunggal. Menyebut Nama-Nama Allah sememangnya adalah merupakan suatu kurniaan nikmat dari Allah kerana diberikan Taufiq kepada kita menggerakkan lidah dan akal fikiran untuk menyebut dan memikirkan tentang kebesaran dan keagunganNya. Mudah-mudahan amalan ini akan menguatkan 'Aqidah kita terhadap Ketuhanan Zat Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan menambahkan keyakinan kita terhadap kekuasaanNya.
Dalam buku kecil ini juga kami sertakan transliterasi Roman dan terjemahan Doa Kanzil 'Arash dalam Bahasa Melayu dan disertakan juga Doa Qurani iaitu himpunan doa-doa yang dipetik dari Al-Quran dan amat bermanafaat untuk dijadikan amalan pembacaan harian. Semoga sekelian para pembacanya beroleh manafaat darinya.
Doa Kanzil 'Arash ini sesuai diamalkan pembacaannya setiap kali selepas menunaikan Solat Fardhu ataupun sekurang-kurangnya dibaca sekali dalam sehari sama ada pada waktu pagi ataupun petang.
����ش�ر�ع�ال���ز�ن�ک����اء�ع�دDOA KANZIL 'ARASH
23
Walaubagaimanapun, pembacaannya tiada batas sama sekali, ianya boleh dibaca pada bila-bila masa sahaja yang sesuai untuk mengamalkan zikir dan doa. Insya Allah, keberkatan dari pembacaan ini akan dapat dirasai oleh orang-orang yang membaca dan mengamalkannya.