Kantin Sekolah...
CONTOH KARANGAN
KantinDiSekolahSaya
Apabilalocengberbunyiuntukmasarehat,murid-muridpunpergikekantinsekolah.Bermacam-macammakananadadijualdikantin.Adalaksa,mi
goreng,nasilemak,roti,kuih-muih,danlain-lainlagi.Dikantin,murid-muridberebut-rebutmembelimakanandanminuman.Beberapaorangpengawassedangbertugasdikantin.Merekamengarahmurid-muridsupayaberatur.Setelahmendapatanmakanandanminuman,murid-muridpundudukdanmakandibangkupanjang.Suasanadikantinriuh-rendahdisebabkansuaramuridberbuai-bualsambilmakandanminum.Duapuluhminitkemudian,locengberbunyilagi.Murid-muridpuncepat-cepatmeninggalkankantinuntukmasukkekelasmasing-masing.Pekerja-pekerjadikantinmulasibukmengemaskanpingganmangkokyangbertaburandiatasmeja.Sayasukamembelimakanandikantinsekolah.Makananyangdijualdisitumurah.Keadaandikantinpunsentiasabersihdankemas
Kantin Sekolah Saya
Sekolahsayaadasebuahkantinyangbesar,cantikdanbersih.
Dikantinsekolahsayaterdapatlimabuahgeraimakanan.Banyakjenismakanandijualdikantinsekolahsayasepertinasilemak,migoreng,laksa,karimi,
mijawa,
airsirap,keropok,kuih-miuhdanlain-lainlagi.Hargamakanansangatmurah.Makanandikantinsekolahsayasangatenakdansedap.Padawakturehat,murid-muridmembelimakanandikantinsekolahsaya.Murid-muridberaturuntukmembelimakanan.Suasanadikantinsungguhruih-rendah.Guru-gurumenasihatkanmurid-muridmenjagakebersihankantindisekolah.
Gambar hiasanKantin sekolah kami
Pedoman hidupHidup penuh pengorbananPengorbanan perlukan
perjuanganPerjuangan perlukan ketabahanKetabahan perlukan
keyakinanKeyakinan menentukan kejayaanKejayaan pula menentukan
kebahagiaanPERANCANGAN PERSIAPAN KANTIN TERBERSIH.
Menerusi surat yang diterima daripada Jabatan Pelajaran Negeri
Selangor melalui Pejabat Pelajaran Daerah Sepang, kantin SK Taman
Seroja telah diplih untuk mewakili negeri bagi kategori bandar ke
pertandingan kantin terbersih di peringkat negeri pada bulan
September. Untuk itu satu mesyuarat khas telah diadakan dengan
pengisian untuk mengagihkan tugasan kepada para AJK Unit Kantin.
Berikut merupakan agihan tugasan yang telah dipersetujui
bersama:
Penasihat: Puan Hjh. Noredzan binti A. Bakar (Guru
Besar)Pengerusi: Puan Zaitun binti Baharuddin (GPK HEM)Ketua Unit:
Encik Mohd Suhaimi bin Mohd NizamSetiausaha: Puan Suzita binti
WahilAJK: Puan Norhabshah binti HamzahPuan Haslina binti HassanPuan
Tuan Rahimah binti Tuan MatPuan Sagunthala a/pPuan Irma Aznita
binti Kambali
AJKFocus lokasiTugasan @ cadangan penambahbaikan
Puan NorhabshahKaunter dan sekitarnyaSusun atur kaunter, papan
kenyataan, hiasan kaunter .
Puan HaslinaSinki dan sekitarnyaAksesori pembersihan, lapik
kaki, papa kenyataan.
Puan SagunthalaMeja-meja dan kerusi-kerusiSusun atur, lapik
meja, hiasan meja.
Puan Irma AznitaTiang-tiangHiasan tiang.
Puan Tuan RahimahSilingHiasan siling.
Semua AJK dan pihak kantinBilik makan guruDekorasi, susun atur
kerusi meja.
Pihak kantinDapurDekorasi, susun atur peralatan dapur.
Suzita & SuhaimiSeluruh aspek kantin.Pengurusan fail, blog
kantin, surat menyurat, kertas kerja, bantu ajk2.
Semua AJK harus saling bantu membantu di antara satu sama
lain.
ItemCadangan TarikhCatatan
Perjumpaan agihan tugas13/8/2012
Beli belah peralatan dan keperluanSepanjang cutiBeli sendiri n
claim or cadang pada s/u
Gotong-royong 129/8/2012Gotong royong mencuci bersama murid di
dalam dan sekitar kantin.
Gotong-royong 25/9/2012
Gotong royong 38/9/2012
DAPUR
Cadangan penambahbaikan:Lapik plastic meja murid.Meja murid
dihiaskan dengan info2 P&P.Kain pengelap tangan dan sabun di
sinkiLapik kaki getah di sinkiTong sampah di perbanyakkanPEJABAT
KAFAI
Cermin untuk papan-papan kenyataanDicatat olehKANT
LAPORAN TINJAUAN KEPUASAN PELANGGAN
PENDAHULUAN
Kantin merupakan premis yang beroperasi di dalam kawasan sekolah
bagi memenuhi kehendak pelanggan dalam kalangan murid terutamanya
untuk mendapatkan juadah dan makanan pada waktu rehat sepanjang
sesi persekolahan. Untuk itu kepuasan pelanggan harus diutamakan
oleh pihak kantin bagi memastikan makanan yang disediakan menepati
kehendak mereka selain sesuai dengan nutrisi yang sihat selain
bersih dan mencukupi. Sebagai sebuah unit yang terlibat secara
langsung dengan pengurusan kantin, Unit Kantin SKTS di bawah
pengurusan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab bagi memenuhi kepuasan
pelanggan dalam kalangan murid memandangkan kantin sekolah
merupakan premis tunggal yang menyediakan makanan buat warga
sekolah pada waktu rehat. Untuk itu sebuah tinjauan dilakukan
bertujuan bagi meninjau selera pelanggan terhadap menu di
kantin.
OBJEKTIF1.Mengetahui sumber bekalan makanan murid pada waktu
rehat.2.Mengenalpasti menu kegemaran dan sebaliknya menurut selera
murid.3.Mengenalpasti tempat pilihan untuk murid makan pada waktu
rehat.4.Mengusulkan menu-menu sesuai untuk dibawa ke meja mesyuarat
bagi tujuan pembukaan tender baharu kepada pengusaha kantin
2013.
MAKLUMAT TINJAUAN
Sasaran sampel murid Tahun 1 hingga Tahun 6. 12 buah kelas di
pilih secara rawak melibatkan 385 orang murid.
Instrumen tinjauan mengandungi 3 bahagian utama iaitu:-Punca dan
sumber bekalan makanan waktu rehat.-Menu-menu di kantin merangkumi
makanan berat, makanan ringan dan minuman.-Tempat makan waktu
rehat.
Tinjauan dilakukan pada 12 Jun 2012 selepas waktu rehat
berakhir.
DAPATAN TINJAUAN
-Punca dan sumber bekalan makanan murid majoritinya dibeli di
kantin yang mewakili 71% berbanding mereka yang membawa bekalan
dari rumah sebanyak 14% serta belian di luar kawasan sekolah
sebanyak 3%.-Makanan berat yang menjadi pilihan murid yang telah
dibeli di kantin sekolah adalah nasi lemak dan aneka mee berkuah.
Sementara menu nasi ayam tetap digemari ramai berbanding aneka mee
bergoring yang kurang digemari murid.-Dalam kategori makanan
ringan, karipap, kentang goring / wedges dan roti gulung menjadi
pilihan ramai. Sementara sandwich, keria / donat dan aneka kek yang
terdapat di kantin merupakan menu yang kurang digemari.-Minuman
berkotak dan bancuhan di dalam tong yang dibeli dengan cawan kecil
atau plastik menunjukkan murid tidak ada pilihan lain. untuk itu
pelanggan dalam kalangan murid hanya mendapatkan air dari sini
selain membawa bekalan minuman dari rumah.-Tempat makan pilihan
murid, 31% berehat untuk makan di kantin, 13% di dewan dan 55% di
lain-lain tempat.
ISU DAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
-Murid Tahap 2 dilaporkan tidak berkesempatan mendapatkan
beberapa jenis makanan yang ada semasa Tahap 1 berehat disebabkan
menu makanan tersebut habis cepat. Untuk itu dicadangkan ia
diperbanyakkan lagi mengikut keperluan daripada dapatan tinjauan
ini pada beberapa menu pilihan.-Aneka mee yang disediakan
dilaporkan kosong dan kurang digemari murid. Berkemungkinan jika
mee yang disediakan itu diperbaiki cara hidangannya, maka ia boleh
menjadi pilihan murid pada masa akan datang.-Sandwich yang
disediakan dilaporkan kosong. Walaupun begitu ia masih digemari
oleh murid Tahap 1 sebagai makanan ringan yang mudah dinikmati
semasa rehat.
PENUTUP
Diharapkan agar laporan yang disediakan ini dapat menjadi
panduan kepada pihak pengusaha kantin dan juga Unit Kantin untuk
menyediakan perkhidmatan yang berkualiti untuk diberikan kepada
pelanggan dalam kalangan murid selain pada masa yang sama memenuhi
kehendak dan keperluan guru-guru SKTS. Dapatan tinjauan ini juga
diharapkan dapat memberikan maklumat kepada pihak pentadbir sekolah
untuk menilai tahap kualiti perkhidmatan kantin selain membuka
ruang perbincangan di antara pihak sekolah dan penguasaha kantin
untuk proses penambahbaikan pada masa depan.
Sekian, terima kasih.PROJEK REPLIKA PIRAMID MAKANAN
PENDAHULUAN:Unit Kantin dengan kerjasama Unit Kesihatan telah
membuat sebuah inovasi yang berhubungkait dengan kesihatan menerusi
aspek pemakanan iaitu replica pyramid makanan. replika ini juga
lahir hasil daripada cetusan beberapa orang guru sekolah ini yang
prihatin dengan fenomena tidak sihat dalam kalangan kanak-kanak
iaitu masalah obesiti.
MATLAMAT:Mendedahkan informasi berkenaan pemakanan seimbang
kepada murid sekaligus mengaplikasikannya dalam penhambilan makanan
seharian.
OBJEKTIF:1.Mendedahkan murid berkaitan pemakanan seimbang
melalui piramid makanan.2.Memberi kefahaman kepada murid mengenai
nutrisi yang terkandung dalam makanan.3.Mewujudkan kerja sama dan
toleransi dalam kalangan guru dan murid yang terlibat dengan projek
ini.4.Menjadikannya sebagai panduan kepada kantin untuk memastikan
kesihatan dan pemakanan sihat disediakan kepada murid.5.Sebagai
lambang identiti kantin apabila diletakkan di dalam bangunan
kantin.
TEMA:Makanan Seimbang Sumber Kekuatan Tubuh Badan dan Ketajaman
Akal Fikiran.
KERJASAMA:1.Unit Kantin2.Unit Kesihatan3.Kelab Doktor Muda
JAWATANKUASA PROJEK:Penasihat: Puan Hajjah Noredzan binti A.
Bakar (Guru Besar)Pengerusi: Puan Zaitun binti Baharuddin (GPK
HEM)Encik Roslee bin Abdul Wahab (GPK 1)Puan Norasikin binti Adnan
(GPK Kokurikulum)Penyelaras Program: Encik Mohd Suhaimi bin Mohd
NizamPenyelaras Bersama: Puan Nafsiah binti Tamzir.Setiausaha: Puan
Suzita binti Wahil: Puan Hasliza binti BakarAhli Jawatankuasa: AJK
Unit KantinAJK Unit KesihatanAJK Kelab Doktor Muda
KERANGKA KERJA PROJEK:
KEKUATAN:
1.Mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak iaitu guru dari
segi idea, murid dari segi tenaga kerja dan penguasaha kantin serta
ibu bapa dari aspek bahan projek.2.Pihak pentadbir member kerjasama
dengan memberikan peruntukan bagi menjalankan projek
ini.3.Murid-murid yang terlibat merasa teruja untuk menjalankan
projek ini.
KELEMAHAN:
1.Kesuntukan masa membuatkan replika yang dihasilkan tidak
berapa besar dan canggih.2.Replika yang dipamerkan di kantin kadang
kala rosak dan perlu diperbaiki disebabkan faktor murid.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
1.Replika berkaitan kesihatan dan pemakanan seimbang harus
dibuat lebih banyak dan kreatif.2.Libatkan unit-unit lain melalui
penganjuran pertandingan untuk membina pelbagai bentuk
replika.3.Beri nasihat dan pesanan kepada murid yang suka
bermain-main dengan replika ini.
PENUTUP:
Melalui projek ini akhirnya matlamat dan objektif yang
digariskan tercapai walaupun wujud beberapa kelemahannya di sebalik
kekuatan yang ada. Cadangan penambahbaikan juga diharapkan dapat
direalisasikan pada masa depan.
PROJEK REPLIKA PIRAMID MAKANAN
PENDAHULUAN:Unit Kantin dengan kerjasama Unit Kesihatan telah
membuat sebuah inovasi yang berhubungkait dengan kesihatan menerusi
aspek pemakanan iaitu replica pyramid makanan. replika ini juga
lahir hasil daripada cetusan beberapa orang guru sekolah ini yang
prihatin dengan fenomena tidak sihat dalam kalangan kanak-kanak
iaitu masalah obesiti.
MATLAMAT:Mendedahkan informasi berkenaan pemakanan seimbang
kepada murid sekaligus mengaplikasikannya dalam penhambilan makanan
seharian.
OBJEKTIF:1.Mendedahkan murid berkaitan pemakanan seimbang
melalui piramid makanan.2.Memberi kefahaman kepada murid mengenai
nutrisi yang terkandung dalam makanan.3.Mewujudkan kerja sama dan
toleransi dalam kalangan guru dan murid yang terlibat dengan projek
ini.4.Menjadikannya sebagai panduan kepada kantin untuk memastikan
kesihatan dan pemakanan sihat disediakan kepada murid.5.Sebagai
lambang identiti kantin apabila diletakkan di dalam bangunan
kantin.
TEMA:Makanan Seimbang Sumber Kekuatan Tubuh Badan dan Ketajaman
Akal Fikiran.
KERJASAMA:1.Unit Kantin2.Unit Kesihatan3.Kelab Doktor Muda
JAWATANKUASA PROJEK:Penasihat: Puan Hajjah Noredzan binti A.
Bakar (Guru Besar)Pengerusi: Puan Zaitun binti Baharuddin (GPK
HEM)Encik Roslee bin Abdul Wahab (GPK 1)Puan Norasikin binti Adnan
(GPK Kokurikulum)Penyelaras Program: Encik Mohd Suhaimi bin Mohd
NizamPenyelaras Bersama: Puan Nafsiah binti Tamzir.Setiausaha: Puan
Suzita binti Wahil: Puan Hasliza binti BakarAhli Jawatankuasa: AJK
Unit KantinAJK Unit KesihatanAJK Kelab Doktor Muda
KERANGKA KERJA PROJEK:
KEKUATAN:
1.Mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak iaitu guru dari
segi idea, murid dari segi tenaga kerja dan penguasaha kantin serta
ibu bapa dari aspek bahan projek.2.Pihak pentadbir member kerjasama
dengan memberikan peruntukan bagi menjalankan projek
ini.3.Murid-murid yang terlibat merasa teruja untuk menjalankan
projek ini.
KELEMAHAN:
1.Kesuntukan masa membuatkan replika yang dihasilkan tidak
berapa besar dan canggih.2.Replika yang dipamerkan di kantin kadang
kala rosak dan perlu diperbaiki disebabkan faktor murid.
CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
1.Replika berkaitan kesihatan dan pemakanan seimbang harus
dibuat lebih banyak dan kreatif.2.Libatkan unit-unit lain melalui
penganjuran pertandingan untuk membina pelbagai bentuk
replika.3.Beri nasihat dan pesanan kepada murid yang suka
bermain-main dengan replika ini.
PENUTUP:
Melalui projek ini akhirnya matlamat dan objektif yang
digariskan tercapai walaupun wujud beberapa kelemahannya di sebalik
kekuatan yang ada. Cadangan penambahbaikan juga diharapkan dapat
direalisasikan pada masa depan.
KEMPEN PEMAKANAN SIHAT
PENDAHULUAN:
Kebanyakan proses tumbesaran termasuk perkembangan mata, minda,
pertumbuhan fizikal dan pembelajaran berlaku ketika di peringkat
kanak-kanak dan ini boleh diperoleh menerusi pengambilan pemakanan.
Di peringkat ini, tabiat pemakanan yang sihat dan seimbang sangat
penting bukan saja untuk fizikal tetapi minda kanak-kanak.
Memupuk tabiat makan yang sihat menerusi diet seimbang sejak
dari kecil adalah penting bagi kanak-kanak membina asas yang sihat.
Antara yang diperlukan anak bagi zat pemakanan sihat ialah zat
besi, zink, kalsium, iodin dan vitamin A. Kekurangan zat makanan
boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kanak-kanak.
OBJEKTIF:
Diharapkan murid-murid dapat;1.Mengenal makanan yang sihat dan
seimbang yang dibeli samada di kantin sekolah atau di luar
sekolah.2.Mengambil makanan yang sihat dan seimbang untuk dimakan
serta mengurangkan makan makanan segera dan ringan.3.Mengetahui
keperluan makanan berzat pada diri supaya dapat memberi tumpuan
dalam pelajaran, badan sihat dan otak cergas.
PERLAKSANAAN:
Kempen Makan Makanan Sihat Dan Seimbang Kurangkan Makanan Segera
Dan Ringan telah disampaikan oleh salah seorang Doktor Muda Sekolah
Kebangsaan Taman Seroja iaitu Adik Mohd. Afiq Akmal. Kempen
tersebut hanya mengambil masa 10 minit sahaja.Perkara yang
disampaikan ialah:i.Maksud makanan sihat dan seimbang iaitu makanan
yang mengandungikomposisi karborhidrat, protein, lemak, vitamin,
mineral, garam, gula dan serat.ii.Maksud makanan segera ataufast
fooddan ringanatausnek (snack foods),snekkurang zat(junk
foods)iii.Contoh makanan sihat dan seimbang ialah buah-buahan,
sayur-sayuran, roti, bijirin dan lain-lain.iv.Contoh makanan segera
dan ringan ialah burger, nuget, gula-gula, minuman berkarbonat dan
lain-lainv.Kesan makan makanan sihat dan seimbang iaitu otak
cergas, badan sihat, sentiasa gembira dan lain-lain.vi.Kesan makan
makanan segera dan ringan iaituobesiti, lemah daya ingatan, badan
tidak cergas dan lain-lain.
KESIMPULAN:
Amalan pemakanan sihat dan seimbang akan memberi kesan yang baik
kepada individu terutama murid-murid semasa menjalankan aktiviti
pembelajaran di sekolah dan juga di dalam aktiviti kokorikulum.
Badan sihat akan menjadikan otak cergas. Amalan banyak mengambil
makanan segera dan ringan yang mudah disediakan akan mengundang
obesiti dan juga kekurangan zat di dalam badan.
NO. 2 Kantin Terbersih Kategori Bandar, SelangorPada 8 November
2012, SK Taman Seroja telah dijemput untuk menghadiri majlis
penganugerahan Pertandingan Kantin Terbersih Peringkat Negeri
Selangor yang bertempat di sebuah dewan di Shah Alam. Seramai 10
orang yang mewakili delegasi SKTS pada majlis berkenaan yang
terdiri daripada wakil guru besar iaitu GPK 1, wakil GPK HEM iaitu
S/U HEM, Ketua Unit Kantin, 2 orang wakil pengusaha kantin, seorang
ahli jawatankuasa Unit Kantin dan 5 orang murid. Dalam majlis
tersebut SK Taman Seroja dinobatkan sebagai Naib Juara Pertandingan
Kantin Terbersih Kategori Bandar Peringkat Negeri Selangor Tahun
2012 selain mendapat Naib Juara bagi kategori murid aktif kategori
bandar. Malah, berita yang lebih menggembirakan, sebanyak 6 buah
sekolah masing-masing tiga terbaik daripada kantin sekolah kategori
bandar dan luar bandar telah dicalonkan untuk mewakili pertandingan
ini pada peringkat kebangsaan.
Dicatat olehKANTIN SK TAMAN SEROJAdi12:25 PGTiada
ulasan:E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke
FacebookLabel:LAPORAN,PENGHARGAAN,PERTANDINGANKhamis, 1 November
2012LAPORAN PEMANTAUAN PERTANDINGAN KANTIN TERBERSIH BAGI PENJURIAN
DI PERINGKAT KEBANGSAAN
PENDAHULUAN:Kantin SK Taman Seroja telah menerima kunjungan
daripada pasukan pemantau yang terdiri daripada dua orang pegawai
daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan lima orang krew
rakaman yang bertujuan untuk memantau kantin bagi penjurian kantin
terbersih peringkat kebangsaan.
Kehadiran mereka amat dialu-alukan setelah pihak sekolah
mendapat maklumat di saat-saat akhir daripada Pegawai Teknologi
Makanan JDK Sepang semalam yang menyerahkan surat berhubung
penyenaraian kantin SK Taman Seroja dalam kategori bandar yang
tercalon untuk dibawa ke peringkat kebangsaan.
Pasukan pemantau dalam kalangan krew rakaman telah berada di
kantin sekolah sejak jam 7:00 pagi bagi membuat persediaan rakaman
keseluruhan kantin yang bermula dari proses penyediaan makanan,
memasak, menghidang, menjual, menggemas termasuk keadaan semasa
rehat murid dan guru.
Dalam masa yang sama, Unit Kantin telah mengalu-alukan kehadiran
dua orang pegawai kesihatan ke bilik gerakan sekolah untuk memberi
taklimat mengenai pengurusan kantin dan gambaran kantin secara umum
sebelum pemantauan dan penilaian dilakukan. Slot selama 20 minit
dilihat sebagai cara untuk pihak sekolah melalui Unit Kantin
mempromosi kantin sekaligus membentangkan latarbelakang kantin,
pengurusan unit dan fail serta menjelaskan program-program
pembangunan yang telah dijalankan sepanjang tiga tahun
kebelakangan.
Seterusnya, berikut merupakan laporan yang diterima daripada
pihak pemantau hasil daripada pemantauan yang telah dijalankan
menerusi aspek kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan dari
perspektif pemantau.
Kekuatan:Umumnya pegawai yang memantau menjelaskan semuanya
dalam keadaan baik dan mereka amat berpuas hati dengan keadaan
kantin dari aspek pengurusan fail, proses penyediaan makanan dan
kebersihan dan keceriaan kantin. Namun dalam masa yang sama mereka
memaklumkan kantin-kantin sekolah lain yang tersenarai ke peringkat
kebangsaan turut sama bersaing dan memenuhi piawaian yang
ditetapkan oleh penganjur pertandingan. Bagaimana pun terdapat
beberapa kelainan yang dinyatakan sebagai kekuatan tambahan kepada
kantin sekolah ini.
1.CCTV yang diletakkan di dapur kantin.2.Skrin Informasi
Eletronik.3.Perangkap lalat eletronik4.Blog kantin yang
khusus.5.Penilaian sensori (pemeriksaan menu harian) oleh guru
bertugas.
Kelemahan:Walaupun tidak wujud kelemahan yang nyata sepanjang
proses pemantauan, terdapat juga beberapa komentar yang
memperlihatkan kelemahan kantin namun ia disifatkan oleh pegawai
pemantau sebagai kelemahan minor.1.Susunan pinggan-pinggan yang
berisi mee goreng diletakkan bertindih.2.Susunan kuih di pondok
jualan sedikit jauh dari capaian tangan kebanyakan murid.
Cadangan penambahbaikan:Daripada pemantauan yang dijalankan
secara keseluruhan, satu cadangan penambahbaikan yang disebut
adalah mengenai skrin informasi eletronik di mana melalui
temuramahnya dengan seorang murid di kantin mengenai skrin
berkenaan, paparan yang dimuatkan tidak dapat dilihat dari jarak
yang jauh. Untuk itu mereka mencadangkan agar skrin 42 digunakan
pada masa depan.
Penutup:Daripada pemantauan dan penilaian yang dijalankan, pihak
sekolah amat berterima kasih kepada pasukan pemantau atas teguran,
cadangan dan saranan yang diberikan mengenai kantin. Walaupun tidak
diberikan harapan kemenangan, pihak sekolah berharap agar rakaman
video yang dibuat dapat memberi gambaran lanjut yang positif semasa
penjurian yang dijalankan di peringkat kebangsaan kelak. Pemantauan
berakhir pada jam 12.30 tengah hari dengan sesi jamuan sebagai
penutupnya
Sekian, terima kasih.
PROJEK KANTIN SUMBER ILMU (UNIT KANTIN & UNIT SPBT)
PENDAHULUAN:Sekolah merupakan premis bagi murid menerima ilmu
pengetahuan melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Proses itu
tidak sahaja berlangsung di dalam bilik darjah namun meliputi luar
bilik darjah seperti di padang, bilik-bilik khas, dewan dan
sebagainya. Seluruh kawasan sekolah seharusnya dapat memupuk budaya
cintakan ilmu sebagai cara memperkayakan maklumat-maklumat am untuk
menyokong pengetahuan sedia ada yang diterima di dalam bilik
darjah. Namun dalam masa yang sama proses keilmuan juga boleh
berjalan di kantin semasa waktu rehat secara tidak langsung
walaupun dalam masa yang sama fungsi utama kantin adalah tempat
bagi warga sekolah untuk mendapatkan makanan khususnya semasa rehat
pada pertengahan sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu Unit
Kantin merancang untuk mengadakan satu projek khas bagi menjadikan
kantin sekolah sebagai satu tempat yang dapat memberikan informasi
dan maklumat kepada murid.
MATLAMAT:Menjadikan kantin sekolah sebagai tempat menyalur ilmu
dan maklumat tambahan kepada warga sekolah khususnya
murid-murid.
OBJEKTIF:1.Menyalurkan ilmu dan maklumat tambahan kepada
murid-murid.2.Menghias dan menceriakan kantin dengan bahan-bahan
yang dihasilkan oleh murid.3.Mewujudkan kerja sama dan toleransi
dalam kalangan murid yang terlibat dengan projek ini.
TEMA:Sambil Makan, Sambil Baca, Sambil Ingat
KERJASAMA:1.Pusat Sumber Sekolah2.Unit Skim Pinjaman Buku
Teks3.Kelab Skim Pinjaman Buku Teks4.Panatia Pendidikan Seni
SASARAN:Ahli-ahli Kelab Skim Pinjaman Buku Teks
TEMPOH PERLAKSANAAN:Sepanjang bulan April 2012
JAWATANKUASA PROJEK:Penasihat: Puan Hajjah Noredzan binti A.
Bakar (Guru Besar)Pengerusi: Puan Zaitun binti Baharuddin (GPK
HEM)Encik Roslee bin Abdul Wahab (GPK 1)Puan Norasikin binti Adnan
(GPK Kokurikulum)Penyelaras Program: Encik Mohd Suhaimi bin Mohd
NizamNaib Penyelaras Program: Puan Latifah binti Amin Nurdin: Puan
Mardhiah binti AliasSetiausaha: Puan Suzita binti Wahil: Puan
Norwanawati binti IshakAhli Jawatankuasa: Puan P. SaguntalaPuan
Haslina binti HassanPuan Nor Habshah binti HamzahPuan Tuan Rahimah
binti Tuan MatPuan Erma Aznita binti KambaliPuan Shahida binti
BakarPuan Hafiszatunnur binti IsmailPuan Erma Aznita binti
Kambali
KERANGKA KERJA PROJEK:
ANGGARAN BELANJAWAN:
PENDAPATAN:
SumbanganRM 326.00
PERBELANJAAN:
Kad manila10 keping x RM1.00= RM10.00Kertas warna A41 rim x RM
10.00= RM 10.00Gam5 botolx RM3.00= RM 15.00Salotep/doubletape3
gulung x RM 2.00= RM 6.00Lapik Plastik lutsinar30 meter x RM8.00=
RM 240.00Alatan menulis= RM 50.00___________RM 336.00
PENUTUP:
Melalui projek ini diharapkan ia dapat dijalankan dengan lancar
dan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif yang telah
digariskan. Dengan informasi dan maklumat yang disediakan di kantin
sekolah ia akan memupuk sikap semangat cintakan ilmu ke dalam diri
murid dengan mempelbagaikan fungsi kantin yang selama ini hanya
dilihat sebagai tempat untuk makan dan berehat semata-mata.Dicatat
olehKANTIN SK TAMAN SEROJAdi9:03 PGTiada ulasan:
PEMANTAUAN & PENILAIAN KANTIN DARI PKD SEPANG
LAPORAN PEMANTAUAN DARIPADA PEGAWAI KESIHATAN TERHADAP PROSES
PENYEDIAAN MAKANAN 2013
Pendahuluan:Kantin merupakan salah satu kemudahan yang
disediakan oleh pihak sekolah sebagai tempat untuk warga sekolah
khususnya murid untuk beristirehat pada waktu rehat. Di sini murid
akan mendapatkan makanan dan minuman yang disediakan dengan harga
yang berpatutan. Pengusaha kantin yang dilantik oleh pihak sekolah
harus menyediakan perkhidmatan yang baik kepada pelanggannya dari
kalangan warga sekolah. Persekitaran kantin yang bersih dan
kondusif juga memainkan peranan penting selain cara penyediaan
makanan yang mengikut prosuder dan speksifikasi yang disarankan
oleh pihak sekolah.
Laporan:Pada hari Rabu, 16 Januari 2013, pegawai daripada
Pejabat Kesihatan Daerah Sepang telah hadir membuat pemantauan ke
SKTS untuk meninjau pengurusan keselamatan di sekolah meliputi
pelan kecemasan, bilik kesihatan ternasuk premis penyediaan
makanan. Untuk tinjauan ke atas premis penyediaan makanan ia
merangkumi kantin sekolah dan dapur bagi dua buah pra-sekolah. Ia
merupakan pemantauan berkala secara tahunan yang telah dihadiri
oleh dua orang pegawai pada jam 9.00 pagi di mana Encik Mohd
Suhaimi bin Mohd Nizam selaku ketua unit kantin mewakili Unit Hal
Ehwal Murid telah mengiringi pegawai bertugas sepanjang pemantauan
dijalankan meliputi kawasan kantin, Pra Sekolah Tunas Harapan dan
Tunas Permata. Pemantauan yang dijalankan ini bertujuan bagi
memastikan proses penyediaan makanan dilakukan mengikut prosuder
yang betul selain memastikan kebersihan kantin berada di tahap yang
memuaskan.
Keputusan pemantauan:
Hasil daripada pemantauan yang dijalankan di ketiga-tiga
kawasan, didapati semuanya dalam keadaan baik dan terkawal. Namun
terdapat beberapa perkara yang harus diambil perhatian bagi
memastikan kantin (serta dua dapur pra sekolah) berada dalam
keadaan bersih dan bebas daripada kemungkinan-kemungkinan yang
boleh membawa kemudharatan kepada pelanggan dari kalangan murid dan
kakitangan sekolah.
Antara teguran dan saranan yang dimaklumkan adalah:
Di kantin.
Pemakaian gelang tangan semasa pengendalian makanan seorang
pekerja kantin memakai gelang tangan semasa menyediakan
makanan.
Penggunaan perkakasan dapur yang berpotensi untuk tercemar iaitu
penggelek doh dan mesen pengisar penggelek doh daripada kayu perlu
diganti kepada bahan plastik.
Perangkap tikus yang tidak digunakan secara efektif perlu ada
umpan dalam perangkap tikus walau pun tiada tikus.
Di Pra-Sekolah A (Tunas Harapan):
Penggunaan paip yang tidak efektif elakkan menggunakan saluran
getah kerana ia antara punca pengumpulan bakteria.
Peralatan digunakan harus dipastikan dicuci bersih.
Pegawai pemantau mengingatkan pembantu murid agar sentiasa
menjaga kesihatan. Lain-lain perkara berada dalam keadaan baik dan
terkawal. Di akhir pemantauan ini, pegawai pemantau telah memberi
markah sebanyak 93% bagi Pra-Sekolah A.
Di Pra-Sekolah B:
Penggunaan tandas harus digunakan sebaiknya.
Pra-sekolah dan pembantu murid ini walaupun masih baru, namun
setiap prosuder dan peraturan harus diikuti bagi mengelakkan
wujudnya sebarang kemudharatan sepanjang masa bertugas dan proses
penyediaan makananan. Di akhir pemantauan ini, pegawai pemantau
telah memberi markah sebanyak 94% bagi Pra- Sekolah B.
Kesimpulan:Ketiga-tiga kawasan yang dipantau berada didalam
tahap baik namun memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa.
Kesemua pihak dari kalangan pentadbir, guru penyelaras kantin,
penguasaha kantin dan juga pembantu murid di pra-sekolah telah
diberi penjelasan mengenai keperluan mengikut proseder semasa
proses penyediaan makanan. Insya-Allah pada Unit Kantin akan
sentiasa bekerjasama dengan pihak terlibat dari semasa ke
semasa.
Sekian, terima kasih.
LAPORAN PEMANTAUAN OLEH PAKAR PEMAKANAN
Pendahuluan:Pemakanan seimbang harus diberi penekanan oleh ibu
bapa kepada anak-anak yang semakin membesar. Dalam tempoh usia
kanak-kanak inilah mereka memerlukan diet yang seimbang bagi
tumbesaran mereka bagi memastikan kandungan nutrisi yang diperlukan
diperolehi murid. Di sekolah, kantin juga harus berperanan sama
dalam menyediakan diet yang sesuai sebagai kelangsungan dalam
penerapan pemakanan seimbang dalam diri murid.
Laporan:Untuk itu pada 3 Mei 2012 seorang pegawai dari Klinik
Kesihatan Sepang telah hadir membuat pemantauan terhadap menu
makanan dan minuman yang disediakan di kantin. Beliau merupakan
pakar pemakanan yang dipertanggungjwabkan untuk memantau memu
selain memberikan cadangan dan pandangan kepada penambahbaikan.
Keputusan pemantauan:
Hasil daripada pemantauan yang dijalankan dilihat berada dalam
keadaan memuaskan. Namun terdapat beberapa menu yang disediakan
dianggap tidak sesuai dimakan oleh kanak-kanak secara kerap iaitu
nasi lemak, nugget dan burger. Beliau juga mencadangkan agar jumlah
kalori bagi setiap makanan dipamerkan sebagai pengetahuan tambahan
kepada murid dengan menampalkannya di papan kenyataan dan
seumpamanya.
Kesimpulan:Daripada pemantauan ini, Unit Kantin akan membuat
pemantauan lanjutan secara dalaman menerusi hasil pemantauan dan
cadangan yang dikemukakan. Pihak Unit Kantin sentiasa
mengalu-alukan kedatangan pihak kesihatan sebagai cara tidak
langsung untuk mendedahkan kepada murid mengenai keperluan
mengamalkan pemakanan seimbang.LAPORAN PEMANTAUAN OLEH PAKAR
PEMAKANAN
Pendahuluan:Pemakanan seimbang harus diberi penekanan oleh ibu
bapa kepada anak-anak yang semakin membesar. Dalam tempoh usia
kanak-kanak inilah mereka memerlukan diet yang seimbang bagi
tumbesaran mereka bagi memastikan kandungan nutrisi yang diperlukan
diperolehi murid. Di sekolah, kantin juga harus berperanan sama
dalam menyediakan diet yang sesuai sebagai kelangsungan dalam
penerapan pemakanan seimbang dalam diri murid.
Laporan:Untuk itu pada 3 Mei 2012 seorang pegawai dari Klinik
Kesihatan Sepang telah hadir membuat pemantauan terhadap menu
makanan dan minuman yang disediakan di kantin. Beliau merupakan
pakar pemakanan yang dipertanggungjwabkan untuk memantau memu
selain memberikan cadangan dan pandangan kepada penambahbaikan.
Keputusan pemantauan:
Hasil daripada pemantauan yang dijalankan dilihat berada dalam
keadaan memuaskan. Namun terdapat beberapa menu yang disediakan
dianggap tidak sesuai dimakan oleh kanak-kanak secara kerap iaitu
nasi lemak, nugget dan burger. Beliau juga mencadangkan agar jumlah
kalori bagi setiap makanan dipamerkan sebagai pengetahuan tambahan
kepada murid dengan menampalkannya di papan kenyataan dan
seumpamanya.
Kesimpulan:Daripada pemantauan ini, Unit Kantin akan membuat
pemantauan lanjutan secara dalaman menerusi hasil pemantauan dan
cadangan yang dikemukakan. Pihak Unit Kantin sentiasa
mengalu-alukan kedatangan pihak kesihatan sebagai cara tidak
langsung untuk mendedahkan kepada murid mengenai keperluan
mengamalkan pemakanan seimbang.
Kantin di Hari Pertama Persekolahan Tahun
2013Assalamualaikum.
Selamat kembali ke sekolah kepada semua murid dan guru. Semoga
kehadiraan pada sesi persekolahan tahun 2013 memberi kekuatan dan
semangat dalam diri masing-masing. Jika dahulu semangat yang utuh
semakin luntur, kini kembalikan semangat itu untuk melakar lagi
kecemerlangan-kecemerlangan yang telah dicapai pada tahun-tahun
sebelumnya. Pada murid baharu terutamanya murid Tahun 1 2013,
selamat datang diucapkan.
Untuk tiga hari pertama antara 2-4 Januari 2013, kantin SK Taman
Seroja telah beroperasi dengan jayanya. Untuk makluman, pengusaha
kantin bagi tahun ini adalah daripada syarikat yang sama seperti
tahun lepas iaitu Syarikat L.A Chattering Sdn. Bhd yang mana ia
telah beroperasi di sekolah ini buat tahun ke tujuh. Tahniah
diucapkan daripada Unit Kantin dan diharapkan agar wujud
penambahbaikan daripada tahun-tahun sebelumnya.
Tinjauan untuk minggu pertama persekolahan telah dijalankan
seperti biasa melalui pemantauan kendiri oleh pihak pengusaha
kantin serta disahkan oleh Unit Kantin di mana terdapat
penambahbaikan daripada beberapa aspek iaitu:
1- Tukang masak yang baharu yang khusus menyediakan masakan
berat dan panas.2- Kebersihan dan keceriaan ditambah baik
terutamanya lukisan mural di dinding kantin.3- Perkakasan hidangan
yang baharu termasuk rak pinggan dan cawan yang disediakan dalam
bilik makan guru.4- Menu masakan yang pelbagai dan ada penyediaan
ulangan atau tambahan jika hidangan pertama telah habis sebagai
alternatif terutamanya untuk guru dan murid Tahap 2.5- Meja dan
kerusi ada penambahan yang dibeli oleh piahk sekolah iaitu sebanyak
10 buah meja dan 20 buah kerusi bangku untuk kemudahan murid yang
boleh memuatkan 400 orang murid dalam satu sesi rehat.6-
Mengurangkan penggunaan plastik kepada murid terutamanya plastik
minuman bagi mengelakkan adanya sampah yang di buang di merata-rata
tempat semasa waktu rehat.
KANAK-KANAK OBESITI: TIDAK SEKADAR PERANAN PIHAK SEKOLAH
Masalah obesiti yang membelenggu ramai kanak-kanak masa kini
merupakan masalah kesihatan yang serius. Obesiti bukan sesuatu yang
baik terutamanya dalam kalangan kanak-kanak. Tentu saja ia berpunca
daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang dengan keperluan
diri mereka. Apatahlagi jika makanan yang diambil itu bukanlah
bersumberkan nutrisi yang sepatutnya malah memberi kesan buruk
terhadap diri mereka. Semua ini berpunca daripada pengambilan
makanan ringan seperti gula-gula, coklat, air bikarbonat, jajan dan
lain-lain. Selain itu makanan makanan segera juga turut menyumbang
kepada masalah itu yang kebanyakannya kaya dengan minyak dan garam
yang tinggi.
Ada dua isu yang dibangkitkan melalui laporan itu iaitu desakan
kepada pengusaha kantin atau koperasi di sekolah-sekolah supaya
tidak menjual makanan ringan dan makan makanan segera serta
penjaja-penjaja yang berada di sekitar pagar sekolah. Yang keduanya
adalah cadangan supaya berat badan murid diukur dan dicatatkan oleh
pihak sekolah setiap bulan yang tentu saja bersandar kepada guru
kelas.
Persoalannya di sini, mengapa tindakan-tindakan itu ditujukan
kepada sekolah yang dilihat sebagai satu cara mengekang nafsu makan
murid yang memang sukakan makanan-makanan sedemikian? Tidakkah
diperhatikan bahawasanya didikan kepada anak-anak untuk
menghindarkan makanan ringan dan makanan segera di rumah juga
adalah perlu malah harus lebih ditekankan lantaran banyak masa
mereka berada di rumah berbanding sekolah.
Tidak dinafikan kedapatan penjualan makanan ringan dan makanan
segera di premis sekolah, tetapi ia tidaklah begitu serius bahkan
penjualannya adalah terhad. Ini disebabkan pihak pentadbiran
sekolah sendiri akan memantau penjualan makanan kepada murid selain
keprihatinan daripada ibu bapa murid yang sentiasa membuat laporan
dan cadangan penambahbaikan terhadap penjualan makanan di
sekolah-sekolah. Manakala kepada penjaja-penjaja di luar pagar, ia
berada di luar bidang kuasa pentadbiran sekolah dan ianya
memerlukan kerjasama daripada masyarakat setempat untuk
menanganinya.
Soalnya, mengapa tidak dinyatakan juga perkara yang sama kepada
ibu bapa supaya menjaga pemakanan anak-anak mereka? Sebenarnya
latihan di rumah amat penting lebih-lebih lagi dipupuk sedari kecil
supaya mereka terdidik dan terbiasa untuk menghindari makanan
ringan dan makanan segera. Dalam pada mengelakkan mereka dengan
makanan-makanan tidak berkhasiat itu, berikan juga maklumat
pemakanan yang betul kepada mereka mengikut tahap yang sesuai.
Kadang kala menegah itu akan menimbulkan persoalan di fikiran
mereka, jadi dengan hikmah ibu bapa boleh menerangkan serba sedikit
tentang pemakanan yang betul kepada mereka. Jika di sekolah,
sememangnya mereka diberi pendedahan. Namun, apabila di rumah ibu
bapalah yang harus memastikan apa yang dipelajari murid diamalkan
sebaiknya.
Bila mana anak-anak telah dilatih sebegini maka ia tidak lagi
menjadi masalah tatkala mereka berada di mana-mana saja pun. Dalam
tahap ini, tentu ibu bapa tidak akan risau malah boleh mempercayai
anak-anak mereka sendiri dalam membelanjakan wang membeli makanan
di sekolah atau di mana saja pun. Jangan pula menunding jari kepada
sekolah semata-mata seolah-olah memperlihatkan masalah obesity
murid adalah berpunca daripada sekolah.
Berkenaan cadangan supaya pihak sekolah mencatatkan berat badan
murid untuk setiap bulan, kelihatan satu cadangan yang meluaskan
skop tugas guru itu sendiri. Memang selama ini pihak sekolah
melalui guru kelas ada merekodkan berat badan dan ketinggian murid,
tetapi bukanlah untuk setiap bulan seperti mana yang dicadangkan.
Catatan untuk dua kali setahun dilihat sudah cukup dan untuk
melakukannya setiap bulan boleh jadi ia menambah lagi kepelbagaian
tugas guru masa kini. Apa kata ibu bapa di rumah juga mengambil
inisiatif untuk memantau berat badan anak-anak mereka agar
pencegahan langsung dapat dilakukan bagi mengelakkan berlakunya
masalah obesiti kepada anak-anak mereka.Kesimpulannya, setiap hal
berkaitan kanak-kanak tidak seharusnya menjadi tanggungjawab
sekolah semata-mata. Pihak ibu bapa dan masyarakat amnya seharusnya
bersama-sama membantu untuk memastikan masalah obesiti dalam
kalangan kanak-kanak dapat di atasi. Peranan daripada pihak
kerajaan melalui kementerian kesihatan dan agensi lain yang
berkelayakan juga harus diwujudkan. Tentu sahaja penjelasan lanjut
mengenai pemakanan sihat boleh diberikan melalui anjuran pelbagai
program dalam kempen untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya
obesiti dalam kalangan kanak-kanak. Semua itu adalah atas satu
matlamat yang sama, demi melahirkan generasi yang cerdas dan cergas
dan tentu saja dengan akal yang cerdas dan fizikal yang cergas itu
adalah hasil daripada sumber pemakanan yang baik.