KANDUNGAN · Web viewIsi Kandungan Prakata Panduan Daftar Masuk (Login) PRAKATA Sistem Integrasi Aplikasi Sukan mempunyai tiga (3) modul utama dan salah satunya ialah aplikasi e-kepegawaian.
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Manual PenggunaSistem Integrasi Aplikasi Sukan (e-kepegawaian)
Manual PenggunaSistem Integrasi Aplikasi Sukan (e-kepegawaian)
PRAKATA
Sistem Integrasi Aplikasi Sukan mempunyai tiga (3) modul utama dan salah satunya ialah aplikasi e-kepegawaian. e-kepegawaian menyediakan satu platform untuk mengumpulkan maklumat pegawai-pegawai sukan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Tujuan aplikasi ini dibangunkan ialah untuk:
1. Menyediakan ruang untuk pengumpulan maklumat pegawai sukan yang terdiri daripada Pengadil, Jurulatih dan Pegawai Teknikal Sukan (PTPS).
2. Mengurus dan memantau profil pegawai-pegawai sukan di dalam KPM.
3. Menyediakan ruang makluman berkaitan kursus-kursus kepegawaian sukan.
4. Menyediakan ruang permohonan mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan secara elektronik dan diluluskan secara elektronik.
5. Membantu pegawai JPJS untuk pelaporan berkaitan sumber manusia kepegawaian sukan.
Sistem ini dibangunkan dalam platform secara web dan boleh dicapai sekiranya ada sambungan atau talian ke internet. Semua pegawai sukan atau yang terlibat di dalam sukan adalah pengguna aplikasi ini. Mereka dikehendaki mendaftarkan diri mereka ke dalam aplikasi dan apabila telah disahkan, mereka boleh menggunakan aplikasi ini.
Aplikasi ini dibangunkan menggunakan teknologi Macromedia Coldfusion (cfm) oleh Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BTMK) dengan kerjasama Jabatan pendidikan Jasmani dan Sukan.
Sebarang pertanyaan berkaitan aplikasi, boleh menghubungi nama tertera seperti di bawah:
1. Afrohah Binti Abd. Hamid 37932. Wan Anisah Binti Wan Razak 36743. Wan Shafarina Binti Shamsuddin 36994. Safinaz Binti Jaafar 3781
Manual PenggunaSistem Integrasi Aplikasi Sukan (e-kepegawaian)
1. Capaian 1.0 Capaian Ke Sistem
a) Anda boleh membuat capaian menggunakan mana-mana jenis pelunsur web seperti Internet Explorer (IE), Netscape, Mozilla Firefox ataupun Opera. Paparan terbaik untuk aplikasi ini adalah menggunakan IE versi terkini menggunakan resolusi 1024 X 768. Klik pada ikon pelunsur web (web browser) anda.
b) Pada ruangan bar alamat (adress bar), taip alamat aplikasi seperti berikut:
Manual PenggunaSistem Integrasi Aplikasi Sukan (e-kepegawaian)
2. Penggunaan Sistem 2.0 Pendaftaran
a) Bagi menggunakan sistem ini, pengguna perlu mendaftarkan diri mereka ke dalam sistem. Sebagai langkah awal sila klik pada hipertautan Daftar Baru seperti Rajah 2.
Rajah 2
b) Sekiranya hipertautan Daftar Baru diklik, paparan pendaftaran akan diberikan dan isikan maklumat seperti diminta sebagaimana Rajah 3.
Manual PenggunaSistem Integrasi Aplikasi Sukan (e-kepegawaian)
2) Masukkan Nama Pengguna anda.3) Masukkan katalaluan anda.4) Masukkan katalaluan anda sekali lagi untuk pengesahan.5) Masukkan negeri anda.6) Masukkan e-mel anda.7) Klik bebutang Daftar untuk melakukan pendaftaran.
Rajah 3
c) Sebaik anda klik butang Daftar, Rajah 4 akan dipaparkan.
Manual PenggunaSistem Integrasi Aplikasi Sukan (e-kepegawaian)
a) Masukkan nama pengguna dan katalaluan anda. Pastikan anda telah mendaftar sebagai pengguna dan telah disahkan oleh Admin. Paparan adalah seperti di Rajah 5.
Rajah 5
b) Selepas anda klik butang Masuk, paparan adalah seperti di Rajah 6. Sila klik menu Pengesahan Pendaftaran.
Rajah 6c) Sila tandakan petak Luluskan jika ada pengguna yang memohon daftar
baru sebagai pengguna dan selepas itu klik butang Luluskan.d) Jika anda ingin keluar dari sistem ini, sila klik Logoff.
Manual PenggunaSistem Integrasi Aplikasi Sukan (e-kepegawaian)
g) Sila klik pada Pilihan Menu Maklumat Sijil untuk mengemaskinikan maklumat sijil anda. Paparan adalah seperti di Rajah 11.
Rajah 11
h) Jika anda ingin melihat senarai kelayakan yang telah anda miliki sila klik menu Senarai Kelayakan, dan untuk menambah kelayakan anda sila klik menu Tambah Kelayakan. Paparan adalah seperti di Rajah 12.
Manual PenggunaSistem Integrasi Aplikasi Sukan (e-kepegawaian)
j) Jika anda ingin melihat maklumat berkaitan dengan kursus, sila klik Pilihan Menu Kursus. Terdapat dua menu kecil di bawah pilihan menu ini iaitu Penawaran Kursus dan Semak Status Permohonan. Jika anda ingin melihat senarai kursus yang ditawarkan, sila klik Penawaran Kursus. Paparan seperti di Rajah 14. Sila pilih jenis sukan dan juga penganjur, selepas itu klik butang Cari.
Rajah14
k) Menu Semak Status Permohoan adalah untuk menyemak samada permohonan anda untuk menghadiri kursus yang ditawarkan diluluskan ataupun tidak. Jika permohonan anda diluluskan, anda boleh mencetak surat permohonan. Paparan adalah seperti di Rajah 15.