Kandungan Mukasurat
SELAMAT DATANG PENGURUS BESAR BDA (PUAN RODZIAH BINTI HJ. MORSHIDI)
1
JASAMU DIKENANG (DATU GM) 2-3
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK 5S
4
CARTA ORGANISASI JAWATANKUASA KECIL PROMOSI 5S
5
KALENDAR AKTIVITI SEPANJANG TAHUN 2014/2015
6
MAJLIS TAHLIL DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2014
7-9
KENANGAN TERINDAH BERSAMA MANTAN PENGERUSI JKK PROMOSI 5S (2005-2011)
10-11
PERTANDINGAN DEKO MERDEKA 5S DAN ‘WORKSTATION’ TERBAIK 2014
12
PERTANDINGAN AUDIT DALAMAN BIL. 2/2014 BILIK PEGAWAI TERBAIK 2014 ANUGERAH KHAS JK PROMOSI POSTER 5S DEKO TRANDAS PALING IMPRESIF KESELURUHAN TERBAIK 5S
13—18
AKTIVITI SIHAT 2014 19
SEPINTAS LALU 20 i
SELAMAT DATANG …(PENGURUS BESAR BDA YANG BARU)
Majlis Penyerahan Tugas Pengurus Besar BDA
1983-1986: Mula berkhidmat di BDA sebagai Pegawai Tadbir
1986-1991: Dinaikkan pangkat menjadi Pegawai Tadbir Kanan
1992-1993: Pegawai Tadbir (N3)
1993-1996: Pegawai Tadbir (N2)
1997-1999: Penolong Pengurus Besar III (N1)
1999-2002 :
Penolong Pengurus Besar , Land Custody and Development
Authority (LCDA)
2002-2006 :
Ketua Penolong Pengarah , Unit Pengurusan Sumber Manusia
Timbalan Pengarah, Unit Pengurusan Sumber Manusia
Pemangku Pengarah, Unit Pengurusan Sumber Manusia
2006-2009: Residen di Pejabat Residen Kuching
2009-2011: Residen di Pejabat Residen Samarahan
2013 hingga 6 April 2015:
-SETIAUSAHA TETAP DI KEMENTERIAN KEBAJIKAN, WANITA DAN
PEMBANGUNAN KELUARGA SARAWAK
7 April 2015 : Lantikan Sebagai Pengurus Besar BDA hingga kini
“For me world class means when we are
able to provide excellent services and
the people appreciate our efforts”.
With the strong support and commitment
of the staff in BDA we will improve our
service for the people. I admit there will
be some constraints but there is no con-
straint that we cannot overcome” .
- Puan Rodziah bt Morshidi
1
NONA UGAK
PEN. SETIAUSAHA
MAY MEILA
SETIAUSAHA
ZAIDA MIRAD
BENDAHARI
SAIFULIZAN SARWAR
BULETIN 5S /
JURUGAMBAR
YUSMAN BOLHAN
PEN. LOGISTIK &
PERALATAN
MARIA MERSAL
PROMOSI
WEBSITE /BEP/BULETIN
JOSEPH SIE
LOGISTIK & PERALATAN
MASSURI HUSAINI
HADIAH & KREATIF
AZIZI NAWAWI
AEROBIK & INFORMASI
BENFUADZEN
JURUACARA
JESSICA LANDSAY
PENGERUSI
5
KEMASKINI PADA 23 JANUARI 2015
TARIKH PERISTIWA
22 OGOS 2014 MAJLIS TAHLIL DAN JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 2014
17 SEPTEMBER 2014 PERTANDINGAN DEKO MERDEKA 5S DAN ‘WORKSTATION’ TERBAIK 2014
PERTANDINGAN AUDIT DALAMAN BIL. 2/2014 BILIK PEGAWAI TERBAIK 2014 ANUGERAH KHAS JK PROMOSI POSTER 5S DEKO TRANDAS PALING IMPRESIF KESELURUHAN TERBAIK 5S
SETIAP KHAMIS (PETANG)
AKTIVITI SIHAT
7 APRIL 2015 JASAMU DIKENANG (DATU HAJI MOHIDIN B. HAJI ISHAK)
SELAMAT DATANG PENGURUS BESAR YANG BARU (PUAN RODZIAH BINTI HAJI MORSHIDI)
6
Jamuan Hari Raya Aidilfitri telah diadakan pada 22 Ogos 2014
bertempat di Lobi PR BDA,Wisma Bintulu. Jawatankuasa Kecil
Promosi 5S telah menjemput 8 kumpulan 5S untuk menyediakan
beberapa gerai yang menghidangkan beraneka jenis juadah serta kuih muih
tempatan.
Di samping itu, majlis tahlil juga diadakan sempena memperingati mantan Pengerusi
JKK Promosi 5S , Allahyarhamah Puan Ariza bt. Ghazalee serta keluarga yang terlibat
dalam tragedi nahas pesawat MH17.
7
MAJLIS TAHLIL DAN JAMUAN HARI RAYA
AIDILFITRI 2014
Starting our new Hjjrah… ! Gambar terakhir arwah bersama
anak-anaknya sebelum menaiki pesawat MH17
Pegawai –pegawai dari BDA menziarahi ibu arwah di Kuching
Majlis Tahlil Arwah Ariza dan keluarga yang diadakan
oleh Warga kerja BDA bagi memperingati beliau. 9
Gambar kenangan arwah sekeluarga semasa bercuti
Ariza binti Ghazalee dilahirkan pada 8 Julai 1968.
Beliau berkelulusan Bachelor in Civil Engineering (Hons.) UTM dalam
tahun 1994. Beliau berkahwin dengan Tambi bin Jaiee dan
mempunyai 4 orang anak (seorang perempuan dan 3 orang lelaki).
2 September 1997, beliau mula bekerja di Lembaga Kemajuan Bintulu
(BDA) sebagai Jurutera Awam Gred J3 dalam Perkhidmatan Tetap.
Pada 22 oktober 2007pula, beliau telah ditawarkan kenaikan pangkat
ke jawatan Jurutera , Gred J44 di BDA.
Beliau seorang yang begitu aktif dan dedikasi dalam aktiviti-aktiviti
anjuran BDA. Di antaranya, sebagai Pengerusi AJK Gubahan dan
Masakan sempena Pesta Layang-Layang Antarabangsa Borneo,
Pengerusi JKK Promosi 5S dan sebagainya.
Sepanjang berkhidmat di BDA, beliau pernah mendapat anugerah
cemerlang dalam Penilaian Prestasi dalam tahun 2002 dan 2009.
20 April 2010, beliau dilantik mengetuai Bahagian Building
Engineering Division (BED).
1 Disember 2011 sehingga 30 November 2014., beliau mengambil
cuti tanpa gaji selama 3 tahun kerana mengikut suaminya
bertugas di Luar Negara.
Sumber : HRS
Kenangan terakhir bersama arwah di KL
Kursus Audit Dalaman 5S
Lawatan Sambil Belajar 5S di ABF, Bintulu
Lawatan Kerja bersama pegawai BDA
Semasa sesi audit dalaman BDA
Kursus Audit Dalaman BDA 10
Hembusan bayu kala subuh hening berteman purnama Ramadhan
Tanpa terduga membawa deruan sepoi berita dukacita
Tersentak seketika benak berdiskusi dek berita nan sukar diterima
Hingga ada ya tertanya……benarkah ini?
Tragedi MH17 merembes titis kepiluan
Buat dunia yang baru sahaja menghampar
Halaman cerita yang mirip serupa
Belum putus bibir berbicara rasanya
Tiba pula kesihan dan kepiluan menerpa
Tragedi nan memilukan menyentuh sebak hati sanubari
Bukan hanya keluarga, malah sahabat serta juga warga sepelesok dunia
Menungkap madah kisah tragis sahabat kami turut merasai kepiluan dek tragedi
Yang meragut jalinan persahabatan nan tak mungkin akan bersua lagi
Engkau pergi sekilas bak pelangi bercahaya nan serta merta hilang dari penglihatan
Yang pernah berada di ufuk bersama
Meski ada pelangi yang muncul nanti
Tak akan setara tempatnya
Seperti engkau juga
Meski ada penggantinya sahabat berjuta
Tak akan sama serupa
Seumur bergelar sahabat bersamamu
Begitu banyak memori suka duka dilalui
Engkaulah rakan nan luhuir pekerti
Engkaulah sahabat nan mesra budiman
Engkaulah kawan nan cekal berbakti
Engkaulah taulan yang ramah berbicara
Persis insan yang molek hati budi
Kami meratapi pemergianmu hanya berteman gambaran di kaca media
Kami meratapi pemergianmu tak terasa titisan air mata jatuh di halaman akhbar
Kami meratapi pemergianmu bertalian cetus kongsian khabar dukacitamu
Kami meratapi pemergianmu termanggu merelakan air mata mengalir memohon restu
Takdir dan waktu kuasa yang Esa
Kehilanganmu tidak terduga dan kesedihan begitu dalam terasa
Apatah lagi ditokok dengan pemergianmu seluruh keluarga
Dek tragedi sedemikian ini……..
Mana mungkin insan yang pernah mengenalimu
Tak terasa sedih dengan pemergianmu
Sekilas kenangan bersamamu menjelma di benak sekalian sahabatmu
Sekilas juga doa terungkap di bibir aneka sahabatmu memohon doa
Moga engkau dilingkung yang Esa bersama hamba-hambaNya yang beriman
Engkau yang terindah dalam liputan memori seumur bergelar sahabat
Semoga sejahtera rohmu di sisi Allah
Khas buat insan bergelar sahabat
Allahyarhamah Ariza Ghazalee
Hasil Nukilan : Mohamad Daud bin Ahmad 11
PERTANDINGAN DEKO MERDEKA 5S & WORKSTATION TERBAIK 2014
Pertandingan ini bertemakan ‘Di Sini Lahirnya Se-
buah Cinta’, berkonsepkan 5S dan 3R.
Kumpulan Mawar merupakan juara kepada kategori
Sudut 5S dan Workstation Terbaik dan menerima
hadiah wang tunai RM300, Piala pusingan & Sijil .
Tempat kedua Kumpulan Rafflesia diikuti Kumpulan
Matahari di tempat ketiga, manakala kumpulan 5S
yang lain mendapat hadiah saguhati.
Pertandingan dekorasi sudut 5S dan Work-
station telah diadakan pada 17 September
2014 sempena Hari Malaysia 2014.
Objektif kepada pertandingan ini adalah
untuk memupuk semangat cintakan Negara
Malaysia dan
semangat patriotik di kalangan
warga kerja BDA.
Sudut 5S Kumpulan Mawar
Sudut 5S Kumpulan Rafflesia
Sudut 5S Kumpulan Matahari
Sudut 5S Kumpulan Bourgenvilla Sudut 5S Kumpulan Raya
Sudut 5S Kumpulan Teratai Sudut 5S Kumpulan Melur
Sudut 5S Kumpulan Kasturi 12
PERTANDINGAN AUDIT DALAMAN BIL. 2/2014
Pertandingan 5S anjuran JKK Promosi bersempena Audit Dalaman Bil 2/2014 telah diadakan
pada 2 Disember 2014. Berikut adalah keputusan pertandingan tersebut mengikut kategori-
kategori yang dipertandingkan :
BILIK PEGAWAI TERBAIK 2014 – Bilik Pn. Jesssica Landsay
ANUGERAH KHAS JK PROMOSI - Kumpulan Rafflesia
POSTER 5S – Kumpulan Matahari
DEKO TANDAS PALING IMPRESIF – Kumpulan Matahari
KESELURUHAN KUMPULAN 5S TERBAIK – Kumpulan Rafflesia
Berikut merupakan keputusan Audit Dalaman 5S 2014 yang dijalankan pada
2 Disember 2014:
Sumber : Setiausaha Audit Dalaman BDA
13 Gambar-gambar semasa sesi audit dijalankan dalam pelbagai kriteria pertandingan 5S anjuran JKK Promosi 5S BDA
PERTANDINGAN AUDIT DALAMAN BIL.2/ 2014
Objektif nya adalah bagi memastikan bilik pegawai sentiasa dalam keadaan kemas,
sistematik dan produktif. Kategori Bilik Pegawai Terbaik dimenangi oleh Puan Jessica
Landsay dari Seksyen Pembangunan Projek. Pemilihan pemenang berpandukan kepada
pengiraan markah tertinggi semasa audit dalaman dan bilik mendapat 5 Bintang.
BILIK PEGAWAI TERBAIK 2014 - Puan Jessica ak Landsay
14
PERTANDINGAN AUDIT DALAMAN BIL 2/2014
ANUGERAH KHAS JKK PROMOSI 2014-
Objektif Anugerah Khas ini adalah untuk memberikan pengiktirafan kepa-
da kumpulan 5S yang berusaha dan bertungkus lumus dalam
m e l a k s a n a k a n a m a l a n 5 S y a n g b e r t e r u s a n .
Anugerah ini diadili oleh Jawatankuasa Promosi 5S berpandukan kriteria-
kriteria seperti berikut :
Komitmen ahli kumpulan
Kerjasama antara ahli kumpulan
Semangat berpasukan
Proaktif
Mengambil kira markah peningkatan pencapaian kumpulan 5S untuk
jumlah audit keseluruhan.
Tahniah diucapkan buat kumpulan Rafflesia kerana dipilih bagi pemenang
Anugerah Khas JKK Promosi 5S ini.
15
PERTANDINGAN AUDIT DALAMAN BIL. 2/2014
Pertandingan Poster 5S -
Pertandingan ini dibuat bagi menonjolkan bakat seni di kalangan ahli kumpulan 5S
dalam menghasilkan poster yang melambangkan amalan 5S dan kumpulan 5S
masing-masing.
Syarat-syarat pertandingan poster adalah seperti berikut:
Jenis poster-mestilah bersaiz A3, teknik dan medium yang digunakan adalah bebas
serta mengikut kreativiti masing—masing
Isi kandungan poster—berkonsepkan amalan 5S, Nama Kuumpulan 5S dan
mengambilkira penerangan kepada konteks poster
Setiap kumpulan 5S diminta untuk membuat persembahan/ presentation
mengenai poster masing-masing kepada juru audit.
Sesi pemarkahan adalah berpandukan markah 80% daripada Juru Audit dan 20%
daripada juri awam (warga kerja BDA).
Tahniah diucapkan buat kumpulan MATAHARI kerana memenangi pertandingan ini.
Tempat Kedua Kumpulan Teratai dan Tempat ketiga adalah Kumpulan Rafflesia.
16
PERTANDINGAN AUDIT DALAMAN BIL. 2/2014
Deko Tandas Kumpulan 5S Paling Impresif - Kumpulan MATAHARI
Pertandingan ini dibuat bagi menambahkan keceriaan dan kebersihan kepada 8 buah
tandas di bawah jagaan Kumpulan 5S yang terletak di Wisma Bintulu .
Ianya juga akan memberikan imej yang positif dan cemerlang kepada pengguna tandas
sama ada kepada warga kerja BDA ataupun orang awam yang melawat
Wisma Bintulu.
Kriteria pertandingan adalah :
Kebersihan (30%)
Kreativiti (30%)
Keceriaan (20%)
Keselesaan (20%)
Pertandingan ini diadili oleh hakim luar yakni bukan dari kalangan warga kerja BDA .
Pertandingan ini telah dimenangi oleh Kumpulan Matahari, diikuti oleh Kumpulan
Teratai , seterusnya Kumpulan Rafflesia.
17
Kumpulan Melur
Kumpulan Bourganvilla
Kumpulan Kasturi
Kumpulan Rafflesia
Kumpulan Teratai
Keseluruhan kumpulan 5S Terbaik 2014
telah dimenangi oleh Kumpulan RAFFLESIA. Anugerah ini telah disampaikan oleh Pengurus Besar BDA, Puan Rodziah Morshidi kepada Puan Chew Poh Siong selaku Fasilitator Kumpulan Rafflesia sempena Hari P e r h i m p u n a n B u l a n a n B D A . Penilaian bagi keseluruhan kumpulan terbaik adalah berpandukan kepada keseluruhan markah tertinggi semasa Audit dalaman 2014. Selain itu, kumpulan tersebut juga mempunyai semangat berpasukan yang ting-gi di kalangan ahli selain menyumbang idea penambahan amalan 5S secara berterusan (KAIZEN), membentuk budaya yang berdisiplin, inovatif dan kreativiti. Syabas! dan tahniah kepada Kumpulan Rafflesia.
Sudut 5S Kumpulan Rafflesia
18
AKTIVITI SIHAT 5S 2014
Selain melakukan kerja 5S, JKK Promosi 5S ada mengadakan
aktiviti riadah seperti senaman Poco-Poco, Senamrobik bagi
mencergaskan minda, kesihatan para warga kerja BDA.. Pekerja
yang sihat akan melahirkan minda yang cergas, kreatif, inovatif
bagi menjayakan aktiviti 5S BDA. Pada masa aktiviti senaman
Poco-poco tersebut ,turut disertakan majlis penyampaian had-
iah & sijil bagi pemenang-pemenang pertandingan keceriaan di
tempat kerja sempena Hari Malaysia 2014. Di samping itu, majlis
penyerahan bulletin 5S telah disempurnakan oleh Encik Abang
Julawady selaku Setiausaha/Penyelaras Sekretariat 5S kepada
setiap wakil kumpulan 5S BDA.
Kumpulan Mawar
Kumpulan Rafflesia
Kumpulan Matahari Kumpulan Melur
Kumpulan Bourgenvilla
Kumpulan Kasturi
Buletin 5S
Wakil Kumpulam Bunga Raya
Wakil Kumpulan Teratai 19
Pejabat Kecil Siburan dan Pejabat Kecil Padawan, Kuching
Pada 24 April 2015, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) menerima rombongan
pelawat dari Pejabat Kecil Siburan dan Pejabat Kecil Padawan seramai 25 orang.
Objektif lawatan mereka adalah untuk
memberi peluang kepada peserta
rombongan melihat dan mempelajari
serta mendapat gambaran berhubung
perlaksanaan sistem 5S di BDA.
Ini dapat menajdi panduan kepada
mereka untuk melaksanakan sistem 5S di
dalam organisasi masing-masing kelak.