Top Banner
1.0 PENGENALAN Ramai dalam kalangan kita yang pernah mendengar dan melihat murid-murid Sindrom Down, namun ramai juga masih kurang pengentahuan mengenainya. Kebanyakkan masyarakat hari ini kurang pengetahuan sebagai satu penyakit, namun ingin ditegaskan bahawa Sindrom Down bukanlah satu penyakit. Sindrom Down telah mula dikenal pasti oleh John Langdon Down pada tahun 1866. Ketika itu, John Langdon Down tidak mengklafikasikan Sindrom Down sebagai satu ketidakupayaan genetik tetapi menganggapnya sebagai seorang pesakit yang mempunyai persamaan wajah. Dahulu nama penyakit ini dikenal dengan nama Mongoloid atau Mongolism kerana penderitanya mempunyai gejala klinik yang khas, iaitu wajahnya seperti bangsa Monggol dengan mata yang sepet dan bujur ke atas. Tetapi setelah diketahui bahawa penyakit ini terdapat pada seluruh bangsa di dunia dan adanya tuntutan dari pemerintah Negara Mongolia yang menganggap kurang sesuai terhadap pemberiaan nama tersebut, maka dianjurkan untuk menganti nama tersebut dengan Sindrom Down. Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para saintis luar negara. Pada tahun 1866, seorang ahli fizik berbangsa Inggeris, John Langdon Haydon Down (1828-1896) telah menerbitkan penerangan pertama di dalam dunia perubatan mengenai individu yang dilahirkan sebagai Sindrom Down. Kajian seterusnya dilakukan pada tahun 1959 oleh Jerome Lejeune, seorang ahli fizik dari Perancis. Beliau telah menemui penambahan kromosom pada kromosom yang ke 21. Bagi orang normal, bilangan kromosom 21 adalah 2 tetapi bagi 1
36

KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

Mar 29, 2023

Download

Documents

Zaidi Md Yusof
Welcome message from author
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
Page 1: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

1.0 PENGENALAN

Ramai dalam kalangan kita yang pernah mendengar dan

melihat murid-murid Sindrom Down, namun ramai juga masih

kurang pengentahuan mengenainya. Kebanyakkan masyarakat hari

ini kurang pengetahuan sebagai satu penyakit, namun ingin

ditegaskan bahawa Sindrom Down bukanlah satu penyakit.

Sindrom Down telah mula dikenal pasti oleh John Langdon Down

pada tahun 1866. Ketika itu, John Langdon Down tidak

mengklafikasikan Sindrom Down sebagai satu ketidakupayaan

genetik tetapi menganggapnya sebagai seorang pesakit yang

mempunyai persamaan wajah. Dahulu nama penyakit ini dikenal

dengan nama Mongoloid atau Mongolism kerana penderitanya

mempunyai gejala klinik yang khas, iaitu wajahnya seperti

bangsa Monggol dengan mata yang sepet dan bujur ke atas.

Tetapi setelah diketahui bahawa penyakit ini terdapat pada

seluruh bangsa di dunia dan adanya tuntutan dari pemerintah

Negara Mongolia yang menganggap kurang sesuai terhadap

pemberiaan nama tersebut, maka dianjurkan untuk menganti

nama tersebut dengan Sindrom Down.

Terdapat beberapa kajian yang telah dilakukan oleh para

saintis luar negara. Pada tahun 1866, seorang ahli fizik

berbangsa Inggeris, John Langdon Haydon Down (1828-1896)

telah menerbitkan penerangan pertama di dalam dunia

perubatan mengenai individu yang dilahirkan sebagai Sindrom

Down. Kajian seterusnya dilakukan pada tahun 1959 oleh

Jerome Lejeune, seorang ahli fizik dari Perancis. Beliau

telah menemui penambahan kromosom pada kromosom yang ke 21.

Bagi orang normal, bilangan kromosom 21 adalah 2 tetapi bagi

1

Page 2: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

penghidap Sindrom Down mempunyai 3 kromosom. Pada tahun

1990, kromosom 21 adalah kromosom yang pertama dirajahkan

secara penuh. Hanya 100 tahun selepas itu, Jerome Lejeune

mendapati bahawa Sindrom Down sebenarnya berpunca daripada

ketidakupayaan atau masalah genetik.

Sindrom Down boleh didefinisikan sebagai ketidakupayaan

yang disebabkan genetik dan tidak dapat diubati dengan ubat-

ubatan tradisional mahupun perubatan moden. Sindrom down

ialah penyakit konginetel apabila seseorang mempunyai 3

salinan kromosom 21. Bagi seseorang yang normal, mereka

sepatutnya hanya mempunyai 2 salinan kromosom ini. Atas

sebab ini, Sindrom Down di rujuk dengan nama Trisomi 21.

Dengan erti kata lain, mereka mempunyai 1 kromosom terlebih

yang menyebabkan mereka di kategorikan Sindrom Down, (Berita

Harian : 24 Ogos 2003, Ahad). Mengikut Kamus Dewan Sindrom

Down didefinisikan sebagai kecacatan kelahiran yang di

sebabkan oleh ketidaknormalan   bilangan kromosom 3 trisomi

bilangan  kromosom 21 wujud.

Ia berpunca daripada baka atau benih yang tidak normal.

Ia juga terjadi akibat kehadiran satu kromosom yang terlebih

dalam sel-sel badan, iaitu ketidaknormalan pada pasangan

kromosom 21. Kromosom adalah struktur yang terdapat nukleus

sel-sel hidup yang mengandungi maklumat yang di warisi

daripada ibu dan bapa.Ia mengandungi kod genetik yang

mengawal dan mengarah pembahagian,pertumbuhan dan fungsi

sel. Seorang individu normal mempunyai 46 kromosom, setiap

23 di warisi daripada ibu, manakala bakinya di warisi

daripada bapa. Setiap individu mempunyai kod genetik yang

2

Page 3: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

unik (kecuali kembar seiras) .Keunikan inilah yang

menyebabkan penampilan fizikal setiap individu berbeza-beza.

Individu yang menghidapi Sindrom Down biasanya mempunyai

tahap IQ yang lebih rendah berbanding individu normal. Di

samping itu, sindrom Down juga turut berlaku dengan

ketidakupayaannya lain seperti kerencatan akal dan

kerencatan perkembangan fizikal. Murid Sindrom Down biasanya

boleh dikenali melalui wajah mereka yang hampir-hampir sama.

Sindrom Down dianggarkan terjadi pada seorang individu

setiap 650-800 kelahiran dan golongan lelaki adalah lebih

ramai berbanding perempuan. Risiko akan menjadi semakin

tinggi dengan peningkatan umur ibu semasa hamil.

3

Page 4: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

2.0 CIRI-CIRI MURID SINDROM DOWN

2.1 Ciri Fizikal

Murid-murid Sindrom Down biasanya mempunyai ciri-

ciri yang sama antara satu sama lain. Antaranya ialah

mempunyai pangkal hidung yang kemik, lidah yang tebal

dan kerap terjelir, saiz mulut yang kecil dan

pertumbuhan gigi yang lambat serta tidak teratur.

Mereka mempunyai kepala yang agak kecil dan agak leper

atau nipis pada bahagian belakang. Muka mereka pula

kelihatan rata dan pipi tembam. Mereka juga mempunyai

mata yang sepet dan jarak antara kedua-dua mata mereka

agak jauh.

Selain itu, mereka mempunyai telinga yang agak kecil

dan kedudukannya juga adalah rendah dan berbeza dengan

orang normal. Tapak tangan mereka juga lebih lebar dan

berbeza dengan orang normal. Tapak tangan mereka juga

lebih lebar dan hanya mempunyai satu jalur lipatan

sahaja. Mereka juga mempunyai jari-jari yang pendek.

Lengan mereka juga agak pendek berbanding murid-murid

yang normal. Jarak ibu jari kaki dengan jarak jari kaki

yang kedua atau jari telunjuk kaki mereka juga agak

jauh terpisah. Selain itu, mereka mempunyai leher yang

pendek dan besar serta mempunyai kelopak mata yang

berlipat-lipat. Ciri yang penting bagi murid-murid

Sindrom Down ialah mereka mengalami masalah otot yang

lembik dan sendi yang longgar. Ciri-ciri inilah yang

4

Page 5: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

membezakan sama ada seseorang itu menghadapi Sindrom

Down atau tidak. Murid-murid Sindrom Down juga

mempunyai ketinggian badan yang rendah dan perut

kelihatan membonjol keluar.

Perkembangan motor kasar mereka adalah lambat

disebabkan otot-otot yang lembik tetapi akhirnya

berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar. Mereka

juga mempunyai masalah kurang pendengaran, pertuturan

kurang jelas dan lambat bertutur atau bermasalah

pertuturan serta menghidap penyakit jantung berlubang.

Mereka juga mudah mendapat radang tenggorok, selsema,

radang paru-paru dan posisi tubuh di bawah tahap

sederhana. Disamping masalah kesihatan ini mereka juga

lemah dalam koordinasi motor iaitu mata, tangan,

koordinasi seluruh tubuh tidak memuaskan dimana ianya

masih kaku dan perkembangan sensori-motor mereka adalah

lambat dan tidak normal.

2.2 Ciri Kognitif

Antara ciri-ciri kognitif yang dapat dilihat pada

murid-murid Sindrom Down ialah berkaitan dengan

ingatan, generalisasi, metakognisi, motivasi, dan

bahasa. Murid-murid Sindrom Down ini biasanya mempunyai

masalah dalam ingatan seperti kerap terlupa perkara

sepatutnya dilakukan atau lupa perkara yang baru

diajar. Manakala generalisasi ialah kebolehan untuk

5

Page 6: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

mempelajari sesuatu perkara dan menggunakannya pada

satu situasi yang lain. Murid-murid Sindrom Down

menghadapi masalah generalisasi dalam bidang akademik,

tingkah laku, dan interaksi sosial. Metakognisi pula

ialah kebolehan “berfikir tentang berfikir”. Sekiranya

murid Sindrom Down menghadapi sesuatu masalah dalam

rutin harian, mereka akan menghadapi kesukaran dalam

menyelesaikannya. Mereka mempunyai masalah motivasi

yang rendah seperti tidak menyiapkan sesuatu tugasan

dan mudah putus asa. Kebanyakkan murid-murid Sindrom

Down mempunyai perkembangan bahasa yang lambat.

Misalnya, mereka mengambil masa yang lama hanya untuk

memahami sesuatu konsep yang mudah seperti konsep atas,

bawah, tepi, dan sebagainya.

Murid-murid Sindrom Down dari segi perkembangan

kognitif ialah mereka mempunyai daya ingatan, perhatian

dan kefahaman yang lemah serta tidak dapat bertindak

dengan cepat. Perkembangan motor kasar dan motor halus

mereka adalah lambat iaitu dari segi percakapan. Dari

segi kognitif juga, mereka kurang daya penaakulan dalam

pemberian tumpuan. Keupayaan mental mereka adalah

berselisihan dimana IQ mereka di antara 50-70 tetapi

bolah mencapai 90 sekiranya diberi latihan yang baik.

2.3 Ciri Akademik

Dalam proses pembelajaran, murid-murid Sindrom Down

selalunya perlu bekerja lebih keras, membuat latihan

yang banyak dan memerlukan masa yang lebih lama

6

Page 7: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

berbanding murid-murid normal yang lain. Selain itu,

mereka juga mempunyai tahap pencapaian akademik yang

rendah. Penggunaan bahasa mereka adalah terhad dimana

mereka tidak boleh menyebut perkataan dengan betul

(pelat). Ini kerana mereka menghadapi masalah kurang

pendengaran, pertuturan tidak jelas dan lambat bertutur

iaitu bermasalah pertuturan.

2.4 Ciri Sosial

Kebanyakkan murid-murid Sindrom Down mempunyai

masalah dalam hubungan sosial. Kebiasaannya, mereka

kurang diterima oleh rakan sebaya dan mungkin

diketepikan langsung. Keadaan ini disebabkan mereka

biasanya berkelakuan tidak matang, tidak dapat

menyesuaikan diri dalam situasi sosial dan mempunyai

masalah dalam menguasai tanda-tanda sosial yang halus.

Sering kali mereka salah dalam mentafsir tingkah laku

ataupun komunikasi bukan lisan murid-murid lain.

2.5 Ciri Emosi Dan Tingkah Laku

Mereka memerlukan perhatian akibat perasaan

kesunyiaan dan sensitif. Mereka juga biasanya mudah

mesra dan manja. Terdapat sesetengah murid Sindrom Down

yang mempunyai masalah tingkah laku yang khusus.

Antaranya adalah seperti mahukan ganjaran tertentu,

menarik rambut, menggigit atau mempunyai tabiat suka

mencederakan diri. Walau bagaimanapun, murid-murid

7

Page 8: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

Sindrom Down biasanya disenangi ahli keluarga kerana

mereka mempunyai sifat periang dan menghiburkan.

Dari segi perkembangan emosi dan tingkah laku

mereka, kebiasaannya mereka berkelakuan tidak menentu

iaitu agresif, pasif dan meminta perhatian yang lebih

daripada keluarga. Tekanan emosi mereka adalah jelas

terhadap sesuatu aktiviti kompleks dimana perasaan

mereka adalah sama dengan orang normal tetapi tindak

balas tidak sama. Mereka mudah menjadi tidak sabar

kerana tempoh perhatian terhadap diri mereka sangat

singkat. Ketidakstabilan emosi dimana jika harapan

mereka terlalu tinggi, seterusnya bertindakbalas dengan

perasaan takut atau marah.

3.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MEMBANTU

MURID-MURID SINDROM DOWN

3.1 Alat Permainan

Pemilihan alat permainan amat penting bagi murid-

murid Sindrom Down. Hal ini kerana pemilihan alat

8

Page 9: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

permainan yang sesuai dapat membantu mereka untuk

membesar dengan lebih sempurna dan memberangsakan.

Dalam hal ini, ibu bapa perlu bijak dalam memilih alat

permainan untuk anak-anak mereka. Hal ini termasuklah

menyediakan ruang selesa dan mesra untuk anak-anak

Sindrom Down ini agar mereka sentiasa tenang dan

seronok sewaktu proses pembelajaran ataupun didikan

daripada orang yang bertanggungjawab. Selain itu, ibu

bapa haruslah kreatif dan bijak dalam menyediakan

peralatan sebagai alat bantuan mengajar semasa mengajar

murid-murid Sindrom Down. Melalui teknik serta

peralatan yang sesuai, mereka tidak akan berasa jemu

dan bosan. Malah, ia akan menjadi pemangkin kepada

mereka untuk terus belajar dan berdikari.

Permainan sangat penting untuk membantu pembesaran

setiap murid-murid Sindrom Down. Ia akan dapat membantu

pemahaman mereka mengenai kehidupan. Permainan juga

dapat membantu murid-murid Sindrom Down supaya menjadi

lebih terbuka dan berkeupayaan memahami hubung kait,

sebab dan akibat sesuatu perkara. Terdapat perlbagai

jenis permainan seperti permainan selidik dan jelajah,

permainan sosial, permainan khayalan, permainan

merangsang otot, dan permainan bahasa yang dapat

membantu murid-murid Sindrom Down dalam perkembangan

dan pembesaran mereka.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk

membantu murid-murid ini ialah dengan memperkenalkan

pelbagai jenis permainan kepada mereka. Permainan

9

Page 10: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

penting untuk membantu pembesarkan setiap murid-murid

ini. Ia membantu pemahaman mereka mengenai kehidupan.

Melalui permainan juga, murid-murid Sindrom Down

menjadi cerdik dan berkeupayaan memahami hubung kait,

sebab dan akibat. Permainan ini dibahagikan kepada dua

peringkat iaitu peringak bayi dan peringkat kanak-

kanak.

3.1.1 Peringkat Bayi

Pada peringkat umur 0-6 bulan , alat

permainan yang sesuai diberikan ialah loceng,

alat permainan bergerak, tangan Sendiri atau

alat permainan yang boleh dipegang dan digigit.

Pada peringkat umur 6-12 bulan, alat permainan

yang berbunyi dan boleh ditarik serta permainan

cantum bina sesuai diberikan contohnya “lego”.

Pada peringkat umur 12-19 bulan, alat permainan

yang memerlukan IQ kanak-kanak perlu diberikan,

contohnya kotak boleh disusun tinggi, kepingan

kad bod bercorak, bola, dan buku bergambar.

Pada peringkat umur 18 bulan dan ke atas, jenis

permainan yang sesuai diberikan contohnya

permainan kotak, kepingan kad bod bergorak,

permainan cantum Dua tahun bina, buku bergambar

dan boneka. Permainan ini dapat membentuk IQ

kanak-kanak Sindrom Down.

3.1.2 Peringkat Kanak-Kanak

10

Page 11: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

Permainan selidik dan jelajah. Melalui

permainan ini, ia akan merangsang minat dan

menyebabkan murid-murid Sindrom Down tertarik

kepada semua benda. Kemudian, mereka akan

mengutip dan membelek objek tersebut.

Seterusnya, mereka akan mengigit, membaling dan

menggosok objek tersebut pada permukaan lantai

untuk mendapatkan tindak balas. Selain itu,

permainan ini mengajar mereka untuk merangkak

dan bertatih serta menimbulkan minat mereka

untuk membuka almari, laci, bakul atau kotak.

Selain itu, permainan mencantum gambar

berdasarkan corak, bentuk atau warna merupakan

koordinasi motor, tangan dan mata yang

seterusnya mengembangkan fungsi kognitif

mereka. permainan ini IQ kanak-kanak ini dapat

diuji.

Permainan sosial, dapat membantu

meningkatkan hubungan sosial dalam kalangan

murid-murid Sindrom Down. Kebiasannya, murid-

murid ini agak peramah, namun pendekatan mereka

kurang bersesuaian. Oleh sebab itu, dengan

menggunakan pendekatan permainan sosial seperti

sembunyi-sembunyi, polis dan pencuri, permainan

ibu ayam dan musang dapat meningkatkan

kemahiran sosial mereka. Secara tidak langsung

dalam permainan ini kanak-kanak akan lebih

aktif disamping itu murid-murid dapat

11

Page 12: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

bergembira. Murid-murid ini juga akan ketawa

apabila digeletek.  

Permainan khayalan, pula boleh

dilaksanakan diluar atau di dalam bilik darjah.

Guru-guru boleh meminta murid-murid menjadi apa

sahaja karektor yang mereka gemari dalam

permainan ini murid-murid ini dilatih untuk

menjadi orang lain dalam suasana yang berbeza,

contohnya bermain masak-masak. Ini akan

menimbulkan minat mereka serta meningkatkan

imaginasi mereka.

Permainan merangsang pergerakkan otot,

dalam permainan ini kanka-kanak diajar latihan

fizikal seperti berlari, melompat, memanjat,

menari dan mengayuh basikal pula bertujuan

untuk mengembang dan menguatkan fungsi otot

yang terdiri daripada motor kasar dan motor

halus.

Permainan bahasa, dalam permainan kanak-

kanak Sindrom Down diajar latihan bahasa

seperti meniru gaya bercakap, latihan nyanyian

dan bercerita. Ini secara tidak langsung dapat

membantu meningkatkan fungsi otak dan

pembendaharaan kata murid-murid Sindrom Down.

Selain itu, permainan bahasa berbentuk irama

seperti nyanyian juga dapat digunakan.

3.2 Terapi Cara Kerja

12

Page 13: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

Kaedah ini digunakan untuk membantu kanak-kanak Sindrom

Down. Kaedah ini digunakan dengan melatih murid-murid

ini dari segi kemahiran pergerakan motor, pengurusan

diri dan sebagainya. Murid-murid ini diajar cara-cara

untuk makan, minum, melompat, berlari, berjalan,

mengesot, mengiring, memakai pakaian, meniarap,

menyayi, menari dan sebagainya. Latihan pergerakan

motor kasar dan halus dilakukan berbeza. Pergerakan

motor kasar dibuat dengan menggunakan alatan yang besar

seperti penggunaan bola untuk melihat kemahiran mereka

dalam membaling dan menangkap bola, bersukan dan

sebagainya. Pergerakan motor halus pula dilaksanakan

dengan menggunakan alatan yang halus dan kecil seperti

memasukkan benag ke dalam jarum, menggunting kertas,

membuat bahan kraftangan, melukis lukisan yang mudah,

melorek dan menyusun bongkah dan sebagainya. Selain

itu, terapi cara kerja juga boleh membantu murid-murid

Sindrom Down menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih

mereka bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat

menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan

dengan betul dan cepat. Sebagai contoh di sini, apabila

guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang

berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali.

Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja

kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk memahami

apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja.

Guru memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat

memilih kotak berwarna biru tersebut.

13

Page 14: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

3.3 Ayat Pendek Dan Bahasa Yang Mudah Difahami

Dalam aktiviti pengajaran pula, guru perlu sentiasa

menggunakan ayat pendek dan bahasa yang mudah difahami.

Hal ini penting untuk merangsang kanak-kanak Sindrom

Down untuk belajar. Pendekatan melalui aksi dan lakonan

juga boleh membantu mengoptimumkan proses pembelajaran.

Selain itu, segala aktiviti yang dilaksanakan tidak

boleh secara berterusan dan bergantung pada masa yang

sesuai iaitu ketika mereka masih segar dan aktif. Guru

juga perlu menumpukan satu pengajaran sahaja dalam

satu-satu masa supaya murid diberi masa untuk memahami

isi pengajaran tersebut. Peluang untuk berinteraksi

dengan kanak-kanak Sindrom Down juga perlu

diaplikasikan dengan memberi tindak balas terhadap

setiap percakapan mereka.

3.4 Teknologi Dalam Pendidikan

Sebagaimana yang kita tahu, murid-murid Sindrom Down

mempunyai kesukaran untuk memahami, dan kesukaran untuk

berkomunikasi dengan baik. Oleh itu, televisyen

membantu murid-murid ini untuk berkomunikasi. Mereka

akan cuba mendengar dan mengikut apa yang dilihat.

Sebagai contoh, seorang murid-murid Sindrom Down tidak

mahu bergaul dengan masyarakat disebabkan mereka berasa

rendah diri dan kurang keyakinan. Oleh itu, apabila

menonton televisyen mereka dapat belajar cara

berinteraksi dan berkomunikasi menerusi cerita kartun,

14

Page 15: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

drama atau program kanak-kanak. Setidak-tidaknya murid-

murid Sindrom Down mampu mengenal dunia luar menerusi

aplikasi teknologi.

Selain itu, alat bantu yang lain ialah seperti

komputer atau ipad. Jika sebelum ini, murid-murid

Sindrom Down belajar menggunakan kad-kad simbol atau

ayat untuk belajar, kini mereka dapat belajar dengan

lebih interaktif lagi. Aplikasi teknologi dalam

pembelajaran membuatkan ilmu dapat disampaikan dengan

cepat dan mudah menggunakan perisian tertentu. Sebagai

contoh, dengan menggunakan grafik komputer kanak-kanak

Sindrom Down dapat belajar dengan lebih cepat. Kad

simbol lebih menarik dengan warna, mempunyai muzik dan

bergerak gerak menyebabkan mereka berminat untuk

belajar dan tidak bosan. Jika menggunakan teknologi

ipad lebih mudah kerana hanya perlu sentuh kepada skrin

(touch skrin). Murid-murid Sindrom Down ini lambat untuk

memahami sesuatu namun tidak mustahil untuk mereka

belajar.

Selain itu, buku audio turut membantu murid-murid

Sindrom Down ini. Buku yang telah direkodkan ini

membolehkan pengguna untuk mendengar teks dan boleh

didapati dalam pelbagai format seperti kaset CD, audio

dan muat turun MP3. Buku audio ini boleh dimainkan

semula pada bila-bila masa menjadikan proses

pembelajaran lebih interaktif. Hal ini juga supaya

dapat merangsang tahap penerimaan pembelajaran yang

cepat. Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi tidak

15

Page 16: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

boleh dibandingkan sama sekali dengan peranan ibu bapa

dalam mendidik kanak-kanak Sindrom Down ini. Ibu bapa

harus bersabar dalam mendidik mereka kerana secara

fizikal mahupun mental tidak sama dengan kanak-kanak

normal yang lain. Dapatkan nasihat doktor supaya kanak-

kanak Sindrom Down ini tidak dibiarkan.

3.5 Cara Berkomunikasi

Kebanyakkannya murid-murid Sindrom Down mempunyai

kebolehan yang lambat untuk bertutur. Jadi, mereka

wajar dibantu pada usia awal. Terdapat beberapa langkah

yang perlu diambil semasa berkomunikasi dengan murid-

murid Sindrom Down. Kebanyakan kanak-kanak Sindrom Down

lambat bertutur. Adakan kegiatan atau permainan bahasa

yang dapat menarik perhatian mereka. Dalam permainan

ini, perkataan yang ingin diajar perlu ringkas dan

diselitkan dengan gambar yang berwarna-warni.  Sebelum

bercakap dengan kanak-kanak ini, cuba dapatkan

perhatian terlebih dahulu daripada mereka supaya

interaksi dengan kanak-kanak tersebut berjalan lancar.

Semasa bercakap dengan kanak-kanak ini, jangan terlalu

banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri

peluang mereka menjawab setiap persoalan.  

Untuk membuatkan mereka lebih tertarik dengan

komunikasi kita, sambil bertutur lakukan aksi atau

lakonan yang boleh menghiburkan mereka. Dalam mengajar

mereka  latihan yang berterusan perlu diterapkan agar

nereka lebih mahir dan tidak mudah lupa. Pilih masa

16

Page 17: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

yang sesuai, terutama ketika mereka masih segar

dan  aktif untuk menjalankan sesi pengajaran supaya

kanak-kanak ini dapat menerima pengajaran yang hendak

disampaikan. Dalam melaksanakan sesi pengajaran,

pastikan tertumpu pada satu-satu perkara sahaja. Kanak-

kanak ini perlu diberi masa, peluang dan latihan

sebelum beralih kepada latihan baru. Setipa masa yang

terluang perlu diisi dengan berinteraksi dengan mereka

supaya wujudnya kemesraan dengan kanak-kanak ini.

Setiap percakapan mereka perlu diberi tindak balas

untuk merangsang kanak-kanak ini untuk belajar bertutur

3.6 Terapi Hidro

Selain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya

menjalani terapi. Terapi hidro dilihat sesuai untuk

perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor

kasar dan halus serta mental kanak-kanak dapat

dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air

didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani

oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air

sahaja. Rangsangan air yang secara semulajadi dapat

membantu kanak-kanak tenang walaupun pada permulaannya

sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke

dalam air.

Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak

ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang

lebih dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih

membina keyakinan diri kanak-kanak “water confidence”.

17

Page 18: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan

perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti

regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan

daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak

tersebut.

3.7 Mengubah Yang Abstrak Kepada Konkrit

Seorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid

membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam

pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah

sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar.

Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak

hendaklah secara jelas dengan mengubah yang abstrak

kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna dan alat

bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru

kerana murid-murid dapat melihat perkara yang diajar.

Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan

imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat

bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran

dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera

murid-murid akan mempertingkatkan keupayaan mereka.

3.8 Terapi Kuda

Menurut Mc Callum, terapi berkuda memiliki tiga

faedah utama iaitu bersukan, pendidikan serta

perubatan. Ketiga-tiga perkara tersebut amat diperlukan

18

Page 19: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sindrom

down. Menurut Chassigne pula, menunggang kuda sebagai

terapi dapat membantu kanak-kanak ini dalam membaiki

imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan dan

juga ia dapat mendorong semangat penunggang. Melalui

aktiviti ini berkuda ini, kanak-kanak sindrom down

dapat menanam keberanian dan keyakinan kerana mereka

dapat menyentuh dan menunggang .kuda tersebut. Selain

itu, ia dapat melatih kanak-kanak ini mematuhi disiplin

kerana untuk menunggang kuda perlu disiplin yang tinggi

di mana kanak-kanak sindrom down mesti mendengar arahan

jurulatih supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan

kuda. Tambahan lagi, mereka dapat pendedahan kepada

persekitaran dan masyarakat semasa berada di kawasan

ladang kuda . Hal ini, meningkatkan perkembangan sosial

kanak-kanak ini. Terapi ini juga membina sikap

bertanggungjawab dalam diri mereka kerana semasa

menunggang kuda mereka perlu membelai kuda tersebut

supaya kuda itu terasa tidak terancam.

19

Page 20: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

4.0 PERANAN IBU BAPA

Ibu bapa orang yang paling banyak memainkan peranan dalam

mendidik kanak-kanak Sindrom Down. Terdapat beberapa peranan

dan perkara yang perlu diambil perhatian oleh ibu bapa

apabila berhadapan dengan anak-anak Sindrom Down. Cara

terbaik kanak-kanak Sindrom Down mempelajari perkara baru

ialah melalui permainan boneka. Oleh yang demikian, ibu bapa

perlu memilih alat permainan yang sesuai dengan tahap

perkembangan kanak-kanak Sindrom Down. Selain itu, ibu bapa

perlu menyediakan bahan sampingan seperti untuk permainan

khayalan. Ibu bapa sepatutnya tidak terlalu memaksa kanak-

kanak tersebut untuk melakukan sesuatu yang kanak-kanak

Sindrom Down tidak ingin lakukan. Ibu bapa juga perlu

membiarkan kanak-kanak Sindrom Down bermain secara

bersendirian dengan peralatan mudah. Hal ini akan dapat

membantu kanak-kanak Sindrom Down mempertingkatkan tahap

keyakinan dalam diri mereka. Disamping itu juga, ibu bapa

perlu mengetahui bahawa boneka pilihan atau kesayangan

kanak-kanak Sindrom Down yang boleh dijadikan pendorong

untuk mereka itu melakukan sesuatu. Ibu bapa juga seharusnya

tidak memencilkan atau menyisihkan kanak-kanak Sindrom Down

ini daripada bergaul dan bermain dengan rakan-rakan mereka.

Hal ini kerana mereka juga perlu berkembang dengan member

dan menerima tindak balas daripada rakan-rakan mereka.

20

Page 21: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

Suasana persekitaran juga penting dalam membantu

pembesaran seseorang anak Sindrom Down.

5.0 PELAN TINDAKAN BAGI MEMBANTU KANAK-KANAK SINDROM DOWN

Kanak-kanak sindrom down boleh mengikuti pelajaran dengan

baik sekiranya mendapat sokongan dan peluang yang

bersesuaian. Kanak-kanak sindrom down memerlukan kurikulum

yang diubah suai dengan keupayaan mereka kerana mereka

mempunyai profil pembelajaran khusus dengan ciri-ciri

kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Kesedaran guru

terhadap faktor-faktor yang membantu dan menghalang

pembelajaran membolehkan guru merancang dan melaksanakan

program dan aktiviti pembelajaran yang bermakna dan

berkesan.

Faktor utama yang boleh membantu pembelajaran bagi kanak-

kanak sindrom down adalah kesedaran visual dan kemahiran

pembelajaran visual. Di antaranya termasuklah Kebolehan21

Page 22: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

belajar dan menggunakan isyarat, gerak tubuh, dan sokongan

visual, kebolehan untuk belajar dan menggunakan tulisan,

model tingkah laku dan sikap yang ditunjukkan oleh rakan

sebaya dan orang dewasa, dan belajar daripada kurikulum dan

aktiviti “hands-on”.

6.0 KRITIKAN MASYARAKAT MENGENAI KANAK-KANAK SINDROM DOWN

Pelbagai pandangan yang diutarakan tentang

penggunaan teknologi dalam pendidikan. Ada menyifatkan

22

Page 23: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

satu perubahan positif ke arah membangunkan masyarakat.

Namun hal perlu difikirkan ialah bagaimana masyarakat

menerima sesuatu teknologi tersebut dalam kehidupan

mereka. Jika dilihat dari aspek kanak-kanak sindrom down,

walaupun teknologi mampu membantu mereka namun jika ibu

bapa tidak yakin terhadap sesuatu teknologi maka tiada

gunanya. Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak SD ini

tidak memberi peluang kepada anak mereka untuk belajar

seperti kanak-kanak lain. Mereka merasakan yang kanak-

kanak SD ini tidak mampu untuk belajar dan berusaha untuk

mengasingkan mereka dari masyarakat. Kanak-kanak SD ini

mampu berdikari jika ibu bapa memberi sepenuh perhatian

dan kasih sayang kepada mereka.

Selain itu, tidak semua keluarga di Malaysia tahu

menggunakan teknologi. Masih terdapat jurang digital atau

gap dalam masyarakat. Masyarakat di bandar terus menerus

mendapatkan lambakan informasi dan teknologi sedangkan

masyarakat di luar bandar masih ketandusan maklumat dan

teknologi. Oleh itu, kanak-kanak SD ini tidak dapat

dibantu akibat daripada jurang tersebut. Walau secanggih

mana pun teknologi hari ini harus diingat bahawa kasih

sayang dan perhatian daripada ibu bapa adalah yang lebih

utama.

23

Page 24: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

7.0 KAEDAH INTERVENSI UNTUK KANAK-KANAK SINDROM DOWN

Pelbagai kaedah intervensi awal yang boleh diikuti kanak-

kanak yang mengalami sindrom down untuk meningkatkan potensi

dan kefungsian mereka. Yang pertama terapi pertuturan.

Lazimnya alat artikulasi kanak-kanak sindrom down perlu

dipastikan tidak mempunyai masalah untuk menjalankan terapi

pertuturan. Terapi ini dijalankan dijalankan secara

berperingkat-peringkat mengikut kemampuan kanak-kanak

tersebut. Mereka akan diajar untuk mengeluarkan bunyi dari

peti suara mengikut huruf-huruf yang mudah dengan

melaksanakan aktiviti permainan bahasa yang menarik. Guru

pula perlu menarik perhatian kanak-kanak sindrom Down

sebelum bercakap dan tidak terlalu banyak bertanya.

Dalam aktiviti pengajaran pula, guru perlu sentiasa

menggunakan ayat pendek dan bahasa yang mudah difahami. Hal

ini penting untuk merangsang kanak-kanak Sindrom Down untuk

belajar. Pendekatan melalui aksi dan lakonan juga boleh

membantu mengotimumkan proses pembelajaran. Selain itu,

segala aktiviti yang dilaksanakan tidak boleh secara

24

Page 25: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

berterusan dan bergantung pada masa yang sesuai iaitu ketika

mereka masih segar dan aktif. Guru juga perlu menumpukan

satu pengajaran sahaja dalam satu-satu masa supaya murid

diberi masa untuk memahami isi pengajaran tersebut. Peluang

untuk berinteraksi dengan kanak-kanak Sindrom Down juga

perlu diaplikasikan dengan memberi tindak balas terhadap

setiap percakapan mereka.

Selain itu, terapi cara kerja merupakan satu kaedah yang

digunakan untuk membantu kanak-kanak Sindrom Down. Kaedah

ini digunakan dengan melatih kanak-kanak ini dari segi

kemahiran pergerakan motor, pengurusan diri dan sebagainya.

Kanak-kanak ini diajar cara-cara untuk makan, minum,

melompat, berlari, berjalan, mengesot, mengiring, memakai

pakaian, meniarap, menyayi, menari dan sebagainya. Latihan

pergerakan motor kasar dan halus dilakukan berbeza.

Pergerakan motor kasar dibuat dengan menggunakan alatan yang

besar seperti penggunaan bola untuk melihat kemahiran mereka

dalam membaling dan menangkap bola, bersukan dan sebagainya.

Pergerakan motor halus pula dilaksanakan dengan menggunakan

alatan yang halus dan kecil seperti memasukkan benag ke

dalam jarum, menggunting kertas, membuat bahan kraftangan,

melukis lukisan yang mudah, melorek dan menyusun bongkah dan

sebagainya.

Seterusnya, penilaian dilakukan terhadap kebolehan sosial

kanak-kanak Sindrom Down. Hal ini berkaitan dengan kemampuan

mereka melakukan sendiri perkara-perkara berkaitan penjagaan

25

Page 26: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

diri dan pergaulan. Dalam konteks ini, guru perlu memastikan

kanak-kanak Sindrom Down mempunyai kebolehan makan sendiri,

ke tandas sendiri, dan menjaga kebersihan diri serta dapat

mengikut peraturan yang ditetapkan. Mereka juga harus diberi

peluang untuk meluaskan pergaulan, berkawan, dan berkongsi

barang atau pemainan. Penerapan nilai murni seperti

menghormati guru dan menghargai orang lain juga merupakan

aspek utama dalam program intervensi ini.

Perbandingan perkembangan kanak-kanak Sindrom Down dengan

kanak-kanak normal dapat dikesan berdasarkan kepada

perkembangan tinggi, berat, mental, bahasa dan kemahiran

kendiri. Setiap perkembangan pada setiap aspek ini

menunjukkan bahawa kanak-kanak Sindrom Down mengalami

perkembangan yang lambat berbanding kanak-kanak normal.

Semakin meningkat usia mereka, kadar pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak sindrom Down semakin terbantut.

Keadaan ini amat berbeza dengan kanak-kanak normal yang

mengalami proses perkembangan bagi setiap peringkat umur.

Kesimpulannya, kanak-kanak Sindrom Down mempunyai kelewatan

perkembangan berbanding dengan kanak-kanak normal.

26

Page 27: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

8.0 ISU PENDIDIKAN KHAS KEPADA IBU BAPA

KERJASAMA

Melalui isu ini, pihak ibu bapa didapati tidak

memberikan kerjasama kepada pihak sekolah khususnya dalam

melaksanakan sesuatu program Pendidikan Khas. Terdapat

ibu bapa yang enggan membenarkan anak-anak mereka

mengikut program yang dianjurkan oleh pihak program

Pendidikan Khas untuk anak-anak mereka.

Sebagai contoh, aktiviti luar kelas seperti lawatan

sambil belajar dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan

unsur-unsur terapi seperti terapi renang dan terapi

berkuda kerana khuatir keselamatan anak-anak mereka.

Malah ada yang tidak membenarkan anak anak mereka

mengikuti aktiviti yang diadakan kerana takut jika pihak

sekolah meminta bayaran daripada mereka.

27

Page 28: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

TANGUNGGJAWAB

Isu kedua pula merupakan isu tanggungjawab ibu bapa

terhadap anak-anak mereka. Maksud tanggungjawab ibu bapa

di sini menjadi isu apabila mereka kurang memberikan

perhatian terhadap pelajaran, pemakanan dan kesihatan

anak-anak mereka sebaliknya melepaskan tanggungjawab

tersebut kepada guru Pendidikan Khas.

Antara contoh yang boleh diperhatikan ialah apabila

ibu bapa tidak mengambil inisiatif untuk melakukan

tindakan susulan dirumah seperti aktiviti berbentuk

intervensi ataupun bagi yang ibu bapa yang berkemampuan,

mereka boleh mendapatkan khidmat daripada pakar-pakar

terapi untuk membantu mengurangkan masalah anak-anak

mereka. Selain daripada contoh di atas, terdapat ibu bapa

yang menganggap program Pendidikan Khas di sekolah

sebagai pusat asuhan apabila menghantar anak-anak pada

awal pagi tetapi lewat mengambil mereka

9.0 CONTOH KAJIAN KEATAS KANAK-KANAK SINDROM DOWN

1.0 KAJIAN KANAK-KANAK SINDROM DOWN

Pada hari Jumaat yang lalu iaitu bersamaan 4 September

2009, kumpulan kami telah memilih CADS Enhanment Centre

untuk membuat kajian berkenaan kanak-kanak Sindrom Down dan

28

Page 29: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

untuk mengetahui dengan lebih lanjut serta menambahkan

maklumat mengenai kanak-kanak sindrom down. Pusat

Perkembangan CADS ini telah beroperasi semenjak tahun 2004,

selain menempatkan kanak-kanak sindrom down, CADS juga

menempatkan kanak-kanak yang menghidap celebral palsy,

hiperaktif (Attention Deficit Hyperactive Disorder) dan

disleksia.

Misi pusat ini ialah untuk mendidik dan menyediakan

kanak-kanak CADS ke arah menjadi individu yang berdikari,

bertanggungjawab dan menghargai proses pendidikan sepanjang

hayat. Di samping itu, ia membantu ibu bapa dan penjaga

memahami dan menangani keperluan kanak-kanak istimewa dengan

lebih baik melalui runding cara, kumpulan sokongan, bengkel

dan seminar. Pelbagai program telah dilaksanakan dan

dirancang untuk pembangunan kanak-kanak istimewa iaitu

seperti perkhemahan, percutian sambil belajar memasak dan

sebagainya. Selain itu, seminar dan bengkel kerja turut

dianjurkan untuk ibu bapa dan masyarakat bagi meningkatkan

kesedaran mengenai keperluan kanak-kanak berkenaan. CADS

juga turut menyediakan tempat yang lebih khusus kepada

kanak-kanak yang tidak dapat ditempatkan di aliran sekolah

biasa.

Kelebihan pusat perkembangan CADS ini ialah dalam

mengendalikan sesebuah kelas, tiga orang guru akan berada

sekali semasa proses pengajaran dan pembelajaran iaitu

seorang guru akan mengajar, manakala dua orang lagi akan

membantu kanak-kanak tersebut.

1.1 PROFIL RESPONDEN

29

Page 30: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

Nama penuh responden kami ialah Nur Yaqin bin Hassan. Nur

Yaqin berumur 16 tahun 3 bulan semasa kajian dilakukan dan

dilahirkan pada 5 Julai 1993. Yaqin merupakan anak bongsu

daripada empat orang adik beradik. Kesemua adik beradik

Yaqin dilahirkan normal, berbeza dengan Yaqin kerana dia

seorang sahaja yang dilahirkan mempunyai ciri-ciri sindrom

down. Responden baru sahaja sebulan memasuki CADS iaitu pada

bulan Ogos. Sebelum ini, responden bersekolah di Sekolah

Kebangsaan Ujung Pasir dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri

Kota sehingga tingkatan 4. Kedua-dua sekolah tersebut

menawarkan program pendidikan khas iaitu dikenali juga

sebagai sekolah aliran perdana. Sebelum ini, responden

tinggal bersama-sama ibu bapanya dan menetap di Melaka.

Melihat Yaqin tidak seperti kanak-kanak lain, ibu bapanya

membuat keputusan untuk menyekolahkan Yaqin di Pusat

Perkembangan CADS dan tinggal bersama dengan kakak sulungnya

di Hulu Klang, Selangor. Selain Sindrom Down, responden

tidak mempunyai kecacatan lain.

Responden merupakan seorang yang periang, seorang yang

suka bersosial iaitu mudah bergaul dengan orang yang baru

dikenali walaupun pada mulanya menunjukan sifat pemalu.

Selain itu, Yaqin juga seorang kanak-kanak yang amat peramah

walaupun mempunyai masalah di dalam komunikasi kerana

perngucapannya tidak jelas. Di samping itu, Yaqin seorang

kanak-kanak yang menghormati orang tua. Sifat ini dapat

dilihat semasa kedatangan kami, Yaqin terus bersalaman

dengan kami walaupun tidak mengenali kami. Yaqin juga

merupakan kanak-kanak yang suka mengusik, suka bergambar.

30

Page 31: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

1.2 ANALISIS TINGKAH LAKU

Analisi tingkah laku dengan menggunakan Alat Penilaian

Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran, Ujian Tingkah Laku oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia. Di dalam Alat Penilaian

Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran Ujian Tingkah Laku kami

perlu mengisi butiran diri responden seperti nama, umur,

sekolah, alamat rumah, telefon, alamat sekolah, jenis

kecacatan utama, kecacatan lain, tarikh dan waktu kajian

dilakukan. Di dalam alat penilaian tersebut juga,kami perlu

memerhati dan menilai tingkah laku yang ditunjukkan oleh

responden berdasarkan empat kategori utama iaitu Perlakuan

Agresif, Perlakuan Pasif, Perlakuan Negatif Sosial dan

Permasalah Emosi. Setiap kategori mempunyai sepuluh item.

Kami perlu menanda item-item yang menunjukkan tingkah laku

responden semasa pemerhatian dijalankan. Di samping melalui

pemerhatian kami, maklumat juga diperolehi oleh ibu bapa

atau penjaga, guru-guru, dan rakan-rakan.

1.3 PERLAKUAN AGRESIF

Bagi perlakuan agresif, kami dapat lihat dengan jelas

bahawa responden menunjukkan 2 item dari 10 item. Tingkah

laku yang sangat ketara dalam kategori tersebut iaitu

mengacau dan menguasai orang lain dimana dapat dilihat

dengan ketara apabila responden mencium rakannya, ketika

rakannya sedang menumpukan perhatian semasa guru mengajar.

Di samping itu, responden juga mencubit rakannya ketika

sedang bermain-main dengan rakannya.

31

Page 32: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

Satu lagi ciri yang sangat ketara adalah, responden

merupakan seorang yang hyperaktif. Tingkah laku hyperaktif

ini boleh dilihat dari sudut positif dimana responden

merupakan seorang yang sangat peramah dan cepat mesra dengan

orang yang baru dikenali. Tingkah laku ini dapat dilihat

ketika responden sampai di sekolah dan apabila guru

responden memperkenalkan kami, dia pergi ke arah kami dan

bersalaman dengan kami. Responden juga menghormati kami

dengan memanggil kami dengan pangilan kakak dan abang. Dia

tidak malu untuk bercakap dan dengan kami.

Manakala tingkah laku hyperaktif dari sudut negatif

melalui pemerhatian kami dapat dilihat responden sangat

nakal. Responden sangat suka bergambar dan membuat aksi.

Apabila responden terpandang kami bergambar, responden tidak

akan ketinggalan. Selain itu, yaqin suka bermain dengan

tangannya dan suka bertukar tempat duduk. Hal ini dapat

dilihat dengan jelas apabila guru responden menyuruh

responden menyiapkan kerja diberi, dia akan bertukar tempat

duduk daripada menulis di atas meja, responden menulis di

atas kerusi dan akhir sekali responden menulis di lantai

sambil meniarap. Responden cepat berasa bosan dengan apa

yang berlaku di persekitarannya. Contohnya, ketika guru

responden mengajar di dalam kelas, responden hanya dapat

menumpukan perhatian beberapa minit sahaja, selepas itu dia

akan bosan dan menganggu rakannya yang hendak belajar.

GRAF BAR: PERLAKUAN AGRESIF

32

Page 33: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

Melalui graf bar di atas, boleh dilihat dengan jelas dua

tingkah laku responden dalam aspek perlakuan agresif iaitu

mengacau/menguasai orang lain dan hyperaktif. Tingkah laku

mengacau/menguasai orang lain dan hyperaktif masing-masing

adalah sepuluh peratus. Hal ini kerana kedua-dua tingkah

laku ini dapat dilihat dengan jelas dalam diri responden.

Tingkah laku mengacau/menguasai orang lain sangat ketara

apabila resonden mengacau dan menganggu rakannya semasa

mereka belajar. Hal ini kerana responden cepat bosan dengan

apa yang diajar oleh gurunya. Responden Cuma dapat

menumpukan perhatian beberapa minit sahaja. Selepas itu

responden akan menganggu rakannya seperti mencubit, mencium

rakannya serts berbisik dan ketawa dengan rakannya. Selain

itu, responden juga tertidur di dalam kelas kerana bosan

dengan apa yang gurunya ajar. Semasa kami membuat kajian,

responden juga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap apa

yang gurunya ajar. Responden lebih teruja untuk mengenali

kami. Semasa sesi pengajaran, mata responden asyik tertumpu

kepada kami. Bila ditegur oleh gurunya, dia Cuma fokus

kepada beberapa ketika, selepas itu responden akan memerhati

gelagat kami.

Di samping itu, yaqin sangat nakal. Dia suka mencium

rakannya. Dia juga akan mencubit rakannya sekiranya rakannya

tidak menuruti kata-katanya. Melalui apa yang kami

perhatikan, responden seorang yang ceria dan suka ketawa.

Responden sangat suka bercakap dan peramah. Responden juga

amat suka mengusik. Ini dapat dilihat semasa sesi menyanyi,

responden bermain mata dengan kami, selain itu, responden

33

Page 34: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

juga mengoyang-goyang punggungnya ala-ala bergelek.

responden juga sangat suka bergambar. Pantang sahaja lihat

kamera, responden sudah sedia membuat pelbagai gaya.

10.0 RUMUSAN BERDASARKAN PADA KAJIAN KES.

Bagi kategori perlakuan agresif, responden berada pada

tahap sederhana ringan iaitu hanya melibatkan dua item

daripada sepuluh item tingkah laku yang dinyatakan iaitu

tingkah laku mengacau/menguasai orang lain dan hyperaktif.

Bagi tingkah laku mengacau/ menguasai orang lain,

responden tunjukkan dengan mencubit rakannya sekiranya

rakannya tidak melayan kehendaknya. Selain itu, responden

juga akan mencium rakannya secara tiba-tiba.

Melalui pemerhatian kami, tingkah laku hyperaktif dapat

dilihat ketika responden beraksi semasa kami mengambil

gambar. Responden sangat suka membuat pelbagai aksi ketika

bergambar. Asal sahaja responden melihat kami bergambar, dia

akan menuju ke arah kami. Selain itu dari sudut positif,

responden mudah menunjukkan sikap peramah walaupun kali

pertama kami berjumpa. Responden cepat mesra dan suka

bercakap dengan kami. Responden juga menghormati kami dan

memanggil kami dengan panggilan abang dan kakak. Walaupun

responden mudah hilang tumpuan semasa pengajaran dan

pembelajaran, apabila gurunya menegur, responden mula

memberikan perhatian semula.

Bagi tingkah laku merosakkan harta benda sendiri/ orang

lain, selalu berkelahi / bertumbuk, cepat marah/meradang,

34

Page 35: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

mencederakan diri sendiri, panas baran, perlakuan negatif

berlaku dengan tiba-tiba, aksi provokasi dan memberontak

tidak ditunjukkan oleh responden. Responden hanya

mengacau/menguasai orang lain dan hyperaktif iaitu mempunyai

sifat periang dan tidak mudah menunjukkan perasaan marah.

Responden sangat suka bermain tetapi responden akan

mendengar segala nasihat gurunya.

11.1 KESIMPULAN

Kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan seperti yang

dibincangkan memerlukan perhatian dan penjagaan yang khusus.

Mereka memerlukan kasih saying, perhatian dan kesabaran guru

serta ibu bapa. Ini memerlukan pengorbanan yang tinggi

sehingga boleh menjadikan guru dan ibu bapa atau penjaga

hilang semangat, terutamanya bila perkembangan kanak-kanak

terbatas. Mendidik kanak-kanak ini adlah sangat mencabar

dan menuntut kesabaran dan komitmen yang tinggi dari guru.

Oleh, itu guru-guru di sekolah pendidikan khas perlu

menolong kanak-kanak seperti ini yang tidak dapat mengikuti

pembelajaran harian seperti kanak-kanak yang biasa. Guru

perlu mengenalpasti ketidakupayaan kanak-kanak tersebut

berdasarkan ciri-ciri yang diberi dan mengambil tindakan

atas apa yang harus dilakukan. Dengan ini, harapan supaya

kanak-kanak yang mempunyai ketidakkupayaan seperti yang

dibincangkan berpeluang mendapat pendidikan seperti kanak-

kanak lain dan tidak ketinggalan tercapai.

35

Page 36: KANAK KANAK BERKEPERLUAN KHAS HJ DAUT

36