Kajian tindakan
PAGE
BAB 1
PENDAHULUAN1.1 PengenalanFalsafah Pendidikan Islam ada
menyatakan bahawa Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan
untuk menyampaikan ilmu, kamahiran dan penghayatan Islam
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran,
keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai
tanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat, alam sekitar dan
negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi
di akhirat. ( Kementerian Pelajaran Malaysia : 2005 )
Berdasarkan Falsafah Islam di atas membuktikan bahawa Al-Quran
memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian yang menjadi
panduan hidup kepada manusia.Menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah
sebagai sandaran hidup akan membawa kepada kebaikan dan kebahagiaan
hidup manusia di dunia dan di akhirat.Untuk menjadikan Al-Quran
sebagai panduan hidup, maka perlulah seseorang itu pandai membaca
Al-Quran serta mengetahui hukum tajwid.Generasi yang buta Al-Quran
akan mudah terjebak kepada gejala-gejala yang tidak sihat seperti
minum arak, dadah, pil khayal, lari dari rumah, ponteng dan
pelbagai kegiatan jenayah yang lain sebagai cara membebaskan diri
daripada masalah serta tekanan. ( Berita Harian : 30 Mei 2009 )Dr.
Abdul Aziz Hj. Hanafi dalam kertas kerjanya pada Konvensyen
Al-Quran Dalam Menangani Gejala Sosial, sempena Majlis Tilawah
Al-Quran 1996, menegaskan akhlak dan perundangan Al-Quran sebagai
kaedah memantapkan kekuatan sistem nilai umat hari ini. ( Serambi
Fikrah 2 )
1.2 Latar Belakang MasalahKepentingan pengajian Al-Quran bagi
setiap Muslim tidak dapat dinafikan. Al-Quran merupakan sumber
utama untuk mendapat keberkatan dan pengajaran tentang hukum-hukum
Allah sama ada yang berkaitan dengan akidah, syariat atau akhlak
malah penentu kesempurnaan beribadat kepada Allah juga bergantung
kepada Al-Quran.
Sungguhpun Al-Quran itu termasuk dalam senarai perkara rukun
Iman yang mesti dipelajari, tetapi sejak akhir-akhir ini, perhatian
kepada pengajaran Al-Quran semakin merosot dari segi hukum tajwid.
Akibatnya timbullah berbagai keluhan dan rungutan dari masyarakat
Islam itu sendiri yang tidak mampu mengaji bahkan tidak tahu untuk
membezakan hukum bacaan mad.Kepentingan pendidikan Al-Quran serta
hukum tajwid perlu diterapkan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi
supaya mereka membesar menjadi generasi yang berakhlak dengan
akhlak Al-Quran seterusnya menjadi generasi yang cemerlang di dunia
dan di akhirat. Tetapi bagaimanakah dapat melahirkan generasi
seperti ini jika hukum mad tidak dapat dikuasainya dengan baik dan
berkesan.
Murid Tahun Tiga Kencana dari Sekolah Kebangsaan Bukit Waha,
Kota Tinggi pada tahun 2010 yang tidak dapat menguasai hukum bacaan
mad seramai 60 orang iaitu jumlah yang diambil hasil tasmik .
Perkara ini perlu dipandang serius bagi mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran Al-Quran jika sekiranya masih ada murid
yang lemah dalam menguasai hukum bacaan mad.Senario murid yang
lemah menguasai hukum mad perlu diberi perhatian yang sewajarnya
oleh semua pihak terutamanya Jabatan Pelajaran, pihak sekolah, ibu
bapa, guru dan masyarakat bersama-sama berganding bahu dan
mengembleng tenaga bagi mencari jawapan dan penyelesaian kapada
masalah ini.
Kesimpulannya, masalah kelemaham murid menguasai hukum mad tidak
wajar diletakkan di bahu guru-guru Pendidikan Islam dan guru-guru
j-QAF malah ibu bapa, masyarakat dan negara juga turut memainkan
peranan penting dalam memastikan kejayaan ini. Diharapkan usaha
ini, negara kita dapat melahirkan generasi bukan sahaja pandai
mengaji bahkan mahir dalam menguasai hukum mad.1.3 Pernyataan
Masalah
Generasi yang celik Al-Quran serta dapat menguasai hukum mad
perlu dibentuk di peringkat kanak-kanak lagi iaitu dapat mempraktik
serta menghayati kandungan Al-Quran tidak mudah terpengaruh dengan
anasir-anasir yang tidak baik seterusnya menjadi insan yang berguna
kelak.Program j-QAF yang diperkenalkan pada tahun 2005 bertujuan
untuk memastikan murid boleh mengaji serta menguasai hukum tajwid
dengan betul serta khatam pada tahun 2010. Hasrat ini adalah selari
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam
yang bersandarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah bagi mewujudkan
masyarakat yang bersikap dan berakhlak dengan akhlak Islamiah
seterusnya melahirkan masyarakat yang sejahtera di dunia dan di
akhirat. Namun begitu, adakah matlamat ini tercapai sepenuhnya
seperti yang diharapkan memandangkan masih terdapat murid Tahun
Tiga Kencana , Sekolah Kebangsaan Bukit Waha yang belum menguasai
bacaan mad dengan baik.Program j-QAF Sekolah Kebangsaan Bukit Waha
dilaksanakan pada tahun 2007.Murid-murid ini akan menjadi remaja
dan sebahagian daripada anggota masyarakat dan seterusnya agen
kepada pembangunan negara. Bagaimanakah mereka boleh menjalani
hidup di alam remaja yang penuh dengan godaan dan menjadi
masyarakat yang berjaya dan seterusnya menyumbang kepada kemajuan
negara sekiranya mereka tidak ada asas pendidikan yang kukuh dalam
diri mereka. Asas tersebut seperti pendidikan berasaskan Al-Quran
yang dapat membimbing mereka.
Seterusnya menjadi benteng penyelamat daripada ancaman
gejala-gejala sosial yang semakin hebat melanda masyarakat hari
ini. Permasalah tersebut telah menarik perhatian pengkaji untuk
membuat kajian bagi mencari cara-cara mengatasi kelemahan pelajar
membaca Al-Quran dalam mengenali hukum mad sebahagian murid Tahun
Tiga Kencana di sekolah ini walaupun tiga tahun mereka mendapat
pendidikan Al-Quran di sekolah rendah dan juga di sekolah agama
kerajaan negeri.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan penguasaan murid dalam
mengenal hukum mad perlu dikenalpasti agar penguasaan mereka dapat
ditingkatkan seterusnya menjadi generasi yang mahir dalam ilmu
tajwid. Sesungguhnya dengan Al-Quran sahajalah dapat membendung
segala masalah sosial yang melanda generasi kita hari ini.
1.4 Tujuan KajianKajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti
murid-murid Tahun Tiga Kencana Sekolah Kebangsaan Bukit Waha yang
tidak dapat membaca Al-Quran dengan betul dan lancar. Ianya juga
bertujuan membantu pelajar dalam mengenali hukum bacaan Mad dengan
menggunakan pendekatan modul pelangi iaitu secara mewarnakan huruf
mad dengan berlainan warna.
1.5Objektif kajianKajian ini mempunyai beberapa objektif kajian
yang ingin dicapai oleh pengkaji .Berikut adalah objektif-objektif
kajian:
1.5.1Mengenalpasti sikap murid terhadap mata pelajaran Al-Quran
dan mengenali hukum mad dengan menggunakan pendekatan modul pelangi
di Sekolah Kebangsaan Bukit Waha iaitu dengan cara guru membezakan
huruf mad dengan perbezaan warna. Satu huruf satu warna.Contoh:
Huruf Alif berwarna merah, huruf Wau berwarna hijau dan huruf Ya
berwarna biru.
1.5.2 Mengenalpasti sikap murid terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran Al-Quran di Sekolah Kebangsaan Bukit Waha
1.5.3 Mengenalpasti sikap ibubapa murid terhadap matapelajaran
Tilawah Al-Quran iaitu dari segi mengenali hukum mad.
1.5.4 Mengenalpasti sikap rakan sebaya terhadap tahap penguasaan
hukum mad.
1.6Persoalan Dan Hipotesis KajianPengkaji menggunakan
soalan-soalan berikut untuk mencapai objektif kajian. Persoalan
kajian ini adalah seperti berikut:
1.6.1Bagaimanakah sikap murid Tahun Tiga di sekolah berkenaan
terhadap matapelajaran Al-Quran.
1.6.2 Apakah penilaian murid terhadap keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran Al-Quran.1.6.3 Bagaimanakah murid melihat sikap
ibubapa mereka terhadap tahap penguasaan ilmu tajwid khususnya
hukum mad.
1.6.4 Bagaimanakah pandangan rakan-rakan terhadap pembelajaran
hukum mad.
1.7Kepentingan KajianKajian ini diharapkan dapat memberi
kesedaran kepada semua pihak terutama pihak pentadbir sekolah,
guru-guru, ibubapa dan masyarakat seluruhnya.Di antara kepentingan
kajian ini ialah:
1. Kajian ini boleh dijadikan bahan rujukan oleh sekolah
terlibat untuk mengenalpasti faktor-faktor kelemahan bacaan
Al-Quran dalam mengenali hukum bacaan mad dan mengambil tindakan
sewajarnya.
2. Memudahkan pentadbir, ketua panitia dan guru-guru Pendidikan
Islam dan guru-guru j-QAF di sekolah terlibat mencari jalan
penyelesaian bagi mengatasi masalah ini dengan mengambil tindakan
sewajarnya.3. Sebagai garis panduan untuk mengubah dan mencari
kaedah pengajaran yang lebih berkesan dan boleh mengatasi masalah
kelemahan menguasai bacaan Al-Quran dari segi bacaan mad dengan
menggunakan pendekatan modul pelangi , iaitu satu huruf satu
warna.4. Sebagai makluman kepada ibubapa supaya dapat memberikan
kerjasama dalam usaha meningkatkan tahap penguasaan bacaan Al-Quran
anak-anak mereka serta dapat menguasai hukum bacaan mad. Di samping
itu dapat memberi kesedaran kepada ibubapa tentang tanggungjawab
mereka memberi pendidikan Al-Quran kepada anak-anak mereka dan
tidak meletakkan tanggungjawab itu kepada pihak sekolah semata-mata
terutamanya guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF.Mereka dapat
membantu anak-anak dari segi bacaan dan penguasaan hukum mad dengan
menggunakan pendekatan modul pelangi.1.8 Skop Dan Batasan
KajianKajian ini hanya dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bukit Waha.
Pengkaji membataskan kajian hanya kepada murid-murid Tahun Tiga
sekolah berkenaan.
Untuk kajian ini, seramai 30 orang murid diambil sebagai sampel
daripada 69 orang murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Bukit Waha (
Mohd Najib Bin Abdul Ghafor : 2003). Mereka ini diambil secara
rawak iaitu murid-murid yang betul-betul dikenalpasti lemah dalam
mengenali hukum mad. Item yang dikemukakan dalam borang kaji
selidik yang diedarkan tertumpu kepada bidang ilmu tajwid iaitu
dari segi mengenali hukum mad dengan menggunakan pendekatan modul
pelangi seperti huruf Alif berwarna merah, huruf Wau berwarna hijau
dan huruf Ya berwarna biru.
1.9 PenutupBerdasarkan kepada isi kandungan dalam bab pertama,
dapat disimpulkan bahawa terdapat beberapa faktor yang mendorong
pengkaji untuk membuat kajian. Memandangkan murid Tahun Tiga adalah
murid program j-QAF. Pencapaian objektif program tersebut diharap
dapat dicapai iaitu murid boleh membaca Al-Quran sehingga khatam
apabila tamat Tahun Enam serta dapat menguasai hukum bacaan mad
dengan menggunakan pendekatan modul pelangi. Murid-murid ini juga
akan menempuh alam remaja apabila memasuki sekolah menengah.Oleh
itu, murid-murid ini perlu memantapkan diri mereka dengan
pendidikan Al-Quran yang mampu menjadi benteng dalam diri mereka
untuk menghadapi alam remaja.BAB 2TINJAUAN LITERATUR
2.1PengenalanBab Dua memperkatakan tentang konsep dan matlamat
Pendidikan Islam, definisi Al-Quran , keistimewaan Al-Quran,
fadhilat membaca dan mengajar Al-Quran, kaedah mempelajari Al-Quran
kepada anak-anak, faktor faktor yang mempengaruhi kelemahan
Al-Quran dari segi hukum mad dengan pendekatan modul pelangi dan
sejarah sekolah. Pengkaji cuba membuat huraian tentang tajuk kajian
berdasarkan sumber yang diperolehi daripada buku-buku, majalah,
jurnal dan kajian-kajian yang lepas di pusat sumber dan
perpustakaan.
2.2 Al-Quran dan Skop Perbincangannya2.2.1 Definisi
Al-QuranAl-Quran dari segi bahasa mempunyai banyak
maknanya.Antaranya ialah bacaan atau yang dibaca yang diambil dari
kata dasar qara a.Menurut Imam As-Syafie Al-Quran adalah nama khas
kepada Kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w .
Al-Farra pula mengatakan lafaz Al-Quran diambil daripada Al-Qarain
iaitu jamak daripada Qarinah kerana ayat-ayatnya saling melengkapi
antara satu sama lain dan beriringan.Manakala Imam Abu Hassan
Al-Ashaari dan sebahagian ulama lain berpendapat lafaz Al-Quran
diambil daripada perkataan yang menggabung sesuatu dengan sesuatu
yang lain. Ini kerana surah-surah dan ayat-ayat Al-Quran bergabung
dan beriringan dengan yang lain.Dari sudut istilah pula ialah
Al-Quran merupakan Kalam Allah yang bermukjizat , diturunkan kepada
Nabi Muhammad s.a.w, ditulis dalam beberapa mushaf, dipetik
daripada riwayat yang mutawatir dan membacanya adalah satu
ibadat.2.2.2 Keistimewaan Al-QuranAl-Quran mempunyai
keistimewaannya yang tersendiri dari segi ketinggian dan keindahan
bahasanya. Malah keunggulan dan keindahan bahasanya itu mengatasi
kemampuan sasterawan sasterawan Arab yang terkenal pada zaman itu
dan ternyata mereka lemah apabila menghadapi Al-Quran.
Di samping itu, keunggulan idea yang terkandung di dalam
Al-Quran mampu memberi penyelesaian kepada keperluan hidup manusia.
Di dalamnya penuh dengan pelbagai hikmah dan pengajaran untuk
dijadikan iktibar dan panduan dalam kehidupan manusia.Barangsiapa
yang membaca dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan
akan mempunyai pengaruh, kelebihan dan mendapat keberkatan daripada
Allah s.w.t.2.2.3Fadhilat Membaca Dan Mempelajari Al-QuranAllah
s.w.t. telah menjadikan pembaca Al-Quran sebagai satu ibadah yang
boleh menghampirkan diri dan pelaku kepada-Nya, membalas pahala,
mencurahkan keredhaan dan rahmat-Nya kepada pembaca. Ini kerana
membaca Al-Quran merupakan satu cara untuk memahami, mentadabbur
dan beramal dengannya.Firman Allah dalam Surah Al-Fathir : 29:
(((( ((((((((( ((((((((( ((((((( (((( (((((((((((( (((((((((((
(((((((((((( ((((( ((((((((((((( ((((( (((((((((((( (((((((((
((((((((( ((( ((((((( ((((
Maksudnya ,Sesungguhnya orang yang selalu membaca Kitab Allah
dan tetap mendirikan serta mendermakan daripada apa yang kami
kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara berterus
terang, mereka dengan amalan yang demikian mengharapkan sejenis
perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.Rasulullah s.a.w.
juga menjelaskan bahawa membaca Al-Quran merupakan satu ibadat yang
sangat besar fadhilatnya sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang
berbunyi:
Ibadat umatku yang utama ialah membaca Al-Quran.
( Riwayat Abu Naim)
Dengan membaca Al-Quran juga mendapat syafaat di hari akhirat
kelak sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya yang
berbunyi:
Bacalah Al-Quran kerana ia akan datang pada hari akhirat kelak
sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.
(Riwayat Muslim)
Orang yang membaca Al-Quran juga akan mendapat ketenangan dan
naungan rahmat Allah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang
berbunyi:
Tidaklah berkumpul satu kaum di dalam rumah Allah untuk membaca
kitab Allah dan mempelajarinya melainkan Allah akan menurunkan
sakinah dan menaungi mereka dengan rahmat, malaikat akan
mengembangkan sayapnya kepada mereka dan Allah akan menyebutnya
para malaikat yang ada di sekeliling-Nya.
(Riwayat Muslim)
Perumpamaan di antara orang yang membaca Al-Quran dengan orang
yang tidak membaca Al-Quran pula dapat dilihat dalam sabda
Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:
Perumpamaan mukmin yang membaca Al-Quran adalah seperti limau
yang mempunyai baunya yang harum dan rasanya sedap.Perumpamaan
mukmin yang tidak membaca Al-Quran pula ialah seperti tamar yang
tidak ada bau tetapi rasanya manis dan sedap.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda menjelaskan pahala yang akan
diperolehi oleh orang yang membacaAl-Quran di dalam sabdanya:
Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka
ganjarannya ialah satu kebaikan dan sepuluh ganjaran yang sama
dengannya.Aku tidak mengatakan bahawa Alif Lam Mim sebagai satu
huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu
huruf.
(Riwayat At-Tarmizi)Selain daripada membaca, mengajar Al-Quran
juga mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah s.w.t.
sebagaimana hadis nabi yang berbunyi:
Sebaik-baikorang ialah yang mempelajari Al-Quran dan
mengajarkannya.
(Riwayat Bukhari)
Sehubungan dengan itu juga terdapat sebuah hadis nabi yang
berbunyi:
Sesiapa yang mengajarkan anaknya cara melihat mushaf, Allah akan
mengampunkan dosanya yang lalu dan yang terkemudian. Sesiapa yang
mengajarnya secara menghafaz, Allah akan bangkitkannya di hari
akhirat kelak seperti bulan purnama dan dikatakan kepada anaknya,
bacalah , tiap-tiap kali ia membacanya satu ayat daripadanya, Allah
akan mengangkat darjat bapanya hingga sampai akhir ayat yang
dihafaznya
(Riwayat At-Tabrani)
2.2.4Kaedah Mempelajari Al-QuranBerdasarkan kaedah dan cara
Rasulullah s.a.w. menerima wahyu Al-Quran daripada malaikat Jibril
a.s. adalah secara talaqqi dan musyafahah , maka dapatlah
difahamkan bahawa seseorang yang mempelajari Al-Quran hendaklah
belajar dari guru yang muktabar secara talaqqi dan musyafahah iaitu
selepas guru baca, murid ikut bacaan guru itu. Selain daripada itu,
bacaan hendaklah diulang-ulang sebagaimana Jibril menyebut kalimah
Iqra sebanyak tiga kali. Membaca Al-Quran hendaklah secara
bertajwid iaitu menyebut dengan betul dan tepat lafaz-lafaz
Al-Quran terutamanya dari sebutan hukum mad . Di samping itu,
hendaklah dibaca secara tartil iaitu secara tenang sebagaimana
Firman Allah (Al-Muzzammil : 4 )
((((((((( ((((((((((((( ((((((((( (((Bacalah Al-Quran secara
tartil.
2.3 Konsep dan Matlamat Pendidikan IslamPendidikan dari sudut
pandangan Islam dapat diertikan sebagai proses mendidik dan melatih
akal, jasmani dan roh manusia berdasarkan nilai-nilai Islamiah yang
bersumberkan wahyu iaitu Al-Quran dan As-Sunnah bagi melahirkan
manusia yang bertakwa dan mengabdikan diri kepada Allah
semata-mata.
Pendidikan Islam bermatlamat melahirkan insan yang baik dan
sempurna (solih dan kamil ) iaitu insan yang mencakupi
kualiti-kualiti kemanusiaan yang sebenar yang meletakkan ketinggian
manusia mengikut hubungan hatinya dengan Allah. Melatih diri dengan
disiplin yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah seterusnya
membangunkan akal, badan dan roh.
Kesimpulannya, Pendidikan Islam ialah pendidikan yang berasaskan
Al-Quran dan As-Sunnah . Oleh itu, Pendidikan Al-Quran adalah
paling utama dan perlu diberi penekanan terutamanya kepada
anak-anak semenjak dalam kandungan lagi.Ibu bapa memainkan peranan
paling besar dan penting dalam usaha mendidik anak-anak mencintai
Al-Quran dengan cara membacanya, menulis ayat Al-Quran, memahami
makna, mengaplikasikan kandungan Al-Quran dan menghayati ajaran
Al-Quran . Memahami ayat Al-Quran dan menghayatinya dalam kehidupan
sejak kecil mampu mengelak generasi muda terjerumus dengan gejala
sosial yang semakin meruncing akhir-akhir ini.2.4Pendidikan
Al-Quran Kepada Anak-anakMengikut pendapat prof. R.H.A Soenarjo,
proses pembelajaran Al-Quran untuk anak-anak hendaklah semasa
berumur lima atau enam tahun.Sekiranya ibu bapa mengabaikan
pembelajaran Al-Quran sehingga anaknya tidak tahu membaca Al-Quran
dikira berdosa.Rasulullah s.a.w. ada menyatakan perintah
melaksanakan pendidikan Al-Quran kepada anak-anak sebagaimana yang
dinyatakan dalam hadis baginda yang berbunyi:Didiklah anak-anak
kalian dengan tiga hal : mencintai nabimu, mencintai ahli keluarga
nabi dan cinta membaca Al-Quran.Sebab orang yang membaca Al-Quran
itu akan mendapat naungan Arasy Allah pada hari tidak ada naungan
selain naungan-Nya.
(Riwayat At-Tabrani)Utbah bin Abu Sufyan Abd Ash-Shamad berpesan
kepada seorang pendidik anaknya agar mengajarkan anaknya Al-Quran,
syair dan kata-kata mutiara.
Dalam kitab Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali pula ada mewasiatkan
supaya anak-anak diajar dengan Al-Quran, hadis-hadis, kisah-kisah
teladan orang solih, sebahagian hukum-hukum agama dan syair yang
tidak menyangkut kelazatan kepada anak-anak.
Ibnu Sina pula ada mengatakan dalam bukunya bertajuk As-Siyasah
yang menyebut beberapa pendapat berharga tentang pendidikan
anak-anak. Beliau berpendapat, mulailah dengan mengajarkan
Al-Quranul Karim kepada akan kecil di samping mempersiapkannya
secara fizikal dan akal. Pada masa yang sama anak kecil juga harus
mempelajari huruf-huruf hijaiyyah, membaca dan menulis, mengajarkan
pokok-pokok agama , syair dan bait-baitnya.Dari pernyataan
pernyataan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa mengajar anak-anak
hendaklah dimulakan sejak kanak-kanak kerana ketika itu otak
kanak-kanak masih bersih, ingatannya masih kuat dan belajarnya
penuh bersemangat. Rasulullah s.a.w. Sangat menitikberatkan
pengajaran dasar-dasar iman, rukun Islam, syariat, cinta kepada
Rasulullah s.a.w.dan ahli keluarganya, para sahabat, pemimpin dan
Al-Quran semenjak kanak-kanak lagi. Dengan cara ini anak-anak akan
terdidik dengan iman yang sempurna, akidah yang mendalam dan
kecintaan kepada para sahabat yang mulia. Apabila dewasa
kanak-kanak ini tidak akan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur
maksiat dan kesesatan.2.5Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kelemahan
Murid Membaca Al-Quran Dalam Mengenali Hukum Mad
Menurut Ismail Awang ( 1997 ) , di antara beberapa faktor semasa
dan individu yang menyebabkan berlakunya kegagalan sisitem
pendidikan ke arah melahirkan masyarakat yang dibudayakan dengan
Al-Quran seterusnya mengenali hukum bacaan mad dalam bacaan
Al-Quran , di antaranya ialah:
1. Murid murid tidak ada masa untuk mempelajari Al-Quran dan
hukum bacaan mad kerana kesuntukan masa iaitu kegiatan sekolah di
waktu siang dan sekolah agama selepas waktu sekolah manakala malam
pula menyiapkan kerja sekolah yang diberi oleh guru. ( Melor Abu
Bakar, 1999 ).2. Tiada penilaian daripada masyarakat, tidak khatam
Al-Quran atau tidak mempelajari hukum mad sama sekali . Berbeza
dengan tahun 70-an dan 80-an dahulu, di mana orang yang tidak
mengetahui hukum tajwid serta telah khatam Al-Quran akan dipandang
rendah. (Melor Abu Bakar, 1999).
3. Menurut pendapat Zahazan Mohamad, ( 2009 ), punca anak-anak
muda terutamanya di kawasan felda terjebak dengan gejala sosial
adalah kerana sistem sokongan yang lemah berkait dengan peranan
guru, ibu bapa dan masyarakat setempat. Memetik kata-kata beliau
Jika dilihat pada hari ini, berapa ramai ibubapa yang masih
mengajar anak-anak mereka mengaji serta mengenali hukum tajwid
khususnya hukum mad pada waktu malam.Budaya seperti ini tidak wujud
lagi seperti dahulu. Bilangan yang masih mengekalkannya adalah
terlalu sedikit.Masing-masing mengejar kemewahan hidup di dunia
.
Tanggungjawab mendidik diserahkan kepada guru-guru di
sekolah.Ini menunjukkan sebahagian ibubapa mengejar kebendaan dan
kemewahan berbanding mendidik anak-anak mereka dengan ilmu
keagamaan bahkan ada yang melepaskan tanggungjawab ini kepada guru
semata-mata. Inilah salah satu punca murid-murid gagal menguasai
bacaan Al-Quran serta hukum tajwid. ( Utusan Malaysia : 7 Julai
2009).Mengikut pandangan pengkaji pula, terdapat faktor-faktor lain
yang menyebabkan murid-murid lemah menguasai bacaan Al-Quran serta
mengenali hukum bacaan mad.Antaranya ialah:
1.Terdapat sebahagian ibubapa itu sendiri tidak pandai dan tidak
mahir membaca Al-Quran, apatah lagi perkara berkaitan dengan hukum
mad. Ibu bapa sebagai pemimpin sewajarnya membimbing sendiri
anak-anak mereka membaca Al-Quran dan mengenali hukum tajwid.
Bagaimanakah mereka hendak membimbing anak-anak sedangkan mereka
sendiri tidak boleh membaca Al-Quran. Oleh itu, ibubapa terlebih
dahulu mestilah celik Al-Quran dan turut melengkapkan diri
mempelajari Al-Quran dan kaedah hukum tajwid supaya dapat mendidik
anak mereka dengan betul dan berkesan. ( Berita Harian : 30 Mei
2009 ).
2.Ada sebahagian daripada ibubapa lebih mementingkan pelajaran
akademik berbanding dengan pelajaran Al-Quran dan hukum
tajwid.Mereka akan merasa bimbang jika sekiranya anak mereka tidak
mendapat pencapaian yang baik dalam akademik dan berusaha
menghantar anak ke kelas tambahan. Mereka juga tidak merasa bimbing
sekiranya anak mereka tidak boleh membaca Al-Quran. Ibubapa tidak
berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah anak mereka yang
buta Al-Quran. Sikap ibubapa seperti ini menyebabkan anak-anak
mereka tidak boleh membaca Al-Quran apatah lagi mengenali hukum
mad.
3.Murid-murid tidak boleh menguasai kemahiran membaca dan
menulis jawi sedangkan huruf-huruf jawi adalah hampir sama dengan
huruf-huruf hijaiyyah. Ini menjadikan murid lemah dalam bacaan
Al-Quran. Kebolehan menguasai jawi mempengaruhi kemampuan keupayaan
seseorang pelajar itu membaca Al-Quran.Kenyataan ini disokong oleh
Zainal Abidin ( 1991 ) dalam kajiannya yang bertajuk Keberkesanan
Pendidikan Islam Di Sekolah Rendah.
4.Ketiadaan kelas pemulihan yang khusus seperti kelas pemulihan
Matematik dan Bahasa Melayu. Dengan adanya kelas pemulihan Al-Quran
, murid yang lemah akan diberi bimbingan yang mantap sehingga murid
mampu membaca Al-Quran dengan betul.
5.Kurangnya kelas-kelas pengajian Al-Quran yang diurus oleh
pihak-pihak tertentu atau badan-badan sukarela.Sesetengah murid
sukar untuk mencari tempat belajar Al-Quran. Ada murid yang belajar
Al-Quran di rumah jiran atau guru-guru agama tetapi bilangan
muridnya terlalu ramai.Sekiranya ada pihak yang sanggup mengajar
anak-anak membaca Al-Quran, masalah buta Al-Quran sedikit sebanyak
dapat diatasi.6.Faktor kewangan yang menjadi salah satu punca
murid-murid tidak dapat menguasai bacaan Al-Quran . Ibubapa yang
kurang berkemampuan tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke
kelas-kelas Al-Quran yang berbayar. Sebahagian besar kewangan
mereka digunakan untuk keperluan harian yang lebih penting.
Berdasarkan faktor-faktor di atas, maka dapatlah disimpulkan
bahawa punca murid-murid lemah tilawah Al-Quran adalah berpunca
daripada sikap murid sendiri, ibubapa, rakan sebaya, masyarakat,
kewangan dan persekitaran.Kelemahan menguasai bacaan Al-Quran ini
amat membimbangkan kepada generasi hari ini. Ini memerlukan kepada
usaha yang padu dari semua pihak bagi menjayakan generasi yang
celik Al-Quran di masa akan datang.2.6 Kajian LepasHasil dapatan
kajian yang telah dilakukan oleh Melor Abu Bakar ( 1999 ), yang
bertajuk Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap penguasaan Tilawah
Al-Quran iaitu di kalangan pelajar tingkatan dua di Sekolah
Menengah Kampung Soeharto mendapati masih ada murid tingkatan dua
sekolah tersebut yang belum mahir membaca Al-Quran bahkan masih
belum menguasai kemahiran mengenali hukum mad. Beliau mengaitkan
fenomena ini terjadi disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri
terhadap pengamalan bacaan Al-Quran, peranan ibubapa, kaedah
pengajaran dan pembelajaran guru dan rakan sebaya.
Kajian yang dibuat oleh Khairul Razikin bin Marsan ( 2007 ) pula
mendapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan bacaan
Al-Quran dan kebolehan menguasai hukum mad bagi pelajar-pelajar
Darjah Lima di sekolah Agama Felda Nitar Dua Mersing berpunca
daripasa sikap murid, sikap ibubapa terhadap matapelajaran Al-Quran
dan sikap rakan sebaya.
Hasil dapatan kajian oleh Siti Haryaney Bachok ( 2001 ) mengenai
Tahap penguasaan pembacaan Al-Quran di kalangan pelajar sekolah
menengah di JohorBbahru iaitu di Sekolah Menengah Teknik, Johor
Bahru mendapati tahap bacaan Al-Quran dan hukum mad pelajar-pelajar
sekolah tersebut sederhana iaitu 26.5 %. Namun berdasarkan dapatan
beliau , persepsi pelajar terhadap kepentingan pembacaan Al-Quran
adalah posiitif. Beliau juga menyatakan empat faktor yang
mempengruhi pembacaan Al-Quran iaitu faktor ibubapa, pendekatan
pengajaran guru, rakan sebaya dan program sekolah.
( Khairul Razikin Marsan, 2007 ).
Hasil Kajian daripada Ainulhidayah binti Amin ( 2003 ) yang
bertajuk Kemahiran Tilawah Al-Quran secara bertajwid di kalangan
pelajar Islam di Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan ) Abu
Bakar, Muar mendapati hanya 10.5% sahaja yang benar- benar lancar
membaca Al-Quran secara bertajwid 32.5% boleh membaca Al-Quran dan
selebihnya tidak tahu membaca Al-Quran.
( Khairul Razikin Marsan, 2007 ).
2.7 PenutupDalam bab 2 ini pengkaji menyentuh tentang
perkara-perkara yang berkaitan dengan tajuk kajian sahaja iaitu
tentang Al-Quran iaitu dari segi definisi, keistimewaan, fadhilat
membaca dan mengajar Al-Quran serta kaedah mempelajari Al-Quran.
Pengkaji juga membuat sorotan tentang konsep dan matlamat
Pendidikan Islam, pendidikan Al-Quran kepada anak-anak dan
faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan bacaan Al-Quran.Kajian
lepas turut disentuh sebagai rujukan kajian.
BAB 3METODOLOGI KAJIAN
3.1PengenalanDalam bab tiga ini, aspek yang akan disentuh adalah
berkaitan dengan metod kajian. Aspek aspek yang disentuh dalam
metod kajian ini adalah rekabentuk kajian, populasi dan sampel
kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan kaedah
analisis data kajian.
3.2Rekabentuk Kajian
Kajian ini dikenali sebagai kajian deskriptif untuk mencari
apakah punca-punca murid Tahun Tiga Kencana di Sekolah Kebangsaan
Bukit Waha lemah dalam menguasai bacaan Al-Quran. Untuk mendapatkan
maklumat daripada murid berkaitan kajian , pengkaji menggunakan
borang kaji selidik. Soalan soal selidik yang digunakan berkaitan
dengan latar belakang murid, sikap dan pandangan murid serta
faktor-faktor yang menyebabkan murid lemah menguasai Al-Quran dan
hukum mad.3.3 Lokasi KajianKajian yang telah dilakukan oleh saya
bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Waha. 81900 Kota Tinggi,
Johor.
3.4Populasi Dan Sampel Kajian
Kajian ini dibuat di Sekolah Kebangsaan Bukit Waha bagi
murid-murid Tahun Tiga sahaja.Jumlah populasi murid Tahun Tiga di
sekolah ini seramai 30 orang. Dari jumlah tersebut seramai 69 orang
dijadikan sampel kajian.Sampel kajian ini terdiri daripada lelaki
dan perempuan yang dipilih secara rawak mudah. Rasional pemilihan
sampel secara rawak mudah ini adalah kerana bukan semua murid Tahun
Tiga sekolah tersebut lemah dalam menguasai bacaan Al-Quran serta
mengenali hukum bacaan mad. Sampel yang dipilih adalah murid-murid
yang betul-betul lemah dalam menguasai bacaan dan hukum mad.
3.5Instrumen KajianDalam proses mendapatkan data daripada
sampel, pengkaji menggunakan tiga set soalan kaji selidik yang
perlu dijawab oleh responden. Soal selidik yang dikemukakan kepada
responden terdiri daripada item-item yang merujuk kepada objektif
kajian. Item soalan kajiselidik ini terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C.Soal selidik bahagian A
berkaitan dengan latar belakang responden seperti jantina, tempat
tinggal, pekerjaan ibubapa, tahap penguasaan bacaan Al-Quran
terkini, tempat belajar Al-Quran dan kebolehan membaca Al-Quran.
Arahan soalan berbentuk pilihan jawapan.Soal selidik bahagian B
pula berkaitan sikap murid terhadap mata pelajaran Tilawah
Al-Quran, sikap murid terhadap proses Pengajaran dan Pembelajaran
Al-Quran , sikap ibu bapa murid terhadap matapelajaran Al-Quran dan
sikap rakan sebaya terhadap pembelajaran Tilawah Al-Quran. Item
dalam bahagian B ini mengandungi dua asas skala iaitu Ya atau
Tidak.
Manakala soal selidik bahagian C pula berkaitan dengan pendapat
murid mengenai sebab seseorang itu tidak pandai membaca Al-Quran
serta menguasai hukum mad serta pendapat murid tentang cara
mengatasi masalah tersebut.3.6 Kajian Rintis
Untuk kajian ini, pengkaji telah membuat kajian rintis di
Sekolah Kebangsaan Bukit Waha. Jumlah responden yang diambil untuk
kajian rintis ini adalah seramai 10 orang.Pengkaji tidak
menggunakan jumlah besar kerana menurut Mohd Najib bin Abdul Ghafor
: 2003 ), saiz kajian rintis tidak perlu besar tetapi memadai untuk
memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan tentang kajian.
Kajian rintis ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana
responden memahami item soalan yang dikemukakan. Ini bertujuan
supaya penyelidik dapat menjadikannya sebagai panduan memperbaiki
soalan-soalan yang dikemukakan sebelum kajian sebenar dijalankan.
Selain daripada itu, boleh juga digunakan untuk membuat anggaran
masa yang sesuai untuk menguruskan soal selidik tersebut. Pengiraan
data dilakukan dengan menggunakan kaedah ketekalan dalaman.
Pengiraan ini dicadangkan oleh Kuder dan Richardson ( 1973 ).
Kaedah ini digunakan bagi mengira ujian separuh skor, kemudiannya
dimasukkan ke dalam pengiraan Alpha Cronbach ( SPSS Versi 13.0 )
.
Ujian Alpha Cronbach digunakan kerana ia merupakan salah satu
ujian statistik bagi mendapatkan kebolehpercayaan. Nilai indeks
kebolehpercayaan yang melebihi 0.6 ( kurang 0.6 ) baru boleh
digunakan sebagai alat ukur untuk sesuatu kajian. Julat adalah
berdasarkan Alpha Cronbach yang diperolehi dengan menggunakan
perisian Windows Statitical Package Social science versi 13.0 (
SPSS ).Nilai alpha Cronbach yang diperolehi pengkaji adalah 0.6885
bagi keseluruhan item soal selidik. Nilai ini dinilaikan sebagai
kuat menurut pandangan Davis ( 1971 ) dan Farawahida ( 2004 ).
Beliau mengkategorikan :
Nilai Alpha CronbachPenerangan
1Sangat Tidak Setuju
2Tidak Setuju
3Tidak pasti
4Setuju
5Sangat Setuju
3.7Kebolehpercayaan dan KeesahanBerdasarkan kepada peningkatan
mutu bacaan murid serta dapat menguasai bacaan mad.
3.8Kaedah Dan Prosedur Pengumpulan DataSebelum analisis data
diperolehi , pengkaji telah melalui prosedur prosedur
tertentu.Prosedur-prosedur tersebut diringkaskan dalam bentuk
gambarajah seperti berikut:1.Berbincang berkenaan tajuk kajian
dengan penyelia dan menjalankan kajian.2.Dapatkan surat pengesahan
dari Fakulti Pendidikan Dan Bahasa bagi pelepasan membuat
kajian.3.Mendapat keizinan dari Universiti Terbuka Malaysia ( OUM
)4.Berbincang mengenai kaji selidik.5.Minta kebenaran dari Guru
Besar untuk mengadakan kajian di Sekolah Kebangsaan Bukit Waha,
Kota Tinggi, Johor.6.Edar borang soal selidik kepada
responden.7.Kumpul borang soal selidik yang telah dijawab.8.Data
telah dianalisis bagi mendapatkan kebenaran kekerapan , peratusan
dan min.9.Perbincangan antara Penyelidik dan Penyelia diadakan dari
masa ke semasa.3.9Analisis DataDapatan dan data-data yang
diperolehi dari soal selidik yang dijalankan dianalisis melalui
komputer menggunakan perisian Windows Statitical Package For Social
Science ( SPSS ) versi 13.0 bagi mendapatkan data yang
tepat.Dapatan daripada analisa dipaparkan dalam bentuk jadual yang
menunjukkan kekerapan , peratusan dan min.Peratus bagi jawapan
SETUJU dikira dengan menjumlahkan peratus bagi jawapan sangat
setuju dan setuju. Manakala peratus jawapan TIDAK SETUJU pula
dikira dengan menjumlahkan peratus bagi jawapan Sangat Tidak
Setuju, Tidak Setuju , Tidak Pasti dianggap BERKECUALI.Penetapan
kategori bergantung kepada perbandingan antara jumlah peratusSETUJU
dengan jumlah peratus TIDAK SETUJU Di samping itu juga, skor min
digunakan untuk mengenal pasti sama ada kenyataan tersebut
mempengaruhi responden atau tidak. Nilai ini menunjukkan pandangan
responden terhadap kenyataan ini.
Skil skala min seperti dinyatakan di bawah:SkorPilihan
1Sangat Tidak Setuju
2Tidak Setuju
3Tidak pasti
4Setuju
5Sangat Setuju
3.10PerbincanganSaya telah berbincang dengan pihak pentadbir
sekolah untuk menjalankan kajian terhadap murid yang lemah bacaan
Al-Quran.Seramai 30 orang murid yang lemah telah dikenalpasti.
Pihak pentadbir sekolah telah bersetuju dengan rancangan saya dan
ingin melihat keberkesanan program tersebut. Saya mula mengorak
langkah menyusun strategi untuk membantu murid
tersebut.3.11PenutupMetodologi kajian menyentuh tentang responden
dan item soalan yang dibina berdasarkan kepada tajuk kajian. Item
kajian dibina berdasarkan objektif kajian. Pengkaji memfokuskan
kajian kepada murid yang lemah dalam bacaan Al-Quran dan mengenali
hukum mad. Daripada jumlah populasi murid Tahun Tiga Kencana
Sekolah Kebangsaan Bukit Waha iaitu seramai 69 orang. Atau 30%
murid boleh membaca Al-Quran dengan baik.Manakala 40% adalah
sederhana. Walau bagaimanapun murid sederhana ini masih boleh
dibimbing bacaannya. Murid lemah agak lambat untuk dipulihkan.
Namun begitu masalah ini perlu dicari punca dan penyelesaiannya
agar murid lemah dapat membaca Al-Quran dengan baik serta mengenali
hukum mad.BAB 4ANALISIS DATA4.1 Pendahuluan( Profil Responden
)Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan dapatan analisis data
yang diperolehi berdasarkan soal selidik yang dikemukakan terhadap
responden. Ia meliputi pelbagai aspek persoalan kajian yang ingin
dikupas oleh pengkaji.
Seramai 30 orang responden ( Mohd Najib Bin Abdul Ghafor : 2003
) telah dipilih bagi menjawab soal selidik yang telah disediakan.
Kesemua responden terdiri daripada murid Tahun 3 Kencana di Sekolah
Kebangsaan Bukit Waha, Kota Tinggi, Johar.
Analisis data dilakukan menggunakan perisian Windows Statitical
Package For Social Science ( SPSS ) versi 13.0 Ia digunakan untuk
menghuraikan data dalam bentuk jadual. Kekerapan , peratusan, dan
statistik min bagi setiap item. Penganalisisan dibahagikan kepada
tiga bahagian iaitu:Bahagian A : Aspek latar belakang
responden.
Bahagian B : Faktor yang mempengaruhi kelemahan membaca
Al-Quran.
Bahagian C : Pendapat murid tentang sebab tidak pandai membaca
Al-Quran
dan cara mengatasinya.
Selain melakukan analisis secara terperinci berdasarkan setiap
item, pengkaji juga membuat analisis secara keseluruhan meliputi
persoalan utama yang dikaji. Ini dapat dilihat dalam analisis pada
bahagian B yang dipecahkan kepada empat bahagian iaitu persoalan
sikap murid terhadap matapelajaran Tilawah Al-Quran, persoalan
sikap murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Tilawah
Al-Quran dan persoalan sikap ibu bapa terhadap matapelajaran
Tilawah al-Quran serta persoalan sikap rakan sebaya terhadap
pembelajaran Tilawah al-Quran. Manakala bahagian C pula meminta
pendapat murid berkenaan sebab seseorang tidak pandai membaca
Al-Quran dan cadangan bagi mengatasi masalah tersebut.
Laporan Dapatan Kajian
4.2 Analisis data Bahagian ABagi analisis dalam bahagian ini,
pengkaji meletakkan empat item demografi umum untuk mengetahui
latar belakang umum responden. Selain itu, pengkaji turut
memasukkan lima item teknikal meliputi aspek pembelajaran responden
dalam Tilawah al-Quran
Jadual 1 :Jantina Responden
JantinaKekerapan Peratus
Lelaki1860.0
Perempuan1240.0
Jumlah30100
n=30Data dalam Jadual 1 menunjukkan 18 orang responden yang
dipilih adalah lelaki iaitu meliputi peratusan sebanyak 60.0
peratus. Manakala 12 orang responden terdiri daripada murid
perempuan dengan nilain peratusan sebanyak 40.0 peratus.Jadual 2
:Tempat TinggalTempat TinggalKekerapanPeratus
Rumah Felda2583.3
Rumah Sewa516.7
Jumlah30100
n=30Data dalam Jadual 2 menunjukkan 25 orang responden yang
dipilih tinggal di Rumah Felda iaitu meliputi peratusan sebanyak
83.3 peratus. Manakala 5 orang responden tinggal di Rumah Sewa
iaitu dengan nilai peratusan sebanyak 16.7 peratus.
Jadual 3 :Pekerjaan Bapa
Pekerjaan BapaKekerapanPeratus
Kakitangan Kerajaan26.6
Kakitangan Swasta516.7
Peneroka1240.0
Lain-lain1136.7
Jumlah30100
n=30Jadual 3 menunjukkan 6.6 peratus bapa respoden bekerja
sebagai kakitangan kerajaan. Manakala di bidang swasta pula
sebanyak 16.7 peratus . Peneroka sebanyak 40.0 peratus dan
lain-lain pekerjaan bapa responden sebanyak 36.7 peratus.Jadual 4
:Pekerjaan IbuPekerjaan IbuKekerapan Peratus
Kakitangan Swasta620.0
Sendiri930.0
Lain-lain1550.0
Jumlah30100
n=30Pekerjaan Ibu juga dikaji.Berdasarkan jadual 4 menunjukkan
20.0 peratus ibu bekerja sebagai kakitangan swasta. Bekerja sendiri
pula sebanyak 30.0 peratus dan lain-lain pekerjaan sebanyak 50.0
peratus.
Jadual 5 :Umur mula belajar Al-Quran
Umur mula belajar Al-QuranKekerapanPeratus
3 hingga 5 tahun1136.6
6 hingga 7 tahun1343.4
8 hingga 9 tahun620.0
Jumlah30100
n=30Jadual 5 pula menunjukkan 36.6 peratus mula belajar membaca
Al-Quran pada umur 3 hingga 5 tahun. Pada umur 6 hingga 7 tahun
pula sebanyak 43.4 peratus dan mula mengaji pada umur 8 hingga 9
tahun pula sebanyak 20.0 peratus.Jadual 6 :Tahap Tertinggi Bacaan
Al-Quran Terkini
Tahap Tertinggi Bacaan Al-Quran TerkiniKekerapanPeratus
Iqra 1 hingga 3310.0
Iqra 4 hingga 6930.0
Al-Quran Juzuk 1 hingga 101033.4
Al-Quran Juzuk 11 hingga 20826.6
Jumlah30100
n=30Jadual 6 memperlihatkan tahap tertinggi bacaan Al-Quran
responden iaitu sebanyak 10 peratus pada tahap Iqra 1 hingga 3.
Tahap tertinggi bacaan Iqra 4 hingga 6 sebanyak 30.0 peratus.
Membaca Al-Quran Juzuk 1 hingga 10 sebanyak 33.4 peratus dan tahap
bacaan Al-Quran Juzuk 11 hingga 20 pula sebanyak 26.6
peratus.Jadual 7 :Bersekolah AgamaBersekolah
AgamaKekerapanPeratus
Ya2273.4
Tidak826.6
Jumlah30100
n=30
Jadual 7 menunjukkan menunjukkan 73.4 peratus atau 22 orang
responden bersekolah agama manakala selebihnya 26.6 peratus atau 8
orang responden tidak bersekolah agama.Jadual 8 :Tempat Belajar
Al-Quran SekarangTempat Belajar Al-Quran
SekarangKekerapanPeratus
Di rumah1446.7
Di surau516.6
Di rumah jiran1136.7
Jumlah30100
n=30Daripada Jadual 8 di atas, didapati bahawa 46.7 peratus yang
mewakili 14 responden belajar Al-Quran di rumah. 16.6 peratus atau
5 orang responden belajar Al-Quran di surau. Di rumah jiran pula
36.7 peratus atau 11 orang.Jadual 9 :Kebolehan Membaca Al-Quran
Kebolehan Membaca Al-QuranKekerapanPeratus
Mengeja310.0
Lancar1136.7
Dengan Bimbingan1653.3
Jumlah30100
n=30Jadual 9 menunjukkan kebolehan murid membaca Al-Quran di
tahap mengeja sebanyak 10.0 peratus iaitu seramai 3 orang
responden. 36.7 peratus atau 11 orang responden boleh membaca
dengan lancar. Manakala 53.3 peratus atau 16 orang responden boleh
membaca tetapi dengan bimbingan.
4.3 Analisis data Bahagian BBahagian ini mengandungi 21 item
soal selidik . Analisis pada bahagian ini akan menjawab persoalan
dan objektif kajian yang dijalankan. Analisis ini akan menjelaskan
empat faktor yang dikaji dalam mempengaruhi kelemahan membaca
Al-Quran di kalangan murid. Item-item ini dibina berdasarkan skala
likert yang terdiri daripada lima peringkat skor iaitu:
1Sangat Tidak Setuju
2Tidak Setuju
3Tidak Pasti
4Setuju
5Sangat Setuju
4.3.1 Sikap Murid Terhadap Matapelajaran Tilawah Al-QuranDalam
bahagian ini, analisis merangkumi sikap, persepsi, minat dan kadar
belajar Al-Quran. Hasil dapatan dari analisis yang dibuat
dinyatakan seperti dalam jadual di bawah.
Jadual 10 :Taburan Skor Item 1 : Orang Islam wajib membaca
Al-Quran dengan tajwid yang betulItemOrang Islam wajib membaca
Al-Quran dengan tajwid
yang betulSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
1Peratus3.33.316.743.433.34.0
Kekerapan115131030
n=30Jadual 10 menunjukkan 23 responden iaitu 76.7 peratus
bersetuju dengan item ini. 5 responden atau 16.7 peratus tidak
pasti dan 6.6 peratus atau 2 responden tidak bersetuju dengan item
ini.Jadual 11 :Taburan Skor Item 2 : Saya belajar Al-Quran setiap
hari
ItemSaya belajar Al-Quran setiap hariSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
2Peratus6.710.013.326.743.33.9
Kekerapan23481330
n=30
Jadual 11 pula didapati 70.0 peratus atau 21 responden bersetuju
dengan item ini.Manakala tidak pasti pula sebanyak 13.3 peratus
atau 4 responden.Tidak bersetuju pula sebanyak 16.7 peratus atau 5
responden.
Jadual 12 :Taburan Skor Item 3 : Saya tidak minat belajar
Tilawah Al- Quran kerana susah untuk mengatasinyaItemSaya tidak
minat belajar Tilawah Al- Quran kerana susah untuk
mengatasinyaSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
3Peratus10.010.06.733.340.03.83
Kekerapan332101230
n=30
Jadual 12 menunjukkan 73.3 peratus atau 22 responden tidak minat
belajar Tilawah Al-Quran kerana susah untuk mengatasinya.Peratus
bagi tidak pasti pula ialah 6.7 peratus atau 2 responden. Manakala
20.0 peratus atau 6 responden tidak bersetuju dengan item ini.
Jadual 13 :Taburan Skor Item 4 : Saya bangga jika saya mahir
membaca Al-QuranItemSaya bangga jika saya mahir membaca
Al-QuranSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
4Peratus6.710.06.743.333.33.87
Kekerapan232131030
n=30
Jadual 13 pula menyatakan perasaan bangga murid jika mereka
mahir membaca Al-Quran. Bagi kenyataan ini 76.6 peratus atau 23
responden bersetuju dengan kenyataan ini.Manakala 6.7 peratus atau
2 responden tidak pasti dan tidak bersetuju pula sebanyak 16.7
peratus atau 5 responden.Jadual 14 :Taburan Skor Item 5 : Saya rasa
berdosa jika tidak tahu membaca Al-QuranItemSaya rasa berdosa jika
tidak tahu membaca Al-QuranSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
5Peratus13.316.73.330.036.73.6
Kekerapan45191130
n=30
Berdasarkan jadual 14 di atas, didapati 66.7 peratus atau 20
responden bersetuju dengan item ini. 3.3 peratus atau 1 responden
tidak pasti manakala 30.0 peratus atau 9 responden tidak bersetuju
dengan item ini.
Jadual 15 :Taburan Skor Item 6 : Saya suka bermain ketika guru
mengajar Tilawah Al-QuranItemSaya suka bermain ketika guru mengajar
Tilawah Al-QuranSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
6Peratus13.310.03.333.440.03.77
Kekerapan431101230
n=30
Dapatan daripada jadual 15 di atas menunjukkan 73.4 peratus atau
22 responden bersetuju dengan item ini. Manakala 3.3 peratus atau 1
responden tidak pasti dan 23.3 peratus atau 7 responden tidak
setuju dengan item ini.Jadual 16 :Taburan Skor Item 7 : Saya
mempunyai Al-Quran sendiri di rumahItemSaya mempunyai Al-Quran
sendiri di rumahSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
7Peratus3.316.716.726.636.73.77
Kekerapan15581130
n=30
Berdasarkan jadual 16 di atas, didapati 63.3 peratus atau 19
responden bersetuju dengan item tersebut.16.7 peratus atau 5
responden tidak pasti manakala 20.0 peratus atau 6 responden tidak
setuju dengan item ini.
Jadual 17 :Taburan Skor Item 8 : Matapelajaran Al-Quran tidak
pentingItemMatapelajaran Al-Quran tidak pentingSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
8Peratus10.013.36.730.040.03.77
Kekerapan34291230
n=30
Jadual 17 pula menunjukkan bahawa 70.0 peratus atau 21 responden
bersetuju dengan kenyataan bahawa mata pelajaran Al-Quran tidak
penting. Hanya 6.7 peratus atau 2 responden tidak pasti dan 23.3
peratus atau 7 responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
4.3.2 Sikap Murid Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Tilawah Al-QuranBahagian ini menyatakan sikap murid terhadap
pengajaran guru dari segi penggunaan alat bantu mengajar atau
kaedah yang digunakan.
Jadual 18 :Taburan Skor Item 9 : Kitab Al-Quran Rasm Uthmani
yang dibekalkan di sekolah membantu saya menguasai Tilawah
Al-QuranItemKitab Al-Quran Rasm Uthmani yang dibekalkan di sekolah
membantu saya menguasai Tilawah Al-QuranSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
9Peratus6.710.010.043.330.03.8
Kekerapan23313930
n=30
Berdasarkan jadual 18 di atas, didapati bahawa 73.3 peratus atau
22 responden bersetuju dengan item ini. Manakala 10 peratus atau 3
responden tidak pasti dan selebihnya 16.7 peratus atau 5 responden
tidak bersetuju dengan item ini.
Jadual 19 :Taburan Skor Item 10 : Guru menggunakan Bahan Bantu
Mengajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaranItemGuru
menggunakan Bahan Bantu Mengajar semasa sesi pengajaran dan
pembelajaranSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
10Peratus10.010.03.340.036.73.83
Kekerapan331121130
n=30
Jadual 19 menunjukkan bahawa 76.7 peratus atau 23 responden
bersetuju dengan kenyataan guru menggunakan Bahan Bantu Mengajar
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Tidak pasti dengan
kenyataan ini sebanyak 3.3 peratus atau 1 responden manakala tidak
bersetuju sebanyak 20.0 peratus atau 6 responden.
Jadual 20 :Taburan Skor Item 11 : Kaedah Talaqqi Musyafahah
semasa pengajaran dan pembelajaran membosankanItemKaedah Talaqqi
Musyafahah semasa pengajaran dan pembelajaran membosankanSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
11Peratus13.316.76.733.330.03.5
Kekerapan45210930
n=30
Menerusi jadual 20 , didapati bahawa 63.3 peratus atau 19
responden bersetuju dengan item ini. Manakala 6.7 peratus atau 2
responden tidak pasti dan tidak bersetuju pula sebanyak 30.0
peratus atau 9 responden.
Jadual 21 :Taburan Skor Item 12 : Bimbingan secara individu
perlu untuk membantu murid lemah Al-QuranItemBimbingan secara
individu perlu untuk membantu murid lemah Al-QuranSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
12Peratus6.710.013.333.336.73.83
Kekerapan234101130
n=30
Dapatan daripada jadual 21 di atas 70.0 peratus atau 21
responden bersetuju dengan item ini. Manakala 13.3 peratus atau 4
responden tidak pasti.16.7 peratus atau 5 responden tidak bersetuju
dengan item ini.Jadual 22 :Taburan Skor Item 13 : Ibu Bapa saya
tidak menghantar saya ke kelas Al-QuranItemIbu Bapa saya tidak
menghantar saya ke kelas Al-QuranSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
13Peratus13.316.76.736.726.63.47
Kekerapan45211830
n=30
Berdasarkan jadual 22 di atas, 63.3 peratus atau 19 responden
bersetuju dengan item ini.Hanya 6.7 peratus atau 2 responden tidak
pasti dan 30.0 peratus atau 9 responden tidak bersetuju dengan item
ini.
Jadual 23 :Taburan Skor Item 14 : Ibu Bapa saya tidak pandai
membaca Al-QuranItemIbu Bapa saya tidak pandai membaca
Al-QuranSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
14Peratus10.013.33.333.440.03.8
Kekerapan341101230
n=30
Dapatan daripada jadual 23 pula, 73.4 peratus atau 22 responden
bersetuju dengan kenyataan bahawa I bu Bapa mereka tidak pandai
membaca Al-Quran.3.3 peratus atau 1 orang responden tidak pasti dan
tidak bersetuju pula sebanyak 23.3 peratus atau 7 responden.
Jadual 24 :Taburan Skor Item 15 : Ibu Bapa saya tidak pernah
ambil tahu tentang tahap bacaan Al-Quran sayaItemIbu Bapa saya
tidak pernah ambil tahu tentang tahap bacaan Al-Quran sayaSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
15Peratus6.713.33.343.433.33.83
Kekerapan241131030
n=30
Menerusi jadual 24 menunjukkan bahawa 76.7 peratus atau 23
responden bersetuju dengan kenyataan bahawa ibu bapa mereka tidak
pernah ambil tahu tentang tahap bacaan Al-Quran mereka. Hanya 3.3
peratus atau 1 responden tidak pasti. Manakala 20.0 peratus atau 6
responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
Jadual 25 :Taburan Skor Item 16 : Ibu Bapa saya tidak marah jika
saya gagal dalam Tilawah Al-QuranItemIbu Bapa saya tidak marah jika
saya gagal dalam Tilawah Al-QuranSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
16Peratus6.76.710.040.036.63.93
Kekerapan223121130
n=30
Berdasarkan jadual 25 pula, 76.6 peratus atau 23 responden
sahaja yang bersetuju dengan item ini. 10.0 peratus atau 3
responden tidak pasti dan 13.4 peratus atau 4 responden tidak
bersetuju dengan item ini.
Jadual 26 :Taburan Skor Item 17 : Saya tidak pernah mendengar
Ibu Bapa saya membaca Al-QuranItemSaya tidak pernah mendengar Ibu
Bapa saya membaca Al-QuranSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
17Peratus10.010.03.340.036.73.83
Kekerapan331121130
n=30
Menerusi jadual 26 menunjukkan 76.7 peratus atau 23 responden
bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka tidak pernah mendengar ibu
bapa mereka membaca Al-Quran. Manakala 3.3 peratus atau 1 responden
pula tidak pasti dan 20.0 peratus atau 6 responden tidak bersetuju
dengan kenyataan ini.4.3.3 Sikap Rakan Sebaya Terhadap Pembelajaran
Tilawah Al-QuranBahagian ini menyatakan tentang sikap dan minat
murid terhadap pembelajaran Tilawah Al-QuranJadual 27 :Taburan Skor
Item 18 : Saya sering diganggu rakan sebaya ketika membaca
Al-QuranItemSaya sering diganggu rakan sebaya ketika membaca
Al-QuranSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
18Peratus10.013.316.740.020.03.47
Kekerapan34512630
n=30
Jadual 27 menunjukkan bahawa 60.0 peratus atau 18 responden
bersetuju dengan item ini. Tidak pasti pula sebanyak 16.7 peratus
atau 5 responden.Manakala 23.3 peratus atau 7 responden tidak
bersetuju dengan item ini.Jadual 28 :Taburan Skor Item 19 : Saya
rasa gembira apabila mendengar rakan saya membaca Al-Quran dengan
lancarItemSaya rasa gembira apabila mendengar rakan saya membaca
Al-Quran dengan lancarSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
19Peratus13.316.73.330.036.73.6
Kekerapan45191130
n=30
Menerusi jadual 28 di atas, 66.7 peratus atau 20 responden
bersetuju dengan kenyataan bahawa mereka rasa gembira apabila
mendengar rakan mereka membaca Al-Quran dengan lancar. 3.3 peratus
atau 1 responden sahaja tidak pasti dan selebihnya 30.0 peratus
atau 9 responden tidak bersetuju dengan kenyataan ini.
Jadual 29 :Taburan Skor Item 20 : Kawan saya mengajak saya
bermain semasa guru mengajar Al-QuranItemKawan saya mengajak saya
bermain semasa guru mengajar Al-QuranSTS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
20Peratus10.06.710.043.330.03.77
Kekerapan32313930
n=30
Berdasarkan jadual 29 pula, peratus yang bersetuju dengan item
ini ialah 73.3 peratus atau 22 responden . 10.0 peratus atau 3
responden tidak pasti dan 16.7 peratus atau 5 responden tidak
bersetuju dengan kenyataan ini.
Jadual 30 :Taburan Skor Item 21 : Rakan saya membantu semasa
belajar Al-Quran di sekolah.ItemRakan saya membantu semasa belajar
Al-Quran di sekolah.STS
1TS
2TP
3S
4SS
5Min/n
21Peratus13.316.73.330.036.73.6
Kekerapan45191130
n=30
Jadual 30 menunjukkan bahawa 66.7 bersetuju dengan kenyataan
rakan mereka membantu semasa belajar Al-Quran di sekolah.
Selebihnya 3.3 peratus atau 1 responden tidak pasti dan tidak
bersetuju pula sebanyak 30.0 peratus atau 9 responden.4.4 Analisis
Data Bahagian CSelain item soal selidik, pengkaji juga ada meminta
responden memberikan pendapat tentang sebab seseorang itu tidak
pandai membaca Al-Quran.Berdasarkan pendapat yang telah dinyatakan
oleh responden, pengkaji dapat merumus dan mengkategorikan
pendapat-pendapat tersebut kepada dua faktor utama. Faktor-faktor
tersebut ialah faktor murid itu sendiri dan faktor ibu bapa.
Faktor-faktor tersebut diolah dalam bentuk jadual seperti di
bawah:
No.
ItemA. Faktor-faktor yang menyebabkan murid tidak pandai membaca
Al-Quran.KekerapanPeratus
311. Faktor sikap murid:
1.1 Malas dan cepat bosan
1.2 Tidak berminat9
1230.0
40.0
2. Faktor sikap ibu bapa
2.1 Tidak ada dorongan ibu bapa
2.2 Ibu bapa tidak mementingkan
Pelajaran Al-Quran
6320.0
10.0
30100%
Berdasarkan jadual di atas, 30.0 peratus atau 9 responden
mengatakan bahawa sebab murid tidak pandai membaca Al-Quran adalah
berpunca daripada sikap murid itu sendiri. Maksudnya sikap murid
seperti malas dan cepat bosan yang mewakili sebanyak 30.0 peratus
atau 9 responden. Di samping itu, 40.0 peratus atau 12 orang tidak
pandai membaca Al-Quran disebabkan tidak ada minat membaca
Al-Quran.Faktor kedua ialah faktor sikap ibu bapa . Peratus bagi
sikap ibu bapa ialah 30.0 peratus atau 9 responden. Daripada jumlah
tersebut, 20 peratus atau 6 responden mengatakan bahawa mereka
tidak mendapat dorongan daripada ibu bapa. Manakala sikap ibu bapa
yang mengatakan anak mereka tidak pandai membaca Al-Quran ialah ibu
bapa tidak mementingkan pelajaran Al-Quran bahkan mereka lebih
mengutamakan matapelajaran untuk peperiksaan utama. Faktor ini
mewakili sebanyak 10.0 peratus atau 3 responden.
Selain daripada meminta pendapat responden tentang sebab tidak
pandai membaca Al-Quran, pengkaji juga meminta cadangan atau
pandangan bagi mengatasi masalah tersebut. Berdasarkan cadangan
responden, pengkaji mensasarkan cadangan tersebut kepada tiga pihak
iaitu murid , ibu bapa dan guru.Jadual cadangan responden adalah
seperti berikut:
No.
ItemA. cadangan bagi mengatasi masalah murid tidak pandai
membaca Al-Quran.KekerapanPeratus
311. Cadangan kepada murid:
1.1 Murid perlu sedar faedah
membaca Al-Quran.
1.2 Sentiasa meminta bimbingan
daripada guru atau rakan sebaya4613.3 20.0
2. Cadangan kepada ibu bapa
2.1 Beri dorongan dan sokongan
Untuk anak belajar Al-Quran.
1240.0
3. Cadangan kepada guru atau sekolah
3.1 Mewujudkan kelas tambahan
atau kelas pemulihan
3.2 Mewajibkan semua murid
menunjukkan kebolehan
membaca Al-Quran pada setiap
hari Jumaat
6
220.0
6.7
60100%
Berdasarkan jadual di atas, ternyata cadangan kepada ibu bapa
paling banyak dikemukakan oleh responden iaitu 40 peratus atau 12
responden . Cadangan tersebut menyatakan bahawa ibu bapa perlu
memberi dorongan atau sokongan untuk anak-anak belajar Al-Quran
seperti menghantar anak ke kelas Al-Quran jika ibu bapa itu sendiri
tidak pandai membaca Al-Quran.
Cadangan kedua banyak berkaitan dengan murid. Peratus
keseluruhan sebanyak 33.3 peratus atau 10 responden. Daripada
keseluruhan cadangan ini, 13.3 peratus atau 4 responden mengatakan
perlunya murid itu sendiri menyedari faedah mempelajari Al-Quran
dan 20.0 peratus atau 6 responden memberi cadangan supaya murid
sentiasa meminta bimbingan guru atau rakan sebaya jika tidak pandai
membaca Al-Quran.Jadual di bawah menunjukkan kedudukan faktor yang
telah diselidiki berdasarkan urutan nilai min yang tertinggi.JADUAL
?
KedudukanFaktorNilai Min
1Sikap ibu bapa3.86
2Sikap Murid3.84
3Kaedah pengajaran guru3.80
4Pengaruh rakan sebaya3.62
Daripada keempat-empat faktor tersebut, faktor sikap ibu bapa
menunjukkan nilai min yang paling tinggi. Ini membuktikan bahawa
sikap ibu bapalah yang mempengaruhi kelemahan murid dalam menguasai
Tilawah al-Quran berbanding faktor lain.BAB 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN5.1Pengenalan
Dalam bab ini, pegkaji akan membuat rumusan berdasarkan analisis
yang diperolehi dalam Bab 5. Seterusnya menjawab soalan kajiian
yang telah dikemukakan dalam Bab 1. Hasil daripada analisis
tersebut, dapat diketahui faktor yang mempengaruhi faktor yang
mempengaruhi kelemahan murid dalam Tilawah Al-Quran.Faktor-faktor
yang dimaksudkan ialah faktor sikap murid itu sendiri, faktor
daripada sikap dan peranan ibu bapa, faktor pengajaran guru dan
faktor daripada rakan sebaya.
Secara umumnya, kajian yang dilakukan ini telah menyentuh empat
aspek utama yang dirasakan berkaitan dengan tajuk kajian ini.
Analisis yang dilakukan berdasarkan maklum balas pelajar terhadap
soal selidik yang dikemukakan memberikan gambaran tentang
permasalahan yang dikenalpasti dan boleh diambil perhatian bagi
meningkatkan lagi tahap penguasaan murid dalam Tilawah
Al-Quran.
5.2 Rumusan Hasil KajianDaripada analisis yang telah dijalankan
dalam Bab 5, beberapa rumusan dapat dibuat berkaitan faktor
kelemahan murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Bukit Waha dalam
Tilawah Al-Quran. Antara rumusan tersebut ialah menyentuh sikap ibu
bapa terhadap mata pelajaran Tilawah Al-Quran. Faktor sikap ibu
bapa menunjukkan purata min yang paling tinggi iaitu 3.86
berbanding faktor-faktor lain.Faktor kedua kelemahan murid dalam
Tilawah Al-Quran ialah sikap murid itu sendiri. Faktor sikap murid
ini menduduki tempat kedua dengan nilai minnya ialah 3.84.
Berdasarkan item 17, seramai 44 daripada 30 responden bersetuju
dengan pernyataan mata pelajaran Al-Quran tidak penting.ini
membuktikan bahawa sikap murid itu sendiri yang menyebabkan mereka
lemah dalam menguasai Tilawah Al-Quran.
Kaedah pengajaran guru juga penting bagi memastikan murid boleh
menguasai Tilawah Al-Quran. Berdasarkan keempat-empat faktor,
kaedah pengajaran guru menduduki tempat ketiga dengan nilai min
3.80. Berdasarkan item 20, 39 daripada 30 responden bersetuju
dengan penyataan kaedah Talaqqi Musyafahah membosankan mereka. Oleh
itu, guru seharusnya bijak mempelbagaikan kaedah dalam pengajaran
mereka bagi memastikan murid berminat untuk mempelajari Tilawah
Al-Quran.Pengaruh rakan sebaya juga merupakan salah satu faktor
kelemahan murid dalam Tilawah Al-Quran. Walaupun min puratanya
paling rendah iaitu 6.32. faktor ini perlu diambil berat kerana
murid mudah terpengaruh dengan sikap negatif rakan sebaya yang
akhirnya menyebabkan mereka tidak berminat dengan Tilawah
Al-Quran.
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian Dalam bahagian ini pengkaji akan
membincangkan perkaitan faktor-faktor yang diselidiki dengan
kejayaan dan pengaruhnya terhadap murid.Beberapa pandangan daripada
pelbagai pihak diutarakan bagi menjelaskan lagi kenyataan dan
menyokong dapatan kajian. Pengkaji menjelaskan perbincangan
berdasarkan empat faktor utama berkaitan fokus kajian
1.Faktor Ibu Bapa
Berdasarkan rumusan dapatan kajian, faktor ibu bapa merupakan
faktor utama kelemahan murid dalam Tilawah Al-Quran. Ini dapat
dibuktikan berdasarkan jawapan responden yang bersetuju bahawa ibu
bapa mereka tidak pernah mengambil tahu tahap bacaan Al-Quran
anak-anak mereka. 17 daripada 30 responden bersetuju dengan soalan
ini. 13 daripada 30 responden bersetuju dengan kenyataan bahawa ibu
bapa mereka tidak menghantar anak mereka ke kelas Al-Quran.Mendidik
anak-anak dengan Al-Quran hendaklah semenjak dari dalam kandungan
lagi supaya apabila sudah dewasa tidak sukar bagi anak-anak membaca
Al-Quran kerana akalnya masih bersih lagi sudah diajar dengan
Al-Quran. Ibu bapa orang yang paling hampir dan paling lama
bersama-sama dengan anak yang boleh mempengaruhi tingkah laku
mereka sejak kecil hingga remaja seterusnya dewasa . Segala asuhan,
tunjuk ajar , didikan dan teladan sama ada baik atau buruk yang
ditunjukkan oleh ibu bapa akan sebati dalam diri anak-anak.
2. Faktor MuridBerdasarkan rumusan dapatan, faktor sikap dan
kesedaran merupakan faktor kedua yang menyebabkan murid lemah dalam
Tilawah Al-Quran. Dimaksudkan dengan sikap murid dalam kajian ini
ialah sikap malas serta tidak berminat. Murid-murid perlu diberi
kesedaran bahawa dengan membaca Al-Quran akan memperolehi ganjaran
pahala daripada Allah dan mengamalkannya dapat menyelamatkan diri
daripada kejahatan.
Kesedaran ini perlu kerana melaluinya murid secara tidak
langsung akan timbul minat untuk mempelajari Al-Quran. Sikap yang
positif dan kesedaran yang tinggi penting dalam memperbaiki
kelemahan sendiri . Ini sesuailah dengan Firman Allah : ( Surah
Ar-Rad : 11 )
( (((( (((( (( ((((((((( ((( (((((((( (((((( (((((((((((( (((
((((((((((((( (
3.Faktor Kaedah Pengajaran Guru
Mengikut Atan Long (1976 ), beliau menyatakan bahawa salah satu
faktor pelajar tidak meminati sesuatu mata pelajaran ialah kerana
faktor guru yang mengajar mata pelajaran itu. Bagi menjamin guru
dapat menghasilkan pembelajaran yang berkesan, mereka perlu
menggunakan Bahan Bantu Mengajar bagi meningkatkan minat murid
terhadap mata pelajaran yang diajar. Berdasarkan kenyataan oleh
Atan Long itu, dapatlah disimpilkan bahawa guru mestilah kreatif
dan mempunyai kemahiran yang tinggi supaya dapat menarik murid
untuk belajar.4.Faktor Rakan Sebaya
Maksud faktor rakan sebaya ialah berkaitan dengan bantuan,
bimbingan dan kerjasama yang diberikan oleh rakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Pergaulan murid dengan rakan sebaya
yang mempunyai minat yang mendalam terhadap pelajaran Al-Quran akan
mendorong rakan tersebut turut sama meminati pelajaran itu.
Daripada penjelasan di atas dapat difahami bahawa sikap, minat,
pemikiran dan falsafah hidup murid terhadap sesuatu pembelajaran
itu banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya.5.4Implikasi Dapatan
Kajian
Terdapat banyak Implikasi jika murid tidak pandai membaca
Al-Quran seperti kehidupan tidak terurus, ketinggalan dari segi
bacaan semasa mata pelajaran Tilawah Al-Quran, semasa dewasa malu
jika menghadiri majlis tahlil dan sebagainya.5.5Cadangan
Berdasarkan hasil kajian, pengkaji dapat mengenal pasti
faktor-faktor yang mempengaruhi kelemahan bacaan Al-Quran. Oleh
itu, pengkaji ingin mengemukakan beberapa cadangan bagi
menyelesaikan masalah yang dihadapi .
5.5.1 Cadangan kepada Ibu Bapa1. Hendaklah mewajibkan anak-anak
mereka belajar Al-Quran semenjak anak mereka mula pandai
bercakap.
2. Hendaklah sentiasa mengajar anak mereka membaca Al-Quran
setiap hari.
3. Sentiasa memberi sokongan dan dorongan , ganjaran dan
motivasi kepada anak mereka dalam usaha menguasai Al-Quran.
4. Sentiasa memperdengarkan bacaan Al-Quran sama ada dalam rumah
atau di luar rumah seperti dalam kenderaan .5. Menunjukkan teladan
dengan membaca Al-Quran setiap hari.
5.5.2Cadangan kepada murid
1.Memperbanyakkan bacaan Al-Quran setiap hari.2.Jadikan bacaan
Al-Quran sebagai amalan.
3.Hindari sikap malas, tidak berminat dan tidak berkeyakinan
dalam usaha usaha mempelajari Al-Quran. 5.5.3Cadangan kepada
Guru
1. Mempelbagaikan teknik dan kaedah mengajar supaya dapat
menarik minat
murid.
2. Menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang terkini dan sesuai.
3. Mengadakan kelas pemulihan untuk murid yang lemah
Al-Quran.
4. Memperbanyakkan pertandingan berkaitan Tilawah Al-Quran
supaya murid dapat menunjukkan bakat mereka.
5. Memberikan ganjaran atau hadiah setiap kali murid dapat
menunjukkan bakat cemerlang dalam pertandingan Tilawah
Al-Quran.
5.5.4Cadangan Kepada Pihak Sekolah Dan Panitia Pendidikan
Islam
1.Mengadakan kelas tambahan atau kelas pemulihan
khas.2.Mengadakan pendedahan kemahiran belajar yang betul,
pengurusan masa yang berkesan dan sistematik kepada murid.
3.Mengadakan kursus motivasi dan kempen celik Al-Quran supaya
murid sedar akan kepentingan Al-Quran.
4.Memperdengarkan bacaan Al-Quran daripada qari-qari yang
terkenal pada setiap pagi persekolahan.
5.Mewajibkan setiap murid memperdengarkan bacaan Al-Quran setiap
pagi Jumaat.
?? PenutupAl-Quran adalah Kalam Allah yang mengandungi beberapa
pengajaran dan hikmah. Mengamalkan ajaran yang terkandung di
dalamnya dapat memimpin manusia ke jalan yang selamat.Oleh itu,
sewajarnyalah ibu bapa mementingkan pelajaran Al-Quran dan
menerapkan pendidikan Al-Quran semenjak anak itu masih kecil lagi.
Selain daripada ibu bapa, semua pihak perlu berganding bahu bagi
menangani masalah murid lemah membaca Al-Quran kerana tanpa
penguasaan Al-Quran sukarlah untuk mengaplikasi penghayatannya dan
seterunya membawa kepada keruntuhan akhlak dan gejala-gejala yang
membimbangkan. RUJUKAN
Abdul Halim El-Muhammady, ( 1991 ), Pendidikan Islam : Falsafah,
Disiplin, dan Peranan Pendidik, Syarikat Alat Tulis Soorama,
Selangor.
Ariffin Arif, ( 1996 ), Serambi Fikrah 2, Jabatan Cetak Kerajaan
Sabah.
Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral (2006), Buku
Panduan Pelaksanaan Model-model Pengajaran Dan Pembelajaran dan
Kokurikulum Tahun 3, Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral,
Kementerian Pelajaran Malaysia.Dr Abdullah Nasih Ulwan, ( 1992 ),
Pendidikan Anak Menurut Islam: Mengembangkan Keperibadian Anak,
Percetakan Zafar Sdn, Bhd.
Hj Mohd Iyen Atim, ( 1999 ), Nuzul Al-Quran, Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Sabah.Khairul Razikin Bin Marsan, ( 2007 ),
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kelemahan Membaca Al-Quran Bagi
Pelajar Pelajar Darjah 6 Di Sekolah Agama Felda Nitar Dua Mersing,
Fakulti PendidikanUTM, Skudai.
Melor Abu bakar, ( 1999 ), Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tahap
Penguasaan Tilawah Al-Quran Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan
Dua Sekolah Menengah Kampung Soeharto : Satu Kajian Rintis, Fakulti
Pendidikan UTM Skudai.
Prof. Ahmad Izzuddin Al-Bayanuni, ( 2003 ), Petunjuk Ahli Sunnah
Wal Jamaah JAKIM, Percetakan Nasional Berhad (PNMB) , Kuala
Lumpur.
Zulkifli Mohd Yusoff, Noor Naemah Abd. Rahman, ( 2007 ),
Biografi Muhammad Bin Abdullah, Percetakan Zafar, Sdn. Bhd.
SOALAN KAJI SELIDIKBAHAGIAN A (LATAR BELAKANG RESPONDEN )
Tandakan ( / ) pada ruang pilihan anda.
1.Jantina
Lelaki
( )Perempuan ( )
2.Tempat tinggal
Rumah Felda( ) Rumah Sewa ( )
3.Pekarjaan bapa
KakitanganKerajaan ( )
KakitanganSwasta ( )
Peneroka ( )
Lain-lain ( )4.Pekerjaan ibu
KakitanganSwasta ( )
Jururawat ( )
Lain-lain
( )5.Umur mula belajar Al-Quran
3 hingga 5 tahun
( )
6 hingga 7 tahun
( )
8 hingga 9 tahun
( )
1. Tahap tertinggi bacaan Al-Quran terkini
Iqra 1 hingga 3 ( )
Iqra 4 hingga 6 ( )
Al-Quran Juzuk 1 hingga 10 ( )
Al-Quran Juzuk 11 hingga 20 ( )
7.Bersekolah Agama
Ya
( )Tidak ( )
8.Tempat belajar Al-Quran sekarangDi rumah
( )
Di surau
( )
Di rumah jiran
( )
9.Kebolehan membaca Al-Quran sekarangMengeja
( )
Lancar
( )
Dengan bimbingan ( )
BAHAGIAN BTanda ( / ) pada ruangan pilihan jawapan anda.
Petunjuk
1 Sangat Tidak Setuju ( STS )
2 Tidak Setuju ( TS )
3 Tidak Pasti ( TP )
4 Setuju ( S )
5 Sangat Setuju ( SS )
Sikap Murid Terhadap Matapelajaran Tilawah
Al-Quran.NoSoalan12345
10Orang Islam Wajib membaca Al-Quran dengan tajwid yang
betul.
11Saya belajar Al-Quran setiap hari.
12Saya tidak minat belajar hukum bacaan mad kerana susah untuk
mengenalinya.
13Saya bangga jika saya mahir dalam mengenali hukum bacaan
mad.
14Saya rasa berdosa jika tidak tahu membaca Al-Quran.
15Saya suka bermain ketika waktu Tilawah Al-Quran.
16Saya mempunyai Al-Quran sendiri di rumah.
17Mempelajari hukum mad tidak penting.
Sikap Murid terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Tilawah
Al-Quran.NoSoalan12345
18Kitab Al-Quran Rasm Uthmani yang dibekalkan di sekolah
membantu saya menguasai Tilawah Al-Quran.
19Guru menggunakan Alat Bantu Mengajar semasa sesi pengajaran
dan pembelajaran.
20Kaedah Talaqqi Musyafahah semasa pengajaran dan pembelajaran
membosankan.
21Bimbingan secara individu perlu untuk membantu murid lemah
Al-Quran
Sikap Ibubapa Terhadap Matapelajaran Tilawah
Al-Quran.NoSoalan12345
22Ibubapa saya membantu saya membaca Al-Quran semasa di
rumah.
23Ibubapa saya selalu membaca Al-Quran.
24Ibubapa saya tidak pernah ambil tahu tentang tahap bacaan
Al-Quran saya.
25Ibubapa saya marah jika saya tidak mengenali hukum mad.
26Saya tidak pernah mendengar ibubapa saya membaca Al-Quran.
Sikap Rakan Sebaya Terhadap Pembelajaran Tilawah
Al-Quran.NoSoalan12345
27Saya sering diganggu oleh rakan sebaya ketika membaca
Al-Quran.
28Saya rasa gembira mendengar kawan saya membaca Al-Quran dengan
lancar.
29Kawan mengajak saya bermain semasa guru mengajar bacaan
Al-Quran.
30Kawan membantu saya semasa belajar Al-Quran semasa di
kelas.
PAGE 70