This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BIL
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1. Abstrak 1
2. 1.0 Refleksi Kehadiran yang lalu 2
3. 2.0 Fokus Kajian 3
4. 3.0 Objektif Kajian 3
5. 4.0 Kumpulan Sasaran 4
6. 5.0 Pelaksanaan Kajian 6
7. 6.0 Jadual Pelaksanaan 13
8. 7.0 Kos 13
9. 8.0 Dapatan Kajian 14
10. 9.0 Cadangan Kajian Seterusnya 16
1
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan peratus kehadiran pelajar tingkatan 2
IW tahun ini ke sekolah dan mengenalpasti punca-punca pelajar kerap ponteng
ke sekolah. Sejauhmanakah faktor masalah pelajar, latar belakang keluarga,
pengaruh rakan sebaya, suasana sekolah dan persekitaran mempengaruhi
masalah gejala ponteng dalam kalangan pelajar di kelas ini. Seramai 23 orang
pelajar kelas 2 IW dijadikan responden. Hasil kajian menunjukkan pengaruh
persekitaran menunjukkan faktor utama yang mendorang pelajar di kelas ini
untuk ponteng. Faktor lain yang mendorong faktor ketidakhadiran ke sekolah
adalah masalah sikap atau diri pelajar, diikuti masalah keluarga, pengaruh rakan
sebaya dan peranan sekolah. Hasil kajian mencadangkan beberapa langkah
perlu diambil oleh kesemua pihak yang terlibat iaitu ibu bapa, sekolah,
masyarakat dan kerajaan dalam usaha menangani gejala ponteng yang semakin
serius jika tidak dibendung.Justeru amat diharapkan pelajar menyedari
pentingnya mereka hadir ke sekolah untuk memperoleh ilmu pengetahuan demi
masa depan mereka. Ibu bapa juga harus lebih prihatin dalam memastikan anak
mereka hadir ke sekolah bagi mengelakkan mereka terlibat dengan masalah
sosial yang tidak sihat. Guru-guru perlu lebih prihatin dengan pelajar dan
mengambil berat terhadap pelajar ponteng supaya masalah ini tidak menjadi
semakin serius pada masa akan datang.
2
1.0 REFLEKSI KEHADIRAN KE SEKOLAH YANG LALU
Pada 26 Mac 2015 mesyuarat pertama pihak Pengurusan dan AJK Unit Kajian Tindakan
berlangsung dan mesyuarat kedua pada 5 April 2015 untuk memutuskan isu bagi
melaksanakan kajian tindakan pada tahun ini.
Menurut Kamus Dewan, ponteng didefinasikan sebagai kecoh, tipu atau lari dari
tugas tanggungjawab tanpa kebenaran. Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan
melanggar peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap memonteng sekiranya tidak hadir
ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan.
Kami pihak guru dan ibu bapa merasakan tindakan yang tegas perlu dilakukan segera
sebelum gejala negatif ini sampai ke peringkat kronik. Tabiat ponteng ini kerana terikut-ikut
dengan perbuatan rakan yang mulanya terasa janggal dan takut tetapi akhirnya akan
menjadi kebiasaan.
Pelajar juga ponteng kerana rangsangan dan gerak balas. Contohnya apabila terdapat
subjek atau mata pelajaran dan mungkin guru yang tidak diminati maka pelajar ini akan
ponteng sekolah. Sikap ini jika tidak dikawal akan terbawa-bawa sehingga menjadi
kebiasaan. Di sini guru dan mata pelajaran dianggap sebagai rangsangan dan ketidakhadiran
pelajar dianggap sebagai tindak balas.
Selain itu konflik dalaman seperti dengan rakan sekolah atau dengan keluarga ,
dorongan, kemahuan dan tujuan-tujuan yang tidak disedari adalah beberapa faktor murid
tidak hadir ke sekolah. Murid tidak dapat mencari jalan penyelesaian yang baik , mereka
mengambil tindakan untuk tidak hadir ke sekolah.
Kehadiran pelajar 2 IW pada bulan Januari ialah 88.79 %. Pada bulan Februari 85.29
% dan pada bulan March 86. 63 %. Peratus kehadiran pelajar 2 IW tidak mencapai sasaran
sekolah iaitu 95 % . Pihak sekolah terangsang untuk memberi focus Kajian Tindakan terhadap
pelajar tersebut untuk mengenalpasti punca ketidakhadiran mereka ke sekolah dan
berharap peningkatan peratus kehadiran pelajar 2 IW ke sekolah pada bulan-bulan
berikutnya.
Daripada refleksi di atas, pengkaji mengambil keputusan menjalankan kajian
tindakan untuk meningkatkan peratusan pelajar 2 IW sekolah daripada perspektif pelajar,
guru dan ibu bapa dengan menggunakan kaedah ‘I Love You’. Melalui kaedah ini pengkaji
berpendapat pelajar akan terangsang serta bermotivasi untuk melakukan perubahan tingkah
laku bagi mendapatkan ganjaran / hadiah /perhatian/pujian-pujian yang dirancang dengan
baik akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang dikehendaki.
3
2.0 FOKUS KAJIAN
Moto sekolah ‘Disiplin Utama Pelajaran Pertama’ amat sinonim dengan suasana pelajar di
kelas 2 IW ini. Sebahagian pelajar sentiasa membangkitkan masalah tidak hadir ke sekolah
secara konsistan adalah berkaitan konflik yang dihadapi.
Memandangkan pencapaian pelajaran adalah berkadar langsung dengan masalah kehadiran
ke sekolah, kami pihak sekolah memfokuskan kajian ini terhadap masalah ketidakhadiran
pelajar ke sekolah. Semakin tinggi peratusan tidak hadir ke sekolah semakin merosot
pencapaian dalam pelajaran.
Dengan mengadakan aktiviti ‘I LOVE YOU’ terhadap pelajar tingkatan 2 IW di sekolah kami
dan berharap pelajar komited meningkatkan peratusan kehadiran pelajar ke sekolah.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian adalah seperti berikut:
3.1 Objektif Umum
Secara umumnya melalui kajian ini diharapkan peratus kehadiran bulanan pelajar
tingkatan 2 IW terus meningkat dan kekal melepasi 95%.
3.2 Objektif Khusus
Objektif khusus kajian adalah seperti berikut:
3.1.1 Mengenalpasti punca pelajar ponteng sekolah.
3.1.2 Mengetahui tindakan ibu bapa apabila mengetahui anak mereka ponteng. 3.1.3 Mengenal pasti pengaruh persekitaran (environment) dan rakan.
3.1.4 Mencadangkan langkah bersesuaian mengatasi masalah pelajar ponteng. 3.1.5 Meningkatkan peratus kehadiran pelajar 2IW
4
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan pelajar tingkatan 2 IW tahun 2015. Pelajar di dalam kelas 2 IW
pada tahun ini terdiri daripada 10 orang perempuan dan 13 orang lelaki. Kesemua mereka
berjumlah 23 orang yang terdiri daripada pelajar Melayu beragama Islam. Pencapaian
akademik mereka adalah di tahap sederhana dan lemah. Pencapaian terbaik dalam
keputusan Ujian Mac ialah 1C, 4D, 4F oleh Nur Fatihah Binti Ludin. Tiga orang calon
memperolehi keseluruhan F yang kesemuanya lelaki dan seorang calon tidak menduduki
ujian.
.
Meninjau kelas 2 IW yang ceria..
5
SENARAI PELAJAR TINGKATAN 2 IBNU WAFID
BIL NAMA JANTINA NO KP
1 AHMAD SHAHRIMAN BIN AHMAD AZHAR L 010831030569
2 AHMAD WAFIY BIN AHMAD WAHAB L 011103110389
3 MUHAMMAD FAHMI BIN AHMAD L 010110110569
4 MUHAMMAD FATHI AZIZ BIN AMRAN L 010705110437
5 MUHAMMAD FITRI AFIFI BIN MOHD ZUKI L 011130110691
6 MUHAMMAD IKRAM MUIZZ BIN AMAN L 010218110659
7 MUHAMMAD IKRAM AYAFIQ BIN ABDULLAH L 010317110355
8 MUHAMMAD NAIM BIN CHE YUSOFF L 010304110241
9 MUHAMMAD NAIM BIN MOHD NOOR L 010811110051
10 MUHAMMAD RASIDI BIN MOHD ROPI L 010411110343
11 MUHAMMAD SHAHRIL IMRAN BIN ABDUL
SALIM
L 011008110655
12 SYUKUR IQRAM BIN MOHD ASMADI L 010224110567
13 AMIRUL HAFIZ BIN ROSLAN (MASUK 7 APRIL
2015)
L 010402110245
14 DAIYAN TRISYA HANNA BT RAMDAN P 011016112254
15 NUR AIN FARIHAN BT MALIKI P 010309110224
16 NUR AINSYAH INSYYRAH BT YUSOF P 011012110586
17 NUR FATIHAH BT MOHD LUDIN P 010607110492
18 NURUL ADRYANI YUSRINA BT ZAMRI P 010315110394
19 NURUL ANIS NAZIHAH BT MD ZAINUDIN P 011126110744
20 NURUL ATIKAH BT ZAMRI P 011004110340
21 SITI NOR ASHIKIN BT ABD GHANI P 010316110056
22 SITI NOR NAZIRAH BT MOHD SHAFIE P 011112110444
23 UMMI ATIRAH BT MOHD RASHID P 011208110350
6
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Tinjauan Awal
Analisis peratus kehadiran pelajar dilakukan dan didapati peratus kehadiran pelajar
tingkatan 2IW adalah paling corot iaitu 88.79 % pada bulan Januari, 85.29 % pada
bulan Februari dan 86.63 % pada bulan Mac. Peratusan ini tidak konsistan dan masih
di paras bawah sasaran sekolah iaitu 95.00 %.
5.2 Analisis Tinjauan Awal
Analis awal mendapati 27% (10/37 jumlah hari tidak hadir) pelajar tidak hadir pada
bulan Januari kerana sakit dan sebab yang sama pada bulan Februari sebanyak 18 %
(10/55 hari tidak hadir) dengan merujuk pada surat cuti sakit dan surat makluman
sakit. Sebahagian lagi kerana lewat dan yang lainnya tanpa sebab. Sehingga bulan
Mac seorang pelajar Muhammad Naim bin Che Yusoff telah dikeluarkan surat
peringatan pertama dan seorang lagi, Syukur Iqram bin Mohd Asmadi telah
dikeluarkan surat peringatan kedua.
Pelajar lelaki lebih kerap tidak hadir ke sekolah.Pada bulan Januari 30 hari
daripada 37 hari pelajar lelaki 2 IW tidak hadir (81.08%) ke sekolah. Pada bulan
Februari 45 hari daripada 55 hari (81.81%) pelajar lelaki kelas ini tidak hadir ke
sekolah dan pada bulan Mac pula 40 hari daripada 50 hari (80.00%) jumlah hari
pelajar kelas ini tidak hadir ke sekolah.
7
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
5.3.1 Taklimat Kecaknaan
Penerangan perihal peraturan dan undang-undang salah laku pelajar di sekolah
oleh Tn. Hj. Kamaludin bin Tahir selaku guru mata pelajaran dan Setiausaha Unit
Disiplin Sekolah pada 7 April 2015. Pelajar diberikan huraian yang jelas
berkenaan isu ponteng sekolah.
Refleksi daripada tindakan 1:
Responden memberi perhatian dan memahami tugas dan tanggungjawab murid.
8
5.3.2 Menjawab Soalan Soal Selidik
Melalui jawapan soal selidik yang dijalankan pada 13 April 2015: