FENOMENA PELAJAR SEKOLAH YANG SELALU PONTENG SEKOLAH
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
35900, TANJONG MALIM
PERAK
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
( SEKOLAH RENDAH )
DENGAN KEPUJIAN
PENGAJIAN JARAK JAUH (PJJ)
NAMA : RAMLAN BIN RAHIM
ALAMAT EMEL:[email protected]. KAD PENGENALAN:
711125-05-5533
NO. KAD METRIK: D20102046007NO. TEL: 013 - 2363663KUMPULAN:
EL-N05
KOD DAN MATA PELAJARAN: KPD3026 PENGAJARAN, TEKNOLOGI &
PENAKSIRAN II
PENSYARAH PEMBIMBING: DR NOOR AINI BINTI AHMAD
KAJIAN TINDAKAN
FENOMENAPELAJAR SEKOLAH
YANG SELALU
PONTENG SEKOLAH
ISI KANDUNGAN
1. ABSTRAK2. LATAR BELAKANG KAJIAN
3. PERNYATAAN MASALAH
4. TUJUAN KAJIAN
5. PERSOALAN KAJIAN
6. RASIONAL KAJIAN
7. BATASAN KAJIAN
8. METHODOLOGI KAJIAN
9. HASIL DAPATAN10. KESIMPULAN DAN CADANGAN11. RUMUSAN12.
RUJUKANFENOMENA PELAJAR SEKOLAH YANG SELALU PONTENG SEKOLAH
Ramlan Bin RahimD20102046007Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat masalah salahlaku pelajar
terutamanya fenomena ponteng sekolah dan kaitannya dengan tingkah
laku mereka yang selalu ponteng sekolah serta pencapaian akademik
mereka di sekolah. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk
melihat hubungan pengurusan sekolah dengan salahlaku disiplin
pelajar .Pengurusan sekolah merangkumi aspek pengurusan disiplin,
penguruan kelas dan hubungan guru dengan pelajar. Selain itu,
faktor peribadi pelajar juga merupakan salah satu faktor yang
penting. Seramai 20 orang pelajar SMK Kampung Baru Si Rusa, Port
Dickson yang selalu ponteng sekolah telah dipilih untuk menjalankan
kajian ini. Mereka telah diberi kertas soalselidik berkaitan dengan
fenomena ponteng sekolah. Analisis kajian ini menunjukkan bahawa
faktor sekolah dan faktor peribadi pelajar secara langsung dan
tidak langsung akan membawa kesan ke atas kehadiran pelajar ke
sekolah.
Latar Belakang Kajian
Ponteng merupakan salah satu salahlaku displin sekolah. Pelajar
dianggap memonteng sekiranya tidak hadir ke sekolah tanpa
sebab-sebab yang dibenarkan pada hari-hari persekolahan. Menurut
laporan Kementerian Pendidikan bahawa peratus pelajar yang terbabit
dengan gejala ponteng didapati semakin meningkat dari semasa ke
semasa. Apa yang amat membimbangkan ialah pelajar yang ponteng
kemungkinan besar akan terlibat dengan gejala sosial yang tidak
sihat seperti lepak, buli, penagihan dadah dan sebagainya. Oleh
itu, pelbagai pihak telah mula memberi perhatian terhadap masalah
ponteng sekolah supaya tindakan tegas perlu dilakukan untuk
menyelamatkan generasi muda yang bakal menjadi harapan pemimpin
pelapis negara.
Pernyataan Masalah
Kajian ini telah dijalankan di Sek. Men. Keb. Kampung Baru Si
Rusa, Port Dickson, NSDK. Sekolah ini adalah sebuah sekolah luar
bandar yang mempunyai hampir 900 pelajar terdiri daripada 86%
Melayu, 4% Cina dan 10% India. Mengikut analisis kehadiran pelajar
dari Unit Hal Ehwal Pelajar, pelajar yang mencapai kehadiran penuh
dari Jan ke Jun 2011 hanya 9.8 % sahaja. Ini telah menunjukkan
kehadirian pelajar SMK Kg. Baru Si Rusa adalah sangat tidak
memuaskan. Secara tidak langsung, ini akan mempengaruhi proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Seterusnya pencapaian
akademik pelajar turut terjejas. Oleh itu, tindakan segera perlu
diambil untuk menangani masalah ini.
Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan :
1. Mengenalpasti punca-punca sebenar kejadian fenomena ponteng
sekolah.
2. Mengurangkan kes-kes disiplin terutamanya pelajar yang
ponteng sekolah.
3. Merancang tindakan susulan untuk mengatasi masalah ponteng
sekolah dan seterusnya meningkatkan pencapaian akademik sekolah
.
Persoalan Kajian
Kajian ini cuba menjawab soalan-soalan berikut :
1. Apakah punca-punca sebenar masalah ponteng sekolah ?
2. Apakah kesan langsung dan tidak langsung masalah ponteng
terhadap sekolah dan pelajar?
3. Apakah tindakan-tindakan proaktif dalam menangani masalah
ponteng yang semakin serius?
Rasional Kajian
Secara umumnya, kehadiran pelajar ke sekolah adalah penting dan
masalah ponteng sekolah akan memberi kesan negatif yang boleh
merosakkan masa depan pelajar dalam jangka panjang. Ketidakhadiran
pelajar ke sekolah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran
sekolah tergendala. Senario ini mempunyai hubungan secara langsung
dengan keciciran dan pencapaian akedamik yang rendah. Ini
disebabkan guru tidak dapat mengenalpasti kelemahan pelajar dalam
sesuatu mata pelajaran. Manakala, pelajar tidak dapat mengikuti
pelajaran serta menyiapkan kerja projek yang diberi. Akhirnya,
pelajar akan mencapai prestasi yang rendah dalam peperiksaan
nanti.
Diharapkan kajian ini dapat membantu pengurusan sekolah
mengenalpasti keperluan pelajar yang ponteng. Justeru itu, pihak
sekolah dapat menggariskan program dan aktiviti yang berupaya
mencegah masalah ponteng.
Batasan Kajian
Pelajar yang dipilih dalam kajian adalah terhad kepada pelajar
yang telah ponteng sekolah melebihi 30 hari dalam tempoh enam
bulan. ( Jan 2011 hingga Jun 2011 )
Methodologi KajianPenyelidikan ini mengaplikasikan model Kemmis
dan Taggart, 1992 seperti gambarajah berikut :
HASIL DAPATAN
1. Graf dan jadual yang menunjukkan ratio ketidakhadiran
pelajar.
RatioPeratus
Tidak hadir 1 hari dalam seminggu37.5 %
Mesti ponteng dalam setiap bulan31.3 %
Ponteng melebihi 30 hari31.2 %
Daripada data diatas, didapati bahawa terdapat 37.5% pelajar
yang mempunyai kebiasaan tidak hadir sekurang-kurangnya sehari
dalam seminggu. 31.3% pelajar mesti ponteng dalam setiap bulan dan
31.2% pelajar ponteng melebihi 30 hari dalam tempoh 6 bulan.
2. Jadual dan graf yang menunjukkan peratusan ponteng mengikut
Kriteria.KriteriaPeratus
Tidak minat belajar11.2 %
Dipengaruhi oleh rakan 4.3 %
Bekerja sambilan15.2 %
Tidak ada guru masuk pada hari-hari tertentu30.4 %
Ingin menghisap rokok10.4 %
Takut dikena hukuman displin13.0 %
Takut memasuki kelas guru-guru tertentu15.5 %
Daripada data di atas, factor peribadi pelajar yang tidak hadir
ke sekolah kerana tidak minat belajar adalah sebanyak 11.2%.
ponteng keranan dipengaruhi oleh rakan hanya 4.3%. Pelajar yang
ponteng disebabkan ingin menghisap rokon adalah sebanyak 10.4%.
15.2% yang selalu ponteng adalah disebabkan mereka bekerja
sambilan. 30.4% menyatakan bahawa mereka ponteng disebabkan tidak
ada guru masuk ke kelas pada waktu-waktu tertentu. 13% takut
dikenakan hukuman displin dan 15.5% menunjukkan bawa mereka ponteng
disebabkan takut untuk memasuki kelas-kelas guru-guru tertentu.
3. Graf dan jadual yang menunjukkan kedudukan pelajar semasa
ponteng.
KedudukanPeratus
rumah59.0 %
Rumah kawan22.0 %
Pusat-pusat hiburan19.0 %
Data di atas menunjukkan bahawa kedudukan pelajar semasa mereka
ponteng sekolah. Kebanyakan pelajar iaitu sebanyak 59% berada di
rumah semasa mereka ponteng sekolah. 22% daripada mereka akan pergi
ke rumah kawan dan 19% melepak di pusat-pusat hiburan
4. Graf dan jadual menunjukkan tahap pemahaman pelajar terhadap
hukuman displin ponteng di sekolah.
TahapPeratus
Bukan kesalahan displin38.9 %
Satu kesalahan disiplin 0.0 %
Tidak akan dikena hukuman displin33.4 %
Tidak pernah dihukum walaupun selalu ponteng27.7 %
Data dan graf di atas menunjukkan tahap pemahaman pelajar
tentang hukuman salahlaku displin ( ponteng ). 38.9% pelajar
menyatakan bahawa ponteng bukan kesalahan displin. 33.4% memberi
respon bahawa ponteng tidak akan dikenakan hukuman. 27.7% memberi
respon bahawa mereka tidak pernah dikena hukuman walaupun selalu
ponteng. 0% iaitu tidak ada responden yang menyatakan bahawa
ponteng adalah satu kesalahan displin.
5. Graf dan jadual menunjukkan kesedaran ibubapa tentang
ketridakhadiran anak merekan di sekolah
IbubapaPeratus
Tahu33.5 %
Tidak tahu66.5 %
Graf dan jadual di atas menunjukkan bahawa terdapat 66% ibubapa
yang tidak mengetahui bahawa anak mereka ponteng dan hanya 34% yang
mengetahui tentang hal ponteng anak mereka.
6. Graf dan Jadual yang menunjukkan kekesalan pelajar jika
dibuang sekolah akibat daripada ponteng sekolah.
KekesalanPeratusan
Menyesal75.0 %
Tidak menyesal25.0 %
Graf dan jadual di atas menunjukkan bahawa terdapat 75%
responden menyatakan bahawa meraka akan menyesal jika diberhentikan
sekolah dan 25% responden tidak menyesal jika diberhentikan
sekolah.7. Jadual dan graf menunjukkan tahap pencapaian akademik
pelajar yang selalu ponteng.
Tahap PencapaianPeratus
Lemah70.0 %
Sederhana25.0 %
Memuaskan 5.0 %
Cemerlang 0.0 %
Graf dan jadual di atas menunjukkan tahap pencapaian pelajar
yang selalu ponteng. 70% responden menyatakan bahawa pencapaian
mereka adalah lemah. 25% mempunyai pencapaian yang sederhana dan 5%
mempunyai pencapaian yang memuaskan.
RUMUSAN
Ponteng merupakan satu perbuatan salah laku dan melanggar
peraturan sekolah. Seseorang pelajar dianggap memoteng sekiranya
tidak hadir ke sekolah tanpa sebab-sebab yang dibenarkan pada
hari-hari persekolahan. Sejak akhir-akhir ini masalah ini didapati
semakin menjadi- jadi dan telah sampai ke peringkat yang agak
serius. Pihak media juga sering menyiarkan berita tantang masalah
ini sehingga pada pada masa ini pihak guru serta ibubapa berasa
sesuatu tindakan yang tegas perlu dilakukan segera sebelum gejala
negatif ini sampai ke peringkat yang lebih kronik lagi. Menurut
laporan yang pernah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan,
peratus pelajar yang terbabit dengan gejala ponteng didapati
semakin meningkat dari semasa ke semasa terutama bagi
sekolah-sekolah di kawasan bandar.
Antara punca pelajar ponteng yang telah dikenal pasti ialah
kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah.
Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi kandungan sukatan
pelajaran kita yang banyak memberi tumpuan kepada mata pelajaran
yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran Sejarah,
Geografi, Pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar
juga kurang minat kerana mereka mungkin tidak mampu untuk mengikuti
pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri
mereka sendiri. Alasan ini juga menyebabkan berlakunya kes ponteng
yang banyak di kalangan pelajar lemah jika dibandingkan dengan
pelajar yang cerdas. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus
asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana
menurut kehendak ibubapa. Oleh itu, mereka kerap ponteng kerana
telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberi saingan
kepada rakan-rakan pelajar yang cerdas.
Pelajar juga ponteng kerana mereka lebih mementingkan
keseronokan daripada pelajaran. Hal ini jelas kerana terdapat di
kalangan pelajar ponteng dengan tujuan untuk melepak atau berkumpul
di pusat-pusat membeli-belah, pusat permainan video, dan
taman-taman rekreasi. Malahan, terdapat juga pelajar yang ponteng
untuk menonton wayang atau berkelah. Bagi mereka, belajar di
sekolah adalah sesuatu yang membosankan kerana tidak ada
unsur-unsur hiburan. Pelajar seperti ini juga tidak mempunyai
kesedaran tentang kepentingan pelajaran bagi menjamin masa depan
mereka. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan unsur-unsur hiburan
yang tidak terdapat di sekolah.
Terdapat juga para pelajar yang memberi alasan seperti takut
didenda, guru yang garang, dan sebagainya. Pelajar yang berkenaan
mengambil keputusan untuk ponteng kerana mereka takut didenda atas
sebab tidak sempat menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh
guru. Terdapat juga pelajar yang datang lewat mengambil keputusan
untuk ponteng kerana takut didenda. Pelajar berasa malu sekiranya
didenda dan dimarahi guru itu biasanya akan ponteng dan bersembunyi
atau melepak di kawasan-kawasan yang sukar dikesan. Kumpulan
pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan
peraturan yang ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat
mereka terlalu berat bagi kesalahan kecil.
Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi
pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap
iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan kepada waris
atau ibubapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon yang
diharap-harapkan. Ibubapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian
mereka tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah.
Keadaan ini secara ridak langsung menunujukkan bahawa ibubapa atau
penjaga yang berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal anak
mereka. Keadaan ini juga memberikan rangsangan kepada pelajar yang
berkenaan untuk terus memonteng sehingga akhirnya terpaksa
diberhentikan persekolahannya. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa
ibubapa yang itdak mengambil berat akan amaran pihak sekolah turut
menyumbang ke arah masalah ini.
Selain itu, terdapat juga pelajar yang ponteng kerana bekerja
sambilan. Oleh sebab taraf ekonomi keluarga yang rendah, terdapat
pelajar yang bekerja secara sambilan sebagai promoter di pasaraya,
pelayan restoran dan sebagainya. Oleh itu, disebabkan keletihan
sehingga tidak terdaya untuk bangun awal terutamanya yang bekerja
pada waktu malam.
Masalah ponteng merupakan satu kesalahan disiplin. Malangnya, di
kalangan pelajar yang selalu ponteng, mereka menganggap bahawa
ponteng bukan satu kesalahan displin. Ini telah menunjukkan bahawa
tahap pemahaman pelajar terhadap hukuman salahlaku disiplin adalah
kurang. Oleh itu, pihak sekolah terutamanya Unit Hal Ehwal Murid
melaului sub unit displin perlu memainkan peranan yang penting
dalam perkara ini.
Akhirnya, sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan segera,
peratus pelajar ponteng pasti akan meningkat dan akan menggugat
cita-cita dan aspirasi pihak kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang
berpendidikan tinggi, cerdas, dan pintar. Secara keseluruhan,
masalah ini akan membantutkan kemajuan negara kita. Peranan
ibubapa, pihak sekolah serta Kementerian Pendidikan amat penting
untuk memastikan gejala ini tidak berterusan sehingga menjadi lebih
serius.
KESIMPULAN DAN CADANGAN
1. Konsep Mesra Pelajar perlu dilaksanakan di peringkat sekolah
dengan guru menjadi contoh dan bertindak sebagai pembimbing yang
boleh dipercayai serta dihormati. Mereka perlu bersikap terbuka dan
jangan menghukum murid secara terburu-buru sehingga menyebabkan
remaja berkenaan merasakan diri mereka menjadi mangsa. Kini zaman
pelajar takutkan guru sudah berlalu dan guru perlu pandai mengambil
hati murid supaya pengajaran lebih menarik dan berminat untuk
belajar.
2. Penyediaan program kokurikulum yang lebih menarik dan terkini
perlu difikirkan oleh pihak sekolah supaya pelajar tidak
menghabiskan masa melepak dan ke pusat hiburan.
3. Konsep Sekolah Penyayang boleh dipraktikkan kerana pelajar
berhak disayangi, dikasihi dan dibimbing.
4. Pengurusan sekolah juga memastikan jawatankuasa displin
sekolah atau lembaga tatatertib sentiasa proaktif dengan
menggariskan program dan aktiviti yang berupaya mencegah ponteng
sejak awal terutamanya dari sesi persekolahan bermula seawal jam
7:30 pagi.RUJUKAN1. IAB. (2002). Seminar Nasional Pengurusan Dan
Kepimpinan Pendidikan Ke-11. Institut Aminuddin Baki.
2. Abdullah Sani Yahaya (2005). Mengurus Disiplin
Pelajar,Penang:Rhythm Industries Sdn. Bhd.3. KPM. (1994). Panduan
Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Kelas. Kuala Lumpur:Percetakan Watan
Sdn. Bhd.4. Sufean Hussin dan Che Zainon Omar. (2002). Masalah
Remaja Daripada Keluarga Ibu Tunggal:Siri Laporan Kajian
Masyarakat. Kuala Lumpur:Tinggi Press Sdn. Bhd.
5. KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7/1986. (1 Ogos
1986).Langkah-langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah. 6. KPM.Surat
Pekeliling Ikhtisas Bilangan 6/1995. (5 September 1995). Menangani
Masalah Ponteng Kelas. 7. KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan
18/1998. (2 September 1998). Penggunaan Budu Bicara Ketika
Mengambil Tindakan. 8. KPM.Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan
10/2001. (24 September 2001). Semua Guru Adalah Guru Disiplin
1
Tinjauan Awal
Analisa kehadiran pelajar dalam tempoh enam bulan, kenal pasti
masalah.
2
Membuat Refleksi
Keberkesanan tindakan yang diambil
Merancang dan Melaksanakan Tindakan
Kaedah soal selidik
5
Pengumpulan data
3
Analisa dan Interprestasi Data
Kuantitatif dengan menggunakan peratus
4
EMBED Excel.Chart.8 \s
EMBED Excel.Chart.8 \s
EMBED Excel.Chart.8 \s
EMBED Excel.Chart.8 \s
EMBED Excel.Chart.8 \s
EMBED Excel.Chart.8 \s
EMBED Excel.Chart.8 \s
_1384202285.xlsChart1
0.112
0.043
0.152
0.304
0.104
0.13
0.155
Ketidakhadiran Pelajar Mengikut Kriteria
Sheet1
tidak minat belajar11.20%
dipengaruhi oleh rakan4.30%
bekerja sambilan15.20%
gur tidak masuk pada hari-hati tertentu30.40%
ingin hisap rokok10.40%
takut dikenakan hukuman displin13%
takut memasuki kelas guru-guru tertentu15.50%
Sheet1
Ketidakhadiran Pelajar Mengikut Kriteria
Sheet2
Sheet3
_1384202500.xlsChart5
0.335
0.665
Kesedaran Ibubapa Tentang Ketidakhadiran Anak Mereka Di
Sekolah
Sheet1
tahu33.50%
tak tahu66.50%
Sheet1
Kesedaran Ibubapa Tentang Ketidakhadiran Anak Mereka ke
Sekolah
Sheet2
Sheet3
_1384202949.xlsChart6
0.75
0.25
Kekesalan Pelajaran Jika Dibuang Sekolah
Sheet1
menyesal75.00%
tidak menyesal25.00%
Sheet1
Kekesalan Pelajaran Jika Dibuang Sekolah
Sheet2
Sheet3
_1384202709.xlsChart7
0.75
0.25
0.05
0
Tahap Pencapaian akademik pelajar
Sheet1
lemah75.00%
sederhana25.00%
memuaskan5.00%
cemerlang0.00%
Sheet1
Tahap Pencapaian akademik pelajar
Sheet2
Sheet3
_1384202313.xlsChart1
0.375
0.313
0.312
Ketidakhadiran Pelajar mengikut Ratio
Sheet1
tidak hadiri 1 hari dalam seminggu37.50%
mesti ponteng dalam setiap bulan31.30%
ponteng melebihi 30 hari31.20%
Sheet1
Ketidakhadiran Pelajar mengikut Ratio
Sheet2
Sheet3
_1384202162.xlsChart3
0.59
0.222
0.188
Kedudukan Pelajar Semasa Ponteng
Sheet1
di rumah59.00%
rumah kawan22.20%
pusat-pusat hiburan18.80%
Sheet1
Kedudukan Pelajar Semasa Ponteng
Sheet2
Sheet3
_1384202192.xlsChart4
0
0.389
0.334
0.277
Tahap Pemahaman Pelajar Terhadap Hukuman displin Ponteng
Sheet1
Kesalahan displin0.00%
bukan kesalahan displin38.90%
tidak akan dikena hukuman displin33.40%
tidak pernah dihukum walaupun selalu ponteng27.70%
Sheet1
Tahap Pemahaman Pelajar Terhadap Hukuman displin Ponteng
Sheet2
Sheet3