1.0 TAJUK KAJI AN Mempertingkatkan minat pelajar dalam matapelajaran Sejarah dengan kaedah pengajaran yang ber pus atkan pel aja r. Pembelajaran akt if mel alui kae dah simula si wat ak (Role Pl ay Simulation). 2.0 NAMA PENGKAJI Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji Ker tas ker ja ini dikemukakan ole h Jawata nkuasa Pen yel idi kan Sekola h Mene nga h Kebangsaan Kalumpang, Tanjong Malim, Perak. Nama-nama guru dalam jawatankuasa adalah: 1. Siti Zaleha Binti Ramli 2. Rozana Anak Kuat 3. Tuan Norhayati Binti Tuan Daud 4. Pilly Anak Man 5. Awang Syazwan Bin Awang Hassan 3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN Jere Brophy (2003), mengajar bukan hanya sebuah kurikulum dan pengajaran semata- mata. Pengajar an turut berkaitan dengan pengurusa n bili k darja h, motivasi murid untuk belajardan memenuhi keperluan individu dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Mata pelajaran Sejarah kemahiran mengingati dan menghayati fakta atau urutan peristiwa sejarah di samping memupuk semangat patriotisme dan perasaan bangga sebagai warganegara Malaysia. Tinjaun awal yang dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sejarah mendapati masalah penglibatan pelajar dalam P&P adalah satu masalah bagi guru. Kekurangan penglibatan tersebut merencatkan P & P untuk menjadi lebih berkesan dan bermakna. Pembelajaran yang berpusatkan guru akan menyebabkan mereka pasif dalam proses pembelajaran dan tidak mengalami proses
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com
dalam pengajarannya, ianya akan mencernakan kebosanan dan tidak mampu menarik perhatian
pelajar-pelajar semasa mengajar Sejarah di dalam kelas. Oleh sebab itulah kaedah ataupun
penggunaan kaedah serta metode lakonan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P).
Sejarah merupakan kaedah yang dirasakan mampu menampung lompang-lompang kelemahan
proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah pada hari ini. Kita harus sedar dengan dunia yang
dilanda fenomena kepesatan dan kemajuan teknologi lebih-lebih lagi di dalam negara kita yang
semakin dimomokkan dengan konsep globalisasi dunia tanpa sempadan semakin menjadikan
setiap perkara yang menjadi komponen terpenting kepada agen kemajuan negara termasuklah
bidang pendidikan. Mata pelajaran Sejarah juga merupakan antara aspek terpenting dalam
Kurikulum Pendidikan negara kita. Disebabkan kemajuan dan kepesatan ini, maka minda dan
mentaliti masyarakat yang merangkumi setiap lapisan khususnya para pelajar juga akan
bertambah moden dan ideal sejajar dengan peredaran zaman yang mula berubah. Kita juga sedia
maklum bahawa satu transformasi di dalam arena pendidikan haruslah digubal dan dirangka
seterusnya diimplementasikan di dalam setiap mata pelajaran khususnya Sejarah agar para
pelajar tidak mula berasa bosan dengan pendekatan yang sedia ada dan disifatkan “lapuk”.
Selain itu, guru dilihat Cuma terikat dengan gaya pengajaran yang terlalu ortodoks
ataupun tradisional tanpa memuatkan nilai tambah di dalam pengajaran. Maka dengan adanya
perubahan ini, pastinya kerancakan dan kehangatan semasa proses Pembelajaran dan Pengajaran
( P&P ) Sejarah berkekalan momentumnya. Kaedah lakonan dirasakan amat sesuai dalam
memantapkan lagi aktiviti pengajaran guru di dalam kelas. Hal ini disebabkan sudah menjadi
adat manusia untuk mencari sesuatu yang baru dan semangat inkuiri manusia lebih
memungkinkan kaedah penyampaiab sesuatu dan dalam konteks ini para pelajar mula mencari
apakah kaedah yang boleh menarik perhatian mereka di dalam kelas lebih-lebih lagi di dalam
mata pelajaran Sejarah. Selain itu, apa yang hendak ditegaskan dan dipaksikan di sini adalah
bagaimana dengan kaedah lakonan ataupun simulasi dalam mata pelajaran Sejarah ini mampu
meningkatkan minat dan perhatian pelajar kepada proses pengajaran guru Sejarah di dalam kelas.Kemampuan manusia untuk memberi perhatian kepada sesuatu maklumat yang sedang
disampaikan adalah tidak konsisten dan keberkesanannya adalah bergantung kepada
sejauhmanakah karismatik ataupun tarikan sesuatu kaedah itu di dalam aspek penyampaian. Jadi
dengan adanya kajian ini kita akan dapat melihat keberkesanan kaedah lakonan di dalam mata
pelajaran Sejarah ini. Isu-isu yang wujud dan juga kaedah bagi menyelesaikannya semestinya
5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com
Seterusnya, pengkaji menggunakan teori inkuiri bagi menyelesaikan masalah kajian.
Teori inkuiri iaitu teori penemuan, merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran
melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat
sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Oleh itu,
teori ini sesuai digunakan bagi menyelesaikan masalah kajian kerana penemuan baru akan
melibatkan penglibatan pelajar dan berpusatkan pelajar. Pembelajaran secara penemuan berlaku
apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti
seperti ujikaji akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Selain itu,
teori Problem Bases Learning (PBL) juga boleh digunakan dalam mengatasi masalah kajian.
Teori ini lebih kepada belajar berlandaskan masalah yang dihadapi. Murid belajar melalui
masalah yang ditimbulkan oleh guru. Dengan ini, murid akan melibatkan diri secara aktif.
Dengan ini jelaslah menunjukkan pengajaran berpusatkan pelajar dapat dilaksanakan dengan
menggunakan teori konstruktivisme, teori inkuiri dan teori PBL .
6.2 Kajian Terdahulu
Beberapa kajian telah menyelidiki kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap pembelajaran
pelajar. Antaranya, Humphreys dan Johnson (1982) membuat perbandingan strategi
pembelajaran secara koperatif, kompetitif, dan individulistik dalam pembelajaran Sains. Hasil
kajian mereka menunjukkan bahawa pelajar yang diajar dengan kaedah koperatif dapat
mengingat dan mengekalkan ingatan tentang lebih banyak maklumat yang dipelajari, berbandingdengan pelajar yang belajar secara kompetitif dan individulistik. Dalam hal ini juga, Sherman
dan Thomas (1986) turut mendapat hasil dapatan yang serupa dalam kajian mereka yang
dijalankan ke atas pembelajaran matematik moden di sekolah menengah atas. Allen dan Van
Sickle (1984) dalam satu kajian eksperimental dalam kalangan pelajar lemah pencapaian
akademik, menggunakan Model Pengajaran STAD sebagai rawatan, dan mendapati bahawa
5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com
memperkenalkan kepada guru-guru untuk menggunakan kaedah model berdasarkan
pembelajaran yang berpusatkan pelajar untuk mempertingkatkan perhubungan guru dengan
pelajar, ibu bapa, pentadbir dan guru lain dan ahli profesional organisasi yang lain. Guru turut
ditunjukan peranan untuk berkongsi peranan dalam mengawal dan pengendalan didalam
pengurusan bilik darjah dalam mengimbangi pengaruh dan kerjasama. Penyelidikan yang terbaik
dan teori di dalam buku tersebut menekankan galakan, cabaran, dan adaptasi dalam setiap
pelbagai kaedah pengajaran seperti inkuiri dan kerjasama pembelajaran kumpulan kecil dan
kepercayaan serta usaha yang relevan. Kajian yang dilakukan terhadap pelajar yang boleh
dipraktikan melalui kaedah kumpulan kecil dan pengurusan kendiri. Kaedah Think-Pair-Share
merupakan kaedah yang boleh dipraktikan di dalam strategi pegajaran untuk mempertingkatkan
penyertaan berdasarkan interaksi sesama pelajar. Dalam kaedah tersebut, pelajar berkongsi
maklumat dan pendapat tentang isi kandungan yang ingin disampaikan oleh guru. Patilo and
Vaughn (1992) di dalam buku tersebut, ada menyentuh tentang pembelajaran berpusat yang
bermakna galakan perhubungan. Hal ini bermakna galakan antara pelajar tersebut sendiri akan
memperkembangkan pengelapastian pembelajaran di dalam komuniti dan memahami
perhubungan sosial dengan pelajar lain untuk mencari jawapan kepada isi kandungan pelajaran.
Pembacaan seterusnya melibatkan buku Student-Centred Classroom Assessment yang
ditulis oleh Richard J. Stiggins. Buku tersebut memperkenalkan hasil dua puluh tahun persediaan
pendidikan cemerlang di peringkat rendah, tadika, junior tinggi, dan sekolah tinggi. Buku
tersebut secara relaliti memberikan kebijaksaan secara kolektif dalam menilai idea, ketidak
pastian dan kekecewaan dalam pengajaran. Kajian tersebut mengambil salah satu prinsip di
dalam penilaian positif kaedah persekitaran konstruk iaitu menekakan pelajar sebagai kunci
penilaian pengajaran di dalam mengetahui perbezaan di dalam prestasi dan pemahaman terhadap
kualiti prestasi. Hal ini lebih memberikan gambaran prestasi pelajar menjadi penilai kepada
kaedah konstruk yang dijalankan yang bersifat berpusatkan pelajar. Perbezaan yang ketara juga
diketengahkan di dalam sistem tradisonal dan sistem berpusatkan pelajar tersebut adalah perlakuan iaitu kejayaan sasaran iaitu pelajar terlibat di dalam proses komunikasi. Perbezaan
antara sistem tersebut adalam sistem yang tradisonal bersifat menghantar dan menerima maklumt
yang disampaikan dan pemahaman dinilai berdasarkan bahan yag sama disampaikan di dalam
pengajaran. Pembelajaran berpusatkan pelajar lebih kepada membawa kepada pembelajaran yang
lebih mendalam dan isu dibincangka secara serius di antara para pelajar. Selain itu, sistem lama
5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com
menyebabkan guru menjadi pengarah kepada proses, semua maklumat kepada bahan pengajaran.
Manakala sistem berpusatkan pelajar, pelajar turut bertanggungjawab di dalam menyedakan dan
menyampaikan maklumat. Pengajaran berpustakan pelajar secara tidak langsung akan membantu
para pelajar mempertingkatkan prestasi secara tidak langsung terdedah kepada lebih banyak
maklumat dan pemahaman terhadap is kandungan.
Buku berikutnya, How Student Lear: Reforming Schools Through Learner-Centered
Education yang diedit oleh Nadine M. Lamber & Barbara L. McCombs yang membincangkan
kaedah pengajaran yang unik dan pengenalan kepada perbezaan pelajar. Buku tersebut
menyelidik tentang pembelajaran pelajar dan memperkenalkan perspektif teori danpenyelesaian
kepada psikologi pendidikan. Selain itu, buku mempersembahkan perbezaan hasil kerja yang
dilakukan oleh pendidik dan ahli psikologi dalam memperkembangkan dan penerangan ilmu
psikologi berdasarkan pendidikan yang paling relevan.
Berdasarkan laporan di American Psychogical Asociation (APA) di dalam pendididkan
1993, pembelajaran berpusatkan pelajar memaksimakan intellegent Challenged di dalam
menghubung kaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada dalam kaedah yang
lebih bermakna. Ringkasnya, jangkaan positif terhadap perlaksaan latihan inovatif boleh dibuat
melalui elemen-lemen seperti kurikulum, kumpulan, penilaian, motivasi,tanggungjawab belajar,
perhubungan kelas dan sebagainya. Pendekata boleh dibuat secara inovatif adalahmemperkayakan bahan kurikulum pembacaan pelajar dan pengajaran kaedah yang pelbagai
kumpulan yang mengedit sesebuah penulisan dan mencipta bahan bersejarah. Dalam kumpulan
pula, aktivitiberkumpulan membolehkan para pelajar berkerjasama dengan semua orang.
Kumpulan yang pelbagai di dalam kelas mewujudkan penghargaan di dalmkelas dan galakan
kepada pelajar melibatkan diri dalam aktivit pembelajaran. Penilaian boleh dilakukan dengan
presasi kepada kejayaan sesebuah role plays, dan drama. Motivasi digalakan dengan kerjasama
daripada strategi pemgajaran persaingan dan memfokuskan kepada motivasi intrisik iaitu galakan
kepada minat pelajar. Tanggungjawab di dalam pengajaran melibatkan lebih banyak peryertaan
pelajar. Mereka membuat pilihan di dalam isi kandungan aktiviti, bertanggungjawab memimpin
di dalam kumpulan kecil, maklum balas dalam setiap ahli kumpulan dan belajar
mempertingkatkan kemahiran belajar serta strategi konflik pengurusan. Perhubungan kelas
5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com
Ujian pasca adalah ujian yang akan dijalankan selepas aktiviti dilaksanakan terhadap
pelajar-pelajar tersebut. Ujian pasca akan dijalankan bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar
setelah kaedah lakon semula dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P. Semua soalan
berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan-soalan berkaitan ciri-ciri kerajaan Agariria dan
Maritim bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar mengingati faktatersebut.
Langkah 7- Menganalisis dan menilai
Analisis dan penilaian akan dilakukan berdasarkan perbandingan keputusan ujian pra dan
post bagi menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti simulasi watak.
Langkah 8- Refleksi
Refleksi akan dilakukan bagi membuat penilaian bagi keseluruhan keberkesan kajian ini.
7.2 Sasaran Kajian
Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada kumpulan
pengkaji, gur-guru yang mengajar Sejarah Tingkatan 1. Kajian tindakan ini berfokus kepada 25
orang pelajar tingkatan 1 Azam yang menghadapi masalah pembelajaran dalam mata pelajaran
Sejarah.
7.3 Instrumen Kajian
Dalam kajian akan digunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu:
I. Pemerhatian dan temubual- pemerhatian akan dilakukan oleh pengkaji terhadap
tingkahlaku pembelajaran pelajar-pelajar di dalam kelas 1 Azam semasa pengajarandilaksanakan. Tujuannya untuk mengenalpasti sikap murid semasa P&P sejarah,
bagaimana mereka memberi tindakbalas terhadap pengajaran guru sama ada melalui
latihan perbincangan, mengemukakan fakta dan pendapat, menjawab soalan objektif,
melalui penulis esei atau melaui aktiviti berkumpulan. Cara pemerhatian yang digunakan
ialah dengan menghasilkan video. Setiap aktiviti murid di dalam kelas dirakam.
5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com
8) Saya suka suasana yang humor dan ceria ketika belajar ( )
9) Saya mahu menyediakan sendiri nota sendiri dengan
bimbingan guru
( )
10) Saya mahu diberi peluang berinteraksi semasa belajar ( )
7.4 Metod Analisis
Analisis data akan dilakukan bagi mengetahui sejauhmana keberkesanan tindakan
kajian yang akan diambil. Dua metod analisis yang akan digunakan ialah:
Ujian pra - merupakan ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap
pelajar-pelajar tersebut. Ujian pra akan dijalankan bagi mengetahui tahap pencapaiaan
pelajar kelas tibgkatan Satu ini dalam menguasai fakta dan menanam minat dalam
matapelajaran Sejarah. Ujian ini akan melibatkan 25 orang pelajar bukan.
Ujian pasca - ujian yang akan dijalankan selepas aktiviti dijalankan kepada pelajar-
pelajar tersebut. Ujian pasca akan dijalankan bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar
setelah kaedah lakon semula dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P.
Perbandingan markah di antara dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca akan
menentukan keberkesanan tindakan kajian yang diambil. Markah ujian pasca yang lebih tinggi
daripada ujian pra menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan berkesan sehingga
meningkatkan markah pelajar berbanding sebelum tindakan dijalankan.Semua peraturan am
tentang pentadbiran bagi kedua-dua ujian ini adalah sama dengan pentadbiran ujian penilaianyang lazim diamalkan di sekolah-sekolah. Sebelum ujian dijalankan, persetujuan dengan pihak
pentadbiran dan guru mata pelajaran perlu diperolehi. Kedua-dua ujian akan dijalankan dalam
masa 60 minit yang mana jangka masa bagi ujian ini bersesuaian dengan satu waktu pelajaran
yang terdapat di sekolah ini.
5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com
lakonan ataupun simulasi ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah di sekolah-
sekolah. Perkongsian terhadap data kajian ini pastinya akan membantu guru-guru, para pelajar
dan pihak pentadbiran di dalam penggunaan kaedah lakonan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Sejarah kerana terdapatnya segala permasalahan yang telah dibincangkan serta
jawaban kepada permasalahan tersebut. Oleh itu, kajian ini merupakan satu kajian yang penting
dan perlu untuk dilaksanakan bagi memudahkan guru Sejarah di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dengan adanya aplikasi lakonan yang mantap.
Selain itu, dengan kita membuat kajian terhadap penggunaan kaedah lakonan di dalam
P&P Sejarah, interaksi guru dengan para pelajar akan lebih dominan dan jelas kerana bukan
sahaja melenyapkan persempadanan antara guru dengan pelajar malah guru mampu mengetahui
masalah sebenar yang melanda diri pelajar. Pentingnya kajian ini adalah dengan dapatan yang
diperoleh nanti, kita dapat melihat bagaimana sebenarnya kefahaman dan pengetahuan para
pelajar itu dapat ditingkatkan. Walaupun terdapat alasan lain yang diluahkan oleh pelajar
menyebabkan mereka melabel sejarah sebagai matapelajaran yang membosankan tetapi majoriti
tetap menganggap kesusahan mengingat sebagai sebab nombor satu kepada permasalahan. Oleh
demikian fokus kajian hanya berpaksikan kepada bagaimana kaedah yang sesuai untuk
mengingat longgokan fakta-fakta sejarah yang sememangnya tidak boleh dipesongkan. Kita
sedia maklum bahawa pelajar sememangnya mempunyai masalah untuk mengingat dan
memahami. Dengan membantu pelajar mengingat fakta sejarah menggunakan pendekatan yang
berkesan seperti lakonan, ianya mampu membantu pelajar mengingat dan memahami peristiwa
sejarah serta mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Apabila pelajar berjaya mengingat
dan memahami fakta sejarah akan membantu pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan dan
memperolehi keputusan yang cemerlang. Di samping itu, keadaan ini juga akan melahirkan
masyarakat yang holistik dan mempunyai semangat cintakan negara yang unggul. Selain itu, apa
yang menjadi jawapan ataupun kepentingan kajian ini adalah berhubung dengan konsep
pengajaran mata pelajaran Sejarah itu sendiri. Kita sedia maklum betapa sejak dari dulu lagikonsep pengajaran Sejarah dikaitkan dengan hafalan dan ingatan semata-mata. Mata pelajaran
Sejarah seolah-olah dianggap berorientasikan hafalan dan jika tidak berjaya menghafal fakta-
fakta penting maka akan gagal mencapai objektif pengajaran Sejarah. Kita perlu tahu sebagai
guru, amanah yang disandarkan kepada kita dalam merealisasikan matlamat pembudayaan nilai
5/6/2018 Kajian Tindakan Lengkap Edit Terbaru - slidepdf.com