BAB 1 PENGENALAN KEPADA MASALAH 1.0 Pendahuluan Proses kajian ini akan dijalankan ke atas sekumpulan murid disebuah kelas tahun lima di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, Tobiar, Pendang, Kedah. Kajian ini adalah berkaitan kaedah pembelajaran yang akan digunakan ke atas murid melibatkan kemahiran membaca dan menulis perkataan homograf di dalam tulisan jawi, yang merupakan salah satu kemahiran yang agak sukar oleh murid-murid terlibat, kerana ada murid yang boleh membaca tetapi kurang tepat dari segi penulisan. .Kenyataan ini diperolehi hasil daripada kaji selidik secara tidak rasmi setelah membuat perbincangan dengan Guru Pendidikan Islam . Kemahiran membaca dan menulis dipilih kerana saya beranggapan ia amat sesuai dan berkesan untuk menarik minat dan penglibatan yang maksimum di kalangan murid. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung dan
This document is posted to help you gain knowledge. Please leave a comment to let me know what you think about it! Share it to your friends and learn new things together.
Transcript
BAB 1
PENGENALAN KEPADA MASALAH
1.0 Pendahuluan
Proses kajian ini akan dijalankan ke atas sekumpulan murid disebuah kelas tahun
lima di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, Tobiar, Pendang, Kedah. Kajian ini
adalah berkaitan kaedah pembelajaran yang akan digunakan ke atas murid melibatkan
kemahiran membaca dan menulis perkataan homograf di dalam tulisan jawi, yang
merupakan salah satu kemahiran yang agak sukar oleh murid-murid terlibat, kerana ada
murid yang boleh membaca tetapi kurang tepat dari segi penulisan. .Kenyataan ini
diperolehi hasil daripada kaji selidik secara tidak rasmi setelah membuat perbincangan
dengan Guru Pendidikan Islam .
Kemahiran membaca dan menulis dipilih kerana saya beranggapan ia amat
sesuai dan berkesan untuk menarik minat dan penglibatan yang maksimum di kalangan
murid. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung dan ia bakal
menemukan suatu impak yang berkesan terutamanya peningkatan penguasaan tulisan
jawi di kalangan murid.. Disamping itu proses ini juga akan memberi kesan yang
bermakna terhadap penguasaan murid dalam menulis dan membaca jawi khususnya dan
mata pelajaran Pendidikan Islam umumnya.
Kajian ini, saya akan menggunakan sebuah kelas yang terdiri daripada 20 orang
murid yang berbagai tahap kebolehannya. Perbandingan keberkesanan dan pengaruh
terhadap minat akan diukur setelah dilakukan pengajaran dan pembelajaran ke atas
murid yang terlibat. Hasil dapatan kepada keberkesanan sebelum dan selepas kajian
akan dibuat perbandingan untuk menilai sejauh mana kekuatan sesuatu kaedah yang
dipraktikkan..
Tumpuan konsep kajian ini ialah bagaimana untuk menjana minat membaca
perkataan atau ayat dengan bacaan yang betul perkataan homograf dalam tulisan jawi
bagi murid-murid dalam situasi yang berbeza tersebut. Disamping itu juga, kajian ini
bertujuan untuk meningkatkan kefahaman guru tentang perkataan homograf dalam
tulisan jawi semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kajian-
kajian lepas dan penulisan-penulisan yang berkaitan dengannya.
Berdasarkan kepada fakta yang mengatakan bahawa antara ciri-ciri yang dapat
dikaitkan dengan kejayaan membaca dan menulis perkataan homograf dalam tulisan
jawi seseorang murid ialah kaedah dan teknik yang digunakan semasa mengajar. . Ciri-
ciri ini dapat di jana melalui kaedah pandang sebut, kaedah bunyi dan kaedah mengeja
dan kaedah imlak, kerana kaedah ini melibatkan aktiviti yang berbagai serta
memerlukan penglibatan yang menyeluruh serta menjadi agenda baru untuk memupuk
minat yang lebih tinggi terhadap tulisan jawi..
1.1 Latar Belakang Kajian.
Penguasaan kemahiran membaca dan menulis perkataan homograf yang
terkandung dalam tulisan jawi merupakan kemahiran penting untuk membaca jawi
dengan baik. Kelemahan dalam kemahiran ini akan menjejaskan kemahiran membaca
2
dan menulis jawi, kerana perkataan homograf agak banyak di dalam tulisan jawi.
Perkataan homograf ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu homograf biasa, homograf
hakiki sama ejaan dan homograf hakiki imbuhan. Pengetahuan dan kemahiran murid
menguasai bacaan dan penulisan perkataan homograf akan membantu murid menguasai
bacaan. dan tulisan jawi dengan berkesan seperti di dalam sukatan pelajaran Pendidikan
Islam sekolah rendah. Tulisan dan bacaan jawi merupakan satu kemestian yang wajib
dikuasai oleh setiap murid Islam , justeru itu pencapaian dalam penguasaan bacaan jawi
menjadi satu kayu pengukur kejayaan seseorang murid itu dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam. Kelemahan dalam perkara tersebut juga akan menjejaskan pengajaran
dan pembelajaran dalam topik-topik seperti pelajaran al-Quran fekah, aqidah, sirah dan
akhlak, kerana buku teks Pendidikan Islam Sekolah Rendah sebagai bahan pembelajaran
ditulis dalam tulisan jawi sepenuhnya.
Berdasarkan laporan keputusan E-Pantau Bulan Mei Tahun 2011 bagi mata
pelajaran Pendidikan Islam untuk tahun lima Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh ini
menunjukkan hanya 42.86% pelajar yang lulus berbanding 57.14% gagal. Ini
menunjukkan tahap penguasaan bacaan dan tulisan jawi masih lagi rendah, kerana
soalan tersebut dibuat dalam tulisan jawi.
3
2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN
Berdasarkan pemerhatian yang dibuat semasa pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan di dalam kelas didapati ramai murid yang tidak memahami perkataan
homograf iaitu ejaan yang sama pada asalnya tetapi berlainan maksud. Paling
mengecewakan setengah daripada mereka ialah tidak dapat menulis dengan jelas
perkataan-perkataan homograf ini. Perkara ini mungkin disebabkan murid tersebut tidak
memahami bacaan pada perkataan yang sama tetapi berlainan maksud.
Murid didapati mempunyai masalah untuk membezakan penulisan pada
perkataan tersebut. Mengikut kaedah pada homograf biasa ialah meletakkan huruf “Alif”
pada suku kata yang berbunyi “a” untuk membezakan dua maksud perkataan tersebut
(lihat rajah 2 ). Homograf hakiki sama ejaan ialah perkataan yang dibaca mengikut
konteks ayat, perkataannya tetap sama tetapi sebutannya agak berbeza. (lihat rajah 3 ).
Sementara homograf hakiki berimbuhan terjadi apabila diletakkan imbuhan diawal atau
diakhir perkataan (lihat rajah 4 ).
Pencapaian murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam kurang memuaskan terutama pada perkataan homograf.
Kelemahan ini menyebabkan murid kurang yakin untuk membaca buku teks dan tidak
dapat menjawab soalan peperiksaan yang ditulis dalam tulisan jawi seterusnya mereka
menjadi kurang berminat untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam. Jika
sebarang penyelesaian tidak diambil, dijangka sikap ini akan berpanjangan untuk jangka
4
masa yang lama dan akan mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Pendidikan Islam keseluruhannya.
Dalam kajian ini, ia melibatkan pembolehubah bersandaran di mana kita ingin
melihat sejauh mana murid boleh membaca dan menulis perkataan homograf di dalam
tulisan jawi. Melalui kaedah pembelajaran pandang sebut, kaedah bunyi dan kaedah
mengeja dan kaedah imlak dapat dibuat perbandingan pencapaian murid dalam
kemahiran yang diuji dalam keadaan sebelum, semasa dan selepas kajian dibuat.
Kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak saling
berhubung dengan kaedah pembelajaran yang dilakukan oleh guru. Guru yang dapat
memotivasikan muridnya dengan baik akan dapat membentuk nilai yang baik dalam diri
murid dan seterusnya akan dapat mengubah daya fikir mereka untuk bersikap dengan
lebih baik, berminat terhadap pengajaran guru dan lebih yakin dalam membaca dan
menulis jawi dengan lebih gigih.
Rajah 1 : Kerangka Konsep : Faktor yang mempengaruhi pencapaian jawi.
5
1. Kaedah pengajaran
2. Peranan Guru Pencapaian Jawi
3. Minat Murid
2.1 Kepentingan Kajian
Kajian ini dibuat bertujuan untuk membantu guru khususnya guru Pendidikan
Islam dalam meningkatkan prestasi membaca dan menulis jawi di kalangan murid
dengan mengamalkan kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah
imlak dalam kemahiran membaca dan menulis perkataan homograf dalam tulisan jawi
dengan harapan ia dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam. Ia
diharap dapat mengubah persepsi murid bahawa Pendidikan Islam adalah satu mata
pelajaran yang sukar dan dapat memperbaiki pembacaan dan penulisan jawi dalam mata
pelajaran tersebut.
Kajian ini akan membantu Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM)
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha memartabatkan tulisan jawi kepada semua
murid sekolah rendah seluruh Negara. Pada masa ini rata-rata orang memperkatakan
mengenai kelemahan murid-murid sekolah dalam bacaan dan tulisan jawi, usaha
memartabatkkan kembali tulisan jawi telah diusahakan oleh pelbagai pihak seperti
majalah, surat khabar dan melalui seminar. Jabatan-Jabatan kerajaan dan swasta juga
berusaha memartabatkan tulisan jawi dengan meletakkan papan tanda pejabat dengan
tulisan jawi. Tetapi malangnya terdapat tulisan yang salah ejaannya terutama pada
perkataan homograf. Diharap hasil daripada kajian ini akan membantu semua pihak
yang menyintai tulisan jawi dapat menggunakan perkataan homograf dengan betul.
6
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Berdasarkan persoalan-persoalan yang timbul, kajian ini dijalankan dengan
tujuan
i) Untuk melihat sama ada minat murid dapat dipupuk melalui
Kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan
kaedah imlak
ii) Untuk pengumpulan maklumat secara sistematik bagi mengatasi
permasalahan murid dengan mengetahui kekuatan dan kelemahan
murid semasa membaca dan menulis perkataan homograf dalam
tulisan jawi.
iii) Membantu murid meningkatkan prestasi membaca dan menulis
jawi seterusnya dapat meningkatkan pencapaian dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam.
iv) Memupuk murid menjawab soalan kemahiran berfikir berkaitan
perkataan homograf di dalam tulisan jawi.
v) Membantu murid mengaplikasikan kaedah pandang sebut, kaedah
bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak dalam kemahiran
membaca , menulis dan menggunakan perkataan homograf
dengan baik semasa membaca tulisan jawi supaya pembelajaran
menjadi lebih menyeronokkan.
vi) Membina jati diri murid untuk lebih meminati membaca
penulisan jawi dan mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian.
7
b. SOALAN KAJIAN
Kajian ini adalah untuk menjawab tujuan kajian di atas, kerana persoalan ini
akan membantu saya mencapai objektif dan tujuan kajian ini, antaranya :
i. Sejauh manakah minat murid dapat dipupuk melalui kaedah
pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak
semasa pengajaran dan pembelajaran jawi?
ii. Adakah dengan mengetahui kekuatan dan kelemahan murid
semasa membaca dan menulis perkataan homograf dalam tulisan
jawi dapat mengatasi masalah murid?
iii. Sejauh manakah peningkatkan prestasi membaca dan menulis
jawi dapat meningkatkan pencapaian dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam?
iv. Mampukah kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja
dan kaedah imlak dalam kemahiran membaca , menulis dan
menggunakan perkataan homograf dapat diaplikasikan dalam
tulisan jawi supaya pembelajaran menjadi lebih menyeronokkan?
Persoalan utama dalam menjalankan kajian ini adalah untuk mengetahui sama
ada minat murid dapat dipupuk melalui kaedah-kaedah tertentu dalam pengajaran dan
pembelajaran jawi dari segi bacaan dan penulisan pada perkataan homograf serta
8
hubungan antara pemahaman strategi penyelesaian masalah dengan prestasi murid.
Dalam kajian ini juga, persoalan lain adalah menguji sama ada meningkatnya bacaan
jawi dikalangan murid dapat meningkatkan pencapaian dalam Pendidikan Islam dan
seterusnya menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam adalah satu mata pelajaran yang
menyeronokkan. Sekiranya persoalan-persoalan ini dapat dikupas dalam kajian ini,
kemungkinan guru dapat mencari alternatif yang terbaik dalam meningkatkan prestasi
murid-muridnya.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini hanya dijalankan di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh dalam
Daerah Pendang yang mempunyai 391 orang murid. Tumpuan kajian ialah dalam kelas
Tahun 5 yang terdiri daripada murid terpilih seramai 20 orang. Dalam kajian ini,
andaian prestasi murid dalam kemahiran membaca dan menulis perkataan homograf di
dalam tulisan jawi dibuat menggunakan keputusan E-Pantau Bulan Jun dan juga soalan-
soalan rutin yang dijalankan oleh guru Pendidikan Islam tentang kemahiran tersebut
semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Keputusan-keputusan
bagi kajian ini hanya dibataskan kepada sekolah ini sahaja dan tidak boleh
digeneralisasikan kepada sekolah-sekolah lain.
Murid-murd ini merupakan murid yang berlatar belakang kehidupan yang
sederhana dan tinggal dalam kelompok kehidupan orang Melayu yang masih belum di
serapi budaya-budaya yang tidak sesuai. Jadi berdasarkan kajian ini, murid-murid ini
9
boleh dibentuk sikap dan sahsiah diri mereka kerana kurang terdedah kepada dunia luar
yang lebih mencabar. Mereka ini ibarat rebung yang masih boleh dilentur.
Di bawah adalah profil responden bagi kajian ini.
Tahun Jantina Bilangan Peratus
Lima Bestari
Lima Arif
Lelaki
Perempuan
7
13
35%
65%
Jadual 1: Profil Responden
5.0 TINDAKAN
5.1 Prosedur Tindakan
Berbagai istilah digunakan dalam kajian ini untuk memantapkan persoalan yang
dikaji. Berdasarkan teori Taksonomi Bloom, murid-murid perlu ditanamkan kemahiran
memahami masalah dalam pembelajaran mereka agar mereka dapat bersama –sama guru
mencungkil di mana kekuatan dan kelemahan mereka. Muird akan dapat menterjemah
sendiri di mana kesilapan dan kekuatan mereka dan seterusnya dapat meningkatkan
prestasi membaca dan menulis perkataan homograf dalam tulisan jawi.
10
Pokok persoalan dalam kajian ini ialah bagaimana untuk meningkatkan minat
dan prestasi pelajar dalam melibatkan kemahiran dengan menggunakan kaedah pandang
sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak. Murid akan membantu antara
satu sama lain untuk belajar dalam kumpulan yang kecil menurut 4 langkah iaitu:
i) seorang guru mengajar
ii) kumpulan murid.
iii) permainan atau pertandingan
iv) ganjaran.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, meningkatkan
bermakna meninggikan kedudukan, memperbesarkan atau memperhebatkan Dalam
kajian ini meningkatkan bermaksud meninggikan atau memperhebatkan penguasaan
murid terhadap sesuatu kaedah pengajaran yang mendorong pelajar untuk mengikuti
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, kemahiran
berasal dari kata dasar mahir bermakna terlatih untuk mengerjakan sesuatu, cekap,
lancar dan pandai. Dalam Kajian ini kemahiran yang dimaksudkan adalah murid dilatih
supaya berkemahiran menggunakan perkataan homograf, seterusnya murid lebih lancar
dan fasih membaca dan menulis jawi.
11
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka, perkataan
homograf bermakna perkataan yang sama ejaannya tetapi berbeza makna, asal dan
sebutannya. Dalam Kajian ini perkataan homograf dalam tulisan jawi mempunyai tiga
kategori,iaitu:
a. Homograf biasa iaitu ejaan yang sama pada asalnya tetapi berlainan maksud.
Bagi membezakan maksudnya hendaklah memasukkan huruf “Alif” pada
suku kata yang berbunyi “ a “ untuk membezakan dua maksud perkataan
tersebut.
Contoh :-
Pantas فانتس Pentas فنتس
Buaya بوايا Buai بواي
Rajah 2. : Homograf biasa.
b. Homograf hakiki iaitu perkataan yang sama ejaannya tetapi berlainan bunyi
dan dibaca berdasarkan perkataan dalam ayat.
Contohnya :-
Biro بيروBiru
بيرو
Koko كوكو Kuku كوكو
12
Rajah 3 : Homograf hakiki.
c. Homograf hakiki berimbuhan terjadi apabila diletakkan imbuhan diawal atau
diakhir perkataan.
Contohnya :-
sembilan سمبيلن markah مركه
Sambil + anسمبيلن
Me + rekahمركه
Rajah 4 : Homograf hakiki berimbuhan.
Menurut Janvier, Girardon dan Morand (1988), murid-murid ini akan dapat
memperbaiki prestasi diri mereka sekiranya guru dapat menggabungkan model mental
pelajar dengan perwakilan yang guru gunakan. Pembelajaran yang memberi peluang
kepada murid akan dapat membentuk sikap murid untuk lebih yakin dan berani dalam
pembelajaran mereka. Menurut Shonfeld, 1985: Boaler, 1998, pengalaman dalam
menguruskan diri akan dapat menyelesaikan permasalahan yang timbul dengan lebih
berkesan. Dengan kajian yang dijalankan ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran guru dalam mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid. Guru juga
akan dapat menyediakan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan persekitaran murid
13
agar pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang menyeronokkan. Dengan itu maka
timbul minat murid untuk belajar dengan lebih tekun .
Kajian ini merupakan kajian yang berbentuk deskriptif. Melalui kajian ini, guru
cuba melihat hubungan di antara kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan
membentuk kenyakinan murid dalam kemahiran menulis dan membaca perkataan
homograf dalam tulisan jawi Adakah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
diperkenalkan akan berupaya mempengaruhi murid dalam memahami cara menulis dan
membaca perkataan homograf dan langsung mendatangkan impak yang lebih berkesan
bagi mempertingkatkan pencapaian mereka dalam tulisan jawi.
Antara langkah-langkah atau prosuder bagi reka bentuk kajian ini ialah :-
1. Mengenalpasti masalah.
2. Strategi pengajaran;
3. Pemerhatian dan pengumpulan data.
4. Analisa data.
5. Menjalankan refleksi dan membuat keputusan.
6. Peringkat akhir (semua berjalan lancar)
14
Rajah 9 : Reka bentuk kajian.
Berdasarkan perancangan yang dibuat, sekiranya pencapaian murid tidak
memberangsangkan, guru boleh menjalankan pengajaran bermula langkah 1-6.
Dalam menjalankan kajian ini, masalah dikenalpasti melalui Laporan Pencapaian
Keputusan E-Pantau bulan September Tahun 2009 bagi murid tahun 5 Sekolah
Kebangsaan Patani Para, Sungai Petani, Kedah. Berdasarkan pencapaian tersebut, satu
analisa dibuat untuk mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan murid.
Bagi mengenalpasti masalah , Laporan Pencapaian Keputusan E-Pantau Bulan
September bagi murid tahun lima Sekolah Kebangsaan Patani Para,Sungai Petani , telah
dibuat rujukan. Berdasarkan pencapaian tersebut, didapati peratusan pencapaian bagi
mata pelajaran tulisan jawi masih lagi berada dalam tahap yang kurang memuaskan
berbanding pencapaian bagi mata pelajaran-mata pelajaran lain.
15
Mengenalpasti Masalah
Kaedah pengajaran
Pemerhatian & Mengumpul Data
Analisis DataMasalah KaedahRefleksi
Temubual dengan guru mata pelajaran juga dilakukan bagi mengenalpasti punca
yang menyumbang kepada pemasalahan ini. Didapati antara puncanya ialah tidak
memahami kemahiran yang ditanya, kurang minat, kurang kenyakinan dan sikap yang
negatif terhadap pelajaran tersebut. Dalam hal ini persoalan pokok kepada
ketidakupayaan menjawab dengan baik ialah kerana tidak menguasai sesuatu kemahiran
yang dipelajari.
Post mortem atau kaji selidik tahap penguasaan tajuk juga telah dibuat oleh guru
mata pelajaran, dan didapati murid menghadapi masalah mengenai membezakan sebutan
dan menulis pada perkataan homograf tulisan jawi. Ini berdasarkan kepada post mortem
yang dijalankan, mendapati hanya 30% sahaja murid berjaya menjawab soalan
berbanding 70% murid lagi masih tidak dapat menjawab dengan tepat. Kelemahan ini
amat ketara berbanding bagi topik-topik yang lain dalam mata pelajaran tersebut.
Berikut adalah proses yang telah dilakukan dengan bantuan guru mata pelajaran
bagaimana mengenalpasti masalah.
16
Proses Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Bilik
Penilaian E-Pantau Bulan September 2009
Penilaian Hasil Kerja Murid oleh Guru Mata Pelajaran Ppelajaran
Post Mortem Terhadap Keputusan dan Soalan
Keputusan, Laporan Pencapaian, Laporan Post Mortem Dibuat Rujukan Untuk Kajian Ini.
Rajah 10 : Proses mengenalpasti masalah.
Setelah mengenalpasti masalah dan beberapa faktor penyebab yang mungkin,
satu keputusan telah diambil untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan mencuba kaedah
baru iaitu melalui kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah
imlak dalam pengajaran dan pembelajaran bagi mengatasi masalah tersebut.
Kaedah ini dipilih setelah dijangkakan keberkesanannya dalam meningkatkan
kemahiran murid dalam kemahiran menulis dan membaca perkataan homograf dalam
tulisan jawi. Peningkatan atau anjakan kemahiran ini akan mencetuskan peningkatan dan
kecemerlangan murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya. Selain
daripada itu, kaedah ini dipilih kerana keberkesanannya hingga Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral (JAPIM) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mencadangkan supaya kaedah ini digunakan oleh semua Guru Pendidikan Islam sekolah
rendah dalam pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi.
Kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak
merupakan kaedah yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran jawi di mana
murid dapat mengeja, membunyi, membaca dan menulis perkataan berpandukan bahan
bantu yang menarik. Keadaan ini akan menjadikan murid seronok dan berminat untuk
terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru, di samping itu murid juga dapat
bermain dan bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan dan berkerjasama dalam kumpulan
bagi mencari perkataan pada sesuatu gambar.
17
Pengajaran menggunakan kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja
dan kaedah imlak ini akan dijalankan ke atas murid-murid tahun 5 di Sekolah
Kebangsaan Penghulu Jusoh bermula bulan September 2011. Tempoh masa pengajaran
yang akan digunakan ialah selama tidak kurang 8 minggu.
5.2 CARA MENGUMPUL DATA
Instrumen yang digunakan ialah Ujian Diagnostik yang mengandungi 30 soalan
pendek. Ujian diagnostik ini digubal berdasarkan kemahiran-kemahiran spesifik dalam
proses pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi. Satu set senarai selidik juga disediakan
untuk menguji sejauh mana minat dan keterbukaan murid terhadap pembelajaran tulisan
jawi, khususnya terhadap kemahiran membaca dan menulis perkataan homograf.
Instrumen-instrumen lain yang digunakan adalah seperti:
a. Bentuk pemerhatian
b. Bentuk temuramah
c. Skala-skala perkadaran sikap
d. Ujian-ujian pelbagai bentuk (ujian pencapaian, Imlak dan kebolehan
semulajadi murid)
18
3.4 Prosedur Pengutipan data
Dalam kajian ini, pengumpulan data merupakan perkara yang harus
dititikberatkan kerana sekiranya data yang dikumpul tidak mempunyai kesahihan, maka
maklumat mungkin tidak tepat dan kajian tidak berjaya dengan sepenuhnya.
Berdasarkan kajian yang akan dibuat ini, Guru Pendidikan Islam akan bertindak untuk
mengumpul maklumat samada semasa sesi pengajaran-pembelajaran atau keadaan di
luar bilik darjah. Guru akan mencatat refleksi setiap kali pengajaran dijalankan. Selain
itu rakan sejawat guru juga akan bertindak sebagai pemerhati untuk merekod apa yang
berlaku dalam kelas berpandukan borang pemerhatian. Guru (merupakan pengkaji)
boleh juga merekodkan setiap temuramah dan pemerhatian-pemerhatian melalui
rakaman kamera video dan setiap temuramah yang dibuat hendaklah dibuat temujanji
dan perancangan yang teliti agar hasil yang diperolehi boleh dimaksimumkan dalam
membuat analisa data nanti. Guru juga harus menyediakan jadual waktu tersendiri
dalam menyiapkan kajian ini agar ia berjalan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Perancangan yang lengkap dan teliti akan dapat memudahkan kerja guru dalam
menyediakan bahan dan mengutip setiap maklumat yang dikehendaki.
3.5 Prosedur Penganalisaan data
Apabila data dikumpul, guru akan menganalisis data dan membuat keputusan
berdasarkan analisis data yang diperolehi, data dianalisis secara kualitatif. Data dari soal
19
selidik murid, temubual, pemerhatian rakan sejawat dan catatan guru akan dikira dan
dianalisis. Hasil analisis dilaporkan dalam bentuk huraian. Kesimpulan akan dibuat
apabila semua sumber dianalisa dan sekiranya terdapat masalah semasa membuat
keputusan, proses penyelidikan dan proses tindakan akan dilakukan semula sehingga
setiap maklumat yang diperolehi mempunyai kebolehpercayaan dan keesahan yang
boleh diterima pakai untuk membuat kajian selanjutnya.
Bab ini menerangkan tentang reka bentuk ujian, populasi dan sampel, instrumen
kajian, prosedur pengumpulan dan penganalisaan data. Murid-murid akan lebih
bermotivasi sekiranya kaedah pengajaran dapat diaplikasikan dengan sebaiknya.
Perubahan sikap dan keterbukaan murid dalam mempelajari tulisan jawi akan dapat
dikesan dengan menggunakan instrumen penyelidikan yang dirancang oleh guru.
Penyelidikan ini difokuskan kepada sebahagian murid tahun lima yang menjadi sampel
kajian dan berlatarbelakangkan kehidupan murid yang sederhana dan tahap pencapaian
yang sederhana. Murid-murid ini akan dapat dimotivasikan dengan baik kerana faktor
persekitaran mereka yang menyumbang kepada keadaan ini. Instrumen – instrumen yang
akan digunakan hendaklah disediakan dengan secukupnya agar tidak timbul masalah
kepada pihak guru, murid dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam kajian.
Data-data yang dikumpul hendaklah dianalisis dengan terperinci agar dapat
diambil tindakan susulan dalam menangani permasalahan murid dalam kemahiran ini.
Sekiranya objektif yang dibuat tercapai dengan jayanya, guru boleh membuat
kesimpulan bahawa kaedah pengajaran memainkan peranan yang penting dalam
20
pemupukan sikap keterbukaan murid terhadap pelajaran. Seandainya kesan pengajaran
ini menghasilkan sikap positif kepada murid, kemungkinan kita boleh mengubah
paradigma Pendidikan Jawi sebagai “Jumud subject” kepada “fun subject”. Semuanya
ini terletak kepada kepandaian guru dalam mengurus muridnya kerana “dimana ada
kemahuan disitu ada jalannya”.
6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Bahagian ini menunjukkan beberapa perkara penting dalam kajian termasuklah
profil responden dan juga penemuan-penemuan kajian ini. Di sini juga disertakan
statistik yang diperolehi melalui kaedah pengajaran yang dipilih sama ada ia dapat
memupuk sikap, minat dan keyakinan diri pelajar dalam mempelajari kemahiran yang
dipilih mengikut jantina ditunjukkan dengan jelas dalam bahagian ini.
6.1 Profil Responden
Lokasi kajian ini adalah di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, Pendang,
Kedah. Manakala responden-responden yang terlibat pula adalah terdiri dari para murid
tahun lima yang terpilih kesemuanya berjumlah 20 orang dan terdiri dari pelajar lelaki
serta perempuan dan kesemuanya berbangsa Melayu
Di bawah adalah profil responden bagi kajian ini.
21
Tahun Jantina Bilangan Peratus
Lima Lelaki
Perempuan
7
13
35
65
Jadual 1: Profil Responden
6.2 Penemuan-penemuan kajian
6.2.1 Mata Pelajaran Yang Digemari
Dalam soal selidik yang dijalankan, setiap responden dikehendaki menyatakan
mata pelajaran yang digemari. Daripada 20 responden, didapati peratusan yang
meminati mata pelajaran jawi adalah satu pertiga dari jumlah pelajar dalam kelas
tersebut. Data tentang minat responden ditunjukkan dalam jadual 2 berikut,
Bil Mata Pelajaran Yang Paling
Digemari
L P Jumlah % Klasifikasi
Menurut
Turutan
1 B. Melayu 2 3 5 25.0 1
2 B.Inggeris 0 2 2 10.0 4
3 Matematik 1 2 3 15.0 3
4 Sains 0 1 1 05.0 5
5 Pendidikan Islam 2 2 4 20.0 2
22
6 Jawi 1 3 4 20.0 2
7 Kemahiran Hidup 1 0 1 05.0 5
Jadual 2: Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Mata Pelajaran yang
digemari
Mata Pelajaran Paling Digemari
25%
10%
15%5%20%
20%5% 1 B. Melayu
2 B.Inggeris
3 Matematik
4 Sains
5 Pendidikan Islam
6 Jawi
7 Kemahiran Hidup
Rajah 11 : Carta Pai Pecahan Matapelajaran Yang Digemari Responden
23
Mata Pelajaran Yang Paling Digemari
0
0.5
1
1.5
2
2.5
3
3.5
1 2 3 4 5 6 7
Mata Pelajaran
Bil
ang
an L
P
Rajah 12 : Matapelajaran Yang Paling Diminati
Berdasarkan kajian yang dibuat, didapati 20 % daripada murid tahun lima
meminati subjek jawi iaitu hampir 1/5 daripada pelajar kelas tersebut meminati mata
pelajaran jawi. Keadaan sebegini dapat dilihat seperti paparan graf pada Rajah 1 dan
Carta pai 1 di atas. Kajian yang saya jalankan ini menunjukkan minat pelajar boleh
dipupuk lagi dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian dengan jiwa dan naluri
mereka.
Dari jadual, Carta Pai 1 dan Rajah 1 di atas kita dapati ketahui bahawa seramai 4
orang murid menggemari jawi dan ini merupakan jumlah kedua terbanyak berbanding
pelajar yang menggemari subjek lain. Bahasa Melayu merupakan subjek terbanyak iaitu
seramai 5 orang dan terdapat juga subjek yang tidak digemari oleh murid iaitu subjek
sains dan kemahiran hidup. Dari nilai ini kita boleh membuat andaian bahawa jawi
merupakan satu subjek yang digemari oleh pelajar tetapi minat ini perlu dipupuk dari
semasa ke semasa supaya ia tidak tenggelam begitu sahaja.
24
Ini bermaksud di antara setiap murid terdapat perbezaan minat terhadap kaedah
pengajaran yang diperkenalkan oleh guru Pendidikan Islam mereka. Keadaan ini
kemungkinan berlaku disebabkan oleh faktor persekitaran dan kecerdasan seseorang
individu itu. Namun begitu perbezaan minat terhadap kaedah pengajaran ini boleh
diubah dengan memperkenalkan kaedah pengajaran yang berpusatkan kepada
penglibatan murid yang boleh menimbulkan minat mereka terhadap subjek dan aktiviti
guru. Perancangan guru yang teliti amat perlu dalam menimbulkan minat terhadap mata
pelajaran yang diajar.
6.2.2 Kaedah Pengajaran Yang Di Minati
Responden diminta menandakan kaedah pengajaran yang diminati. Mereka
boleh menandakan lebih daripada satu pilihan. Sebanyak 102 pilihan telah dibuat.
Kekerapan, peratusan dan kedudukan bagi setiap kaedah pengajaran yang diminati oleh
responden dinyatakan dalam jadual 3
Kaedah
Kaedah Pengajaran Yang Diminati
L P Bil % KlasifikasiMenurutTurutan
1 Guru mengajar menggunakan
papan tulis.
2 3 5 25.0 9
2 Guru mengajar dengan melibatkan
murid secara sukarela
1 5 6 30.0 8
3 Guru mengajar dengan
menggunakan alat bantu./gambar
7 10 17 85.0 1
4 Guru mengajar dengan
membunyikan suku kata dan
4 6 10 50.0 6
25
menyambung suku kata yang lain.
5 Guru membunyikan suku kata dan
murid menyambungkan supaya
menjadi ayat.
3 5 8 40.0 7
6 Mengajar mengeja dengan
melibatkan kumpulan murid
6 9 15 75.0 3
7 Guru meminta supaya murid
mengeja dan membatang
perkataan secara individu.
5 11 16 80.0 2
8 Guru menyebut perkataan dan
murid menulis .
4 7 11 55.0 5
9 Murid menyalin perkataan yang
sesuai dengan gambar.
5 9 14 70.0 4
Jumlah 37 65 102 100
Jadual 3 : Kaedah Pengajaran Yang Diminati
Kaedah Pengajaran Yang Diminati
0
2
4
6
8
10
12
1 2 3 4 5 6 7 8 9
Mata Pelajaran
Bil
ang
an L
P
Rajah 13 : Carta Bar : Kaedah pengajaran yang diminati mengikut jantina
26
Kaedah Pengajaran Yang Diminati
5% 6%
16%
10%
8%15%
15%
11%
14%1
2
3
4
5
6
7
8
9
Rajah 14 : Carta Pai Pecahan Bilangan Responden Yang Meminati Setiap Kaedah
Berdasarkan jadual di atas, terdapat sembilan kaedah pengajaran yang boleh
dijalankan oleh guru sewaktu pengajaran dan pembelajaran. Dari kajian yang dibuat,
kaedah yang paling diminati oleh murid adalah kaedah pandang sebut, kaedah bunyi,
kaedah mengeja dan kaedah imlak. Murid minat belajar jika kaedah yang digunakan
adalah berkaitan dengan minat dan mereka dilibatkan bersama dalam pengajaran
tersebut.
Merujuk kepada Carta Pai 2 dan Rajah 2 di atas, 71 % murid berminat dengan
kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak berbanding
dengan kaedah pembelajaran yang lain. Dalam kajian yang saya buat ini ini bilangan
murid perempuan adalah yang terbanyak iaitu seramai 46 orang berbanding 65 orang
27
kesemuanya. Data ini dikutip setelah murid dibenarkan memilih lebih dari satu pilihan.
Ini menunjukkan dalam menentukan sikap, minat dan keyakinan diri murid terhadap
pengajaran guru, faktor kaedah pembelajaran juga perlu diambil kira kerana ia berkaitan
dengan gaya pembelajaran pelajar.
6.2.3 Kaedah Pengajaran Yang Diminati Mengikut Jantina
Jadual 4 berikut menunjukkan bilangan murid yang berbeza jantina terhadap
kaedah pengajaran yang diminati .
Kaedah Lelaki Perempuan
1 1 1
2 0 1
3 2 3
4 0 1
5 1 1
6 2 2
7 0 1
8 0 2
9 1 1
Jumlah 7 13 20
Jadual 4: Kaedah Pengajaran Yang Diminati Mengikut Jantina
28
Huraian dari jadual 4
Dalam pengajaran yang tidak melibatkan murid, hanya terdapat 2 orang murid
sahaja di mana 1 murid lelaki dan 1 orang murid perempuan yang berminat dengan
kaedah tersebut tetapi jika pengajaran melibatkan murid dan dibantu oleh guru,
pengajaran tersebut akan lebih diminati iaitu seramai 14 orang terlibat iaitu 5 lelaki dan
9 perempuan.
Setelah dijalankan soal selidik tentang minat dan sikap pelajar terhadap
pelajaran jawi, maka guru telah mengadakan ujian diagnostik, ujian pra dan ujian post.
Ini dilakukan bagi menguji sejauhmana minat dan sikap murid mempengaruhi
pembelajaran mereka terhadap pelajaran jawi dan seterusnya meningkatkan prestasi
mereka dalam matapelajaran tersebut. Hasil dari ujian dapatlah dibuat perbandingan
seperti berikut:
Gred Ujian Diagnostik Ujian Pra Ujian Post
A 0 0 1
B 4 4 6
C 6 8 10
D 8 8 3
E 2 0 0
Lulus 10 12 17
29
Peratus Lulus 50.0 % 60.0 % 85.0 %
Gagal 10 8 3
Peratus Gagal 50.0 % 40.0 % 15.0 %
Jadual 5 : Jenis-Jenis Ujian Yang Dijalankan
Rajah 15 : Perbandingan Gred Yang Diperolehi Oleh Responden Berdasarkan
Peringkat Ujian
Dari data yang diperolehi, didapati semasa ujian diagnostik dijalankan tidak
terdapat murid yang memperolehi gred A, begitu juga semasa ujian pra. Namun begitu
setelah murid diberi pendedahan dan diajar membaca dan menulis perkataan homograf
yang terdapat dalam tulisan jawi melalui pengajaran kaedah pandang sebut, kaedah
bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak, didapati hasilnya adalah amat
memberangsangkan kerana berlaku perubahan terhadap pencapaian murid. Begitu juga
dengan peratusan lulus murid yang semakin meningkat iaitu bila dilakukan kaedah
30
pengajaran tersebut terhadap murid, mereka lebih berminat untuk belajar. Bila adanya
minat, sikap dan keyakinan, cara belajar mereka juga turut berubah. Mereka akan lebih
bersemangat untuk mengikuti pengajaran guru dan hasilnya dapat dilihat melalui
perubahan prestasi yang diperolehi.
Dalam ujian diagnostik yang dijalankan, seramai 10 orang murid telah lulus iaitu
50.0 % dan 10 orang telah gagal iaitu 50.0 % juga berbanding ujian pra di mana 12
orang telah lulus iaitu 60.0 % lulus dan 40% gagal. Setelah dilakukan pengajaran
mengikut kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak,
minat murid telah dapat dirangsang dan prestasi murid juga dapat ditingkatkan. Hasilnya
bilangan murid yang lulus telah dapat ditingkatkan iaitu sebanyak 17 orang iaitu 85.0 %
berbanding pencapaian sebelumnya. Peningkatan peratusan adalah sebanyak 25.0 % bila
dibuat perbandingan antara ujian pra dan ujian post.
Justeru itu dapatlah kita simpulkan bahawa kesan dari kaedah pengajaran yang
dijalankan oleh guru, sikap, minat dan keyakinan murid terhadap pelajaran akan turut
berubah. Hal ini akan dapat dikesan bila berlakunya peningkatan atau penurunan dalam
pencapaian prestasi mereka.
6.3 Ringkasan
Berdasarkan penemuan-penemuan kajian itu kita dapati ada di antara jangkaan
bahawa kaedah pengajaran pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah
imlak mampu meningkatkan minat dan keyakinan murid untuk belajar dengan lebih
berkesan, seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka dalam membaca dan menulis
31
jawi. Penemuan ini membantu kita untuk membuat kesimpulan nanti apakah kaedah
pengajaran yang digemari dapat mempengaruhi minat, sikap dan keyakinan diri
responden-responden dalam kajian ini untuk mempelajari pelajaran jawi terhadap topik
yang dikaji.
7.0 DAPATAN
7.0 Pengenalan
Dalam bab ini saya akan memperkatakan secara ringkas tentang hasil dapatan
serta membincangkan beberapa penemuan sebagaimana yang dapat kita lihat dalam
bab yang lalu. Melalui penemuan itu kita boleh menghasilkan beberapa kesimpulan
seterusnya menilai implikasi penemuan itu kepada kita khasnya guru-guru Pendidikan
Islam. Adalah diharapkan juga, kesan atau implikasi bagi penemuan-penemuan itu akan
menghasilkan beberapa syor atau cadangan yang positif demi kemajuan murid dan
meningkatkan prestasi di kalangan guru-guru.
7.1 Ringkasan Kajian.
Kajian ini adalah bertujuan mengkaji samada penggunaan kaedah pandang sebut,
kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak dapat memberi kesan terhadap minat,
sikap dan keyakinan diri murid terhadap topik yang dikaji dan kecenderungan murid
untuk belajar jawi. Kaedah ini diguna pakai bagi tajuk perkataan homograf dalam jawi
terhadap murid tahun 5 dan responden bagi kajian adalah terdiri dari sejumlah 20 orang
32
murid Sekolah Kebangsaan Penghulu Juosh, Pendang, Kedah. Instrumen kajian ini
adalah borang soalselidik dan juga pemerhatian terhadap murid sewaktu pengajaran
berlaku.
Data-data yang dikumpul dianalisa mengikut kategori yang hendak dikenalpasti
dan seterusnya dilakukan pengiraan bagi mendapat keputusan dan dibuatkan
kesimpulannya. Penemuan yang diperolehi di sekolah ini dibandingkan dengan
penemuan yang diperolehi dari penyelidikan Institut Perguruan Sultan Abdul Halim
(2003) telah membuat satu kajian untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kemahiran
penguasaan penulisan jawi dikalangan guru pelatih terhadap kemahiran yang diajar oleh
guru. Satu kumpulan terdiri daripada 25 orang guru pelatih Semester Satu Kursus
Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) Pengajian Bahasa Arab (PABA) Ambilan Januari
2003 kerana aspek yang dikaji adalah hampir-hampir sama. Hasil perbandingan tersebut
didapati, minat murid sekolah di Sekolah Kebangsaan Patani Para, Sungai Patani, Kedah
dengan pelatih Institut Perguruan Sultan Abdul Halim terhadap kaedah sesuatu
pengajaran adalah tidak jauh bezanya. Maka dengan itu wujudlah beberapa syor yang
mungkin akan dapat diperbincangkan dalam seminar-seminar pendidikan suatu masa
nanti.
7.2 Perbincangan Penemuan-penemuan kajian
Dalam membincangkan penemuan-penemuan yang telah diperolehi, saya akan
memfokuskan kepada persoalan kajian ini terlebih dahulu. Kajian ini akan dianggap
berjaya sekiranya tujuan dan objektif kajian tercapai dan persoalan kajian juga telah
terjawab. Sebagaimana dalam bab terdahulu, persoalan kajian adalah mengkaji sejauh
33
mana pembelajaran kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah
imlak dapat memberi kesan terhadap pembentukan sikap, minat dan keyakinan diri
murid untuk mempelajari jawi terhadap tajuk yang dikaji dan adakah faktor jantina
mempengaruhi sikap, minat dan keyakinan diri murid terhadap pembelajaran jawi
seterusnya dapat meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran jawi di sekolah.
7.2.1 Penemuan Kajian Di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, Pendang,
Kedah.
Faktor Perbezaan Jantina dan Akademik
Penemuan kajian menunjukkan bahawa sebenarnya faktor jantina bukanlah
sesuatu perkara yang membezakan murid lelaki dan perempuan dalam memilih
matapelajaran yang diminati. Penemuan membuktikan bahawa antara murid lelaki dan
perempuan, ramai yang membuat pilihan yang hampir sama tentang sesuatu kaedah
yang paling diminati. Jadi persoalan dari segi jantina telah terjawab.
Di samping itu, penemuan kajian juga telah menunjukkan bahawa kaedah
pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak dapat menimbulkan
minat murid untuk belajar kerana bagi mereka belajar secara berpandu lebih baik dari
bersendirian dan keyakinan diri mereka pun bertambah.
Kesan dari penemuan ini dapatlah kita andaikan bahawa naluri sesaorang murid
baik lelaki atau pun perempuan, cerdik atau pun sederhana semuanya sangat
34
mengharapkan agar mereka diberikan sesuatu yang terbaik oleh guru-guru mereka.
Tentu sekali di bidang pengajaran mereka ini mahukan sesuatu kaedah yang menarik,
mudah difahami, tidak membosankan dan juga menguntungkan kedua-dua pihak.
Perkara ketiga yang ingin dibincangkan di sini adalah penemuan bagaimana
kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak mampu
menarik minat dan keyakinan diri murid. Untuk membincangkan penemuan ini, saya
juga akan cuba membuat perbandingan dengan satu penemuan oleh Institut Perguruan
Sultan Abdul Halim (2003) terhadap 25 orang pelatihnya. Isu yang dibincangkan hampir
sama di mana dibuat perbandingan bagi mengenalpasti dan menilai sejauhmanakah
keberkesanan dan kebenaran teori-teori yang sering dibincangkan tentang kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang di utarakan dalam kajian ini. Adalah diharapkan,
penemuan saya ini akan menyokong teori-teori yang telah diperkatakan itu serta dapat
membantu menjelaskan sebarang ketidakkonsistenan yang wujud bagi penemuan-
penemuan yang lepas bagi perkara yang sama itu.
Murid-murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, Pendang, Kedah
menunjukkan minat yang jelas terhadap kaedah pengajaran yang diminati. Sebelum
dilakukan kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak
minat yang ditunjukkan oleh murid adalah kurang memberangsangkan tetapi setelah
diperkenalkan kaedah pembelajaran kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah
mengeja dan kaedah imlak didapati minat mereka untuk mempelajari pelajaran jawi
agak meningkat terutamanya terhadap tajuk yang dikaji iaitu perkataan homograf dalam
tulisan jawi kerana mereka menemui satu kaedah yang boleh membantu mereka
35
memahami setiap konsep yang dipelajari. Bagi mereka belajar secara berpandu lebih
baik dari bersendirian. Guru memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan
minat, sikap dan keyakinan diri murid terhadap pelajaran yang diajar dan pada masa
yang sama murid juga perlu diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam
sebarang aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Murid akan minat belajar sekiranya mereka dilibatkan secara langsung dalam
pengajaran dan pembelajaran dan guru bersikap kreatif dalam mengajar dan membuat
aktiviti yang dapat menarik minat mereka, ini bermakna kaedah yang digemari mereka
adalah penglibatan sesama rakan iaitu penglibatan secara terpimpin. Ini terbukti kerana
selepas guru memperkenalkan kaedah pembelajaran pandang sebut, kaedah bunyi,
kaedah mengeja dan kaedah imlak murid mula memberi penilaian bahawa pembelajaran
jenis ini amat menyeronokkan kerana semua murid memainkan peranan dalam aktiviti.
Mereka mempunyai tanggungjawab yang perlu dilakukan dan saling tolong menolong..
Untuk menjelaskan lagi perbincangan ini, berikut adalah penemuan yang
diperolehi setelah pengajaran dijalankan. Hasilnya direkodkan dari soalselidik terhadap
responden-responden di peringkat sekolah. Responden dikehendaki menjawab hanya
satu sahaja kaedah pengajaran yang paling diminati.
36
Kaedah Kaedah Pengajaran Yang
Paling Digemari
L P Jum % Klasifikasi
Mengikut
Turutan
1 Guru mengajar menggunakan
papan tulis.
0 0 0 0.00 6
2 Guru mengajar dengan
melibatkan murid secara
sukarela
0 0 0 0.00 6
3 Guru mengajar dengan
menggunakan alat bantu./gambar
2 3 5 25.00 1
4 Guru mengajar dengan
membunyikan suku kata dan
menyambung suku kata yang
lain.
1 2 3 15.00 3
5 Guru membunyikan suku kata
dan murid menyambungkan
supaya menjadi ayat.
1 1 2 10.00 4
6 Mengajar mengeja dengan
melibatkan kumpulan murid
2 2 4 20.00 2
7 Guru meminta supaya murid
mengeja dan membatang
perkataan secara individu.
0 2 2 10.00 4
8 Guru menyebut perkataan dan
murid menulis .
1 2 3 15.00 3
9 Murid menyalin perkataan yang
sesuai dengan gambar.
0 1 1 05.00 5
37
Jumlah 7 13 30 100
Jadual 6 : Bilangan Dan Peratus Responden Di Sekolah Kebangsaan Penghulu
Jusoh, Pendang, Kedah mengikut Kaedah Pengajaran yang Diminati.
ii. Kaedah pengajaran yang paling tidak digemari.
Hasil dapatan menunjukkan bahawa terdapat beberapa kaedah yang paling tidak
disukai atau diminati oleh murid. Kaedah pertama yang paling tidak diminati mereka
adalah mengajar secara traditional iaitu menggunakan papan tulis, kaedah menyalin
perkataan berdasarkan gambar dan dengan penglibatan sukarela. Ini akan menjadikan
mereka sentiasa berada dalam keadaan tertekan sepanjang waktu pengajaran dan
pembelajaran. Walaubagaimana pun murid juga tidak mahu aktiviti pembelajaran
dimonopoli sepenuhnya oleh guru, dengan kata lain mereka tidak suka sekiranya guru
langsung tidak melibatkan mereka ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Guru mengajar dengan menggunakan alat Bantu, membunyikan suku kata dan
menyambung suku kata yang lain, membunyikan suku kata dan murid menyambungkan
supaya menjadi ayat, mengeja dengan melibatkan kumpulan murid, murid mengeja dan
membatang perkataan secara individu dan guru menyebut perkataan dan murid menulis
adalah kaedah-kaedah yang digemari oleh murid-murid terutamanya dalam mempelajari
perkataan homograf dalam tulisan jawi ini. Kalau diteliti kaedah-kaedah yang menjadi
pilihan murid ini merangkumi kaedah pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah mengeja dan
kaedah imlak. Dalam hal ini, pembelajaran sangatlah sesuai kerana penyertaan murid
amat penting dalam pembinaan konsep dan pembelajaran aktif. Mengikut Kegan dan
38
Slavin (1988), akauntabiliti individu dan penyertaan sama, adalah sesuatu yang penting
dalam mencapai matlamat pelajaran.
Mengikut kajian yang dilakukan ini, prestasi murid juga menunjukkan
peningkatan berbanding sebelum dijalankan kaedah pembelajaran pandang sebut,
kaedah bunyi, kaedah mengeja dan kaedah imlak. Hasilnya dapat kita perolehi setelah
dibuat ujian pra dan ujian post di mana ramai murid lulus dalam mata pelajaran jawi
berbanding sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa setelah minat murid dapat dipupuk
dalam pengajaran dan pembelajaran, maka pembelajaran akan menjadi lebih
menyeronokkan dan seterusnya prestasi mereka dapat ditingkatkan.
7.2.2 Penemuan kajian Institut Perguruan Sultan Abdul Halim.
i. Kaedah pengajaran yang paling digemari
Hasil penemuan di sekolah tidak banyak berbeza dengan penemuan kajian yang
dibentangkan oleh Seminar Penyelidikan Institut Perguruan Sultan Abdul Halim.
Anjuran Institut Perguruan Sultan Abdul Halim. Gaya pengajaran yang paling digemari
di Institut Perguruan adalah kaedah pembelajaran pandang sebut, kaedah bunyi, kaedah
mengeja dan kaedah imlak yang dibantu oleh pensyarah, kuliah dengan penglibatan
sukarela pelatih dan kuliah. Jadual berikut menunjukkan dengan telitinya taburan
kekerapan gaya pengajaran yang digemari oleh pelatih-pelatih Institut Perguruan Sultan
Abdul Halim.
39
Kae
dah
Gaya Pengajaran Yang Paling
Digemari
Bil. Peratus
Klasifikasi
Mengikut
Turutan
1 Kuliah tanpa libatkan pelatih 0 0 9
2 Kuliah dengan penglibatan sukarela
pelatih
4 16.00 4
3 Kuliah dengan bantuan ABM yang
lengkap
6 24.00 2
4 Kuliah dengan berbagai variasi seperti
suku kata dan menyambung suku kata.
2 8.00 5
5 Penglibatan pelatih dalam menyebut suku
kata dan perkataan.
1 4.00 6
6 Penglibatan pelatih dalam mengeja dan
membaca ayat.
8 32.00 1
7 Pelatih diminta secara individu membaca
petikan.
0 0 8
8 Pelatih menulis apa yang disebut oleh
pensyarah.
4 16.00 3
9 Pelatih membaca kembali apa yang 0 0 7
40
ditulis.
Jumlah 25 100
Jadual 7 : Kaedah yang diminati pelatih Institut Perguruan Sultan
Abdul Halim
ii. Kaedah pengajaran yang paling tidak diminati oleh pelatih .
Daripada jadual di atas, didapati keputusan pemilihan pelatih guru jika
dibandingkan dengan jadual pemilihan kaedah oleh pelajar sekolah adalah hampir sama
walaupun jumlah responden berbeza antara kedua-duanya.
7.3 Kesimpulan
Berdasarkan borang soalselidik, didapati pilihan kaedah pengajaran yang
diminati agak berbeza antara seorang murid dengan murid yang lain, namun pada
keseluruhannya mereka hampir sependapat tentang kaedah yang paling digemari. Malah
jika dibandingkan dengan pelatih Institut Perguruan sekali pun nampaknya pilihan
responden kajian ini hampir sama sahaja. Disamping itu penemuan juga menunjukkan
kepada kita bahawa faktor jantina bukanlah sesuatu yang membezakan pilihan minat
yang sama. Dengan kata lain penemuan menunjukkan kepada kita bahawa pelajar lelaki
dan perempuan juga mempunyai minat yang hampir sama terhadap penentuan kaedah
yang paling diminati atau pun tidak diminati. Kita tidak boleh untuk mengatakan bahawa
pelajar lelaki mesti berbeza dengan pelajar perempuan tentang sesuatu pilihan kaedah
pengajaran yang diminati.
41
7.4 Implikasi Penemuan
Penemuan kajian ini diharap dapat memberikan sedikit implikasi kepada pihak-
pihak yang terlibat khususnya guru-guru, para pelajar atau pun pihak-pihak pentadbiran
sesuatu institusi khasnya institusi pendidikan. Para guru perlu menyoal diri mereka
sendiri iaitu sejauh manakah mereka telah melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Adakah mereka telah mengajar murid-murid sebagaimana yang sepatutnya?. Adakah
mereka membimbing murid-murid sebagaimana yang dipelajari ketika menimba ilmu
perguruan dahulu.? Ketika mengikuti kursus perguruan, semua bakal guru didedahkan
dengan ilmu psikologi dan kaedah-kaedah untuk mengajar. Jadi melalui kajian ini, bagi
guru-guru yang sensitif dengan persekitaran pengajaran dan suasana bilik darjah, mereka
tentu sekali sedar bahawa gerak geri mereka sentiasa diperhatikan oleh murid, jadi
laksanakanlah kaedah yang terbaik untuk pencapaian dan kejayaan para pelajarnya.
Pihak pentadbiran juga boleh menilai apakah sehingga kini banyak kemudahan-
kemudahan atau alatan untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang telah disediakan
atau dibekalkan kepada guru-guru mereka? Ini kerana, kaedah pengajaran tanpa alat
bukanlah lagi sesuai dimasa kini. Para murid membuktikan bahawa mereka adalah satu
golongan murid yang sentiasa bersedia untuk sama-sama melakukan aktiviti demi
menceriakan suasana pembelajaran bukan lagi sebagai golongan pemerhati sahaja. Maka
dapatlah dikatakan disini bahawa tanggungjawab untuk menarik minat murid untuk
belajar bukanlah seorang guru sahaja tetapi juga pihak atasan disesuatu institusi.
Ringkasnya semua pihak perlu sama-sama berganding bahu demi kejayaan murid, guru
dan juga sesebuah institusi.
42
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
Memandang kajian ini hanyalah dilakukan di sebuah sekolah dan respondennya
pula adalah hanya sebilangan kecil murid, maka penemuan ini tidaklah boleh dianggap
menepati dan boleh mewakili semua murid bagi sesebuah negeri atau negara. Untuk
mendapat sesuatu penemuan yang lebih baik adalah disyorkan di sini beberapa perkara:
Laksanakan kajian dengan mengambil sampel yang lebih besar bilangannya.
Laksanakan kajian bagi semua murid yang tinggal di kawasan yang berbeza-beza
seperti di kampong, di bandar atau pun di bandaraya yang besar.
Laksanakan kajian dalam tempoh jangkamasa yang lebih lama untuk menilai
dengan lebih tepat terutamanya jika instrumen kajian adalah melibatkan
pemerhatian secara individu atau pun kumpulan.
Laksanakan kajian dengan menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza. Ini
untuk menentukan kaedah mana yang betul-betul dapat menarik minat murid.
Laksanakan kajian ke atas matapelajaran yang lain untuk melihat apakah faktor
matapelajaran boleh menentukan minat sebenar responden-responden terbabit.
43
Laksanakan kajian ke atas tajuk-tajuk pengajaran yang berlainan untuk
menentukan samada tajuk-tajuk dalam pengajaran menentukan minat, sikap dan
keyakinan mereka terhadap pengajaran yang diajar.
8.1 Ringkasan
Minat seseorang murid terhadap pelajaran seringkali diperkatakan oleh para
pendidik, ibubapa dan juga pihak pentadbiran sekolah khasnya. Sebagaimana yang telah
diperbincangkan dalam bab yang pertama, banyak gejala yang tidak sihat dikalangan
murid adalah disebabkan oleh faktor ponteng sekolah. Ponteng sekolah pula berpunca
dari akibat tidak berminat untuk ke sekolah dan juga tidak berminat dengan pengajaran
guru. Penemuan kajian ini sedikit sebanyak telah menunjukkan bahawa minat murid
terhadap pelajaran sebenarnya boleh diubah. Bukan semua murid tidak berminat, cuma
kaedah pengajaran guru yang berbagai-bagai perlu diperbaiki untuk menarik minat
mereka. Penemuan kajian menunjukkan bahawa faktor perbezaan jantina dan juga
pencapaian akedemik bukan sesuatu yang menentukan minat mereka terhadap pelajaran.
Semua murid boleh menilai kreatif atau tidaknya guru mereka di dalam kelas dan
mereka juga boleh menilai menarik atau tidaknya pengajaran sesaorang guru itu. Ini
terbukti dimana penemuan kajian menunjukkan mereka hampir sepakat ketika memilih
kaedah manakah yang diminati dan yang tidak diminati.
44
Sebagai seorang guru atau pendidik, penemuan kajian ini juga boleh dijadikan
panduan untuk meningkatkan lagi daya kreativiti dan kefahaman mereka terhadap
kehendak-kehendak murid mereka. Untuk menarik minat murid, guru perlu sentiasa
bersedia dan menguasai segala bidang yang hendak diajar terlebih dahulu. Tingkatkan
keyakinan diri sendiri, kuasai ilmu yang hendak diajar seterusnya laksanakan pengajaran
secara ikhlas, bersungguh-sungguh serta dibantu oleh alat-alat pengajaran yang sesuai
dan menarik. Minat murid nescaya boleh diubah dan ditingkatkan dari masa kesemasa..
Walaubagaimana pun, kajian ini hanyalah meliputi peringkat sekolah ini sahaja
dimana respondennya hanyalah seramai 20 orang dan untuk matapelajaran tulisan jawi
sahaja. Penemuan ini tidaklah boleh dianggap sesuai dan tepat untuk semua murid bagi
sesebuah negeri atau negara. Namun, penemuan kajian ini tentu sekali boleh dijadikan
panduan dan idea untuk penambahbaikan seterusnya. Untuk itu, adalah disyorkan agar
banyak lagi kajian-kajian sebegini dilakukan oleh pengkaji-pengkaji yang lain dimasa-
masa hadapan. Adalah dicadangkan juga untuk kajian seterusnya, tambahkan bilangan
responden, lakukan kajian di kawasan yang berbeza-beza seperti dipersekitaran pekan
dan juga bandar-bandar besar. Kajian ini juga hanya melibatkan perkataan homograf
dalam tulisan jawi , oleh itu untuk perbandingan adalah disyorkan agar pengkaji
seterusnya dapat memilih matapelajaran yang lain sebagai unsur kajian.
Semoga dengan banyaknya kajian-kajian seumpama ini nanti, kita akan dapat
menemui kaedah terbaik dan lebih memahami citarasa para murid kita demi
meningkatkan pencapaian tulisan jawi serta mengurangkan gejala-gejala yang tidak sihat
dikalangan murid. Bagi kaum guru pula, kajian ini seharusnya dapat memberikan
45
panduan berguna untuk meningkatkan kualiti pengajaran demi kecemerlangan mutu
pendidikan Negara .
Rujukan
1) Musa bin Daia. (1992). Kaedah dan Teknik Pengajaran. Johor Bahru: Badan
Book Store Sdn. Bhd.
2) Prof. Dr. Ansary, Prof. Dr. Mansor Fadzil, Prof. Dr. Abd Razak Habib. (2007).
HBEF 2503 Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor: Meteor
Doc.Sdn. Bhd.
3) Prof. Dr. Ansary, Prof. Dr. Mansor Fadzil, Prof. Dr. John Arull Phillips. (2006).
HBIS 2103 Pendidikan Islam. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
4) Dewan Bahasa dan Pustaka. (1994). Daftar Ejaan Rumi Jawi. Selangor:
Percetakaan Dewan Bahasa dan Pustaka.
5) Mohd Sharani Ahmad. (2004). Psikologi Kanak-Kanak. Kuala Lumpur:
Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.
46
6) Mohd Zaini bin Yahya, Effendi bin Saji, Zulhazam bin Umar. (2004). Buku Teks
Pendidikan Islam Tahun 5. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.
7) Siti Zamani Thambi. (2001). Pengajaran Kemahiran Berfikir Secara Kritis Di
kalangan Guru Terlatih: Pembinaan Rancangan mengajar Berfikir Secara
Kritis. Projek Sarjana, UKM Bangi.
8) Hamdan bin Abdul Rahman. (1999). Panduan Menulis dan Mengeja Jawi.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
9) Dewan Bahasa dan Pustaka. (2004). Kamus Dewan Edisi Baru. Selangor: